BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Julai 17, 2008
Cerpen : Pembuktian itu
Ummihana aka Hannah Ikhwan
hannah_asm@yahoo.com.sg

Tanpa berlengah lagi, dia meninggalkan tanah perkuburan Pusara Aman itu. Berhati-hati dia menapak ke kereta Toyota Viosnya yang di parkir di tepi longkang kecil di tepi kuburan itu. Dengan sekali menekan punat kecil pada alat kawanlan jauhnya, dia sudah berupaya membuka pintu keretanya itu. Teknologi moden kini, memudahkan semua tugas manusia. Manusia terlalu berjaya sehinggakan mudah terlupa dengan Sang Pencipta. Penemuan sains dan teknologi sepatutnya membuat manusia lebih takut terhadap Sang Pencipta. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Manusia menjadi alpa, manusia tertipu dengan pencapaian mereka sendiri. Bukankah pencapaian mereka itu juga adalah kerana kehendak Sang Pencipta itu sendiri? Kun fayakun…apakah mereka lupa? Bahwa, kalau Tuhan berkehendak atas sesuatu, terjadi maka terjadilah.

Mariana menoleh sekilas ke arah pusara arwah neneknya. Sekali lagi dia menghadiahkan Surah Al Fatehah buat neneknya yang telah meninggal enam bulan yang lalu. Tanpa sedar airmatanya mengalir deras. Airmata yang ditahan-tahan buat sekian lama, akhirnya mengalir juga di perkuburan ini. Hari ini mungkin hari terakhirnya dia di situ kerana dia perlu berpindah jauh.

"Kau ni bukannya budak bodoh. Sekolah baik-baik, kau berhenti." Terngiang-ngiang suara neneknya di saat itu. Wajah nenek yang kelat itu memang takut untuk dipandang. Marah sungguh nenek, apabila diberitahu pihak sekolah bahawa Mariana sudah tidak hadir ke sekolah selama dua bulan.

"Apa kau nak jadi nanti kalau sekolah setakat ini saja? Pergilah sambung sekolah tu. Nenek bukan apa, risau kalau kau dah dewasa nanti. Nenek tak mahu orang ingat, kau tak ada ayah, kau tak mampu nak belajar tinggi-tinggi." Sambung wanita itu lagi.

Tak henti-henti neneknya meleteri tindakannya berhenti sekolah hampir dua tahun yang lalu. Hatinya sayu mendengar, tetapi lidah kelu untuk menjawab. Biarlah, nenek tidak faham, dan tidak akan faham, desis hatinya waktu itu. Kejayaannya yang menempatkan dia ke maktab itu bukanlah idaman hatinya selama ini. BUkan itu yang dia mahu.

Siang malam dia hanya mendengar keluhan demi keluhan neneknya. Datuk yang pendiam itu sekali sekala menyampuk juga. Biarkanlah, lambat laun mereka akan faham juga, teringat kata-kata ibunya tatkala dia mengadu akan leteran-leteran nenek yang terpaksa dia hadapi. Leteran nenek tak ubah seperti nyanyian unggas di dini hari. Adakalanya mahu saja dia menjerit, meminta nenek berhenti berleter. Dia belajar pun, bukan guna duit nenek. Dia bekerja sambilan mengajar tusyen anak-anak Mak Longnya demi menampung perbelanjaannya sendiri. Kalau nenek ada menghulur pun, setakat berapa dolar saja, nak bayar tambang bas sebulan pun, tak cukup. Nenek terlalu menekan perasaannya. Walaupun pahit, terpaksa dia telan jua. Sejak ayah dan ibu bercerai, di rumah neneklah dia berteduh. Kalau dulu, dia akan bergilir-gilir tinggal di rumah ayah atau nenek, tetapi sejak ayah ditangkap menipu dan dipenjarakan, dia terus diambil oleh ibu. Mujur tiada satu pun ahli keluarganya yang memandang rendah. Cuma itulah, satu itulah yang membuat semua orang tertanya-tanya akan tindakan berhenti sekolah secara mendadak itu.

"Yana, Mak Long dah carikan kau sekolah. Esok ikutlah Mak Long tu ke sekolah tu iya," beritahu nenek pada suatu petang. Waktu itu, Mariana sedang terkial-kial cuba membaca Muqaddam. Dia baru saja mula belajar dari makcik di blok sebelah. Itupun selepas dia memujuk ibunya untuk menghantarkan dia ke situ.

"Sekolah mana, nek? Boleh pakai tudung?" soalnya jujur. Neneknya sekadar memandangnya tajam Wajah nenek payah untuk ditafsirkan.

"Sekolah antarabangsa tu. International school. Yana pun berhentimmasa tahun pertama, apa salahnya ulang semula. Nanti kau belajarlah rajin-rajin. Dekat situ tak banyak budak Melayu, jadi nanti, kau tak terikutlah perangai diorang." Mak Long pula cuba memujuk. Mak Long tahu, mariana berhenti sekolah kerana tak tahan dengan perangai budak budak melayu di sekolahnya. Eddy dan Liza juga akan dihantar ke sekolah itu kerana Mak Long tak mahu mereka bercampur dengan bangsa Melayu. Tapi ada satu lagi yang mak Long tak tahu. Mariana tak mahu terus belajar dalam system penjajah tu. Kepalanya sudah sakit, hatinya perit, jiwanya dah mati. "Tolonglah….Mariana nak belajar agama. Yana nak belajar ngaji, Yana nak rasa sembahyang tu macam mana." Kalaulah kata-kata itu boleh dia nyatakan…tapi ia hanya tinggal sebagai rintihan hatinya. Tiada siapa yang mendengar.

Akhirnya dia mengambil keputusan yang mengejutkan. Mariana hendak berhijrah ke Malaysia. Dia hendak belajar di sana. Ahli keluarganya bersorak gembira. Adik adik sepupunya bertepuk ria.

" Semangat Kak Yana dah pulih."

" Dia nak sambung sekolah."

" Nanti kita mesti bangga dengan pencapaian dia."

"Agaknya Kak Yana nak masuk institut mana?"

Kak Yana nanti balik bawa ijazah…" Macam-macam spekulasi yang hinggap di telinganya. Tidak mampu rasanya hendak menepis tekaan tekaan itu. Mariana mengambil jalan tengah, hanya diam membisu atau tersenyum hambar apabila dia di soal. Malah pakcik Osman dan isterinya juga dating menziarah apabila mendnegar Yana akan sambung sekolah di Malaysia.

"Belajar rajin-rajin. Nanti boleh jadi orang kedua raih ijazah." Pakcik Osman berkata megah. Mariana sedar, pakciknya itu amat bangga kerana dialah orang pertama menggenggam segulung ijazah di dalam keluarga itu.


Berita Mariana belajar agama di sekolah kampong menggegarkan institusi keluarga neneknya. Semua orang terperanjat. Bukan ke Mariana mengambil kursus di kolej? Kenapa pula dia berada di sebuah kampong di pendalaman Perak? Telefon di pejabat guru tidak henti-henti berdering dek nenek Mariana yang rasa tertipu dengan tindakan cucunya itu. Mariana adalah tunggak harapan keluarga. Mariana gadis lincah, gadis bijak. Setiap langkah Mariana menjadi ikutan sepupu-sepupunya. Apa yang dilakukan Mariana selama ini menjadi ikutan sepupu-sepupunya. Kak Yana masuk TV. Kak Yana naik pentas. Kak Yana menang debat. Semuanya Kak Yana. Tapi Mariana sedikit pun tidak rasa gembira. Pencapaiannya yang menjadi kebanggaan keluarga tidak sedikit pun membuat dia berasa senang. Hatinya tetap kosong, jiwanya terasa gersang. Ibu seperti tidak mampu membantu. Ibu sendiri hidup di bawah telunjuk nenek. Lebih-lebih lagi apabila perkahwinan ibu menemui jalan buntu. Ayah adalah pilihan hati ibu. Dan kesilapan ibu memilih suami itulah yang membuat ibu terus tercengkam dalam genggaman nenek. Dan Mariana….Marianalah yang wajib menebus malu itu. Dia ada tugas yang belum selesai.

"Yana, nenek marah sangat. Baliklah Yana. Kita usahakan Yana sekolah kat sini. Nenek nak sangat Yana jadi doktor. Dia tahu Yana mampu. Nenek akan biaya semua perbelanjaan sekolah. Nenek kan ada insurance. Dia tak mengaku Yana sebagai cucu kalau Yana berdegil. Belajarlah semula kat NUS tu. Guna duit nenek. Tak lama keluaralah duit tu," ibu cuba memujuk. Selepas tiga bulan, Mariana melarikan diri ke daerah ini, ibunya dating mencari. Entah bagaimana, ibunya dapat mencari alamat sekolah Mariana di kampong. Hatinya sayu melihat kehidupan anaknya yang serba kekurangan itu. Semuanya serba dhaif. Airmatanya meleleh tatkala Mariana mencedok air perigi untuk dibuat air mandinya petang itu. Namun wajah Mariana ceria. Anak tunggalnya itu tak lekang dengan senyuman. Kawan-kawannya juga begitu. Mereka kelihatan seperti tiada masalah langsung. Yang paling membuat dia terharu ialah apabila Mariana membawanya ke surau sekolah. Mariana mengimamkan solat pelajar perempuan pada hari itu. Ibunya berasa malu. Perkara itu tidak pernah dia ajarkan pada Mariana. Gadis bijak itu tidak pernah mengenal tikar sembahyang sewaktu tinggal bersamanya. Malah dahinya sendiri tidak pernah mencecah sejadah. Malu dia pada anak gadisnya itu.

"Yana, ibu merestui tindakan Yana ni. Ibu tak mampu, dah terlewat rasanya. Tapi ibu akan sokong Yana. Tinggallah di sini selagi Yana mahu. Ibu tak larang. Soal nenek, biar ibu uruskan." Itulah kata-katanya sewaktu dia meninggalkan Mariana malam itu.

"Ibu, ibu tak terlewat. Pintu taubat masih terbuka. Tuhan itu tak zalim, ibu. Ibu masih sempat. Yana akan doakan ibu selalu. Yana akan doakan agar ibu dipermudahkan Tuhan. Doalah banyak-banyak ibu, Doakan Yana juga. Yana perlukan doa seorang ibu. Syurga Yana kan di bawah tapak kaki ibu." Mengalir deras airmata ibunya mendengar kata-kata Mariana. Tidak dia sangka, rupa-rupanya kehidupan beginilah yang di dambakan anak gadisnya selama ini. Sungguh dia menyesal kerana sebagai ibu, dia tidak dapat memberikan kehidupan yang sempurna buat satu-satu anak gadisnya itu. Dia yakin anaknya sedang melakukan yang terbaik untuk dirinya. Dan di daerah itulah Mariana memulakan hidup barunya. Seperti seorang mualaf, dia belajar mengenali Tuhan yang Esa. Seperti seorang musafir yang kehausan di padang pasir, dia berusaha menimba sebanyak-banyak ilmu agama yang tidak pernah dia pelajari dulu. Dalam usianya yang menjangkau sembilan belas tahun, Mariana merasakan dirinya bagai baru dilahirkan semula. Indahnya hidup bertuhan. Dan selama itulah dia yerputus hubungan dengan keluarganya di Singapura. Kalau dia pulang pun, dia akan mengelak dari bertamu dirumah nenek. Mujur ada adik ayahnya yang mahu menenpatkan dia dirumahnya setiap kali dia pulang ke Singapura.

Namun panggilan dari ibunya pada suatu malam, memaksa dirinya kembali ke rumah nenek.

"Baliklah Yana, nenek sakit. Ibu tak tahu nak buat apa." Suara ibunya yang serak akibat menangis tidak henti itu jelas kedengaran.

"Mak Long? Adik-adik?" soal Mariana. Hatinya berat untuk meniggalkan perkampungan Islam yang sudah menjadi kampong halamannya itu. Lebih-lebih lagi apabila Ramadhan hampir menjelang.

"Yana baliklah dulu. Ibu akan ceritakan kemudian." Mujur ada penduduk kampong yang mahu pulang ke selatan, maka Mariana menumpang mereka hingga ke Larkin. Pada awalnya anak lelaki Makcik Amnah mahu menghantar Mariana terus ke Singapura, tetapi Mariana menolak. Tidak mahu menyusahkan orang. Lagipun makcik Amnah pulang ke selatan kerana hendak menjaga anaknya yang baru bersalin sulung. Takkanlah kerana Mariana, dia terpaksa berkorban masa pula.

Nenek kelihatan sudah uzur. Dia terlantar di pembaringan. Kedatangan Mariana juga sudah tidak disedarinya. Nenek sudah tidak kenal sesiapa. Malah makan, dan kencingnya juga hanya diatas katil. Adakala, nenek meracau, marah-marah. Ada kala, nenek menjerit-jerit minta itu dan ini. Namun, sudah dua hari Mariana kembali ke rumah itu, sedikit pun tidak melihat kelibat sepupu-sepupunya. Dimanakah mereka? Dimana mak long? Soalan itu di suarakan kepada ibunya.

"Liza, Eddy, kena tangkap."

"Kenapa?"

"Dadah"

"Macam mana diorang boleh terjebak dengan dadah?"

" Tak apalah, nanti diorang bebas, Yana jumpa diorang iya ibu." Mariana cuba memujuk apabila soalannya tidak berjawab.

"Tak ada gunanya, Yana. Dah terlambat…."

"Ibu, tak ada apa yang terlambat…Tuhan itu.."

"Yana, diorang tu pengedar. Dah dihukum untuk digantung…" suara ibunya lirih menyampaikan khabar. Mariana jatuh terjelepuk ke lantai. Bagaimana mungkin? Mereka bukan pelajar tercicir. Liza dan Eddy budak pandai macam dia. Eddy tu pelajar cemerlang di maktabnya. Kenapa? Ya Allah……

Petang itu, sewaktu Mak Su datang berziarah, barulah dia ketahui perkara yang sebenar. Adik bongsu ayahnya itulah yang sering menjadi penguat semangat buat ibunya. Walaupun ibu dan ayah sudah berpisah, namun Mak Su masih lagi menjaga kebajikan ibu.

"Mak Long Yana diserang sakit jantung saat dia mendapat tahu apa yang berlaku terhadap anak-anaknya. Emak mana yang tak terperanjat, Yana. Mak Long kamu hilang ingatan selepas itu. Mak Su yang minta pak Su hantar dia ke IOH. Lepas tu, ada lagi yang berlaku. Kerana peristiwa itulah nenek kamu jadi begini. Takkan Mak Su nak biarkan ibu kamu tanggung beban macam tu.."

"Peristiwa apa lagi, Mak Su? Kenapa Mak Su tak bagi tahu Yana bila Yana balik ke rumah Mak Su?" soal Mariana ingin tahu. Kenapa perkara seberat ini di sembunyikan dari pengetahuannya?

"Ibu kamu tak mahu kamu susah hati. Ibu Yana itu, baik orangnya. Banyak sudah dia berkorban untuk keluarga ini." Mak Su Radiah memberitahu.

"Mak Su tak cerita lagi apa yang berlaku selepas itu….selepas Liza dan Eddy ditangkap…" Mariana mengasak makciknya agar membuka cerita. Mak Su Radiah menarik nafas. Dia meraup wajahnya yang dilitupi tudung bulat itu. Mak Su Radiah adalah lulusan NUS, tapi mendapat suami yang mengamalkan Islam. Suaminya dulu aktif dalam persatuan belia Islam. Masa sekolah juga Mak Su Radiah aktif bergiat di dalam persatuan Islam di universiti itu.

"Mak Su?" Mariana memanggil Mak Sunya yang sedang diam berjeda

"Liza….dia bukan Islam lagi. Waktu CNB datang geledah bilik dia. Mak Long Yana nampak segala-galanya. Bible dia bukan satu, tapi satu laci. Satu laci penuh dengan artikel-artikel tentang Kristian. Pihak CNB terjumpa buku akaun bank yang jumlahnya entah berapa ribu. Pada awalnya, mereka suspek, itu akaun transaksi pengedaran dadah. Tapi rupa-rupanya, Liza dapat duit tu dari pihak gereja. Dah hampir setahun, dia tukar agama. Paderi yang bertanggungjawab, datang ke sini, jumpa nenek Yana. Itu yang buat nenek Yana jatuh sakit dan kemudiannya diserang angin ahmar. Bila sedar, dia jadi macam itu." Beritahu Mak Su sambil menjeling ke dalam bilik memandang bekas kakak iparnya yang sedang membersihkan wanita tua itu.

"Pakcik Osman? Anak-anak dia?" Mariana teringat pula pada pakciknya yang seorang itu. Masa nenek sihat pun, memang pakciknya jarang kelihatan. Kalau ada pun, mungkin di pagi raya saja. Itupun, macam nak minta api saja gaya pakciknya itu. Tak pernah nak berlama-lama di rumah nenek. Maklumlah, Pakcik Osman itu doctor gigi. Ada klinik sendiri, jadi Pakcik sentiasa sibuk dan nenek amat bangga dengan pencapaian Pakcik Osman.

"Bila nenek sakit, dia datang sini, ambil datuk Yana. Kononya nak mudahkan tugas ibu Yana, tetapi dia hantar datuk Yana tu ke rumah orang-orang tua."

"Kenapa pula?" Mariana tidak puas hati. Kenapa datuk yang sihat itu di hantar kesana?

"Isteri dia tak suka datuk Yana buat serak. Kan dia suka kutip barang-barang terpakai." Mak Su Radiah memberitahu lagi. Berat sebenarnya untuk dia membuka cerita keluarga orang lain, tetapi gadis di depannya perlu diberitahu.

"Apa yang Yana patut buat sekarang ni?" soal Mariana buntu. Memang dia amat buntu sekali mendengar tragedi yang menimpa keluarganya. Dia cuba membayangkan kalau dia masih tinggal di situ? Apakah dia akan terjebak seperti sepupu-sepupunya? Mentelah lagi, rata-rata semua kawan-kawannya beragama Kristian. Mampukah Mariana mempertahankan kesucian agamanya?

"Kita doakan mereka, Yana. Doa itu selemah-lemah usaha. Yana saja yang boleh mengembalikan maruah keluarga ini." Pesan Mak Su Radiah.

Mariana duduk tersandar di kerusi tua itu. Letih dia memikirkan. Terlalu banyak yang berlaku semenjak ketiadaannya. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Ustazah Naeemah di asrama. Kebahagiaan sebuah keluarga sakinah itu bukan terletak pada berapa angka pendapatan suami isteri. Tidak juga terletak pada pencapaian anak-anak di sekolah. Kebahagiaan sebuah keluarga Islam itu terletak pada peribadi setiap ahli keluarga itu. Untuk mencapai keluarga yang sakinah, Tuhan hendaklah dijadikan matlamat hidup. Bila dah berjaya mencintai Tuhan, barulah semuanya dipermudahkan olehNya.

"Yana, dah masuk waktu, jom berjemaah…"lamunannya terhenti dek kejutan dari ibunya. Mariana menoleh,memandang wajah lesu itu. Ibu sekadar tersenyum.

"Ibu nak Yana jadi imam, macam kat asrama dulu. Sedap suara Yana baca surah." Beritahu ibunya. Mak Su Radiah menepuk-nepuk bahu Mariana.

"Ibu, bukankah suara ini yang menjadi kebanggan ibu dan nenek kerana Yana terpilih selalu mewakili sekolah setiap kali ada persembahan?" soalan itu sekadar bermain dihatinya. Tidak sampai hati hendak menyatakannya. Ibu kelihatan amat letih. Tentu ibu menderita semenjak ketiadaannya.

"Pergilah Yana. Biar Mak Su tengok-tengokkan nenek. Mak Su pun cuti ni."

Dan bermula dari saat itulah, Mariana yang menjaga neneknya. Dialah yang menjadi teman bila ibunya pergi menziarah datuknya di darul Takrim atau ke IOH menjenguk Mak Long. Datuk gembira melihat dia datang bersama-sama.

"Bawalah atuk balik, Yana. Atuk tak mahu tinggal kat sini." Luah datuknya ketika melihat cucunya datang bertandang. Dia mengusap-usap kepala Mariana yang di tutupi tudung.

"Kalaulah Liza berubah maca kau, bukan ke bagus? Maafkan atuk Yana. Atuk banyak dosa." Suara garau datuknya tersekat-sekat melepaskan rasa di hati. Selama ini, datuknya banyak mendengar kata nenek. Datuk sayangkan nenek, sehingga merosakkan. Sayang datuk pada nenek, membuat nenek lupa kedudukannya sebagai isteri. Mariana sekadar tersenyum hambar. Ini salah semua orang, kerana meninggalkan Tuhan.

"InsyaAllah, Tuk. Nanti Yana usahakan." Hanya itu saja yang mampu dia katakan, walaupun dia tahu, entah bilalah dia akan dapat mengotakan kata-kata itu. Bukan dia tidak kenal Pakcik Osman. Putih kata dia, maka putihlah jadinya. Pakcik Osman memang carbon copy perangai nenek! Mariana beristighfar tatkala tersedar akan keterlanjurannya mengata orang orang tua di dalam keluarganya. Dia tidak boleh mengata, malah dia sepatutnya membantu. Tapi bagaimana? Dia sendiri baru lagi berpijak kelaam nyata. Imannya yang senipis kulit bawang ini, mana mungkin dapat menyelamatkan keluarganya. Dia menyesali kekhilafan diri.

"Doa, Yana. Doa…Bangun malam, menangis depan Tuhan…Minta pada Dia." Kata-kata tegas Pak Su Ammar, suami mak Su Radiah jelas bermamin di minda.

Dan malam itu, Mariana tidak bertemu bantal. Malam-malamnya selepas itu dihabiskan merintih dan bermunajat. Meminta Tuhan mengampunkan dosa keluarganya.

"Jangan fikirkan diri sendiri. Minta Tuhan ampunkan dosa keluarga kita. Dengan itu, semoga dosa-dosa kita juga diampuni Tuhan. Minta Tuhan permudahkan segala urusan. Minta Tuhan jadikan yang terbaik untuk keluarga Yana." Mak Su Radiah tidak putus-putus mengingatkan.

Pada suatu malam, Mariana telah terlena di atas sejadah. Seharian suntuk bekejar ke sana ke mari menguruskan datuk dan Mak Longnya amat meletihkan. Akhirnya sewaktu dia bangun di sepertiga malam, keletihan menguasai dirinya. Tanpa sedar, dia tertidur sambil berbaring diatas sejadah putihnya. Dalam keadaan tidurnya itu, dia merasakan neneknya datang merapati. Terasa tangan neneknya membelai bahunya.

"Yana, nenek bersalah. Nenek mahukan kau berjaya di dunia. Nenek mahukan segalanya untuk kau supaya nenek boleh menebus malu. Nenek nak buktikan pada dunia, anak seorang penjenayah juga boleh jadi orang ternama.

Maafkan nenek, Yana. Engkaulah satu-satunya cucu nenek yang boleh sejukkan kubur nenek nanti." Suara neneknya akhirnya hilang dalam bunyi hujan yang turun mencurah-curah.

"Yana…Yana…Yana….bangunlah" sayup kedengan suara ibunya pula. Mariana menggosok matanya. Dipandang wajah ibu yang sedang berlinangan airmata. Hujan di luar masih turun lebat.

"Kenapa ibu? Nenek buat hal lagi?" soalnya dalam kantuk yang ditahan-tahan.

"Nenek dah tak ada Yana. Dia dah meninggal." Sayu suara ibu memberitahu.

"Innalillah….tadi Yana mimpi nenek. Dia kata, cuma Yana yang boleh terangkan kubur nenek…"beritahunya sebak. Rupa-rupanya mimpi itu menandakan kepergian nenek ke alam yang kekal abadi.


"Nenek nak Yana buktikan. Dan inilah pembuktian Yana. Yana dah tebus maruah keluarga Yana. Yana jadi wanita yang Tuhan mahukan. Teruskan dengan perubahan itu. Yana kena kuat." Suara disisnya mengejutkan dia. Sekilas dia menoleh kearah tempat duduk pemandu.


Wajah Syahidan, anak Makcik Amnah sedang tersenyum nipis memandangnya

"Banyak lagi yang Yana perlu buat. Janganlah menangisi yang sudah lepas. Lihat ke hadapan. Pejuang kebenaran tidak sedih dengan kegagalan dan tidak gembira sehingga bertepuk tangan menerima kejayaan. Tugas kita masih jauh ke hadapan.

Mariana akur dengan kata-kata suaminya itu. Di saat dia terkapai-kapai dilanda masalah berat di dalam keluarganya, lelaki itu datang menghulurkan bantuan moral, tanpa sedikit pun memikirkan apa yang telah dia lalui. Dan kini, dia perlu menapak kehadapan untuk meneruskan perjuangan menyelamatkan anak bangsanya.
posted by BLOGGER @ 7:43 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
11 Comments:
  • At 17/7/08 4:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story...patut jd teladan para remaja zaman skrg ni..yg dah lupe asal usul masing2..

     

  • At 17/7/08 4:37 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bagus, crita nih..
    hidup remaja penuh cubaan.. beringatlah wahai anak bangsaku...

     

  • At 18/7/08 9:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Boleh'la... Boleh blah!

     

  • At 18/7/08 1:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

    Boleh'la... Boleh blah!

    ko apasal...ko mcm eddy dan liza dlm citer ni ker???

    Bleh jalan

     

  • At 20/7/08 1:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hmm..
    nice story..
    ni nk tegor ckit
    bkn awk penulisnye..
    si pemberi komen ni..
    yg ckp boleh blah ni..
    ada probs ke?
    kenapa yek ckp mcm tu?
    cerita ini banyak pengajaran..
    x baik berprejudis pd org lain..
    apa2 pon..cerita yg baik.

     

  • At 21/7/08 1:40 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    entah,NGOKNGEK betol!!!ader ker ckp blh blah.ish3..istighfarla bnyk2 teman...citer 2 bnyk sedarkan kita.smga hidup kita sentiasa d rahmati ilahi...amin

     

  • At 22/7/08 12:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    m...citer nie best,,
    tp asal ngn bdk sengal kt atas 2...
    dhlh x wat citer ni...nk kutuk lagi..
    cube ko tulis cerpen plk...aku nk bace..th2 lg teruk dari cerpin ni agknyer..blhlh..bajek bagus plk..
    huhuhu

     

  • At 27/7/08 11:50 PTG, Blogger TeapotiQue said…

    bagus2... nice one! keep it up..

    untuk yang kate boleh belah tu, sedarlah diri. anda belum tentu mampu berkarya seperti ini... so, katakan boleh belah pada diri sendiri...

    btw author, nice try!

     

  • At 7/8/08 4:02 PTG, Blogger eyerien said…

    mmg best dan betul2 menusuk ke sanubari..hanya insan yg b'gelar manusia shj btl2 memahami isi crita yg nak d sampaikan..jauh dr ape yg saya sangkakan..btw this is the great story...

     

  • At 11/11/09 2:33 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aku rs mksud org komen tu dia sokong cte ni
    boleh blah=blh pegi jauh ek?
    bgus cte ni, ak ske bc...tp ap jd kat atuk dia ek?
    sedih btol ak bc, bnyk kenisafan...

     

  • At 11/11/09 2:35 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salah taip...
    keinsafan..huhu

    d

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group