Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" wah..cantiknya pengantin..berseri-seri..yelahkan…dapat suami kaya,hensem pulak tu" " betullah..cantik betul dia hari ni.." " mana tak cantiknya…semua sponsor…mesti pakai mak andam mahal" satu demi satu kata-kata yang kudengar dari mereka yang datang menjenguk ke bilikku. Ada yang sedap didengar ada yang kurang enak. Hai…kepoh betul makcik-makcik kat kampong aku ni. Alhamdullillah..akhirnya aku dengan Azad Hakim disatukan juga setelah 5 tahun mengharungi segala onak dalam percintaan kami. Siapalah yang tak seronok dapat berkahwin dengan pilihan hati sendiri. Aku tersenyum sendirian dan berdoa agar bahagia terus kekal selamanya. " Fiqa, kejap lagi suami ko sampai. Ish! Aku pulak yang berdebar-debar lebih " ujar Ain sepupu ku, anak kepada mak long. " ko berdebar-debar aku ni lagilah rasa cam jantung aku dah nak luruh. Takutnya mak datuk" kataku seraya berdiri ikut sama berlegar-legar seperti Ain. " Eh! Yang kau sebok kehulu-kehilir dengan aku ni kenapa? Ko duduklah diam2, wat pelik dek orang je nanti tengok pengantin kehulu-kehilir " riuh Ain membebelkan aku. " Dah tu, kau tu tak reti diam. Aku pun naik rimas, so aku joinlah sekaki." Kedengaran kompang diluar menandakan pengantin lelaki selamat sampai di depan rumahku. Hai…lah hati kenapalah berdebar sangat ni..hari tu masa menikah tak lah macam ni sekali perasaanya. Mungkin sebab aku sanding lewat seminggu kot,tu yang rasa gabra semacam je ni. Lagipun ramai tul orang kat luar… " Bawak pengatin perempuan ke depan" terkocoh-kocoh mak andam ku,padahal yang sebenarnya pak andam.heeheh… Mak aih!!ramai bebenor manusia kat luar ni…malu lah wei…segannya aku…aduhai…lemah lutut den. Perlahan-lahan Fiqa, jangan jatuh gedebuk kat sini sudah habis haru biru nanti bila dalam sejarah keluarga kau, kau pecah rekod jatuh tergolek depan tetamu. Tak pe2..kalau jatuh, aku buat-buat pengsan terus, cover malu.hik hik! Fuh!!sampai dah atas singahsana. Cewah!! Syok jugak dok ateh ni.hehehe…hiuh!!berpeluh aku dok nunggu suami kesayangan aku nih… " Assalamualaikum…." ---- " Fiqa…" suara umi kedengaran lembut di telinga ku. Perlahan kubuka mata. Eh! Kenapa lain macam je ni? Aku kat ne ni? Aku mencari-cari wajah suamiku. " Fiqa..umi kat sini sayang…Fiqa kat hospital ni" ujar umi menjelaskan kekeliruan aku. " Tapi mi, napa Fiqa ada kat hospital? Tadikan Fiqa kat atas pelamin tengah tunggu abang Azad." Soal ku pada umi, ku lihat umi menangis tapi tidak pula menjawab soalan ku. " Fiqa…Azad dah tak ada sayang…Azad dah meninggal…" jawab umi sendu. Bagai halilintar kenyataan umi itu. Mana mungkin Azad ku sudah tiada. " Habis tu, tadi Fiqa atas pelamin umi…Fiqa tak tipu…Fiqa tengah tunggu abang…" ujarku cuba meyakinkan umi. " Fiqa…Fiqa rehat dulu sayang" pujuk umi. " Tak mau!! Umi…cakaplah umi kenapa Fiqa dekat sini umi…." Rayuku pada umi. " Fiqa..ni Azad ada tinggalkan ini untuk Fiqa " aku ambil buku ditangan umi. Aku selak setiap helaian hinggalah pada satu muka surat….
" Assalamualaikum Afiqah yang selalu Azad sayangi Fiqa, Azad minta maaf terlebih dahulu, semasa Fiqa baca buku ini Azad telah tiada lagi, dan Azad tak pasti samada niat Azad untuk menjadikan Fiqa isteri tercapai atau tidak. Azad berharap semasa Fiqa menerima buku ini Fiqa telahpun menjadi isteri Azad walaupun sehari cuma. Fiqa sebenarnya ada rahsia yang Azad sembunyikan dari Fiqa, Azad menderita kanser paru-paru. Bukanlah niat Azad untuk merahsiakan hal ini dari Fiqa, tapi Azad takut Fiqa tak boleh menerima hakikat yang Azad akan pergi. Azad hanya mahu berikan kebahagiaan pada Fiqa disaat akhir hidup Azad. Maafkan Azad sayang.
Sayang ku Afiqah,
Azad ada beli sebuah rumah dan sebiji kereta buat Fiqa, samada Fiqa isteri Azad atau tidak Azad telahpun namakan semua atas nama Fiqa. Itulah bukti cinta Azad pada Fiqa. Fiqa ingatkan rumah yang kita tengok masa tu, Fiqa ada cakap kat Azad Fiqa nak rumah tu sebagai rumah kita sekeluarga, jadi Azad belikan untuk Fiqa supaya Fiqa sentiasa ingat pada Azad. Supaya Fiqa tahu yang Azad sangat menyayangi Fiqa.
Sayang,
Jagalah diri mu baik-baik, redhalah dengan kepergian ini. Doakan Azad selalu sayang. Fiqa ingatlah yang Azad selalu sayang pada Fiqa.
Kekasihmu, Azad Hakim "
Umi!!! Rintihku perlahan, tubuh umi ku rangkul. " umi, apa yang berlaku umi. Fiqa nak tahu…" pintaku. Umi kelihatan berat untuk menceritakan hal sebenar. Tapi akhirnya …. " semalam..masa Azad nak masuk rumah tiba-tiba dia jatuh dan pengsan. Fiqa pulak terkejut sangat sampai pitam. Jadi abang long kamu bawa kamu berdua pergi hospital, sayangnya Azad dah tiada sebelum sampai hospital lagi …." ujar umi dalam linangan air mata. " tapi kenapa abang Azad tak bagi tau Fiqa…" rintih ku lagi. " Fiqa..Fiqa kena redha sayang…Allah lebih sayangkan suami kamu tu…" " Umi..Fiqa baru nak merasa nikmat bahagia hidup bersama abang umi..kenapa dah ditarik.." ujar ku lagi, aku masih belum rela dengan kepergiannya. " Sabar sayang, Fiqa berdosa tau sayang, Fiqa seolah-olah menyalahkan Allah s.w.t. berdosa sayang… " umi mengingatkan ku. " Ya Allah..ampuni kekhilafan ku Ya Allah…Aku redha dengan ujian mu " ucapku perlahan, menyedari kekhilafanku berkata-kata. --- Sebulan telah berlalu, aku seperti menjadi penghuni tetap di pusara suamiku. Setiap hari ku bawakan mawar putih untuknya, setiap hari aku bercerita tentang hari-hari yang ku lalui serasa sepi tanpa dia. Tapi aku redha dengan kepergiannya, aku redha jika ini sahaja ruang bahagia yang Allah berikan untuk ku. Aku bersyukur atas nikmat yang diberi. " salam… abang, hari ni Fiqa bawak bunga mawar lagi. Abang tahu tak sejak akhir-akhir ni Fiqa rasa Fiqa kurang sihatlah. Kalaulah lepas ni Fiqa tak datang Fiqa minta maaf ye, tapi Fiqa janji Fiqa akan sedekahkan Yassin untuk abang " ujarku seusai saja aku membaca surah yassin pada suami ku. Semoga dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin… " Fiqa…" tergur umi sebaik saja kaki ku melangkah masuk. " ye umi…Fiqa dari kubur abang Azad mi " terangku walaupun aku pasti umi tahu kemana arah ku setiap pagi. " Fiqa dah makan? Umi ada masak lontong tu. Temankan umi makan " ajak umi. Aku menganggukkan kepala ku seraya bersaing dengan umi ke dapur. " sejak kebelakangan ni umi tengok Fiqa nampak pucat, Fiqa tak sihat ke? " tanya umi, jelas umi risau melihat keadaan diriku. Aku sendiri tak pasti apa yang berlaku pada diriku, aku sendiri dapat merasai tubuhku sedikit lemah sejak beberapa hari ini. " Entahlah mi, Fiqa pun tak tahu, memang terasa macam kurang sihat sikitlah Fiqa ni mi" adu ku pada umi. " Kita pergi klinik ye, pergi check up " ajak umi. " nanti2lah mi, Fiqa malaslah nak kemana-mana, kalau Fiqa rasa tak larat sangat Fiqa cakap pada umi ye" aku tahu umi risau, apatah lagi sejak pemergian suami ku aku sudah jarang sekali berbual-bual apatah lagi ketawa. Aku lebih banyak mengasingkan diri dan lebih banyak bercinta denganNya. Aku ingin menenangkan diriku. ---- Kini aku mula bekerja di sebuah syarikat swasta, tempat kerja yang baru dengan suasana baru, walaupun majikan ku dulu berat melepaskan ku tapi aku berkeras, aku ingin jauh dari kenangan yang bakal mengusik hati ku lagi. Terlalu banyak kenangan antara aku dan abang disana. Dia bekerja di satu bangunan denganku. Jadi aku ingin mencari perubahan .Beberapa hari di tempat baru aku mula menyesuaikan diri, tapi keadaan diriku semakin tak menentu, aku mengambil keputusan untuk ke klinik.
Setibanya di klinik aku mendaftar seperti biasa dan duduk menanti nama ku di panggil. Di suatu sudut aku tertarik pada kanak-kanak kecil yang sedang bermain-main di bahagian permainan. Berbaju pink, rambut ditocang dua, berkulir cerah bergelak ketawa dengan si ayah. Alangkah indahnya kalau aku mempunyai zuriat ku sendiri. Abang…kenapa abang pergi awal bang…kalaulah abang ada pasti Fiqa dah mengandung sekarang ni..bisik hati kecilku. Ah! Fiqa…jangan sesali apa yang berlaku, redhalah Fiqa..ini ujian dariNya, mungkin Dia akan membalas dengan seribu rahmat buat kau, hati ku berbisik lagi.
" Pn. Afiqah..sila masuk " panggil jururawat dengan senyuman. " Terima kasih " " Pn. Afiqah ya, boleh saya bantu…" ujar doctor sambil menulis sesuatu. " Saya rasa tak sedap badanlah doctor, sebenarnya dah hampir 2 minggu saya macam ni. Tapi hari ni rasa lain sangat " kataku pada doctor. Tapi aku kaget bila doctor itu mengangkat wajahnya, rupanya persis arwah suami ku. Mata kularikan pada tag namanya MOHD IZAD ucap ku perlahan. " Kenapa Puan? Puan nampak macam terkejut tengok saya? " soal doctor Izad. Pastilah dia pelik aku tiba-tiba buat muka terkejut macam nampak Tom Cruise dalam bilik dia. " Owh! Tak ada apa-apa doc, cuma muka doc seiras arwah suami saya " jawab ku jujur. " Pelanduk dua serupa mungkin…Puan boleh saya periksa? " izin doctor Izad padaku. Aku sekadar menganggukan kepala. Setelah melalui beberapa pemeriksaan ringkas doctor Izad memberiku satu berita yang membuat dunia ku pusing… " tahniah Pn. Afiqah, Puan bakal menjadi ibu, jadi selepas ni puan kenalah rajin jaga kesihatan, makan ubat yang saya beri nanti, ini penting untuk puan dan bayi puan, mesti suami puan..eh!maaf puan…" ada rasa bersalah pada wajah doctor muda itu. " tak pe doc, I’m ok...dah memang nasib anak saya tidak berayah.." kataku lancar sedangkan dalam hatiku ada rasa sayu bergayut. Anak ibu…ibu akan jaga kamu sehingga kamu tak terasa yang ayah kamu tiada sayang, sambil ku usap lembut perut ku. " saya minta maaf puan..saya tersilap.saya…pantas ku potong kata-katanya " its ok doc...i’m ok…" ujar ku menguntum senyum. " baiklah selepas ini sila datang pada tarikh yang telah saya catitkan pada kad puan ye" sambil tangannya menhulurkan kad klinik ku. " terima kasih doc" --- Aku tidak memberitahu sesiapapun di rumah yang kini aku bakal menjadi ibu, aku ingin merahsiakan dari mereka, biarlah sampai masa mereka tahu sendiri keberadaan bayi ku ini.
" Salam kak Fiqa..akak nak kirim makanan? Taufiq nak pegi café kat bawah " pelawa Taufiq. " Erm…akak nak makan lontonglah Taufiq, mintak pedas sikit ye" pinta ku. Ada riak hairan di muka Taufiq. " Akak nak pedas? Bukan akak tak tahan pedas ke?" soalnya " Entah terasa nak makan pedas pulak. Alah..beli jela bukan susah pun kan…" aku sendiri hairan sebaik menerima perkhabaran kandungan ku, aku suka makan pedas sedangkan aku bukan tahan pada makanan yang bercili, mungkin kandungan ku mengikut perangai ayahnya sebab abang Azad sukakan pedas berbeza dengan seleraku. Mujurlah kandungan ku tidak banyak ragamnya, aku tiada masalah morning sickness, cuma badan ku sedikit mudah keletihan. Tapi aku gagahkan juga dan yang pasti sekarang seleraku meningkat mendadak. --- " Hai doc…" sapa ku sebaik saja aku masuk kebiliknya. " Hai puan Afiqah.." " Doc tak perlu panggil puan, panggil Fiqa je la. Umur kita pun tak jauh bezanyakan " ujarku. " as u wish…nampaknya perkembangan baby ok, Fiqa macam mana? Ada rasa tak selesa ke? Ada muntah2 pagi2 atau selepas makan? " Erm..setakat ni tak ada doc cuma saya selalu letih dan kuat makan" kataku sambil ketawa. " owh..tu perkara biasa …ok boleh ambil ubat di depan ye, jangan lupa our next appointment " ujar doctor Izad mengingatkan ku. Aku tersenyum.
Sejak dari itu perhubungan kami semakin akrab apatah lagi dengan cara dan sikapnya yang sedikit sebanyak sama seperti arwah suamiku dulu. Kini aku hanya menunggu hari, persiapan bayi telah aku lengkapkan dan doctor Izad yang banyak membantu. Keluarga ku juga sudah mengetahui tentang kandungan ku, gembira bukan kepalang lagi mereka semua, aku juga semakin pulih seperti biasa. Aku semakin kuat mengahadapi dugaan yang berlaku dalam hidupku. " Fiqa..lagi 2 minggu Fiqa dah nak deliver baby. Fiqa dah sedia?" soal umi. " Fiqa ok je mi..Fiqa dah tak sabar nak tengok muka anak Fiqa. Izad cakap baby boy, mesti muka dia macam abang Azad kan mi" aku tersenyum melihat perut ku yang kian besar, sesekali anakku menendang, kadang2 pergerakkannya lebih kuat dari biasa. ---- Sudah seminggu Mohd Azad Idham dilahirkan, dia banyak mengikut rupa ayahnya tapi kulitnya lebih mengikut aku. Terima kasih abang kerana memberi hadiah tak ternilai buat Fiqa, ucap ku perlahan sambil mencium bayiku yang masih merah. Sebaik sahaja aku habis berpantang aku mula berkerja seperti biasa. Pada hari pertama lagi office ku sudah riuh. " Sapalah yang bagi bunga kat kak Fiqa ni…" aku melihat Taufiq memegang bunga di atas mejaku. Pantas aku melajukan langkah. " Morning!!" " Owh mak kau terkejut!! " latah si TAufiq sampai terlepas bunga di tangan. " Hish! Kak Fiqa ni…terkejut tau ….wah2…baru sehari masuk keja dah dapat bunga..akak ada boypren baru ek? Tak cakap ngan Taufiq pun..." " Ish! Sebok je budak ni. Nama je lelaki kepoh cam pompuan" "Ala..bukan nak sebok tapi surpriselah baru masuk keja dah ada bunga tak pernah2 pulak tu. Sapa bagi kak?" " Dah2..jangan nak busy body. Baik Taufiq pegi belikan akak makanan. Akak nak lontong tapi tak nak sambal n…jangan tanya kenapa ok?" aku tahu pasti dia pelik kerna sebelum ni aku minta pedas tapi hari ni tak sambal pulak. Taufiq berlalu sambil menggaru2 kepala. Ada kandang kutu agaknya atas kepala dia. Ada sedikit majlis di office ku sempena aku baru mendapat baby. Tapi dalam hatiku masih berkira-kira siapa orang yang memeberi jambangan pada ku hari ni. Didalam kad kecil hanya mengucapkan.. " Tahniah! Semoga menjadi ibu yang tabah" Ikhlas MII Seharian di office membuat ku letih. Sesampai dirumah aku melepaskan lelah dibilik bersama Idham. " Salam anak ibu…anak ibu nakal tak hari ni? Tok umi marah idham tak? " sambil aku mencium-cium tanganya. " Fiqa..umi ada perkara nak bincang" " Apa dia umi?" " Ada kenalan umi yang merisik kamu" " Apa? Merisik? Fiqa tak sedia lagi umi. Berilah Fiqa masa" ucapku. " Fiqa fikirlah dulu, ini ada gambarnya. Fiqa tengok dan nilailah ya" " Baiklah umi. Tapi bagilah Fiqa masa untuk fikirkan." Kataku sambil menyambut huluran tangan umi. Sebaik umi keluar gambar ditangan ku lihat sekilas. Ha!! --- Sejak kali pertama Fiqa datang ke klinik untuk buat pemeriksaan pertama hatiku dah mula bernyanyikan lagu cinta, sedangkan jelas tertulis status PUAN pada kad klinik. Sebaik memeriksa keadaan dirinya ternyata dia mengandung dan membuat hatiku tersentuh rupanya dia merupakan balu yang kematian suami semasa hari persandinganya. Semua ini ku ketahui dari ibunya. Dalam diam aku menghubungi keluarganya, dengan menggunakan kuasa sebagai doctor aku mengatakan aku perlu tahu serba sedikit tentangnya untuk mengetahui emosinya dan demi kebaikan bayinya. Lama-kelamaan rasa sayang itu muncul sendiri. " Doktor Izad ada orang nak berjumpa " hush! Terkejut aku nasib tak melatah, kalau tak malu aku. " Owh! Silakan dia masuk, ada patient yang nak periksa tak?" " Tak da doc" " Erm, ok silakan dia masuk" " Salam Izad " " Waalaikumsalam..masuklah Fiqa.." ada gugup pada suara ku. " Izad ada benda yang perlu di bincangkan. Saya rasa awak pun telah sedia maklum hal apa" kataku berterus-terang tak kuasa nak bermadah bertapis. " Ye Fiqa, saya tahu awak pasti akan datang tapi tak sangka secepat ini" jawabnya tanpa memandang kearahku. " Kenapa awak merisik saya Izad? Apa maksud awak? " Tanya ku tidak senang dengan pengakuannya. " Fiqa..biarlah Izad berterus terang, sejak awal Fiqa datang lagi Izad sudah merasa sesuatu walaupun Izad tahu Fiqa telahpun memegang title PUAN. Apatah lagi bila Fiqa mengatakan muka Izad sama seperti arwah suami Fiqa, jadi Izad rasa ruang untuk Izad masih ada kerna Fiqa bukan milik sesiapa. Salahkah Izad ada perasaan sebegitu Fiqa? " terang Izad. " Izad, Izad tak tahu sejarah hidup Fiqa. Fiqa tak sedia lagi, Fiqa takut cukuplah sekali" ucap sedikit terbawa emosi. " Izad dah tahu about your past life, Izad paham apa yang dah Fiqa lalui. Tapi Fiqa kena pikir yang Idham perlukan figure seorang ayah, Fiqa tak kesian pada Idham? Fiqa, Izad akan sayang Fiqa seperti mana arwah Azad. Fiqa jangan pikir yang Izad nak ambil kesempatan, tidak sama sekali, untuk pengetahuan Fiqa, Izad juga pernah kehilangan orang yang Izad sayang." " Siapa?’ " Izad pernah bertunang dan tunang Izad ditimpa kemalangan sehari sebelum pernikahan kami. Telah 3 tahun ia berlalu dan Fiqa wanita pertama yang membuka pintu hati Izad sekali lagi. Kita mengalami trauma yang sama, tapi Fiqa kena sedar ajal dan maut ALLAH yang tentukan. Kita cuma mampu merancang " jelas Izad disamping menyelitkan sedikit nasihat, diharap agar hati Afiqah akan terbuka untuknya. " Bagi I masa untuk fikirkan. Fiqa perlukan masa, dan Fiqa akan hubungi Izad kemudian" kataku, serentak dengan itu aku bangun melangkah kaki keluar dari bilik Izad tanpa sebarang kata. --- Telah sebulan aku menjadi isteri kepada MOHD IZAD IDHAM, baru aku ketahui yang nama anak ku sama seperti Izad yang kini suami ku. Penerimaan ku pada Izad setelah hampir 6 bulan aku sepi tanpa berita, tapi aku tau Izad terus menghubungi umi bertanyakan aku. Akhirnya aku sedar yang dia ikhlas, malahan Idham perlukan seorang ayah dan dia perlukan keluarga yang sempurna. Akhirnya aku terima lamaran Izad. Aku dapat rasakan kebahagiaan dalam hatiku, namun tidak sesekali aku melupai arwah suamiku. Aku masih lagi sering ke pusaranya, bercerita seperti dulu. Alhamdullillah Izad memahami kehendak ku. lagipula terjawab sudah siapa gerangan yang memberi bunga padaku MII equal to Mohd Izad Idham... " Bu…terima kasih kerana sudi menerima ayah dalam hidup ibu. Ayah hargai semua yang ibu buat untuk ayah, ayah berjanji yang ayah akan sayang pada ibu sampai hujung nyawa ini" bisik Izad ketelingaku. " Ayah…terkejut ibu tau. Ibu juga nak berterima kasih kerana memberikan ibu kebahagiaan buat ibu dan Idham. Ibu minta maaf sebab dah buat ayah.." pantas tangannya melekap ke bibirku. " sshhh…jangan cakap macam tu. Berapa lama pun ibu suruh ayah tunggu, ayah akan tunggu" ucapnya syahdu. " Bila ibu nak bagi Idham adik? " ujar Izad sambil mengeyit mata nakal. " Ayah ni…." Tuturku manja. ---- Kandungan ku memasuki usia 9 bulan, Izad memberi sepenuh perhatian kepadaku. Malahan semenjak akhir-akhir ini Izad semakin manja denganku. Ingin tidur dekat ribalah, makan nak bersuap sampaikan Idham pun merajuk dengan ayahnya. Tapi aku layankan juga kerenah suami ku ini, mungkin dia seronok kerana bakal menimang cahaya mata sendiri. Mengikut jangkaan aku akan melahirkan anak perempuan, semakin seronoklah dia, kerana memang inginkan anak perempuan sebab dia mahu anaknya seperti aku, kerna Idham lebih menyerupai dirinya. " Ayah..ayah..perut ibu sakitla yah…" kejut ku pada Izad " Ibu sakit perut. Ibu dah rasa nak bersalin ke? " tanyanya panic. Aku tersenyum melihat gelagatnya, bagaimana seorang doctor boleh jadi kelam kabut seperti ni. " Ayah ni..jangan gabra sangat..bawak ibu ke klinik ya. Ibu rasa dah sampai masa ni" ajak ku tenang. Izad kelihatan tercari-cari sesuatu. " Ayah cari apa tu..kunci kereta kat tepi katil ni…barang baby kan dah masukkan dalam boot kereta…ayah ni…dah cepat! terberanak pulak ibu kat sini, takut ibu tak apa-apa ayah pulak yang pengsan" usik ku. Izad tersengih-sengih, kelihatan dia mengambil nafas dan menghembus kembali, mungkin menenangkan dirinya. " Mari sayang, ayah bawak ke hospital tapi doctor Nina yang akan sambut ye" aku sekadar menganggukkan kepala. ---- Aku selamat melahirkan bayi perempuan kami, Nur Azidah Akma nama bayiku. Nama yang sememangnya telah dipilih oleh Izad sejak dia mengetahui aku mengandung, dia benar2 inginkan anak perempuan. Sebaik sahaja aku sedar Izad ada disisi ku, malahan dia ada disampingku semasa aku melahirkan Akma. " Ibu sayang..ayah nak balik sekejap ya. Ayah nak mandi dan nak ambil Idham, mesti dia suka dapat adik baru. Lepas ni ibu bagi adik untuk Akma pula ya?’ usik suami ku. Aku tersenyum sambil mengelengkan kepala. Ada-ada aja suami ku ini. " Ayah hati-hati ya. Rehatlah dulu, nanti petang sikit baru datang, ayah suruh umi datang ye" " sekejap lagi umi ibu sampailah, ayah dah beritahu awal2 lagi…" " ok..hati-hati sayang" " I Love U Afiqah! Terima kasih untuk hadiah ini" ucapnya sambil mengucup dahi ku. Terasa aku begitu disayangi.Ada rasa sedih di sudut hatiku dengan limpahan kasih sayangnya. terima kasih sayang bisik hati kecil ku. --- Aku tertidur semula sebaik saja Izad meninggalkan hospital. Sebaik sahaja aku tersedar. " Umi! Kak Fiqa dah bangun…" panggil adik ku pada umi. " Fiqa..Fiqa sihat sayang?" Tanya umi. " Sihat mi…abah mana mi?" soalku. " Umi dah tengok baby?" soalku lagi " Abah..abah ada kerja sikit, umi dah tengok anak kamu, comel macam kamu masa kecik" berseri-seri wajah umi. " Umi sekarang dah pukul berapa? Lama ke Fiqa tido?" tanyaku " dah pukul 6 petang, lama jugak Fiqa tido, umi tak nak lah ganggu Fiqa" " Mana abang Izad mi? dia cakap nak datang petang ni, tapi tak kan lama sangat?" " kejap lagi sampailah tu…" ada keruh di wajah umi. " Umi ada sembunyikan sesuatu pada Fiqa?" " Kak Fiqa..Kak Fiqa nak Qila amik baby tak?" soal adik ku yang bungsu. " Boleh jugak" Dalam hatiku ada rasa kurang enak, seperti ada sesuatu yang buruk berlaku. " Umi…" " Fiqa.." serentak aku dan umi bersuara. " Umi cakaplah dulu Fiqa dengar" " Umi harap…" tak sempat umi berkata abah sampai di muka pintu sambil memegang Idham. " Mana Izad bah?" cepat aku bertanya. " Fiqa..abah harap Fiqa tenang ya….Izad kemalangan, dia di rempuh lori dan dia tak dapat diselamatkan" " Abah.. ini tipukan bah….kenapa sekali lagi bah…kenapa…" Aku sudah menangis tersedu-sedu. Ya Allah dugaan apa lagi yang kau berikan padaku…. " Sabarlah Fiqa, sabar sayang…" pujuk umi. " Umi…tolonglah Fiqa umi..tolonglah Fiqa…kenapa abang Izad tinggalkan Fiqa mi..dia janji dia akan sayang Fiqa sampai bila-bila" tangisku lagi. Doctor Nina datang menghampiri memberi ubat penenang pada ku. --- Kenduri tahlil arwah suamiku selesai dilakukan, kini aku kembali menjalani hidup sendirian dan Izad meninggalkan hadiah untukku Nur Azidah Akma sama seperti Azad meninggalkan buah cintanya Mohd Azad Idham. Aku redha dengan apa yang berlaku, sesungguhnya DIA lebih mengetahui…Semoga Allah mencucuri rahmat keatas kedua-duanya. Amin…
best gak tp xbpe fhm r cite ney!! berbelit cket!! lgpun cite ney xlogik lak cz td ckp azad mati mse nk nek pelamin, tp ley plak da ank??pelik r!! by da way, so sowi!!
sedihnye kedua-dua husbandnye mati....buat seram sejuk saha bcanye....macam takut pulak nak baca lagi hehehehe
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best tp agak sedih...huhuhu...