Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ketua asrama, cukup semua ahli awak?" Ghani menjerit kuat di depan semua pelajar Mahkota.
"Asrama puteri cukup Coach!" Lantang suara Raihan menjawab.
"Razif?" Ghani mengalih pandangnya pada pelari pecut 100m itu. Namun belum sempat Razif menjawab, Malik teruja menyahut.
"Hari ni cukup Coach! Luqman turun padang pagi ini." Setelah sekian lama dia bersusah payah mengejut mamat ni, tidak pernah berjaya! Hari ni betul-betul pecah rekod.
"Woo!" Semua warga Mahkota kekaguman. Perhatian diberi sepenuhnya pada jaguh renang itu. Luqman mula cuak, melihatkan mata-mata yang memandangnya dia sekadar menunduk sekali dan mengangkat tangannya sedikit. Wajah serius tak hilang dari mukanya.
"Great! That’s enough! Dah lama sangat kita asyik dengar Razif melaporkan ‘tak cukup Coach’. Terima kasih Malik dengan pengumuman tak diundang kamu tu! Tetapi, selain daripada Luqman hadirkan diri hari ni, saya ada satu lagi berita tergempar!" Nada bersahaja Ghani tiba-tiba bertukar serius. Cakap-cakap pelajar mula meriuhkan suasana. Masing-masing membuat spekulasi mereka.
"Saya terima laporan daripada Pak Din, pengawal keselamatan kita, dia ada melihat lembaga pelajar berlari dari asrama putera masuk ke asrama puteri kurang sejam yang lepas!" Ghani mengumumkan serius. Serentak itu suasana kecoh timbul. Selain riaksi pelajar-pelajar lelaki yang menelan liur bimbang tuduhan akan dilempar pada mereka kerana menceroboh asrama perempuan, tidak kurang juga pelajar perempuan yang menjerit-jerit kecil kerana merasa keselamatan mereka dalam bahaya. Tiba-tiba Malik terlolong menjerit mengangkat tangan, inginkan perhatian. Suasana tertumpu pada dia… Lagi!
"Coach! Saya rasa saya tahu Coach! Saya tahu siapa penceroboh tu?" Malik bersungguh. Aku dah agak dah! Memang aku tak mengigau pagi tadi!
"Apa yang awak tahu Malik?" Ghani seperti hendak tak hendak melayan anak muridnya yang seorang itu. Malik memang terkenal dengan perangainya yang suka membuat kecoh.
"Ada perempuan ceroboh masuk ke dalam asrama putera pagi tadi. Saya sendiri terserempak dengan dia." Malik tidak bergurau. Namun…
"Aalah!... Aku hempuk juga kau Malik!"
"Kita tengah serius, dia boleh buat lawak pula!"
Kepala Malik disekeh rakannya. Pelajar perempuan ada yang mencicit tergelak, lucu dengan ekspresi Malik yang benar-benar serius. Masing-masing tak puas hati dengan tindakannya. Masakan perempuan ceroboh asrama lelaki. Dalam kabut itu, Yui sudah menikus. Mampus aku!
"Wei aku serius la! Kalau korang tak percaya tanya Luqman dengan Daniel." Malik bersungguh. Dia terjengkit-jengkit mencari seorang dalam barisan para pelajar itu. Mana si pendek tu?
"Yui! Kau ceroboh masuk bilik Luqman dengan Daniel kan?" Malik lantang sebaik wajah pucat Yui menjelma dalam pandangannya.
"Hah!" Yui dah ternganga besar. Pelajar yang lain terdiam tiba-tiba. Yui menjadi perhatian mereka. Baru dua hari di Mahkota, populariti gadis itu mengalahkan artis.
Melihatkan sahaja reaksi anak didiknya itu, Ghani sudah mengagak jawapan bagi semua tuduhan tersebut. Kenapa kamu berani sangat Yui?
"Luqman, Daniel! Betul ke pagi tadi bilik awak kena ceroboh?" Ghani serius lagi tegas. Sengaja dia mengelak bertanya pada Yui, dia khuatir sifat jujur gadis itu akan menyebabkan segala usaha dia selama tiga bulan ini menjadi sia-sia. Harapnya Luqman dan Daniel tak mengaku! Malulah diorang kalau bilik diorang diceroboh pelajar perempuan. Ghani membuat andaian sendiri.
Suasana sunyi, menunggu jawapan Luqman dan Daniel yang masing-masing memilih untuk berdiam diri. Masing-masing buat bodoh, bersahaja ekspresi mereka berdua.
"Kenapa Coach tak tanya Yui saja? Dia yang ceroboh masuk! Saya yakin Coach! Dia siap cakap bahasa Jepun lagi dengan saya. Siapa lagi orang Jepun kat sini kalau bukan Yui Ito." Malik cuba menegakkan keadilan. Dia berharap benar, kali ini biar tomboy Jepun itu bertemu buku dengan ruas.
Perhatian kembali kepada Yui. Gadis itu tersengih-sengih macam kerang busuk. Busted!
"Coach!" Luqman mengangkat tangan tiba-tiba.
"Memang ada orang ceroboh masuk bilik saya pagi tadi!" Kenyataan pemuda itu membuat pelajar lain berpandangan sesama sendiri, terkejut. Masing-masing menunggu kata-kata seterusnya daripada Luqman.
Malik sudah tersenyum simpul. Siaplah kau Yui!
Daniel melontar pandangan terkejut pada Luqman. Tak kan kau nak serahkan Yui pula?
Jantung Ghani sudah berdegup kencang. Oh no!
Yui memejam erat matanya serapat mungkin, bersedia mendengar namanya disebut. Habislah aku!
"Malik!... Taiko yang ceroboh bilik saya pagi tadi!" Selamba Luqman menutur. Pelajar yang lain sudah keliru sangat-sangat! Diorang ni tengah buat lawak ke?
"Hah?!" Jawapan pelajar lain dan juga Ghani.
"Kan betul aku cakap! Yui ceroboh masuk bilik Luqman dengan Daniel." Malik tersenyum sengih masih tak sedar bahawa nama dia yang disebut Luqman. Semua memandang ke arahnya.
Daniel semakin galak memerhati Luqman, penuh tanda tanya. Apa yang berlaku sebenarnya antara kau dengan Yui?
Rahang Yui jatuh ke bawah! Dahinya berkerut. Cepat-cepat dia mencari Luqman. Wajah Luqman tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Tatkala mata mereka bertembung, Yui segera berpaling. Cemas. Kenapa?
"Betul ke Malik, awak yang ceroboh masuk bilik Luqman!?" Ayat Ghani antara rasa terkejut dan juga soalan. Ini dah jadi kes lain ni!
"Hah! Apa pula aku yang ceroboh bilik kau Luqman? Kau mengigau ke Luqman." Malik baru sedar kenapa semua perhatian itu beralih padanya. Dia tak puas hati dan bersemuka dengan pemuda yang menuduhnya itu.
"Ada tak kau datang bilik aku pagi tadi?" Luqman bertanya.
"Ada! Tapi…" Malik ingin membela diri.
"Jadi betullah kau yang ceroboh masuk bilik aku?" Desak Luqman.
"Apa kejadahnya aku nak ceroboh masuk bilik kau!" Malik tension, tertekan. Arghh! Yui!!!
"Sudah! Cukup tu! Saya akan siasat perkara ini. Sekarang kita teruskan dengan larian kita. 10 minit untuk panaskan badan. Kamu akan lari untuk 10km hari ini. Mula sekarang!" Ghani sedikit menjerit. Dia sedar akan hakikat pelajar-pelajar lain yang dah mula bosan dengan semua drama ini. Walau dia tak mengerti apa yang dah terjadi sekurang-kurangnya Yui selamat. For now! Siaplah kau Yui!
TIGA BELAS
Tiada Rahsia Lagi
Anggaran kilometer bagi satu pusingan kawasan Sekolah Menengah Tinggi Mahkota itu adalah kira-kira 5km. Luas, memang luas! Dilengkapi dengan bangunan akademik, 2 buah asrama, Dewan perhimpunan Mahkota, kantin, stadium mini bagi setiap sukan renang, bola keranjang, badminton, dan squash, 3 gelanggang terbuka tennis, kompleks sukan gimnastik, stadium balapan dan juga padang bola sepak. Sesiapa sahaja akan kagum dengan infrastruktur yang terdapat di Mahkota.
Untuk menamatkan larian untuk hari ini dua pusingan perlu dilakukan warga Mahkota. Tidak dapat dipastikan apa sebabnya, mereka bingung dengan perlumbaan individu yang berlaku antara Yui dan Luqman. Seawal permulaan larian, Luqman sudah membuka langkahnya dan dari belakang dirapati pantas oleh Yui. Tiba di kilometer pertama, kelibat mereka sudah hilang dari pandangan pelajar-pelajar yang lain. Daniel yang mengekori rapat di belakang juga hilang arah tuju apabila jejak kedua-dua rakannya itu lesap begitu sahaja. Apa yang berlaku antara diorang berdua sebenarnya? Fikir Daniel, bermain teka-teki.
"Here will be O.K.!" Akhirnya Luqman menamatkan lariannya. Mereka melencong masuk ke dalam stadium bola keranjang. Menarik nafas panjang, dia cuba mengurangkan mengahnya. Melihatkan Yui yang bagai tidak terkesanpun dengan larian pantas yang baru dilalui mereka, Luqman kekaguman.
"Kau kena belajar macam mana nak kawal pernafasan dengan betul! Kau terlalu banyak guna tenaga. Membazir betul!" Tegur Yui jujur. Peluh yang terbit di wajahnya dilap menggunakan kain tuala yang sememangnya sedia ada di leher.
"Kau menakjubkan untuk seorang amatur! Aku percaya ini pasti latihan Coach Ghani kan?" Luqman membuat tekaan. Sudah terlalu lama dia tidak mendapatkan khidmat Ghani. Banyak yang dia dah lupa. Seawal kemasukannya ke Mahkota dulu, Ghanilah kekuatannya di sini. Dari lenggok Yui menghayun rentak kaki, dia sudah tahu itu adalah didikkan lelaki itu.
Yui terkesima mendengar kata-kata Luqman. Jaguh renang itu semestinya punya banyak pengalaman dalam arena sukan. Luqman tersengih melihat reaksi Yui.
"Aku masuk ke sini juga kerana latihan Coach Ghani. Dia carikan aku penaja untuk ke Mahkota!" Jawab Luqman ringkas. Pernafasannya sudah stabil semula.
Memproses maklumat yang diterimanya, semakin berminat Yui untuk mengetahui siapa dia Luqman Hakim.
"Terima kasih cover aku tadi!" Yui ceria, teringatkan kontroversi yang berlaku sekejap tadi. Luqman tergelak kecil teringat kekecohan tadi.
"Kau ni memang gila!" Luqman tidak dapat menyembunyikan rasa lucunya.
"Aku percaya ada sesuatu yang kau nak bagitahu aku?" Soal Luqman. Yui dipandangnya dengan pandangan redup. Pandangan yang selalu diberinya buat arwah Mak.
"Aku nak kenal kau dengan lebih rapat lagi. Aku nak tahu siapa Luqman Hakim. Boleh kita jadi kawan?" Yui menghampiri Luqman, menghulurkan salamnya.
"You’ve got to be kidding me!" Luqman tersenyum buat pertama kali di depan gadis itu.
"Kau paksa aku bangun pagi, menceroboh bilik aku dan lalui semua ini hanya untuk bersalam dengan aku? Berkenalan dengan aku?" Melihatkan huluran salam gadis itu, dia menyambutnya senang hati.
"Luqman Hakim Omar! Nice to meet you. Puas hati? Sekarang aku nak sambung tidur aku! Jangan kacau aku lagi lepas ni ya!" Luqman sinis. Genggaman salam Yui dilepaskannya. Membelai lembut kepala gadis itu dia mula melangkah untuk beredar. Yui dirasakan seperti adik-adiknya sehaja.
"Luqman!" Langkah Luqman terhenti. Badannya dipusing semula, bertentang dengan Yui.
"Apa lagi?" Tanya Luqman malas.
"Aku Yui Ito.... Tidak! Aku Yuhanis Omar! Anak Omar Zulkifli. Omar Zulkifli… ayah kau. Aku adik kau Luqman!" Dalam terpaksa Yui menuturkan hakikat itu. Melihatkan riak wajah Luqman yang berubah tiba-tiba, dia tahu pasti sukar untuk lelaki itu menerima kenyataan ini.
"Apa yang kau merepak ni? Aku… Aku tak ada adik!" Melihatkan wajah serius Yui, ekspresi Luqman bercampur aduk. Dalam sengih dan terkejutnya, dia menganggap kata-kata itu sebagai gurauan.
"Tak ada masa aku nak bergurau tentang benda-benda macam ni! Aku… Aku nak ajak kau ke Jepun, Papa sedang sakit tenat sekarang… Dia nak jumpa kau! Dia nak kenal kau!" Pinta Yui mengharap. Aku tak boleh berpatah balik sekarang!
"Aku tak ada Ayah! Ayah aku dah mati sejak aku kecil lagi!" Pahit kata-kata itu bagi dirinya. Tidak mengerti akan perasaannya sendiri, Luqman pedih berdepan dengan realiti yang datang mengejut ini.
Bagai tamparan hebat menerima kata-kata Luqman itu. Yui mara mendapatkan Luqman yang kaku di depannya. Tamparan kuat hinggap ke pipi kiri Luqman, membuat pemuda itu terkesima. Memegang pipinya yang kemerahan, wajah Yui dengan genangan air mata dilihatnya.
"Macam mana kau boleh cakap macam tu? Dari kecil Papa bercerita tentang kau pada aku! Segala-galanya Luqman Hakim! Semua tentang kau menjadi kebanggaan Papa! Sekarang kau boleh cakap yang ayah kau dah lama mati! BAKA’*! Aku tak sangka abang aku macam ni!" Yui meluahkan perasaan marahnya. Air mata yang mengalir dikesatnya. Aku tak boleh jadi lemah! Aku kena kuat! Kau kena kuat Yui!
"Memang aku bukan abang kau! Seumur hidup aku, aku tak pernah ada adik! Kau faham tak!?" Memandang kosong gadis itu, Luqman cuba menafikan apa yang didengarnya. Beredar keluar dari Stadium tersebut, Yui ditinggalkan keseorangan. Aku tak ada adik!
"Luqman! Kau suka atau tidak kita tetap adik-beradik. Ingat tu!" Pekik Yui menyatakan kekecewaannya. Jejak Luqman diikuti dengan seribu satu kekesalan. Kenapa Luqman?
-------------------------------
"Dua peserta terakhir kita hari ini, Luqman dan Yui!" Ghani mengumumkan sebaik kedua-duanya masuk ke dalam Dewan Mahkota. Pelajar-pelajar yang lain bersorak gembira kerana bukan mereka yang akan didenda hari ini. Melihatkan riak Luqman yang serius dan lagak Yui yang tidak seperti selalunya, Ghani dapat menangkap ada yang tak kena. Luqman tidak berhenti di tempat perhimpunan pelajar, tetapi terus berjalan menghala ke asrama putera yang terletak disebelah kanan dewan.
"Luqman!" Ghani menjerit tegas, membuatkan langkah Luqman terhenti. Dia tidak menoleh sebaliknya kekal disitu, dia tidak mahu pelajar lain melihat ekspresinya.
"Petang ni lepas latihan padang, kamu dan Yui akan cuci kolam renang kedua! Pekerja selengara sudah keringkan kolam itu semalam. Faham?" Selesai Ghani memberi arahan, langkah Luqman bermula semula. Tidak mengendahkan langsung soalan Ghani itu.
"You better do it Luqman! Or I will deduct your performance marks!" Ghani bengang dengan sikap pelajar itu. Namun Luqman terus beredar meninggalkan dewan Mahkota.
hahhhahahahaaha.....bangga tol dpt teka...~ yui dgn luqman adek-beradik~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
thought so!
hahhhahahahaaha.....bangga tol dpt teka...~
yui dgn luqman adek-beradik~