Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Opps…!! Sorry, sorry…" Ariana terkoco-koco mendapatkan teman-temannya yang telah lama menunggu kedatangannya di gerai itu. "Apa ni, Ria? Janji pukul sebelas. Sekarang dah pukul berapa?" rungut temannya, Naqiah. "Ala, sorrylah. Aku tertidur tadi," Ariana menjelaskan sebab keterlewatannya. "Tidur? Kita orang susah payah memerah otak, kau sedap-sedap tidur?" celah Rizal pula. Tak puas hati dengan jawapan Ariana. "Kan aku dah cakap, aku ter… Kau faham tak, ter? Bukannya aku sengaja," Ariana masih cuba membela dirinya. "Sudahlah. Kan Ria dah datang?" Khair cuba menjernihkan keadaan. "Sekarang, semua dah ada. Ria, kita orang dah bincang sikit tadi. Kita orang ingat nak tukar sikit warna ni." Ariana meneliti beberapa lakaran iklan yang telah dibuat oleh teman-temannya. "Macam mana, Ria?" Rizal meminta pandangan. "Kalau nak ubah, baik ubah sekarang. Jangan bila dah print nanti baru nak tukar itulah, tukar inilah," tambah Rizal yang sememangnya sudah masak dengan sikap Ariana yang gemar membuat perubahan pada saat akhir. Hal tersebut menyulitkan mereka untuk menyiapkan sesuatu tugasan itu pada tempoh masa yang telah ditetapkan. Namun Rizal tidak menyalahkan Ariana kerana seringkali idea yang bagus itu muncul di saat-saat akhir. Dalam diam, Rizal mengakui yang Ariana memang seorang yang kreatif setelah dia melihat sendiri hasil kerja gadis itu. Kepalanya selalu saja dipenuhi dengan idea. Ada saja pembaharuan yang cuba ditonjolkannya. "Aku rasa yang ini tak sesuailah," Ariana memberikan pendapat. "Yang ini pun kurang menarik. Apa kata kita pilih nombor yang ini?" "Aku pun rasa macam tu," Rizal turut menyetujui. "Tapi warnanya kena tukar sikitlah. Tak nampak kontra. Apa pendapat kau, Khair?" "Ok. Aku setuju," balas Khair. "Kau, Naq?" soal Ariana pula. "Kalau kau orang dah sepakat, aku ikut saja." "Ok, jadi kita ambil yang ini. Siapa nak buat ni?" Ariana memandang teman-temannya. "Bilik aku tak ada komputer," ujar Naqiah memberi alasan. "Macamlah aku ada komputer?" marah Ariana. Kerja kumpulan tapi masing-masing nak lepas tanggungjawab. "Biar aku buatlah. Tapi duit print kongsi ya," celah Rizal. "Ala, tahulah. Macam tak biasa." "Aku hauslah. Ria, pergi beli air," arah Rizal. "Banyak cantik! Kau ingat aku ni apa? Orang gaji kau?" Ariana tidak suka diarah sebegitu. Lagipun dia baru saja melabuhkan punggung di situ. Penat pun belum hilang.
"Ala, tolonglah," Rizal meminta simpati. "Duitnya?" "Pakai duit kaulah." "Amboi, ingat aku ni kaya sangat ke?" "Ala, Ria takkan milo segelas pun kau nak berkira? Kau anggaplah ini denda sebab kau datang lambat tadi." Ariana mencebik lalu bangkit dari kerusi. Hatinya berang namun bukan kerana Rizal menyuruhnya membeli minuman. Hatinya geram kerana peristiwa semalam.
Sudah beberapa hari tidurnya terganggu gara-gara panggilan yang tidak diundang itu. Entah siapalah yang punya kerja. Jauh-jauh malam membuat panggilan namun apabila diangkat serta merta talian dimatikan. Hatinya benar-benar bingung dengan kejadian itu. Kalau aku tahu siapa, nahas orang itu! Sedang Ariana sibuk membelek makanan yang dijual, matanya melekat pada dua tubuh di hadapannya. Tiba-tiba muncul suatu rasa di hatinya melihat kemesraan pasangan itu. Tanpa diduga, si lelaki turut memandang ke arahnya. Mata mereka bertaut. Ariana pantas melarikan pandangan matanya. Harga minuman dibayar kemudian dia kembali menyertai teman-temannya yang sedang rancak berbual. "Lambatlah kau ni," bising Rizal. "Kau beli air ke, bancuh air?" "Orang dah tolong beli tu, banyak pula cakapnya!" "Aku gurau jalah. Yang kau marah-marah ni kenapa?" "Sorrylah, Riz. Aku sebenarnya dah beberapa hari tak cukup tidur," Ariana menceritakan masalahnya. "Kau ingat kat siapa pula ni?" usik Khair. "Mana aku ada ingat siapa-siapa." "Habis tu?" soal Naqiah ingin tahu. "Entah siapalah yang tak ada kerja selalu sangat telefon aku tengah-tengah malam buta," Ariana mula membuka ceritanya. "Ada orang nak berkenalan dengan kau agaknya," seloroh Khair. "Peminat kut," Rizal turut mengusik. "Ataupun ada orang nak ngurat kau!" "Pandailah!" Ariana menepis andaian teman-temannya. "Ya tak ya juga. Siapalah yang berkenan dengan kau ni kan?" tambah Rizal sengaja menyakitkan hati Ariana. "Kau mengata aku ya, Riz? Aku tahulah aku ni tak secantik makwe kau tu," ujar Ariana merendah diri. "Kau ni apalah, Riz. Tak baik tau kau cakap macam tu," Naqiah memarahi Rizal. "Aku main-main jalah. Ria, kau terasa ke? Kalau kau terasa, aku minta maaf ya," Rizal mula rasa bersalah. "Kau ada save nombor tu? Meh sini aku tengok. Mana tahu kut-kut aku kenal." Ariana mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket seluarnya dan mencari-cari nombor tersebut lalu menyerahkan telefon bimbitnya kepada Rizal. Rizal mengambilnya dan menyemak nombor itu di dalam telefon bimbitnya sambil diperhatikan oleh Ariana, Naqiah, dan Khair. "Tak adalah, Ria," Rizal menyerahkan kembali telefon bimbit Ariana. "Orang ni guna nombor utara ni. Aku rasa orang tu dekat-dekat sini aja kut." "Entah-entah pelajar kolej ni juga," teka Khair. "Haah, Ria," sokong Naqiah. "Ria, kau ada bermusuh dengan sesiapa ke?" "Kau ni, Naq. Orang baik macam aku ni mana ada musuh," Ariana masih sempat memuji diri. Namun dalam hatinya terdetik juga rasa tentang kata-kata Naqiah itu. "Orang baik pun tak semestinya tak ada musuh. Manalah tahu kalau-kalau orang tu tak puas hati dengan kau ke. Kau rampas pakwe dia ke," ujar Rizal separuh seloroh. "Cuba kau fikir baik-baik, kau ada tak sakitkan hati orang lain?" "Ataupun dia nak kat kau tapi kau tak layan," celah Khair. Ariana terdiam sejenak. "Mana ada!" "Betul juga. Mana ada orang nak kat kau." Ariana menjeling Rizal. Tak habis-habis nak mengata aku! Tapi takkanlah? Ish… tak mungkin. Hal aku dengan Badrul rasanya tak ada siapa yang tahu. Lagipun kita orang tak pernah berjumpa berdua-duaan. Tambahan pula takkanlah si Elly yang lemah lembut tu nak buat benda-benda ini semua. Ala peningnya kepala aku. "Ria, aku pergi dululah. Aku dah janji dengan Haryana ni," kata Rizal mematahkan lamunan Ariana. "Pasal nombor telefon tu nanti kalau aku dapat tahu, aku beritahu kau ya." "Ok. Kirim salam kat Haryana ya." "Ok. Bye!" "Eh, aku pun minta diri dulu. Aku nak buat assignment kat library," Naqiah pula meminta diri. "Nanti apa-apa hal, aku mesej kau ya." Naqiah berlalu. Ariana melihat Khair. "Kau tak nak pergi ke?" "Hai, kau nak halau aku ke?" "Tak adalah. Mana tahu kut-kut kau dah janji dengan makwe kau ke," ujar Ariana. Kalau kau pergi lagi bagus. Bisik hati kecil Ariana. "Aku mana ada makwe. Siapalah yang nak kat aku ni," ujar Khair merendah diri. "Yalah tu. Orang lelaki ni bukannya boleh percaya sangat," Ariana menguatkan sedikit suaranya. Sengaja biar didengari oleh pasangan di belakangnya. Pasangan di belakang mereka tadi berpisah. Si lelaki meghampiri Ariana dan Khair lalu menyertai mereka. "Yo! Mana yang lain?" Badrul duduk mengadap Ariana. "Dah pergi," jawab Khair. "Aku pun nak pergilah," Ariana menggalas begnya. "Cepatnya kau nak pergi. Aku baru ja duduk," ujar Badrul. Aku tak harap kau pergi, Ria. Aku harapkan si Khair ni yang pergi. "Ala, Ria. Duduklah dulu. Kita borak-borak," pinta Badrul penuh berharap. "Haahlah, Ria. Duduklah dulu," ujar Khair pula. "Malaslah! Lagipun, aku nak balik sambung tidur." Ariana menolak pelawaan mereka untuk berbual lebih lanjut. Dia malas. Tambahan pula kepalanya terasa berat gara-gara tidak cukup tidur. Sememangnya dia teringin sekali duduk berbual dengan Badrul apatah lagi berduaan dengannya. Namun tak mungkin. Hati Badrul telah dimiliki. Jika Badrul tidak memberikan respon, tak adalah dia merana seteruk ini. Masakan tidak, si Badrul sudah bersama Elly ketika mereka berkenalan. Namun Badrul masih ingin bersamanya. Ariana sendiri tidak pasti sama ada tindakannya menerima cinta Badrul itu patut ataupun tidak. Dia berasa bersalah terhadap Elly. Tidak mungkin dia tergamak melukai hati gadis yang baik dan lemah lembut itu. Namun hatinya telah benar-benar dicuri oleh Badrul. Badrul baginya seorang lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya yang sebelum ini tidak pernah diketuk oleh mana-mana lelaki. Bukannya tak ada lelaki lain, namun hatinya hanya untuk Badrul. Memikirkan yang Badrul sudah mempunyai teman istimewa, mereka terpaksa merahsiakan hubungan tersebut. Tiada sesiapa yang mengetahui akan hubungan mereka. Sampai bilakah perkara ini akan berlarutan? "Auh!" Jeritan Ariana menarik perhatian pelajar di situ. "Kenapa Ria?" Badrul segera mendapatkan Ariana. "Kenapa ni, Ria? Ya, Allah! Jun, ambilkan ubat cepat!" Badrul meneliti luka di tangan Ariana. Darah yang mengalir disapu dengan berhati-hati. Ariana tergamam tatkala Badrul memegang tangannya. Tiba-tiba jantungnya berdegup pantas. "Aku tak ada apa-apalah," Ariana menarik tangannya daripada pegangan Badrul apabila menyedari semua mata memerhati ke arah mereka. "Tak ada apa-apa kau kata? Sampai berdarah ni kau kata tak ada apa-apa?" "Ala, sikit aja ni," Ariana cuba berlagak selamba di hadapan Badrul walaupun luka di tangannya seakan mencengkam. "Masa dia sikitlah kena rawat cepat. Kalau melarat nanti kan susah." "Nah, Bad," Jun menghulurkan sebuah kotak putih yang mengandungi beberapa jenis ubat. Badrul mengeluarkan sebotol minyak gamat dari kotak putih itu dan dituang sedikit ke sehelai kapas lalu menyapu ke jari Ariana yang luka. "Tak apalah, Bad. Aku boleh buat sendiri," Ariana menarik kapas yang dituang ubat itu daripada tangan Badrul namun dihalang oleh Badrul. "Biar aku buat. Kau duduk diam-diam." "Tapi…" Ariana serba salah. "Aku kata biar aku buat." Ariana terdiam mendengar ketegasan Badrul lalu dia membiarkan saja Badrul merawat luka di jarinya meskipun di hatinya berasa tidak selesa melihat beberapa orang pelajar berbisik-bisik sesama sendiri. "Dah." "Pandai juga kau balut ya," Ariana membelek-belek balutan di jarinya. "Mestilah. Kalau tak, sia-sia aja aku masuk Badan Pertolongan Cemas tau!" "Terima kasih." "Hah, nak pergi mana pula tu?" sergah Badrul apabila Ariana bangkit hendak menyambung kerja yang tergendala tadi. "Nak sambung kerjalah." "Dah, tak payah. Kau duduk aja kat situ. Biar orang lain buat." "Habis tu aku nak buat apa? Takkan nak duduk saja? Boringlah!" "Kau nak kerja ya?" Badrul berfikir-fikir. "Hah, apa kata kau pergi belikan aku air. Aku dahaga sangat ni." "Kau ingat aku ni orang gaji kau ke?" Ariana sedikit berang. "Cakap banyak pula dia. Orang dah tolong dia." "Nampak sangat tak ikhlas! Lagipun bukan aku yang minta kau tolong." "Kau nak pergi tak nak ni?" "Duitnya?" "Dengan aku pun kau nak berkira ke?" "Mestilah!" "Gunalah duit kau dulu." "Ini aku tak suka ni." "Dah, pergi cepat." Ariana menghilang ke kafeteria berhampiran. Dia yang beria-ria nak tolong kita, macamlah kita nak sangat dia tolong. Eleh, boleh jalanlah! Rungut Ariana sendirian. Ariana kembali semula ke Dewan Baru itu selepas memesan dua bungkus air. Satu air milo kegemarannya dan satu lagi teh O ais untuk Badrul. Walaupun Badrul tak cakap nak air apa tapi dia sudah sedia maklum akan kegemaran Badrul. Sesampai saja di sana, Ariana sedikit geram apabila melihat kehadiran Elly di samping Badrul. Gadis itu membawa air untuk Badrul. Ariana melihat air di tangannya. "Ria!" Ariana tersentak dengan panggilan itu. "Wah, air siapa ni?" soal Rizal. "Tak ada siapa. Kau nak?" "Boleh juga. Thanks." Rizal mengambil air tersebut daripada tangan Ariana. "Kenapa dengan jari kau, Ria?" "Tak ada apa. Aku terkena paku tadi." "Hah? Serius ke?" "Sikit ja. Banyak lagi ke kerja nak kena buat?" "Entah. Aku baru sampai. Jom kita pergi kat Naqiah." Ariana mengekori langkah Rizal. Matanya masih sempat menjeling Badrul dan Elly. Ariana sakit hati melihat kemesraan mereka. "Ria, bangun. Dah petang ni." Ariana terjaga daripada tidurnya. Matanya menangkap wajah Ilyani, teman sebiliknya sebaik-baik sahaja dia membuka mata.. "Tak baik tahu tidur petang-petang," ujar Ilyani. "Dah pukul berapa ni?" Ariana menggosok-gosok matanya. "Dah nak pukul tujuh," balas Ilyani. "Hah? Pukul tujuh?" Ariana terkejur. Tak sangka dia tidur terlalu lama. "Kenapa?" "Hari ni episod akhir cerita Pangako Sayo tu." "Aku ingat apa tadi. Dahlah, siap cepat. Jom kita pergi makan. Kau dah sembahyang Asar belum?" soal Ilyani. "Belum." "Haa itulah. Cerita Filipina ingat, sembahyang tak ingat." Ariana cuma tersengih mendengar kata-kata temannya itu. Ilyani memang yang selalu mengingatkan waktu solat. Untung dia mempunyai teman sebilik seperti Ilyani. "Dahlah. Jom makan." "Biarlah aku mandi dulu." "Tak payah. Kau mandi lama. Balik makan nanti baru mandi." "Yalah, aku pergi basuh muka dulu. Yanie, lepas tu kita pergi library kejap ya. Aku nak cari bahan sikit," ujar Ariana. "Yalah."
Ariana leka menekan-nekan kekunci komputer di bilik I.T. perpustakaan itu apabila tiba-tiba muncul suatu wajah di hadapannya. Ariana tersentak. "Kau ni buat terkejut aku aja. Tak reti-reti nak bagi salam?" marah Ariana. "Sorry…Buat apa?" "Tak buat apa. Buat bodoh aja," jawab Ariana selamba. Dah tahu lagi mahu tanya! Badrul menarik muka mendengar jawapan Ariana. Ariana yang perasan akan perubahan mimik Badrul berasa bersalah lalu bersuara. "Aku tengah cari bahan untuk projek Introduction to Mass Communication…" Ariana pantas meneliti monitor komputer tersebut. "Sorang aja ke?" "Taklah…" Badrul diam seketika kemudian menyambung. "Dengan Elly." Ariana terkedu. "Mana dia?" Ariana cuba berlagak biasa. "Ada kat luar." "Dah tu buat apa kau duduk sini? Nanti nampak dek Elly apa pula kata dia?" Ariana sedikit memperli. "Ala, kita bukannya buat apa-apa. Dia oklah." "Itu kata kau." "Yang kau risau sangat ni kenapa?" "Aku cuma fikirkan hubungan kau orang aja. Aku tak naklah nanti Elly fikir yang bukan-bukan. Nanti kalau apa-apa hal, aku juga yang dipersalahkan." Tatkala itu Elly muncul. "Hai," sapanya kepada Ariana. "Hai." Ariana cuba mengukir senyuman. "Buat apa?" soal Elly. "Buat bodoh aja," Badrul menjawab bagi pihak Ariana. "Kau perli aku ya?" Ariana berang. "Kau yang cakap tadi kan?" Badrul membela diri lalu tersengih puas. Sekarang giliran Ariana pula menarik muka. O, itulah tadi kenakan aku. "Kau ni datang sini nak guna komputer ke atau nak kacau orang?" Ariana mula tidak selesa dengan situasi itu. "Yalah, aku pergi. Jom Elly…" Badrul dan Elly berlalu ke pintu bilik I.T. Ariana bertambah berang dengan sikap Badrul. Anak matanya mengekor langkah mereka berdua. Dalam pada itu, Badrul sempat menjeling ke arahnya. Ariana tersentak lalu segera melarikan pandangannya kembali pada monitor komputer dan berpura-pura sibuk.
Pagi itu semua pelajar di kelas itu bersorak apabila kelas mereka dibatalkan oleh pensyarah mereka. Tanpa membuang masa semua melangkah ke luar. Ariana turut melangkah ke luar. Langkahnya terhenti apabila melihat Badrul sedang berbual-bual dengan teman sekelasnya di koridor. Badrul terpandang akan Ariana. Baru saja dia hendak menegur Ariana tetapi niatnya terbantut apabila Ariana berpatah. Badrul berasa hairan dan pelik melihat sikap Ariana. Takkan dia tak nampak aku? Badrul berkira-kira sendiri. Apa pula salah aku kali ni? "Yo, Bad, Naz…" Rizal menyapa Badrul dan Nasir. "Riz, Ria mana?" Tanya Badrul. "Entah. Library kut." "K, tak apalah. Aku chow dulu."
"Aku tahu hubungan kau dengan Bad." Ariana memandang Azlan. "Kau ni tak tahu malu ke? Kau kan tahu Bad dengan Elly. Tak ada lelaki lain ke kau nak goda?" Ariana tersentak dengan kata-kata Azlan. Kata-kata Azlan memang betul tapi cara Azlan menegurnya benar-benar menghiris hatinya. Kau ni siapa nak cakap macam tu dengan aku? Bad tak ada apa-apa, kau pula yang sibuk-sibuk. Ariana menyumpah-nyumpah Azlan di dalam hati. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku menendang mulutnya. Sabar, Ria. Sabar. Ariana cuba menenangkan hatinya sendiri. "Cubalah kau fikir sikit. Hubungan dia orang baik-baik aja. Kalau Elly tahu pasal perkara ni macam mana? Kau nak tanggung? Yang jadi mangsanya Bad! Kau jangan ingat yang Bad tu betul-betul nak kat kau. Aku yakin dia cuma nak jaga hati kau aja. Baik kau putuskan hubungan kau dengan Bad sebelum sesuatu yang buruk berlaku…" Ariana mengeluh apabila mengenangkan kata-kata Azlan tempoh hari. Apa yang harus aku lakukan? "Kau ni memang tak nampak atau saja buat-buat tak nampak?" "Hm?" Ariana tersentak dari lamunannya lalu mengangkat muka. Kelihatan Badrul berdiri di hadapannya. Ariana malas hendak melayan Badrul tatkala itu. "Aku rasa power mata aku dah bertambahlah. Kau ni salah tempat ke?" "Kenapa kau tanya macam tu?" "Kau tak takut ke kalau orang lain nampak kita dua orang kat sini? Nanti apa pula kata dia orang…" "Kau tak suka aku duduk sini ke?" Memanglah aku suka kau temankan aku tapi… hish takkan kau tak faham keadaan kita? Ariana merungut dalam hati. "Tak. Aku tak suka," bohong Ariana. "Betul kau tak suka?" Badrul tidak percaya dengan kata-kata Ariana. Mereka berpandangan. Ariana tidak mahu memandang mata itu lalu tunduk pura-pura membaca. "Suka hati kaulah." Badrul tersengih memandang Ariana. Mereka duduk tanpa membicarakan sepatah kata.
"Bad, sebenarnya aku ada suatu perkara nak bagi tahu kau. Tapi kau kena janji yang kau takkan bagi tahu siapa-siapa." "Apa dia?" "Lagi satu, lepas aku bagi tahu kau, kau janji apa yang aku nak bagi tahu ni takkan mengubah persahabatan kita lepas ni? Kita tetap kawan macam dulu k?" "Cakaplah apa dia." Ariana menarik nafas panjang. Cuba mengumpul kekuatan yang ada. "Bad, sebenarnya aku…" Ariana memandang Badrul yang masih setia menanti tiap patah kata yang bakal keluar dari mulutnya. "Aku…" Ariana serba salah. Betul ke tindakan aku ni? "Cakaplah!" "Aku sukakan kau." Serta merta ayat itu terpacul dari mulutnya apabila disergah Badrul sebegitu. Bukan saja Badrul yang terkejut bahkan Ariana sendiri berasa terkejut bagaimana mulutnya laju mengeluarkan ayat tersebut. Alamak, dah terlepas. Nak buat macam mana ni? Ah, dah terlanjur aku cakap ni baik aku terus-terang aja. "Aku tak minta apa-apa daripada kau. Aku cuma nak luahkan apa yang terbuku di hati aku. Aku dah tak terdaya menanggungnya. Dan tolong jangan benci aku. Itu aja aku nak cakap. Aku balik dulu," Ariana melangkah laju. "Ria!" Ariana berdebar-debar tatkala Badrul menghampirinya lalu memandang tepat ke matanya. Ariana sudah tak ada kekuatan untuk menentang wajah itu lalu tunduk. "Kalau aku cakap yang kau tak bertepuk sebelah tangan?" Ariana mengangkat muka. Tidak tahu sama ada dia harus gembira atau serba salah dengan apa yang baru didengarnya. "Aku pun sukakan kau, Ria." Badrul berterus-terang. "Aku gembira bersama kau…" "Tapi kau dah ada Elly." "Sebab itu aku takut nak berterus-terang dengan kau. Tapi Ria, aku betul-betul sukakan kau." "Bad! Bangunlah, dah maghrib ni," Nasir mengoncang tubuh temannya itu. Badrul membuka kelopak matanya. Wajah Nasir muncul di hadapannya. "Pukul berapa dah?" soalnya antara sedar dan tidak. "Tujuh setengah," Nasir membentang sejadah di lantai. Bersiap-siap untuk mengerjakan solat maghrib. Badrul duduk di katilnya sambil tangannya memegang kepalanya. Dengan rasa malas, Badrul menggagahkan diri untuk bangun. Tuala yang disidai di kaki katil dicapainya lalu menyusun langkah ke bilik air. "Ria..." Ariana tersentak. "Kau ni baca buku ke berangan?" Ilyani melabuhkan punggung di sebelah temannya itu. "Kau ni kenapa? Dua tiga menjak ni aku tengok kau asyik termenung aja. Kau tak sihat ke?" "Tak ada apalah," Ariana cuba menyembunyikan perasaan yang bergolak dalam hatinya. "Betul ke tak ada apa-apa?" "Betul cuma…" Ariana mencari alasan agar temannya itu tidak mengesyaki yang bukan-bukan. "Aku peninglah dengan subjek-subjek ni. Aku rasa nak macam berhenti belajar aja." "Hish, kau ni. Orang dah bagi belajar, kau nak berhenti pula. Cuba kau fikir orang yang nak belajar tapi tak berkesempatan nak belajar. Kau sepatutnya rasa bertuah sebab telah diberi peluang untuk merealisasikan cita-cita kau," ujar Ilyani. "Cita-cita? Tapi Mass Comm ni bukan pilihan pertama aku," balas Ariana. "Aku tahu kau kecewa sebab tak dapat masuk Art and Design tapi Mass Comm pun termasuk dalam senarai course yang kau minta masa nak masuk U dulu kan?" "Itu aku main isi aja. Nak cukupkan lapan. Aku bukannya tahu sangat Mass Comm ni belajar apa sebenarnya." "Tapi sekarang kau dah masuk Mass Comm. Dah masuk semester dua dah pun. Tak boleh nak patah balik. Kau kena teruskan. Mungkin rezeki kau dalam bidang ni." "Tapi kekadang aku rasa give up lah, Yanie." "Kau kena kuatkan semangat kau. Jangan mudah mengalah. Cuba kau fikir mak bapak kau kat kampung yang nak tengok kau berjaya. Kau sanggup ke tengok orang yang telah bersusah payah memerah keringat semata-mata untuk beri kau yang terbaik. Lepas tu senang-senang aja kau nak hancurkan harapan dia orang?" "Aku tahu, Yanie. Tapi kekadang aku rasa jiwa aku tak sesuai dalam bidang ni. Banyak subjek yang tak kena dengan jiwa aku. Kau kan tahu yang aku ni tak berapa suka bercampur dengan orang. Bila aku masuk course ni tak pasal-pasal aku kena berlagak friendly dengan orang. Aku ni kan pemalu," ujar Ariana separuh seloroh. "Itulah hikmahnya kau masuk Mass Comm. Mungkin bila kau masuk Mass Comm, kau boleh kikis sifat pemalu kau tu. Belajar-belajarlah bergaul dengan orang lain." "Yalah tu," balas Ariana walaupun dia tahu kata-kata Ilyani itu ada benarnya. Mungkin sebab sifat pemalunya itu menyebabkan dia tidak mempunyai ramai kawan di kalangan pelajar Mass Comm. Malah kadang-kadang dia rasa dia lebih gembira bersama pelajar course lain seperti Ilyani yang mengambil jurusan Perakaunan. "Bertuah kau kan? Dapat belajar course yang kau nak. Dekat dengan rumah pula tu. Satu jam aja dah sampai. Tak macam aku. Satu hari suntuk dalam bas baru sampai rumah." "Dah rezeki aku. Kau pun bertuah apa dapat belajar kat Arau ni. Sekurang-kurangnya kau merasalah juga menjejakkan kaki luar dari kawasan pantai timur. Aku ni hah, dari kecik sampai besar tak pernah keluar dari zon utara ni. KL pun aku tak pernah sampai." "Aku pun tak pernah sampai KL. Kakak dengan abang aku semua dapat sambung belajar kat KL. Aku aja yang tercampak kat sini," luah Ariana. Dah lama dia bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Kata orang Kuala Lumpur tu best. Namun dia hampa apabila mendapat tahu dia akan ditempatkan di UiTM Arau, Perlis dalam jurusan Komunikasi dan Media. Dahlah tak dapat course yang diidam-idamkan, tercampak kat kawasan terpencil pula tu. "Yalah, kalau kau tak belajar kat sini, kau takkan kenal dengan aku kan?" Ariana menjuihkan bibir. Dia dan Ilyani sudah dua semester berkongsi bilik. Mereka sudah serasi walaupun berbeza pendapat dan sikap. Namun bagi Ariana, Ilyanilah teman sejatinya. "Dahlah, kau nak pergi makan tak?" "Naklah. Lapar ni," Ariana memegang perutnya. "Tahu pun lapar. Ingatkan dah lupa makan minum. Asyik berangan aja," usik Ilyani.
"Ria, kau nak air apa?" soal Ilyani apabila dia dan Ariana menapak di gerai yang berhadapan dengan Pusat Islam selepas makan malam di dewan makan asrama. "Milo ais," jawab Ariana. "Bang, milo ais satu, teh O ais satu. Bungkus ya," ujar Ilyani kepada penjual di situ. "Jom duduk dulu." Ariana dan Ilyani melabuhkan punggung di suatu meja sementara menanti minuman mereka siap. Ariana memerhati sekeliling. Tiba-tiba matanya melekat pada suatu wajah di celah-celah kumpulan pelajar yang melepak di situ. Ariana segera melarikan pandangannya. Kenapalah kau selalu muncul di hadapan aku? Bila aku nak jumpa, tak jumpa. Bila aku tak nak jumpa, selalu saja kau muncul. "Kenapa, Ria?" Ilyani hairan melihat sikap Ariana. "Tak ada apa. Air kita dah siap kut. Jom." Ariana tergesa-gesa membayar harga minuman mereka dan pantas melangkah meninggalkan tempat itu. Salahkah aku bila menyukai sesuatu yang bukan milik aku? Salahkah aku kerana perasaan ini datang sendiri? Salahkah aku bila aku tak dapat menahan perasaan ini dari terus menyayangi dia? Memang kata orang kumbang bukan seekor tapi macam mana kalau hanya kumbang itu yang aku suka? Yang aku mahu? Kerana dialah kumbang yang masih sudi hinggap pada sekuntum bunga kertas seperti aku meskipun aku tidak secantik sekuntum bunga mawar. Apa harus aku lakukan tatkala hati ini masih berdegil untuk mengingati dia? Sesungguhnya dialah satu-satunya. Oh, Tuhan sesungguhnya dugaan ini amat berat untuk aku galas.
"Kenapa pula dengan si Ria ni?" Badrul berkira sendiri. Dari tadi, nombor yang didail tidak pernah berjawab. S.M.S. pun tidak dibalas. "Kau masih jumpa perempuan tu lagi?" Azlan muncul di muka pintu. "Perempuan mana yang kau maksudkan?" "Hai, buat-buat tak tahu pula. Selain Elly, perempuan mana lagi yang kau selalu jumpa tu?" keras kata-kata Azlan seolah menyindir. "Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni, Lan?" Badrul masih tidak mengerti. "Bad, kau jangan ingat aku tak tahu. Aku tahu semuanya." "Tahu apa?" "Kau ada hubungan dengan Ria kan? Budak kelas Rizal tu kan?" "Apa yang kau merepek ni?" "Kau jangan pura-puralah, Bad. Memanglah perempuan tu. Tak makan saman betul!" getus Azlan. "Apa kau cakap? Kau jumpa Ria ke?" Badrul seakan terkejut. "Yalah! Takkan aku nak biarkan aja perempuan tu musnahkan hubungan kau dengan Elly." "Apa yang kau cakap dengan Ria?" soal Badrul ingin tahu. "Bad, Elly tu kan baik, lemah lembut, sopan santun…" "Apa yang kau cakap dengan Ria?" Badrul mula meninggi suara. "Apalagi, aku maki dialah. Entah perempuan jenis apa dia tu? Boyfriend orang pun nak kebas!" "Kau tak berhak buat macam tu! Siapa beri kau kuasa untuk maki hamun dia? Patutlah sejak akhir-akhir ni dia selalu jauhkan diri dari aku. Rupanya ni semua kerja kau!" Badrul berang lalu mencapai jaketnya dan berlalu meninggalkan Azlan.
"Ria, telefon kau banyak kali bunyi tadi," ujar Ilyani sebaik-baik saja Ariana muncul daripada tandas. Ariana mencapai telefonnya. "Kenapa kau tak angkat?" Tanya Ariana. "Tak beranilah aku. Mana tahu panggilan daripada seseorang," balas Ilyani. Ariana tersenyum mendengar kata-kata temannya itu sambil membelek telefon bimbitnya. Air muka Ariana berubah melihat nama si pemanggil. Nak apa pula dia ni? Biasa dia S.M.S. aja. Seketika kemudian telefon itu berbunyi lagi. Orang yang sama. Ariana teragak-agak untuk menjawab panggilan itu. Ilyani hairan melihat Ariana tidak menjawab panggilan itu. "Kenapa tak angkat?" "Aku ingat missed call aja," Ariana memberi alasan. "Missed call apanya. Lama bunyi tu." Akhirnya Ariana menjawab juga panggilan itu. Mana tahu telefon itu akan terus berdering jika tidak diangkat nanti. "Hello… Hah? " Ariana terkejut mendengar suara di hujung talian. "Kau tahu tak dah pukul berapa ni? Dah pukul sebelas lebih. Aku mana boleh keluar." Ilyani hanya memerhati Ariana. "Kau kat sini? Apa kau buat ni? Esok ajalah. Yalah. Aku datang sekarang," Ariana mematikan talian itu. Geram. Apalah yang budak ni nak buat? "Yanie, aku keluar kejap ya." "Kau nak pergi mana?" soal Ilyani apabila melihat Ariana bersiap-siap mahu keluar. "Eh, kan dah lebih pukul sebelas ni." "Ala…dekat-dekat sini aja." "Kau nak aku temankan tak?" "Tak apalah. Kejap aja. Aku pergi dulu."
"Kau nak apa sampai tak boleh tunggu sampai esok pagi?" Ariana mendapatkan Badrul yang menantinya di luar pagar Kolej Resak. "Ria, aku ada benda penting nak cakap dengan kau," Badrul tidak tahu bagaimana hendak memulakan ayat. "Cakaplah cepat. Nanti pak guard nampak, susah kita tau." "Kenapa kau mengelak daripada aku? Telefon aku pun kau tak jawab. Kau marahkan aku ke?" tutur Badrul lembut. "Kalau aku ada buat salah, aku minta maaf k?" Ucapan lembut itu benar-benar meruntun hatinya. Memang Badrul tidak pernah meninggi suara dengannya. Pemuda itu terlalu baik kepadanya. "Ini ke benda penting tu? Kau ni buang masa aku aja tau!" Ariana melangkah untuk pergi namun Badrul pantas menarik tangannya. "Ria…" "Bad, aku penat. Aku nak tidur" Ariana memberi alasan. "Aku takkan benarkan kau masuk selagi kau tak bagi tahu aku sebab yang sebenar." "Bad, jangan paksa aku." "Please Ria, aku perlu tahu jawapan daripada kau malam ni juga." "Kau nak tahu sebab sebenar? Baik. Sebabnya, aku dah tak ada apa-apa perasaan pada kau. Jadi aku rasa tak ada gunanya kita teruskan hubungan ni. Sudahlah, Bad. Aku rasa baik kita jangan jumpa lagi." "Kenapa kau masih nak tipu, Ria? Aku dah tahu semuanya. Azlan dah cakap kat aku" Ariana terdiam. "Aku betul-betul minta maaf, Ria. Aku tak tahu." "Kalau kau dah tahu, kenapa kau cari aku lagi?" "Sebab aku tak nak hati kau terus terluka. Aku sayangkan kau, Ria." Ariana mula sebak. "Sudahlah, Bad. Kita tak mungkin bersama. Lupakan aja semuanya," ujar Ariana lantas segera meninggalkan Badrul. Kesedihannya sudah tidak dapat ditahan. Badrul melihat langkah Ariana dengan pandangan yang berat. Ariana tidak terus balik ke biliknya. Dia tidak mahu Ilyani melihatnya menangis. "Aku pun sayangkan kau, Bad," Ariana teresak-esak menahan hiba.
"Ria, bangun. Tak pergi kelas ke?" Ilyani mengejutkan Ariana yang masih lena di katilnya. "Aku tak pergi kelaslah hari ni," jawab Ariana dalam keadaan separuh sedar. "Kenapa? Kau sakit ke?" Ilyani meletakkan telapak tangannya atas dahi Ariana. Tak demam pun. "Aku sihat." "Habis tu, kenapa kau tak nak pergi kelas?" soal Ilyani. Setahunya Ariana bukanlah orang yang suka ponteng kelas. "Aku mengantuklah." "Kau balik bilik pukul berapa semalam?" "Entah. Pukul 1 kut." "Pukul 1? Kau buat apa?" "Aku tengok TV," bohong Ariana. "Kau nak pergi mana?" "Aku nak pergi jumpa lecturer kejap." Tiba-tiba telefon bimbit Ilyani berbunyi. Pantas Ilyani menjawab panggilan itu. "Haa Lisa, kau dah ada kat bawah? Haa yalah aku turun sekarang. Ria, Lisa dah tunggu aku. Aku pergi dulu tau. Bye!" Ilyani mencapai buku di atas meja lalu menghilang. Ariana masih barbaring di katilnya. Suara radio sengaja dikuatkan. Cuba membuang segala yang menyesakkan kotak fikirannya. Sedang itu, telefon bimbitnya berbunyi. Ariana tidak mengendahkan jeritan telefon tersebut. Namun nada ‘Jika Kau Cinta’ itu masih mengganggunya. Ariana mencapai telefonnya lalu menutupnya. Hatinya benar-benar pedih. Fikirannya bercelaru. Kepalanya terasa berat. Ariana cuba melelapkan matanya kembali.
"Assalamualaikum," ucap suara itu seraya pintu bilik dikuak. "Hai, sejak aku keluar tadi kau tak bangun-bangun lagi ke?" soal Ilyani apabila Ariana masih di katil ketika dia pulang dari berjumpa pensyarahnya. "Entah kenapa aku rasa malas sangat hari ni," balas Ariana. "Apa kena dengan kawan aku yang sorang ni? Macam orang frust bercinta aja." Memang aku frust pun. Macam ni ke sakit orang yang ditinggalkan kekasih? Pedih. Kecewa. Marah. "Mana adalah." "Tadi aku jumpa budak kelas kau tu. Siapa? Rizal? Dia kata ada benda penting dia nak bagi tahu kau," Ilyani menyampaikan pesan Rizal. "Apa dia?" "Itu kau kenalah tanya dia," ujar Ilyani. "Nantilah aku telefon dia," Ariana menarik selimut. "Udah udahlah tidurnya. Bangunlah," Ilyani menepuk kaki Ariana. "Tak elok bangun lambat-lambat. Nanti rezeki tak masuk." "Kejap lagilah aku bangun," Ariana memejamkan mata. Ilyani hanya menggeleng melihat sikap sahabatnya itu.
"Ria, aku dah tahu siapa yang selalu kacau kau tu," ujar Rizal ketika dia berjumpa Ariana petang itu. "Siapa?" Ariana seakan tidak sabar.
"Kenapa kau buat macam ni?" "Sebab aku sukakan kau." "Suka?" Ariana nak tergelak mendengar kata-kata itu. "Bukan macam ni caranya nak memenangi hati aku." "Tapi Ria, aku tak tahu macam mana nak bagi tahu pada kau. Aku betul-betul sukakan kau, Ria. Takkan kau tak boleh beri peluang pada aku?" "Sudahlah, Khair. Kalau betul kau sukakan aku, tolonglah jangan buat macam ni lagi. Aku tak suka." Ariana berlalu meninggalkan Khair. Aku minta maaf, Khair. Aku tak boleh terima orang lain buat masa ni. Hatiku dah cukup pedih. Aku tak dapat cinta yang aku mahu. Aku tak dapat bersama dengan orang yang aku sayang. Bukan senang untuk memiliki hatiku. Belum ada lelaki yang dapat mencuri hatiku selain Badrul. Namun aku harus kuat melupakan rasa itu walaupun aku tahu ia akan memakan masa yang lama. Aku harap kau bahagia Bad kerana jika kau bahagia aku juga akan turut bahagia. Biarlah aku abadikan semua tentang kita dalam lembaran hidupku.
x faham mawar baca citer ni, dah pening kepala, bace citer ni lagi penin kepala,mula-mula ok, pastu mcam penulis hlg arah tujuan bila dah ending, akhirnya ending yang begitu membosankankan dan tak ada langsung jalan cerita, harap penulis tak terasa hati dengan komen2 pembaca yang lain,
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
what's this??