BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Julai 07, 2008
Cerpen : Sepi berlalu pergi
alya_mikan
alya_mikan@yahoo.com

Haiza termenung sendirian di jendela. Memerhati keindahan taman di halaman banglo mewah itu. Kedengaran deruan air dari air terjun buatan di taman tersebut. Anak-anak ikan bermain riang di dalam kolam dan angin bayu menyapa lembut pipinya. Ini semua cukup untuk memberikan ketenangan kepada seseorang, tetapi tidak bagi Haiza. Hatinya gundah gulana. Dia tidak tenteram bercampur rasa pilu di dada.
"Haiza, Faiz datang," kata Puan Sarah apabila menapak ke dalam kamar serba mewah tersebut. Haiza tersentak. Segara lamunnnya terhenti.
"Abang datang?"tanya Haiza tidak percaya. Puan Sarah hanya mengangguk dan tersenyum. Haiza membalas senyumn itu. Hatinya riang.
"Hmm, biar Haiza betulkan rambut dulu," Haiza segera berjalan ke meja solek dan menyikat rambutnya yang panjang mengurai. Puan Sarah tersenyum melihat gelagat menantunya lalu keluar dari kamar itu.

Haiza menapak perlahan-lahan turun dari tangga. Telingnya menangkap perbualan antara Puan Sarah dengan Faiz. Senyuman Haiza semakin lebar. Dia berjalan pantas ke arah ruang tamu. Tiba-tiba senyumannya mati. Perasaannya bercampur baur.
"Haiza, mari duduk kat mama," ajak Puan Sarah lalu menepuk sofa di sebelahnya. Haiza menurut. Dia menundukkan wajah. Kegembiraan tadi semakin hilang dan digantikan dengan rasa pilu.
"Haiza apa khabar?" tanya Suraya. Haiza memandang tepat wajah Suraya. Mencari keikhlasan di kata-katanya. Akhirnya Haiza mengerti, Suraya hanya berpura-pura.
"Khabar baik. Kat sini seronok. Mama layan Haiza dengan baik," jawab Haiza. Suaranya sengaja diceriakan walaupun dia tahu, ia tetap kedengaran hambar. Suraya mengangguk. Wajahnya kelihatan tidak senang. Haiza mengerti. Jika dia di tempat Suraya, pasti dia akan bersikap begitu juga. Malah, mungkin lebih teruk.
"Faiz datang nak jemput Haiza balik ke rumah. Dah lama Haiza tinggal ngan mama,"celah Puan Sarah. Haiza tersentak. Dia memandang Suraya dan Faiz di hadapannya. Entah apa yang mereka berdua fikirkan? Adakah mereka mahu menyakiti hatinya? Adakah Faiz tidak tahu mengapa dia disini atau dia berpura-pura tidak tahu? Mengapa Faiz membawa Suraya bersama? Pertanyaan demi pertanyaan memenuhi mindanya.
"Tap…"
"Dah lama Haiza tinggal kat sini. Kesian Faiz. Haiza tak perlu risaukan mama. Kat rumah ni ramai pembantu, Mak Timah dan Pak Khalid ada. Haiza kena layan Faiz baik-baik," potong Puan Sarah pantas dan tegas. Haiza menundukkan wajahnya. Dia sudah tidak boleh membantah. Memang ibu mertuanya seorang yang keras dan tegas. Oleh sebab sikap itulah, hidupnya menjadi begini sekarang.
"Yalah, Haiza. Betul kata mama," kata Suraya pula. Haiza hanya diam. Fikirannya berperang. Adakah dia boleh mempercayai wanita di hadapannya ini? Dia tidak pasti. Yang dia pasti, terselit perasaan benci di dalam diri wanita itu untuknya. Namun, Haiza akur. Memang patut wanita itu membencinya. Dia telah menjadi pengganggu kepada rumah tangganya. Tapi, itu bukan kehendaknya. Kalau boleh, dia tidak mahu dan tidak akan mahu menjadi isteri kedua!
"Faiz, temankan Haiza berkemas. Dia tak larat bawa beg besar," arah Puan Sri Sarah. Faiz hanya mengangguk dan berjalan mengekori Haiza ke biliknya. Tiada senyuman manis dan kata-kata terbit di bibrnya. Wajahnya kosong, bagaikan tiada perasaan. Haiza semakin tertekan.

"Maaf," ucapan itu keluar dari bibir merah Faiz. Haiza terpana. Keadaan ruang tamu rumahnya terasa membahang.
"Untuk apa?" tanya Haiza. Perasaannya tidak enak. Umpama sesuatu bakal berlaku.
"Saya tidak boleh terima awak. Awak harus faham. Ini semua bukan kehendak saya," dingin suaranya. Haiza memandang wajah suaminya itu. Wajah yang diminati oleh ramai wanita. Pasti orang ramai tidak menyangka bahawa lelaki sekacak dan semuda Faiz sebenarnya mempunyai dua isteri.
"Habis, abang ingat Haiza senang hati sangat ke? Haiza pun sama, bang. Tapi, Haiza akur. Mungkin ini memang takdir Haiza. Abang tak berhak buat Haiza begini, abang kejam!" kata Haiza. Air matanya hampir tumpah tetapi ditahannya. Sudah banyak air matanya tumpah akibat lelaki ini. Sudah setahun dia menderita. Sudah lama dia beralah, kerana dia sedar siapa dirinya. Namun sekarang dia sudah lelah. Dia tidak mahu terus kecundang. Dia hanya mahu secebis kebahagiaan. Salahkah dia?
"Maaf, saya cuma boleh anggap awak sebagai kawan. Paling rapat, adik. Saya cuma sayangkan Suraya seorang sahaja. Tiada sesiapa dapat menduakan kasih saya. Termasuk awak dan mama walaupun isteri telah saya duakan," kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu melukakan hatinya. Haiza akur. Mungkin ini nasibnya. Dia tahu, Faiz amat sayangkan Suraya tetapi perkahwinan mereka ditentang oleh Puan Sarah. Faiz terpaksa mengahwininya supaya tidak digelar anak derhaka dan merapatkan Suraya kepada keluarganya. Puan Sarah amat menyayanginya walaupun dia hanya anak arwah kawan baiknya. Kini baru Haiza mengerti, Faiz hanya menjadikan dia alat sahaja. Dia tidak mahu derhaka dan dia tidak mahu isteri kesayangannya terus terusan dibenci oleh keluarganya. Akhirnya dia menurut dan Haiza menjadi mangsanya!
"Abang, Haiza terima keputusan abang. Tapi, Haiza mahu abang tahu, Haiza juga menderita. Haiza tiada pilihan. Haiza terpaksa. Haiza juga berkorban! Bukan abang dan Suraya saja merasai sakitnya," kata Haiza menahan sendu. Dia melangkah meninggalkan Faiz keseorangan. Apabila sampai ke biliknya, air mata lebat menuruni pipi putihnya. Menangisi nasibnya sendiri.

Haiza memerhatikan Faiz dan Suraya yang sedang ramah melayan tetamu. Mereka kelihatan gembira dan sedang berseronok. Sekali sekala Faiz dan Suraya ketawa riang. Entah apa yang menggembirakan mereka, Haiza tidak tahu. Sesekali terdetik di hatinya ingin menegur mereka tetapi apabila memikirkan Faiz dan Suraya pasti tidak selesa dengan kehadirannya, Haiza membatalkan niatnya. Biarlah mereka berseronok. Dia tidak mahu menganggu.
"Hai," tegur satu suara. Haiza berpaling.
"Mimi! Apa yang awak buat kat sini?" tanya Haiza riang. Gembira kerana bertemu dengan rakan lamanya. Dia memeluk erat tubuh Mimi. Mimi membalas pelukannya.
"Saya datang parti kawan saya, Suraya. Awak pulak?’ tanya Mimi dengan senyuman lebar. Haiza tersentak. Sungguh kecil dunia ini. Kawan lamanya menjadi kawan kepada Suraya, madunya.
"Saya juga," balas Haiza. Dia mempelawa Mimi duduk di hadapannya. Hampir lima tahun tidak bertemu, banyak perkara yang ingin dibualnya dengan Mimi.
"So, macam mana awak sekarang? Sudah kahwin?" tanya Mimi nakal. Haiza terdiam. Entah apa yang perlu dijawabnya.
"Haiza, awak okey? Kenapa diam?" tanya Mimi kehairanan. Haiza menggeleng kepala.
"Saya okey. Cuma pening sikit. Saya tak kahwin lagi. Yalah, saya ni bukannya cantik,"jawab Haiza dengan senyuman hambar. ‘Maafkan saya, saya terpaksa membohongimu. Ini bukan pintaku. Memang hanya beberapa orang sahaja mengetahui hakikat ini. Namun, hanya tiga orang sahaja yang mengetahui derita perkahwinanku. Hanya aku, maduku dan suamiku!’ rintih Haiza dalam hati. Tiada siapa yang boleh mendengar jeritan hatinya. Hanya dia seorang sahaja.
"Tak cantik? Siapalah yang rabun kata awak tak cantik tu? Atau, awak ni memilih sangat? Alah, kita ada banyak masa lagi untuk cari suami. Hhm, Haiza, cuba tengok Suraya dan hubby dia tu. Mesra betul. Saya cemburu tengok. Bertuah betul dapat hubby macam Faiz tu. Bertuah Suraya," kata Mimi memuji pasangan suami isteri itu. Haiza mengangguk. Bertuah dapat mempersuamikan Faiz? Yakah? Hakikatnya, dia menderita! Tapi, ada juga betulnya kata Mimi. Bertuah betul Suraya. Ini kerana Faiz menyintainya. Sedangkan dia? Sekelumit kasih pun tiada untuknya. Kasih itulah yang membezakan dia dengan Suraya.
"Saya berharap suami melayan saya sebaik Faiz melayan Suraya. Tapi, mungkinkah tercapai?" tanya Haiza perlahan. Mimi memalingkan muka mengadap Haiza. Mungkin menyedari kelainan di nada suaranya.
"Semua itu mungkin. Berserahlah dan bertawakallah kepada Allah S.W.T. Tiada yang mustahil bagi Allah S.W.T. jika itu yang dikehendakiNya," nasihat Mimi. Haiza tersenyum.
"Ya. Hmm, bila nak potong kek? Saya tak sabar nak makan kek birthday ni," kata Haiza berpura-pura ceria. Mimi tersentak. Dia merenung tepat wajah Haiza.
"Awak dah silap. Parti ni bukan parti hari jadi. Parti ni sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua. Suraya tak bagitau awak ke?" tanya Mimi kehairanan. Haiza tersentak. Dia teringat perlawaan Suraya supaya datang ke parti hari jadinya pagi tadi. Apa yang dikatakan Suraya hanyalah parti hari jadi, bukan parti ulang tahun perkahwinannya dengan Faiz. Apa motif Suraya melakukan ini? Adakah Faiz juga bersubahat sama?
Tiba-tiba mata Haiza melekat ke arah Faiz dan Suraya. Faiz sedang memeluk pinggang Suraya dan mencium pipinya. Mata Suraya bertembung dengan mata Haiza. Suraya kelihatan serba salah melihatnya. Haiza terkedu. Adakah mereka melakukan ini hanya untuk melukakannya? Jika benar, mereka berjaya! Haiza menahan sebak yang bertakung di dada. Mereka melakukan ini untuk menunjukkan yang hanya Suraya sahajakah di hati Faiz? Kenapa? Dia sudah lama mengerti hakikat itu. Tidak perlu ditunjukkan lagi kepadanya. Dia sudah cukup terseksa. Tolong, jangan seksa dia lagi. Dia takut, dia tidak mampu menghadapinya. Dia takut, lukanya semakin dalam dan parah.
Haiza memalingkan wajahnya. Rasa sebak makin berbuku di dada. Sebenarnya dia bukannya teringin sangat ingin menjejakkan kakinya ke rumah milik Suraya dan Faiz, tetapi oleh rasa hormatnya yang masih ada kepada mereka, digagahkan jua hatinya datang ke sini. Lagipun, dia sudah memutuskan satu perkara. Dia pasti, keputusannya ini akan memberi kebaikan kepada semua pihak. Mungkin pada mulanya dia akan terluka tapi masa pasti akan menghilangkan kesakitannya. Sebab itu jugalah yang membawa dia ke sini. Dia mahu mengabarkan keputusan ini kepada Faiz dan Suraya tapi tidak disangka dia dipermainkan. Sampai hati mereka memperlakukan dia sebegini!
"Haiza, awak tak apa-apa ke? Muka awak pucat," tegur Mimi. Haiza mendongakkan wajahnya memandang Mimi.
"Saya tak apa-apa cuma saya rasa pening. Saya rasa, lebih baik saya balik sekarang. Tapi, saya nak jumpa Faiz dan Suraya dulu. Selamat jalan," kata Haiza pantas lalu meninggalkan Mimi segera. Mimi tidak sempat menjawab. Dalam fikirannya, dia tahu ada yang tidak kena.
Haiza berjalan pantas ke arah Faiz dan Haiza yang sedang dikelilingi oleh rakan-rakannya. Rasa geram, marah, pilunya bercampur menjadi satu. Entah apa yang perlu dilakukannya. Yang pasti, kesabaran dirinya sudah memuncak. Dia sudah tidak dapat bertahan lagi. Haiza berdiri di hadapan Faiz dan Suraya. Wajahnya cuba dibuat selamba walaupun hatinya berkocak hebat. Faiz dan Suraya kelihatan terkejut melihat kehadirannya. Haiza tersenyum.
"Hmm, boleh saya bercakap dengan awak berdua, Suraya dan Faiz? Saya ada perkara yang ingin dibincangkan," tanya Haiza berlagak selamba. Kawan-kawan Suraya dan Faiz kebingungan mendengar permintaanya.
"Ada apa? Tak boleh tunggu selepas ini, ke?" tanya Faiz dingin. Kelihatan dia tidak senang dengan kehadirannya.
"Yalah, penting sangat ke?" kata Suraya pula. Haiza mengawal rasa baran didadanya. Dia cuba memaniskan wajah agar rakan-rakan suami dan madunya tidak curiga.
"Ya. Saya ada berita gembira untuk kamu berdua," jawab Haiza. Faiz dan Suraya berpandangan seketika sebelum meminta diri untuk beredar dari kawan-kawan mereka. Selepas tu, mereka bergerak ke dalam bilik. Haiza menuruti langkah mereka.
"Kenapa awak ada kat sini?"tanya Faiz apabila dia sudah menapak masuk ke dalam kamar tersebut. Haiza menjeling tajam Faiz dan Suraya. Kenapa? Dia boleh tanya kenapa? Haiza mengawal rasa marahnya. Sesungguhnya dia kecewa dengan sikap Faiz dan Suraya. Adakah mereka menjemputnya ke majlis ini hanya untuk memalukannya? Walaupun Faiz tidak mengasihinya, sekurang-kurangnya Faiz harus menghormatinya sebagai seorang isteri. Begitu juga dengan Suraya. Dia harus menghormatinya sebagai seorang madu, isteri kepada suaminya juga.
"Haiza yang harus tanya, kenapa! Kenapa abang dan Suraya jemput Haiza datang ke majlis ulang tahun perkahwinan kalian? Tidak cukupkan apa yang Haiza terima? Kenapa nak tambah lagi beban Haiza?!" tanya Haiza dengan nada tinggi namun air matanya sudah menitis di pipi. Faiz tersentak. Suraya hanya mendiamkan diri. Haiza memalingkan muka. Dia tidak faham dengan tindakan Faiz dan Suraya. Adakah orang di dunia ini yang menjemput isteri kedua dan madunya ke majlis ulang tahun perkahwinannya? Tak masuk akal!
"Apa yang awak cakapkan ini? Saya tak fahamlah,"jawab Faiz. Haiza mencebik.
"Berhentilah berpura-pura, bang. Abang tak penat ke, berlakon? Abang hanya perlu berlakon depan mama. Depan Haiza, tak payah!" kata Haiza lantang. Kali pertama dia bersikap kurang ajar terhadap Faiz sepanjang perkahwinannya selama setahun dengan Faiz.
"Kenapa dengan awak ni? Dah tak betul ke?" marah Faiz. Marahnya memuncak. Majahnya sudah merah. Haiza menarik nafas. Cuba mengawal marahnya. Sedikit sebanyak dia beraasa bersalah meninggikan suaranya kepada Faiz tadi.
"Haiza dah fikir masak-masak. Haiza tahu, hanya ada satu je penyelesaian kepada masah kita ni. Dulu, Haiza fikir masalah ini masih boleh diselesaikan. Tapi, nampaknya Haiza silap. Haiza dah sedar. Jadi, Haiza nak balik semula ke tempat asal Haiza. Haiza dah tak nak menjadi pengganggu kebahagian abang dan Suraya lagi," kata Haiza perlahan tetapi cukup kuat untuk ditangkap oleh deria pendengaran Faiz dan Suraya.
"Apa maksud awak?" tanya Faiz. Dia tersentak dengan kata-kata Haiza tadi. Haiza terdiam. Rasa sebaknya kembali memenuhi relung dadanya. Dia tidak sanggup untuk mengucapkannya tapi dia terpaksa. Ini jalan terbaik dan jalan inilah yang akan mengubati hatinya yang terluka.
"Haiza nak bercerai," Faiz dan Suraya terpana mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Haiza. Haiza cuba tersenyum. Tawar.
"Haiza dah lelah. Haiza dah tak sanggup. Lagipun, ini yang abang dan Suraya nak, kan? Anggaplah ini hadiah dari Haiza sempena ulang tahun perkahwinan abang dan Suraya. Tentang mama, abang tak perlu bimbang. Haiza tahulah apa yang Haiza akan terangkan pada mama. Jangan risau, Haiza tak akan memburukkan Suraya. Suraya tetap akan diterima mama walaupun Haiza sudah tidak menjadi isteri abang," ucap Haiza tenang walaupun jiwanya berkocak hebat. Namun, dia mahu berpisah dalam cara baik. Tiada dendam dan sakit hati. Dia juga tidak mahu kelihatan lemah di kaca mata Faiz dan Suraya.
"Tak boleh. Saya tak akan ceraikan awak," kata Faiz tiba-tiba. Suraya terkejut mendengar kata-kata itu. Haiza juga terpana. Buat apa dia masih menjadi isteri Faiz jika kehadirannya tidak disenangi dan hanya menimbulkan kesakitan? Untuk apa Faiz masih mengekalkan dia sebagai isteri jika dia langsung tidak dikasihi? Untuk apa? Adakah untuk dia disakiti? Persoalan menerjah kotak fikirannya. Suasana menjadi sepi seketika. Haiza mengeluh.
"Tak cukupkah apa yang dah abang buat? Haiza derita. Haiza nak bebas dari cengkaman semua ni. Tanpa Haiza, abang dan Suraya pun lebih aman, kan? Kita dah tak perlu berpura-pura lagi depan mama. Haiza sudah letih berpura-pura. Jadi, kenapa abang tak nak lepaskan Haiza? Biarlah Haiza cari kebahagiaan Haiza sendiri. Mungkin jodoh Haiza bukan dengan abang. Mungkin Haiza lebih bahagia dengan orang lain,"kata Haiza perlahan. Cuba menahan sebak di dada. Faiz terdiam. Suraya juga begitu.
"Haiza dah beritahu apa yang Haiza nak beritahu. Haiza pergi dulu. Maafkan segala kesalahan Haiza. Haiza dah tak akan ganggu abang dan Suraya lagi," ujar Haiza lalu menapak keluar dari kamar tersebut. Air matanya sudah tidak dapat bertahan lagi lalu mengalir lebat seraya deras lariannya meninggalkan rumah milik Faiz dan Suraya. Dia tidak memperdulikan panggilan Faiz dan pandangan curiga para tetamu di belakangnya. Haiza terus memboloskan diri ke dalam kereta dan memecut ke arah lebuh raya. Dia sudah tidak berpaling ke belakang lagi. Mungkin ini jalan terbaik!

"Keluar! Semua keluar! Aku benci korang semua! Keluar!" tempik Faiz lantang. Haiza, Puan Sarah dan dua orang gaji terkejut mendengar teriakan Faiz. Mereka hanya tergaman melihat Faiz menyelerakkan barang-barang dalam biliknya seperti orang gila. Haiza pilu melihat kelakuan Faiz manakala Puan Sarah menggeleng-geleng melihat perlakuan anak tunggalnya itu.
"Mak Timah, Pak Khalid, tolong keluar. Saya nak berbincang dengan Faiz," arah Puan Sarah. Mak Timah dan Pak Khalid mengangguk dan keluar dari bilik. Haiz juga mula melangkah keluar dari bilik.
"Haiza tak payah keluar," arah Puan Sarah pula. Serta-merta langkah Haiza terhenti. Namun, dia berasa tidak enak. Dia yakin, dia tidak diperlukan di sini. Puan Sarah menghampiri Faiz dan memegang bahunya. Faiz menepis kasar. Wajahnya bengis. Wajah yang tidak pernah dilihat oleh Haiza. Dia merasa kecut. Puan Sarah pula hanya mengeluh.
"Sampai bila Faiz nak macam ni? Dia dah tak ada. Kita yang hidup, harus teruskan hidup," pujuk Puan Sarah. Muka Faiz semakin memerah.
"Mama memang seronok kan, Suraya dah tak ada. Mama memang nak pisahkan Faiz dengan dia, kan? Mama tentu bersorak gembira bila Suraya dah mati, kan? Kenapa mama tak boleh terima Suraya? Kenapa?! Dia isteri Faiz, ma. Faiz sayangkan dia!" jerit Faiz lantang. Haiza dan Puan Sarah beristighfar dalam hati.
"Mama tak pernah harapkan semua ini terjadi. Mama dah lama terima Suraya. Tapi Faiz, ini semua takdir Tuhan. Kamu harus terimanya dengan tabah," nasihat Puan Sarah lagi. Faiz menggeleng kepalanya pantas.
"Tak. Faiz tak percaya. Mama tak pernah sukakan Suraya. Sejak Faiz mula-mula kahwin dengan hinggalah sekarang, benci mama terhadap Suraya tak pernah padam, kan? Kenapa mama selalu atur hidup Faiz? Faiz dah dewasa ma? Faiz boleh buat keputusan Faiz sendiri!" suara Faiz masih kekal tinggi tetapi wajahnya berubah keruh. Haiza dapat merasakan rasa sedih dan tertekannya Faiz sekarang. Dia mahu mengurangkan rasa sakit di hati Faiz namun dia tahu dia tak dapat membantu Faiz. Rasa bersalah menyelubunginya. Adakah dia yang bersalah?
"Faiz, semua yang mama lakukan dulu semuanya untuk kebahagian Faiz jugak. Suraya tak akan dapat membahagiakan Faiz. Dia sakit, Faiz.? Dia tak dapat hidup lama. Kalau kemalangan ini tidak terjadi sekalipun, dia hanya ada masa beberapa bulan lagi Faiz pun tahu itu, kan!" balas Puan Sofia lantang. Faiz terdiam. Dia meraup wajahnya dengan tangan. Haiza? Dia terpana mendengar kata-kata mertuanya itu. Apa maksudnya yang Suraya sakit? Suraya tidak akan hidup lama? Apa maksudnya semua ini? Haiza keliru.
"Mama.."Haiza bersuara. Dia mahu bertanya Puan Sarah tentang apa yang didengarnya tadi. Dia langsung tidak faham apa yang sedang berlaku.
"Mama tahu apa yang ingin yang ingin Haiza ucapkan. Mama akan ceritakan nanti. Rahsia ini akan mama bongkarkan," kata Puan Sarah memotong kata-kata Haiza. Haiza terdiam. Benaknya semakin tertanya-tanya.
"Faiz mahu bersendirian," kata Faiz perlahan menyampuk perbualan. Haiza dan Puan Sarah saling berpandangan. Puan sarah keluar dari kamar tersebut manakala Haiza masih tidak berganjak. Dia memerhatikan Faiz yang berbaring di atas katil. Faiz langsung tidak memperdulikannya. Akhirnya dia menapak keluar juga dengan hati yang berat dan pertanyaan memenuhi mindanya.

Haiza memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam kamar. Sedikit terkejut melihat keadaan bilik yang gelap gelita. Segera dia membuka suis lampu. Dalam beberapa saat, ruang kamar itu diterangi sinaran lampu.
Haiza menerungi keadaan kamar tersebut. Dia beristighfar dalam hati. Macam tongkang pecah, perkataan itulah yang sesuai untuk menggambarkan keadaan kamar itu. Serpihan kaca daripada barang yang pecah memenuhi lantai kamar tersebut. Hampir semua barang berselerak dan lari dari kedudukan asalnya. Seingatnya, keadaan bilik ini pagi tadi tidak seteruk ini.
"Apa kau buat kat sini?" tanya Faiz kasar. Dia sedang duduk di atas lantai dan bersandar pada kaki katil. Wajahnya keruh dan rambutnya kusut masai. Di tangannya terselit bingkai gambar terhias gambar Suraya. Matanya langsung tidak memandang Haiza. Hati Haiza tersentuh melihat keadaan Faiz.
"Mama suruh Haiza bawakan makanan untuk abang. Abang tak makan sejak semalam lagi. Mama risaukan abang. Jadi Haiza bawakan abang makanan," kata Haiza. Suaranya cuba diceriakan. Dia tidak mahu menunjukkan kesedihannya. Nanti Faiz semakin bertambah sedih.
"Aku tak nak. Kau keluar. Ini bukan bilik kau,"arah Faiz. Haiza tersentak. Faiz tidak pernah berkau aku dengannya. Sedikit sebanyak hati wanitanya terluka dengan panggilan kasar itu. Namun dia segera mengubati hatinya. Faiz sedang tertekan, oleh itu dia harus bersabar. Haiza melangkah mendekati katil Faiz. Dia membawa dulang berisi makan bersamanya.
"Abang," tegur Haiza. Dia duduk di sebelah Faiz. Dulang makan masih di tangannya. Namun, Faiz langsung tidak memperdulikannya. Dia sibuk menatap gambar Suraya. Hati Haiza tercuit.
"Abang, abang harus makan. Abang harus jaga kesihatan abang. Abang mahu cepat sembuh, kan?" pujuk Haiza. Faiz hanya kaku. Langsung tidak memberikan respon terhadap kata-katanya. "Abang tak suka lauk ni ke? Kalau abang tak suka, Haiza boleh masakkan yang lain. Abang mahu makan apa? Biar Haiza masakkan," pujuk Haiza lagi. Dan seperti tadi, Faiz langsung tidak memberikan reaksi tetapi Haiza tidak berputus asa. "Abang, makanlah sikit. Penat mama masak. Biar Haiza suapkan abang. Abang makan ya," ucap Haiza lalu menghulurkan sudu berisi nasi dan lauk ke arah Faiz. Berharap agar Faiz akan memakannya. Dia begitu bimbangkan keadaan Faiz. Namun, tanpa diduga Faiz menepis kuat tangannya dan melemparkan dulang berisi makanan dan minuman ke dinding. Bunyinya kuat dan pinggan dan gelas pecah berderai. Haiza menutup mulut dengan tangan. Dia beristighfar dalam hati. Faiz segera bangun. Wajah bengisnya menakutkan Haiza.
"Puas hati kau, kan? Suraya dah mati. Dan ini semua berpunca dari kau! Kau memang pembawa sial! Kau pembunuh!" tengking Faiz. Haiza terkedu mendengar tuduhan Faiz. Hatinya terasa seperti dirobek-robek. Air matanya menitis.
"Haiza tak sangka keadaan akan bertukar begini. Haiza tak pernah mengharapkan semua ini terjadi. Sumpah!"kata Haiza. Dia menggenggam tangan Faiz tetapi Faiz menolaknya kuat ke dinding. Sakit badannya apabila berlanggar dengan dinding yang keras itu. Dia terjelopok ke lantai. Faiz langsung tidak merasa bersalah. Wajahnya sungguh menakutkan. Haiza kecut.
"Kau diam! Kalau kau tak cadangkan benda mengarut tu, Suraya pasti tak akan mati! Kau penyebab kematiannya! Aku benci kau!" tengking Faiz lagi. Haiza teresak. Adakah ini salahnya? Mungkin. Selepas dia meninggalkan rumah Faiz dan Suraya, Faiz mengejarnya dengan kereta. Suraya juga turut mengejarnya. Dan entah bagaimana, kereta yang dipandunya laju hilang kawalan dan bertembung dengan penghadang jalan. Dia tdak sedarkan diri. Kereta Faiz yang dibelakang keretanya turut merempuh bonet keretanya tetapi mujur Faiz sempat menekan brek. Mereka berdua hanya mendapat kecederaa yng ringan. Namun, Suraya tidak begitu bernasib baik. Dia tidak dapat mengawal keretanya yang dipandu laju dan terlalu rapat dengan kereta Faiz. Dia mahu mengelak dari merempuh kereta Faiz lalu dia membelok ke jalan yang menghala ke arah yang bertentangan. Tanpa diduga, sebuah lori bermuatan berat melalui jalan tersebut. Lori tersebut tidak sempat menekan brek dan merempuh kuat kereta yang dipandu oleh Suraya. Dan disebabkan kemalangan itu, Suraya meninggal di tempat kejadian kerana kecederaan yang parah di kepalanya.
Apabila Haiza dan Faiz sedar di hospital, mayat Suraya sudah dikebumikan. Faiz sungguh sedih. Dia macam tidak dapat menerima hakikat kematian Suraya. Haiza juga turut berasa sedih. Dia bukannya kejam berasa gembira di atas kematian Suraya seperti yang dituduh oleh Faiz. Dia juga punya perasaan. Dia turut berasa bersalah. Memang diakuinya, kemalangan itu berpunca kepadanya. Jika dia tidak terlalu emosi dan bertindak melulu, pasti Suraya tidak akan meninggal. Jika dia tidak cuai, sudah pasti Suraya sekarang sedang berbahagia dengan Faiz. Semua ini memang salahnya.
"Maafkan Haiza. Haiza tahu, ini semua berpunca daripada Haiza. Tapi, Haiza tak pernah mahu semua ini bertukar begini. Ini memang takdir tuhan. Abang harus terimanya," kata Haiza. Dia cuba berjalan ke arah Faiz. Jalannya sedikit terhuyang-hayang akibat badannya yang kesakitan.
"Senangnya kau cakap. Bukan kau yang rasa. Aku yang rasa deritanya. Kenapa aku tak pernah boleh bahagia dengan Suraya? Banyak sangat halangannnya. Kau tau tak?! Bila aku tahu Suraya ada kanser, aku rasa macam hidup aku dah sampai di penghujung. Aku tahu Suraya tak dapat hidup lama, tapi tetap kahwin dengan dia. Kenapa?! Sebab aku sayang sangat pada dia. Aku mahu bersama dia pada hujung hidupnya,"
"Tapi mama tak setuju sebab mama tahu dia ada kanser. Mama tahu, dia takkan hidup lama! Tapi, aku nekad mahu kahwin dengan dia. Aku bahagia tapi untuk seketika sahaja. Mama menggugut aku kahwin dengan kau. Jika tidak, aku dikira menderhaka dan mama tidak akan menerima Suraya selamanya. Aku buntu. Aku dalam dilema. Akhirnya aku setuju. Aku tak mahu Suraya terus dibenci oleh mama tapi pengorbanannya, aku terpaksa menerima kau. Dalam usaha untuk menggembirakan Suraya dengan mama menerimanya sebagai menantu, aku melukakan hatinya dengan mengahwini kau!"
"Aku tak tahu apa yang ada pada kau sampai mama sayang sangat pada kau. Tentu kau yang pengaruhi mama paksa aku kahwin dengan kau, kan?’ tuduh Faiz setelah meluahkan perasaannya. Haiza terkedu. Dia langsung tidak pernah bermimpi mahu berkahwin dengan Faiz. Dia hanya pernah berjumpa dengan Faiz beberapa kali sebelum Puan Sarah mahu dia berkahwin dengan Faiz. Dia serba salah. Dia tidak pernah mencintai Faiz, lagipun lelaki itu sudah berkahwin. Tapi, rasa terhutang budi kepada Puan Sarah yang menjaganya setelah ibu bapanya meninggal dunia menariknya menerima Faiz sebagai suaminya. Dia sudah dapat menyangka kehidupannya akan merana tapi tidak disangkan dia akan semerana ini. Air mata Haiza semakin lebat.
"Haiza tak pernah pengaruhi mama. Haiza tak kenal abang pun sebelum kahwin. Abang pun tahu, kan?" ujar Haiza. Dia menggengam tangan Faiz. Berharap agar Faiz mempercayainya. Faiz hanya membiarkan.
"Tapi kau tau kan aku dah kahwin. Kenapa kau terima aku? Dah tak ada lelaki lain kat luar tu yang nakkan kau? Hah?!"ujar Faiz. Suaranya sudah dikendurkan. Haiza tersentak mendengar kata-kata tersebut.
"Haiza terhutang budi dengan mama. Mama yang jaga Haiza bila mama dan papa Haiza meninggal. Haiza dah anggap mama macam mama Haiza sendiri. Haiza tak sanggup tolak permintaan mama. Macam abang tak sanggup tolak permintaan mama jugak,"kata Haiza menahan sendu.
"Kau sanggup korbankan kebahagian kau hanya untuk mama? Aku tak percaya kau sebaik tu. Apa motif sebenar kau?!"tengking Faiz. Haiza terkejut dijerkah begitu. Dia mngurut dadanya. Terdiam seketika. Dia memikirkan kata-kata Faiza tadi. Adakah dia hanya memberikan alasan terhutang budi? Apakah tujuan sebenar dia berkahwin dengan Faiz? Adakah tujuan lain?
-ada!
-apa maksud mu? Aku tak ada tujuan lain. Aku hanya ingin membalas budi!
-usah berpura lagi, Haiza. Kau bukannnya berkahwin dengan Faiz semata-mata untuk
membalas budi.
-habis, jika aku bukan berkahwin bukan semata-mata kerana tujuan itu, apakah motif
sebenar aku, hah?!
-kerana kau sukakan Faiz. Kerana kau cintakan Faiz!
-mengarut! Aku tak pernah cintakan dia!
-usah berpura lagi, Haiza. Usah menipu dirimu sendiri. Kau sudah menyintai Faiz sejak
kau mula-mula bertemu dengannya dulu. Kau jatuh cinta pandang pertama! Tapi, Faiz
sudah menikah. Harapan kau musnah! Jadi, bila mama memintamu menjadi isteri kedua
Faiz, kau tidak menolak. Kau memberi alasan yang kau mahu membalas budi. Kau
berpura-pura berkorban tetapi kau sebenarnya tidak! Kau sebenarnya gembira boleh
berkahwin dengan Faiz!
-karut! Itu semua karut! Aku tak pernah gembira di atas perkahwinan ini!
-tak gembira? Mestilah kau tak gembira. Kau merosakkan kebahagiaan orang lain.
Sekarang kau sudah mendapatkan balasannya. Padan muka kau! Hahaha!
-tidak!!!!
"Tidak!!" jerit Haiza. Faiz hanya senyum sinis. Tangannya yang digenggam Haiza ditarik kasar. Dia mencengkam rahang pipi Haiza dengan tangannya. Haiza mengaduh sakit.
"Kau memang pembawa sial! Disebabkan kau, aku dan Suraya terpaksa berkorban. Kau racun dalam perhubungan kami dan kau yang menyebabkan kematian Suraya. Aku benci kau! Aku tak mahu jumpa dengan kau lagi. Dan untuk pengetahuan kau, aku akan gantung kau tidak bertali. Jangan harap kau akan dapat bahagia dengan lelaki lain. Aku mahu kau menderita, sama macam aku. Aku takkan biarkan kau gembira. Sekarang, berambus dari rumah aku. Aku tak mahu jumpa kau lagi!"jerit Faiz lalu menarik tangan Haiza keluar dari rumah. Haiza merayu pada Faiz. Puan Sarah juga cuba menghalang tapi tidak berjaya. Faiz seperti sudah hilang akal. Dia mencampakkan Haiza di luar pagar rumahnya. Haiza tersemban ke lantai. Sakit badannya diperlakukan begitu. Air matanya semakin lebat. Bengkak sudah matanya.
"Jangan cuba kembali ke sini lagi!" tengking Faiz lalu berjalan masuk ke dalam rumah. Haiza terduduk di hadapan pagar. Menangis tersedu-sedu. Tidak disangka dia dihalau seperti kucing kurap.
"Haiza," Puan Sarah menyentuh bahunya. Haiza memandang wajah wanita itu. Ada cecair yang bergenang di matanya.
"Maafkan mama. Ini semua salah mama. Mama pentingkan diri. Mama fikir, jika Faiz kahwin dengan Haiza, Haiza akan redakan sedih Faiz bila dia kehilangan Suraya, tapi mama silap. Maafkan mama," ujar Puan Sarah. Air matanya sudah membasahi pipi. Tangisan Haiza semakin kuat. Dia memeluk Puan Sarah.
"Ini bukannya salah mama. Ini salah Haiza. Haiza yang cari masalah dengan kahwin dengan abang walaupun dia dah ada Suraya. Kemalangan ini pun berpunca dari Haiza. Ini semua hukuman untuk Haiza. Haiza terima ma, walaupun hati Haiza sakit sangat,"ujar Haiza dalam tangisan.
"Haiza harus pergi, ma. Abang Faiz dah tak nak jumpa dengan Haiza lagi. Maafkan semua kesalahan Haiza. Halalkan makan minum Haiza dan terima kasih kerana mama memberi kasih sayang kepada Haiza sejak orang tua Haiza meninggal. Haiza dah sayangkan mama macam ibu kandung Haiza," ucapnya lalu mencium tangan dan pipi Puan Sarah. Dia bangun perlahan-lahan. Berjalan meninggalkan Puan Sarah yang sedang menangis dan memanggil-manggil namanya.

Haiza merenung pemandangan di luar tingkap rumahnya. Sedikit sebanyak hatinya tenteram melihat ketenangan alam ciptaan tuhan. Ini hobinya bila perasaannya tidak tenteram. Dia sering melakukan ini semenjak menjadi isteri Faiz. Ah, sudah hampir dua bulan semenjak dia dia dihalau oleh Faiz. Apa khabar lelaki itu sekarang, ya? Sihatkah dia? Masihkah dia menangisi kematian Suraya? Haiza tidak tahu. Dan dia tak mahu tahu. Tapi kenapa hatinya gundah dan risaukan Faiz? Ahh! Dia benci dirinya sendiri. Dia harus lupakan Faiz.
Sekarang dia sedang menerima hukuman di atas kesalahnya. Dialah perosak kebahagiaan Faiz dan Suraya. Kini barulah dia dapat menerima hakikat yang dia sebenarnya mengahwini Faiz kerana dia pentingkan dirinya sendiri. Dia mencintai Faiz. Dia merasakan dirinya begitu kejam dan dialah punca segala sengsara. Kalau dia tiada, pasti mereka berdua sedang gembira. Jika dia tidak pernah muncul dalam kehidupan Faiz, mungkin dia juga sudah bahagia dengan suami yang menyayanginya.

Cintailah seseorang yang menyintaimu, nescaya kamu akan bahagia….

Sekarang dia mengakui kebenaran kata itu. Mencintai seseorang yang tidak menyintai kita, sangat menyakitkan. Cinta bertepuk sebelah tangan membawa derita, menghilangkan senyuman seseorang. Haiza juga begitu. Dia begitu derita. Faiz adalah cinta pertamanya. Faiz juga jejaka pertama yang melukakannya.

Cinta adalah anugerah yang paling indah. Oleh itu, lebih baik merana kerana cinta daripada hidup langsung tidak mengenal cinta…

Betulkah itu? Tidak! Jika dia tahu dia akan menderita sebegini, dia rela tidak jatuh cinta selama-lamanya. Dia rela tidak merasa nikmatnya cinta daripada merasa pedihnya hati sang pencinta bila dilukai. Dia rela!

Dalam hidup, sering kali kita mendapatkan apa yang kita inginkan. Dan ketika kita mendapat apa yang kita inginkan, akhirnya kita sedar bahawa apa yang kita inginkan tidak semestinya menjadikan kita lebih bahagia…

Itu betul. Dia menyintai dan mahu memiliki Faiz. Oleh itu, dia butakan mata dan pekakkan telinga walaupun dia sedar Faiz tidak menyintainya. Dan apabila di sudah menjadi isteri Faiz, kebahagiaan langsung tidak menjenguknya. Memang ini balasannya kerana menjadi begitu mementingkan diri. Haiza menyeka air mata yang menitis di pipinya. Mengapa ini terjadi dalam hidupnya? Takdir ini menyeksanya.
Terdengar bunyi loceng rumahnya dibunyikan. Lamunan Haiza terhenti. Dia mengeluh lalu berjalan menuju ke arah pintu. Hatinya tertanya siapakah yang datang. Seorang wanita muda tercegat di hadapannya apabila dia membuka pintu. Siapakah dia?
"Assalamuaikum. Awak ni Haiza, kan?’ ucap wanita tersebut. Haiza kehairanan. dari mana wanita itu mengetahui namanya? Haiza hanya membiarkan persoalan itu berlegar dalam fikirannya sahaja tanpa meluahkannya kepada tetamunya itu. Dia menjemput wanita tersebut masuk dan duduk di sofa. Dia beredar ke dapur untuk membancuh minuman. Lima minit kemudian, dia kembali bersama dulang berisi minuman di tangannya.
"Ada apa kedatangan cik ke sini? Saya kenal cik ke?" tanya Haiza selepas menjemput wanita muda itu minum. Wanita muda itu hanya tersenyum lalu meyerahkan sepucuk sampul ke arah Haiza. Haiza menerimanya. Dia memandang sampul surat itu. Hatinya tertanya-tanya. Surat itu untuknya? Dari siapa?
"Saya kawan baik arwah Suraya, Laila. Surat ini dari Suraya. Suraya yang suruh saya serahkan surat itu untukmu selepas dia meninggal. Saya meminta maaf kerana terlambat menyerahkan surat ini. Saya berada di luar negara dua bulan ini. Bila saya pulang, saya terkejut apabila mendengar berita kematian Suraya. Dia menghidap kanser tetapi dia meninggal kerana kemalangan. Allas S.W.T. lebih menyayanginya," terang Laila. Haiza terkejut. Dia memandang surat tersebut. Adakah surat itu betul daripada Suraya? Haiza segera membuka sampul itu dan membacanya.

Asalamualaikum, Haiza. Bila awak menerima surat ini, saya sudah tidak ada di atas dunia ini lagi. Saya sudah menempuhi satu alam baru. Alam yang memisahkan yang hidup dan yang sudah meninggal dunia. Saya tidak tahu keadaan awak dan Faiz sekarang. Yang jelasnya, tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menjelaskan satu perkara. Saya sakit, Haiza. Saya ada kanser. Saya tak akan hidup lama. Faiz tahu itu, tapi dia berkeras mahu mengahwini saya. Dia mahu saya meninggalkan dunia dalam keadaan saya sudah menjadi isterinya. Saya terharu dengan cintanya pada saya. Namun langit tidak selalunya cerah. Mama Faiz tidak merestui perkahwinan kami. Saya tak akan hidup lama dan sayalah yang menyebabkan hubungan Faiz menjedi renggang dengan ibunya. Saya dapat rasakan betapa kecewanya hati mama. Faiz adalah satu- sarunya anaknya. Saya berasa sungguh bersalah. Selepas itu, mama mengemukakan sesuatu. Mama mahu Faiz berkahwin dengan awak. Saya terluka. Faiz enggan pada mulanya tapi bila dia memikirkan keadaan saya yang tidak diterima ibunya, dia berkorban menerima awak sebagai isterinya. Saya gembira apabila Faiz kembali rapat dengan ibunya tapi saya terluka apabila awak menjadi madu saya. Saya tak suka. Tapi Faiz langsung tidak perdulikan awak. Dia berjanji tidak akan menyayangi awak lebih dari cintanya kepada saya. Dia hanya mengganggap awak sebagai kawan, itu katanya.

Haiza menarik nafasnya. Air mata bergenang di bibir matanya. Apa maksud Suraya menulis begitu? Adakah Suraya mahu melukannnya lagi? Haiza menyeka air matanya. Dia tak mahu membaca lagi. dia takut dia akan semakin terluka. Dia melipat surat itu.
"Teruskan membaca. Awak akan tahu apa maksud Suraya sebenarnya," gesa Laila. Haiza kehairanan. Apa maksud Laila? Akhirnya Haiza meneruskan pembacaannya.

Namun saya tahu itu tidak benar. Itu tidak benar sama sekali. Saya tahu. Dia tidak cintakan saya. Kami berkawan sudah lama. Saya sudah lama menyintainya. Bila saya menyatakan cinta saya kepadanya, dia serba salah. Dia tidak menyintai saya. Tapi bila dia mengetahui yang saya menghidap kanser, dia terus melamar saya. Dari situ saya tahu yang dia langsung tidak mencintai saya. Di cuma bersimpati pada saya! Saya tahu tapi saya butakan mata hati saya. Saya tetap menerimanya sebab saya mahu dia berada disisi saya selalu. Apabila dia bertemu awak, saya dapat rasakan sesuatu. Apabila mama memaksanya berkahwin dengan awak, dia terima. Saya sangka ini semua disebabkan saya. Saya fikir, dia berkorban kerana saya, tapi saya silap. Dia sudah menjumpai cintanya iaitu awak. Oleh sebab itulah dia menerima awak. Tapi, dia simpati dan rasa bersalah kepada saya. Dia berpura tidak menerima awak dan mengganggap awak sebagai orang luar sedangkan hatinya berkocak hebat bila terpaksa melukakan awak. Dia terpaksa demi janjnya kepada saya. Dia berjanji tidak akan menyintai awak tapi tanpa sedar dia terlalu mencintai awak. Saya dapat lihat deritanya. Dari mana saya tahu? Saya isterinya. Saya dapat rasakan kepedihan yang ditanggungnya. Saya mahu meredakan kesedihannya tapi saya takut. Meredakan kesedihannya bermakna merelakan dia rapat dengan awak. Saya tak sanggup1 Saya terlalu cintakan Faiz. Saya tak sanggup berkongsi Faiz. Saya mahu dia menjadi milik saya seorang sahaja. Saya pentingkan diri, kan? Saya juga perempuan, saya tahu awak juga menyintai Faiz. Kamu berdua saling menyintai tapi saya butakan mata hati saya. Saya tak sanggup merelakan Faiz pergi. Kenapa kata jiwa dan bibir tidak pernah seiring di antara kamu? Kenapa saling menyembunyikan perasaan? Jawapnnya adalah kerana saya. Saya sedar. Sayalah sebenarnya punca derita kamu semua. Bukan Faiz, bukan awak. Sayalah orang ketiga dalam perhubungan kamu. Faiz tidak pernah bahagia dengan saya. Cinta yang ducapkan hanyalah datang daripaa rasa simpati. Manakala rasa cintanya kepada awak terpaksa dipendam. Saya tahu, dia berharap sangat mahu mengucapkan rasa cintanya kepada awak tetapi yang mampu diluahkan kepada awak hanyalah kata-kata yang kasar. Kata-kata yang dingin bagaikan tanpa perasaan. Saya tahu kamu berdua menderita. Kenapa ini semua berlaku? Adakah kamu berdua betul-betul tidak sedar yang kamu sebenarnya saling menyintai? Adakah hanya saya dan mama sahaja yang menyedarinya? Persoalan itu sering menjengah kotak pemikiran saya. Haiza, kamu sangat bertuah kerana dapat memiliki cinta Faiz. Saya cemburu kepada awak. Oleh sebab itulah pemikiran saya menjadi sempit. Saya tak relakan Faiz mesra dengan awak. Saya mahu Faiz berada disisi saya sebelum saya menutup mata. Saya memaksa dia dingin dengan awak. Saya kejam! Saya tahu awak berdua menangis di dalam tapi saya tetapi saya lebih pentingkan diri saya sendiri. Saya menyebabkan awak berasa bersalah menjadi isteri Faiz. Saya menyebabkan awak fikir awaklah punca segala derita kami. Maafkan saya. Saya sudah sedar. Saya tetap tak dapat bahagia dengan cara saya ini. Saya sering diburu rasa bersalah. Saya sudah dapat apa yang saya inginkan. Tapi saya masih tak puas hati, saya mahukan cinta faiz. Saya memaksanya dia mengungkapkan kata-kata cinta palsu. Tapi, saya tetap tak bahagia. Kerana cinta Faiz bukan pada saya. Cintanya pada awak. Saya minta maaf. Saya menulis surat ini untuk meluahkan apa yang ada di dalam hati saya. Semoga segala kekusutan terlerai antara kita bertiga. Maafkan saya. Saya juga menderita…

Hentikan kepuraan, luahkan rahsia di hatimu. Sesungguhnya cintanya hanya untukmu. Jangan terus membisu. Lafazkan kata di bibir seiring dengan kata hatimu. Dengan ini dia kan kembali, kerana hatinya sudah lama menjadi milikmu…

Ikhlas untukmu,
Suraya

Haiza terduduk. Air matanya sudah lebat di pipinya. Betulkah apa yang ditulis oleh Suraya ini? Adakah semua ini benar? Faiz menyintanya? Haiza menangis teresak-esak. Adakah benar kata Suraya bahawa bukan dia yang bersalah kerana bersetuju mengahwini Faiz? Betulkah katanya bukan dia penyebab derita mereka semua? Betulkah Faiz tidak menyintai Suraya tetapi hanya bersimpati di atas keadaan penyakitnya? Haiza keliru.
"Semua yang ditulis arwah Suraya itu benar. Dia minta saya menyerahkan surat ini. Dia dah ceritakan semuanya tentang Faiz dan awak. Dia rasa sungguh bersalah terhadap awak. Dia mahu menebus kembali kesalahannya. Walaupun dia kelihatan pentingkan diri, dia juga manusia. Dia mahu disayangi oleh orang yang dicintainya. Namun, dia leka. Dia terlalu obses mengikat cinta Faiz sehingga melukakan kamu berdua. Dia menceritakan masalahnya kepada saya sambil menangis. Dia menyesal," ujar Laila. Dia duduk di sebelah Haiza dan tersenyum kecil. Haiza hanya tersedu. Dia tidak mampu mengungkapkan kata-kata. Rasa tak percaya menyelubunginya. Adakah ini maksudnya yang Faiz cintakannnya? Layanan dingin Faiz selama dia bersama Faiz terpapar kembali di mindanya. Adakah Faiz tidak bermaksud untuk melayannya sedingin itu?
"Suraya ada cerita pada saya. Dia mahu Faiz mengadakan parti sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua. Dia mahu kenangan. Dia kata, dia mahu menjemput awak datang ke parti tersebut. Saya pelik kenapa dia mahu menjemput awak. Tiada isteri pertama yang akan menjemput isteri kedua ke majlis ulang tahun perkahwinannya. Saya ingatkan dia hanya bergurau tetapi dia serius. Rupanya dia mahu memperkenalkan awak sebagai isteri Faiz di majlis itu. Dia rasa bersalah apabila awak terpaksa menanggung derita. Bahkan perkahwinan kamu juga dirahsiakan di atas permintaanya dahulu. Faiz langsung tidak tahu menahu tentang rancangannya. Namun, rancangannya tidak menjadi. Dari apa yang saya dengar dari Faiz, awak meminta cerai akibat salah faham terhadap mereka. Suraya tidak bermaksud langsung untuk mempermainkan awak. Dia hanya mahu menebus kesalannya," ujar Laila lagi. Haiza tersesak. Dia sudah salah faham terhadap Suraya.
"Saya bukan mahu berpisah di atas sebab itu. Saya dah lama fikirkan penyelesaian masalah kami bertiga. Saya tahu saya harus mengalah demi kebahagiaan mereka berdua. Tapi Faiz tidak mahu menceraikan saya. Sekarang pun dia gantung saya tidak bertali," kata Haiza dalam sendu. Laila memeluk Haiza.
"Dia tak mahu ceraikan awak kerana dia cintakan awak. Dia tak sanggup lepaskan awak,"terang Laila. Haiza menggeleng pantas.
"Tidak! Kalau dia cintakan saya, dia takkan tuduh saya macam-macam. Dia tak akan halau saya dari rumah macam kucing kurap. Kalau dia benar-benar cintakan saya, dia takkan gantung saya tidak bertali! Apa Suraya tulis itu tak benar, Faiz tak cintakan saya!"Haiza sedikit menjerit namun air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia teringat kebali segala tuduhan Faiz terhadapnya. Faiz kejam!
"Haiza, Faiz sedang tertekan pada waktu itu. Dia rasa bersalah akibat memungkiri janjinya kepada Suraya. Memungkiri janjinya dengan tidak akan menyintai awak melebihi cintanya kepada Suraya. Walaupun dia sudah lama cintakan awak, dia melukakan Suraya dengan mengejar awak dan meninggalkan Suraya. Suraya yang terluka cuba mengejar tetapi nasib tidak menyebelahinya. Dia terkorban. Faiz menyalahkan dirinya sendiri di atas kematian Suraya. Dia merasakan dialah punca Suraya meninggal. Faiz tertekan, dia bukan dirinya waktu itu. Sebab itulah, dia cakap bukan-bukan. Dia juga tertekan kerana awak. Sangkanya, awak tidak cintakannya. Awak mahu pergi mencari kebahagiaan dan meninggalkannya sendiri. Oleh itu dia bertindak melulu. Maafkan dia, kamu berdua mangsa keadaan," pujuk Laila. Haiza terdiam seketika. Betulkah itu?
"Faiz tak pernah cuba mencari saya. Dia betul-betul bermaksud supaya saya tak berjumpanya lagi. Biarlah. Saya rela. Dulu dan sekarang tiada beza. Mungkin kami memang tiada jodoh," kata Haiza. Dia terluka sebnarnya. Faiz langsung tidak mencarinya.
"Siapa kata Faiz tidak pernah mencari awak? Dia sentiasa memerhati awak. Tapi dia malu untuk berjumpa awak. Dia malu dia atas semua kata-kata dan perbuatan yang dilakukannya terhadap awak. Dia juga takut. Takut awak tak akan memaafkannya dan lari lebih jauh daripadanya. Dia yang ceritakan ini kepada saya," ujar Laila dengan senyuman. Serentak itu muncul Faiz dihadapan itu. Haiza terpana.
"Abang.."hanya itu yang terkeluar dari bibir Haiza. Laila bangun.
"Saya dah tunaikan amanat arwah. Saya harap awak boleh maafkan kesalahan arwah terhadap awak. Sekarang masa untuk saya beredar. Kalau ada jodoh, kita akan bertemu kembali," kata Laila lalu beredar dari situ meninggalkan Haiza dan Faiz berdua. Buat sementara, keadaan menjadi senyap sunyi.
"Maafkan abang," ayat itu terucap dari bibir Faiz selepas dia menggenggam tangan Haiza. Haiza terkedu. Kali pertama Faiz membahasakan dirinya abang ketika mereka hanya berdua. Sebelum ini, panggilan itu hanya muncul ketika bersama mama.
"Abang tahu abang salah. Abang banyak lukakan hati Haiza. Abang minta maaf. Haiza sudi maafkan abang?" tanya Faiz lagi. Haiza terdiam. Adakah semudah itu memaafkan Faiz setelah apa yang telah dilakukan lelaki itu terhadapnya?

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada seseorang yang pernah melukai hati kita. Namun, hanya dengan kemaafan sajalah yang mampu mengubati hati yang terluka…

"Haiza maafkan abang. Lautan mana tidak bergelora. Bumi yang mana tidak ditimpa hujan. Setiap manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan. Kita hanya insan biasa, punya kesalahan dan kenangan silam," ujar Haiza.
"Haiza sanggup terima abang semula?"tanya Faiz. Wajahnya bertukar ceria. Haiza terdiam. Air matanya mengalir.
"Haiza hanya memaafkan abang. Haiza tak kata Haiza terima abang semula," kata Haiza. Wajah Faiz serta-merta bertukar mendung.
"Abang betul-betul minta maaf. Abang mahu kita bina hidup baru. Dua bulan tanpa Haiza dah cukup mengajar abang yang abang tak boleh hidup tanpa haiza. Terimalah abang semula," rayu Faiz lagi. Haiza tiba-tiba tersenyum.
"Haiza acah je tadi. Tak sangka abang percaya," kata Haiza sambil ketawa kecil. Menyerlahkan lesung pipitnya. Sweet! Faiz terlopong.
"Kenapa dengan abang ni?" tanya Haiza setelah melihat Faiz terlopong.
"Adakah ini bermakna, Haiza dah terima abang semula?" tanya Faiz tidak percaya. Haiza ketawa kecil melihat reaksi Faiz. Cute, wei!
"Haah. Kenapa? Tak percaya?" ujar Haiza. Wajahnya masih tidak lekang dari senyuman. Faiz tiba-tiba menjerit kecil. Haiza terkejut. Dia mengurut dadanya.
"Abang nak Haiza masuk hospital ke?" marah Haiza. Faiz hanya tersengih. Dia mencapai tangan Haiza dan mengucupnya.
"Abang tak akan lukakan hati Haiza lagi. Jika abang lukakan hati Haiza lagi, abang sendiri takkan maafkan diri abang. Terima kasih kerana Haiza sanggup terima abang semula," ucap Faiz. Haiza boleh nampak keikhlasan dalam kata-kata Faiz. Haiza terharu.
"Lebih baik abang tunaikan janji abang tu. Kalau tak, Haiza cincang abang!"ugut Haiza sambil ketawa kecil.

When autumn comes, all the leaves will fall and leave behind all the sad stories. When the first ray of the spring arrives, carpet of daisies will shine and rosbud will start to bloom. Giving soul a fresh, a new hope…

Haiza berasa sungguh gembira. Kebahagiaan sudah datang kepadanya. Dia tidak menyesal atas apa yang sudah berlaku. Kenangan lalu, biarlah berlalu. Sekurang-kurangnya ia boleh memberi pengajaran kepadanya agar tidak terus melepaskan peluang yang ada. Cukuplah dulu apa yang sudah dilaluinya dengan Faiz. Cukuplah seksaan terpaksa menyembunyikan perasaan mereka masing-masing. Cukuplah segala rahsia yang pernah tersimpan dahulu dan cukuplah segala kepura-puraan di antara mereka. Biarlah angin meniup pergi segala derita-derita silam, sepi dihatinya dulu. Dia hanya perlu memandang dan melangkah ke hadapan. Berharap dan berdoa agar dia tidak akan berpaling ke belakang lagi. Amin…
posted by BLOGGER @ 8:38 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
13 Comments:
  • At 7/7/08 3:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    pergh...swit seyh cter...c0ngrate + gud luck nt0k karya laen after dis..huhu...~sbB~

     

  • At 7/7/08 4:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    i Lyke~
    oRentAlez

     

  • At 7/7/08 5:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    good job.. congratulation... buat la novel..mesti apat sambutan dari penggemar2 novel.. good luck!!

     

  • At 7/7/08 6:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sampai jiwa ar cite neyh..
    sye sgt sukasuki sama ini cita..
    huhu

     

  • At 11/7/08 5:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bez r citer nie......sedih jer..hope wat la citer2 bez untu yang akan dtg..GooD Luck!!! =)

     

  • At 11/7/08 9:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cite ni. sweet! buat cite lain banyak2 ye.

     

  • At 15/7/08 9:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sy suka karya awk. awak ni penulis 'semoga cinta itu abadi' , kan? cite tu pun best gak. tp cite ni sedih lagi. teruskan berkarya, ye ^_^

     

  • At 10/9/08 1:03 PTG, Blogger Unknown writer said…

    ha..ha..ha.. best giler campur sedih. uwa...uwa... nangis. keh..keh..keh..

     

  • At 14/10/08 5:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ske sgt2..

     

  • At 22/12/08 10:44 PG, Blogger BlueRose said…

    terima kash atas komen2 ni semua. teruskan membaca karya sy yg seterusnya ya! *_-

     

  • At 19/10/10 12:17 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    inilah perempuan..
    sng sgt maafkan laki..
    tlg lah jgn kata sbb CINTA..
    Plss la

     

  • At 11/2/11 11:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kalau lah ni sebuah novel......ending tu blh lg pnjangkan....main tarik tali ngn husband tu...sape suruh tuduh bukan2

     

  • At 6/6/12 8:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wowwww... best gler..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group