Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ku buka lembaran diari itu. Berbekalkan tinta nan basah, ku coretkan sebuah lagu indah di lembarannya. Di saat itu juga, wajah nan suci itu menerjah ke pelusuk ruang fikiranku. Seketika aku berkhayal. Teringat kembali memori nan indah saat bersamanya. Senyumannya, gelak tawanya, rengekan manjanya, dan jelingan matanya itu seolah-olah sukar untuk ku lupakan. Mengapa? Kekadang persoalan sedemikian hadir dalam fikiran ini. Namun, sehingga ke detik ini, tiada lagi jawapan yang mampu ku ungkapkan. Setiap saat yang ku lewati, penuh kedukaan, kekecewaan, kerinduan, dan kesunyian jua. Aku sentiasa mengimpikan saat indah itu kembali. Kembali menemani ruang hidup ini. Tetapi, apa yang mampu ku lakukan andai cinta yang dulunya bersemi telah pergi. Pergi jauh meninggalkan aku tanpa menoleh ke belakang walau sesaat pun. Memori itu kembali menggamit kotak fikiranku…
-------------------------------
Masih ku ingat saat pertama kali aku mengenalinya semasa di kolej dulu.Teman sekelasku, Syazwani, yang bertindak memperkenalkan aku dengan insan itu. Ketika itu, kami hanya berbalas sms, mungkin segan untuk ketemu. Perkenalan yang singkat telah membuka pintu hatiku untuk mengenali dia dengan lebih rapat. Faszira. Itulah nama yang telah membuka pintu hati ini. Tatkala aku membuat keputusan untuk tidak mencari teman dari jenis Hawa lagi di kolej ini, dia telah hadir dalam hidupku. Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku menjalinkan perhubungan dengan insan itu. Sedangkan aku telah membuat keputusan untuk tidak merapatkan diri dengan mana-mana perempuan di kolej ini lagi. Memori silam dulu masih tiada dapat ku lupakan. Hampir setahun lebih aku menunggu balasan cinta dari seorang pelajar perempuan di kolej ini. Namun, semua itu bagaikan sia-sia. Aku bertepuk sebelah tangan. Sedangkan dia, pergi meninggalkan aku yang sendirian. Pergi membina mahligai indah bersama insan yang dicintainya. Aku kecewa. Cukup kecewa. Disebabkan hal inilah, aku membuat keputusan untuk menutup pintu hatiku buat insan-insan lain yang berada di kolej ini. Namun, kehadiran Faszira dalam hidup ini mengubah segala-galanya. Aku kembali membuka pintu hatiku. Ku buka pintu hati ini buat dia. Buat Faszira.
"Faszira, masihkah kau ingat saat itu?", tanyaku tiba-tiba pada suatu malam tika aku menelefonnya. " Saat bila yang kau maksudkan?", tanya Faszira kembali. " Masihkah kau ingat saat pertama kali kita ketemu di kolej dulu? Tika itu, aku aku memberitahu kau yang aku ingin meminjam buku biologi yang memuatkan soalan-soalan peperiksaan dari tahun-tahun yang sudah," jawabku kembali. " Iya Han", aku masih ingat. Tapi mengapa kau bertanya soalan itu?, tanya Faszira kembali sedikit kehairanan. "Faszira, bagiku saat itu adalah saat yang terindah dalam hidup ini. Aku tidak mengerti mengapa ketika aku menatap wajah mu saat itu, hati kecilku terusik. Sedangkan itu adalah pertama kali aku menatap wajahmu. Saat kau berjalan menghampiri aku, aku sedikit kaget. Dadaku berdebar. Aku merasakan seolah-seolah berada di awang-awangan. Dan pertama kali lirikan mata kita bertemu, satu perasan yang indah hadir dan menyelubungi di segenap ruang citraku. Secara jujur aku beritahu, saat itu aku telah jatuh cinta padamu," kataku penuh perasaan. Faszira diam. Diam membisu. Mungkin tiada apa yang mampu dia ungkapkan. Hubungan cinta antara aku dan dia yang baru terjalin selepas tamatnya program matrikulasi itu makin hari makin indah. Walaupun jarak memisahkan antara kami, namun itu tiada pernah menjadi halangan untuk kami melayari nakhoda percintaan. Setiap saat yang berlalu penuh kebahagian. Dia begitu mengambil berat akan diriku. Dirinya yang kini berada di utara semenanjung, sedangkan aku di pantai timur, telah menghadirkan satu kerinduan yang sangat indah dalam diri kami. Perasaan itu kian membuak-buak. Sesekali, terdengar suaranya yang manja itu tika dia menelefonku. Walaupun tidak pernah diungkapkan olehnya perkataan rindu itu, namun dari suara manja itu dapat ku ketahui yang dia menyimpan perasaan rindu yang amat sangat terhadapku. Aku bahagia… Pernah satu malam, dia menyanyikan sebuah lagu buatku. ‘This I Promise You’. Lagu ini bermakna buat dirinya. Tika terdengar suara gemersik itu, aku bagaikan ingin menangis. Kerana inilah pertama kali seorang perempuan menyanyikan sebuah lagu buatku. Aku merasakan betul-betul dihargai. Dan saat itu jua, baru ku sedar yang dia amat menyayangi diri ini. Malam itu, aku turut menyanyikan sebuah lagu buat dirinya. ‘ Bila Aku Sudah Tiada’. Aku sengaja menyanyikan lagu ini agar dia memahami mesej yang ingin ku sampaikan dari lirik lagu itu. Mungkin suatu hari nanti, aku akan tiada dalam hidupnya. Semua itu ketentuan Illahi.
-------------------------------.
Tanggal 14 Mei merupakan hari jadinya. Aku sudah berkira-kira untuk membeli hadiah buat insan yang ku sayang ini. Sehari sebelum tarikh itu, aku baru pulang dari Perlis. Pulang selepas menghantar adikku mendaftar di Kolej Matrikulasi Perlis. Perjalanan yang jauh menyebabkan aku sedikit keletihan. Namun ku gagahkan jua diri ini untuk membonceng motosikal keluar ke bandar. Ketika itu ingin sahaja aku meminjam kereta dari abahku. Namun, niatku tidak kesampaian kerana dia lebih awal lagi keluar menggunakan kereta tersebut. Terpaksa juga aku kuatkan diri untuk membonceng motosikal. Sedangkan ku sedar saat itu kepalaku sakit dan pening-pening. Namun, aku tetap akan membeli hadiah buat Faszira pada hari itu. Sesampai di bandar, aku berlegar-legar di sebuah shopping complex berdekatan dengan stesen bas. Setengah jam kemudian, aku berhasil memilih hadiah yang sesuai buatnya. Aku sengaja membelikan hadiah yang tidak seberapa. Kerana dalam fikiran ini sudah wujud satu perancangan. Aku ingin mengujinya. Ingin ku tahu samada Faszira seorang yang bersifat materialistik atau sebaliknya. Namun, aku sudah berkira-kira untuk membeli satu hadiah yang amat istimewa buatnya di hari ulang tahun hubungan kami. Tanggal 21 April. Keadaan trafik yang sesak pada hari itu menyebabkan kepalaku semakin sakit. Sesekali mataku terasa berpinar. Hadiah yang telah siap dibungkus tadi akan ku poskan hari ini juga. Dalam keadaan mataku yang berpinar, aku menuju ke pejabat pos. Tetapi, tika aku melalui satu selekoh, motosikal yang ku bonceng tidak dapat dikawal. Saat itu kepalaku betul-betul pening. Ditambahkan lagi dengan mata yang kian berpinar. Akhirnya, motosikal yang ku bonceng itu terjatuh. Motosikalku sedikit rosak. Dan aku mengalami luka di bahagian lengan dan kakiku. Sambil menahan kesakitan, aku bangun. Ku kuatkan diri untuk terus membonceng motosikal itu. Dan menuju ke pejabat pos sambil menahan luka yang kian berdarah itu. Peristiwa ini tiada pernah ku ceritakan kepada Faszira. Biarlah hal ini menjadi rahsia buat diriku. Tanda pengorbananku buatnya…
--------------------------------------
Perhubungan yang indah telah sebulan ku lalui bersamanya. Sehingga ke saat itu, aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan kebahagian ini. Namun, ku sangkakan hari bahagia akan terus berpanjangan. Rupa-rupanya, kekecewaan sedang menghambat diri ini. Panggilan telefon dari Faszira pada malam itu menjadi saksi kepada bermulanya episod duka dalam hidupku. " Han, ada satu perkara yang perlu kau ketahui. Perkara yang selama ini aku sembunyikan dari pengetahuanmu," suara gemersik Faszira ku dengar dari corong telefon. " Perkara apa yang kau maksudkan Faszira," tanyaku dengan nada yang sedikit gusar. " Pasal Nazmizan,", jawabnya sedikit perlahan. Darah mudaku tersentak. Mukaku yang tadinya jernih bertukar menjadi merah padam. Ku terbayang kembali kisah Nazmizan yang pernah diceritakan Faszira semasa berada di kolej dahulu. Nazmizan atau lebih dikenali sebagai Naz itu merupakan bekas kekasih Faszira. Naz adalah cinta pertama Faszira. Selama empat tahun mereka bermadu kasih. Bermula dari zaman persekolahan, sehinggalah ke kolej. Pernah ku ingat kata-kata Faszira tempoh hari. " Naz bukan seorang yang mengambil berat akan diriku. Selama empat tahun kami bersama, dia jarang mengambil tahu akan perihal diriku. Tiada yang indah dalam hubungan itu. Dia lebih banyak kekurangan berbanding kau Han".
"Han, mengapa kau diam?" tanya Faszira dengan nada yang sedikit tinggi setelah menyedari yang aku terdiam sejenak dari tadi. " Kenapa dengan Naz?", tanyaku kembali. "Han, Naz contact aku kembali. Dia mengajak aku menjalinkan hubungan yang telah terputus dulu. Dan saat dia menelefonku pada malam itu, aku dapat merasakan dari nada kata-katanya yang dia betul-betul sayang akan diriku", jawab Faszira dengan nada yang sayu. Fikiranku tiba-tiba menjadi celaru. Lama aku mendiamkan diri. Dan selepas itu kembali bersuara. " Faszira, adakah kau masih sayangkan dia?" tanyaku tiba-tiba. Faszira mengeluh panjang. Dan dengan nada yang sedikit perlahan, dia menjawab. " Han, maafkan aku kerana menyembunyikan hal ini dari pengetahuanmu. Sebenarnya, aku masih sayangkan dia. Kenangan bersamanya sangat sukar kulupakan. Walaupun aku pernah beritahu kau antara kami tiada kenangan yang indah, tapi aku masih belum dapat melupakan dirinya. Maafkan aku Han". Aku terkejut. Badanku terasa lemah. Hati ini bagaikan dirobek dengan sembilu. Kepercayaanku terhadapnya hancur. Berkecai. " Tapi Han, dengarlah dan tenunglah kataku. Aku tetap akan bersamamu. Aku akan sentiasa berusaha untuk melupakan dirinya. Dan sesuatu yang mustahil untuk aku menerima dia kembali. Aku merayu padamu agar memberi sedikit peluang kepada diri ini untuk ku lupakan dia. Aku perlukan bantuan kau Han. Aku sayangkan kau", sambung Faszira dengan nada yang berhati-hati. Lama aku terdiam. Fikiranku melayang. Berbagai persoalan menerjah ruang fikiranku. " Adakah dia betul-betul ikhlas buatku? Dan bagaimana dia akan menyayangiku sedangkan dalam masa yang sama dia menyayangi orang lain?", getus hati kecilku. Aku buntu. " Please Han. Berikan aku peluang," rayu Faszira kembali. Tidak sanggup aku mendengar rayuan itu. Lalu, " Baiklah.Aku sentiasa berikan kau peluang. Aku sayangkan kau,"akhirnya aku bersuara. Namun, saat itu air mataku telah mengalir. Hatiku terasa sangat terluka. Ku cuba berlagak seperti biasa kerana tidak mahu Faszira menyedari akan hal itu.
-------------------------------.
KEESOKAN HARI
Hari ini, keputusan peperiksaan akhir program matrikulasi akan diumumkan. Keputusan ini amat bermakna buat diriku mahupun buat Faszira. Kerana keputusan peperiksaan ini akan menjadi penentu kepada masa depan kami. Universiti tempatan mahupun luar negara sedang menanti pelajar lepasan dari matrikulasi seperti kami. Aku dan Faszira dari dulu lagi berjanji untuk memilih universiti yang sama bagi menyambung pengajian di peringkat ijazah. Kami tidak mahu lagi berjauhan. Tepat jam 12 tengahari, keputusan diumumkan. Badanku lemah longlai. Aku memegang slip keputusan peperiksaan itu dengan tangan yang terketar-ketar. Masih jelas lagi ayat yang tertulis di kertas keramat itu. ‘ Anda lulus bersyarat. Dikehendaki mengulang pengajian ’. Hatiku yang masih terluka oleh kata-kata Faszira semalam masih jelas berbekas. Dan hari ini, satu lagi ujian yang amat berat menimpa diriku.
-------------------------------..
Masa sudah hampir sebulan berlalu. Kebahagiaan yang ku alami dulu kini hanya tinggal kenangan sahaja. Perubahan sikap Faszira begitu ketara sekali. Tiada lagi tawa riang darinya, tiada lagi rengekan manja yang sering membuat hati lelakiku cair, tiada jua gurauan nakal yang ditujukan buatku, dan tiada lagi panggilan sayang yang dulunya ku nanti-nantikan. Aku kini dahagakan semua itu. Kekadang, berbagai persoalan menerjah kotak fikiranku. " Faszira, mengapa kau berubah? Tiada lagi perasaan sayang dalam dirimu buatku? Atau hatimu telah berubah kepadanya? Kau lebih menyayangi Naz? Atau perubahan itu kerana keputusan peperiksaan ku yang tiada harapan untuk melangkah kaki ke menara gading?", persoalan-persoalan sebegini sering menghantui diriku. Aku pening. Kekadang aku mencongak sendirian. Cuba memikirkan kesilapan diri ini. Dan mencari- cari jawapan kepada semua persoalan yang timbul. Masih ku ingat, saat ku bertanya kepada Faszira akan perihal dirinya yang telah berubah, dia hanya menjawab dengan jawapan yang ringkas," Faszira sibuk". Namun, jawapan itu belum cukup menghilangkan resah yang kian menghambat diri ini. Hatiku benar-benar tidak tenang.
--------------------------------
Hari ini, keputusan kemasukan ke IPTA diumumkan. Seperti yang dijangka, aku tidak mendapat tempat di mana-mana IPTA. Keputusan peperiksaan yang sangat teruk semasa di matrikulasi dulu telah tidak melayakkan aku untuk melangkahkan jejak ke mana-mana IPTA. Aku juga tidak mengulang pengajianku di matrikulasi. Hal ini kerana aku tidak bisa melihat kedua orang tua ku menahan rasa malu pabila teman-teman sekampung mereka mengetahui akan hal ini. Aku cukup kecewa. Namun ku sedar, kekecewaan itu hanya sia-sia. Dan masa tidak bisa diatur kembali. Aku redha. Faszira pula berjaya mendapat tempat di Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) Skudai, Johor. Semakin jauh dari diriku. Hubungan cinta yang ku pertahankan selama ini kian menunjukkan jalan ke penghujungnya. Perubahan sikap Faszira yang mendadak, masa depanku yang kian tidak menentu, dan jarak antara kami yang kian jauh memungkinkan akan terus berlaku keretakan dalam hubungan ini dan seterusnya memisahkan hati yang telah bersatu antara kami. Namun, ku gagahkan hati ini untuk terus pertahankan cintaku. Sehingga ke saat itu, perasan sayang dan cintaku terhadap diri Faszira tiada pernah berubah walau sedikitpun. Aku sayangkan dia. Sejujur hatiku. Namun, masih ku ingat pada suatu hari, Faszira meluahkan perasaan yang dirasainya. " Fas rasa antara kita tiada keserasian", katanya. Kata-kata itu menambahkan lagi kekusutan yang ku rasai.Bagiku keserasian boleh dicipta. Lagi pun, hubungan antara kami baru bermula. Baru hampir dua bulan. Mengapa begitu cepat dia memberikan tanggapan negatif terhadap hubungan ini? Aku bingung. Dan mengapa berbagai alasan yang dibangkitkan kepadaku pabila ku bicarakan perihal hubungan ini? Bermula dengan timbulnya masalah tentang bekas kekasihnya, masalah masa depanku yang kian tidak menentu, dan kini timbul pula isu ketidakserasian antara kami. Sesekali ku rasakan hidup ini sangat zalim. Di saat aku bingung mencongak untuk mencari penyelesaian bagi menempatkan diriku di mana-mana IPTA, Faszira pula menimbulkan pelbagai masalah tentang hubungan ini. Dulu, malamku lena ditemani mimpi-mimpi indah. Tapi kini, malam itu dihimpit pula dengan pelbagai masalah. Mencengkam sanubariku. Di waktu ini, aku memerlukan Faszira di sisi. Menemaniku. Dan memberikan suntikan semangat agar diri ini lebih tabah menghadapi dugaan mendatang. Namun, impian itu hanya sekadar impian. Faszira tiada pernah berada di sisiku. Tiada pernah cuba untuk mengubat hati ini yang kian lara. Bingung. Memikirkan tempat untuk meletakkan diri ini berada dalam kelompok mahasiswa mahupun mahasiswi yang akan berdaftar di IPTA seluruh negara dalam masa terdekat ini. " Adakah ini tanda sayangmu buatku Faszira?", getus hati kecilku.
-------------------------------------
Teman-temanku akan melangkahkan kaki ke IPTA tempatan mahupun luar negara dalam masa seminggu lagi. Sibuk mereka menyiapkan diri untuk bergelar mahasiswa. Keadaan yang sama turut dialami Faszira. Berbagai persediaan telah dan sedang dilakukan. Hati menguntum senyuman. Perasaan girang menyelubungi segenap ruang dirinya. Namun, berbeza sekali dengan insan itu. Tiada senyuman gembira yang mampu diungkapkan. Tiada perkataan girang yang bisa dituturkan. Hanya yang hadir, kekecewaan, penyesalan, kesedihan, dan bermacam jua perasaan lagi. Dan hati pula penuh kesepian, kerinduan, dan kecintaan. Sepi mengharapkan kehadiran Faszira. Rindu menanti bayang Faszira. Dan cinta ditagih buat Faszira. Kebahagian bersama Faszira yang hanya sementara itu sentiasa dikenang. Mimpi kini ditemani bayang Faszira. Namun, bukan senyuman manja dari Faszira yang dulunya sentiasa hadir dalam mimpi itu. Tapi, igaun buruk pula yang kian menghimpit perasaan dan jiwa itu.
-------------------------------.
Di suatu pagi yang dingin, dulit dengan hembusan angin sepi, telah menjadi saksi kepada berakhirnya sebuah ikatan dua hati. Kata-kata dari Faszira pada pagi itu bagaikan merobek hatiku. Terasa kepiluan itu kian mencengkam jiwa ini. Tiada ku sangka, Faszira sanggup meluahkan kata-kata itu. Kata-kata yang menjadi penyebab runtuhnya mahligai cinta yang ku bina bersamanya sedikit masa lalu. " Faszira, ingin ku bertanya padamu. Jawablah dengan sejujurnya kerana aku tiada bisa lagi menanggung derita ini bersendirian. Mengapa kau berubah Faszira ? Mengapa ?", tanyaku. " Faszira sendiri pun tidak tahu Han", jawabnya pendek. " Kau masih sayangkan aku Fas?", tanya diri ini dengan hati yang ragu. Lama Faszira terdiam. Dan beberapa minit kemudian, " Sayang, tapi…", jawabnya dengan nada yang perlahan. "Tapi mengapa Fas? Beritahu aku sejujurnya. Please…", rayuku. Faszira mengeluh panjang. Kemudian bersuara kembali. "Tapi perasaan itu kian berkurang Han. Perasaan ku padamu bukan seperti dulu lagi. Aku sendiri tidak mengerti mengapa hal ini berlaku", jawabnya dengan nada yang sedikit gementar. Mataku terpejam. Menahan luka hati ini yang kian parah. Saat itu jiwaku terasa kosong. Tiba-tiba, tanpa ku sedari, setitis air mata jernih mengalir ke pipi ini. Namun, cepat-cepat ku sapu air mata itu dengan telapak tanganku. Aku menarik nafas panjang. Cuba mententeramkan diri. Aku tidak mahu Faszira menyedari yang diri ini sedang menangis tika itu. " Faszira, andai itu kata-kata yang keluar dari mulut kau sendiri, tiada apa yang mampu ku lakukan melainkan aku melepaskan diri kau. Mulai saat ini, pergilah kau dari hatiku. Aku lepaskan kau. Semoga kau berjaya dengan apa yang kau impikan. Tapi, ingatilah kata-kata ini, anggaplah yang kita tiada pernah mengenali antara satu sama lain. Dan jangan sesekali kau mencari aku lagi",kataku perlahan. Faszira meletakkan gagang telefon. Tiada sepatah kata pun yang dia ungkapkan buatku. Sedangkan aku, masih bingung memikirkan semua ini. " Mengapa kau berubah? Mengapa perasaan sayang kau terhadapku kian pudar? Adakah kerana Naz? Kau lebih menyayangi Naz? Atau kau sengaja mahu permainkan perasaanku? Atau kerana aku tiada hala tuju dalam hidup ini? Kau malu mempunyai teman sepertiku kerana tiada mampu melangkah masuk ke gerbang universiti?", persoalan-persoalan ini kian ku lontar. Mengharapkan jawapan darinya. Namun ku sedar, semua itu hanyalah sia-sia. Aku telah kehilangan dia…
-------------------------------
Ku tatap kembali diari yang tadinya ku tulis sebuah lagu indah di atasnya. Baru ku sedar, fikiranku telah jauh melayang mengenangkan kisah silam hidupku bersama Faszira. Sehingga ke saat ini, perasaan sayang dan cintaku buatnya masih menebal. Aku juga masih menunggu dia kembali. Kembali padaku. Dan merungkai semua persoalan yang sentiasa mencengkam hati dan perasaanku tika ini. Walaupun ku sedar, semua itu mungkin impian semata-mata. Namun, dari dulu hingga kini, tiap saat yang ku lalui, ku abadikan buatnya. Dan sampai ke tika ini jua, aku masih di sini. Masih dengan hidupku. Teman-teman seperjuanganku kini berada di dunia baru. Dunia kehidupan di universiti. Sedangkan aku, masih tercari-cari hala tuju hidupku. Hari-hari yang ku lalui kian sukar. Namun, tiada pernah ku titiskan air mata atas apa yang berlaku kini. Cuma hingga ke saat ini, aku sentiasa bertanya. Mengapa aku titiskan air mata saat ku kehilangan Faszira sedangkan aku tidak pernah menitiskan air mataku kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran. Bukankah air mata seorang lelaki itu mahal nilainya? Tiada pernah ku ketemu jawapan kepada persoalan itu. Kutatap kembali buku diariku tadi. Tertulis sebuah lagu indah di suatu sudut buku itu. Lagu ini kutujukan buatmu Faszira…
SIAPA YANG RAMPAS CINTAMU ( UKAYS )
Harapan hatiku Ingin hidup bahagia Tetapi Mengapa sering saja Hati ini diluka Baru ku cuba Hendak bercinta Namun kau buat angkara Mengapa mesti Aku yang menjadi mangsa
Harapan untuk kekalan Hanya tinggal igaun Walaupun telah aku bertahan Tapi apakan daya Retak akhirnya kasih kita Tanpa kita buat apa pun cara Mudah benar kau Memutuskan dahan asmara
Sampai bila harus diriku begini Oh kekasih Sampai bila mesti kau dera hatiku Di manakah janjimu Yang kau tabur dulu Sebelum ku serahkan cinta Betapa hancurnya hatiku
Siapa yang ganggu hatimu Siapa yang rampas cintamu Katakan padaku Biarlah jelas segalanya
Siapa yang sedang kau sayang Siapa yang sedang kau buru Berterus-teranglah Dari kau terus menyiksaku…
Karya, cHE
------------------------------------ Sesiapa yang membaca cerpen ini, harap tinggalkan ulasan. Ini adalah sebuah cerita realiti...
nasihat sy.. jgn jd pungguk rindukan bulan.. bulan pun mungkin tak kenal pungguk. ini dugaan hidup anda... mungkin skrg anda di bwh,mana tau 1hari nanti anda berada di atas... yakinlah pada diri anda sendiri.. k
cite ni mmg sedih.tp,hidup msti diteruskn...anda akan dpt lebih baik pada ms akan dtg.jdkn sbg pengalaman hidup yg mengajar erti dewasa.yakinlah pd cinta yg hakiki.
che.. aq b'simpati r ktowg tuh cian die.. smpai ati pmpn 2 erk mgkin pmpn 2 de sbb t'sndri kot sabar la... rmai lg pmpn kt dunia ni yg lbh cantek n baek ikhlas:fezra
aku pn dlm krisis pencntaan ku bgai di hjng tnduk tp aku stil besa liht apa akn trjdi kdng2 aku pn lyn persaan gak tp kita leleki kne kuat jngn tnduk dgn pmpuan k............
Cinta tidak semestinya bersatu....cinta pertama selalunya tidak akan menjadi kenyataan...cinta kedua adalah pengajaran dari yang pertama.....pilihlah cinta yang benar-benar tulus dan ikhlas melalui jalan agama...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bahasa yang dapat difahami...
bunga bukan sekuntum...ada hikmah disebaliknya...