Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku segera mempercepatkan langkah sejurus keluar dari kereta Mazda berwarna putih yang baru saja aku beli secara ansuran pada bulan lepas. Ku angkat sedikit kain pelikat memperlihatkan betis yang lebat dengan bulu dengan niat agar dapat membantuku segera sampai ke rumah suci yang hanya sepuluh meter lagi. Dengan kelewatan yang bukan ku sengajakan pagi yang mulia ini membuat aku tergopoh-gapah kerana waktu-waktu begini sudah pasti orang yang hadir atas tujuan yang sama sudah memenuhi perkarangan rumah suci ini. Dan aku yang kelewatan sudah pasti juga akan sukar mendapat tempat dan akibatnya yang tinggal hanyalah ruang kecil di belakang. 'Alamak, aku dah lambat ni. Duduk belakanglah jawabnya aku ni. Lain kali makan lemang tu tak ingat dunia. Macam tak boleh makan je lepas ni.' Aku merungut-rungut dalam hati. Langkah kaki masih lagi melangkah rancak dengan sepatu buruk yang aku sendiri tidak pasti siapa yang empunya, ku sarung semasa keluar dari rumah tadi. 'Pergi masjid tak payah pakai kasut cantik-cantik. Dikebas orang tahulah nanti. Pula tu dengan ramai-ramai ni, tentu ada yang cuai mencari kasut sendiri.'Aku merungut lagi. Orang yang lalu-lalang yang juga sepertiku tidak ku perhatikan dan tidak ku hiraukan. Yang hanya terlintas di fikiranku supaya aku segera sampai dan tidak terlalu lewat dan akhirnya tidak akan mendapat tempat di sudut paling belakang sekali.
'Haikal, tolong papah nenek keluar. Kita dah lambat ni.' Enjin kereta lantas di matikan dan beg berisi pakaian solat digalas di bahu. Tiba-tiba seperti ada sesuatu yang melanggar dari belakang dan tangan Nabila disentuh oleh seseorang. Belum sempat dia menoleh, kedengaran suara seorang lelaki yang berada hampir dengannya. 'Ma...maafkan saya kak. Aaa....saya tak sengaja langgar akak. Kaki saya tersadung kat batu tu tadi. Maaf eh kak?' Aku mengurut-urut lutut yang sakit. Mujurlah tidak berdarah dan kain pelikat baru pemberian ibu tidak terkoyak. Aku tunduk melihat kaki. Sepatu buruk yang disarung sudah terputus pula. Dengan mengetap gigi tanda geram aku sekilas melemparkan senyuman kepada wanita yang menjadi mangsa keadaan sebentar tadi. Lalu aku terus melangkah meninggalkan wanita itu yang masih lagi terkebil-kebil tidak mengerti dan tidak juga sempat memberi sepatah kata jua.
'Apalah malang nasib aku ni? Perut dah kenyang dengan lemang. Jatuh tersungkur depan perempuan, wuduk pun dah terbatal pegang tangan perempuan tu. Lepas tu sandal pula yang terputus. Siapa suruh kau sarung sandal buruk ni lagi? Takut kena curi konon. Kalau kau pakai yang baru, tak ada lah jadi macam ni. Padan muka aku.' Mulutku tidak henti-henti kumat-kamit sambil menuju ke tempat berwuduk di tepi masjid. Selesai mengambil wuduk, aku toleh kiri dan kanan. Aku lihat semuanya perempuan. Patutlah pun mak cik kat sebelah ni segan-segan dengan aku. Rupanya aku salah pergi kat tempat berwuduk perempuan. Aku hampir nak tergelak. Tapi memikirkan peristiwa jatuh tersungkur tadi dan sandal yang sudah terputus ni. Aku sekadar tersenyum. Kaki ku seretkan perlahan-lahan, mengawal agar sandal yang ku sarung tidak tercicir dari kaki.
'Gila ke apa mamat tu? Kurang asam betul. Tak pasal-pasal wuduk aku dah terbatal. Pula tu, belum sempat aku nak maki dia, dia dah blah. Macam tahu-tahu je aku nak sembur dia. Sabar, sabar. Kat rumah Allah ni.' Nabila cuba menenangkan diri yang mulanya tenang untuk beribadat di pagi 1 Syawal ini kemudian menjadi hilang sabar disebabkan oleh lelaki yang entah dari planet mana. Dalam perasaan yang bergolak itu, Nabila berselisih dengan seorang lelaki yang tiba-tiba tersenyum kepadanya. Dengan wajah yang serius, dia langsung tidak mengendahkan lelaki itu yang mungkin gila fikirnya lalu segera menuju ke tempat berwuduk wanita. Cepat-cepat dia menyudahkan keperluan wajib sebelum seseorang Islam itu ingin menyempurnakan ibadah solat wajib mahupun yang sunat.
'Perempuan tu lagi? Perempuan sombong! Tarik muka kat aku eh? Aku bukan sengaja pun nak langggar dia. Eh, entah-entah dia perasan aku senyum kat dia agaknya? Aku senyum sebab lain.' Aku cuba menahan-nahan senyum. Takut nanti ahli kariah yang lain ingat aku pula yang gila. Terpaksa aku lapangkan hati walaupun ada sedikit perasaan tidak puas hati kerana aku akhirnya mendapat tempat disudut yang paling belakang. Keadaan yang sempit dan bahang membuatkan aku solat dalam keadaan disimbahi peluh. Minyak wangi yang kucalitkan sewaktu bersiap-siap awal pagi tadi sudah berbau pelik bercampur dengan aroma semulajadi yang dirembeskan oleh kelenjar-kelenjar peluhku. Aku redhakan jiwa atas apa yang menimpa padaku hari ini, dengan harapan semoga apa yang terjadi terkandung hikmah yang bermakna.
'Dah sampai rumah pun nek. Perlahan-lahan nek. Kaki nenek tu dah tak kuat lagi.' Nabila memegang tangan neneknya dan memimpin satu-satunya orang tua yang telah membesarkan dia dan adiknya sejak dari kecil, sejak dia dan Haikal kehilangan tempat bergantung. Mata Nabila secara spontan terarah ke halaman rumah Cik Uda di mana sebuah kereta Mazda berwarna putih baru sahaja melewati dan berhenti. Kemudian keluar seorang lelaki berbaju melayu hijau dan berkain pelikat dari kereta Mazda itu. 'Mamat tu lagi? Apalah malang nasib aku pagi-pagi raya ni, asyik lelaki gila tu je aku nampak. Perasan muda. Panggil aku kakak. Hampeh!' Nabila merungut perlahan, namun suaranya itu didengari oleh neneknya. Pertanyaan neneknya disambut dengan senyuman tawar yang sengaja dibuat-buat. Cepat-cepat dia mengalihkan tajuk kepada topik yang lain.
Kejap sahaja cuti sudah berakhir. Terpaksa aku berhempas-pulas dengan pelan-pelan atas meja pejabat lagi. Kesibukan kerja yang akan melemaskan aku dan membuat aku semakin lupa dengan peredaran masa. Tidak ada cukup masa hendak berlibur, berkenalan dengan perempuan-perempuan cantik pun tak berkesempatan. Yang aku kenal cuma Izyan setiausaha yang suka melawa di pejabat aku, Siti, Raudah, Azimah. Semuanya pun sudah berpunya. Mana-mana perempuan yang pernah berurusan dengan aku, seorang pun aku tak berkenan. Muka semuanya macam mak cik- mak cik. Biar disolek dengan bedak dua inci dan disapu dengan pewarna-pewarna muka, aku tak rasa tertarik pun. Tiba-tiba aku terkenangkan perempuan yang menjadi mangsa keadaan di pagi 1 Syawal tahun lepas. Aku ingat lagi muka dia. Cerah tanpa disapu sebarang bedak mahupun pewarna, bibir merah yang nipis dan jari tangan yang runcing, yang secara tidak sengaja telah ku sentuh. Aku tersenyum lebar, merasa lucu terkenangkan wajah perempuan itu yang terkebil-kebil waktu aku meminta maaf dan wajahnya yang mencuka waktu aku berselisih dengannya setelah selesai mengambil wuduk waktu itu. Telefon tangan yang berbunyi ku sambut. Kedengaran suara ibu melalui gelombang radio yang jauh. 'Ibu, He tak dapat balik hujung bulan ni. Maaflah ibu, ada urusan pejabat. Kena pergi Seremban satu minggu.' 'Ibu bukan apa He. Ibu risau sangat kau ni, tak kahwin-kahwin. Umur dah 30 belum ada calon lagi. Ibu berkenan dengan cucu Nek Limah tu. Cantik budaknya He.' Inilah masalah aku yang tak pernah selesai kalau bercerita dengan ibu. Mesti diungkitnya pasal kahwin. 'Hello, hello. Ibu, ibu dengar tak ni? Apasal line ni? Ok, ibu nanti He telefon balik.' Talian aku putuskan. Sengaja aku matikan telefon agar aku tidak berhadapan dengan masalah kerisauan ibu lagi buat hari ini.
Jam ditangan ku tilik sejak setengah jam yang lalu. 'Mana pula perempuan yang aku kena jumpa ni? Janji pukul 11 pagi. Inilah janji melayu. Tak pernah nak on time.' Dalam hati aku menyumpah-nyumpah klien yang terpaksa aku jumpa pagi ni. Perut pula sudah mogok kelaparan akibat tidak sempat bersarapan tadi. Sambil aku menekan-nekan perut yang seperti sudah masuk angin, kelibat seorang perempuan berbaju kurung biru datang menghampiri. Aku terkaku seketika melihat wajah perempuan yang berdiri dihadapanku kini. Perempuan yang sama aku jumpa di pagi 1 Syawal. Perempuan yang selalu ku terkenang waktu aku kebosanan di pejabat mahupun di rumah. Perempuan itu kini berdiri sekali lagi dihadapan ku dengan senyuman hingga membuatkan jantung ini berdetak kencang. 'Saya Nabila. Encik?' Kerusi kosong dihadapanku diisi olehnya. 'Heizry. Tak perlu berencik-encik. Lagipun sekarang luar dari pejabat. Erm, Pn Nabila...'Belum sempat aku menghabiskan ayat ku, telah dipintas olehnya. 'Cik Nabila.' 'Owh, maafkan saya.' Perasaan gugup yang tiba-tiba muncul cuba ku selindungi. Tidak pernah aku merasa seperti ini ketika berjumpa dengan mana-mana klien sebelum ini. Terlintas di fikiran ku adakah Nabila masih mengingati aku, lelaki yang mungkin pernah dibencinya dahulu? 'Apasal pula lah mamat ni sopan-sopan sangat depan aku. Nasib baiklah atas urusan bisnes. Kalau tak, lama dah aku sembur mamat ni. Dia ingat aku lupa agaknya. Muka dah cukup hansem tapi control je lebih.' Nabila sesekali melemparkan senyuman yang dibuat-buat agar lakonannya berkesan kali ini. Segalanya berjalan lancar. Masa seperti cepat berlalu, akhirnya pertemuan dengan Nabila sudah tiba ke saat perpisahan. Nombor telefon Nabila telah disimpan dalam phone book. Kad nama juga telah diberikan. Dalam hati aku berharap agar dapat berjumpa dengan Nabila semula biarpun atas urusan pejabat.
Kehendak ibu terpaksa aku penuhi. Pertemuanku dengan cucu Nek Limah telah diatur. Itupun bukan di kampung. Aku disuruh berjumpa dengannya di Seremban. Kata ibu, cucu Nek Limah seperti aku juga. Sentiasa sibuk dengan kerja. Sekali lagi aku ke Seremban. Walaupun dengan hati terpaksa aku ikutkan kata ibu. Pernah juga aku terfikir untuk berpatah balik saja dan tidak berjumpa dengannya. Boleh aku reka alasan apa-apa saja asalkan tidak perlu ke Seremban. Tapi bila fikirkan niat dan pengorbanan ibu, aku mengalah. Biarpun dalam hatiku hanya ada Nabila yang sudah menyarung cincin pemberianku secara tidak rasmi, namun aku sekadar menurut kata ibu sahaja. Masa inilah masa yang terbaik untuk aku melihat bakal menantu pilihan ibu untuk satu-satunya anak bujang ibu. Aku tersenyum sendirian sambil menikmati lagu Enrique, somebodys me di corong radio.
'Eh, abang! Apa abang buat kat sini? Jumpa klien ke?' Tiba-tiba susuk tubuh Nabila yang muncul entah dari mana sudah sedia tercegat di hadapanku. Aku menyudahkan tegukkan air limau ais yang masih bertakung dalam gua mulut. 'Aah. Jumpa klien. Cucu Nek Limah.' Serasa seperti mahu tersembur air limau ais yang masih berbaki dalam mulut. 'Cucu Nek Limah?' Nabila menyoalku dengan muka pelik. 'Kenapa?' Aku menyoal kembali tanpa jawapan. 'Nenek saya, Nek Limah gak.' 'Nama dia, Ila cucu Nek Limah.' Aku menjawab tanpa ada rasa pelik. 'Abang anak Cik Uda?' Nabila menuding jari tepat ke arah muka ku. Aku hanya sekadar melemparkan senyuman kambing alias kerang busuk kepada Nabila. 'Ooo...gatal! Sempat lagi buat janji temu cari jodoh eh?' Tangan Nabila sudah tercari-cari isi dagingku untuk dicubit. 'Aduh! Sakitlah sayang. Abang ikut kata ibu je. Ibu yang suruh abang jumpa Ila cucu Nek Limah tu kat sini. Bukan salah abang.' Aku menangkap tangan Nabila yang kali ini berjaya mencubitku sekali lagi. 'Nak salahkan ibu sendiri la tu? Saya ingat kena jumpa dengan lelaki gila mana ntah.' Nabila cuba menarik-narik tangannya minta dilepaskan namun aku sudah sedia mengunci jari-jemarinya dalam genggaman jariku. 'Erm, lepas ni bolehlah abang cakap dengan ibu yang abang dah berkenan dekat Ila cucu Nek Limah tu. Boleh ibu terus kahwinkan.' Ketawa ku disambut senyuman manis Nabila. Jari-jemarinya masih tergenggam erat dalam genggamanku dan sengaja aku enggan melepaskannya.
thx 4 d person that have gave comments. d cni, sy sbg penuls nk betlkn ape yg anda liht on d top of dis story sbnrnya bukan MENCARI CINTA ILaHi tp tjk sebenr cerita ni MENCARI CINTA : ILA_HE refers to main characters of this story. dimana itulah tajuk sbnr cerita ni tp myb ade kesilpn teknikl semasa saya menghntr karya saya ni. So x semstinya apa yg anda liht itu adalah kebenaran... thx again krn komen ada mndpt prhatian dr saya :)
ya ke best,saya rasa awk ni cuma nak sedapkan hati penulis jeee.tapi terpulanglah pada diri masing-masing,lain orang lain rasa kan....but,for penulis still good trying,bukan salah anda pun kluuu ada kesilapan tekniakal.semenarnya saya tak paham sgt citer nih...hi...hi....hi...luv u.........
Okeyla cite nie tapi ada yg x berapa nak paham .teruskan usaha untuk buat yg lbh baik lagi
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bleh x jgn guna ILA_HE camtu...
Illahi maksudnya tuhanku...
mnyakitkn ati lak !!