BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Julai 24, 2008
Cerpen : Rantai Rasa Cinta
Ilmar Imia
emi_mli@yahoo.com

Suasana di Dewan Sri Budiman itu penuh sesak dengan pelajar-pelajar yang ingin mendaftar bagi jurusan ijazah. Di celah kesesakan itu, seorang gadis tergesa-gesa ke tempat letak kereta. Sambil kaki melangkah, tangannya menyeluk-nyeluk begnya mencari sesuatu. Kerana terlalu tergesa-gesa, tanpa sengaja dia melanggar seorang gadis yang berjalan ke arah bertentangan.
"Sorry…"
"Tak apa," Nazili melihat gadis yang melanggarnya. Seorang gadis bertubuh sederhana dan berbaju kurung ungu. Wajah gadis itu seakan dikenalinya. "Laily?"
"Nazili?" tanya gadis itu pula. Gadis itu juga seakan mengenalinya.
"Betullah ni Laily?" Nazili teruja berjumpa dengan sahabat lamanya itu. Tidak sangka mereka akan berjumpa lagi setelah hampir 10 tahun terpisah.
"Ya, akulah Laily. Lamanya tak jumpa. Kau apa khabar?"
Mereka saling berpelukan.
"Kalau tak sihat tak adalah aku datang sini," seloroh Nazili. "Kau cari apa tadi sampai aku yang besar ni pun kau tak nampak?"
"Kau perli aku ya?" ucap Laily kerana dia tahu Nazili sendiri bertubuh kecil daripadanya. "Sorrylah. Aku cari slip yuran aku. Entah mana aku letak."
"Kau ni memang pelupalah," ujar Nazili. Nampaknya sifat pelupa temannya itu masih tidak berubah sejak di bangku sekolah rendah dulu.
"Aku rasa aku tertinggal dalam kereta agaknya. Aku pergi tengok kejap. Lepas habis daftar nanti kita pergi minum ya. Boleh kita sembang panjang," Laily meminta Nazili menunggunya di situ sementara dia ke keretanya sebentar.
Seperti yang dipersetujui, Nazili dan Laily minum di kafeteria berhampiran selepas selesai urusan pendaftaran.
"Zi, dulu kau belajar kat mana?" Laily memulakan bicara.
"Dulu aku ambil diploma kat Perak."
"Course apa?
"Art and Design. Kau?"
"Aku ambil Mass Comm. Masa diploma kat Puncak Perdana."
"Kau duduk kat kolej ke?"
"Aku tak tinggal kat kolej. Aku duduk rumah sewa kat Seksyen 7," ujar Laily.
"Kau duduk luar? Tak mahal ke?"
"Itulah. Dulu kita orang plan nak tinggal berempat. Tapi kawan aku yang sorang tu minta kolej. Dapat. Dia pindahlah kolej. So sekarang kita orang tinggal bertiga ajalah. Ingat nak cari lagi seorang housemate. Kurang sikit beban nak bayar sewa," tiba-tiba Laily terfikir sesuatu. "Kau minat?"
"Tengoklah dulu. Aku dah mohon asrama. Lagipun aku tengah nak jimat duit ni," kata Nazili.
Tinggal di asrama lebih jimat. Satu semester hanya perlu bayar RM210 bagi bilik dua orang ataupun RM420 bagi bilik empat orang. Katil, almari dan meja pun sudah disediakan. Air dan elektrik pula percuma. Kalau tinggal di rumah sewa, tiap-tiap bulan kena bayar sewa, bil air dan elektrik. Kena beli tilam, bantal dan macam-macam keperluan yang lain lagi.
"Ok, tapi nanti kalau kau ubah fikiran kau beritahu aku tahu."
Laily amat berharap Nazili dapat berpindah ke rumah sewanya. Selain dapat mengurangkan kos sewa mereka, tak adalah susah-susah dia nak cari orang lain. Lagipun Nazili adalah sahabat lamanya. Senanglah sikit.
"Zi, kau masih tinggal kat Kuantan ke?" tanya Laily. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke bandar palma itu. Dahulu, dia dan Nazili bersekolah rendah di sekolah yang sama. Mereka berkawan baik dan sering berdua walau ke mana sahaja sehingga orang mengganggap mereka kembar. Tambahan pula, rumah mereka berdekatan. Jadi, mereka kerap menghabiskan masa bersama. Namun, sejak keluarga Laily berpindah ke Johor Bahru ketika mereka dalam darjah lima, mereka terputus hubungan. Tidak sangka mereka bertemu kembali di Shah Alam ini.
"Yalah. Kat mana lagi aku nak duduk? Sejak aku lahir sampailah dah besar panjang ni, kat situlah syurga aku. Lainlah kau. Anak polis. Semua tempat kau pernah rasa," ujar Nazili.
"Tak juga. Sabah dan Sarawak aku belum pergi lagi," celah Laily.
"Sekurang-kurangnya kau lebih bertuah daripada aku. Kalau aku tak sambung belajar, sampai bila-bila pun aku tak keluar dari Kuantan tahu."
"Nampaknya impian kau nak keluar dari bandar Kuantan tu tercapailah."
"Mula-mula memang aku rasa seronok dapat tengok tempat orang tapi bila dah jauh dari rumah, aku rindu pula kat rumah. Baru aku sedar, walau ke mana pun kita pergi, tempat asal kita juga yang akan kita kenang. Tak ada tempat yang seindah kampung sendiri."
"Tahu tak apa."
Sedang mereka berbual-bual, telefon bimbit Laily menyanyikan lagu ‘Mahakarya Cinta’ daripada Faizal Tahir menandakan ada panggilan yang masuk.
"Kejap ya, Zi," Laily tersenyum melihat nama si pemanggil lalu segera menjawabnya. "Hello… Haa…Kat kafe. Dengan kawan. Datanglah. Ok!"
Nazili tersengih melihat reaksi Laily ketika menjawab panggilan telefon itu. Manja semacam aja. Mesti boyfriend yang telefon.
"Boyfriend ya?"
"Kejap lagi dia nak datang sini," ujar Laily tersipu-sipu.
"Kalau macam tu aku pergi dululah."
"Eh, tunggulah kejap! Nanti boleh aku kenalkan kau dengan dia."
"Lain kali ajalah. Barang aku kat bilik tu banyak lagi yang tak kemas. Nanti aku telefon kau. Berapa nombor telefon kau?"
Mereka berdua bertukar nombor telefon.
"Ok, nanti aku telefon kau ya. Aku pergi dulu," Nazili menggalas begnya.
Tanpa disedari, dia berselisih dengan teman lelaki Laily namun Nazili tidak perasan akan wajahnya kerana dia tunduk membaca SMS yang baru diterimanya.
"Hai, sayang," Hazami mengambil tempat di hadapan Laily.
"Hai," balas Laily manja. Hazami memandang sekeliling kemudian memandang Laily semula.
"Tadi you kata minum dengan kawan. Mana kawannya?" tanya Hazami.
"You lambat. Dia baru aja pergi," jawab Laily.
"You tak cakap I nak datang?"
"Sebab I cakap you nak datanglah dia tak nak tunggu. Dia tu pemalu sikit orangnya."
"Dah tak ada jodoh nak buat macam mana?" Hazami berlagak kecewa. Sengaja ingin mengumpan rasa cemburu Laily.
"Apa dia?" Laily pura-pura tidak jelas. Sengaja ingin melihat reaksi Hazami.
"Itu tandanya I tak ada jodoh dengan kawan you sebab jodoh I dengan you," Hazami cuba bermanis mulut.
Laily tersenyum manja. Dia tahu Hazami takkan mudah berubah hati. Jika tidak, tak adalah hubungan mereka kekal sampai sekarang. Ketika menuntut di diploma lagi mereka sudah bercinta. Satu batch sudah mengetahui akan hubungan mereka berdua.
"Sayang, kawan you tu cantik tak?" seloroh Hazami.
Laily merenung Hazami tajam.
"Gatallah tu!"
Hazami cuma tersenyum. Dia tahu Laily cemburu kerana sayang.


"Zi dah ada kat kolej. Mak dan abah tak payahlah risau," Nazili menghubungi ibu bapanya di Kuantan bagi memaklumkan keadaan dirinya.
Pada mulanya, ibu bapanya mencadangkan agar dia menumpang di rumah ibu saudaranya yang terletak di Seksyen 13. Namun, Nazili tidak mahu menyusahkan ibu saudaranya itu. Tambahan pula, kawasan rumah ibu saudaranya itu tidak mempunyai pengangkutan awam. Takkanlah setiap hari dia perlu dihantar dan dijemput untuk ke kuliah?
Lebih baik dia tinggal di kolej. Tinggal di kolej akan memudahkan pergerakannya. Fakultinya juga tidak jauh dari Kolej Seroja, kolej yang dihuninya sekarang. Perpustakaan pun dekat.
Nazili mengeluarkan pakaiannya di dalam beg lalu disusun di dalam almari. Nazili ditempatkan di bilik berdua. Namun, katil di sebelah katilnya itu masih kosong. Mungkin teman sebiliknya datang lambat.
Siapalah roommate aku semester ni? Entah macam mana orangnya? Selepas selesai mengemas, Nazili mencapai perkakas mandinya lalu menghilang ke bilik mandi.


Iznul yang baru pulang dari kuliah merebahkan dirinya ke sofa. Enak rasanya duduk di kerusi empuk itu. Segala rasa penatnya seakan hilang. Sejak naik degree ni, kerjanya terasa bertambah.
Seketika kemudian, seorang wanita yang berusia hampir 50-an menghampirinya.
"Iz, sorang aja? Azam mana?" tanya wanita itu apabila melihat anak saudaranya itu pulang sendirian tanpa anak lelakinya yang kuliah bersama Iznul.
"Azam lepak rumah Sufian," balas Iznul.
"Budak ni, itulah kerjanya. Rumah sendiri ada, masih nak lepak rumah orang. Kenapa Iz tak ikut sekali?"
"Malaslah. Lagipun Iz penatlah. Kelas dari pagi sampai petang," ujar Iznul. Kalaulah Mak Long tahu tujuan sebenar Azam suka melepak di rumah Sufian.
"Iz dah makan?"
"Belum."
"Kalau macam tu Iz rehatlah dulu. Nanti Pak Long balik, kita makan sekali."
"Baik, Mak Long. Iz naik dulu ya," Iznul menghilang ke biliknya.
"Hish…manalah budak bertuah ni? Dah petang-petang ni masih tak reti-reti nak balik," wanita itu mengeluh mengenangkan sikap anak lelakinya yang seorang itu.


Azam, Sufian, Razlan, Johari dan Azrin memetik-metik gitar sambil bernyanyi kecil di laman rumah teres di Seksyen 7 itu.
"Zam, Zam…" Johari menepuk bahu Azam. Nyanyian Azam dan yang lain-lain terhenti. "Tu…" Johari menunjuk ke rumah sebelah. Seorang gadis membuka pintu pagar rumah sebelah.
"Hai, baru balik?" sapa Azam.
"Taklah, baru nak keluar," balas gadis itu kasar lalu menghilang ke dalam.
"Ha, padan muka kau," Sufian, Razlan, Johari dan Azrin mentertawakan Azam.
"Apa gelak-gelak?" marah Azam.
"Sudahlah, Zam. Kau kan tahu si Laily tu dah ada balak," ujar Sufian.
"Yalah, Zam. Kau lupakan ajalah niat kau tu. Kau cari ajalah yang lain," nasihat Razlan pula.
"Betul cakap Yan dan Lan tu, Zam," Azrin menyampuk. "Cuba kau fikir kalau balak dia tahu kau kacau awek dia. Tak pasal-pasal lebam biji mata kau tu."
"Aku tak takutlah. Ini Azam tahu," Azam menepuk dadanya.
"Suka hati kaulah!"


Petang itu selepas menonton Muzik Muzik di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Azam mengidam nak makan KFC. Terpaksalah Iznul mengikut ragam sepupunya itu.
"Iz, kenapa kau tak ajak si Nazili tu join dengan kita?" tanya Azam sejurus mereka duduk selepas membeli makanan.
"Aku dah ajak dah. Dia tak nak. Letih katanya," jawab Iznul sambil mengunyah kentang goreng kegemarannya.
"Haa…kau orang gaduh ya? Ala…biasalah pakwe makwe bergaduh. Tapi kau kan lelaki. Kau pujuklah dia. Perempuan ni kan suka lelaki pujuk," ujar Azam.
"Apa yang kau melalut ni?" marah Iznul.
"Apasal pula? Salah ke apa yang aku cakap?"
"Seratus peratus salah! Pertama, aku tak gaduh dengan dia. Kedua, buat apa aku nak pujuk dia kalau kita orang tak gaduh. Lagipun Nazili tu bukannya makan pujuk. Dan yang ketiga, dia bukan makwe aku ok?" Iznul berharap Azam mengerti dengan penjelasannya.
"Ala…Iz, takkan dengan aku pun kau nak berahsia? Kau kan dah lama kawan dengan dia. Sejak sekolah menengah lagi. Lagipun aku tengok Nazili tu memenuhi ciri-ciri seorang perempuan idaman lelaki. Baik, lemah lembut, hormat orang tua. Takkanlah kau tak terpikat langsung kat dia? Ataupun…" Azam diam sejenak kemudian menyambung. "…dia yang tak nak kat kau!"
"Kau ni memang pandai buat cerita. Kenapa kau tak ambil Publishing aja? Boleh buat novel!" sindir Iznul.
"Aku cuma bagi pendapat aja."
"Pendapat apa?"
"Yalah. Kau kan single. Nazili tu pun single. Apa salahnya kalau kau orang ‘gitu-gitu’?" Azam meniru gaya Saiful Apek dalam rancangan Senario.
"Mana kau tahu Nazili tu single?"
"Dia dah berpunya ke?"
"Hee…malas aku nak layan kau," Iznul bangkit dari kerusi.
"Kau nak pergi mana pula tu?"
"Aku nak pergi tandas! Nak ikut?" Iznul hampir melanggar satu pasangan apabila dia berpaling secara mengejut.
"Sorry," ucap Iznul.
"Iznul?" tanya lelaki itu. Iznul memandang lelaki itu. Cuba mengingati siapa lelaki itu.
"Hazami?"
"Yalah, aku," Hazami berjabat tangan dengan Iznul.
"Sayang, Iznul ni kawan sekolah menengah I dulu," ujar Hazami. Hazami memperkenalkan teman wanitanya itu kepada Iznul.
"Oh ya ke? What a small world? Baru aja hari tu I jumpa kawan sekolah rendah I. Sekarang, you pula jumpa kawan sekolah menengah you," Laily turut gembira dengan perjumpaan itu. Macam jejak kasih pula.
"Kau macam mana sekarang?" tanya Hazami.
"Aku buat degree kat UiTM Shah Alam sekarang," ucap Iznul.
Tiba-tiba Hazami teringatkan seseorang. Seseorang yang ditinggalkannya bersama sebuah janji. Apakah janji itu masih terpahat kukuh ataupun hilang ditelan waktu?
"Ehem…ehem…" Azam mendengus apabila berasa dirinya tidak dipedulikan.
"Oh ya… Terlupa pula aku. Ni Azam, sepupu aku," Iznul memperkenalkan Azam kepada Hazami dan Laily tanpa mengetahui bahawa Laily dan Azam sudah saling mengenali.
"Hai," sapa Azam. Laily hanya acuh tak acuh.
"Err…Sayang, can you excuse us for a minute? Iz, aku nak cakap sikit dengan kau," ujar Hazami.
"Ok, kita cakap kat sana. Kau orang boraklah dulu ya," ujar Iznul kepada Azam dan Laily.
"Kenapa tercegat aja? Duduklah," Azam mempelawa Laily duduk.
"Saya lebih suka berdiri," balas Laily.
"Dia orang tu dah lama tak jumpa. Saya rasa mesti banyak perkara yang dia orang nak bualkan. Sanggup ke awak berdiri berjam-jam?" Azam sengaja mengumpan Laily. Akhirnya dia dapat berdua-duaan dengan Laily. Bukan senang dia nak dapat peluang macam ni.
Laily terkedu. Betul juga cakap mamat ni. Kalau banyak perkara yang dia orang sembang mesti lama dia orang kat sana. Tapi kenapa dia orang tak cakap kat sini aja? Dengan berat hati, Laily melabuhkan punggung ke kerusi di hadapan Azam.
"Awak nak minum?"
"No, thanks."
"Ok," Azam mengunyah kentang gorengnya. Laily mencebik melihat Azam.
Sementara itu, di meja lain Iznul dan Hazami bertukar cerita.
"Kau masih contact dengan Nazili? Dia macam mana sekarang?" Hazami bertanya perihal Nazili kepada Iznul. Adakah gadis itu masih ingat kepadanya?
"Dia sihat. Dia masih satu kelas dengan aku sekarang. Mi, Laily tu girlfriend kau ke?" tanya Iznul. Hazami serba salah untuk mengakuinya namun akhirnya dia mengangguk. "Macam mana dengan Nazili? Kau tahu tak dia masih tunggu kau?
"Dia masih tunggu aku?" Hazami terkejut. Sudah lebih 4 tahun peristiwa itu berlalu. Takkan dia masih menaruh harapan pada aku?
"Yalah. Bukan ke dulu kau yang suruh dia tunggu kau? Macam-macam kau janji dengan dia. Tapi kau? Enjoy dengan perempuan lain!" Iznul terkilan kerana Hazami telah melupakan janjinya dulu sedangkan Nazili masih setia menantinya.
"Iz, boleh tak kau tolong aku?"
"Tolong apa?"
"Tolong rahsiakan perkara ni daripada Nazili. Kau anggaplah kau tak pernah jumpa aku hari ni."
"Kau nak aku tipu Nazili?"
"Iz, tolonglah. Aku janji bila aku dah bersedia nanti, aku sendiri yang akan jumpa dengan dia."
"Betul?"
"Betul."
Iznul terdiam sejenak.
"Ok, aku boleh tolong kau tapi kau kena ingat janji kau."
"Ya, aku tahu. Thanks, Iz."
Laily melihat ke arah Iznul dan Hazami. Apa yang lama sangat tu? Mi, tolonglah jangan biar aku berdua dengan mamat ni lama-lama. Laily mengeluh lega apabila melihat Iznul dan Hazami kembali ke arah mereka. Laily segera memaut lengan Hazami.
"Haa…macam mana? Seronok cerita?" ujar Azam.
"Oklah. Aku pergi dulu. Kalau ada masa nanti, kita borak lagi. Ok, aku balik dulu," Hazami dan Laily berlalu dari situ.
"Bye, Laily!" Azam sengaja mengucapkannya.
"Amboi, lebih-lebih nampak?" Iznul kembali duduk di hadapan Azam. Azam tersengih.
"Iz, apa yang kau orang borak tadi? Serius aja aku tengok," tanya Azam ingin tahu.
"Tak ada apalah. Hal peribadi. Dahlah. Dah petang ni. Jom balik."
"Bukan kau kata nak pergi tandas tadi?"
"Kat rumah ajalah."
"Ala, lepaklah dulu."
"Aku penatlah. Aku nak balik tidur. Kalau kau nak duduk sini, ikut kaulah. Aku nak balik," Iznul bangkit tanpa menunggu Azam.
"Ish...budak ni," Azam menyedut minumannya lalu menyaingi langkah Iznul.


Malam itu sedang Nazili berbaring di katilnya, telefon bimbitnya berdering. Nazili gembira melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit Nokia birunya itu lantas segera menjawab panggilan itu.
"Hai, sayang…"
Nazili hanya tersenyum mendengar panggilan itu namun dia tahu panggilan itu tidak bermaksud apa-apa yang istimewa.
"Zi, kau tak tidur lagi ke?"
"Aku tak boleh tidurlah, Iz."
"Tak boleh tidur? Haa…aku tahu kau rindukan aku kan?"
"Buat apa aku nak rindu kat kau? Buang masa aja," Nazili sengaja menyakitkan hati Iznul.
"Ok, tak apa. Aku letak telefon sekarang," Iznul pura-pura merajuk.
"Eh, Iz janganlah! Aku gurau ajalah."
"Aku pun gurau juga," Iznul tertawa kecil.
"Iz, sejak aku nampak orang yang macam Hazami tu aku asyik teringat kat dia aja. Macam mana kalau orang yang aku nampak tu memang betul Hazami?"
"Kalau betul orang yang kau nampak tu memang Hazami, kau patutnya gembira. Bukan ke kau nak sangat jumpa Hazami semula?"
"Memanglah tapi aku takut dia tak ingat aku lagi. Apa aku nak cakap bila jumpa dia? Mana tahu dia dah ada girlfriend?"
"Hish… takkanlah Hazami nak buat macam tu kat kau. Aku rasa mesti dia ingat kau lagi. Aku pun dia kenal. Takkan kau dia tak kenal."
"Mana kau tahu? Kau jumpa dia ke?"
"Eh, tak adalah! Aku cuma buat andaian aja. Mmm…Zi, dah lewat ni. Kita jumpa kat kelas esok ya. Good night!"

Di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Iznul, Nazili dan Azam baru selesai menghadiri kelas.
"Iz, Yan dan yang lain-lain ajak lepak SACC Mall," ujar Azam ketika dia, Iznul dan Nazili bersaing selepas kelas.
"Tak bolehlah. Aku dan Zi nak pergi PTAR," balas Iznul.
"Kau orang ni kan tak boleh ke kalau tak berkepit selalu? Bila orang kata kau orang bercinta, kau orang kata kawan aja. Hello brother, mana ada kawan yang 24 jam berkepit melainkan dia orang tu couple? Kau orang ni mesti ada apa-apa ni," Azam tidak puas hati apabila Iznul dan Nazili masih merahsiakan status sebenar hubungan mereka padahal mereka selalu saja bersama.
"Suka hati kau oranglah nak cakap apa. Jom, Zi," Iznul dan Nazili melangkah ke perpustakaan yang terletak tidak jauh daripada fakulti mereka.
Ketika menyimpan beg di loker yang disediakan di luar perpustakaan itu, Nazili terfikir akan kata-kata Azam tadi.
"Betul juga kata Azam tadi kan? Kau tak takut ke saham kau jatuh sebab selalu bersama aku?" tanya Nazili.
"Kenapa pula kau cakap macam tu?"
"Yalah, manalah tahu kalau dalam kelas kita tu ada yang minat kat kau."
"Ada ke?" Iznul pura-pura excited.
"Aku cakap kalau…" tegas Nazili.
"Biarlah. Malas aku nak fikir."
"Aku pun pelik. Kenapa kau tak pernah ada girlfriend? Tapi bagus juga kan kau tak ada girlfriend. Sebab kalau kau ada girlfriend nanti, mesti kau lupa aku."
"Yalah tu. Silap-silap nanti kau yang tinggalkan aku bila kau jumpa Hazami semula."
"Kau yakin ke aku dapat jumpa dia semula?"
"InsyaAllah. Malaysia ni bukannya besar sangat. Kan hari tu kau cakap dengan aku, kau jumpa kawan sekolah rendah kau masa register hari tu. Jadi, tak mustahil kau dapat jumpa Hazami juga."
"Betul juga."
"Dahlah. Jom," Iznul dan Nazili melangkah masuk ke dalam perpustakaan dengan hanya membawa sebatang pen dan sebuah buku catatan.
"Iz, aku naik tingkat atas ya."
"Ok."
Nazili berlalu ke bahagian buku rujukan di tingkat tiga sementara Iznul menghilang ke bahagian jurnal di tingkat dua.
Beberapa jam kemudian ketika dia sibuk membelek-belek buku-buku di situ, Nazili mendapat SMS daripada Iznul. Iznul sudah keluar dari perpustakaan itu kerana tidak tahan sejuk. Nazili melihat jam di tangannya. Patutlah. Dah lebih tiga jam kita orang kat dalam ni. Nazili membalas SMS Iznul kemudian meletakkan kembali buku-buku yang diambilnya dari rak.
Ketika hendak menuruni tangga ke tingkat bawah, Nazili terlihat seseorang yang dikenalinya duduk di sebuah meja di tingkat yang sama. Nazili menghampiri orang itu.
"Laily!" sapa Nazili.
"Eh, Zi! Sorang aja ke?"
"Dengan kawan. Kau sorang?"
"Aku pun dengan kawan."
"Boyfriend?"
Laily tersipu.
"Jom aku kenalkan aku dengan dia."
"Eh, tak apalah. Kawan aku dah tunggu kat bawah tu," Nazili mengelak.
"Ala…sekejap aja," Laily menarik tangan Nazili ke suatu rak. "Mi…"
Lelaki yang sedang membelek buku-buku di rak itu berpaling. Pandangannya mereka bertembung.
"Hazami?"
"Nazili?"
Mereka sama-sama kaku. Masing-masing terkejut.
"Kau orang dah kenal ke?" tanya Laily.
"Kita orang satu sekolah dulu," Hazami cuba melawan gelodak di hatinya.
"La… ya ke? Sebulan dua ni kita asyik reunion aja kan?"
Nazili tersenyum tawar.
"Eh, chup! Kalau kau kenal Hazami, maknanya kau kenal Iznul jugalah?" Laily membuat kesimpulan.
"Macam mana kau tahu?" tanya Nazili. Seingatnya, dia tidak pernah menceritakan perihal Iznul kepada Laily.
"Iznul tak bagi tahu kau ke yang kita orang jumpa kat PAS semalam?"
"Kau orang jumpa Iznul semalam?" Nazili tersentak. Kenapa Iz tak bagi tahu aku? Kenapa Iz tak bagi tahu aku yang dia dah jumpa Hazami?
"Erm…I laparlah. Jom kita pergi makan?" Hazami sengaja mengubah topik. Dia tidak mahu Laily memberitahu Nazili tentang pertemuan mereka dengan Iznul semalam. Dia yang menyuruh Iznul merahsiakan perkara itu.
"Jom Zi!" ajak Laily.
"Tak apalah! Aku dah janji dengan kawan," Nazili sengaja mengelak. Macam-macam perasaan yang melanda dirinya kini. Terkejut, gembira, sedih, kecewa. Terkejut dan gembira dapat berjumpa Hazami semula namun pada masa yang sama dia sedih dan kecewa apabila mengetahui hubungan Hazami dengan Laily.
"Kawan ke boyfriend?" Laily mengusik. Nazili tersenyum. Senyum yang dibuat-buat.
"I’m sorry. I have to go," Nazili segera meninggalkan Laily dan Hazami. Dia tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan Hazami. Lebih-lebih lagi Hazami kini sudah mempunyai kekasih lain dan orang itu adalah kawan baiknya sendiri.

"Haa…datang pun. Apasal lambat?" Iznul pura-pura marah. Nazili memandang Iznul tajam. "Kenapa kau pandang aku macam tu?"
"Aku jumpa Hazami tadi," Nazili cuba menduga reaksi Iznul. Iznul terkedu namun dia pura-pura terkejut.
"Kau jumpa Hazami? Kat mana?"
"Kat PTAR tadi."
"Baguslah. Kan aku dah cakap Malaysia ni kecik aja. Dia apa khabar?"
"Takkan kau tak tahu?"
Iznul tercengang. Ternyata soalan itu menjerat dirinya sendiri.
"Aku ingat kau kawan aku. Sanggup kau rahsiakan tentang Hazami dengan Laily daripada aku?" marah Nazili lalu melangkah meninggalkan Iznul. Iznul menyaingi langkah Nazili lalu menarik tangannya. Langkah Nazili terhenti. Iznul melepaskan tangan Nazili apabila menyedari banyak mata yang memandang ke arah mereka. Mesti dia orang ingat aku dengan Nazili pasangan yang sedang bergaduh. Lantak kau oranglah nak fikir apa pun!
"Zi, aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak rahsiakan perkara ni daripada kau," Iznul cuba memujuk Nazili. Dia dan Nazili sudah berkawan lama. Mustahil dia mahu menipu Nazili tanpa sebab.
"Iz, aku nak bersendirian," ucap Nazili. Iznul terpaksa akur. Mungkin Nazili memerlukan sedikit waktu.


Laily membelek-belek baju-baju yang tergantung di Kedai Optimo di tingkat dua Plaza Alam Sentral itu sementara Hazami hanya melihat.
"Mi, cantik tak baju ni?" Laily mengayakan sehelai baju ke tubuhnya. Pertanyaannya sepi tanpa jawapan. Laily memandang Hazami. Lelaki itu termenung seperti memikirkan sesuatu.
"Mi…"
Hazami tersentak.
"Kenapa dengan you ni? You tak sihat ke?"
Hazami menggeleng.
"Tak adalah. I sihat aja."
"Betul?"
"Betul. You dah pilih ke baju yang you nak beli?"
Laily berasa tidak sedap hati melihat keadaan Hazami. Laily meletakkan semula baju di tangannya di tempatnya.
"Kenapa letak balik?" Hazami hairan melihat kelakuan Laily.
"Tak jadilah. Kita pergi tempat lain?" Laily memaut lengan Hazami berlalu dari situ.


"Zi, biarpun kita terpisah berbatu sekalipun, Mi nak Zi tahu yang Mi sentiasa menyayangi Zi. Zi akan tunggu Mi kan?"
"Mi yakin ke dengan hubungan jarak jauh ni?"
"Asalkan Zi percayakan Mi dan Mi percayakan Zi, Mi yakin kita boleh hadapi semua ni. Lagipun zaman sekarang kan dah canggih? Kita boleh berhubung di telefon dan internet."
Nazili terbaring di katilnya. Janji-janji Hazami dulu bermain-main di ruang kotak fikirannya. Beberapa bulan sebelum SPM, Hazami terpaksa mengikut ibu bapanya berpindah ke Kuching. Pada mulanya, Hazami mengotakan kata-katanya. Hazami kerap menelefonnya dan kadang-kadang mereka chatting di internet. Namun selepas SPM, mereka sudah jarang-jarang berhubung. Nazili meyakinkan dirinya yang Hazami pasti sibuk dengan pelajarannya. Tambahan pula, mereka berdua sudah menuntut di universiti pada masa itu. Justeru, dia sabar menunggu sehinggalah pertemuannya dengan Hazami petang tadi.
Betapa kecewanya hati apabila mendapat tahu Hazami sudah ada kekasih lain. Jadi, selama ini Laily bercerita tentang Hazami? Hazami yang aku nantikan selama tiga tahun ini? Kenapa aku percaya dengan janji-janjinya? Kenapa aku masih setia kepadanya? Patutlah senyap aja. Rupa-rupanya dia dah ada perempuan lain. Bodohnya aku. Nazili menangis semahu-mahunya. Hatinya terasa sakit.
Dalam dia melayan perasaan, tiba-tiba telefon bimbitnya mengalunkan lagu ‘Hantu’ dendangan kumpulan rap dari Sarawak, M.I.X. menandakan nombor yang memanggil tidak ada dalam phone booknya. Nazili mengesat air matanya yang bersisa. Mujur teman sebiliknya tidak pulang lagi. Jika tidak, pasti teman sebiliknya yang busy body itu menyoalnya macam-macam apabila melihat keadaannya itu.
"Hello…" Nazili menjawab panggilan itu dengan seribu satu persoalan di kepalanya. Siapakah yang menelefon? Nazili terkejut apabila suara di hujung talian memperkenalkan diri, "Mi? Mana Mi dapat nombor Zi ni?"
"Dari Laily," ujar Hazami berterus-terang.
"Dari Laily? Laily tak tanya apa-apa ke bila Mi minta nombor telefon Zi kat dia?"
"Laily kan tahu kita kawan satu sekolah dulu. Zi, Mi nak jumpa Zi boleh? Ada banyak perkara Mi nak bagi tahu Zi."
Nazili membisu. Patut ke aku jumpa dia? Laily macam mana?
"Zi, are you there?"
"Yes. Sorry. Bila?"
"Sekarang? Zi duduk kat kolej Seroja kan? Mi ambil Zi kat kolej k?"
"Tak apalah. Zi naik bas aja."
"It’s ok. Mi ambil Zi. Zi tunggu tahu," Hazami mematikan talian. Nazili terkedu seketika. Dia masih diselubungi perasaan terkejut.


Seperti yang dijanjikan, Hazami menjemput Nazili di kolejnya. Hazami mengajak Nazili mengisi perut di Restoran FC di kompleks PKNS. Selepas memesan makanan, masing-masing diam membisu. Masing-masing tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan setelah lebih tiga tahun tidak berjumpa.
"Laily tahu ke kita jumpa ni?" tanya Nazili. Dia tidak mahu hubungan Laily dan Hazami bermasalah gara-gara dirinya.
"Kenapa pula Laily kena tahu?’ ujar Hazami selamba.
"Mi, untuk pengetahuan Mi, Laily tu kawan baik Zi dan Zi tak nak Mi mainkan perasaan dia seperti Mi mainkan perasaan Zi," tegas Nazili. Sakit di hatinya masih berbekas.
"Zi, Mi tak pernah mainkan perasaan Zi. Mi betul-betul sayangkan Zi."
"Sayang? Kalau Mi betul-betul sayangkan Zi, Mi takkan biarkan Zi menunggu tanpa berita! Sebelum Mi pergi, Mi janji akan terus menghubungi Zi tapi? Mi berikan Zi harapan. Mi suruh Zi tunggu Mi. Zi percayakan Mi. Zi tunggu Mi walaupun Zi sendiri tak tahu apa kesudahan hubungan kita. Bila Zi telefon, Mi tak jawab. Bila Zi hantar mesej kat YM, Zi tak balas. Apa salah Zi? Kenapa Mi mendiamkan diri? Mi tahu tak sikap Mi telah menyiksa jiwa Zi?" Nazili mencurahkan segala perasaan yang dipendamnya sekian lama.
"Mi minta maaf. Mi tahu Mi salah. Selepas tiga tahun, Mi tak sangka yang kita akan jumpa lagi. Lagipun Mi kat Sarawak, Zi kat semenanjung. Macam-macam boleh jadi."
"Sekarang baru Mi rasa macam tu? Kenapa dulu Mi suruh Zi tunggu Mi? Kenapa Mi suruh Zi percayakan Mi?"
"Bukan macam tu. Mi…"
"Sudahlah, Mi. Zi dah malas nak dengar," Nazili memotong kata-kata Hazami. Kata-kata Hazami akan hanya menambah rasa sakit di hatinya. Mungkin antara dia dan Hazami memang sudah tiada jodoh. Mungkin Tuhan menemukan dia dengan Hazami hanya untuk menamatkan segala penantiannya.
posted by BLOGGER @ 2:22 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
11 Comments:
  • At 24/7/08 8:28 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerpen ke apa ni??nape tergantung??sorry to say...saya tak faham bile baca cerpen ni..sorry sgt2...usaha lg...

     

  • At 24/7/08 10:30 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ape nie...x abis????

     

  • At 24/7/08 11:51 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cAmtuE jEw End!ng ?????sorry t0 sAy..bUt gOOd try

     

  • At 24/7/08 1:32 PTG, Blogger Unknown said…

    isshhh...
    x bez lgsg
    x phm ak
    soweyyy

     

  • At 25/7/08 11:41 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    trimas atas komen2 anda!

    ILMAR IMIA

     

  • At 25/7/08 5:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    laa.. penat je bce pjg2.. menarik tp tgantung.. if tambah lg cam dorg gaduh ke ape ke lg best.. ke mmg xsmpt siap cite ni?

     

  • At 28/7/08 12:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer ni mmg pjg lg sebnarnya tp tu versi novel la plak..

    ILMAR IMIA

     

  • At 28/7/08 9:37 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ala..nape mcm ni pulak.orang tngh syok baca pastu ending die cam tergantung!!sory to say..saya hrp ada sambunganya k..plezzz,cite ni memang best.Good job!tingkatkan usaha lagi..

     

  • At 31/7/08 11:09 PG, Blogger Fazl said…

    insyaAllah akan ada versi novelnya pulak...

     

  • At 4/10/08 12:49 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ala..npe tgantung endingnye?...sambung laaa...

     

  • At 17/9/10 2:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    writter nie dak puncak eh?

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group