BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Julai 09, 2008
Cerpen : Keronsang baldu songket biru
norshiemah


Shafika berlalu dari satu bangunan ke bangunan untuk sampai ke kelas. Sebelum itu sempat juga dia singgah di kantin untuk membeli kuih kegemarannya iaitu karipap. Sungguh pun dia sudahpun menjamu selera dengan nasi lemak namun karipap adalah desertnya setiap pagi. Shafika akhirnya sampai ke kelas dan yang pastinya dia terus melakukan tugasan seperti biasa. Walau pun bukan dia yang bertugas hari itu, namun dia selalu ringan tulang untuk memastikan kelasnya sentiasa bersih. Shafika mencapai penyapu dan lantas menyapu lantai bermula dari meja guru. Walau bagaimana pun karipap yang berada di tangan masih lagi tidak dilepaskan. Mulutnya sentiasa menguyah.
Keriuhan kelas akhirnya membuatkan Syafika merasa rimas. Mahu tidak, lantai yang tadinya bersih tiba-tiba dipenuhi dengan sampah dan kertas. Rasanya mahu saja dia menjerit meluahkan rasa geramnya. Siapa yang tidak marah kalau kita penat-penat buat kerja orang lain pula yang buat onar. Shafika memandang ke arah Syafiq yang sedang mengunyak gula-gula getah sambil membuang sampah ke atas lantai. Sambil itu Syafiq tertawa mendengarkan cerita yang dibawa oleh Firdaus, merupakan tok dalang di dalam kelas tersebut. Mulutnya tidak pernah berkunci. Ada saja cerita yang dibawanya. Manakala Syafiq pula merupakan pelajar paling pintar di dalam kelas tersebut dan juga pelajar yang paling nakal. Selalu sahaja dia mengusik Syafikah. Ada saja jalannya untuk menyakat Syafika.
Syafika berdiri di hadapan Syafiq sambil bercekak pinggang. Mahu sahaja dia menjerit kepada Syafiq betapa kurang ajarnya dia.
"Hah, 'doouble Mozza' kenapa dengan kau ni? Tak cukup lagi ke karipap di tangan sampai kau tenung aku macam nak makan? Maaflah ye. Kalau kau nak ratah aku pun tulang saja. Mana cukup untuk badan kau yang bagai dipam-pam tu. Kalau dah lapar sangat, makan saja penyapu tu. Lagi kenyang." Seloroh Syafiq. Namun wajah Syafika masih lagi masam. Mahu saja dia menghinggapkan penyapu yang dipegangnya di muka kacak Syafiq itu. harap saja muka cantik. Tapi perangai macam hantu!
"Kau tahu tak apa yang kau dah buat?" Tanya Syafika sambail mengutip sampah yang bertaburan di atas lantai. Syafiq senyap seola-olah kata-kata Syafika itu bagaikan angin lalu.
"Syafiq! Aku tanya kau ni. Kau ni tak dengar ke atau dah pekak? Tak sangka pula muka cantik tapi pekak." Sengaja Syafika menaikkan darah Syafiq.
"Aku bukan tak dengar, tapi ada daya aku… aku ni tak layak nak buat kerja kutip sampah seperti mana yang kau buat sekarang ni. Lagi pun bila masa lagi awak tu nak kuruskan badan. Aku peliklah. Semakin banyak yang kerja yang awak buat makin gemuk pula aku tengok kau. Yelah, bila dah penat makan pun dua tiga pinggan dah tak kisah. Ala… bukan berat sangat pun sampah yang aku buang ni. Kalau rasa malas nak kutip jangan kutip. Apa susah."
"Syafiq, engkau ni kalau satu hari tak susahkan hidup aku tak boleh ke? Cuba satu hari kau senangkan hidup aku. Bukan susah sangat nak buang sampah. Lagi pun tong sampah bukannya jauh sangat dari tempat kau." Bebel Syafika lagi.
Syafiq tidak mengendahkan Syafika sebaliknya dia terus berborak dengan Firdaus. Kata-kata Syafika itu bagaikan angin lalu yang singgah cuma seketika di cuping telinganya. Shafika mengeluh keras. Dia tahu tiada guna untuk bertegang leher dengan Syafiq kerana yang pasti dia juga yang akan menjadi mangsa.
Syafika kembali di tempat duduknya apabila semua kerja sudah diselesaikan. Yang pasti dia berpuas hati dengan kerjanya. Syafika mencapai karipap yang disimpannya di dalam meja. Selepas penat dia menyapu sampah, tibalah masanya untuk dia mencari semula tenaga yang sudah hilang tadi. Yati yang berada di sebelah dipelawa juga untuk menikmati karipap yang dibelinya tadi. Namun Yati menggelengkan kepala.
"Macam manalah nak kurus badan tu kalau asyik nak makan je. Badan pun dah macam kayu balak. Besar. Siapalah yang malang kawan dengan dia selalu nak belanja makan." Masih lagi ada sisa-sisa kritikan dari Syafiq. Syafika membatukan diri sebaliknya dia meneruskan makan. Peduli apa aku.
"Hah, kau tengok tu macam mana dia makan karipap. Macam tak jumpa makan setahun. Punyalah besar dia nganga-nganga. Oi, Yati! Kau tak nak jadi macam kawan sebelah tu ke? Aku rasa kalau si Syafika tu jalan mahu saja bergegar bangunan ni dibuatnya." Syafiq masih lagi mengusik Syafika. Kali ini Syafika hilang sabar. Dia meletakkan karipap dan terus ke meja Syafiq.
"Yang kau bising sangat ni kenapa? Badan aku. Bukannya badan kau. Yang kau susah sangat kenapa? Biarlah aku nak gemuk ke, nak bulat ke, kau peduli apa? Ada aku ganggu hidup kau ke? Dari ganggu hidup orang ada lebih baik jaga diri tu sendiri. Diri sendiri pun tak terurus ada hati nak mengutuk orang. Jaga diri tu sikit. Harap muka je kacak tapi otak tak tahu letak mana."
"Ala….. janganlah kau marah. Kalau kau marah lagi naik badan kau tu nanti. Silap haribulan mahu meletup nanti. Yang ambil hati sangat ni kenapa? Betul apa yang aku cakapkan. Aku bukan cakap kosong. Memang betul badan kau gemuk." Brbular biji mata Syafika mendengarkan butir bicara dari Syafiq. Kurang ajar. Mulut tak ada insuran langsung.
"Eh, dahlah. Dari aku melayan kau ada lebih baik aku layan tembok tu. Kalau cakap pun tak adalah buat sakit hati." Syafika berlalu apabila Syafiq mula mentertawakan dirinya. Dia kembali di tempat duduk dan hanya memendam rasa. Pedih hatinya dengan usikan dan gurauan Syafiq yang keterlaluan itu. Dia juga punya hati dan perasaan. Hati siapa yang tidak sakit kalau saban hari disindir dan diejek.
"Dahlah tu, Fika. Biarlah dia tu. Jangan dilayan sangat dengan perangai dia. Kau bukan tak tahu dia tu. Ada saja yang dibangkangnya." Pujuk Yati perlahan. Mahu sahaja air mata Syafika mengalir namun dia menahan. Dia tidak mahu Syafiq menganggap dirinya lemah. Dia sedar siapa dirinya. Namun dia pasrah dan perjuangannya belum selesai. Perjuangannya bukan mencari gaduh dengan Syafiq tetapi perjuangannya untuk mengapai impian untuk menjadi seorang pendidik.
"Bukan sehari, bukan sebulan dia mengutuk aku, Yati. Sudah bertahun. Sejak aku masuk ke sekolah ni. Aku tak tahu apa dosa aku pada dia sampai begini dia buat pada aku. Aku tak ada ejek dia. Aku tak ada kutuk dia. Aku tak tahu apa yang perlu aku buat, Yati. Aku buntu. Bila aku kenangkan balik mahu sahaja aku kerat dia sampai empat puluh empat biar dia rasa. Tapi… nanti kena masuk penjara. Aku tak sabar nak ambil PMR dan aku nak segera pindah dari sekolah ni. Aku dah tak tahan nak bersemuka dengan dia. Tapi… kena tunggu tahun depan. Aku dah tak tahan lagi, Yati." Luah Syafika.
"Sudahlah tu. Aku yakin lama-kelamaan dia akan berhenti mengejek kau. Nanti dia penatlah nak kutuk kau. Biar dia. Kalau kau layan dia lagi suka dia mengejek kau. Kalau kau buat diam nanti tak adalah dia kutuk kau lagi. Yang penting kau sabar jelah." Pujuk Yati.
"Tapi sampai bila? Sampai bila Yati? Aku dah buntu untuk fikirkannya. Sampaikan nak belajar pun kadang-kala aku teringat dengan kata-kata ejekannya."
"Entah-entah dia minat demgan kau tak Fika? Orang lelaki ni dia tak suka terus-terang. Dia asyik nak usik kau saja, entah-entah dia ada hati dengan kau."
"Cis! Tak ingin aku dengan dia tu. Perangai macam hantu. Kalau ada dia suka dengan aku lebih baik aku berkawan dengan 'Pian Skema' tu. Ada juga faedahnya. Dari berkawan dengan budak pelesit tu. E…. selisih. Englau ni jangan cakap yang bukan-bukan." Yati ketawa apabila mendengarkan kata-kata Syafika itu.
Waktu Sains sudah pun tamat. Pelajar-pelajar Tingkatan 2 Bistari kembali semula ke kelas setelah selesai pembelajaran di makmal. Syafika menarik kerusi dan kemudiannya dia melabuhkan punggung. Namun malang tidak berbau kerusi yang bakal diduduki patah menyebabkan Syafika terjatuh. Hampir satu kelas mentertawakannya terutama sekali Syafiq.
"Oi! Semua tengok mak gajah jatuh kerusi. Macam nangka busuk. Tengoklah kawan-kawan. Kelakar betul." Wajah Syafika berubah. Syafiq masih lagi mentertawakan Syafika.
"Itulah, gemuk sangat sampai kerusi pun dah tak sudi. Balik beli kerusi besi lagi elok. Tak adalah merosakkan harta benda sekolah." Syafika membetulkan bajunya.
Dia merenung ke arah seluruh kelas yang masih lagi mentertawakannya. Yati yang bersimpati apa yang berlaku terus mendapatkan kerusi yang lain untuk Syafika. Kali ini Syafika sudah tidak dapat membendung lagi air matanya. Akhirnya dia tewas. Dia menangis semahu-mahunya. Dia malu. Air mukanya tercalar. Tambahan pula kata-kata pedas yang didengarinya dari Syafiq. Yati mententeramkan Syafika. Namun air mata Syafika terus berlinang. Dia tidak tahu bagaimana untuk dia berhadapan dengan rakan-rakan untuk hari yang seterusnya. Syafiq yang melihatkan air mata Syafika berlinang terdiam. Dia tidak menyangka Syafika yang sebelum ini tabah orangnya akhirnya mengalirkan air mata.
"Sudah puas hati semua?" Syafika bangkit. Merenung setiap penjuru kelas. Air matanya masih lagi mengalir.
"Saya sedar, saya ini adalah alat untuk ditertawakan. Alat untuk dihina dan diejek. Saya sedar siapa saya. Saya gemuk. Saya berjalan macam gergasi. Tapi saya juga ada hati dan perasaan. Hati dan perasaan saya bukannya kayu. Kadang-kala saya sedih dan ada juga kadang-kala saya gembira. Saya gembira dengan hidup saya sekarang ni. Tapi saya sedih bila ada yang menghina dan mengejek saya. Saya bukan alat untuk dijadikan bahan sindiran. Cukuplah saya diejek. Berilah peluang untuk saya menjadi diri saya yang sebenarnya." Syafika duduk kembali. Kata-kata Syafika itu membuatkan semua pelajar terdiam. Syafiq yang kelihatan serba-salah terduduk. Air mukanya berubah. Dia memandang kembali kepada Syafikah yang telah pun memandang ke hadapan. Hati Syafiq mula terdetik. Perasaannya berbaur.
Semenjak dari peristiwa itu Syafika yang dahulunya suka berjenaka banyak mendiamkan diri. Dia banyak menghabiskan masa dengan membaca atau pun menyiapkan kerja rumah. Walau pun begitu Syafiq masih lagi tidak serik untuk mengusik Syafika. Namun itu tidak mematahkan semangat Syafika. Hubungan Syafika dan Syafiq dingin. Tidak sepatah perkataan yang meluncur dari bibir Syafika untuk Syafiq. Dia tidak pernah bertegur apa lagi untuk berborak. Hatinya kini mula menjadi batu.
Syafika masih lagi menikmati roti sardin yang dibawanya tadi. Namun dia dapat merasakan ada sesuatu yang kurang pada hari itu. Tiada kedengaran suara Syafiq. Syafika memandang ke belakang. Kelibat Syafiq mula dicari. Sakitkah dia? Syafika tahu walau Syafiq agak nakal di sekolah namun dia tidak pernah memonteng sekolah.
"Apa yang kau cari tu?" Tanya Yati sambil matanya sempat memandang ke belakang.
"Aman rasanya bila aku tak dengar suara si Syafiq tu lagi." Yati tersenyum dengan kejujuran kata-kata Syafika itu. Yati percaya Syafika masih belum tahu akan perihal yang sebenarnya.
"Aku rasa lepas ni tak adalah orang nak ejek dan kutuk kau lagi." Tersentak Syafika mendengarkan penjelasan Yati itu. Dia memandang ke arah Yati dan sedia menantikan cerita yang selanjutnya.
"Syafiq dah pun pindah. Semalam adalah hari terakhir dia di sekolah ni. Aku ingatkan kau tahu pasal ni." Syafika menggeleng. Kini barulah dia sedar mengapa Syafiq begitu diam semalam. Kini, dia sudah berada di sekolah yang lain. Menurut Yati Syafiq telah pun berpindah ke luar negara kerana mengikut ayahnya yang bekerja di kedutaan. Syafika memandang ke arah kerusi kosong milik Syafiq. Kini sedar yang dia pastinya rindu dengan usikan Syafiq walau pun kadang-kala menyakitkan hatinya.
"Kenapa aku tak tahu?"
"Macam mana kau nak tahu, asal dia buka mulut kau larikan diri. Asal dia nak cakap kau buat tak tahu. Kesian dia. Dari minggu lepas dia nak cakap dengan kau. Tapi kau buat tak layan je. Hah, sekarang siapa yang mencari? Kau juga yang mencari."
"Maaflah Yati. Kau pun satu. Tak beritahu dengan aku pun."
"Sudahlah. Lagi pun dia dah jauh. Entah bila dia akan balik ke Malaysia. Semalam sebelum balik dia ada berikan kau sesuatu. Dia cakap dia akan cari kau kalau dia pulang ke Malaysia kelak. Bukankah aku dah kata. Dia suka dengan kau. Dia usik kau saja nak curi perhatian kau. Ini dia." Yati mengeluarkan satu bungkusan dan menyerahkan kepada Syafika. Syafika mencapai dan bungkusan biru itu ditatap.
Syafika menghempaskan badannya di atas katil. Dia merenung hadiah pemberian Syafiq dan segera dicapainya. Syaika membuka hadiah tersebut dan mencapai kotak baldu biru yang dibalut kemas. Dia membuka kotak itu dan dia terpesona dengan kerongsang berbaldu biru. Cantik dan menarik. Syafika membuka warkah pemberian Syafiq.
Assalamualaikum…..
Syafika aku minta maaf seandainya aku banyak melukakan hatimu. Aku selalu mengejek dan menghina. Aku sedar yang perbuatan aku ini tidak boleh dimaafkan namun aku terus menggagahkan diri untuk meminta maaf seandainya selama ini aku banyak menyinggung perasaan. Aku akan berpindah ke luar negara dan aku kembali jua ke tanah air ini. Namun hanya masa yang akan menentukan bilakah aku akan pulang. Apa yang pasti setelah aku sampai aku akan mencari kau dan aku akan meminta maaf dengan bersemuka denganmu. Perjalanan kita masih lagi jauh. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh agar apa yang dicapai akan menjadi satu kenyataan. Sesungguhnya, jika ada jodoh kita akan bertemu lagi. Mungkin sebulan, setahun, atau pun mungkin sepuluh tahun? Kita pun tidak tahu. Hanya tuhan yang mengetahuinya. Untuk terakhirnya aku ingin menucapkan semoga berjaya dan berbahagia selalu. Apabila pertemuan kita yang akan datang nanti akan aku hadiahkan pula songket biru untukmu.

Yang Ikhlas,
Syafiq.
Syafika melipat semula surat dan meletakkannya di atas meja. Ingatannya serta-merta teringatkan Syafiq. Ya, Syafiq selalu mengejek dan mengusiknya. Adakala dia gembira dengan usikan Syafiq dan adakala dia terasa dan sedih. Nampaknya, selepas ini tiada siapa yang akan mengusiknya lagi.
Peristiwa itu berlaku sudah tiga belas tahu yang lalu. Namun ingatan Syafika masih lagi kepada Syafiq. Saban hari dia akan memakai kerongsang pemberian Syafiq. Setelah Syafiq berpindah sekolah, dia langsung tidak mendengar berita tentang Syafiq. Syafika pula menanti dengan penuh tanda tanya dan harapan.
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan untuk hari itu tiba pada penghujungnya. Syafika mengemas buku latihan pelajar-pelajarnya dengan rasa malas.
"Hai, Cikgu Syafika dah nak balik ke?" Pertanyaan dari Harnani itu membuatkan Syafika tersentak.
"Engkau ni kalau tak sergah aku satu hari tak boleh ke? Aku belum lagi nak baliklah. Lainlah kau. Bak kata orang tengah menghitung hari untuk naik ke jinjang pelamin. Macam mana dengan persiapan kau? Lagi seminggu kau akan diijab kabulkan. Tak takut?"
"Apa yang nak ditakutkan? Dah sampai masanya untuk aku berumahtangga. Engkau tu, bila lagi nak kahwin? Masih tunggu jejaka idaman ke?"
"Belum ada jodoh aku lagi. Lagi pun siapa yang nakkan aku? Lainlah kau. Kau cantik, baik."
"Mulalah tu. Kau jangan pula nak samakan dengan aku. Tapi aku peliklah. Kau masih lagi pakai kerongsang baldu biru tu sejak kita berkawan. Dah lama. Tak pernah aku tengok kau pakai kerongsang lain. Dah sampai naik lusuh. Pemberian dari yang teristimewa ke?"
"Mana? Kerongsang ni? Ala… kerongsang masa aku sekolah dulu. Lagi pun elok lagi. Malaslah nak beli yang lain. Engkau ni janganlah fikir yang bukan-bukan."
"Bukan itu maksud aku. Aku cuma nak tahu. Yelah, kau pakai kerongsang tu tek jemu-jemu. Itu yang buat aku keliru sikit."
"Cik Harnani, dari awak keliru dengan saya ada lebih baik keliru dengan majlis yang bakal dilangsungkan. Ada juga faedahnya."
"Yelah tu. Eh, nanti kau jangan lupa datang awal sikit je. Bukan ke kau yang akan jadi pengapit aku. Kalau kau lambat aku akan cari orang lain. Lagi pun dengan siapa yang aku akan harapkan kalau bukan dengan kawan baik sendiri. Nanti bolehlah kau berjumpa dengan saudara-mara aku."
"Insyaallah. Kau janganlah bimbang. Dah lama aku tak berjumpa dengan keluarga kau. Mak dengan ayah kau tentu tengah sibuk. Kalau aku lambat datang jangan pula kau report di balai polis. Maklumlah dah lama aku tak datang rumah kau. Mungkin aku tak jumpa jalan."
"Ah, kau. Ada-ada saja. Baiklah, aku nak balik dulu. Jangan lupa tau. Aku akan tunggu kau."
Seperti yang dijanjikan, Syafika bertandang ke rumah Harnani tiga hari sebelum majlis perkahwinan Harnani. Alangkah bahagianya apabila melihatkan rakan baik sudah mendirikan rumahtangga.
"Hah, apa lagi yang termenung tu? Takkan ingat buah hati pula?" Syafika tersentak. Dia tersenyum sendiri.
"Bukanlah. Aku tak tahu apa yang akan terjadi lepas ni. Mungkin aku akan keseorangan memandangkan kau dah berkahwin. Eh, kenapa kau tak siap lagi? Nanti bila pengantin lelaki datang kau tak siap lagi memang nahas kau. Takkan kau nak sarung cincin dengan baju t-shirt ni?" Bebel Syafika yang cuba mengubah tajuk. Entah mengapa hatinya secara tiba-tiba teringatkan Syafiq. Entahlah, bila masa untuk bertemu dia sendiri pun tidak tahu. Atau mungkinkah sudah tiada jodoh?
Paluan kompang bergema menandakan pengantin lelaki sudah pun tiba. Harnani sudah pun cantik didandan. Syafika pula tersenyum simpul berdiri di sebelah Harnani. Sekarang tibalah masa yang dinantikan. Upacara pembatalan air sembahyang. Pengantin lelaki mula melangkah masuk. Tatkala itu lidah Syafika kelu. Matanya tidak berkelip memandang ke arah pengantin lelaki itu. Ya! Wajahnya memang seiras. Seiras wajah Syafiq. Tak mungkin Syafiq. Masakan Syafiq menjadi pengantin Harnani. Ini tidak mungkin. Debaran Syafika kian terasa apabila pengantin lelaki itu mengucup dahi Harnani setelah sahabatnya bersalam. Dunia Syafika bagaikan berputar. Tidak mungkin Syafiq!
Majlis perkahwinan selesai. Harnani masih lagi dikamarnya untuk memukar baju. Syafika masih lagi berada di balai sambil melayani perasaan. Dia masih lagi sangsi dengan wajah seiras suami Harnani. Dia dapat merasakan bahawa wajah seriras itu bukannya Syafiq.
"Assalamualaikum," Syafika berpaling. Wajah itu mula muncul kembali. Dia mati kata-kata. Dia cuba mengamati wajah itu.
"Ini Syafika ke?" Syafika mengangguk tanpa disuruh. Lidahnya masih lagi kelu. Dia mula rasa tidak selesa. Dia mencari kelibat Yati.
"Cari siapa?"
"Nani mana? Tak manis kalau awak ada di sini. Nanti kalau Nani tahu apa pula kata dia." Syafika mula menjauhkan diri. Dia tidak mahu Harnani tersalah sangka.
"Dia tak kisah." Kata-kata itu membuatkan Syafika terkejut. Betapa beraninya dia!
"Maafkan saya." Syafika mula mengorak langkah namun belum sempat dia meninggalkan tempat itu tangannya digenggam erat. Tatkala itu Harnani muncul dari dalam.
"Nani! Aku tak buat apa-apa. Ini bukan seperti apa yang kau sangkakan. Aku tak kenal dia. Dia yang pegang tangan aku dulu."
"Habis tu? Kau nak suruh aku buat apa?"
"Kenapa ni sayang?" Syafika terkesima. Dua wajah yang serupa?
"Entah si Syafika ni. Engkau kenapa? Apa kena dengan kau?" Berkerut wajah Harnani melihatkan reaksi Syafika yang terpinga-pinga.
"Ini bukan suami kau ke?" Syafika berpaling. Serta-merta berderai tawa Harnani apabila mendengarkan persoalan Syafika itu.
"Cik akak sayang oi….. suami aku di sebelah nilah. Yang pegang tangan kau tu adalah abang dia. Mereka ni adik-beradik. Memang wajah mereka seiras. Dan aku mula-mula dulu pun pernah tertipu dan sekarang, kau pula. Aku tak tahu, Fika nampaknya dia berminat dengan kau." Harnani menarik tangan suaminya dan meninggalkan Syafika.
"Syafika masih lagi tidak mengenali saya?"
"Maafkan saya, hati saya adalah milik orang lain." Syafika mula bertindak keras.
"Adakah ianya orang yang berkait rapat dengan kerongsang baldu biru itu?" Syafika memandang ke arah kerongsang yang terlekat di dada. Dia mengangguk tanpa disuruh.
"Adakah Syafika masih lagi menantikannya dan setia seperti mana ianya tersemat di dada dan di hati?" Syafika memandang ke atas. Dia mengangguk sekali lagi.
"Alangkah bertuahnya dia apabila mengetahui Syafika masih lagi setia."
"Untuk apa awak nak tahu? Hanya dia saja yang mengetahuinya. Dan dia pernah berjanji."
"Saya pasti yang dia tidak akan memungkiri janji."
"Siapa awak yang sebenarnya?"
"Saya akan perjelaskan nanti." Akhirnya Syafika ditinggalkan keseorangan dengan penuh tanda tanya. Tidak lama kemudian dia dikejutkan dengan pemberian hadiah.
"Bukalah, Syafika akan tahu segalanya." Syafika membuka pemberian itu dengan perlahan. Alangkah terkejutnya apabila dia melihatkan songket biru di tangan kananya. Ya! Hanya Syafiq saya yang mengetahuinya.
"Syafiq! Kau?" Syafiq mengangguk. Air mata Syafika ketika itu murah untuk menghiasi wajahnya. Dia tidak menyangka harapan untuk dia bertemu kembali menjadi satu kenyataan. Betullah tadi itu suami Harnani.
"Maafkan aku, Syafika kerana terlalu lama untuk mencari kau. Aku tahu kau masih lagi setia. Aku menyukaimu sewaktu pertama kali kita bertemu. Mungkin aku keterlaluan ketika itu namun hanya itu saja jalan untuk aku terus rapat denganmu. Dan akhirnya dengan kenakalan aku kau masih lagi ingat pada aku. Kali ini aku pulang adalah untuk selamanya. Aku rindu padamu ketika aku jauh diperantauan. Bila mendengarkan kau adalah rakan kepada bakal adik iparku aku rasa segala impianku akan menjadi kenyataan." Sekali lagi Syafiq mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poketnya. Kotak kecil baldu biru dibuka perlahan.
"Kali ini aku tidak mahu mengusik dan mengenakan kau lagi. Aku meminta izin darimu. Cukuplah aku menderita selama ini. Bukankah kau pernah berkata padaku 'bilakah masanya untuk aku memberi senang?' nah, sekarang inilah masanya. Syafikah, dengan setulus hati aku ingin bertanya kepadamu…. Sudikah kau menjadi isteriku?" Syafika memandang tepat ke wajah Syafiq. Wajah itulah yang selama ini dirinduinya. Wajah itu jugalah yang sering dinantikan. Syafiq menggengam erat tangan Syafika. Tangan kasar Syafiq jugalah yang menyeka air mata Syafika.
"Syafiq tak malu ke beristerikan saya? Saya bukankah gemuk?"
"Wajah dan fizikal bukan ukuran. Yang penting adalah hati. Bukankah Syafiq sudah beritahu awal-awal dengan Syafika yang Syafiq mula suka dengan Syafika sejak kita dibangku sekolah lagi? Lagi pun Syafika dah tak gemuk lagi. Masakan wanita cantik ini tidak pernah dipinang selain hatinya sudah dimiliki? Lepas ni saya tak akan lepakan Syafika dan untuk kali terakhir kalau Syafiq nak buli Syafika boleh?" Berbular biji mata Syafika mendengarkannya.
"Lepas ni Syafiq nak buli Syafika supaya panggil Syafiq 'abang'. Abang tak kira Syafika nak atau tak nak. Boleh tak?" Syafika tersenyum memandang Syafiq. Dia mengangguk perlahan dan tunduk malu. Harapannya mula berbunga. Impiannya kini menjadi satu realiti. Macam manalah dia tidak perasan nama bapa di dalam kad kahwin Harnani. Mat-mati dia ingat Syafiq yang bersanding. Bodohnya!
"Panggil apa?"
"Abang."
"Sekali lagi."
"Abang."
Sekali lagi."
"Abang!" kali ini Syafika menghinggapkan satu cubitan di lengan Syafq.
"Aduh! Manjanya dia. Lepas ni abang nak buli sekali lagi." Renungan Syafiq penuh makna membuatkan Syafika sekali lagi tunduk malu.
"Syafika, terima kasih kerana menerima abang. Abang sayang padamu, hingga keakhir hayat ini."
posted by BLOGGER @ 8:18 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
13 Comments:
  • At 9/7/08 9:12 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hm..hai..sonok sgt cite ni..wlupun dah byk citen cinte cmni..tp,still ada kelainan..semoga awk terus berjaya..

     

  • At 9/7/08 9:21 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bes le cite ni...cinta monyet zaman sek yg kekal walaupun berpisah jauh.seronok baca.tahniah ye!truskn usaha anda....

     

  • At 9/7/08 11:59 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ADUII...SWEET SGT LAH CITER NI,RASA MCM DIRI SENDIRI PLAK BERCINTA...HUHU...

     

  • At 9/7/08 5:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    owh...besh giler citer ney!!terharu ase!mcm ttg diriku jer...hope berjaya dgn karya2 yang lagi gempak!!chayo!

     

  • At 9/7/08 9:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cite nie...
    buatla cite lain ye...msti best...
    sye tunggu (^_^)

     

  • At 10/7/08 11:03 PG, Blogger aleeya aliessa said…

    Wah..bestnya kali ni..Suka dengan yang cerita panjang2 dan tidak pendek sangat..All the best!!

     

  • At 10/7/08 2:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wahhhhhhhhhhh....bestnye cter ni..ingt plk mse zmn sek dlu2...btlkn org kata klau ader laki yg usik kita, yg selalu cr gaduh ngn kita mesti dia ader hati ngn kita pastu org kata lg klau mse zmn sek lelaki jd musuh ketat kita x mustahil lelaki itu juga yg akan jd peneman idup kita suatu ms nanti..x semua la mcm 2..klau ade jodoh, ader la..jodohkan di tangan Allah s.w.t..

     

  • At 10/7/08 2:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Too Many TYPO ERROR ..

     

  • At 11/7/08 8:48 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    c!tEr y cgt bg0s..truskan usaha..chay0k2!!!

     

  • At 31/7/08 2:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tahniah menjadikan cerpen ni terlalu bermakna.bnyak memberi pengajaran.dan menyentuh hati pembaca yng membacenye,..gd luck for next writing

     

  • At 3/8/08 11:59 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jln crite besh..
    TAPI tak sukele name

    SYAFIQ and SYAFIKA tue...

     

  • At 12/8/08 11:18 PG, Blogger ccomel said…

    best gak citenye....jgn hina org gemuk tau....so sweet....

     

  • At 29/11/08 8:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    fuh.. besh ny cter nie.. ade persamaan dgn cta aku.. slalu kena buli bdk hndsme d claz ku.. tp aku nda gmuk la. hehe:) p skrg aku da temui cinta baru plak. no hppy ending hbngn aku dgn mr. z.. huhu

    -hazelyssa-

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group