BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Julai 02, 2008
Cerpen : Kemaafan ditunggu
zealey
aleyums@yahoo.com.my

Dia bersalah bagiku.Dia satu-satunya penjenayah dalam hidupku.Dan dia tidak boleh dimaafkan.Aku sangat benci kepadanya.Sikapnya sangat memualkan.Menatap wajahnya saja membuatkan aku rasa jelek.Namun apakah dia tidak mempunyai perasaan?Adakah dia tidak sedar akan reaksi aku apabila dia ada depan mata?Kenapa dia masih hadir sedangkan segala caci maki telah aku ucapkan di depannya?Agar dia sedar akan kebencian diriku kepadanya,sengaja aku buat begitu.Begitulah harapanku tetapi usaha aku itu tidak membuahkan hasil.Aku hampa.Bagaimana pula dengannya?Segalanya bermula dalam pertemuan pertama yang tidak diharapkan.Malam celaka itu telah menyebabkan aku begini,dan dia yang bersalah.Ya,dia penjenayahnya!Dia bersalah.

Aku dijemput oleh Rita,sahabat baikku untuk menghadiri parti yang dianjurkan olehnya di kediaman miliknya.Aku sebagai menghormati dan tidak mahu mengecewakan Rita tetap hadir biarpun agak lewat kerana sepanjang hari itu aku terpaksa mengemaskini hasil penulisanku untuk dihantar dan disemak sebelum dicetak kemudiannya.Aku gagahkan tubuh yang lesu menegakkan mata yang layu dan mempamerkan senyuman biarpun bibir keras beku.Satu sudut yang agak jauh dari kebisingan aku labuhkan punggung ini agar dapat juga aku rehatkan diri.Sesekali aku terlelap biarpun ku cuba menahan agar tidak malu,alangkah beratnya kelopak mata ini.Ah,aku perlu tidur…tilam oh tilam dimana kau?jerit si hati.Rita yang sedar akan keadaan ku itu mendekati dan menegur,di sisinya berdiri seorang jejaka tampan dan memiliki penampilan sesedap mata memandang.Dan ketampanan itu diserlahkan lagi dengan 'sightburn' yang panjang nipis terjaga.Kulitnya yang cerah,kening yang lurus dan tebal,batang hidung yang sedikit timbul dan mata yang redup.Aku segara membetulkan duduk,beraksi sopan lantas melemparkan senyuman yang paling manis kepada lelaki itu.Tergodakah dia?Argh,mengarut!

Setelah beberapa ketika berbual bertiga, Rita meninggalkan kami berdua berbual bersama…aku dan Azfi.Katanya nama sebenarnya panjang jadi boleh panggil banyak nama tapi dia mahu aku memanggilnya sekadar Azfi,kononnya itu nama manjanya. Manjalah sangat.Dia murah dengan senyuman dihiasi kumis nipis yang menyerlahkan lagi senyuman manis itu(tiap kali itu juga degup jantung ini kencang) dan menghiburkan hati.Segar sedikit mata ini dengan cerita-cerita darinya.Sesekali terhambur ketawa antara dua pasang mata yang berhadapan.Sesungguhnya perbualan pertama itu langsung tidak membosankan,Rita tidak salah memilih teman berbual untukku(kami sudah lama mengenali dan dia sahabat yang paling memahami)malah aku ingin agar ia kekal berpanjangan malam itu namun malam sudah semakin tua dan tetamu yang ramai hadir tadi semakin menghilang beransur pulang dengan perut yang penuh berisi.Aku bangkit dari perlabuhan meminta diri untuk turut pulang dan disambut baik oleh Rita…majlis telah tamat.Langkah yang ku aturkan terhenti apabila 'Isya' namaku dilaungkan oleh Azfi yang mengejar dari belakang.

Dia meminta untuk menghantar aku pulang.Aku cuba untuk menolak namun dia tetap berdegil juga.Aku tidak dapat beralasan lagi.Lalu aku ikutinya menuju ke mobilnya, dengan bertindak 'gentleman' dia membukakan pintu kereta untukku.Buat pertama kali seorang lelaki melayan aku sebegitu.Jarang sungguh dapat ditemui lelaki yang mengamalkan tindakan sedemikian.Bagiku ianya salah satu cara untuk melahirkan rasa hormat dan menghargai seseorang wanita.Sepanjang perjalanan kami lebih banyak diam,lebih-lebih lagi tubuhku amat letih dan tidak dapat disembunyikan lagi.Diiringi irama jazz dan suasana malam yang sunyi itu,aku sempat menjeling kepada Azfi.Jelas dia juga keletihan dan sesekali menguap.

Laju sungguh kereta yang dipandu Azfi membelah jalan,mungkin kerana lalu lintas lewat malam itu lebih lenggang dari biasa.Tetapi dari pengamatanku jalan raya yang kami lalui itu agak berbahaya kerana terdapat beberapa selekoh tajam dan lampu jalan yang tegak terpasang tidak banyak membantu menerangi jalan di situ.Dan kesunyian malam itu tercemar akhirnya dengan bunyi dentuman yang kuat disalah satu selekoh jalan menuruni bukit.Sebuah kereta remuk teruk di bahagian kirinya kerana menghentam sebatang pokok di tepi jalan,seorang lelaki dan seorang wanita di dalamnya tidak sedarkan diri dan dibawah sinaran lampu jalan yang malap tersadai sebuah lagi kereta yang dipandu seorang anak muda belasan tahun yang diketahui tidak memiliki lesen memandu berlumuran darah. Pandangan masing-masing gelap…

Sebulan sudah berlalu dari kejadian malam itu namun aku masih tidak sedarkan diri, koma lantas dari kemalangan itu yang telah mengubah hidup aku sepenuhnya. Hentakan yang kuat pada kepala dan belakang telah memberi kesan pada saraf.Selama aku terlantar di hospital itulah Azfi yang hanya cedera ringan dari kemalangan itu tidak putus-putus melawat dan menemaniku sehingga akhirnya aku sedar jua.Wajahnyalah yang pertama aku tatap kala mata ini terbuka dan sedar kembali dari koma dan mimpi indah yang panjang.Tapi apa yang menyedihkan aku dan membuatkan hati ini benci kepadanya lalu mata ini tidak dapat bertahan dari menatap wajahnya lagi kerana aku telah lumpuh kesan dari kejadian hitam itu.Aku tidak dapat berjalan lagi dan menjalani hari-hari selepasnya seperti biasa,seperti mereka yang normal.Aku tidak dapat menerima hakikat keadaan diriku yang telah cacat.Aku cacat!Aku tidak mampu berjalan.Tidak mampu menampung badanku sendiri.Trauma yang aku alami begitu menekan,mengambil masa yang lama untuk aku pulih.Aku terpaksa dihantar menjalani terapi mental.

Aku banyak berkurung dalam bilik meratapi keadaan diri.Kadangkala sepanjang hari aku menangis.Cuba juga aku menahannya apabila mata ini,bengkak membesar namun masih tak berupaya serupa hati ini yang lemah selemah badan tidak mampu berdiri sendiri sekalipun dan selemah kaki ini yang tidak boleh menampung badan.Berkali-kali Azfi datang menemuiku meminta maaf tetapi hanyalah sia-sia usahanya itu dan pulang dengan hampa.Wajahnya yang begitu murung jelas terpapar.Penampilan dirinya juga agak tidak terurus berbanding malam pertama kali kami bertemu,dia begitu kemas sekali.Jambang galak tumbuh dimukanya,kumisnya yang dulu kemas nipis kini sudah memanjang dan tidak terjaga.Rambut pula kering tidak berminyak apatah lagi disisir rapi seperti sebelumnya.Hati ini rasa gembira melihat wajahnya yang hampa itu, melangkah longlai menjauhi aku.Biar derita yang aku rasai ini tempias kepadanya.Kerana dialah,aku jadi begini.Hidupku yang dulu,penuh ceria dan gembira kini bertukar gelap dan tidak punya harapan.Aku meniti hari dengan wajah yang murung menyalahi takdir yang jatuh ke atas diri.

Salah satu sahabat yang aku sentiasa harapkan adalah Rita.Dialah teman setia tempat aku meluahkan perasaan dan kesedihan yang meruntun jiwa.Rita jugalah yang banyak memberikan harapan mencipta pelbagai cerita gembira kepadaku supaya aku memandang hidup ini dengan lebih positif.Rita banyak mengulang berkali kata-kata semangat yang menusuk ke cuping telinga ini,moga-moga menusuk juga ke ruang jiwa.Buku-buku motivasi turut dihadiahkan kepadaku bagi mengisi ruang waktu semasa aku masih menjalani terapi.Aku sangat berterima kasih kepada Rita,dia benar-benar sahabat yang sejati.Semoga semangat yang patah ini akan lahir semula seperti pucuk daun baru yang tumbuh hijau di dahan pokok yang telah mati sebelumnya.Malah pucuk baru itu lebih subur dan merimbun selepasnya lalu akhirnya pokok itu hidup dengan damainya.Yang bermula ada akhirnya,begitulah kata ibu.Yang pergi ada penggantinya, begitulah kata ayah.Dan dengan datangnya perkara baru menimbulkan pelbagai perasaan yang sukar untuk dimengertikan,itulah kataku.Dan bagaimana Tuhan itu begitu adil dengan menutup satu pintu,Dia akan membuka pintu lain yang satu lagi.Aku semakin berfikir secara positif bagi memadamkan keperitan yang sedang tertanggung di pundakku kala ini namun aku masih tidak mampu memaafkan Azfi.Dia tetap bersalah pada ruang benak ini.Dia bersalah!Selama-lamanya tetap bersalah!

Segalanya masih segar di dalam ingatan.Sel-sel neuron di kepala ini sesungguhnya tidak akan melupakan bagaimana aku pernah terjatuh tersungkur tanpa pergantungan dalam zaman remajaku.Di saat ibu bapa amat penting membimbing diri ini,menjadi teman pendengar setia,kayu penyokong jiwa yang rapuh ini dan dinding penyandar tatkala segalanya nampak sama warna.Aku pernah putus asa,pernah sedih dalam kegelapan pandangan minda kerana ketidakmatangan kala itu.Dan kesedihan yang sama aku rasai semula,menimpa kembali jatuh ke atas pundak yang sememangnya tidak teguh atas kejatuhan kali kedua.Biarpun pengalaman seharusnya mengajar diri,mematangkan fikiran,meneguhkan pendirian,dan menjadi kayu kering pembakar semangat.Namun mengapa aku tidak pernah sekalipun belajar darinya?Atau aku masih dalam kelas pembelajaran tentang hidup?Adakah aku tidak pernah belajar apa-apa pun mengenainya atas peristiwa lalu?Alangkah ruginya manusia itu…dengan perjalanan masa.

'Ibu cepatlah sikit, Isya dah lama siap ni.'
'Yela, sabar-sabarlah sikit.Tak lari bangunan sekolah tu.'
'Masih awal lagi ni Isya.Pendaftaran pun belum bermula lagi.'
'Ayah, Isya bukan apa.Cuma tak mahu terlewat nanti untuk pendaftaran.Nanti kena beratur panjang-panjang pula.Ayah ibu kan tahu Isya macam mana?'
'Memang kenal sangat anak kami yang seorang ni yang tak kenal apa itu perkataan sabar.'
'Ibu ni…bukanlah macam tu.Anak ayah ibu yang menepati masa, barulah betul.'
'Dua-dua pun betul.Sekolah sains itu pun bukanlah jauh sangat.Mari kita sarapan dulu, penat ibu kamu sediakan awal pagi tadi, kamu pun belum bangun lagi.'

Usaha gigih aku nampaknya berhasil apabila aku terpilih memasuki sekolah berasrama penuh berdasarkan keputusan cemerlang yang aku perolehi dalam peperiksaan yang lepas.Wajah ibu dan ayah tampak penuh gembira dengan pencapaianku,yang menjadi harapan mereka sejak aku dilahirkan.Dengan kelahiranku jugalah ibu disahkan tidak boleh melahirkan bakal adik-adikku.Saat aku mengetahuinya,aku rasa gembira kerana kasih sayang ibu dan ayah akan hanya tertumpu padaku sahaja.Aku tidak perlu bersaing seperti kebanyakkan mereka yang lain,seperti juga rakan-rakan sekolahku untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan daripada ibu bapa.Aku akan ditatang bagai minyak yang penuh,itulah peribahasa yang dapat aku gunakan sesuai dengan situasi itu.Apa yang aku ingini selalu akan aku miliki,akan dipenuhi dan ditunaikan.Tapi bagaimanakah pula perasaan ibu dan ayah tatkala menerima berita itu?Aku tidak mahu ambil peduli tentang itu,cuma apa yang aku tahu adalah aku gembira dengan pencapaianku sebagai anak tunggal ibu dan ayah.

Walaupun satu-satunya anak kepada ibu dan ayah,aku diberi kasih sayang secukupnya lantas kerana itu tidak pernah sekalipun tangan ibu dan ayah jatuh dan menyakiti tubuhku namun itu tidak menunjukkan aku mengambil kesempatan atas kedudukan itu,malah aku menghargai dan menjadi anak yang baik kepada mereka.Kami hidup penuh bahagia biarpun dalam sederhana dan bukan dilimpahi kemewahan.Kami tetap kaya,kaya dengan kasih sayang dan senyuman.Namun kebahagiaan yang menjadi pinjaman itu akhirnya diambil semula disaat aku tidak bersedia,dirampas dari seorang anak yang tidak mengenal apa itu dunia dan masih meraba-raba,dalam pencarian,hanya tangisan kesedihan sebagai bayaran.Aku keseorangan…

'Isya betul-betul gembira sebab usaha Isya membuahkan hasil.'
'Setiap usaha pasti ada kejayaan dihujungnya, cuma ia datang dengan cepat atau lambat.Itu saja bezanya.'
'Kiranya kejayaan yang Isya dapat ni datang dengan cepatlah ibu?'
'Cepat atau lambat bukan soalnya Isya, tapi setiap apa yang kita dapat ada bayarannya.'
'Bayaran? Tak fahamlah ayah!'
'Apalah awak ni ayahnya!Berfalsafah pula dengan anak yang masih mentah ni.'
'Sebab tu lah saya nak bagi dia masak,tak mentah lagi.Macam ni Isya,contohnya untuk dapat kejayaan Isya kena bayar dengan usaha.Kadangkala kita bahagia kemudian datang pula kesedihan sebagai bayarannya,jadi kita kena tabah dan sabar.Faham?'
'Isya kurang jelas sikit ayah,tapi tak apalah mungkin suatu hari nanti akan faham juga.'
'Untuk belajar dan memahami sesuatu apa yang diperlukan adalah masa.Apa-apa jua yang berlaku,Isya kena tabah dan sabar ok?'
'Baiklah ayah.'
'Kalau macam tu ayahnya,bila kita sudah tak ada nanti tak perlulah dirisaukan sebab Isya akan lebih cepat matang dan tahu macam mana nak berdikari.'
'Begitulah harapnya.'
'Lama lagi ke ayah kita nak sampai ni?'
'Kalau semangat sangat pun bersabarlah sikit Isya.Kereta tengah banyak ni, tak boleh bawa laju-laju.'

Benarlah kata pepatah,malang tidak berbau.Tidak dapat dirasakan bila tibanya,dimana akan ditimpanya kita.Dan bagaimana berhati-hatinya kita kalau sudah tiba untuk diterjah oleh malang itu,tetap jua menimpa.Bonggol sinaps yang begitu lancar menghantar impuls mengingatkan aku bagaimana kami sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya lalu meragut nyawa kedua ibu bapaku.Aku yatim piatu…orang yang aku sangat sayangi meninggalkan aku sekaligus.Aku yang terselamat dari kemalangan itu pernah juga terfikir alangkah bagusnya jikalau aku sama-sama terkorban bersama ibu dan ayah dan tidak perlu aku merasai kesakitan menanggung kesepian sebagai anak yatim piatu saat itu.Hikmah apakah yang terkandung disebalik kejadian itu??Aku belum pernah mengerti dan menjumpainya.Malang sekali…

Aku masih meneruskan pengajian di sekolah sains tersebut dan sebagai anak yatim piatu,aku dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.Pernah juga ada sepasang suami isteri yang berniat untuk mengambil aku menjadi anak angkat mereka tetapi betapa leganya hatiku tatkala itu kerana setelah disiasat,mereka tidak layak akibat tidak mempunyai status ekonomi yang mantap.Lagi pula aku sememangnya tidak mahu diambil oleh mana-mana keluarga angkat.Biar ditimang setinggi mana,disayang ditatang menggunung,tidak akan menandingi kasih ayah dan ibu kandung sendiri.Biarlah hanya ayah dan ibu sahajalah ibu bapaku yang satu selamanya.Tidak akan ada pengganti bagi
mereka. Tiada kesanggupan hati ini menerima ibu bapa yang baru.

Betapa pantas pun masa berlari,masih tidak terpadam kisah lalu dari pemikiran ini.Aku kini anak gadis yang sudah dewasa.Mengerti tuntunan supaya menjadi tabah biar apa saja yang dilaluiDimatangkan dengan pengalaman lalu.Dan masih dalam pencarian apa yang masih belum aku mengertikan dan apa yang masih belum dimiliki.Memilih sebagai penulis,menjadi karier pilihan,aku menghasilkan tulisan baru.Dan bagaimana proses penghasilan karya itu hanya tercetus dengan sebutir idea kecil yang kemudian jadi berharga bila otak ini bekerja keras mengembangkannya hingga jadi besar.Dengan hanya pemahaman yang bulat tentang apa yang kita fikirkan itu,akan apa yang terhambur dari idea itu,maka aku melakukan kerja ini dengan nikmat dan sepenuh hati kemudian lahirnya kepuasan hati.Itulah matlamat manusia dari apa saja yang dilakukan,akhirnya ingin memiliki kepuasan diri.Tapi benarkah manusia itu tidak pernah kenal erti puas atau dengan kata lainnya,manusia itu tidak pernah puas??Dan jika benar,apakah 'puas' itu sebenarnya???

Hari demi hari sebagai gadis lumpuh,sebagai orang kurang upaya secara fizikalnya,aku semakin dapat menerima kenyataan keadaan diri.Selepas terapi selesai aku meneruskan kerjaya sebagai penulis,inilah kerjaya yang tidak menuntun keadaan fizikal seseorang yang normal,yang sempurna seluruh anggota.Hanya perlu akal dan daya pemikiran yang baik sudah cukup melayakkan diri menjadi penulis.Lebih-lebih lagi masih ada teman disisi yang sering menemani memberi perangsang.Kami kini sebagai rakan serumah.Kata Rita,sebagai seorang yang lumpuh,tidak dapat berjalan tidak akan memberi apa-apa makna selagi aku mempunyai semangat kental,jiwa berani dan lebih positif menghadapi hidup.Aku masih dapat menjalani kehidupan normal seperti yang lain katanya lagi. Dengan ketidakupayaan diri,aku lebih gigih dalam meneruskan hidup.Dan kalau dahulunya,banyak masa lapang ku dihabiskan diluar hingga kerap kali prestasi kerjaku terganggu,namun kini aku lebih banyak bersantai di rumah dan menumpukan pada penulisanku.Aku berimpian untuk menghasilkan sebuah karya agung yang akan diterima pakai oleh masyarakat dan menjadi isi dalam jiwa mereka.Bukan sekadar karya yang enak diluarnya sahaja tetapi terkandung erti disebalik yang tercatat bagi mereka yang berfikir.Kerana cita-citaku yang tinggi itu aku tidak menoleh ke belakang lagi.

Deru ombak menghempas pantai berturut-turutan, berulang-ulang kali memenuhi pendengaran ini.Aku perlahan-lahan membuka semula mata yang sengaja dipejamkan beberapa minit yang lalu sambil keras menarik nafas dan menghembuskannya lembut. Melihat ria sang ombak berlari berkejaran menuju ke pantai lalu melepaskan lelah mereka di situ mengingatkan aku pada satu cerita dimana sang ombak yang kecil bertanya pada sang ombak yang besar akan bagaimana hebatnya sang ombak yang besar itu apabila menghempas pantai hinggakan dapat memusnahkan apa sahaja yang berada di situ dan turut menghanyutkan kembali ke laut.Sang ombak kecil merasa rendah diri dengan perbezaan tersebut.Tetapi sang ombak besar yang berjiwa bersih itu sedikit pun tidak megah diri kerana katanya semua yang bergelar ombak adalah sama,seiring menghempas pantai dan tetap kembali semula ke laut.Mereka masih sebahagian dari laut dimana asalnya mereka dan bagaimana hebatnya laut yang terkandung pelbagai hidupan hinggakan manusia berimpian untuk tinggal di dalamnya.Benarlah dimana datang asalnya sesuatu disana jualah kembalinya ia.

Kedamaian yang aku miliki kala itu terhapus sama sekali apabila terlihat kedatangan Azfi. Entah bagaimana dia mengetahui akan kehadiranku disana apabila aku meminta Rita menghantarku, argh meluat sungguh melihat senyuman yang sengaja dibuat-buat. Keindahan pasir yang memutih yang ku nikmati sudah tercemar sama sekali,jejak-jejak kakinya yang mengekori semakin mendekati kerusi roda yang mendukung tubuh ini.Ku palingkan pandangan menghadap laut mencari-cari kedamaian yang telah hilang.Angin bayu laut yang menerjah kencang lalu menerbangkan selendang sutera yang tersangkut di bahu,jatuh terasing jauh dari tubuh…dikutip oleh si dia.

'Selendang awak.'Aku tidak mengendahkan.Melihat huluran tidak bersambut,Azfi meletakkannya di bahuku semula sekemasnya agar tidak diterbangkan lagi.Berharap dia tidak perlu mengutip sekali lagi agaknya.Ah,aku pun tidak berharapkan pertolongan darinya.
'Saya sedar banyak mengganggu awak.'Sedar pun!Bisik si hati yang membenci.
'Saya datang untuk minta maaf.Maafkanlah saya.'
'Saya merayu.Tolonglah jangan buat hati saya menderita lagi.'Katanya lagi.
'Eh,aku lagilah benci tengok muka kayu reput kau tu,tahu tak!Kau tak faham-faham ke jangan ganggu aku lagi.Sampai bila kau nak berhenti ha!?'Tengkinganku itu membenamkan deru sang ombak dan hingga mereka berundur ke laut semula kerana ketakutan.
'Sampai awak katakan saya telah dimaafkan.'
'Aku nasihatkan kau untuk kebaikan kau juga agar berhentilah dari menyusahkan diri sendiri kerana tiada simpati untuk kau disini.Berambus sajalah!Berambus!'
'Saya dah kebal dengan usiran awak tu.Saya tak akan berhenti.'
'Tuntutlah ilmu kekebalan dari ceruk gunung mana pun,kau tetap akan pulang dengan kehampaan.'
'Kenapalah awak tak ada perasaan?Awak bekukan hati awak tu.'
'Kerana ada perasaanlah aku marah sangat.Kau tu yang tak berperasaan,masih jual muka lagi di sini.'
'Harga caci makian awak tu tak mampu beli muka kayu reput ni.Biarpun reput, saya dah faham yang ia dapat besarkan lagi api kemarahan awak tu.'
'Kalau dah tahu jadi tak perlu lagi aku nak baling kata-kata yang indah-indah supaya kau pergi.'
'Kalaulah awak faham yang saya sendiri pun tak mahu awak jadi macam ni.Saya minta maaf jika itu yang awak lihat sebagai kesalahan.Dosa yang sangat besar pada awak.'
'Dan aku nak sangatlah ye jadi cacat macam ni!?'
'Kita boleh pulihkan keadaan kalau awak maafkan saya.'
'Aku bodoh sangat ke.Kaki aku ni dapat jalan dengan hanya maafkan kau!Kau ada kuasa sakti la ye!'
'Kita tahu tuhan tu Maha Berkuasa.Awak tak dapat dipulihkan,itu kata doktor.Saya akan usaha hingga berjaya.'
'Habis yang rawat semua orang sakit selama ni bukan doktor ke!?Mereka tu dikira bijak sebab layak jadi doktor.Dan kau sendiri pun tak layak!'
'Mungkin awak boleh dihantar ke luar negara untuk buat rawatan.Tak mustahil di sana awak akan berjaya dipulihkan.'
'Tawaran kau tu tak berjaya lembutkan hati aku!'

Saat matahari terbenam memenuhi ruang pandanganku,Azfi masih berdiri disisi tetapi tiada bebutir kata lagi antara kami.Bungkam membisu.Hinggalah Rita tiba,barulah Azfi beredar.Rita hanya tersenyum melihat mukaku masam mencuka dengan muncung memanjang,sengaja dia mengusik bertanyakan kenapa,seolah-olah tidak mengerti. Kemudian ketawa panjang.Pastinya dia yang memberitahu Azfi dimana aku berada hari ini, hinggakan aku terpaksa mengadap wajah Azfi sepanjang petang itu.Malang betul.

'Rita,aku banyak menyusahkan kau.Aku minta maaf.'
'Aku bukan lagi orang asing,kita berkawan dah lama sejak di bangku sekolah.Susah kau susah aku juga dan sebaliknya,ingat tak?Itu janji kita.'
'Kau kawan sejati Rita,terima kasih.'
'Kau sendiri pernah kata,tiada kata terima kasih dalam persahabatan.'
'Tapi dalam keadaan macam ni….'
'Kau masih Isya yang dulu bagi aku.'Kata-kataku dipotong oleh Rita.
'Tapi…'
'Isya,kalau kau fikir aku lakukan kerana ehsan,aku rasa sedih tau.Kau masih anggap aku orang asing rupanya.'
'Bukan macam tu.Aku cuma ingin lahirkan tanda penghargaan.Maafkan aku.'Air mataku jatuh luruh.
'Jangan terlalu murah menjual kata maaf itu,nanti aku sendiri tak akan tahu menghargainya.Ingat lagi tak tiga prinsip persahabatan kita?'
'Selamanya.'
'Jujur.'Rita menyambung.
'Sefahaman.'
'Ingat pun.Dah jangan menangis lagi,kau nak buat drama pula dalam kereta ni.Kalau aku dah menangis nanti kau pun kalah tau.'
'Aku ingat lagilah,kau kan dapat gelaran terhormat ribut masa di hostel dulu sebab kalau kau menangis tak ada siapa yang berani dekat.Dan aku ingat lagi,kau akan menangis bila senior buli kau.'
'Kau ni Isya saja nak aku ingat balik.Aku malu.Tak sukalah.'
'Kenangan macam itulah seronok,buat kita ketawa bila ingat balik.Senior suka buli kau pun sebab suka tengok kau menangis.Kau tahu tak,dia orang gelak sakan bila kau dah menangis,rasanya macam nak masukkan muka dalam loker sebab tak tahan.Aku pun turut serta sekali.Hahaahaaa..'
'Kau!!!Tapi tak apa sebab aku masih simpan lagi satu rahsia kau.Aku rasa kalau aku cerita pada orang lain,malu sakan kau nanti.Hahaha.'
'Apa rahsia yang kau simpan ni,habak mai.'
'Kau akan tahu juga nanti.Yang penting sekarang,aku sebagai teman kau,hanya mahu lihat kau gembira dan selagi kau perlukan aku,aku janji pada kau Isya bersaksikan eksesori dalam kereta ni bahawa aku akan sentiasa disisi kau.Kau berhak untuk hukum aku kalau janji ini aku mungkiri.'
'Ada-ada saja kau ni.Baiklah aku akan hukum dengan hukuman yang berat nanti, berjaga-jagalah!Apa dia hukumannya ya,biar aku fikirkan.Hahaahaa.'
'Haahaaahaaaa.'Bulan pun akan malu bila melihat tawa gembiramu Isya,aku senang melihat kau gembira begini.Bisik Rita melalui suara kecilnya pada si diri.

Perjalanan membelah malam berlalu dengan lancar.Dua sahabat itu mula membongkar kenangan masing-masing sewaktu di zaman persekolahan yang hampir mereka lupakan. Gelak tawa mengiringi perjalanan mereka.Damai rasa memenuhi jiwa yang bersatu kukuh diantaranya.Rasanya tiada apa yang dapat memisahkan mereka kecuali maut menjemput.Sukar untuk didapati seorang sahabat sejati namun Isya bertuah kerana memilikinya.Begitu juga Rita yang punya alasan tertentu mengapa dia setia disaat suka dan duka disisi Isya.Rita punya sebabnya.Biarpun tidak dinafikan pernah tergigit lidah antara keduanya namun dengan kesedaran yang segera timbul tiadalah berpanjangan dan saat gembira dicipta semula.

Aku sejak akhir-akhir ini kerap menerima jambangan bunga daripada seseorang yang dirahsiakan namanya.Di atas kad kecil yang disertakan hanya tercatat ucapan penuh makna agar aku selalu gembira dan agar kekal lahir senyuman di bibir ini.Pada mulanya aku tidak mengendahkan siapakah gerangan si pengirim namun lama kelamaan tanda tanya semakin membesar di benak ini dan perlukan jawapan.Dan kerap kali kedatangan jambangan ros merah itu disusuli dengan kedatangan Azfi yang tidak diharapkan sama sekali.Dalam kegembiraan yang jelas terpancar di wajahku tatkala itu mencium haruman ros yang sedang mekar kembang dan senyuman indah terukir di bibir nipis lalu lenyap sekelip mata.Aku hingga buntu,apa lagi yang aku harus lakukan agar Azfi tidak lagi hadir.Ingin sekali agar dia menjauhi dan terus lenyap tanpa bayang yang akan mengganggu hidupku.

'Waah,dari jauh dah nampak senyum lebar.Gembira ke saya datang?'Melihat aku hanya diam membisu,Azfi menyambung lagi.
'Ooh,patutlah!Dapat bunga rupanya dia.Siapa bagi eh?Boleh bagi tengok?'
'Yang kau menyibuk ni apa hal?Kau tak faham-faham ke yang aku benci tengok muka kau.Berapa kali aku nak cakap ha!!'
'Kau ni tak kerja ke?Apa,dah kaya sangat!Hari-hari jual muka!'Aku menyambung lagi.
'Macam mana dengan tawaran hebat saya tu,dah fikirkan?'
'Sikit pun aku tak tertarik apatah lagi nak pertimbangkan.Kalau kau datang ni hanya nak jawapan tu,sekarang kau dah dapat dan kau boleh berambus sekarang!'

Azfi mengatur langkah lemah,sesekali dia menoleh kebelakang.Aku cuba menggerakkan kerusi roda yang aku duduki,namun gagal kerana dihalang oleh seketul batu dihalaman rumput itu.Aku buntu setelah puas berusaha tetapi tidak berhasil.Azfi muncul semula,lalu membongkokkan diri mengalihkan ketulan batu itu dan tanpa sebarang kata dia menolakku memasuki rumah.Dengan tidak semena-mena tubuhku diangkatnya lalu dibawa ku menuju ke bilik.Aku panik dan meronta-ronta cuba melepaskan diri.

'Lepaskan aku!Lepaskan aku!Jangan sentuh akulah!'Azfi membisu.
'Kau nak buat apa ni!?Lepaskan aku,kau tak faham ke?'Azfi masih lagi membisu.Kini aku sudah berada di dalam bilik,masih lagi atas dukungannya.Peluh mengalir di dahi ini,cemas jika di apa-apakan oleh Azfi.Lebih-lebih lagi aku tidak akan dapat lari atas kelumpuhan ini.
'Aku beri kau amaran.Lepaskan aku!!'Azfi hanya tersenyum,menambahkan lagi ketakutan hati ini.Peluh semakin deras mengalir.Diletakkannya aku di atas katil, dibetulkan tubuhku dalam posisi berbaring lalu diselimutkan ku.
'Awak kena banyak berehat.Otak awak tu banyak berfikir,mulut awak pun banyak sangat bercakap.Awak berehatlah.'Lembut saja kata yang dituturkan.Hati yang dalam ketakutan tadi perlahan-lahan reda namun aku masih bimbang.Perlahan-lahan diseluk saku seluarnya.Sapu tangan dikeluarkan.
'Tengok,sampai berpeluh.Awak tentu penat.Nasib baiklah saya tak dengar kata-kata awak supaya lepaskan awak tadi,kalau tidak bukan saja penat malah awak akan sakit sebab jatuh macam nangka busuk,betul tak?'Disapunya peluh yang mengalir didahiku. Aku beku tak berkata,pandangan mata ini aku rendahkan.Diletaknya sapu tangan itu disisiku dan beredar.Aku seperti ingin memanggil Azfi namun tak terlafaz kata,sekadar terdetik di hati saja.Tetapi batang tubuh Azfi muncul semula,ditangannya disorong kerusi roda dan diletakkan di sisi katil.
'Saya akan kunci pintu.Awak tak perlu risau,tak akan ada sesiapa yang boleh apa-apakan awak.Selamat tinggal.'Kali ini dia benar-benar beredar pulang.
Aku melihat kembali sapu tangan hijau yang ditinggalkan.Ku ambil akan ia,ku tatap seketika.Terdapat sulaman 'Azfi' di salah satu sudutnya.
'Aah,entah-entah dibuatnya lap hingus!'Lalu ku lemparkan ke dalam bakul sampah yang hampir dari sisi katil.

Pembaringan ku perbetulkan.Ku capai sebuah novel kesukaanku yang terletak di atas meja kecil yang terdapat juga lampu tidur hadiah dari ibu dan ayah di hari lahirku yang ke 15.Itulah hadiah terakhir yang ku terima daripada mereka sebelum kemalangan ngeri itu lalu aku kehilangan mereka.Dan juga ia adalah salah satu barang peninggalan ayah ibu yang masih dalam simpanan diri.Novel cinta kesukaanku itu hasil tulisan kreatif penulis yang agak terkenal juga hasil penulisannya yang pernah mencatatkan jualan tertinggi, namun tidak pernah aku ketahui siapa gerangannya kerana kata orang penulis itu memang tidak mahu dikenali.Terpamer namanya dikulit novel itu,Hazfiruddin Haikal Marcos atau singkatan yang selalu digunakan HHM.Ku nikmati setiap plot indah dalam kisah cinta si gadis bernama Sofia dan si jejaka Hairi hingga terlena tanpa disedari.Teriakan suara Rita mengejutkanku dari mimpi indah.

'Aku nak ajak kau keluar makan ni.Jom?'
'Kau ni suka kacau tidur aku.Tunggu kejap,aku bersihkan diri dulu.'
'Ok set!'

Dari hari ke hari,Azfi tidak lagi memunculkan diri.Itulah hari terakhir dia menayangkan muka dihadapanku.Dan peristiwa hari terakhir itu kadangkala mengangguku,mengapalah ada saja tentang Azfi yang akan menganggu hidup ini?Mengapalah aku tidak mudah melupakan dia? Namun begitu aku merasa lebih senang tanpa kehadirannya,betapa leganya hati ini tidak terkira rasa gembira kerana tidak lagi perlu berhadapan dengan orang yang aku benci sama sekali.Jika tidak terpaksalah aku mengusirnya setiap petang, dengan kemarahan itu sekaligus membuatkan hari ku yang awalnya ceria terasa hambar.Kiriman jambangan bunga masih tetap aku terima daripada entah siapa.Waktu penerimaan itu tetap,tidak ubah dengan masa kedatangan Azfi setiap hari seperti yang lalu.Dan ucapan pada kad kecil yang terselit sama juga tidak sedikitpun berubah.Ia membuatkan aku sering berfikir siapakah dia?

'Rita aku nak minta tolong kau.'
'Apa dia,cakap saja'
'Aku nak tahu siapalah yang hantar bunga-bunga ni.Kau tolong tanya kat kedai bunga tu,buat la apa yang patut eh?'
'Oklah,sebab kau aku usahakan juga.Tapi bukan kau tak tahu yang kau tu kan memang ramai peminat.'
'Itu dulu bolehlah,sekarang siapalah yang bodoh nak gadis cacat macam aku ni.'
'Eh kau ni!Kita manusia ada kekurangan pun,tentu ada kelebihan.Jadi kalau pun kau lumpuh,tak mustahil untuk seseorang suka pada kau.Dan tak bermakna seseorang yang sempurna itu akan disukai oleh ramai orang.'
'Kau tolong eh carikan siapa dia.Aku lega sangat Azfi dah tak datang ganggu aku.'
'Tapi aku tengok kau banyak termenung akhir-akhir ni,rindu ke?'
'Eh tolonglah.Kau sendiri tahu yang aku benci kat dia.'
'Bahaya tau.Orang kata kalau kita benci sangat boleh jadi nanti kita akan sayang sangat kat orang tu dan sebaliknya.Aku percaya tu.'
'Itu kata orang,aku tak percayalah.'

Petang itu aku menikmati sekali lagi keindahan alam ciptaan dan bukti keagungan Tuhan.Sungguh menenangkan fikiran meletakkan diri sebahagian daripada hamparan pantai berkiblatkan laut yang terbentang luas.Disini jugalah aku banyak mengutip idea bagi menghasilkan karya baru juga melepaskan hambatan keresahan jiwa dan fikiran. Bunyi deruan ombak berlari bagaikan sebuah melodi pendamai yang mana tak akan terkompos oleh mereka yang bergelar manusia.Inilah dia melodi alam.Untuk mendengar, menikmati dan menjiwainya perlu hanya dengan mendekatkan diri dengan alam.Dan bagaimanalah manusia sanggup bertindak kejam memusnahkan alam ini?Tidak terfikirkah mereka?Sungguh mereka yang beruntung hanya mereka yang memikirkan mengunakan akal.Aku lontarkan pandangan ke kelompok batu-batu besar tak jauh di sebelah kanan pantai.Terdapat seorang lelaki sedang duduk menghadap laut berseorangan.Ku amati batang tubuh itu,kelihatan seperti Azfi.Apakah benar dia?Argh, peduli apa aku kalau benar dia,bisik si hati membenci.Aku palingkan semula wajah menghadap laut yang kini semakin surut,memegang erat pena di tangan dan mula mencatit baris kata beriring dengan melodi sukma,berulam susunan imaginasi gundah. Hinggalah sang sinar merah muncul barulah aku pulang meninggalkan pantai yang tidak pernah sepi,sempat aku meminjamkan pandangan kepada kelompok batu-batu besar itu. Tiada lagi si lelaki tadi,mungkin dia juga telah pulang.

'Sudah kau tahu siapa pengirim bunga tu?
'Inilah yang aku nak cakapkan tadi,tapi kau jangan terperanjat pula.'
'Apa nak diterperanjatkan,cakap je.Aku dah tak sabar ni Rita.'
'Azfi!'
'Kau jangan buat lawak Rita.Aku tak percayalah,takkanlah dia.Tak logik langsung.'
'Apa yang tak masuk akalnya?Aku tanya betul-betul kat orang tu.Mula-mula tu dia memang tak nak bagi tahu,prosedurlah konon.Lepas aku pujuk mamat tu,dia pun cakap.'
'Aah,susah aku nak percaya.Kenapalah dia buat macam ni?'
'Sebenarnya banyak yang kau tak tahu Isya.Azfi tu bukan macam yang kau sangka.'
'Apa yang aku tak tahu?Kau sorokkan sesuatu dari aku?Apa dia Rita?Kamu perbodohkan aku ye?'
'Sabar Isya.Aku takkan buat kau macam tu,sia-sialah persahabatan kita selama ni.Aku akan beritahu kau nanti.Kita pulang rumah dulu,bersihkan diri.'
'Kau kena beritahu malam ini juga.'

Hembusan hawa malam mencengkam tubuh,mencucuk sesekali ke tulang putih.Melihat bintang berkelip-kelip menemani sang bulan menghiasi gelap langit,kombinasi yang terulung.Pernah ku terbaca ibarat bahawa manusia akan mati mengira bintang-bintang yang bertaburan mengambarkan bahawa bintang itu terlalu banyak tidak terkira,hingga mati pun tidakkan terkira jumlahnya.Menatap cawan yang masih penuh terisi dengan teh panas,tidak terusik dari tadi,aku memandang Rita menanti butir bicara pertama yang tentunya sudah diatur olehnya.Rita memeluk tubuh,menahan kesejukkan malam mungkin.Aku sabar menanti hingga keluarlah buih kata pertama.

'Kau ingat lagi watak Sofia dalam novel Senja?'
'Mana mungkin aku lupa,hingga kini aku tak jemu membacanya.Kau sendiri tahu aku suka novel tu,aku pun yang rekomen pada kau supaya baca sama.'
'Azfi penulisnya.'
'Hazfiruddin Haikal Marcos adalah Azfi.Aku tak percaya.'
'Apa yang susah sangat untuk kau percaya ni?Kepercayaan itu satu prinsip,mungkin prinsip kau untuk sukar mempercayai kata-kata orang.'
'Kalau benar HHM tu Azfi apa kaitan dengan aku?'
'Sofia adalah bayangan kau Isya!Dia diilhamkan dari diri kau yang dilihat oleh Azfi.'
'Apa maksud kau?'
'Hairi pula adalah Azfi yang sudah lama memerhatikan kau Isya.'
'Azfi dah lama kenal aku!Bukan ke aku pertama kali jumpa dia di parti kau?'
'Itu kau kenal dia,bukan dia kenal kau.Bagaimana HHM yang tak mahu dikenali,macam tu juga Azfi yang merendah diri.Kau rasa tak logik?'
'Eh,aku tak fahamlah!Apa semua ni?'
'Sekarang aku akan fahamkan kau.Azfi pemilik syarikat penerbitan dimana kita bekerja, dimana karya-karya kau diterbitkan.Kau faham?'
'Macam mana aku boleh tak tahu.Kau pun sembunyikan dari aku.Geramnya aku.'
'Mungkin sepatutnya aku tak patut beritahu kau ini,ia sepatutnya datang dari mulut Azfi sendiri.Dia cintakan kau!Kau Isya pilihan hati dia sampai kini.'
'Kau melawak lagi Rita.Ini memang betul tak masuk akal.'
'Macam mana dia dapat berterus terang kalau kau sendiri tak pernah beri peluang.Kau benci dia sangat-sangat.Kau sendiri tengok macam mana keadaan dia yang tak terurus sejak kau kemalangan.Kau pula salahkan dia tapi dia….'
'Dia memang patut dibenci.Dia yang sebabkan kemalangan tu sampai aku jadi macam ni!'Kata-kata Rita ku sekat.
'Kau lihat dari fizikal saja yang dia tak terurus tapi di hati dia lagilah terbeban.Aku sedih tengok dia yang terhukum sedangkan dia tak bersalah.Kau kena terima ujian Tuhan Isya.Kita sebagai manusia kena terima takdir yang telah jatuh ke atas diri kita.'
'Aku tak menderitalah?Perit yang aku tanggung ni tak lenyap lagi.Apalah sangat hukuman dan kebencian aku pada dia.'
'Seseorang yang dicintai membenci dan memaki.Kau rasa tak teruk.Tapi dia tetap tunjuk muka manis depan kau,nak bantu agar kau boleh berjalan semula.'
'Untuk apa?Untuk tunjuk kebaikan diri,untuk curi hati aku?'
'Kalau dia boleh…tapi bukan ke kau dah mula jatuh hati pada dia,di malam parti aku. Kau jangan nafikannya Isya.Aku boleh nampak dimuka kau waktu itu,aku dah lama kenal kau.'
'Itu dulu,sekarang keadaan tak sama lagi.Aku benci dia!'

Ketegangan diredakan kembali apabila Rita diam membisu seketika.Teh yang telah suam diteguk sedikit demi sedikit,membasahkan tekak yang kering akibat hujahan hebat sejak tadi namun tidak membantu membatasi cengkaman kesejukan malam.Mujurlah baju yang tersarung di tubuh ini sedikit tebal.Bulan purnama dilindungi awan, menyembunyikan keceriaan wajahnya yang sebulan sekali dapat ditatapi.Rita memeluk tubuh kembali,tanda isyarat dia akan mulakan bicara,aku mengetahui.

'Aku tahu,aku mungkin salah kerana berahsia tentang Azfi.Maafkan aku tapi begitu juga dengan Azfi.Maafkanlah dia.'
'Aku maafkan kau Rita.'
'Aku sebagai sahabat minta kau fikirkan kembali,ambillah masa.Bukan bermakna kau perlu terima cinta Azfi,cukuplah sekadar kau dapat maafkan dia bagi kesalahan yang kau kesani itu.Dia perlukan maaf dari kau Isya.'
'Sukar bagi aku.'
'Kau nak tahu rahsia yang aku simpan tu?Aku ingat lagi bila hujung minggu,waktu ibu bapa datang melawat anak mereka di hostel,kau akan sedih sangat…kau sembunyi dalam loker dan menangis.Aku mungkin tak dapat faham perasaan kau waktu tu tapi macam mana kita sedih atas kehilangan benda yang berharga,Azfi juga tak mahu kehilangan kau.Sebab tu dia keraskan hati,tebalkan muka jumpa kau dengan harapan kau maafkan juga dia.'
'Habis tu kenapa dia tak lagi datang akhir-akhir ni,apa dia dah putus asa?Atau dia dah sedar hati aku tak dapat dibeli olehnya?'
'Kau silap Isya,tapi aku yakin pasti ada ruang untuk dia dihatimu itu.Dia pergi ke luar negara bertemu dengan pakar saraf,berdasarkan laporan perubatan kau tu mungkin kelumpuhan kau ni dapat diubati.Dah terbukti yang dia bukan seperti yang kau fikirkan, kalau ini pun kau masih tak percaya dan tak dapat maafkan dia,aku pun tak tahulah apa nak kata.Bukalah pintu hati kau tu,mana tahu kilat akan datang menyambar.'

Dengan terurai satu pertanyaan telah juga aku ketahui disebaliknya apa yang tidak terjangkau oleh benak ini.Dan pertemuan semula dengan Azfi,situasi berbeza sekali. Bukan saja penampilan Azfi telah kembali segak seperti dulu malah aku telahpun memaafkannya dan dapat menerima kehadirannya dalam hidupku.Kami telah mulakan dengan persahabatan.Riak muka masing-masing jernih tanpa permasalahan dan jurang yang pernah wujud antara kami telah jauh disingkirkan.Yang keruh dijernihkan semula, yang patah tumbuh pucuk yang baru.Dengan itu juga kami akan berlepas ke London beberapa hari lagi untuk aku menjalani pembedahan.Aku mempunyai peluang besar untuk kembali normal.Betapa gembira dan bersyukurnya hati ini kerana hidup yang mendatang kelihatan lebih cerah.Awan hitam yang menutup wajah sang bulan telah beredar di tiup angin malam,kembali memperlihatkan senyuman girang dalam sinarnya. Terima kasih Azfi…dalam tangan ini tergenggam kemas sapu tangan hijau.

***Terima kasih kerana membaca cerpen ini. Cerpen lain; Bintang, Malam sayu n Is_istimewa. Selamat membaca! Zealey =)
posted by BLOGGER @ 8:55 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 2/7/08 5:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    panjang dan boring ~

     

  • At 3/7/08 1:03 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bguslaah awak..byk btul idea awak kn?menarik citernyer..dr:g

     

  • At 3/7/08 4:42 PG, Blogger aku said…

    waaaa~amazed~..
    bgsnya cerpen awk ni..
    ayat mmg power lah..
    sejak bila awk start menulis?dr mana awk dpt ilham utk menulis ni?
    blh bg tips?ehehe..bnyk tnya pulak sy ni..
    anyway,bgs!best!ayat awk mmg powerlah!
    kekadang tu membosankn jgk sbb pnjg sgt..
    tp walau apapun cerpen ni mmg bgs!
    dah lama sy cari cerpen macam ni..akhirnya jumpa juga..
    and cerpen awk yg lain pun mmg bagus!briliant!well done!
    keep up the good work!
    wish u luck in whatever u do..
    GOOD LUCK!
    ~DiNi~

     

  • At 10/7/08 11:15 PTG, Blogger Unknown said…

    cite panjang sangat..terlalu serius dan kurang unsur jenaka

     

  • At 15/7/08 1:49 PTG, Blogger bartdaer said…

    salam..cite ni best tp panjang sgt la. i dah hampir nak stop ms bc cite ni even dah lbh separuh i bc...

     

  • At 20/8/08 9:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kenapa suma org ckp cerpen nie panjang n boring. bg saya cite nie best, menyentuh perasaan n romantik. kalau cerpen nie dijadikan novel, dah lama dah saya beli.. beruntung betul jadi si isya tue..

    ~syue~

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group