Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pelbagai masalah pernah timbul apabila bercerita tentang nama. Nama itu tidak kena, nama ini tidak suka. Akhir sekali penyelesaiannya, kita sama-sama fikirkan satu nama. Waktu itu, aku memang tidak ada idea. Tidak pernah terlintas langsung dalam kepala, masalah sekecil ini akan timbul antara kita. Kau memberikan aku satu nama dan aku juga sama.
Apabila aku bertanya, apa maksudnya 'Is'...nama yang kau berikan untuk aku? Is yang istimewa, katamu. Aku tertanya juga, istimewakah aku padamu? Sekadar seorang kawan, aku akan sentiasa menemanimu. Kerana Is adalah yang istimewa. Itu janjiku padamu. Segalanya menjadi nyata apabila hanya dengan satu nama, aku telah mengetahui isi hatimu.
Biarpun masa yang berlalu menjadi semakin sukar untuk dibilang dan dikejar, Is masih lagi istimewa. Kata-kata mu masih tersemat kuat dalam hatiku. Kata-kata yang kalau diingatkan kembali sekali-sekala, mampu membuat aku tersenyum lebar dan hati kembang berbunga. Ada benarnya akan ungkapan, hati manusia mudah gembira dengan kata-kata indah dan bijaksana.
Pernah aku berkira-kira untuk menamatkan segala penantian dengan memiliki cinta mu secara mutlak. Dengan hanya melihat wajah dan senyuman mu sudah mampu mengembirakan hatiku. Nafas yang kau hela telah menjadi nafas ku, yang mengisi seluruh dan segenap tubuh ku. Deru suara mu mampu menyegarkan seluruh sel darahku yang mengalir lebih deras.
Walaupun kita sudah lagi tidak bersama, aku sedikit mengharap kalau-kalau Is masih lagi istimewa dihatimu. Kerana sejak kau mengenal cinta, akulah pangerannya. Yang telah mengajar kau tentang cinta pada dasar kebenaran dan keinginan hati yang sebenar. Hanya kerana kita yang lebih mengetahui perasaan sebenar menurut dimensi kata hati. Aku percaya jikalau apa yang dirasakan hati itu adalah benar, maka keraguan bukan penentu.
Kini aku bukan lagi pangeran cinta yang pernah agung di hatimu suatu ketika dulu. Sedih apabila diingatkan kembali setelah kita berpisah. Tapi takdir perlu diterima, hakikat perlu ditelan. Arah hati telah berubah. Setelah hampir setahun berjauhan, kau telah bertemu dengan pangeran yang baru. Mungkin dia lebih kacak dan gagah daripada aku, namun adakah cinta dia setanding cinta aku pada mu?
Cinta membuatkan manusia sanggup melakukan apa saja. Cinta juga membuatkan kita sanggup berkorban harta dan nyawa. Kerana cinta, hidup boleh jadi serba tidak kena. Aku menarik nafas dalam-dalam dan ku hela perlahan-lahan. Aku cuba mencari kata-kata yang paling sempurna apabila kau ingin pergi kepada pangeran yang baru. Kata mu, cinta kita tidak mungkin akan bersatu kerana apa yang aku inginkan tiada pada dirimu.
Manusia hanya mencipta alasan agar kaki dapat berdiri teguh tanpa rasa bersalah. Itulah yang kau cuba lakukan agar dengan meninggalkan aku dalam perasaan cinta yang melimpah tidak akan membuat kau lumpuh untuk terus berlari menuju cinta yang baru. Aku hanya mampu merelakan dan menelan kesakitan dalam-dalam. Adakah Is masih lagi yang istimewa? Soal ku dalam sayu.
Kata mu, kau benci pada aku. Kau juga minta supaya aku jangan lagi mengganggu dan berjumpa dengan mu. Saat itu, lidah ku sudah kelu. Aku kaku. Apa yang aku harus katakan dan lakukan saat kau meluahkan isi hati mu itu. Perasaan benci yang telah lahir menggantikan perasaan sayang yang mengikat kita selama tujuh tahun sejak zaman sekolah, berkubur begitu sahaja. Lenyap seperti dedebu kering yang ditiup angin kencang saat matahari masih gah bersinar tapi awan mendung telah bersedia menggantikan tempat.
Aku masih gagal melupakan mu hingga saat ini. Mana mungkin kau yang datang dalam mimpi waktu sedar mahupun waktu aku menutup mata, dapat aku lupakan begitu saja. Mencari pengganti bukan mudah. Aku perlu membuka luas-luas hati ini yang telah ku tutup untuk mencintai mu sepenuhnya. Hati yang telah kau kunci dengan haruman cinta dan sentuhan asmara. Tiada yang mudah untuk menuju jalan bahagia.
Akan ku buka hati ini luas-luas, mungkin di satu saat akan ada kilat datang menyambar. Is mungkin akan menjadi Is yang istimewa pada 'dia', menggantikan kau. Kau yang telah pergi kepada pangeran yang baru. Aku berharap 'dia' yang akan datang dalam hidup aku, yang akan menyambar hati ini, akan menjadikan aku Is yang istimewa untuk selama-lamanya. Ku tarik nafas dalam-dalam dan ku hela deras. Agar udara yang ku simpan selama ini dan tertulis nama mu, dapat ku keluarkan sepenuhnya dari tubuh ini. Dan agar udara yang baru dan lebih segar memenuhi ruang-ruang saraf dan darah ku.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
as salam.. lebih kepada curahan rasa.. perlu dailog agar lebih hidup watak dan perwatakannya.