Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dia adalah mangsa keganasan rumah tangga yang lahir ditengah-tengah keganasan kota yang berkaca indah.Kehancuran kaca yang sedia berderai memerahkan lagi situasi. Hidup yang dia kira kekurangan kasih sayang,lebih menyedihkan.Membesar seiring kesibukan manusia menghidupkan kepentingan bermaterial.Dia pada awalnya enggan untuk mengerti namun akhirnya akur bahawa dunianya kini tidak secerah mentari tidak seputih sinaran bulan dan tidak juga setenang awan yang berarak.
Ceritanya dulu padaku,ibu bapanya telah hidup berasingan sejak dia di bangku darjah tiga.Dia tinggal bersama ibunya hingga dia memasuki sekolah menengah dan kala itu, kedua ibu bapanya sudah pun rasmi berpisah.Dia kurang mengerti tetapi akhirnya dapat memahami sedikit dalam usia yang tidak matang itu.Pernah juga satu hari itu,dia menangis di hadapan ku dengan wajah yang aku sendiri tidak mahu mengingati,bilamana dia yang dijaga oleh bapanya pula,memukul dia sesuka hati tanpa sebab yang dia sendiri kurang pasti dimana letaknya kesalahan itu.Aku melihat tanda-tanda itu yang bertaburan di belakang tubuhnya.Simpati untuknya aku luahkan.Air matanya menitis jernih.
Kami kemudian terpisah kerana dia mengikuti ibunya berpindah keluar negara untuk beberapa tahun di saat dia bergelar remaja.Kami terputus hubungan ketika itu.Entah bagaimana agaknya dia?Aku sentiasa berharap agar dia gembira.Gembira selalu. Ceritanya padaku,ibunya kerap bersama dengan seorang lelaki yang bernama Lee yang begitu baik pada dia dan kemudiannya menakhluki keremajaannya yang masih suci. Betapa deritanya dia apabila Lee menjadi bapanya.Bapa yang menceroboh masuk di biliknya saat dia sedang tidur nyenyak dan dia begitu lemah untuk melawan.Manakala ibunya begitu menyayangi Lee dan tidak mengetahui bayang syaitan yang dimiliki Lee. Jikalau dahulunya Lee akan memasuki biliknya apabila ibunya tiada namun hari demi hari,bayang syaitan Lee makin membesar.Biliknya dicerobohi tidak kira sama ada ibunya ada dirumah atau tiada. Lee bijak menyembunyikan sifat lintah yang dimilikinya itu.
Kebebasan yang dia miliki,menghunus pedang kemusnahan yang paling tajam baginya.Perasaan ghairah untuk bersosial menjadi pemula dia terbang terawang,tidak berpijak pada tanah landai.Rumah yang tidak memiliki apa yang diingini menolak dia jauh ke dunia luar yang membakar mereka-mereka yang lemah. Dia begitu ghairah mencari hiburan yang baginya hanya itu yang dapat membuatkan dia melupakan keresahan dan kepanasan yang dirasai tatkala berada di rumah.Katanya,dia ingin menjadi lebih manusia dengan menikmati kenikmatan hidup ini berlandaskan kebebasan yang digendongnya.Apa salahnya jika dia ingin menggunakan kebebasan yang diperolehinya itu atau memanipulasikannya,tambahnya lagi padaku.
Dia:Aku enggan hidup lagi. Aku:Hidup adalah kurniaanNya yang sangat berharga. Dia:Betapa berharga pun ia,aku tak sanggup lagi.Aku lemah. Aku:Kelemahan juga adalah kekuatan.Bangkitlah! Dia:Bagaimana aku harus bangkit sedangkan tempat aku berpijak adalah tanah jerlus. Aku:Ketahuilah dirimu dan diriNya untuk bangkit.
Kepulangannya semula ke tanah air adalah satu impianku yang telah tertunai.Tanpa ibu mahupun Lee yang telah meninggalkan ibunya.Aku menjemput dia untuk tinggal bersama aku namun dia segera menolak.Mungkin dia tidak mahu bergantung kepada orang lain dan bersikap lebih kendiri.Aku menghormati keputusannya itu.Lantas aku mencarikan dia sebuah kediaman yang selesa berhampiran kediamanku,agar kami berpeluang besar untuk sering berjumpa dan dapat aku melepaskan kerinduan padanya setelah bertahun-tahun tidak berjumpa.Buat sementara waktunya kami bekerja di tempat yang sama, disebuah restoran mewah di ibu kota. Tempat dimana ramai pelancong asing datang singgah dan melepaskan kelelahan mereka ketika perjalanan.
Dia bertemu dengan Lee semula di sini.Katanya,mungkin Lee mengekori dia pulang. Dan katanya lagi,Lee telah berubah.Perwatakan Lee bukan seperti dulu.Dia lebih penyayang dan air mukanya tidak lagi seperti lintah yang kehausan darah.Aku sendiri tidak menyangka betapa mudahnya dia menerima semula kehadiran Lee.Kekerapan berjumpa melahirkan sebuah hubungan antara mereka.Aku sendiri sukar untuk mengerti.Tetapi,ku lihat dia tenang sahaja. Dia semakin jarang bercerita tentang Lee padaku.Cuma perubahan yang kulihat pada dirinya, dia semakin pendiam dan jarang berbicara tentang dirinya lagi padaku.
Walaupun masa masih tetap dengan kitarannya tetapi fasa masa dan waktu sering kali berubah.Ketenangan di air mukanya tiada lagi pada pandanganku.Matanya kerap sembab dan wajahnya muram.Tanpa pengetahuanku dia telah menghantar surat meletakkan jawatan.Belum sempat aku bertanyakan kenapa,dia telah menghilangkan diri.Lama juga kami terputus perhubungan.Hinggakan aku menerima utusan email darinya.Dia kembali bercerita.Ibunya telah meninggalkan kediaman mereka yang dulu.Hingga saat itu dia masih belum ketemu dengan ibunya.Lee masih mengekorinya dan mereka tinggal bersama.Dia yang bekerja dan menanggung hidup mereka bersama.Lee hanya akan disampingnya disaat wajah Lee bertukar menjadi lintah yang kehausan darah. Sememangnya Lee memang ‘Leentah’. Habis duit simpanannya diambil oleh Lee buat berjoli.Apa yang tinggal padanya hanyalah kesakitan yang tiada penghujung dan kepedihan hidup.Dia menderita.
Dimanakah dapat dia mencampakkan derita itu?Mungkin itulah pertanyaan yang sentiasa berkitar di kepalanya,fikirku saja.Pergaduhan besar berlaku di antara Lee dan dia di suatu malam.Saat tiada bintang dan hujan turun dengan lebatnya .Kilat tidak henti-henti menyambar syaitan.Apakah ada petanda buruk? Bermula apabila Lee bersama perempuan muda,mangsa Lee yang entah ke berapa datang menemuinya di rumah.Lee dengan mulut busuknya meminta wang kepadanya.Lima ribu yang diminta,sedangkan dia tiada wang sebanyak itu.Dia dipaksa-paksa menyerahkannya kepada Lee dengan alasan sebagai wang penjelasan hutang ibunya kepada Lee.Mustahil,fikirnya.Dia mengenali ibunya lebih dari diri sendiri.Ibunya bukan penghutang.Lebih-lebih lagi ketekunan yang dilihat pada ibunya dalam pekerjaan amat dikagumi olehnya.Lee semakin mendesak.Kaki dan tangan Lee telah sampai ke tubuhnya.
Kesakitan sekali lagi singgah.Wanita muda itu hanya tersenyum-senyum kegembiraan,seolah-olah sedang menonton wayang komedi.Hingga dalam keadaan marah dan mabuk itu,Lee membongkar kehilangan ibunya. Ibunya telah dibunuh Lee dan dibuang ditengah landasan keretapi.Betapa tergores hatinya dan terbakar tubuhnya mendengar pengakuan Lee itu.Lantas pisau dicapai untuk menikam Lee. Di dada akhbar tempatan terpapar,tubuh seorang wanita berusia 23 tahun,seusia denganku ditemui setelah mati ditikam didada beberapa hari yang lalu.Kesan pergelutan ditemui namun tiada bukti suspek yang ditemui.Kuburan kawanku telah aku kunjungi buat kali kedua dipagi syawal .Bening.Tanahnya masih wangi dengan taburan bunga kemboja.Manakala Lee saat itu mungkin masih lagi lintah.
**Terima kasih kerana sudi membaca cerpen saya ini, yang pada saya masih mentah...kerana ketika penghasilannya yang sudah agak lama, juga ketika saya masih baru mencuba2 menghasilkan karya. Cerpen lain; Bintang, Malam sayu, Is_istimewa dan Kemaafan di tunggu. Selamat membaca! Zealey =)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
a good try
klau berusaha lg msti brjaya