Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku ada satu cerita tentang seorang aku. Aku kenal aku sejak aku lahir lagi. Aku kenal segala tentang aku. Aku memahami apa yang ada dalam diri aku. Aku tahu apa yang aku lalui dalam kehidupan aku. Segala pahit manis tentang aku ada dalam diri aku. Aku, yang aku tahu pencinta kasih sayang. Kasih sayang adalah sesuatu yang utama dalam hidup aku. Biar kurang harta tetapi kaya dengan kasih sayang. Setiap insan yang hadir dalam hidup aku ibarat cahaya yang menyuluh kehidupan aku, ibarat setitis kebahagiaan yang melebar ke segenap ruang hidup aku. Ketawa, airmata adalah penyeri hidup aku. Insan-insan yang hadir dalam hidup akulah yang mencorakkan seribu rasa, seribu perkara yang menjadikan aku tetap aku. Aku adalah seorang yang penuh dengan persoalan dalam kehidupan. Aku hidup dengan gaya dan cara yang tersendiri. Aku belajar di tadika sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Banyak yang aku pelajari yang menjadikan aku lebih dewasa, yang menjadikan aku lebih mengerti. Aku belajar tentang persahabatan, kasih sayang, cinta, pengorbanan, kesetiaan, pengharapan dan sebuah penantian dalam kehidupan seorang yang bergelar aku. Dalam hidup aku, ramai orang datang dan pergi. Ada yang singgah memberi cinta, kasih sayang, pengharapan, penantian, persoalan, jawapan dan kemudian berlalu dan terus pergi. Ada yang berteduh seketika untuk dikasihi. Ada yang masih kekal di sisi, ada yang kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Begitulah silih bergantinya insan-insan dalam kehidupan aku. Namun segalanya aku hargai sebagai kenangan dan kehidupan yang terindah. Rentetan perjalanan hidup aku bermula dari buaian hinggalah aku sudah dewasa kini. Zaman kanak-kanak yang dilalui cukup memberi pengalaman yang bermakna buat aku. Aku masih ingat sewaktu aku berumur 11 tahun. Aku tinggal di asrama. Aku menjalani kehidupan kanak-kanak yang agak terkesan dihati. Aku tidak berkawan dengan sesiapa pada waktu itu. Aku hanyalah aku yang sendirian mencari diri. Diam adalah dunia aku. Hanya melihat tanpa berkata, hanya mendengar tanpa bersuara. Aku masih tidak mengenal apa erti kawan, aku masih tidak mengenal apa itu senyuman. Persahabatan pada aku, tidak pernah pun terlintas di fikiran. Hadirnya seorang kawan.. Membawa aku dari kemurungan kepada keceriaan. Aku menjadi seorang yang sudah mampu tersenyum walau tidak semanis madu. Kawan banyak mengajar aku tentang pelajaran, bagaimana menguruskan diri di asrama. Aku masih ingat, kawanlah yang selalu menolong aku mengemas almari, katil, dan kadang-kadang menolong aku membasuh pakaian. Itulah erti kawan yang aku kenal pada usia terawal 11 tahun yang memberi aku nilai persahabatan yang tinggi. Itulah kawan yang memberi aku kegembiraan. Sungguh, aku amat gembira mempunyai kawan-kawan. Walau aku ada kawan, kadang-kadang perasaan kanak-kanak aku tetap tidak merasa keikhlasan untuk bergembira. Aku sering merasakan rendah diri sewaktu bersama kawan-kawan lain. Jiwa kanak-kanak aku terlalu sukar untuk di fahami. Mungkin itulah yang dinamakan kanak-kanak. Sewaktu kawan-kawan aku bermain, aku tidak bermain. Aku hanya duduk memandang mereka yang bermain. Aku terlalu sukar untuk bergaul dengan kawan-kawan. Aku memang tidak pandai untuk beramah mesra, apatah lagi bergurau. Setiap pandangan aku, penuh dengan yang tersirat dan tersurat. Hati dan jiwa aku tidak pernah bersatu. Fikiran aku sentiasa melayang. Langkah aku terasa tidak berisi. Aku tidak gembira tinggal di asrama. Aku ingin kembali ke sekolah lama aku. Masa terus berlalu. Aku tidak mampu lagi berjauhan dengan keluarga aku. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk meninggalkan asrama tanpa pengetahuan ibu bapa aku. Aku masih ingat sewaktu aku mengemas beg untuk lari dari asrama. Kebetulan ibu bapa aku datang. Puas aku dipujuk untuk terus tinggal di asrama. Namun aku degil, aku tetap ingin keluar dari asrama. Akhirnya ibu bapa aku akur dengan keputusan aku. Aku masih ingat wajah kecewa dan airmata ibu bapa aku waktu itu. Sungguh aku mengikut perasaan aku pada waktu itu. Aku masih tidak mengerti dan memahami kehidupan yang terhampar di hadapan aku. Aku hanya mengikut perasaan dan apa yang aku mahukan. Aku kembali ke sekolah lama aku. Aku di sambut baik oleh kawan-kawan lama aku. Aku menjadi pelajar pilihan di sekolah. Waktu itu aku berumur 12 tahun dan dalam darjah 6. Aku adalah pelajar yang tergolong dalam impian sekolah untuk mendapat 4A. Aku sudah ada kawan-kawan baik. Di sekolah aku belajar, makan bersama mereka. Setiap kerja sekolah aku akan berbincang dengan kawan-kawan. Kadang-kadang aku akan meniru kerja sekolah kawan-kawan aku. Kadang-kadang kawan-kawan akan meniru kerja sekolah aku. Begitulah indahnya dunia aku bersama kawan-kawan. Makan pun sepinggan, minum pun secawan dengan mereka. Indahnya zaman kanak-kanak dulu menjadi bayangan aku. Masa kian meninggalkan jauh kenangan itu. Keputusan UPSR aku tidak seperti yang aku impikan. Kekecewaan membawa aku melangkah ke tingkatan satu juga. Aku kembali tinggal di asrama. Bermula satu lagi episod dalam sejarah kehidupan aku. Ibu dan bapa aku sudah berpesan agar, jangan buat perangai seperti dulu lagi. Aku berazam dan berjanji pada diri tidak akan mengulangi sejarah itu lagi. Biarlah sejarah hanya menjadi sejarah yang tidak akan berulang. Aku terpisah dari kawan-kawan sekolah rendah aku. Aku sudah tidak mampu berada di sisi mereka lagi kerana mereka semua bersekolah di kampung aku. Hanya aku yang berjaya mendapat sekolah berasrama. Aku menjalani kehidupan yang tiada ceria tanpa mereka. Aku kembali menjadi seorang yang pendiam dan pemalu. Jarang sekali mendengar suara aku. Aku tiada teman rapat yang boleh berkongsi suka dan duka. Aku hanya menjalani kehidupan aku yang biasa. Walau ramai di sekeliling aku, aku tetap rasa sendirian. Tiada kawan yang mampu mengisi ruang kekosongan aku pada waktu itu. Aku hanya menumpukan pada pelajaran. Setiap minggu aku akan balik rumah. Di rumah ada kebahagiaan untuk aku. Aku lebih gembira bersama keluarga aku. Aku ada adik yang sentiasa membuat aku tersenyum. Balik kampung, aku akan berjumpa dengan kawan-kawan baik aku. Aku akan menghabiskan ,masa bermain dan bergurau bersama mereka. Walau sentiasa jauh dimata, aku sentiasa mengingati dan menyayangi mereka. Kehidupan di asrama adalah kehidupan yang terpaksa aku lalui. Setiap hari mengikut rutin yang ditetapkan. Bangun awal, pergi sekolah, ‘prep siang’, ‘prep malam’, semuanya mesti mengikut masa yang ditetapkan. Aku bukanlah orang yang suka menimbulkan masalah, jadi aku jalani rutin dengan baik mengikut masa yang ditetapkan. Hubungan aku dengan kawan-kawan di kampung dulu sudah semakin jauh. Aku sudah tidak lagi rapat dengan mereka seperti dulu. Mereka juga makin jauh dari aku. Aku cuba juga untuk merapatkan kembali perhubungan kami, namun aku sendiri tidak tahu mengapa dan kenapa hingga persahabatan kami berkubur tanpa bernisan. Itulah persahabatan yang paling aku sayang. Aku akui, jarak, masa, kesibukan, dan faktor persekitaran lain yang merenggangkan hubungan aku dan kawan-kawan. Patah tumbuh hilang berganti. Persahabatan, kasih sayang, memang begitu. Ada yang kekal dan ada yang sementara mengikut keadaan, masa, situasi dan keperluan. Dalam diri aku, aku tetap mengingati dan menyayangi insan-insan yang pernah hadir rapat dalam kehidupan aku. Dalam tingkatan tiga aku berkawan rapat dengan kawan-kawan yang lain. Aku kembali bersahabat baik dengan beberapa kawan sekelasku. Banyak suka duka aku lalui bersama mereka. Aku masih teringat, aku dan mereka tinggal dalam bilik sakit asrama. Di situ adalah tempat aku dan mereka lepak dan belajar. Bilik itu bagaikan sudah menjadi bilik peribadi aku dan mereka. Sehinggalah aku dan mereka di beri amaran agar mengosongkan bilik tersebut. Bilik tersebut adalah bilik sakit dan bukan bilik khas untuk aku dan mereka. Dalam bilik itu juga aku membela kura-kura. Namanya ‘turtle’. Itu adalah kura-kura kesayangan aku. Setiap hari mesti aku akan bermain dengan kura-kura walau sesibuk mana pun aku. Kawan-kawanlah yang banyak mencorak hidup aku untuk menjadi lebih gembira. Aku selalu keluar asrama tanpa kebenaran warden asrama. Kenakalan zaman persekolahan dulu tetap aku rindui. Banyak perkara aku lakukan bersama mereka. Dari segi pelajaran, kehidupan dan segala apa yang aku lalui, suka dan duka. Aku mula terasa terisi dengan kehadiran mereka. Aku belajar untuk lebih menghargai. Aku masih ingat, aku dan kawan-kawan baik aku selalu menghabiskan masa di luar. Makan, sembang-sembang, lepak-lepak. Kami ketawa dan bergurau bersama. Ada ketikanya aku akan berkongsi suka duka bersama kawan-kawan aku. Itulah dunia aku, bersama kawan-kawan. Peperiksaan PMR sudah dekat, aku masih leka bermain bersama kawan-kawan. Pelajaran, aku hanya acuh tak acuh belajar. Pergi sekolah aku selalu tidur. Peperiksaan makin hampir. Aku barulah belajar bersama kawan-kawan. Malam pun aku belajar juga dalam gelap kerana lampu asrama telah dipadamkan tepat pukul 11.00 malam. Kerana bimbangkan peperiksaan, harapan ibu bapa dan keluarga, aku gagahi juga belajar dengan tekun. Sampai pagi aku belajar. Harapan agar aku mampu mendapat keputusan yang baik. Satu hari, aku belajar bersama teman sebelah aku. Teman sebelah aku memasang lilin di dalam bekas plastik. Aku sangat mengantuk lalu tertidur. Tanpa aku sedari lilin terjatuh dan telah menyebabkan kebakaran yang hanya di sebelah katil aku. Api makin marak, aku masih tidur dengan lena. Sampailah aku di kejutkan oleh teman sebilik aku. "Bangun, api!!," jeritnya sambil menggoyangkan badan aku. Aku masih lagi terlena. Tiba-tiba aku kena simbah dengan air. "Woi, bangun". Barulah aku tersentak dan terbangun dari tidur. Aku terkejut melihat api di sebelah. Aku terjun dari katil. Terpinga-pinga, seakan-akan mimpi. Tapi itulah kenyataannya Aku segera menolong kawan-kawan memadamkan api. Habis tilam terbakar. Siling bilik aku hitam kerana terkena asap. Elektrik terputus. Gelap!! Esok paginya aku tetap ke sekolah walau malam berperang dengan api. Alhamdulillah, semua selamat. Tiada apa-apa yang berlaku. Hanya sedikit barang-barang yang tidak dapat di selamatkan. Selepas kebakaran itu, aku dan kawan-kawanlah yang mengemas dan mengecat semula bilik itu. semuanya sudah kembali seperti sediakala. Peperiksaan sudah tiba akhirnya. Aku menjawab peperiksaan dengan sedaya mungkin. Aku tahu, aku tidak akan mendapat keputusan yang cemerlang kerana aku tahu siapa aku. Tekaan aku benar belaka. Aku tidak dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Itulah hasil dari aku belajar, tidur dan bermain. Balik rumah aku kena soal macam-macam. Aku hanya terdiam. Sekali lagi aku mengecewakan harapan ibu bapa aku. Namun ibu bapa aku tidak menekan. Tetapi aku tahu jauh di sudut hati, harapan mereka sudah berkecai dengan keputusan PMR aku. Aku rasa bersalah dengan apa yang terjadi. Aku tidak mampu membahagiakan mereka dengan keputusan yang cemerlang. Kawan-kawan aku mendapat keputusan yang lebih baik dari aku. Aku masuk tingkatan 4 dalam aliran Sains Ikhtisas. Aku ambil perakaunan, ekonomi dan matematik tambahan. Sekali lagi aku bermain. Pelajaran tidak aku pedulikan. Aku sering tidur dalam kelas perakaunan, kerana aku benar-benar tidak minat. Aku suka kelas ekonomi sahaja. Sejarah pun aku selalu gagal. Aku makin tidak minat dengan pelajaran. Waktu kelas perakaunan, aku selalu tidur, selalu juga kena tegur. Ujian selalu, cukup-cukup makan saja. Matapelajaran lain pun macam itu juga. Aku sendiri tidak tahu harus bagaimana. Setiap hari pergi ke kelas macam terpaksa. Tidak tahu ke mana semangat aku. Aku hanya seronok bermain dengan kawan-kawan di luar. Aku menyertai permainan badminton. Selalu juga aku habiskan masa dengan bermain badminton. Aku juga banyak menyertai pertandingan melukis. Waktu itu, melukis ialah jiwa dan hati aku sedangkan bukan bidang yang aku ambil pada waktu itu. Aku sendiri tidak tahu kenapa minat aku ke arah itu. Dalam kelas pun, kadang-kadang aku melukis waktu cikgu mengajar. Kenangan terindah aku, waktu aku menang pertandingan melukis di satu pertandingan. Aku masih ingat dengan piala yang aku dapat dahulu. Naib Johan, itu adalah hadiah bermakna buat aku. Di peringkat sekolah, aku juga pernah memenangi pertandingan badminton. Terdapat sedikit kegembiraan buat aku walau pelajaran aku tidaklah hebat macam orang lain. Masuk tingkatan 5, aku mula belajar dengan baik. Aku mula ceria dalam kehidupan. Peperiksaan SPM aku agak memuaskan. Itu adalah usaha gigih aku. Aku benar-benar belajar. Namun keputusan itu sahaja yang menjadi milik aku. Aku dapat masuk universiti, namun aku menolak tawaran kerana ibu bapa aku ingin menghantar aku ke kolej yang ibu bapa aku pilih. Aku menerima keputusan dan pilihan keluarga aku kerana aku tahu itu yang terbaik. Sudah banyak aku mengecewakan keluarga kerana kenakalan aku. Kali ini, aku memilih untuk pergi ke kolej tersebut. Aku tahu itu adalah tempat yang terbaik untuk aku. Aku akan belajar menjadi seseorang yang lebih baik. Aku tinggalkan kawan-kawan aku. Aku pergi ke kolej. Hari pertama di kolej amat perit untuk aku. Hebatnya dugaan dalam diri untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Hari-hari aku menangis kerana rindukan keluarga aku. Terasa juga aku ingin kembali ke kampung, namun mujurlah kakak aku ada bersama yang menjaga dan memberi semangat agar aku makin kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang. Akhirnya aku berjaya juga menjadi insan yang berguna..aku kian melangkah menuju cita-cita atas usaha, doa, dan tawakkal.. Aku.. Cerita tentang aku adalah suatu cebisan kenangan dulu. Kenangan yang menjadikan aku seperti hari ini. Aku..setiap orang adalah AKU..siapa kita tanpa kenangan? Siapa kita tanpa suka dan duka? Siapa kita tanpa dugaan? Siapa kita tanpa cinta? Siapa kita tanpa ibu bapa? Siapa kita tanpa kawan-kawan? Aku..itulah catatan perjalanan hidup kita sebenarnya..
wei bpe byak aku ntah...pening kpala aku mmbaca aku2 di dlam aku...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ok jgk cite ni..kte x bersendirian di dunia ni.sume yg ada mewarnai kehidupan seharian.truskn usaha anda...