Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ramadhan Mubarak datang lagi. Moga kedatangan ramadhan tahun ini mampu saya manfaatkan dengan sebaiknya.
Ramadhan kali ini takkan sama seperti ramadhan yang lepas-lepas. Ramadhan tahun lepas adalah satu-satunya ramadhan yang saya berjaya mengkhatamkan Al-Quran setelah mencuba sejak usia belasan tahun lagi. Ramadhan tahun ini saya takkan dapat dengar lagi bacaan arwah ayah mengalunkan Al-Quran sepanjang hari dan malam. Ayah tak pernah lekang dari Quran pada bulan ramadhan. Dia akan berusaha membacanya walau dalam sakit dan tak larat. Jelas kelihatan kering bibir dan lidah ayah kerana kesan sampingan ubat-ubat yang dimakan. Tapi tu semua tak mematahkan semangatnya untuk terus berpuasa dan mengaji serta berzikir. Saya yang sihat ini pun tak mampu berbuat sepertinya. Walau ayah tak larat ke masjid, terawih tetap dibuat. Berjemaah dengan mak dirumah. Lambat dan perlahan solat ditunaikan. Ayah berehat antara setiap solat agak lama untuk mengembalikan tenaganya untuk menyelesaikan 8 rakaat terawih. Kerapkali ayah masih mampu bangun menghidupkan malam ramadhan dengan keadaan kesihatannya yang semakin merosot itu.
Masih saya ingat lagi, ramadhan lepas banyak saya habiskan dalam wad. Menemani ayah saban hari, saban malam. Bergilir dengan kakak-kakak dan abang. Ramadhan lepas terawih saya laksanakan di surau hospital. Usai terawih terus menemani ayah dalam wad sambil membaca quran. Masih teringat senyuman ayah bila saya dah sampai ke Juz 30. Ayah turut sama mengikut saya membaca. Bila dah habis khatam saya kata “ini kali pertama saya berjaya khatam quran dalam bulan ramadhan”. Ayah hanya tersenyum lebar. Ramadhan pertama tanpa ayah disisi. Rasa rindu amat mendalam di hati ini. Mampukah saya menghidupkan ramadhan seperti ayah? Mampukah saya manfaatkan sepenuhnya ramadhan seperti ayah? Mampukah saya hidupkan detik-detik ramadhan yang singkat ini dengan solat, qiraat dan zikir? Berpeluangkah saya untuk menikmati ramadhan lagi pada tahun-tahun mendatang??? - 1 Ramadhan 1428H -
It's already midnight. I just had fallen asleep during watching tv. Then, my phone rang. One of my friends called me. I pick up the call in half awake. She asked me whether I've already sleep. I told her I just fallen asleep. Suddenly she told me that she is going to China tonight. That statement opens my eyes wide and fully awaking me. She told me that she will be leaving in 50 minutes and will be there for a months. Celebrating Eidulfitri there. I just have few chat with her and wish her all the best. After that conversation end, I felt bit lonely…sad maybe. Suddenly I realize she is not just a friend to me. She is my best buddy. Knowing her, she wont called me just before her boarding time if I just a friend to her. I realize that I mean more than just a friend to her. I am her best and close friend. Even her office-mates don't know when she will be going. They just heard she will be going soon but when? They don't know. I felt lonely because all my best friends are far away from me. Far, far away that I didn't afford to call and talk with them. First Mai left me, then Sha, and now it's her turn to go. Sometimes I envy their fate that they are so fortunate to go abroad and live in other countries for moment to study. I always dream and pray that one day I had the opportunity to go far away, live and learn more new things in strange places. Ingin jadi anak perantaun. That is what I always wanted to be. And I still and always will dream and pray for it until I can't dream anymore. - 7 Ramadhan 1428H -
Berat sungguh ujian buatku pada tahun ini. Awal Muharram bergelut dengan kerja dan pelajaran, aku baru mendaftar dan masih menghabiskan sisa-sisa masa dalam notis berhenti kerja. Menjelang Safar, sakit ayahanda bertambah teruk. Ayahanda makin lemah dan tak berdaya. Menjelang pagi 20 Safar, ayahanda tercinta pergi mengadap Ilahi. Ketika itu, musim peperiksaan pertengahan semester sudah bermula. Hari-hari mendatang aku cuba lalui dengan tabah. Masih ada atuk tempat mengadu dan berbincang. Walau atuk dah lama terlantar, tapi pemikirannya masih tajam dan cergas, ingatannya masih kuat dan nasihatnya masih relevan... Aku hanya sempat mengadu dan bermanja dengan atuk tak sampai 3 bulan. Kemudian pada petang Jumaat, 15 Jamadilawal atuk pergi menyusul ayah. Lebih kurang 4 bulan kemudian, petang Jumaat, 30 Ramadhan nenda yang dikasihi kembali ke rahmatullah setelah 4 hari koma diserang strok pada petang Isnin sebelum berbuka. Kedatangan Syawal disambut dengan bacaan Quran, Yaasin dan tahlil untuk arwah. Selepas Zohor 1 Syawal 1428H nenda dikebumikan berhampiran dengan arwah atuk yang pergi pada 15 Jamadilawal 1428H. Hanya lebih kurang 4 bulan selepas atuk meninggal, nenda menurut pemergiannya. Syawal tahun ini tanpa ayahanda, atuk dan nenda tercinta. Pagi 3 Syawal kami sekeluarga beramai-ramai ke kubur dan membacakan tahlil untuk arwah ayahndaku, kedua nenda, onyang, Alang Dollah dan saudara lain yang telah dahulu pergi mengadap Ilahi. Semoga Allah merahmati mereka semua dan menempatkan mereke dikalangan kekasih-kekasihNya.
Aku amat terasa kehilangan atuk kerana ayah telah lebih dulu pergi. Ayah dan atuk adalah dua insan yang amat mencintai ilmu. Kecintaan mereka terhadap ilmu mendorong aku untuk terus belajar dan belajar selagi berpeluang. Mereka amat faham dengan situasi orang belajar. Mereka tahu bahawa walau apa bidang sekalipun, menuntut ilmu itu bukan perkara mudah. Tidak boleh dipandang ringan. Bagi mereka seorang pelajar itu hidupnya dengan ilmu. Tak seharusnya diganggu dengan perkara-perkara remeh di sekitarnya...kerana ilmu itu mulia dan tinggi kedudukannya. Sukar untuk diperolehi. Mampukah aku meneruskan dan mempertahankan rasa cintakan ilmu yang telah disemai oleh ayah dan atuk sejak aku kecil lagi? Mampukah aku bertahan dan meningkatkan motivasi diri untuk terus menuntut setelah kehilangan keduanya? Dua insan yang banyak membantuku dalam menuntut ilmu. Doa mereka yang sentiasa mengiringi setiap langkah dan perlakuanku dalam menuntut ilmu. Selama ini aku menduduki peperiksaaan dengan iringan doa, solat hajat dan bacaan Al-Quran mereka. Mereka insan berilmu yang dicintai Allah. Doa mereka diterima Allah. Aku sedar selama ini kejayaanku bukan atas usahaku seorang. Ia berkat doa mereka yang tak pernah berputus asa atas diriku. Siapa lagi yang boleh ku minta untuk mendoakan ku setiap kali menduduki peperiksaan dan ujian. - 9 Syawal 1428H -
menarik..sedih plak bla bca..teringat pengalaman waktu arwah ibu pegi dulu..sedihnya....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerita yg menyentuh benak sanubari...sedihnya.....