Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Lapan tahun telah berlalu...tapi aku masih mengingati diri mu.tapi mengapa..apakah yang masih aku harapkan daripada diri mu..? Semuanya bermula 14 tahun yang lalu.Kita telah ditakdirkan bertemu di sekolah ku ketika kita sama-sama menyertai pertandingan persahabatan bola tampar, diantara sekolah ku dengan sekolah mu. Aku benar-benar ingin mengenalimu, lalu ku minta sahabatku memberi note berserta alamatku kepada mu. Sebulan kemudian, dalam-dalam aku telah melupakan dirimu tiba-tiba engkau mengirim sepucuk surat kepada ku.Alangkah girangnya hatiku ketika itu kerana engkau mesih mengingati diriku ini. Hampir setiap bulan kau akan kirimkan 2 pucuk surat selalu kepada ku dan setiap kali itu aku sering membalasnya.Sampailah ketika kita ingin bersua, tempat serta masa telah ditetapkan oleh ku...tetapi apabila tiba masanya engkau tidak tiba jua sehinggakan sangkaan ku, engkau hanya ingin mempermainkan diriku.Tiba pula surat seterusnya daripada dirimu,surat itu menerangkan kenapa engkau tidak dapat bersua dengan ku di hari itu.Aku faham dan aku memaafkan dirimu.Engkau menyatakan keinginan mu untuk berjumpa ku, dan tiba masanya kita telah bertemu di Bukit Puteri. Aku membawa sahabatku dan juga begitu dengan dirimu.Aku berasa begitu bahagia disampingmu dan aku benar-benar bersyukur kepada Nya kerana telah dipertemukan dengan mu.Bagiku cinta itu satu Anugerah yang tiada nilainya.Kita sering bersama mengulangkaji pelajaran kerana tahun ini kita sama-sama menduduki peperiksaan PMR & SPM.Cinta kita tidak membuatkan kita lalai dengan pelajaran.Kita bukan seperti pasangan kekasih yang lain yang sering keluar berdua-duaan, kekadang hanya telefon menghubung antara kita. Kini tiba peperiksaan yang dinantikan, kita bersungguh-sungguh mencuba yang terbaik untuk peperiksaan ini. Alhamdulillah, semuanya telah selesai.Pada suatu hari, engkau menelefonku menyatakan ingin benar-benar bertemu denganku...kita pun berjumpa.Aku nampak raut wajahmu berlainan sekali, engkau menyatakan hasratmu untuk mencari kerja di Selangor dan menetap bersama emak saudara mu sementara menunggu keputusan SPM. Aku terdiam...apa akan terjadi dengan cinta kita ini, detik hatiku.Melihat engkau bersungguh-sungguh dengan hasratmu, aku terpaksa setuju.Seminggu telah berlalu, tiada sepucuk surat pengganti dirimu buat diriku.Tiada sedikitpun prasangka terhadap dirimu yang hanya ku tahu, engkau amat menyintaiku.Hanya gambar-gambar mu menemaniku setiap hari.Kini keputusan peperiksaan PMR & SPM telah diumumkan..aku bersyukur aku berjaya dan begitu juga dirimu.Engkau pulang kekampung mengambil keputusan itu.Engkau pulang cuma 3 hari, dikesempatan itu kita berjumpa.Engkau tetap seperti dulu tidak berubah, meminta aku berjanji setia dengan mu walaupun kita berjauhan.Aku menanyakan padamu,kenapa tiada sebarang berita darimu terhadapku selama ini...alasanmu sibuk dan tempat tinggalmu jauh dari bandar.Ketika itu aku masih buta dengan cinta,lalu aku mempercayai kata-katamu..bagiku asalkan engkau setia.Engkau tetap dengan penderianmu ingin terus bekerja di sana untuk membantu abahmu kerana engkau anak sulung dalam keluarga. Selepas bertahun-tahun berlalu, usiaku kini 19tahun. Aku sekarang bekerja sambil belajar. Disiang hari aku berkerja di Firma Guaman dan disebelah malamnya aku belajar di kolej.Perhubungan kita tetap sama, engkau di sana dengan tiada sebarang berita mengubat rindu untuk ku di sini.Kita hanya berjumpa apabila syawal tiba, ketika itu engkau akan pulang ke kampung meraikan bersama keluarga.Hanya setahun sekali saja kita akan dapat bertemu kerana setiap kali syawal engkau akan datang kerumahu bertemu dengan keluarga ku. Keluarga kita pun sudah mengetahui tentang hubungan kita ini dan kita tidak pernah berahsia daripada mereka. Setahun berlalu, engkau pulang bukan pada syawal tiba..aku benar-benar terkejut engkau datang kerumah menjemputku.Segalanya berubah dengan pemakaian mu, caramu dan yang paling aku suka engkau semakin caring & loving terhadapku.Kita berhenti makan di restoran francais kegemaranmu, aku benar-benar terkejut engkau menggenggam erat jariku lalu menyatakan hasrat untuk bertunang denganku pada tahun hadapan.Pada hari itu, engkau banyak memberi harapan kepadaku untuk membina istana bahgia bersamamu.Semua perancangan engkau yang mengutarakan kepadaku.Aku hanya mampu terdiam dan tersenyum mendengarnya....tetapi dihati ingin ku teriak aku cinta kamu......Tiba-tiba hatiku berdetik, bagaimana sekiranya semua impian ini tidak menjadi kenyataan?ah..jangan fikir yang bukan-bukan.Selesai makan,engkau mengajak ku shopping..aku ikutkan saja.Sampai di shopping Kompleks, engkau terus membawa ku ke perfume shop..sedang aku leka melihat-lihat perfume rupa-rupanya engkau telah membeli perfume kegemaran ku TOMMY GIRL.Bukan itu saja, engkau membelikan ku pakaian dan handbag.Aku sudah mula merasa hairan, apa semua ini?Engkau menyatakan semua ini hanyalah untukku kerana selama ini engkau tidak pernah memberi apa-apa untuk ku.Semua pemberianku selama ini kepadamu bukan untuk dibalas.Engkau naik marah dengan kata-kataku,lalu aku mendiamkan diri. Engkau menghantar ku pulang, sebelum aku keluar dari kereta aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mu....lalu ku cium tangan mu dan memohon maaf sekiranya aku menguriskan hatimu tadi. Engkau hanya menggangguk.Aku faham dengan riaksi mu itu lalu ku keluar membawa barang-barang yang engkau belikan tadi. Malam itu engkau tidak menghubungiku, mungkin engkau masih marah.Keesokkan harinya, sewaktu aku pulang dari kerja engkau telah menungguku...aku menguntumkan senyuman padamu lalu engkau pun membalasnya.Engkau menyatakan yang malam ini engkau akan pulang ke Selangor.Aku mengingatkan dirimu dengan apa yang telah engkau janjikan padaku.Engkau berjanji..Engkau memang sudah berubah, tidak lagi seperti dulu...engkau selalu menghubungiku tiap waktu.Engkau membuat aku terus mempercayai dirimu yang betapa engkau menyintai diriku. 2 tahun kemudian, syawal kembali lagi..seperti biasa engkau datang kerumah menjemputku pergi beraya kerumah rakan-rakanku dan rakanmu.Tiada sebarang kelainan dari cara engkau melayanku.Engkau macam biasa caring terhadapku tapi siapa sangka itulah hari terakhir aku bersua dengan mu dan syawal yang terakhir aku meraikan dengan mu.Ditakdirkan Tuhan suatu hari, aku menghubungi adikmu untuk bertanya khabar...tetapi orang yang menjawab panggilan itu bukan adikmu tetapi jiranmu. Jiranmu memberitahuku yang keluarga mu pergi ke Selangor kerana ada majlis pertunangan...pertunangan dirimu dengan insan lain. Ya ALLAH apakah ini benar apa yang aku dengar?Pengsan aku akhirnya....bila aku sedar rakan-rakan opis ku semuanya berada disisiku.Selepas peristiwa itu aku jadi kebinggungan, selera makan berkurangan dan asyik menangis.Aku terlalu menyintai dirimu...terlalu..Ya ALLAH adakah ini takdirMu? Berbulan-bulan aku cuba pulihkan semangatku...tapi tidak cukup untuk aku melupakanmu.Aku cuba menghubungi adikmu untuk mendapat kepastian, daripada suara adikmu dia agak kesal dengan sikapmu.Adikmu memceritakan segalanya kepadaku...aku tidak percaya, takkan semudah itu engkau menurut kata orang untuk bertunang dengan perempuan lain walhal hati kau tidak menyintai dia.Sememangnya engkau pun menyintai dia.Aku tinggalkan pesanan buatmu KENAPA ENGKAU SANGGUP MELAKUKAN PERKARA INI KEPADA KU SEDANGKAN AKU TIDAK SANGGUP BERBUAT SEDEMIKIAN TERHADAPMU???.Itulah hari terakhir aku menghubungi adikmu.Setahun kemudian aku mendengar berita daripada rakanmu, menyatakan engkau telah berkahwin dengan perempuan itu.Perasaan ku masih menyintai dirimu...aku tidak dapat melupakanmu...Inginku kesana mencarimu, mendengar penjelasan daripada mulutmu sendiri..FAZLY AKU MASIH MENCINTAIMU!!!!!! Itu semua telah berlalu....3 tahun aku cuba melupakan dirimu.Cuba terima hakikat yang engkau bukan milikku...Kini aku sudah mempunyai keluarga sendiri.Memiliki suami yang lebih menyintai aku lebih daripada engkau menyintai aku dulu...Segala-galanya lebih daripada dirimu.Inilah jodohku..Aku amat memyintai suamiku lebih daripada segala-galanya dalam dunia ini.Aku memilih suamiku setelah aku buang jauh-jauh segala kasih serta sayang dan cintaku pada mu selama ini.Aku bahagia dengan suami serta puteri kesayanganku.
cerita dah ok rasanya, cuma olahan kurang menarik.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ni la realeti khidupan...cite mcm ni mmng benar2 hujud,kehidupan mcm ni biasa trjadi tp susah utk mncari cite realeti khidupan sperti ni.trskan mngarang kpd cite2 yg logik sperti ini...