Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
LUAHAN HATI SLOT EPISOD DARI "HADIRMU CUMA SEKETIKA"
Masih terpahat di benak fikiran ku. Mengharungi satu situasi yang sehingga kini sukar untuk ku lupakan. Sesuatu kenangan yang bagiku amat sukar untuk ku lupakan. Di ruangan hati ini ingin ku luahkan kerna tidak terdaya lagi untuk ku semadikan terlalu lama dibenak fikiranku. Ku biarkan saja mata ini berkaca…agar ku ingin kau tahu, aku terlalu merinduimu. Di setiap sudut kuperhatikan, hanya wajahmu kuterbayang, walaupun disaat ini ku sedar, kau pergi meninggalkan aku buat selamanya. Musim berganti begitu cepat berlalu. Dan meninggalkan kesan yang begitu mendalam, dan ku terima dengan satu pengalaman lagi dalam hidupku. Aku menerima ini dengan hati yang begitu REDHA. Hampir tiga (3) tahun kau meninggalkan aku sendiri. Aku tak mampu nak meluahkan kata-kata rinduku terhadap dirimu pada orang lain. Pada siapakah untukku luahkan rasa sepi ku ini tatkala aku duduk sendiri teringatkan dirimu, aku menjadi terlalu lemah. Hanya kenangan yang masih terpahat dibenak fikiranku membuatkan aku kuat menjalani hidupku tanpamu disisi. Walaupun kau meninggalkan aku dengan kesan yang begitu mendalam. Yang ku kesali sehingga kini, aku tidak berkesempatan meluahkan yang aku terlalu mencintai dirimu. Aku tak berkesempatan memaafkan dirimu diakhir nafasmu. Kau hadir dalam hidupku bergitu sementara. Sesak dadaku bila ku kenangkan semuanya. Tiap kali aku bersujud, ku mohon pada Allah agar kau aman disana. Ketahui olehmu, aku selalu melawati pusaramu. Tidak pernah terlintas difikiranku untuk melupakanmu, walaupun sekarang banyak CINTA yang hadir, tapi hanya kau saja yang mampu membuka pintu hatiku, disaat aku sibuk untuk menutupnya, dan kau datang menhalangnya. CINTA yang kuterima sekarang tidak sama dengan CINTA yang sesaat kau berikan padaku. Kerna cintamu begitu suci. Hanya kerna kata-kata hatimu yang begitu iklas menerimaku seadanya walaupun kau tahu aku telahpun pernah dimiliki. Dan aku menerimamu dengan hanya kata-kata tapi tidak mampu kuluahkan padamu yang aku juga iklas menerimamu. Kau tahu begitu aku terkilan kerna, mengapa bila kau sudah pergi, baruku tahu hatimu dekat padaku. Kau telah membawa kunci hatiku bersama denganmu. Aku tak mampu meninggalkan Rumah Cintaku tanpa Kunci Cintaku, kerna ianya ada padamu. Kau tahu, sehingga kini, aku belum lagi berjumpa dengan cinta yang sebenar. Aku harungi hidup sendiri tanpamu disisi. Bukan aku tidak mahu mencari penggantimu, Cuma semacam yang kucoretkan tadi, aku tidak terdaya menerima cinta yang lain, andai semuanya bukan iklas mencintaiku, tapi rupa dan statusku. Tapi kau berbeza. Aku hanya mampu luahkan kata-kata ini, walaupun ku sedar kau tiada lagi disisikan bukan pada jarak masa yang dekat, tapi kau pergi buat selama-lamanya. Aku kuat bila aku mengingati dirimu. Aku tak terdaya, untuk meluahkan bibit-bibit cinta pada insan sejantina denganmu. Hanya kau saja yang mampu, untuk ku luahkan kata-kata cinta. Tapi aku tidak berkesempatan meluahkannya. Egoku pada perasaan menjadi perit buatku sehingga kini. Kau begitu mengerti perasaanku. Kerna perngertian cinta hanya kau saja yang tahu. Masihku ingat lagi, bila kita lawan berbicara mengenai perasaan. Kau begitu menyelam perasaan seseorang, yang tanpa kau sedar, apa yang ku mahukan pada seseorang itu, ada padamu. Aku hanya merenung bibir dan raut wajahmu bila kau cuba bercerita tentang perasaan. Tapi masa tu, aku masih lagi tidak terdaya untuk kuluahkan rasa cinta terhadapmu. Sehingga kini, kata-kata itu terus bersemadi. Aku harungi hidup ini dengan sendiri. Akan ku aturkan ayat-ayat cinta untuk ku nyatakan bertapa setianya aku terhadapmu. Suci dan bersih, kata-kata yang pernah kau luahkan padaku disaat kita berdua, duduk bersama. Kau mengatakan perlahan ditelingaku, "Aku ingin miliki hatimu untuk ku letakkan disebalah sudut hatiku". Aku tersentak dengan kata-kata itu, kerna bagiku tiada lagi insane yang kukenali menyatakn kata-kata itu padaku, sehinggakan aku boleh merasakan bertapa iklasnya hatimu untuk memilikiku. Kau tahu masa itu hanya senyum yang mampu kuukirkan padamu, walaupun ku tahu kau menanti balasan dari setiap kata-katamu itu.
Tersedar aku sekarang, inilah CINTA yang aku cari dalam hidupku. Aku bahagia bila tiapkali aku teringatkan dirimu. Walaupun diluar sana, ku ukirkan senyuman, tapi bila ku duduk bersendirian kupasti teringatkan dirimu, dan aku menjadi begitu hiba dan sebak dadaku, dan mataku mula berkaca dan akhirnya berderai membasahi seluruh wajahku. Dan bila ku sedar, baruku tahu, kau tiada disisi. Tapi ingin kunyatakan dsini, selama pemergianmu, ada seorang insan yang sedang ingin melamar diri ini. Semuanya dari ibumu. Ibumu yang dulu menghalang hubungan kita, tapi kini, kau tahu ibumu begitu kasih dan sayang padaku dan juga anak-anakku. Biarlah ku luahkan ini, walaupun ku tahu kau tiada lagi disisi,dan aku rasa lega, dan ku rasa lega tapi ku yakin, kunci yang kau bawa bersama itu akan dapat mengingatkan aku pada dirimu, setiap detik dan setiap situasi dimana saja aku pergi. Ketahuilah olehmu, aku akan hanya berteman dengan insan yang serupa denganmu. Iaitu Kembar seirasmu yang juga kenalan dari ibumu. Aku mahu dia pun tahu, yang aku mencintai dirimu. Sifat dan tingkahlakumya sama denganmu, Cuma dia tidak mampu membuka satu lagi pintu hatiku. Biarlah kuluahkan ini disaat kau tiada lagi. Aku yakin dan aku pasti, Allah itu maha menguji. Andai pintu hati yang satu ini telah terbuka, aku akan terus bersama dengan 'dia' untuk kulepaskan rinduku padamu. Dan aku akan menerimanya seiklas hatiku demi dirimu. Kerna inilah saja yang mampu aku lakukan untuk ku kaburkan ingatanku padamu dan terima 'dia' dengan seadanya. Aku akan cuba memberikan sepenuh hatiku padanya, walaupun aku tidak terdaya melupakan mu, izinkanlah aku bersama denganmya, untuk balasanku yang dulu aku tidak berkesempatan memaafkan dirimu disaat akhir nafasmu.
Diluahan hati, ku coretkan secebis kata-kata, agar rindu ini terus mekar dan sentiasa mekar dibenak fikiranku padamu.
"Masih terpahat di dalam ingatanku Begitu syahdu Tika menyusur kenangan denganmu. Walaupun ku tahu begitu lama Pergimu tak kembali, menguntum rindu di atas ranting usiaku. Ku gagahkan hati ini dan musim berganti... Meninggalkan kesan yang bagiku begitu mendalam. Tapi aku menerima ini sebagai satu pengalaman. Yus, sehingga kini tidak mampu untuk ku hindari ingatanku terhadapmu. Terbayang diruangan mata lalu…jernih dan berkaca. Aku menanggis lagi sendiri. Entah pada siapakah... ingin ku luahkan rasa sepiku dan rinduku padamu. Mungkin tak... siapa yang bakal mengerti perasaanku ini. Sehingga kini perasaan ini terus bersemadi dan aku rasa begitu sungguh sunyi melewati hari-hari ku yang sunyi. Ku harungi nya juga tanpa dirimu disisi.
Yus, bibirku tidak pernah lengkang dengan doa-doa agar kau bersemadi dengan aman disana disisi orang-orang yang beriman. Demimu, akan ku harungi dan akan ku gagahkan diri ini. Doaku tak pernah terlupa buatmu selamanya."
saya tak pahamla....adapisode lain ke sebelumnih?kalau tak de,saya nak komen sikitlah,dari permulaan,sampai kt tgh2 saya tak paham mende...akhir2 baru tau.jadi`RASA`tu,lambat mari....sorrylah.saya hanya beri pendapat,yg mungkin betul ambil pengajaran,yg tak betul jadikan sahaja sebagai komen seorang adik kecik yg tak paham sgt citer mcm nih...peace....luv u..........
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
akak,leez pun prnh alami mcm akak...khilangan mmg amt menyakitkn.redhalah ye?leez blh,akak msti blh jgk coz leez lg muda dr akak.ok?