Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Syah melangkah laju masuk ke dalam kelas. Selesai membuat checking keseluruhan blok, langkah kakinya terus diatur ke kelas 4 Alpha. Perasaan marah + bengang masih lagi berbuku di hatinya. Terasa mahu je dilayangkan flying kick sebijik kat muka Que. Heh…muka macam hape. Tu yang orang kat handsome? Perangai belum tengok lagi. Dah macam orang tak cukup vitamin. Tak senonoh! Nonsense! Berbakul-bakul sumpah seranah di'hadiah'kan buat Que. Lantaklah!
Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk, anak matanya terus tertancap pada whiteboard kelasnya. Terdapat kertas berwarna pink yang dilipat kemas terlekat di atasnya. Segera, dia mengatur langkah ke arah whiteboard itu. Kertas yang terlekat itu dicabut berhati-hati supaya tak terkoyak. Kemudian, lipatan kertas itu dibuka.
Berkali-kali anak matanya dipejamcelikkan. Cuba untuk menyerasikan anak matanya dengan tinta berwarna emas yang tertulis di atas kertas itu.
Waalaikumussalam… Huluran p'shbtn yg awk hulurkn tlh pn sy trime… Rse t'kjut ngn kehadiran surat awk tuh. Rse cm mmpi pn ade gak… Tp, sape awk? Apa erti sbuah p'shbtn tnpe p'knln? Sy mghrpkn supye awk sudi utk mprknlkn dri awk… X byk…cme ckuplah skdr nme.
Yg terlalu nk tahu sape awk, Que!
Membulat biji mata Syah membaca baris-baris ayat tersebut. Mak aih…ni kes apa pulak ni? Revenge ke? Ataupun dia memang nak tahu siapa ‘Mystery Woman' tu? Syah menelan air liurnya berkali-kali. Ligat kepala otaknya memikirkan patut ke dia meneruskan apa yang telah dimulakan atau biarkan je tanpa jejak. Tapi, ikut prinsip aku, diam makna kalah dan kalau aku diamkan je, macam aku sengaja memberi kemenangan percuma kat dia. Ish…mana boleh macam tu!
Kertas berwarna pink itu dilipat semula dan dimasukkan ke dalam poket blazernya. Akalnya masih lagi ligat menjana plan seterusnya. Entah kenapa, sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, ada debar di dalam hatinya. Terasa nak meletup jantungnya. Syah menggeleng. Merepek! Langkah kaki terus diatur meninggalkan kelas 4 Alpha, menuju ke dataran kerana dalam beberapa saat je lagi waktu rehat akan tamat.
Dan tanpa disedari, ada sepasang mata yang sedang melihat dengan jelas segala tingkah laku Syah. Senyuman terukir di bibir.
SUASANA kelas 4 Alpha gamat dengan suara-suara isi di dalamnya. Ada yang gelak sampai tak cukup nafas. Ada yang jalan macam tak cukup tanah. Ada yang tidur macam takde hari esok. Langsung tak terganggu dek kebisingan yang disumbangkan oleh beberapa pelajar yang merasakan kelas mereka tu, macam kelas mak bapak diorang sendiri. Sampaikan tak kisah dengan cikgu yang sedang mengajar di kelas sebelah. Hai, apa punya perangai daa…
Di sudut belakang, yang menjadi port rasmi Que the Devil, sedang berlaku satu conference di antara ahli-ahlinya. Wajah Que, selaku ‘Perdana Menteri' tampak tenang memandang satu-persatu barisan ‘kabinet' di hadapannya. Que menarik nafas dalam sebelum masing-masing pecah perut mendengarkan cerita yang disampaikan Que. Muka nak bajet serius je. Sekali, cerita bukan serius mana pun. Keyol menumbuk bahu Que.
"Siot kau Que. Mati-mati aku ingat kau ada story serius. Lahabau betul!"
"Entah kau ni. Mangkuk! Cuba jangan buat muka serius macam tu. Kecut perut aku tengok. Agaknya, budak kecik tengok muka kau pun dah nangis." sokong Juan. Yang lain-lain menganggukkan kepala. Menyetujui apa yang dikatakan. Que tayang muka innocent.
"Hehehe…maaf. Maaf. Saja nak buat gimik."
"Banyaklah kau punya gimik." Serentak ayat itu meluncur keluar dari celah bibir Keyol, Juan, Dan, Poji dan Am. Que tayang gigi.
"Dah…dah…jangan panas-panas. Kita sejuk-sejuk keyh?" ujar Que tanpa nada bersalah. Sengih masih lagi ‘bertakhta' di bibirnya. Suka betul tersengih. Ala, apa salahnya. Bukannya menganggu ketenteraman awam. Memanglah tapi menganggu ketenteraman perempuan. Hatinya bercanda sesama sendiri.
"Okey, back to our topic. Tadi…sumpah! Aku nampak dengan mata aku sendiri. Syah ambik surat tu. Pastu dia simpan dalam poket blazer dia. So, conclusionnya, dialah Mystery Woman tu." Ujar Que bersungguh-sungguh. Raut wajahnya turut mencerminkan yang dia tak menipu. Sinar matanya juga cuba menyampaikan maksud yang sama. Mereka menggaru-garu kepala.
"Kau salah orang tak?"
"Takpun kau nampak orang lain tapi kata dia."
"Samalah tu dengan salah orang." Bidas Dan.
Poji jelir lidah. "Biarlah aku nak cakap apa pun." Dan mencebir. Mengada.
"Dahlah tu. Nak bergaduh pulak. Aku campak dalam lori DBKL baru tau." celah Am dengan riak tak selesanya melihatkan telatah Dan dan Poji. Childish!
"Okey…sekarang kau gitau kitorang apa yang kau nampak?" ujar Keyol cuba meneutralkan kembali keadaan yang mulai berubah tegang. Que menghela nafas dalam.
Cermin mata yang terletak elok pada batang hidungnya ditanggalkan kemudian disimpan di dalam casenya. Wajah kawan-kawannya dipandang lama. Tangannya diletakkan di atas meja. Menggenggam sesama sendiri.
"Aku nampak Syah masuk kelas. Dia pergi kat whiteboard. Ambik kertas tu, baca and then, dia simpan kertas tu dalam poket blazer dia. Pastu, dia bla. Macam tu je. Muka dia time tu nampak macam terkejut. Pucat! Apa maknanya tu? Tak mungkin dia jadi macam tu kalau bukan dia yang hantar surat kat aku." ujar Que panjang lebar. Keningnya sengaja dijungkitkan sedikit. Cuba menarik perhatian kelima-lima kawan di hadapannya untuk memikirkan kemungkinannya.
Tiba-tiba Juan bersuara. "Maybe dia ambik sebab nak bagi kat orang yang hantar surat tu kot."
"Impossible la. Macam mana dia boleh tau melainkan yang tulis surat tu dia sendiri ataupun Sofea." Poji bersuara sambil membetulkan rambutnya yang sudah menutupi dahi. Dah hampir dua minggu tak potong rambut. Warning dari MPP dah berbakul-bakul tapi dia buat dek je. Hampeh.
"So? Apa pendapat korang?"
"Ada kemungkinan dia yang tulis surat tu. Nak balas dendam. Heh…dah makin rumit nampaknya. Boleh tahan jugak kepala otak minah tu ek?"
"Tulah…aku ingatkan dia jenis ala-ala skema habis."
"Skema? Melawak apa? Dari gaya pun boleh nampak dia tu skema tak skema. Minah tu dulu skater."
"What?" Terbuntang biji mata kelima-limanya. Seisi kelas 4 Alpha mengalih pandang ke arah mereka. Que menendang kerusi Poji menunjukkan dia tak senang dengan reaksi yang ditunjukkan. Kot ye pun terkejut tak payahlah jerit macam nak bagitahu satu dunia. Sengal!
Poji menepuk bahu Que. "Weyh, kau biar betul. Syah? Skater? Sekata aku boleh terima lagi." Que mengangguk. Anak matanya memandang seraut wajah Syah yang sedang bergelak ketawa dengan Sofea. Cute! Cantik! Tapi…entah kenapa Syah perlu meletakkan jurang yang besar antara mereka atau aku yang sebenarnya sedang mengukuhkan jurang yang sudah sedia terbina? Que buntu. Masih jelas diingatannya perwatakan Syah suatu ketika dulu. Saat mereka sama-sama berentap untuk menjadi juara dalam apa-apa battle. Ah, kenangan yang cukup perit untuk diingat balik. Que menghela nafas. Berat.
"Que, kau okey ke?"
"Aku okey."
"So, pasal Syah. Kau serius ke pasal tu?"
"Very serius. Aku pernah berentap dengan dia. Aku pernah patahkan board dia. Aku pernah rosakkan rim dia. Macam-macam aku pernah buat kat dia. Takde siapa pun yang tau except aku. Dia tu dulu bekas team Je'ai dan bekas awek Je'ai." Offhanded Que menuturkannya. Bingkas dia bangun dari duduknya dan terus mengatur langkah keluar kelas. Ke mana? Dia sendiri pun tak tahu. Tapi yang pasti, hatinya sakit mengingati semula apa yang telah berlaku. Sebabnya? Cemburu! Ya! Dia cemburu dengan Je'ai kerana dapat memiliki Syah. Dan, tanpa dipinta kenangan dulu kembali menggamit.
DIA tampak begitu leka memerhatikan beberapa orang sedang mencuba beberapa trick baru di atas deck. Perlahan-lahan Que menghampirinya. Tanpa dipelawa, dia melabuhkan punggungnya di sisi gadis yang bertocang satu itu. Que mencuit bahu gadis itu. Dia berpaling. Berkerut dahinya melihatkan wajah Que. Que mengoyak senyuman nipis. Namun, senyumannya hanya dibalas dengan jelingan maut daripada gadis itu. Langsung tiada riak mesra pada wajahnya. Ek ena minah ni. Gila kerek. Perasan cantiklah tu. Ingat aku nak ayat kau ke?
"Woi, Que. Kau buat apa kat sini?" tiba-tiba suara Je'ai menampar gegendang telinganya. Que panggung kepala. Dia tayang gigi.
"Saja. Ambik angin. Ingat nak practice tapi ramai oranglah pulak." Balas Que sambil menyambut huluran tangan Je'ai.
"Laa…dah nama pun cuti. Dah lama tak nampak kau kat deck. Where have you been? Ingatkan dah kena culik dengan puteri bunian." Seloroh Je'ai. Que tergelak besar. Kena culik? Puteri bunian? Dia ingat ni cerita fairytales ke?
Que membetulkan sedikit rambutnya yang ditiup angin. "Aku ada je kat rumah tu. Kau je yang tak datang jenguk aku. Yelah…dah ada group sendiri." Je'ai menyengih. Tangannya menumbuk mesra bahu Que. Que turut tersengih.
"Suka-suka je tuduh aku macam tu. So, kau datang ni tak bawak skateboard kau ke? Kata nak berlatih."
"Ada. Kat pokok tu."ujar Que sambil menudingkan jarinya ke arah pokok besar di hujung sana. Je'ai jungkit kening.
"Kena curik kang."
"Ada yang berani ke?"
"Eleh…bla la. Eh, Syah. Sayang buat apa kat sini?" soal Je'ai tiba-tiba. Que jungkit kening. Anak matanya dialihkan daripada memandang wajah Je'ai ke wajah gadis di sebelahnya. Ooo…nama dia Syah. Syah je ke? Sayang? Awek dia ke?
Gadis di sebelahnya merengus keras. "Tunggu youlah." Kasar sekali ayat yang meniti di bibirnya. Macam tak puas hati je. Gaduh ke?
"Kan I dah cakap, jangan datang sini."
"Apa hak you nak halang? Suka hati I la. Bukan deck you sorang." Masih lagi dengan nada meninggi. Je'ai mengeluh.
"Fine! You buatlah apa you nak."
Serentak dengan itu, gadis di sebelahnya bingkas bangun. Dia mencapai board yang diletakkan di sisinya. Mak oii…skater jugak rupanya. Tanpa menoleh ke belakang, gadis yang dipanggil Syah itu terus berlalu. Meninggalkan Je'ai dan Que di situ.
"Siapa tu?"
"Izyan Akasyah. Awek aku." Que terdiam. Anak matanya menyoroti langkah yang diatur. Izyan Akasyah. Nice name! Jantungnya berdegup kencang.
w0o0o... cpat la smbg erk.. x sbar nie.. beSt gler..!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
fuh...ade pkembangn sket
klu x ari2 asyik nk gaduh je...boring doh~