Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hubunganku dengan Azri semakin rapat, aku rasakan sudah tiba masanya untuk kami berdua menyemai ikatan suci secepat yang mungkin. Lagipun, ibuku jua sudah tahu perihal cinta kami.
Pada mulanya, aku menganggap Azri hanyalah sebagai kawan biasa sahaja, namun, Allah itu lebih mengetahui…kerana tidak terlintas lansung dihatiku untuk menerima cinta Azri. Aku mula jatuh cinta pada Azri disebabkan kejujuran dan keikhlasannya terhadapku. Azri seorang pemuda yang baik dan selalu mengambil berat perihal diriku. Kuakui, sikapnya itu membuatkan aku benar-benar bahagia.
Teringat kembali bagaimana terjalinnya hubungan antara kami berdua, memang pada mulanya, Azirul Azri adalah lelaki yang paling aku benci. Aku membencinya disebabkan sikapnya yang suka menganggu dan mengusikku. Hari demi hari, ada saja benda yang dilakukan untuk membuatku marah dan disebabkan kenakalan dan usikannya itu jugalah membuatkan aku jatuh cinta padanya.
*** Sudah berpuluh SMS dan emel telah aku hantar, namun masih jua tidak berbalas. Tindakan Azri membuatkan aku tertanya-tanya sama ada sibukkah dia atau dia sudah tidak mengasihiku lagi. Sejak dua minggu yang lepas selepas menghantarku pulang dari makan malam, Azri lansung tidak pernah menghubungiku lagi.
*Azri, seandainya Fifi ada menyakitkan hati Azri, maafkanlahku. Tetapi bagilah peluang untukku mengetahui apa kesalahan yang telahku lakukan padamu, sehingga kau sanggup membiarkanku tertanya-tanya apakah kesalahan yang telah aku lakukan.
*Azri, terima kasih di atas segala kasih sayang yang telah Azri curahkan buat Fifi selama ini, Fifi akan menghargainya hingga ke akhir hayat Fifi.
Emel terakhirku untuk Azri, biarlah…seandainya kau ingin meninggalkanku, aku menerimanya. 10 minit kemudian, aku terdengar mesej masuk ke dalam inbox emelku…hatiku berdebar-debar.
*Maafkan abang, sayang…sejak akhir-akhir ini, abang terlalu sibuk. Abang harap Fifi faham keadaan abang.
"Ya tuhan, kau sudah makbulkan permintaanku. Terima kasih kerana memahamiku" bisikku sendirian. Hatiku berbunga kembali. Ternyata Azri masih mengasihiku.
*** Hari ini merupakan hari yang paling bahagia dalam hidupku kerana Azri telah berjanji yang keluarganya akan datang ke rumahku. Tepat jam 8.30 malam, Azri dan keluarganya sampai ke rumahku. Ibuku telah menyediakan makan malam yang teristimewa untuk tetamu yang hadir. Setelah usai menjamu selera, kini tibalah masanya kami berbual mesra diruang tamu.
"Fifi, ada sesuatu yang ingin Umi bagitau Fifi hari ni, tapi…sebelum tu, sanggupkah Fifi menerima Azri walau apa pun yang terjadi?"
Pertanyaan umi Azri membuatkan aku keliru dengan maksud yang Umi Azri ingin sampaikan. Dengan perlahan, aku mengangguk sahaja pertanyaan Umi. Lantas aku memaling wajahku ke arah Azri yang membatu dan hanya menjadi pemerhati sejak dari tadi.
"Sebenarnya, hal penting yang Umi ingin sampaikan kepada kau Fifi". Entah mengapa tiba-tiba hatiku berasa berdebar-debar.
"Apa sebenarnya yang Umi ingin katakan?" tanyaku lambat-lambat dengan riak wajah yang inginkan kepastian.
"Umi harap, kau dapat terima kenyatan apa yang ingin umi sampaikan ni".
Aah, hatiku bertambah risau dan celaru.
"Sebenarnya… suara Umi tersekat-sekat membuatkan aku bertambah gelisah.
"Sebenarnya…Azirul Azri yang di depan kau sekarang bukanlah Aziril Azri yang sebenar. Ini adalah Azirul Azrin, adik kembar kepada Azirul Azri". Kenyataan Umi membuatkan aku jadi binggung.
"Apa sebenarnya yang Umi katakan ni? Fifi betul-betul tak faham".
"Azirul Azri dah meninggal dua bulan yang lepas" beritahu Umi Azri dengan linangan air mata.
"Habis, siapa pula yang kat depan aku ni? Siapa pula yang membalas semua emel san SMSku selama ini? tanyaku sendirian. Mengarut!!!.
"Umi dan Azrin terpaksa berbohong selama ni kerana ingin menunaikan permintaan arwah, Azri tak mahu Fifi bersedih di atas pemergiannya" jelas Umi satu persatu.
Aku bertambah binggung dengan cerita-cerita yang semakin menyesakkan dadaku ini. "Tapi…kenapa? Aku seakan tak percaya.
"Azri,apa yang Umi cakapkan? Fifi tak faham?" tanyaku pada Azri yang membisu sejak dari tadi. namun, dijawab dengan pandangan yang hampa.
*** "Azirul Azri dah mati? Tipu!!!" jeritku.
"Ibu…Azri tak akan tinggalkan Fifi, tidak!" esakku membuatkan Ibu bertambah runsing. Kusangkakan, hari ini adalah hari yang paling bahagia namun bertukar menjadi hari yang paling hiba. Sungguh aku tidak sangka akan mendapat tahu berita yang sedemikian rupa. Ahh!.
"Fifi, jangan macam ni sayang…kalau Azri tahu tentu dia sedih. Lagipun tak elok menanggisi pemergian orang yang dah tak ada" pujuk Ibu.
*** "Fifi, sebelum abang Azri menghembuskan nafas terakhir, dia ingin menghadiahkan cincin ini kepada awak. Tapi…hajatnya tak kesampaian dan Tuhan terlebih dahulu mengambilnya daripada kita." Azrin berkata sambil menghulurkan sebentuk cincin kepadaku.
Lantas air mataku jatuh berjuraian tanpa dipinta. Hatiku sebak mendengar kata-kata Azrin. Kenanganku bersama Azri terungkai kembali di memoriku.
"Abang Azri telah berpesan supaya tidak memberitahu hal kematiannya pada awak, dia tak mahu awak bersedih sebab kehilangannya…seperti sekarang" tambah Azrin lagi. Kata-kata itu membuatkan hatiku bertambah pilu.
" Semua emel dan SMS yang awak bagi dua bulan yang lepas, saya yang menjawabnya, saya minta maaf…tapi saya tak sanggup tengok awak menderita dan terseksa menanti jawapan daripada orang yang telah tiada". Jelas Azrin panjang lebar. Aku hanya mampu mendiamkan diri dan menanggisi dengan apa yang telah tertulis buatku.
" Jadi, selama ini, awak yang membalas semua mesej yang saya hantar?" tanyaku inginkan kepastian.
"Hmm, tapi ingin saya katakan bahawa…semua yang saya hantar pada awak adalah dari hati saya yang tulus ikhlas…saya dah mula menyukai awak, menyintai awak. Saya sedar, saya dah membuat satu kesalahan yang besar dengan jatuh cinta pada gadis milik abang saya sendiri. Maafkan saya…" kata Azrin sambil berlalu pergi meninggalkanku keseorangan dengan linangan air mata.
"Maafkan Fifi, Azrin…kau tak dapat mengantikan tempat abangmu di hatiku. Telahku ukir namanya di hatiku sehingga tidak ada sesiapa lagi yang dapat mengantikannya. Cintanya amat bermakna buatku, biarpun kami tidak dapat bersatu di dunia fana ini…namun, ia tetap abadi buatku, selamanya.
"Selamat berbahagia kau di sana,Azri. Moga rohmu dicucuri rahmat dari-Nya dan tunggulah aku, kerana aku akan menemanimu di sana nanti". Sayangmu, Adriana Afifi Malique.x
P/S : ni 1st cerpen liz, soryla kalo da yg xska. skadar m\'cba. hehe.
I’m not that much of a internet reader to be honest but your sites really nice, keep it up! I'll go ahead and bookmark your website to come back in the future. All the best
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sbg permulaan ok la..
tapi untuk yang lain kali, cuber buat jalan ceriter yang lebih menarik..
kalo bleh, pnjgkan sket jln citer..