Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Suasana senja pada hari itu begitu indah. Matahari mula mengundurkan diri. Awan yang tadinya berarak pantas telah mula hilang. Hempasan alunan ombak menderu-deru menggamitkan lagi suasana romantis pada pada petang itu. Ditemani pula hembusan sayu angin petang. Dedaun kelapa melambai-lambai seolah-olah memanggil insan yang sedang memerhatikannya. Sesekali lambaian itu kelihatan cukup lemah. Selemah diri manusia ciptaan Illahi. Dia yang tadinya lama termenung di tepi pantai itu mula bangun. Menyapu-nyapu pasir nan putih yang barangkali melekat di seluar. Matanya kelihatan bengkak. Merah. Mengapa? Perlahan-lahan langkah diatur meninggalkan tepian pantai yang banyak mencorakkan kenangan buatnya. Kenangan indah. Dan kenangan sedih jua.
-----------------------------
"Haikal! Masihkah kau ingat akan peristiwa itu?" Tanya Suraya.
"Peristiwa? Peristiwa apa yang kau maksudkan Suraya?" Haikal bertanya kembali.
" Peristiwa dua tahun yang lalu. Saat kau terjatuh dari kayak semasa menjalani latihan berkayak di pantai ini dulu. Peristiwa yang berlaku masa kita berada di universiti dahulu."Jawab Suraya kembali. Cuba menggamitkan kembali peristiwa yang berlaku dua tahun yang lalu. Peristiwa yang tiada sama sekali dia lupakan. Peristiwa yang telah mengikat ikatan dua hati. Ikatan hati antara dia dan Haikal.
" Oh…Masakan ku lupa akan peristiwa itu Suraya. Kalau kau yang tidak terjun menyelamatkan aku pada saat itu, mungkin aku tidak dapat berdiri di sebelah kau lagi hari ini." Jawab Haikal kembali.
Fikirannya kembali melayang kepada peristiwa yang berlaku dua tahun yang lalu. Pada waktu itu, Kelab Samudera di universiti mereka mengadakan latihan berkayak selama tiga hari di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh. Haikal dan Suraya merupakan salah seorang daripada peserta yang turut mengambil bahagian dalam latihan tesebut. Tika itu, perkenalan antara mereka hanya terbatas setakat kawan antara ahli kelab sahaja. Malahan, antara mereka tidak pernah bertegur sapa. Cuma senyuman sahaja yang sering dilontarkan tatkala mereka ketemu di mana-mana. Namun, semua itu berubah selepas berlakunya sebuah peristiwa. Peristiwa tersebut berlaku di suatu pagi sewaktu mereka mengadakan latihan berkayak. Cuaca pada pagi itu sedikit mendung, namun latihan tersebut diteruskan juga kerana bimbang kesuntukan waktu andainya ditunda. Ombak pantai pula sedikit ganas. Haikal pada pagi itu begitu teruja kerana inilah pengalaman pertamanya berkayak. Dua orang peserta akan menaiki sebuah kayak. Mungkin takdir yang menentukan. Haikal diarahkan menaiki kayak tersebut bersama Suraya. Dia sedikit kaget kerana tidak biasa dengan latihan tersebut, tambahan pula diarahkan berganding bahu dengan gadis yang tidak pernah dikenalinya.
" Hai! Saya Haikal. Tahun tiga di fakulti kejuruteraan." Kata Haikal memulakan perkenalan. " Saya Suraya. Juga berada di tahun tiga, fakulti kejuruteraan". Jawab Suraya mengukir senyuman. " Ohh… Yeke? Tapi mengapa rasanya ini kali pertama kita bertemu? Seingat saya, sebelum ini saya tidak pernah pun melihat awak di fakulti kejuruteraan itu". Tambah Haikal sedikit kehairanan. " Tapi saya kenal awak.Erk… Maksud saya, saya pernah melihat awak di fakulti tersebut. Urm… Jom la. Kita dah banyak buang masa ni. Nanti merepek pula jurulatih tu". Suraya menambah dengan sedikit berseloroh.
Latihan tersebut bermula. Kayak Haikal dan Suraya dilepaskan. Keseronokan jelas terpamer di wajah mereka terutamanya Haikal. Suraya pula yang pada mulanya sedikit takut kini berasa semakin mahir dan berani. Namun, rupa-rupanya keseronokan tersebut hanya sementara. Cuaca makin mendung. Ombak pula kian menunjukkan taringnya. Kayak mereka masih berada di tengah lautan. Hujan renyai-renyai sudah mula turun. Keresahan mula jelas terpamer di wajah mereka. Kelihatan Haikal begitu gusar dengan keadaan yang sedang berlaku. Tiba-tiba, satu ombak yang begitu kuat dan tinggi menghempas kayak. Suasana menjadi kelam-kabut. Haikal hanya menyedari yang dia telah terpelanting ke dalam laut. Selepas itu, dunia menjadi gelap. Tiada pasti lagi apa yang telah berlaku.
" Cikgu, saya di mana?" Tanya Haikal sedikit kehairanan setelah dia sedar dan mendapati dirinya berada di atas katil dan dikelilingi oleh rakan-rakannya. " Haikal! Kau jangan takut. Kau selamat. Sebenarnya, kau telah terjatuh ke dalam laut semasa ombak besar menghempas kayak kau dan Suraya pagi tadi. Tapi, kau sangat bernasib baik kerana Suraya telah menyelamatkan kau. Dia berani terjun ke dalam laut, dan membawa kau sehingga ke gigi pantai. Kau harus berterima kasih padanya". Terang Cikgu Khairi panjang lebar.
" Suraya…" Haikal tidak mampu meneruskan kata-kata tatkala dia terpandang dua biji mata yang ayu sedang memerhatikannya saat itu.
Selepas daripada peristiwa tersebut, hubungan antara mereka kian rapat. Bibit-bibit percintaan mula tumbuh dalam hati masing-masing. Dan kini, hubungan cinta antara mereka sangat utuh.Teguh. Seteguh binaan cinta Taj Mahal.
" Suraya, aku sayangkan kau. Aku terhutang nyawa dengan kau." Begitulah kata-kata keramat dari Haikal yang dilafazkannya pada suatu malam di depan Suraya. Bersaksikan kerlipan bintang, dan bertemankan malam yang hening.
----------------------
Masa berlalu begitu pantas. Kini, mereka telah berjaya menamatkan pengajian. Dan telah pun memulakan kerjaya di salah sebuah syarikat swasta di ibu kota. Turut menemani mereka bekerja di syarikat tersebut ialah Nadia. Teman baik Suraya semasa berada di universiti dahulu. Mereka telah ditakdirkan mendapat pekerjaan yang sama malahan tempat kerja pun sama. Mungkin ini takdir Illahi. Selama berkawan dengan Suraya, Nadia tidak pernah menyedari akan hubungan antara Suraya dan Haikal. Dia hanya menganggap hubungan mesra antara mereka mungkin hanya sekadar teman baik dan rakan sekerja sahaja. Malahan, Suraya tidak pernah berbicara soal hati dengannya. Begitulah perangai Suraya yang dia kenal semasa di universiti lagi. Tidak suka membicarakan perihal perasaannya kepada sesiapa. Takdir telah menentukan segala-galanya. Dalam diam, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Haikal. Tiap saat yang berlalu, dia abadikan hidupnya untuk merindui insan itu. Insan yang bernama Haikal. Setiap tempat yang dilalui, bayangan Haikal yang akan menjelma. Begitulah indah dan tingginya nilai sebuah cinta. Sebuah cinta agung.
" Suraya, kau pernah jatuh cinta?" Tanya Nadia di suatu pagi sebelum memulakan kerja di pejabat. " Pernah! Kenapa? Kau pun dah mula jatuh cinta ke?" Tanya Suraya kembali sedikit mengusik teman rapatnya itu. " Aku rasa… Aku telah jatuh cinta. Ohh… Aku sangat sayangkan dia Su." Jawab Nadia kembali penuh perasaan. " Oh… Yeke? Siapa jejaka yang bertuah tu wahai Cik Nadia oi? Tanya Suraya kembali acuh tidak acuh.
" Kalau kau nak tau, orangnya sangat kacak. Dia…" Kata-kata Nadia tiba-tiba tersekat tatkala melihat Haikal berjalan masuk ke dalam pejabat. " Dia Haikal", Nadia sedikit berbisik. " Siapa? Aku tak dengar la. Kuat la sikit. Siapa orangnya Nadia? Suraya bertanya kembali. " Tak ada pape la. Aku bergurau je. Jawab Nadia sedikit kecewa kerana bisikannya tadi tidak didengari oleh Suraya. Perbualan mereka terhenti di situ pabila setiausaha kepada pengurus syarikat memanggil mereka masuk ke dalam bilik mesyuarat.
------------------
SEMINGGU KEMUDIAN
Syarikat Mercu Holdings gempar. Berita tentang seorang pekerja di syarikat tersebut yang dimasukkan ke hospital menjadi bualan kepada pekerja-pekerja lain yang berada di syarikat itu. Haikal dan Suraya turut terkejut tatkala diberitahu yang Nadia kini berada di hospital setelah ditemui pengsan di rumahnya. Suraya pada waktu itu berada di Langkawi kerana menjadi wakil kepada syarikat untuk membentangkan kertas kerja salah satu projek di sana. Dia agak terkilan kerana tidak sempat melawat teman baiknya, Nadia.
" Haikal, tolong sampaikan salam aku kepada Nadia ye? Cakap kat dia aku minta maaf sangat-sangat kerana tidak sempat melawatnya. Aku janji akan terus ke hospital selepas selesai pembentangan ni nanti". Begitulah kata-kata Suraya kepada Haikal setelah Haikal memaklumkan akan situasi Nadia kepadanya.
Pada petang itu, setelah tamatnya waktu bekerja, Haikal mengambil keputusan untuk melawat Nadia di hospital. Sesampainya di hospital, satu suara menyapanya. " Ini Encik Haikal ke?" Tanya suara itu. " Iye, Saya Haikal. Pak Cik ni siapa? Tanya Haikal kembali sedikit kehairanan. " Pak Cik ni ayah kepada Nadia. Boleh Pak Cik berbicara sekejap dengan encik? Tanya ayah Nadia itu. " Boleh saja Pak Cik. Tapi tak payah la berencik-encik dengan saya. Panggil je Haikal." Jawab Haikal kembali dengan melemparkan senyuman. " Haikal, sangat berat untuk Pak Cik luahkan hal ini. Mungkin susah untuk Haikal menerimanya. Tapi, mengertilah. Pak Cik terpaksa beritahu." Kata ayah Nadia sedikit berkias. " Hal apa tu Pak Cik? Saya tidak faham." Haikal kehairanan. " Haikal, Nadia tidak akan hidup lama lagi. Dia menghidap penyakit leukemia yang sangat kronik. Menurut doktor, hayatnya memang sudah tidak lama lagi. Sejak dari semalam, dia hanya menyebut satu nama sahaja. Berulang-ulang nama itu disebutnya. Kau tahu nama siapa yang meniti di bibirnya? Nama kau, Haikal. Nama kau. Kalau kau nak tahu, dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap kau. Dia amat mencintai kau." Panjang lebar ayah Nadia menerangkan hal itu.
" Pak Cik…" Haikal tidak sempat meneruskan kata-kata kerana kembali dipintas oleh Ayah Nadia. " Pak Cik sedar yang kau sangat terkejut setelah mendengar berita ini. Tapi Pak Cik merayu pada kau Haikal. Kau beradalah di samping dia sementara sisa-sisa hidupnya yang masih berbaki ini. Biarlah dia pergi dengan tenang. Pergi bersama cintanya terhadap kau. Biarlah dia menatap wajah kau buat kali terakhir sebelum meninggalkan alam fana ini. Pak Cik merayu Haikal. Pak Cik merayu…" Pinta ayah Nadia dengan suara yang cukup menyentuh kalbu.
Haikal serba salah. Terbayang wajah Nadia yang baru dikenalinya semenjak bekerja di syarikat itu. Terbayang pula raut muka suci Suraya. Limpahan cinta yang dicurahnya selama ini sangat indah. Haikal bahagia. Tapi… Nadia. Oh…! Dia sangat bersimpati kepada gadis itu. Tiada disangka yang Nadia turut menyimpan satu perasaan yang cukup tinggi terhadapnya. Dia mengeluh sendirian. Mengenangkan diri Nadia yang kini tidak akan lama melihat dunia lagi.
" Baiklah Pak Cik, saya akan menemani Nadia. Saya akan bersamanya mengharungi saat yang getir ini." Akhirnya Haikal membuat keputusan setelah lama mengelamun.
--------------------
Raut wajah Nadia sangat pucat ketika Haikal melangkah masuk ke dalam bilik dia ditempatkan. Kelihatan wajah itu cukup lemah kerana sedang bertarung dengan ajal.
" Haikal…Haikal…Haikal…" Bibir Nadia bergerak-gerak menyebut nama Haikal. Matanya masih rapat terpejam. Jari-jemarinya kelihatan turut bergerak-bergerak. Seolah-olah ingin memegang sesuatu. Haikal yang tadinya lama menatap wajah itu, perlahan-lahan memegang jari-jemari Nadia. Dipegang erat tangan itu. Kemudian, dikucupnya penuh syahdu. " Maafkan aku Nadia"…
"Haikal…Kau ke Haikal? Tiba-tiba Nadia membuka mata. Suaranya tersekat-sekat menyebut nama itu. Nama pujaan hatinya. Nadia cuba tersenyum. Agak berat untuk mengukir senyuman itu. Tubir matanya mula dibasahi dengan air jernih. Air itu turun membasahi pipinya yang kelihatan pucat.
" Haikal…Aku sayangkan kau Haikal. Aku cintakan kau". Nadia meluahkan perasaan dengan suara yang sangat perlahan. Sayu.
" Nadia…Aku di sini. Aku Haikal. Jangan risau. Kau akan sembuh nanti". Haikal menenangkan diri Nadia. Cuba memberi sedikit harapan buatnya. " Haikal…" Suara Nadia makin tersekat-sekat. Dia menarik nafas panjang. Dan menghembuskannya dengan nada yang cukup berat. Alam yang menyaksikan peristiwa itu seakan-akan mengerti. Suasana sepi. Tiupan angin yang tadinya sedikit kuat kini bertukar menjadi perlahan. Seoalah-olah memahami yang satu roh suci akan berpisah dari jasadnya sebentar lagi. Berpisah untuk kembali kepadaNya. " Haikal, katakan padaku. Katakan padaku sesuatu. Agar aku bisa membawa kata itu bersama rohku nanti. Pinta Nadia seolah-olah merintih.
Tanpa disedari, air mata Haikal berguguran memabasahi bumi. Sayu. Cukup sayu menyaksikan peristiwa itu. Dia menyeka air matanya. Kemudin, diseka pula air mata Nadia perlahan. " Nadia… Nadia… Haikal cintakan Nadia…" Lambat-lambat perkataan itu keluar dari kerongkong Haikal. Air matanya kian deras mengalir.
" Haikal… Terima kasih. Nadia pergi dulu…"
Mata Nadia perlahan-lahan tertutup…
----------------
"Haikal, Pak Cik rasa, Haikal orang yang paling layak menyimpan diari ini. Kerana di dalamnya, nama Haikal yang paling banyak disebut. Simpanlah. Jadikan ia sebagai tanda cinta arwah Nadia pada kau…" Kata Ayah Nadia sambil menghulurkan sebuah buku kepada Haikal setelah sempurna proses pengebumian.
Haikal membuka diari itu…Dia tidak sedar sepasang mata turut memerhatikan situasi yang sedang berlaku.
12 JULAI 2008
AHAD
WARKAH BUAT HAIKAL
Haikal, mungkin kau terkejut dengan apa yang telah terjadi. Biarlah aku berterus-terang. Sebenarnya, aku telah lama mencintai kau. Saat pertama kali kita bertemu di syarikat itu, aku telah tertarik akan diri kau. Aku sedar. Aku hanya seorang wanita. Tiada daya untuk meluahkan akan perasaan ini terhadap kau. Aku cuba meluahkan perasaan ini kepada Suraya. Dengan harapan dia akan memberitahu kau. Namun, belum pun sempat aku berbuat demikian, aku ditimpa satu berita yang meragut kebahagiaan ini. Aku didapati menghidap leukemia. Dan menurut doktor, hayatku sudah tidak lama lagi. Jadi, aku mengambil keputusan untuk menyimpan sahaja perasaan ini. Biarlah aku seorang yang mengetahuinya.
Haikal, saat kau membaca warkah ini, mungkin aku telah tiada di alam fana ini. Aku sering mengimpikan kau hadir di sisiku saat aku ingin menemui ajalku nanti. Biarlah aku pergi sambil membawa cinta ini. Cintaku terhadapmu.
Haikal, aku mencintaimu…Aku pergi dulu…
Ikhlas dari,
Nadia…
Air mata Haikal berguguran ke bumi setelah selesai membaca warkah itu. Terbayang wajah Nadia. Bayangan saat kematian Nadia seringkali menerjah ruang fikirannya. Masih terngiang kata-kata itu.
" Haikal… Terima kasih . Nadia pergi dulu…"
--------------
Seminggu telah pun berlalu. Namun, peristiwa itu masih lagi menghantui minda Haikal. Kehidupannya sedikit tidak menentu kebelakangan ini. Pada pagi itu, dia masuk ke pejabat seperti biasa. Tetapi, fikirannya masih melayang jauh. Mengenangkan peristiwa yang berlaku seminggu yang lalu.
" Encik Haikal! Ini ada satu surat buat encik. Dari Cik Suraya." Kata setiausahanya sambil mengunjukkan satu sampul surat. Dahi Haikal sedikit berkerut. Dicapainya surat itu. Dan dibukanya perlahan…
Sayangku Haikal,
Di saat kau membaca warkah ini. Mungkin aku sudah tiada di Malaysia. Buat pengetahuanmu, aku minta ditukar bertugas ke Kanada. Aku mohon kepada pengurus agar menukarkan aku ke sana. Dan memantau perjalanan salah sebuah cawangan syarikat kita di sana. Haikal,maafkan aku kerana meninggalkan kau. Aku terpaksa. Aku diburu rasa bersalah atas apa yang berlaku. Aku sudah mengetahui segala-galanya. Aku turut membaca warkah arwah Nadia tempoh hari. Maafkan aku Haikal. Aku tidak mampu lagi meneruskan hubungan ini. Kerana aku rasa sangat bersalah terhadap arwah Nadia. Andainya kita meneruskan hubungan ini, ia tidak akan semanis dulu. Kerana aku sedar yang kau turut diburu rasa bersalah. Arwah Nadia sahabat baik aku semasa di universti lagi. Aku betul-betul rasa bersalah Haikal…
Haikal,
Lepaskanlah aku dari hidupmu. Biarlah aku mulakan hidup baru di sana. Dan janganlah kau mencari aku lagi. Lupakan pasal diriku… Dan untuk yang terakhirnya… Aku sangat mencintaimu… Tapi, maafkan aku atas semua ini…
Maafkan daku,
Suraya…
--------------
Insan yang tadinya berjalan lesu meninggalkan pantai itu kini tiada lagi kelihatan. Itulah Haikal. Setiap petang, dia akan berada di pantai itu. Merenung lautan biru di kejauhan. Cuba menggamit kembali memori silam itu. Memori indahnya bersama Suraya. Dan memori pilu bersama Nadia. Cinta agungnya terhadap insan bersama Suraya tidak pernah pudar. Dan tempias cinta Nadia terhadapnya masih terasa. Inilah dinamakan sebuah cinta agung…
Karya, cHE
........................................
kepada sesiapa yg membaca cerpen ini, diharap dapat memberikan komen yg sewajarnya. Ini karya ke empat aku di blog ini. kerjasama anda amat dihargai.
ilah@syazim... bez juga citer ni, tp rasa kekuatan cinta suraya tak real la!buat ape nk rasa brsalah pulak , actually Haikal special b.friend dia wat.nak sad lebih2 buat aper...yg dah pergi,memg dah ajal!jagale hati insan yg di sayang tu. Bagi pendapat saye le, mereka be2 tk salah, si aruah yg syok sendiri.
ok la tapi jalan cerita xkuat sgt.cam xreal pun ada gak rasa.pendapat saya patut bnykkn babak suraya dgn haikal sebab awal cita rasa cam derang hero dgn heroin.tp lama2 baca rasa cam nadia lak jd heroin..
cerpen terlampau pendek, jd tak nampak di mana kekuatan cerita ini. Dan warkah tu juga terlampau pendek. mcm tulis surat biasa saja. Sad ending tapi sy tak terasa pun di mana kesedihannya. Penulisan awak okey cuma ada kesalahan kecil yg mungkin awak tak nampak pada penulisan awak... teruskan menulis
em...lg bez kalo panjang kan ag cter nie..x suspen sgt la... cyan haikal dye x bslh dlm cnte 2 tp jd mnse kedaan dtinggalkan suraya..n nape suraya tlalu mudah mlpskan cnte nye???wat la epy ending.. Nway gudluck in ur latest story k..:)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bez citer nie...tp short ckit ler..n sad ending...jarang org wat sad ending... so keep it up! wat cerpen yang bez2 lagi ek...