Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
PAK MAN merenung jauh. Sayup ke tengah laut lepas. Sayu hatinya bagaikan dihiris-hiris. Laut yang tenang itu dipandangnya dengan perasaaan berbaur. Sedih, kecewa, marah, kecik hati, dan bermacam perasaan bersarang di hatinya. Keriuhan bunyi bising orang- orang kampung dan pemberita langsung tidak menarik perhatiannya. Pak Man masih keliru dan kebingungan. Ingatannya lebih kepada cucunya, bila mana dia mengajar Aiman turun ke laut dan sama-sama menangkap ikan. Masih jelas di ingatan, dia melihat anak kecil itu ketawa riang apabila mereka mendapat ikan hasil lemparan jala Pak Man dari perahu kecil kepunyaannya. Semalam, cucu kesayangannya itu begitu gembira berada di sisinya. Dekat benar. Air mata Pak Man mengalir di pipi. Disekanya dengan kain pelikat lusuh yang tersangkut di bahu. Sesekali, Pak Man memerhati kosong gelagat jiran-jiran tetangga yang turut datang melawat perkampungan itu. Diperhatikannya sekeliling, segalanya musnah. Penduduk kampung masing-masing mempamerkan wajah sugul dan kecewa. Semuanya kelihatan berserabut dan kelam kabut. Pak Man hanya kaku berdiri. Terkesima dengan suratan kehidupannya. Disekanya kali kedua tangisan yang membasahi pipi. Takut-takut kalau orang yang lalu-lalang menyedari dia menangis. Orang kata kalau orang tua menangis, buruk rupa tambahan pula Pak Man orang lelaki…orang lelaki mana boleh menangis!…
" Pak cik … pak cik tak apa-apa?" pertanyaan dari seorang anak muda mengejutkannya. Pak Man menoleh. Dipandangnya wajah pemuda itu kemudian beralih kepada baju yang dipakainya. Tertera gambar bulan sabit yang bewarna merah. Pak Man tidak tahu makna uniform itu, tapi sejak semalam ramai benar anak-anak muda yang berpakaian begitu di kampungnya. Malah ramai benar wajah-wajah yang tidak pernah dilihatnya berulang alik ke kampung tersebut. Semuanya datang kerana ombak besar yang melanda semalam. Ombak yang mencalit seribu kedukaan pada kehidupannya. Bukan Pak Man tak pernah melihat ombak. Malah Pak Man dan ombak bagaikan berkawan bertahun lamanya, semenjak Pak Man kecil lagi. Tapi semalam, ombak itu terlalu asing baginya. Ombak itu terlalu besar, terlalu tinggi sehingga mencapai pucuk pokok kelapa. Tidak disangka gegaran yang dirasakannya pagi semalam telah mendatangkan gelombang ombak besar yang menakutkan itu. Tidak di duganya sama sekali!.
Semalam, Pak Man tidak turun kelaut. Hati kecilnya terasa tidak tenteram bagaikan ada sesuatu yng bakal terjadi. Aiman juga entah kenapa langsung tidak mahu berenggang dengannya. Kebosanan berada di rumah sepanjang pagi menyebabkan Pak Man dan cucunya mengambil angin di pesisir pantai. Hari itu, Pak Man melihat kedatangan ombak yang begitu berlainan daripada kebiasaannya. Ketinggiannya amat luar biasa. Kaki langit seolah-olah hilang apabila ombak menghampiri pantai. Gelap dan hitam. Dari jauh, Pak Man menjerit. Mengharapkan keselamatan cucu dan orang-orang kampung yang terpinga-pinga. Jauh beberapa kaki darinya Aiman serta beberapa orang kanak-kanak yang begitu leka bermain di pesisir pantai lari bertempiaran. Belum sempat Aiman mencapai tangan Pak Man, ombak terlebih dahulu mengheretnya menuju ke tengah. Pak Man sendiri turut hanyut dibawa arus ombak, tetapi dihalang oleh sebatang pokok sekaligus telah menyelamatkannya. Pak Man hanya mampu melihat Aiman dan beberapa orang penduduk kampungnya tenggelam timbul ditelan gelombang arus kuat itu. Segalanya terlalu cepat. Sekelip mata, Aiman hilang dari pandangannya.
Teguran pemuda di hadapannya itu disambut dengan gelengan kepala. Pak Man tunduk melihat tanah yang di litupi selut hitam dan berbaur hanyir itu. Selipar yang dipakai hampir tidak kelihatan warna asalnya kerana dilunyai dengan selut setinggi 0.3 meter itu. Pak Man hanya membisu. Anak muda di sisinya kelihatan serba salah. Pak Man sekadar membiarkan pertanyaan berlalu dibawa angin. Keramahannya selama ini hilang sejak semalam. Bermacam rasa yang menghuni jiwanya sekarang ini. Pak Man tidak mampu walaupun untuk mengukir secebis senyuman. Pak Man sedih, kecewa dan pilu. Tapi jauh di sudut hati, Pak Man tahu mereka adalah manusia yang berhati mulia kerana sanggup menghulurkan bantuan untuk kampungnya selepas banjir besar yang melanda perairan Kuala Muda itu sejak semalam.
"Encik… tak jumpa lagi ke cucu pak cik?" pertanyaan Pak Man terpacul keluar sewaktu pemuda tersebut menghantarnya balik ke sekolah yang ditumpanginya sejak semalam. "Kami masih mencari, pak cik. Bersabarlah.." jawab anak muda itu sekadar menyedapkan hatinya. Pak Man kembali membisu.
Kereta diberhentikan di tepi jalan berhampiran sekolah yang menempatkan hampir kesemua mangsa yang ditimpa malapetaka semalam. Wajah-wajah yang dikenali Pak Man datang menghampirinya. Masing-masing berada dalam keadaan sugul dan lemah. Selepas bersalaman dan bertegur sapa buat seketika, Pak Man kembali menyendiri di belakang salah satu blok sekolah. Selepas mengucapkan terima kasih, pemuda yang menghantarnya tadi hilang entah kemana. Barangkali menuju kembali ke tempat mereka bertemu sebentar tadi.
Terbayang jelas di ruang ingatan Pak Man, segalanya ranap dan berlumpur sewaktu dia menjengah ke kampungnya sebentar tadi. Rumahnya hampir tidak kelihatan. Hanyut di bawa arus. Perahu nelayannya terbelah dua. Malah motosikalnya pula tersepit di antara kereta jiran tetangga. Kepiluan menghimpit jiwa. Tiada lagi kudrat dan daya untuk mengubah apa yang tersurat. Malah tiada lagi barang tinggalan kenangannya bersama Aiman. Pandangannya dilepaskan hampir ke seluruh kawasan kejadian semalam. Semuanya bagaikan padang jarak padang tekukur. Kebanyakan rumah- rumah hampir berkeadaan yang sama dengan rumahnya. Malah ada yang lebih teruk. Hanyut hanya meninggalkan kesan tapak rumah sahaja.
Menurut percakapan orang-orang kampung yang didengari Pak Man, ombak besar itu telah melanda pesisir pantai Kota Kuala Muda tersebut sepanjang 100 meter ke darat sebanyak dua kali. Kesedihan meruntun jiwa, Pak Man beristigfar dalam hati. Redha dengan segala yang terjadi. Terdetik di hatinya betapa besarnya kekuasaan Allah yang mampu menarik rahmat hanya dalam sekelip mata. Tanpa peringatan, tanpa amaran. Semuanya hadir dengan tiba-tiba. Pak Man hanya mampu berserah dan pasrah.
Keriuhan suara kanak-kanak dan ibu bapa di persekitaran sekolah hanya dipandang sepi. Pak Man masih lagi dihantui dengan bayangan Aiman yang sesekali mengundang ilusinya. Masih terdengar di telinga Pak Man suara ketawa Aiman semalam dan hari-hari sebelumnya. Pak Man amat berharap segalanya itu adalah mimpi. Mengapa harus ada hari semalam. Dahsyat dan manakutkan. Jika diingat-ingat, meremang bulu roma Pak Man dibuatnya. Pak Man cuba menggagahkah dirinya untuk terus tidak melayani perasaannya tetapi hatinya tetap terasa sebak. Tanpa di sedari, air matanya terus mengalir membasahi pipi. Segalanya kerana Tsunami… Tsunami? Apa itu…? Pak Man kurang arif dengan nama Jepun yang dikaitkan dengan ombak besar yang membanjiri kampungnya semalam. Menurut pembaca berita yang didengarinya malam tadi ianya berkaitan dengan gempa bumi. Kejadian yang telah menyebabkan berlakunya gegaran dari bawah bumi Sumatera yang merebak di atas permukaan laut, tersebar ke darat dan mencecah pantai. Kekuatan dan kelajuan ombak itu mampu mencecah 500 hingga 700 kilometer sejam bak halilintar. Malaysia tidak terkecuali daripada 11 negara yang turut terkena tempias gelombang maut itu. Entahlah… Pak Man kurang mengerti apa yang sebenarnya berlaku. Maklum saja, Pak Man hanya belajar setakat darjah tiga saja. Tiada ijazah apatah MBA yang mampu membuatkannya faham dengan situasi sebenar bencana alam itu terjadi. Pak Man melangkah longlai menuju ke surau sekolah. Seingatnya azan Zohor telah lama berkumandang. Pak Man ingin mengadu. Pak Man ingin mencari ketenangan. Wuduk diambil penyegar kesedihan, khusyuk dia mengerjakan kewajipan hamba. Lama dia berwirid di atas sejadah. Ingatannya kembali tekenangkan Aiman. Pak Man menyuakan kedua tangannya ke langit. Mata tuanya sudah terlalu bengkak. Dalam sebak, Pak Man berdoa, "Ya Allah… sesungguhnya aku insan yang lemah lagi tidak berdaya, temukanlah aku dengan cucuku Ya Allah..selamatkanlah dia walau di mana dia berada dan temukanlah dia denganku Ya Allah, sekalipun dalam keadaan yang engkau telah ambil nyawanya…ketemukanlah cucuku Ya Allah…sesungguhnya engkau maha pengasih lagi maha penyayang. Amin…" Pak Man meraup tangannya ke muka, air mata kembali bertakung. Pak Man biarkan saja.
Selesai solat, Pak Man cuba-cuba tidur di sudut surau tersebut. Di hujung kanannya, terdapat dua tiga orang yang telah pun terlena lebih dulu daripadanya. Letih barangkali. Pak Man cuba melelapkan mata tetapi tidak berdaya. Akhirnya, Pak Man hanya bersandar malas di dinding surau tersebut. Perutnya berkeroncong, tapi Pak Man tidak terasa lapar. Dari semalam, Pak Man tidak makan. Biarpun berkali-kali dipujuk oleh beberapa orang sukarelawan yang datang membantu mangsa sepertinya, Pak Man tetap tiada selera. Ingatannya masih lagi tertumpu kepada cucunya. Cucu yang telah kematian kedua orang tuanya setahun yang lalu kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya. Itulah satu-satunya cucu dan waris yang Pak Man ada. Tanpanya, Pak Man keseorangan di dunia ini. "Leman,….Aiman…depa dah jumpa!". Lebai Mat mengejutkannya dari terus dibayangi kenangan Aiman. Pak Man terpagah. Aiman?. Dah jumpa? selamatkah dia?Pak Man terkedu.
Penantian dan doa Pak Man untuk melihat senyuman Aiman ternyata sia-sia. Mayat Aiman dipandang sayu. Terbujur kaku. Hampir tidak dapat dicam wajahnya kerana bengkak terendam air yang agak lama. Trauma semalam masih bersisa, ketakutan semalam masih belum hilang. Hari ini terpaksa pula menahan satu lagi beban perasaan yang bersarang dalam jiwa. Bebanan perasaan yang takkan luput untuk selamanya. Pak Man sudah tidak berdaya. Umurnya yang menjangkau 59 tahun itu rasanya sudah tidak mampu lagi untuk menanggung beban kesakitan dan kehilangan ini seorang diri. Pak Man tidak sanggup!. Mata Pak Man mula berpinar. Berpusing-pusing. Bayangan jasad Aiman di lihatnya berganda-ganda. Kabur. Terasa lemah kakinya. Pak Man mula merasakan kesakitan yang amat sangat menusuk dadanya. Sakit yang telah lama menghilang semenjak kehadiran Aiman ke pangkuannya setahun yang lepas. Pandangan Pak Man semakin gelap. Pak Man rebah. Suara- suara yang riuh rendah di sekelilingnya sebentar tadi mulai menghilang. Seketika, pandangan gelap itu hilang, Pak Man nampak Aiman di hadapannya. Berdiri dan tersenyum melambai padanya. Pak Man gembira. Beberapa kali cuba digapainya tangan Aiman tapi tidak berjaya. Namun, Pak Man tidak cepat berputus asa, dituruti langkah Aiman yang memanggilnya dalam sayup…. Jauh dan mula menjauh.
bst cterr nii..xderr unsur2 nme datuk terselit,cinta yng merepek2..cter yg pnh nga konflik,klimaks yng mnrik...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cite ni best sgt2