Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Awak ingat tak tanggal 11 ogos 2007. Awak tahu, itulah tarikh keramat yang tak mungkin saya lupakan kerana ia merupakan tarikh yang terpenting sekali dalam hidup saya. Yelah, itukan tarikh penyatuan kita berdua.
Awak..
Awak ingat tak macam mana kita berjumpa. Perjumpaan yang pada fikiran orang lain merupakan pertemuan paling kasar. Tapi pada saya, itulah saat-saat paling bermakna dalam hidup saya. Saya ingat lagi, saya ternampak seorang lelaki yang serabai sedang melintas jalan tanpa melihat ke kiri dan kanan sewaktu saya pulang dari masjid. Saya ingat awak akan mengelak apabila hon dibunyikan oleh kereta tu, tapi awak buat tak tahu je. Saya pula dengan penuh berani menarik tangan awak agar awak tak dilanggar kereta. Lepas kita sama-sama selamat, saya tampar awak. Awak tahu kenapa?? Sebenarnya terdapat pelbagai sebab kenapa saya tampar awak masa tu. First, sebab awak nak bunuh diri awak. Takkan awak tak tahu yang membunuh diri sendiri adalah dosa yang paling dimurkai Allah. Takkan awak tak takut Tuhan, takkan awak tak takut neraka. Second, gara-gara saya nak selamatkan awak saya tersentuh tangan yang bukan muhrim saya iaitu tangan awak. Awak tahu tak sepanjang hidup saya saya tak pernah pegang tangan orang lelaki lain kecuali tangan ayah saya?? Hati saya membara sangat waktu tu. Tapi saya tengok awak tetap begitu, wajah awak macam awak tak kisah dengan apa lagi yang berlaku disekeliling awak. Mungkin awak tak sedar pun awak sedang berbicara dengan saya sekarang ni. Hati saya bungkam, lalu saya tinggalkan awak sendirian kat situ.
Keesokan harinya, saya terjumpa awak kat situ lagi. Saya ingat awak nak bunuh diri lagi. Saya cepat-cepat pergi ke arah awak. Awak tahu tak betapa terkejutnya saya melihat penampilan awak yang jauh berbeda berbanding semalam. Awak kelihatan kemas dan tak serabai macam semalam. Awak cakap awak ada perkara penting nak beritahu saya. Saya ajak awak pergi masjid yang menjadi tempat saya mengajar Al-Quran kat budak-budak. Kita duduk berdua je kat situ. Hati saya berdebar-debar waktu tu. Awak memang tampan, itu saya tak dapat nafikan. Saat mata hazel awak tenung mata saya, wajah saya membahang. Kat situ awak luahkan semuanya pada saya kecuali apa yang mendorong awak untuk bunuh diri semalam. Awak cakap awak jahil sebab tak tahu apa-apa pasal Islam walaupun awak seorang muslim. Awak cakap, sejak berumur 15 tahun lagi awak dah berkenalan dengan arak. Saya tanya awak pasal solat, puasa, zakat, dan haji. Saya tak tahu kenapa hati saya tergerak untuk bertanyakan semua tu. Awak mesti ingat saya pandang rendah kat awak. Tapi, saya hampir pengsan bila awak beritahu awak tak pernah solat dan puasa sepanjang awak hidup selama 25 tahun ni. Bila saya tanya awak kenapa, awak cakap awak terlalu lama menetap di London. Bahkan ahli keluarga awak langsung tak sembahyang apatah lagi nak puasa. Awak minta tolong saya untuk ajar awak agama. Mula-mula saya agak keberatan sebab saya bukannya mahir sangat. Tapi awak berkeras nak belajar dengan saya. Akhirnya, atas dasar persaudaraan sesame Islam, saya setuju.
Mulai hari itu, awak selalu datang kelas mengaji yang saya adakan. Mula-mula saya rasa nak gelak sebab awaklah anak murid saya yang paling tua. Lepas tu awak baru baca Iqra’ dengan saya. Tapi awak sabar dan tak sampai 4 bulan awak dah boleh baca Al-Quran. Saya ajar awak macam-macam. Solat, pasal haji, zakat dan puasa. Hati awak memang cerah, sekejap je saya ajar hal solat, then awak dah boleh solat sendiri. Kita pun selalu solat bersama-sama. Petang tu, saya membacakan azab-azab yang diterima oleh penghuni neraka. Air mata awak bergenang. Awak, awak terasa hati dengan saya ke?? Sejak hari tu, awak dah tak datang-datang ke masjid tu. Awak tahu, seminggu awak tak datang, seminggu tu jugalah saya jadi penunggu setia kat masjid tu. Kemudian, pada satu petang awak datang pada saya. Saat saya melihat awak, ada satu perasaan hadir dalam diri saya. Tapi saya tak tahu apa perasaan itu. Awak datang petang tu bukan sebab nak belajar agama dengan saya tapi sebab awak nak ajak saya kahwin. Apa, kahwin?? Saya terus pitam.
"Humaira, sudi tak jadi permaisuri di hati Iman..Sudi tak kahwin dengan Iman??" "Ha, kahwin… Mana boleh..ehhh saya tak nak Iman. Jangan buat gila." "Please, Humaira I beg you. Kalau awak jadi isteri saya, lagi banyak masa awak boleh ajar saya pasal Islam. Tolongla Humaira, masa saya semakin suntuk"
Resah melihatkan awak yang begitu mengharap, saya akhirnya bersetuju. Tapi saya betul-betul tak faham dengan ayat ‘masa saya semakin suntuk’ yang awak katakan tadi.
Perkahwinan kita berlangsung lepas tu walaupun ditentang secara hebat oleh keluarga awak. Ayah saya pula bersetuju walaupun agak terkejut dengan keputusan mendadak saya tu. Yela, saya baru 18 tahun dah bekahwin dengan orang yang tujuh tahun lagi tua dari saya. Kita pindah ke kondominium milik awak di KL. Seminggu saya menangis rindukan ayah saya yang tinggal seorang diri di Terengganu. Sejak ibu saya meninggal sewaktu melahirkan saya, tak pernah sekali saya berpisah dengan ayah saya. Tapi awak pandai.. setiap hari awak akan bagi teddy bear yang berlainan pada saya. Saya memang suka bear.. Bila saya peluk bear-bear tu barulah terubat sikit rindu kat ayah, sebab badan ayah pun macam bear-bear ni semua. Jadi peluk bear ni macam peluk ayah saya la. Dua minggu usia perkahwinan kita, dah 14 teddy bear saya terima. Saya happy sangat, awak!
Tapi sepanjang kita kahwin, tak pernah sekali pun awak sentuh saya. Saya sering tertanya-tanya kenapa awak kahwini saya kalau awak tak nak memiliki saya sepenuhnya. Saya umpama cikgu pada awak. Saya panggil awak abang Iman, awak panggil saya Ustazah Humaira. Pelikkan. Kitalah kapel paling pelik sekali pada saya. Malam, kita hiasi dengan aktiviti tadarus, setiap jam 3 pagi awak akan kejutkan saya untuk solat tahajjud. Saya begitu bahagia dengan perubahan diri awak. Kita sama-sama penuhi tanggungjawab masing-masing. Setiap hujung minggu, kita akan keluar bersiar-siar. Hari tu, sewaktu kita ke Sunway Pyramid, ada seorang perempuan panggil awak. Bila awak berpaling, perempuan tu terus peluk dan cium pipi awak. Saya nampak awak macam kaget. Tapi awak masih tak kenalkan dia pada saya. Lepas tu, perempuan tu ikut kita ke mana sahaja kita pergi. Saya tahulah saya ni perempuan kampong yang tak pandai bergaya. Dengan jubah dan tudung labuh paras pinggang yang sering membaluti tubuh saya ni, mana ada lelaki yang tertarik dengan saya. Perempuan tu pulak dengan selambanya paut tangan awak sedangkan saya, isteri awak yang sah tak pernah sentuh awak. Tanpa saya sedari, airmata saya menitis. Saya sedih awak. Takkan awak tak fikir perasaan saya. Saya lari keluar dari butik tu sewaktu awak dan perempuan tu leka berbual. Saya berlari dengan linangan air mata awak tahu tak?? Saya dengar awak jeritkan nama saya. Saya pusing belakang, nampak awak dan perempuan tu. Perempuan tu lagi!! Dia tak faham ke yang saya bencikan dia sebab rapat dengan awak. Tadi, saya seolah-olah tak wujud tahu tak!! Awak jeritkan nama saya lagi, akhirnya saya berhenti lari. Awak pegang tangan saya. Awak tanya saya kenapa. "Humaira kenapa ni?" "Tak ada apa-apa la..Pergi la shopping dengan perempuann ni" "Humaira jealous ye.. Maafkan abang Iman sebab lupa nak kenalkan Iman Sofia pada Humaira. She’s my twin.
My twin. Saya malu sangat masa tu. Iman Sofia peluk saya dan mengalu-alukan kedatangan saya sebagai adik iparnya. Dia suruh saya sabar dengan karenah mummy dan daddy awak. Lepas twin awak balik, saya tengok awak tersenyum-senyum.. Saya malu sangat awak. Mesti muka saya merah atau mungkin dah biru masa tu.. Awak cubit pipi saya dan usik saya sampai saya nangis. Sorry, tapi saya ni memang cengeng. Lepas tu, awak minta maaf dengan saya dan kucup dahi saya. Saya tersentak, pertama kali awak sentuh saya. Saya tersentum manis.. Selepas itu, kita berjalan-jalan sambil berpegangan tangan.
Sejak hari itu, kehidupan kita memang bahagia. Suatu hari tu, ketika kita sedang menjemur pakaian sama-sama, hidung awak tiba-tiba berdarah. Darah awak banyak sangat..wajah awak pucat. Hati saya dipagut rasa cemas yang teramat sangat. Lepas tu, awak pitam. Saya menjerit bagai orang dirasuk hantu. Dengan bantuan jiran, saya hantar awak ke hospital. Kat sana barulah saya mengerti kata-kata awak tak lama dulu. ‘Masa saya dah semakin suntuk’. Saya dah terlalu mengerti maksud kata-kata itu. Kenapa awak tak pernah beritahu saya awak sakit leukemia.. Saya menangis dan terus menangis. Dua hari awak tak sedarkan diri. Sebab tu, awak tak pernah nak sentuh saya. Saya mengerti sebabnya.. sebab awak tak nak beri zuriat yang mungkin berpenyakit seperti awak. Mulia sungguh hati awak. Sewaktu awak sedar, saya tetap begitu.. Menangis sambil mengucup tangan awak.. Awak juga menangis. Malam tu, awak beritahu saya sebab kenapa awak nak bunuh diri hari tu..kenapa awak nak kahwin dengan saya.. Hari tu, awak nekad nak bunuh diri sebab awak tak boleh terima diri awak sakit. Awak mengahwini saya kerana awak nak seseorang yang boleh membimbing awak ke jalan yang benar. Awak tak nak mati tanpa bertaubat. Awak juga jujur dengan saya. Awak cakap saya bukan cinta sejati awak kerana cinta sejati awak hanya pada Islam dan Allah. Saya akui agak terkilan kerana saya bukan cinta sejati awak.. tapi biarlah..kerna pada saya, dicintai awak sudah cukup bermakna pada saya. Awak berkeras tak nak buat sebarang rawatan. Keadaan awak semakin teruk. Rambut awak dah sikit..wajah awak cengkung..badan awak kurus sangat. Awak hanya mampu duduk di kerusi malas..di kerusi malas itulah awak solat. Tapi saya kagum dengan awak sebab awak masih puasa walaupun awak diberi ruksakh untuk berbuka. Awak tetap berpuasa walaupun kadang-kadang awak menggigil sebab terlampau sakit tapi awak tetap berkeras nak berpuasa. Hari awak dihabiskan di kerusi malas itu sambil menghafal surah-surah Al-Quran melalui mp3 yang ditekapkan di telinga awak. Setiap kali awak dengar surah Yaasin, air mata awak akan bergenangan.
Sepuluh malam terakhir Ramadhan, awak berdegil tak mahu tidur sebab nak tunggu malam Lailatul Qadar. Selalunya,saya akan tertidur sisi kerusi malas awak. Dan apabila saya tersedar, awak juga dah terlena. Wajah awak sentiasa senyum. Saya akui takut untuk membiarkan awak tidur kerana saya takut awak akan terus tertidur dan tak bangun-bangun lagi. Malam terakhir puasa, awak kelihatan bersinar-sinar. Awak ajak saya buat terawih. Awak, awak solat terawih ke solat sunat taubat.. Awak sujud lama sangat. Saya seperti dah mengerti sesuatu. Saya teruskan solat terawih ini sementara awak masih begitu..sujud menyembah tuhan. Dan selepas 12 rakaat selesai saya kerjakan, awak tetap begitu.. Masih lagi sujud..
Bila bahagia mulai menyentuh, Seakanku bisa hidup lebih lama, Namun, harus kutinggalkan cinta, Ketikaku bersujud..
Awak dah pergi. Saya tahu awak letih sangat dan awak nak tidur. Saya baringkan awak di atas sejadah itu. Darah yang mengalir dari hidung awak saya bersihkan. Wajah awak tenang macam bayi yang sedang nyenyak tidur. Selepas itu, tanpa membuka kain sembahyang, saya terus berbaring di sebelah awak di atas sejadah itu. Saya tertidur sampai azan hari raya Aidilfitri berkumandang. Hajat awak nak beraya tak kesampaian. Tapi hajat awak untuk berpuasa penuh dan solat terawih serta tahajjud sepanjang Ramadhan tetap terlaksana.
Awak..
Setahun dah berlalu pergi. Hari ini saya akan bertolak ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar dalam bidang Qiraat Al-Quran. Seminggu lepas awak pergi, mummy awak datang dan berjumpa saya. Mummy awak dan saya dah berdamai. Mesti awak bahagia, kan?? Pembelanjaan saya ke Al-Azhar pun ditanggung oleh famili awak.
Awak..
Kini saya dah tidak menangisi pemergian awak. Saya tahu walau saya menangis sehingga keluar air mata darah sekalipun, keadaan tetap tidak berubah. Awak tetap dah ‘pergi’ dari hidup saya.
Saya mengambil masa tidak sampai seminit untuk membenci awak, saya mengambil masa kurang sebulan untuk mencintai awak.. Tapi harus saya akui, saya memerlukan masa sepanjang hidup saya untuk melupakan awak. Awak dah bertakhta di hati saya..teratas sekali. Kata orang cinta yang dilepaskan akan kembali jika ia cinta sejati kita. Tapi harus saya akui awak memang bukan cinta sejati saya. Cinta sejati dan hakiki saya hanya pada-Nya. Awak, saya dah nak pergi ni. Awak doakan kehidupan saya diperantauan nanti, ya. Doakan saya akan bertemu cinta sekali lagi kerana saya yakin saya layak untuk cinta. Assalamualaimum, Iman. Tunggu saya dekat ‘sana’ nanti. Sesungguhnya, awak tiada gantinya dalam hati saya.
If only you could hear my tears in the world you left behind, If only you could heal my heart just one more time, Even when I close my eyes, There’s an image of your face, And once again I come to realize, You’re a loss I can’t replace.
citer ney luahan hati kan.. bestnyer.. petang-petang cam gini adik buat akak nangis.. adik buat la cerpen best giler macam ni lagi.. huhu..siapa ada tisu..
cte neyh mmg besh sgt... i love it,really.... nex time wt agi aw,wat yg len dr owg len punye... ape2 pown u r relly talented babe... cte plg besh yg pnh 'deer' buat... nway,gud 'lucks'..
adik sweetlavender tak pernah hampakan kak Liza.. cerpen2 dan novel adi semuanya best.. syg adik.. mmuuahhh..buat citer best gini lagi eh.. gud lucks in ur PMR.. sentiasa doakan kejayaan adik -norlizacute-
de yg tny ni cerpen ke suratkn???cerpen kt leh tlis dlm bbrape bntk n jns...n yg ni lbh b'bntuk luahan..luahan t'selit satu kisah,satu cerita yg digarap m'bntuk satu cerpen pndek..
Salam..Crita nie besz sgt.. andai ia dijadikan novel,akan ku beli,baca n simpan...XP andai ia dijadikan film,konpem meletup...sedey sgt... wat la lgi crita yg menyayat atie mcm nie...k..daa...9nak cari tissue...huhu..)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
citer ney best giler..
saya suka..
tgh nangis ney..
adik sweetlavender semakin matang dalam berkarya..
mmuuuuuahhhhh!!!