Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Yui Ito, 16 tahun. Ketinggian 1.58m. Lahir di Kuala Lumpur dan menuntut di Tokyo International School. Wakil daerah bagi balapan, tennis, bola keranjang dan judo. Rekod tanpa kalah sejak memulakan karier dalam bidang sukan." Ramli Ismail membaca kuat profil pelajar daripada fail peribadi yang ditemuinya diatas meja utama dewan makan itu. Entah mengapa dia berminat benar dengan calon yang membawa seribu-satu persoalan bagi mereka itu. Manakan tidak, kesemua calon akhir bukanlah calang-calang orang. Masing-masing sudah punya nama dalam arena sukan di Malaysia. Tetapi siapa Yui Ito?
"Bola keranjang? Hah! Jangan buat aku tergelaklah. Pendek macam tu, tak kan dia boleh masuk pasukan basket?" Daniel mempersendakan Yui. Yang lain tergelak besar.
"Orang kat Jepun tu kontot-kontot agaknya! Pasal tu dia boleh masuk!" Raj Nathan menyampuk, menghangatkan lagi keadaan. Yang lain tergelak mendengar sindiran itu.
"Thanks for the introduction. Korang boleh panggil aku Yui! Yoroshiku!" Sedikitpun tidak terasa hati dengan usikan itu. Yui mengheret beg pakaiannya masuk kedalam dewan makan lalu membongkokkan sedikit tubuhnya, minta diberi tunjuk ajar. Sukar baginya meninggalkan tabiat orang Jepun yang sudah sebati dalam diri.
Setelah puas mencari akhirnya berjumpa juga dengan destinasi yang dicari, Dewan Sri Tanjung. Itupun mengikut deria hidungnya yang tersangat sensitif dengan bau makanan. Melihat ekspresi keliru Ramli, Wei Kiat, Raj dan Daniel, dia cuba menukar tajuk.
"Makanan dah sedia belum? Laparlah!" Soalnya. Yang lain tersengih lalu menggeleng melihat karenah gadis itu. Yui! Gadis itu memang lain daripada yang lain.
"This is a piece of shit!" Ramli mencampak fail peribadi milik Yui ke lantai, mendarat pada kaki gadis itu. Ternyata Yui menjengkelkannya. Sinis, Ramli puas dengan perlakuannya.
Yui mengutip fail tersebut. Hatinya bengang, namun hasil latihan Uncle membuat dia bijak mengawal situasi seperti itu. Sabar Yui! Sabar!
"Ramli Ismail, 1.77m, 62kg. Lahir di Nilai, Negeri Sembilan pada 23 Februari. Bersekolah di SMK Gemilang. Memegang jawatan Ketua Kelas, Pengerusi Quarter Master Sekolah, Bendahari Kelab Usahawan Muda, dan merupakan anak murid kesayangan Pengetua kerana setiap kali pasukan bola sepak Gemilang menang pasti pihak sekolah akan menerima habuannya. Seorang yang panas baran. Kelemahan kau terletak pada sepakan dipenjuru padang, kerana ianya sering tersasar jauh. Sebab itu kebanyakan serangan kau datang daripada tengah! Kerana sesuai sangat kedudukan itu untuk sepakan kilat kau yang terkenal tu. Betul tak? But I bet you can not perform if the field is wet! Tendangan kilat tu tak kan menjadi nanti, momentumnya tak akan sekuat apabila padang kering!" Lancar Yui menutur, sinis. Membuat Ramli, Wei Kiat, Raj dan Daniel terkesima, tak terkata apa. Tiada kata balas daripada rakan-rakan barunya itu, Yui meneruskan laporan.
"Chong Wei Kiat, 1.73m, 59kg. Malaysia’s Prince of Tennis. Lahir di Kuala Lumpur pada 10 Jun. Anak tunggal bagi Bussiness Woman Tan Swee Lan dan jurulatih tennis, Coach Chong Tay Kim. Ibu bapa kau bercerai tiga tahun yang lepas dan aku rasa sebab itu kau beri 100% perhatian pada tennis. Psychological remedy I guess! Tekanan daripada ibu pula membuat kau perlu cemerlang dalam akademik. Seorang yang memendam rasa dan sangat pendiam. Emm… Apa lagi? Oh ye! Kau mengagumi Ryoma Echizen* bukan? Karektor tu memang hebat! I have the whole set of the manga! Kalau kau nak, aku boleh pinjamkan." Yui tersenyum pada Wei Kiat yang berkerut dengan peluh dingin di dahi. Dia tertekan apabila soal peribadi itu dibangkit. Marahnya mula membenih.
"Raj Nathan, 1.80m, 70kg. Penyerang terbaik Selangor tahun ini. Sebab apa agaknya? Emm… Tekaan aku pada Shamila Devi. Tutor peribadi kau yang dua tahun lebih tua. Betul tak? Cantik orangnya, ala-ala pelakon Hindustan. Prestasi kau melambung bila setiap kali si puteri pujaan muncul di perlawanan memberi sokongan. Tapi pada perlawanan peringkat zon dua bulan lepas, apabila kau bertemu dengan Sri Iskandar, apa yang berlaku Raj? Jarang sekali kau tersasar apabila membuat rembatan. Lebih memalukan lagi tiga kali berturut-turut. Shamila tak datang ye? Emm… Lahir pada 9 Disember, Sagitarius memang terbawa-bawa dengan emosi sikit! That’s not very good you know." Yui tersenyum sengih, dengan gayanya bak pakar psikologi. Seterusnya perhatiannya dialih pada Daniel Iskandar.
"Last but not least, the great Daniel Iskandar, 1.85m, 74kg. Pertamanya, tarikh lahir kita samalah! 10 Mei. Cumanya kau terkeluar awal setahun daripada aku. Hehe! (tersengih) Pengumpul mata tertinggi individu bagi dua musim berturut-turut. Kau memegang gelaran raja Slam Dunk yang sememangnya menggerunkan pihak lawan. Impressive! Tapi Daniel, sorry to say, kau sempurna hanya untuk diri kau, tidak bagi pasukan kau! Basketball is all about teamwork! Walau kau menyumbang paling banyak mata bagi pasukan basket SS Wira*, kenapa SS Wira tak mara ke peringkat akhir pun? Kau ada masalah nak berpisah dengan bola tu ke bila dah dapat rampas daripada pihak lawan? Atau kau rasa, ahli pasukan kau tak cukup bagus untuk jaringkan gol? Tak baik tau gila kuasa!" Yui selamba. Dengan memek muka yang melucukan, Sambil menggeleng, dia menggerak-gerakkan jari telunjuk ke kiri dan ke kanan. Ish! Ish! Tak baik buat macam tu.
"SHUT UP! Kau tak tahu apa-apa pun pasal aku!" Daniel Iskandar menyinga. Benci dengan realiti yang baru didengarinya sebentar tadi. Siapa sebenarnya dia ni? Macam mana dia boleh tahu semua perkara tu? Tanda tanya menyelubungi semua ahli ruangan itu. Bagi Yui – Dengan memek muka, dia mengangkat bahu.
"Kalau kau dah cakap macam tu, I’m done!" Ringkas jawapannya. Tersenyum pendek sambil membetulkan duduknya pada meja yang tidak jauh daripada Ramli, Wei Kiat, Raj dan Daniel. Sekarang, adakah aku dah tergolong dalam golongan ‘bukan calang-calang’ tu? I guess so! Hati Yui berbicara sendiri, girang.
Bunyi tepukan tangan dari pintu masuk dewan makan, menarik perhatian kesemua ahli baru SMT Mahkota itu.
"Nampaknya kamu semua dah berkenalan. Bagus! Memudahkan kerja saya. Now, make a line behind the table!" Ghani mengarah, menunjuk pada meja utama yang menempatkan fail-fail peribadi pelajar yang dibelek Ramli tadi. Ramli, Wei Kiat, Raj, Daniel dan Yui akur, membawa sekali segala perkakasan mereka.
"Masuk!" Jerit Ghani tiba-tiba, tegas. Serentak dengan itu bising bunyi tapak kaki mula memenuhi ruang dewan makan itu. Barisan pelajar memasuki Dewan Makan Sri Tanjung satu-persatu. Pelbagai variasi antara mereka. Hitam ada, putih ada, kuning ada, sawa matangpun ada. Tapi yang jelas gaya dan fizikal kesemua mereka adalah hasil rejimen latihan yang ketat.
"Whoa! Sugoi*!..." Yui terpesona dan kagum. Kepala dan tubuhnya aktif, ghairah meneliti barisan pelajar-pelajar SMT Mahkota. Perbuatannya membuat Daniel yang berdiri di sebelah mula hilang sabar.
"Hei pendek! Kalau kau bergerak-gerak lagi sekali, aku akan pastikan kau bertambah pendek lagi lepas ni!" Daniel sedaya-upaya menahan marahnya. Tidak mahu menjadi perhatian di depan satu sekolah! Aku rasa macam nak tukul-tukulkan saja si Jepun celup ni! Biar dia terbenam dalam lantai ni terus. Daniel memendam rasa.
Yui memandang Daniel semacam. Dijauhkan dirinya selangkah ke belakang dengan riak wajah yang berkerut.
"Kau ada ilmu sihir ye? Kau pakai mentera apa nak jadikan aku pendek?" Yui serius bertanya. Kononnya ketakutan. Namun jauh disudut hatinya dia mengharap lawaknya itu akan melembutkan hati Daniel.
Daniel sedikit menggigil, Matanya dipejamkan memandang tepat ke depan dan nafas panjang diambil. Buku limanya semakin erat digenggam. Tiupkan kesabaran dalam hatiku ya Allah! Yui sekadar tersenyum melihat Daniel yang hilang kata.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
walaupun ada sedikit pengaruh dari komik jepun tapi sy suka...