BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Jun 19, 2008
Cerpen : Tentang Kita
cHE
zhanche_89@yahoo.com

Berduyun-duyun kaki manusia melangkah tergesa-gesa. Kian laju seolah-olah dikejar hantu dibuatnya. Kekadang menjadikan suasana kelihatan lucu dengan gelagat-gelagat mereka. Mengejar masa. Pagi, tengahari, petang mahupun malam. Berkejaran sesama mereka menghambat satu perkataan bernama masa. Sungguh unik gelagat manusia duniawi kini. Namun di sebalik kekalutan manusia-manusia ini mengejar perkataan masa itu, masih sempat ditolehnya mereka kepada satu perkataan lain. Apakah perkataan itu? Jawabnya senang sahaja. Perkataan ini akan menenggelamkan segala macam kekalutan manusia mengejar masa. Iaitu cinta. Cinta dikejar oleh mereka. Mereka hanyut. Andai dulu perkataan masa meniti di bibir, tapi kini, mereka hanya tahu menyebut cinta. Andai dahulu dialog-dialog sebegini sering dipertuturkan. " Masa kita dah semakin suntuk sangat-sangat ni. Aku sangat stress la." Tetapi kini, " Aku rasa dah tiba saat untuk aku meluahkan perasaan ini kat dia, tapi aku sangat stress la. Tak tahu nak ungkapkan macam mana." Beginilah hebatnya penangan perkataan cinta itu. Renungilah penangan cinta ini dalam diri Fakhri.

Renungan mata Aliya petang tadi seolah-olah menghadirkan satu sinar kebahagian dalam diriku pada malam ini. Tiada lagi terlelap akan mata ini. Makin resah diriku meniti malam yang kian suram. Rakan-rakanku yang lain telah lama terlena. Letih agaknya menyusuri hari-hari mendatang di kolej ini. Jadual yang sentiasa padat diikuti assignment yang kian bertimbun. Aku juga tidak terlepas akan semua itu. Hari-hari yang dilalui penuh ruang berliku . Penat. Dan sangat penat. Lamunan itu terhenti. Kembali menjelma renungan mata Aliya yang baru sahaja ku tatap di ‘cendawan kasih’ petang tadi.’Cendawan kasih’. Nama jolokan kepada salah satu tempat istirahat di kolej ini.Diberi nama sedemikian rupa kerana bentuknya seolah-olah cendawan. Ditambah tempat itu sentiasa menjadi destinasi pasangan-pasangan bahagia di kolej ini yang sering mengejar cinta monyet untuk bermadu kasih dan melepaskan rindu.

"Mengapa dengan kau ni Fakhri?Angau semacam aje," tanya Aliya setelah melihat aku mengelamun panjang pada petang itu.Aku membisu.Tiada apa perkataan yang mampu aku luahkan. "Fakhri, aku tanya ni. Jawab la soalan aku ni. Kau sakit ke?" Tanya Aliya lagi sambil menduga. "Aliya…", aku berhenti. Kelu lidahku. " Kenapa Fakhri? Kau ada masalah? Cerita la padaku. Kita kan sahabat baik." Duga Aliya lagi. " Aku…Aku cintakan kau",tiba-tiba terkeluar perkataan itu dari mulutku yang sekian lama tadi terkunci. Aku tunduk. Berbagai perasaan muncul. Menyesal, takut, dan bermacam lagi. Aku tidak berani menatap wajah Aliya saat itu. Muka ku merah padam. Beberapa saat kemudian, aku memberanikan diri dengan mengangkat sedikit kepalaku. Tiada terlihat aku akan wajah Aliya. Aku mengangkat lagi. Kali ini semakin tinggi. Tiada juga aku terlihat akan wajah sucinya. Aku terkedu. Baru aku perasan yang Alia telah beredar dari tempat itu setelah mendengar kata-kataku tadi. "Marahkah dia? Terasakah dia akan luahan hatiku tadi? Kenapa dia meninggalkan aku sendirian di sini?", berbagai persoalan menerjah kotak fikiran ku. Aku bingung.

------------------------------------

Pagi itu, aku melangkah masuk ke kelas dengan hati dan perasaan yang sangat tidak menentu. Peristiwa petang semalam kian menggamit ketidaktentuan fikiranku. Aku mencari-cari wajah itu setelah memasuki kelas. Tapi tiada. Perasaan resahku mula menguasai diri. "Di mana Aliya? Kenapa masih belum tiba lagi dia? Selalunya tidak begini",getus hati Fakhri. Aliya merupakan pelajar pintar di kelasku tidak pernah lewat hadir ke kelas walaupun lima minit. Subjek Kimia, Biologi, dan Matematik. Semuanya dikuasai. Dia sentiasa menjadi sumber rujukanku. Aku berasa sangat beruntung dan bertuah kerana mendapat sahabat sebijak dirinya. Persahabatan yang dibina telah hampir dua tahun semenjak dari sekolah menengah lagi kian hari kian utuh. Namun aku tidak mengerti mengapa persahabatan yang sangat murni ini aku sanggup campuradukkan dengan perasaan lain. Perasaan cinta aku akan dia mula berputik setahun yang lalu. Saat dia dikecewakan oleh boyfriendnya yang merupakan Ketua Pelajar di sekolah kami. Aku tidak mengerti mengapa bos aku itu sanggup mempermainkan perasaan Aliya. Saat itu perasaan benci aku kepada bos aku itu kian membungkam. Namun aku tidak menyedari saat bila aku telah jatuh cinta kepada Aliya. Tika aku menyedari akan perasaan itu telah mula timbul dalam diri ini, aku mengambil keputusan untuk menyembunyikannya dari pengetahuan Aliya. Aku sedar. Aliya tidak mungkin menerima aku dalam masa terdekat ini. Dan aku juga menduga hatinya tertutup rapat untuk bercinta lagi. Aku faham akan perangai dirinya. Aku sengaja menyimpan perasaan ini buat sementara. Aku tekad untuk meluahkannya suatu hari nanti. Saat Aliya telah bersedia untuk menerima cinta baru dan melupakan kenangan silam yang telah melukakan hatinya selama ini. Pada petang semalam, saat itu telah tiba. Dan aku telah meluahkan segalanya. Namun, hari ini aku bingung mengenangkan tindakan Aliya pada petang semalam.

" Fakh, ini ada pesanan dari Aliya buatmu. Dia tak dapat hadir ke kelas hari ini. Sakit kepala katanya", kata Ainul sambil menghulurkan satu sampul surat kuning kepadaku.
Aku terkejut. Sampul surat itu ku buka perlahan dengan hati yang diburu keresahan. Ku buka…

Sahabatku Fakhri,

Aku mohon maaf atas kelakuan ku petang semalam yang pasti telah melukakan hatimu. Maafkan aku Fakh. Aku tiada niat untuk berbuat sedemikian pada petang itu. Sebenarnya, aku takut untuk menatap wajahmu. Aku tak sanggup melihat raut muka mu yang dalam kekecewaan nanti. Biarlah aku berterus-terang Fakh. Aku tak dapat menerima cintamu. Aku telah berpunya Fakh. Aku milik orang. Kenapa baru sekarang kau meluahkan segalanya? Kenapa tidak dari dulu?Aku tak sanggup meninggalkan dia Fakh. Dia telah hadir saat aku dikecewakan dulu. Dialah yang yang mengembalikan tawa riang dalam hidup aku. Aku sangat menyayangi dia. Maafkan aku. Anggaplah kita ni sebagai kawan buat selamanya. Kau sangat baik terhadap aku. Kau kawan yang baik. Aku tak mahu kehilangan kau Fakh. Maafkan aku Fakh…

Sahabatmu,
Aliya…


" Betulkah tindakan yang aku ambil ini? Kecewakah Fakhri saat menerima surat aku tempoh hari? Kejamkah aku? Fakh, mengapa semua ini harus terjadi dalam perhubungan kita? Aku sayangkan kau sebagai sahabat aku yang paling baik. Kau sangat baik terhadap aku. Aku banyak terhutang budi pada kau Fakh" berbagai persoalan menerjah ruang fikiranku. Aku kusut. Selepas peristiwa pada petang itu, Fakhri tidak lagi menegur aku saat ketemu di mana-mana. Berpaling pun tidak. Apatah lagi melemparkan senyuman seperti biasa. Aku kenal Fakhri. Senyuman dari bibirnya tidak pernah lekang tatkala bertemu denganku. Semenjak di sekolah menengah lagi, Fakhri dikenali sebagai pelajar yang tidak lokek dengan senyuman. Tidak pernah ditonjolkan raut muka yang berada dalam kegelisahan walhal bertimbun sekali pun masalah yang terpaksa ditanggung olehnya. Aku kagum dengannya. Tetapi kini, Fakhri berubah. Tiada lagi senyum tawa darinya sejak kebelakangan ini. Ketika berada dalam kelas, tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. "Aneh", kata Syikin yang merupakan sahabat baik Fakhri dan teman rapatku jua. Namun, aku sengaja buat dengar tidak dengar kerana aku tidak mahu Syikin bertanya hal yang selebihnya terhadap aku. Syikin yang merupakan teman rapat aku dan Fakhri semenjak di sekolah menengah lagi kini menjadi teman aku yang paling baik di kolej ini. Semua masalah aku dikongsi dengannya. Dan segala kesulitan dan kesusahan yang dialaminya turut akan dikongsi bersamaku. Namun, hal yang berlaku pada petang hari itu tidak pernah pula aku memberitahu dan meminta pendapat dari Syikin. Kerana aku sedar. Andai aku memberitahu Syikin, masalah ini menjadi lebih besar. Aku menyimpan satu rahsia Syikin yang mana sampai ke saat ini Fakhri tidak pernah sedar dan perasan akan hal itu. Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan Syikin.

----------------------------------------

"Shah,Aliya nak memberitahu Shah satu perkara. Tapi Shah jangan marah ya?, tanyaku kepada Shah dalam keadaan ragu-ragu. " Apa Aliya?, tanya Shah kembali. Raut muka Shah sedikit keruh saat melihat tingkah laku Aliya yang seolah-olah menyimpan sesuatu dari pengatahuannya. Selama hari ini Shah telah banyak berkorban terhadap Aliya. Tika dia dikecewakan dahulu, Shah adalah orang yang paling mengambil berat terhadap diri Aliya. Masih lagi menjadi kenangan saat pertama kali dia meluahkan isi hatinya kepada Aliya. Ketika itu, Aliya masih dirundung kesedihan akibat ditinggalkan oleh bekas kekasihnya. Namun, berbekalkan kesabarannya, Aliya akhirnya menjadi milik nya. Dan sampai sekarang, perasaan kasih dan cintanya terhadap Aliya tidak pernah luntur walau sedikit pun. " Shah…" ,getus Aliya sedikit marah setelah melihat Shah mengelamun sejenak. " Oh… Sorry Aliya. Apa yang Aliya nak nak bagi tahu kat Shah sebenarnya?", tanya Shah sedikit terkejut setelah mendengar suara Aliya yang agak tinggi sebentar tadi. Aliya pun memperihalkan segala yang telah berlaku antara dia dan Fakhri tempoh hari. Berkerut dahi Shah mendengarnya. Berkali-kali Aliya menafikan yang dia tidak pernah timbul perasaan cinta terhadap Fakhri selama ini. Namun, Aliya bingung. Dia tidak mahu kehilangan seorang sahabat yang telah banyak membantu dan menemaninya selama ini. Tujuan dia memberitahu semua ini kepada Shah adalah dengan harapan Shah dapat meringankan sedikit kekusutan yang ditanggungnya. Setelah lama mendengar penjelasan dari Aliya, akhirnya Shah bersuara. Suaranya yang garau itu ditinggikan sedikit. "Aliya, Shah minta maaf andai apa yang Shah akan sampaikan ini akan mengguris hati dan perasaan Aliya. Tapi mengertilah, Shah lakukan semua ini adalah demi kebaikan hubungan kita. Aliya, putuskan persahabatan dengan Fakhri". Kata-kata yang diucapkan olehnya sebentar tadi telah menamatkan pertemuan mereka pada petang itu. Aliya mengangguk. Namun, sedikit titisan jernih dari matanya mengalir keluar.

--------------------------------------

Kelihatan Fakhri mundar-mandir di bilik asramanya. Sekali-sekala ditoleh kepalanya keluar tingkap. Mungkin ingin menjernihkan sedikit pandangan matanya setelah sehari suntuk berada di dalam bilik. Sesekali, terbayang dia wajah Aliya tatkala melihat pelajar-pelajar perempuan sedang bermain basketball di court. Sejak membaca surat Aliya tempoh hari, hati Fakhri diburu keresahan. Berbagai persoalan yang tidak terjawab menyelubungi dirinya. "Siapakah boyfriend Aliya sebenarnya? Mengapa aku tidak pernah mengetahui akan hal ini? Atau Aliya sengaja menipu aku? Mungkin juga dia ingin fokus kepada pelajaran lalu menolak cintaku? Ahh…Tidak mungkin. Aliya seorang yang berterus-terang. Tidak pernah menipu aku. Aku berjanji. Aku akan menyiasat akan hal ini", getus hati kecil Fakhri. Lalu dia mencapai telefon bimbitnya. Menekan-nekan butang telefon buat sementara waktu. Kemudian masuk ke bilik air secara tergesa-gesa seolah-olah ada appointment penting yang perlu dihadiri sekejap lagi.

-------------------------------

"Mengapalah Fakhri beria-ia sangat nak jumpa aku ni? Kat tasik pulak tu" , getus hati Syikin sendirian. Sudah hampir lima belas minit Syikin menunggu Fakhri di tasik buatan di kolej tersebut. Sementara fikirannya melayang-layang teringatkan usikan teman-teman sebiliknya sebentar tadi. " Hai cik kak, nak pergi ke mana lawa-lawa petang ni ni?, tanya Ain,teman sebiliknya. "Alahai cik Aini, kau tak tahu ke? Cik Nur Asyikin kita tu nak pergi lepas rindu ngan cik abang idaman hati kat tasik petang ni. Maklum la kan. Orang lawa. Peminat ramai. Cik abang lak hensem..,usik Fida teman sebiliknya yang berasal dari Kelantan dan disambut gelak ketawa dari teman-teman sebiliknya yang lain. Syikin hanya tersenyum malu dan beredar dari bilik itu. " Syikin…!Syikin…!"terdengar suara Fakhri memanggil Syikin berulang kali setelah melihat Syikin tersenyum keseorangan sebaik saja dia sampai di tasik itu sebentar tadi. Syikin tersentak. Merah padam mukanya setelah melihat Fakhri di sisinya. " Hai, Fakh! Dah lama ke kau sampai? ,tanya Syikin dengan nada yang sedikit rendah. " Kau ni bermenung je. Sampai tak sedar aku perhatikan kau sejak tadi. "Aku ada something nak bincang dengan kau ni. Pasal Aliya", kata Fakhri berterus-terang. "Aliya? Kenapa dengan dia? Kau gaduh dengan dia ke? Atau kenapa? , berulang kali Syikin menduga. Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Fakhri bersuara dan menceritakan segala yang telah berlaku. Sesekali, dahi Syikin berkerut. Mungkin menahan kesedihan yang baru sahaja menyelubungi dirinya. Kelopak matanya kelihatan berair. Namun, ditahan dari terus mengalir keluar. Setelah lama tidak bersuara, akhirnya Syikin memulakan bicara. "Fakh, maafkan aku. Aku tidak dapat membantu kau. Aku sendiri pun tidak pernah diberitahu oleh Aliya siapa boyfriend dia. Mengapa kau nak tahu sangat pasal boyfriend dia? Lupakan dia. Mungkin dia bahagia dengan kehidupan yang dia jalani sekarang. Kau harus redha akan ketentuan ini. Cukuplah Fakh. Lepaskan sahaja dia dari hati kau. Ini sahaja yang mampu aku tolong. Aku beredar dulu", kata Syikin dengan nada yang sedikit berunsur nasihat. Lalu Syikin terus beredar meninggalkan Fakhri yang masih dalam kebingungan.

Pada malam itu, Fakhri tidak dapat melelapkan mata walau sesaat pun. Terbayang wajah Aliya yang sangat suci bagi dirinya itu. Terbayang pula raut wajah Syikin pada petang tadi. " Mengapa aneh sungguh sikap Syikin pada petang tadi? Tingkah lakunya tadi menimbulkan sedikit keraguan. Seolah-olah kurang senang tatkala mendengar luahan hati ini. Mengapa Syikin?" , getus hati kecil Fakhri.

-----------------------------

Hujung minggu merupakan saat paling dinantikan oleh semua pelajar di kolej matrikulasi ini. Mengapa tidaknya. Saat inilah mereka mengambil peluang untuk merehatkan minda setelah seminggu belajar. Beberapa buah bas telah mula memasuki kediaman kolej sejak dari pukul 9 pagi lagi. Walaupun bas-bas tersebut sedikit uzur, namun hal ini tidak pernah melunturkan keinginan mereka untuk keluar. Ada yang merancang untuk pergi membeli-belah di shopping complex sekitar Pulau Mutiara ini. Pasific, Komtar, Pelangi Mall, Queensbay, dan beberapa tempat lagi menjadi tempat destinasi menarik untuk membeli keperluan harian mahupun semasa. Fakhri pada pagi itu telah merancang untuk ke Pasific bersama teman sebiliknya Faiz. Baginya, hari ini adalah hari yang paling sesuai untuk dia merehatkan minda dan melupakan sejenak segala yang telah berlaku dalam beberapa hari kebelakangan ini. Setelah menonton wayang, mereka mengambil keputusan untuk makan nasi kandar yang berada di belakang shopping complex tersebut. Sejak hampir setahun berada di Pulau Mutiara, Fakhri seolah-olah telah jatuh cinta dengan masakan orang utara terutama nasi kandar. Setiap kali keluar, tidak pernah terlepas olehnya untuk merasai keenakan nasi kandar di negeri tesebut. Hatinya sedikit berbunga pada hari itu. Segala masalah yang berlaku dalam masa terdekat ini hampir dia lupakan. Tiada lagi terbayang wajah Aliya yang sejak dua tahun yang lalu sentiasa hadir dalam khayalannya. Namun, suasana yang sedikit menguntumkan sinar kegembiraan dalam dirinya sebentar tadi telah bertukar sebaliknya tatkala muncul dua insan di hadapannya. Insan yang cukup dikenali selama ini. " Fakhri? , soal Shah sedikit ragu-ragu. Fakhri diam. Dia tidak memandang wajah Shah yang menyapanya. Wajah suci yang sentiasa menjadi pujaannya selama ini muncul bersama Shah pada saat itu. Ditenungnya wajah itu. Dalam dan semakin dalam. Namun wajah itu kian tunduk seolah-olah takut dan gerun untuk menatap wajah Fakhri. "Hai Fakh, mengapa begitu mendalam kau tenung wajah Aliya. Kau tak kenal dia ke? Dia girlfriend aku la. Dari dulu lagi. Kau sahaja tidak pernah menyedari akan hal ini," , sambung Shah acuh tak acuh seolah-olah tidak pernah mengerti apa yang telah berlaku
antara Fakhri dan Aliya belakangan ini.

--------------------------------

Suasana di bilik tutorial pada pagi itu sunyi. Masing-masing menguruskan diri sendiri. Ada yang menelaah pelajaran dan ada juga yang menyiapkan assignment yang masih belum selesai. Peperiksaan Semester Program Matrikulasi II (PSPM II ) tidak kurang sebulan dari sekarang. Sudah semestinya saat-saat begini akan digunakan oleh para pelajar untuk mendekati para pensyarah dan membuat revision. Berbagai program telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kolej bagi memantapkan para pelajar sebelum menduduki peperiksaan. Fakhri dari tadi lagi membelek-belek nota kimia organik yang diberikan oleh En. Ibrahim semasa kuliah tambahan semalam. Masih terngiang-ngiang suara merdu En. Ibrahim semasa menyuruh para pelajar menganalisis setiap tindak balas kimia yang terdapat dalam tajuk tersebut. Seketika terbayang wajah En. Ibrahim yang suka menonjolkan imej lembut di hadapan para pelajar terutama semasa kuliah. " Mungkin untuk menarik perhatian terhadap syarahannya", getus hati kecil Fakhri. Dia melemparkan pandangan ke luar bilik tutorial. Resah seolah-olah menunggu sesuatu dari lagak matanya itu. Fakhri bangun lalu menuju ke tandas. Penat dia menunggu dari tadi. Setelah hampir lima belas minit, dia kembali ke kelas. Lega hatinya tatkala melihat Aliya telah pun sampai dan berada di tempat duduknya sambil membelek-belek nota Biologi. "Aliya, boleh aku berbicara dengan kau sekejap? , tegur Fakhri. " Urm…Boleh kot, jawab Aliya sedikit ragu-ragu. "Aliya..Apa yang aku ingin sampaikan ini mungkin akan melukakan hati kau. Tapi mengertilah. Aku tiada niat untuk meletakkan kau dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun aku ingin membantu kau. Sebagai kawan yang selama ini sangat baik terhadap aku, aku tidak sanggup melihat kau terus tertipu", kata Fakhri dengan nada yang cukup berhati-hati. "Apa yang kau nak bagitahu aku ni? Berterus-terang sajalah. Berbunga-bunga pula ayat kau pagi ni" , balas Aliya sedikit kasar. Terkejut Fakhri melihat perubahan yang berlaku dalam diri Aliya sebentar tadi. Namun, dicekalkan juga hatinya untuk memberitahu Aliya hal sebenar tentang boyfriendnya, Shah. " Aliya, lebih baik kau tinggalkan Shah", kata Fakhri dengan nada yang semakin berhati-hati. " Apa yang kau merepek ni Fakh?, tanya Aliya dengan nada yang marah. "Aliya, Shah bukan budak yang baik. Dia telah mempermainkan ramai perempuan selama ini. Ramai yang telah menjadi mangsanya. Kawan-kawan kita semasa di sekolah menengah dahulu telah banyak dipermainkannya. Aku kenal dia Aliya. Aku kawan dia. Sebagai teman yang selama ini cukup baik terhadap aku, aku berasa terpanggil untuk menolong kau. Aku tidak sanggup untuk melihat kau dirundung kekecewan nanti. Mengertilah, tiada terniat langsung dalam hati aku untuk merosakkan hubungan kau dengan dia yang telah lama terjalin itu,",jawab Fakhri dengan panjang lebar. Suasana menjadi sepi seketika.Setelah lama Aliya berdiam diri, akhirnya dia bersuara. " Fakhri, aku cukup terkilan dengan tuduhan kau sebentar tadi. Kau kenal Shah? Dia tu kawan kau semenjak di bangku persekolahan lagi. Sanggup kau menuduh dia dengan semua ini? Kau dengar sini. Aku kenal dia cukup lama. Tidak pernah walau sekalipun dia melakukan sesuatu yang menyakitkan hati aku. Tidak pernah. Selama ini, dia yang banyak membantu aku. Dia telah mengembalikan senyum tawa dalam hati aku. Kau jangan sesekali memfitnah dia dengan sedemikian rupa. Aku tahu. Kau lakukan semua ini kerana aku telah menolak cinta kau kan? Sampai hati kau buat semua ini Fakh. Kau telah hancurkan kepercayaan aku terhadap kau. Kau telah rosakkan hubungan persahabatan kita yang dari dulu lagi utuh dan baik. Memang patut pun Shah menyuruh aku menjauhi diri dari kau sejak hari itu. Rupa-rupanya, kau memang jahat. Kau jahat Fakh. Jahat. Mulai dari hari ini, kita bukan kawan lagi. Anggaplah yang kau tidak pernah mengenali aku", balas Aliya dengan nada yang cukup tinggi sehingga mengejutkan para pelajar lain yang berada dalam bilik tesebut. Fakhri terkejut mendengar kata-kata Aliya. Belum pun sempat dia menjawab, Aliya bergegas meninggalkan bilik tersebut. Dan Fakhri seolah-olah dipukau. Tidak mampu menghalang tindakan Aliya itu.

-----------------------------

Hati Syikin sangat kecewa dan sedih sebaik sahaja mendengar penjelasan dari Fakhri di tasik pada petang itu. Dia sangat tidak menyangka yang Fakhri telah menyimpan perasaan cinta terhadap Aliya selama ini. Dia tidak pernah menyedari akan hal itu. Fakhri pula tidak pernah melakukan sesuatu yang menunjukkan dia telah jatuh cinta terhadap Aliya. " Dia melayan aku dan Aliya sama rata. Tapi kenapa?", Syikin bermonolog sendirian. Beberapa hari kemudian, setelah mendapat tahu yang Fakhri dan Aliya telah putus persahabatan, dia mengambil keputusan untuk berjumpa dan memberikan sedikit nasihat kepada Fakhri. Kerana dia tidak sanggup melihat Fakhri terus dirundung kekecewaan dengan segala yang telah terjadi. Pada petang itu, setelah tamat sesi kuliah, dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Fakhri di bawah pondok berdekatan Kedai Siswa (KESIS)
" Fakhri, cukuplah kau tangisi atas apa yang telah berlaku. Kau sedar atau tidak yang dia telah menjadi milik orang. Milik Shah. Jangan kerana cinta kau memusuhi Shah. Kau jangan menuduh sembarangan. Kau tiada bukti Fakhri",kata Syikin. Belum pun sempat dia menambah, Fakhri telah mencelah. " Kalau begitu selama ini kau tahu siapa boyfriend Aliya? Kenapa kau sembunyikan semua ini dari pengetahuan aku? Dan hari ini kau ingin membela Shah? Kau salahkan aku dalam hal ini? Kau pun sama dengan Aliya, Syikin.Perempuan memang sama. Bodoh. Mulai dari saat ini, kau jangan anggap aku ni kawan kau lagi. Kau dengan Aliya bukan kawan aku lagi. Korang telah menghancurkan kepercayaan aku terhadap korang selama ini. Mulai dari hari ini, kau berdua bukan kawan aku lagi," balas Fakhri dengan nada yang kasar lalu beredar dari situ. Syikin tersentak. Tiada apa yang terdaya dia lakukan. Hanya mampu menangis mengenangkan kata-kata yang keluar dari mulut orang yang paling dia sayangi selama ini.

----------------------------------

DUA MINGGU KEMUDIAN

Suasana di kolej pada hari itu gempar. Bermula dari para pelajar sehinggalah kepada para pensyarah dan pihak pentadbiran, semuanya membicarakan hal yang sama. Hal yang cukup menggemparkan. Perasaan malu dan sedih menyelubungi suasana dan persekitaran kolej. Kelihatan para pensyarah dan pihak pentadbiran sibuk ke hulu ke hilir. Mesyuarat tergempar diadakan. Kehadiran para wartawan pada hari itu cukup merimaskan pihak pentadbiran kolej. Mereka diekori dari setiap pergerakan. Masing-masing ingin mengetahui hal sebenar. Keesokannya, keluar satu berita tergempar dari salah sebuah akhbar harian.

Kepala Batas, Khamis : Seorang pelajar perempuan di salah sebuah kolej di bawah Kementerian Pelajaran dekat sini pada hari ini dilaporkan telah dipukau dan dirogol oleh teman lelakinya yang kini menuntut di salah sebuah kolej dekat Kulim,Kedah. Peristiwa dikatakan berlaku apabila pelajar tersebut yang bernama Nur Aliya Bt. Kamal meminum minuman yang dihulurkan oleh teman lelakinya semasa keluar bersama di sekitar bandar ini. Sementara itu, tertuduh yang bernama Shahrul Bin Mustapha atau lebih dikenali sebagai Shah oleh rakan-rakannya telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Lemah longlai terasa menyelubungi di segenap ruang tubuh Fakhri. Matanya berpinar. Dia merasakan dunia ini sudah tiada baginya. Apa yang terjadi terhadap Aliya bukan sahaja mengecewakan dirinya malah menambah derita yang selama ini ditanggung. "Aliya, mengapa semua ini harus berlaku?, getus hati kecilnya dengan nada yang sayu.

----------------------------------

Fakhri terkejut sebaik sahaja melihat wajah sayu Aliya yang kini berada di hadapan dirinya. Fakhri sendiri tidak menyedari saat bila Aliya muncul di hadapannya. " Fakhri…, kata Aliya dengan nada yang cukup perlahan. Namun Fakhri terus berdiam diri. Matanya dikerling ke tempat lain. Bukan benci untuk menatap wajah Aliya tetapi dia tidak lagi sanggup merenung wajah itu. Wajah yang selama ini menjadi pujaan hatinya. Sejak dua tahun yang lalu. " Maafkan aku Fakh. Aku banyak berdosa pada kau. Aku tahu. Aku telah merosakkan hubungan persahabatan ini. Kini aku sedar. Kau adalah teman yang paling penting dalam hidup aku. Maafkan aku Fakh. Maafkan aku kerana melukakan hatimu. Maafkan aku…," rayu Aliya dengan suara yang tersekat-sekat menahan sebak. Fakhri diam sejenak dan kemudian bersuara. " Aliya, renung mata ini. Air mata ini tidak akan mengalir andai hatiku tidak terluka," kata Fakhri perlahan lalu beredar meninggalkan Aliya. Aliya rebah. Tiada terdaya setelah mendengar kata- kata terakhir dari Fakhri sebentar tadi.

-----------------

Peperiksaan Semester Program Matrikulasi II ( PSPM II ) telah berlalu. Kini, segala keletihan dan keresahan menunggu saat peperiksaan telah pun berakhir. Pada malam sebelum tamatnya program tersebut, pihak kolej telah mengadakan Malam Graduasi untuk mengiktiraf para pelajar yang telah berjaya menamatkan program. Suasana di Dewan Milennium pada malam itu begitu meriah dengan gelagat dan tingkah laku pelajar dan para pensyarah. Masing-masing bergaya sakan. Ada yang menempah baju sejak seminggu yang lalu semata-mata untuk menghadiri majlis ini. Pasangan-pasangan bahagia yang selama ini bercinta di kolej tidak lupa mengambil peluang terakhir ini untuk bergambar dan bergurau senda dengan pasangan masing-masing. Beginilah gelagat anak-anak muda pada malam itu.
Persembahan bermula setengah jam selepas ucapan terakhir dari pengarah kolej.
" Lagu ini saya tujukan kepada insan yang bernama Nur Aliya Bt. Kamal.Digubah khas buat tatapan dirinya. Terimalah, Tentang Kita…
Bunyi alunan muzik mengiringi persembahan Fakhri pada malam itu…

Di saat kita bersama
Kita lagukan lagu ini
Lagu tentang aku dan dikau
Tentang kita

Tapi kenapa tiada lagi
Tiada senyum tawamu
Dan
Tiada lagi lagu riang hatiku

Kau membuatkan aku pergi
Tanpa menoleh ke arahmu
Sedang aku tidak mengerti
Kesudahan cerita ini

Kasihku
Izinkan ku pergi dulu
Pergi jauh dari dirimu
Dan aku tak mungkin kembali
Kerana tiada lagi
Yang kedua buatmu…

Maafkan aku…

Lagu : Tentang Kita
Muzik : Hanif ( The Silent Band )
Lirik : Che
Gitar : Hanif ( The Silent Band )

( Lirik ini telah digubah menjadi lagu oleh sebuah band underground yang bertempat di Terengganu iaitu The Silent Band )

Fakhri, aku ada sesuatu yang ingin disampaikan. Mungkin kau tidak pernah mengenali aku. Tetapi, aku cukup mengenali kau. Aku teman sebilik Syikin, kawan baik kau", tegur Ain selepas Fakhri selesai mengadakan persembahan. " Saat Ain menyebut nama itu, barulah Fakhri sedar yang selama ini dia telah lupa kepada sahabatnya Syikin. Sejak peristiwa di pondok berdekatan Kedai Siswa (KESIS) hari itu, dia tidak lagi nampak bayang mahupun diri Syikin sendiri. Setelah lama melihat Fakhri mengelamun, Ain bersuara. " Aku tiada apa yang mampu diucapkan, sekadar ingin memberikan surat ini kepada kau. Dia pesan agar memberikan surat ini setelah kau berjaya menamatkan program matrikulasi di sini. Ain berlalu pergi. Fakhri kemudian terus membuka surat itu. Di bukanya perlahan…

Sahabatku Fakhri,

Saat kau membaca surat ini, mungkin aku tidak berada lagi di semenanjung. Kini, aku menyambung pengajian di Sabah kerana mengikut keluarga berpindah ke sini. Maafkan aku kerana tidak memberitahu hal ini pada kau.

Fakhri,
Ada sesuatu yang selama ini aku sembunyikan dari kau. Dan saat ini adalah yang paling sesuai untuk aku memberitahu segala-galanya. Aku mencintaimu Fakh. Aku mencintaimu semenjak di bangku persekolahan lagi. Tika aku mendapat tahu yang kau menyimpan perasaan terhadap Aliya,aku berasa cukup sedih. Namun, ku tabahkan juga hati ini untuk berhadapan dengan kau. Aku cuba mententeramkan diri kau. Aku cuba menasihati agar tidak meratapi apa yang telah berlaku antara kau dan Aliya. Tetapi, aku cukup terkilan tatkala kau menuduh aku sedemikian rupa. Hatiku hancur Fakh. Maafkan aku kerana mengungkit hal yang telah berlaku. Mengertilah, aku telah lama memaafkan kau. Dan tidak pernah sesekali aku menyalahkan kau dalam hal ini. Tetapi, jangan sesekali kau mencari aku lagi. Maafkan aku. Aku sayang kau…

Sahabatmu,
Syikin…

Berbekalkan alamat yang diperolehi, Fakhri terus berangkat ke Sabah seorang diri. Dia tekad untuk mencari Syikin selagi termampu dia lakukan. Di dalam perjalanan terbayang wajah Syikin. Wajah yang cukup jernih itu bisa melunturkan hatinya. Terbayang pula raut muka sedih Aliya yang meratapi kesalahannya pada hari itu. Cukup sayu…

------------------

" Maafkan pak cik Fakhri, Syikin tiada di sini. Dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Russia dalam bidang perubatan. Semalam baru dia bertolak. Maafkan pak cik. Pak cik tidak mampu membantu kau…", lemah longlai seluruh tubuh Fakhri setelah mendengar kata-kata dari ayah Syikin sebentar tadi. "Syikin, maafkan aku", rintih Fakhri sendirian.
Di saat itu juga, handphone Fakhri berdering. Dijawabnya panggilan itu dengan hati yang masih sayu.
" Hello Fakh, aku ni, Faiz teman sebilik kau. Aliya Fakh… Aliya… Aliya sudah tiada. Dia ditemui mati di biliknya semalam. Dia telah membunuh diri Fakh. Aliya telah tiada", begitulah kata-kata Faiz sebaik sahaja Fakhri menjawab panggilan tadi. Fakhri rebah. Mata berpinar. Dan meratapi semua ini dengan hati yang cukup sayu dan sedih… " Maafkan aku…," raung hati kecilnya….
posted by BLOGGER @ 10:53 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:
  • At 20/6/08 5:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    perhhhh!!!!!!!!!!!!!cite pe ni????!!!!!!!!cm bengong je....lau xreti xyah ar bt cite,xpon g blaja kt mne2 dl

     

  • At 20/6/08 11:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    entah ape2..!!

     

  • At 21/6/08 9:11 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    go on lg che...
    bleh tahan dah cite ni...

     

  • At 4/7/08 11:28 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ni mesti bdk KMPP jgk ni..
    hehehehehe..
    tukar pulak nama cendawan tu..
    bukan ke namanya cendawan maksiat..
    huhuhuuhu

     

  • At 5/7/08 6:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    haru biru sikit la.. but still ok... try.. dont give up..

     

  • At 7/7/08 1:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best gak cte ni..x sume cte end wit ep ending rite??? barulah ade pro n kontra..xkn nk ep je..x syok la ekk...bgusss...

     

  • At 7/8/08 8:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Salam..Che...
    best gak crite ni...ada kelainan ckit...biarpun tak epy ending, tp still ok..
    betul tu..tak semua cerita berakhir dengan kegembiraan
    From : dak IPT :)

     

  • At 19/8/08 4:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    che..
    best r cte ko nih..
    len x wt lg besh k
    aq ske cte psl sahabat nih
    ikhlas: fezra

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group