Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kelopak matanya bertakung lagi, rindu yang sarat terkenangkan memori bahagia sering datang bertamu sejak kebelakangan ini. Jiwanya mencengkam, meruntun dan tentunya akur pada kesilapan lalu, seolah-olah mahu saja merobek hati ini hingga luka berdarah.
Dinihari pagi yang syahdu, Yana bangun lagi menghadap Ilahi, melakukan solat sunat, sambil mengaminkan doa agar dosa-dosanya terhadap suami yang tercinta diampunkan tuhan. Telekung sembahyangnya basah, air mata itu bagaikan tiada penghadangnya, dia pasrah. Kenangan pahit itu sering kali diulang tayang dalam mindanya tanpa diundang.
-------------------------------------------------
"Apa nak jadi dengan rumahtangga kita, sayang?" suaminya bersuara kesal. Hasyim memandang lembut wajah isterinya. Jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan tinggi untuk melihat isterinya berubah. Yana membalas tajam pandangan lembut suaminya. Membulat matanya menyorot wajah lelaki itu, bosan dengan kewujudan lelaki itu di sisinya.
"Awak fikirlah sendiri apa nak jadi dengan rumahtangga kita ni! Awak sedar tak yang selama ni awak terlalu mengongkong saya? Saya pun ada life tau! Jangan ingat awak je boleh keluar masuk rumah ni sesuka hati." Yana bersuara keras.
Hasyim tidak segera menjawab. Dia tidak mahu bertikam lidah dalam suasana panas begini, syaitan juga yang akan bertepuk tangan. Yana terus berlenggang masuk ke bilik saat jam di dinding mula menunjukkan ke angka 11 malam.
Yana yang dikenalinya dulu seorang perempuan yang bersopan santun, baik hatinya dan itulah cinta pertamanya kepada seorang gadis. Riak wajahnya menggamit renungan banyak mata nakal lelaki. Namun disebalik kelembutan wajah dan sifatnya, makin hari dia makin kenal bahawa wujud watak yang berlawanan dalam diri gadis tersebut. Gadis itu seorang yang sukakan aktiviti lasak dan sering bersosial bersama teman-temannya.
Namun disisinya Yana seorang yang petah berbicara dan sering mengundang tawanya. Dialah isteri manja yang disayanginya sepenuh hati. Dia cuba menjadi suami terbaik, dihidangkan segala keriangan buat isteri tercinta. Layanan kepada isterinya tidak pernah surut, tidak pernah terniat di hatinya untuk menyakiti hati isterinya, malah langsung dia tidak terfikir untuk mengasari fizikal orang yang disayanginya itu. Mungkin kerana kebaikannya itulah sejak akhir-akhir ini Yana mula berubah laku.
Ikatan suci antara mereka selama hampir dua tahun tidak menghadirkan seorang penyeri hidup antara mereka. Mungkin ketiadaan anak itulah membuatkan hidup Yana tertekan. Dia mula menunjukkan kebosanan. Isterinya seringkali menjemput rasa amarahnya. Suaranya mula meninggi, suka menjerit-jerit dan entah kenapa banyak benar yang tidak kena pada dirinya ini.
Bukan dia tidak cuba memujuk Yana, tapi langsung tidak diambil peduli isterinya itu. Soal anak bukannya ketentuan sendiri tapi ianya perancangan besar Ilahi. Tidak sama sekali dia menyisihkan Yana kerana tidak mampu memberinya zuriat, dia masih dalam keadaan waras untuk menerima ketentuan itu. Kasih sayang kepada isterinya masih lagi sama sebagaimana di awal perkahwinan mereka, tidak luak sedikitpun.
Hampir setahun sudah Yana berubah laku dan hari-hari yang berlalu makin membuatkan dia terasa disisihkan. Dia bagaikan keseorangan di dalam ikatan ini, tiada rasa belaian kasih daripada seorang isteri yang masih dicintainya. Isterinya lebih suka hidup bersama teman-teman, bila ditanya ada saja alasannya…tengok wayang, masuk spa, pergi gym, dan bermacam lagi cerita pendek yang dihidang.
Hanya dia yang sentiasa setia menanti di rumah. Tiada lagi rasa syurga dunia di dalam kehidupan sebegini. Menungan menjadi teman sehariannya. Yana sudah lama lupa kepada tanggungjawabnya. Saat dia keluar bekerja dia pasti benar isterinya itu tidak betah berada di rumah. Malam menjelma dia mula termangu keseorangan. Menunggu kepulangan isteri tersayang dengan rasa sabar yang makin menipis. Dirinya makin terabai, tiada lagi belaian mesra isteri tercinta, dan sudah tentu impianya untuk mendapatkan zuriat makin menipis.
Akhirnya dia nekad, dia harus bangun untuk mendepani masalah ini yang kian meruncing. Dia tidak mahu kehancuran di dalam rumahtangganya. Dia masih lagi menyayangi isterinya. Dia mahu Yana sedar akan rasa kasih sayangnya. Kalaupun sukar dia tidak lagi akan berdiam diri sebegini. Dia tidak mahu menjadi seorang suami yang dayus. Dia sedar, dirinya juga silap! Mungkin dia tidak faham tentang rasa kebosanan yang melanda hidup isterinya itu.
Kadang-kadang dia terpaksa akur dengan kesilapannya yang tidak cuba memahami minat Yana. Isterinya itu mungkin terlalu kesepian kerana tidak mempunyai anak dan sering saja dia tinggalkan akibat bebanan tugas. Dia sedar kini dia juga bukan suami yang baik apabila sering mendesak isterinya menjadi yang terbaik buat dirinya. Lamunan yang panjang itu akhirnya membuahkan suatu kepastian dalam dirinya.
Lewat malam itu dia sabar menanti Yana pulang. Dia berkira-kira mahu berbincang sesuatu dengan isterinya. Dengan harapan isterinya itu mampu memberinya sedikit ruang untuk mereka sama-sama duduk berbicara. Pintu dibuka dan Yana masuk ke rumah bersahaja. Dia cuba menghadiahkan sebuah senyuman kepada isterinya, biarlah dia beralah lagi kali ini. Tidak rugi dia mengalah lagi andainya itulah jalan penyelesaian menuju bahagia.
"Sayang pergi mana hari ni?" Hasyim bersuara lembut. Yana memandang suaminya sekilas dan terus melangkah menuju ke bilik. Hasyim menuruti langkah isterinya. Dia mahu terus berbicara dengan isterinya. Dia duduk di birai katil sementara menunggu isterinya membasah tubuh.
"Dari mana tadi…?" Hasyim menyambung bicara. "U sibuk-sibuk ni kenapa?" Suara Yana tinggi. "U still my wife, Yana. I pun boleh balik awal…sepatutnya U dah ada kat rumah bila I balik. Sekurang-kurangnya kita boleh makan malam sama-sama. Kalau U tak larat nak masak kita boleh makan kat luar. I rindu nak dengar suara U yang manja dan sering buat I ketawa dengan celoteh U. Kalau U nak tengok wayang sekalipun I boleh temankan. Bukannya kita tak pernah tengok wayang sama-sama kan? I rindu pautan jemari U masa kita tidur. I betul-betul rindukan semua saat-saat bahagian kita. I nak U boleh jadi macam dulu-dulu, sayang. Please…" Tidak teragak-agak Hasyim meluahkannya.
"Kalau sekarang I dah lain, kenapa U buat tak faham lagi? I dah tak suka tinggal kat rumah ni tau! Itu maknanya I dah tak nak hidup dengan U lagi! I menyampah dengan U! Bila I dah jadi macam ni barulah U terhegeh-hegeh nak datang memujuk. Masa I cakap kesunyian dulu apa yang U buat untuk I? Masa tu I benar-benar perlukan kekuatan, perlukan perhatian yang lebih dari U, tapi U hanya tahu cakap sabar, sabar, sabar! U pun ada tahap sabarnya kan? Sabar I dah luput. I tak nak lagi kesunyian mengganggu hidup I. I suka dengan cara hidup I sekarang. Kalau selama ni U asyik sibuk memanjang je dengan kerja U tu apasal malam ni U sibuk pasal I?" Suara Yana makin meninggi.
Hasyim memandang wajah isterinya tenang, dia tidak mahu hanyut dengan suasana ini. Tangan Yana ditarik lembut supaya menghampiri dirinya, namun isterinya itu kasar mengelak. Dia perlu sabar, dia tahu isterinya sedang disalut rasa amarah yang hebat. Sekelip mata isterinya keluar dari bilik. Dia turut mengekori langkah isterinya itu, dia tidak akan berputus asa, apa yang dia mahu adalah penyelesaian kepada masalah yang melanda mereka. Dia tidak mahu lagi hidup dalam sebuah rumahtangga yang tidak sempurna.
Peluang ini tidak akan disia-siakannya begitu saja. Baginya Yana hanyut belum terlalu jauh. Bukan niatnya untuk mengongkong hidup isterinya, tapi biarlah berpada-pada. Dia mahu Yana tahu tanggungjawabnya sebagai isteri dan dimana duduknya dia sebagai suami dalam hidup isterinya itu. Tidak putus-putus dia memanjatkan rasa hatinya kepada tuhan, moga-moga mereka berdua diberi hidayah dalam melayari bahtera suci ini.
Tanpa diduga Yana keluar rumah menghidupkan enjin kereta, mahu menjauhkan dirinya dari situasi bahang kini. Tidak mahu lagi dia terus berbicara dengan suaminya yang baginya mula menyibuk tentang hidupnya.
"Yana, nak ke mana lagi malam-malam ni? I bukan nak salahkan U…tapi I nak bincang dari hati ke hati. I nak kita berdua lebih memahami kehendak masing-masing." Hasyim masih cuba lagi berkompromi, dia berdiri di sisi kereta isterinya.
"Stop! I dah tak nak dengar apa-apa lagi. I dah jemu jadi isteri U, bosan! Berlambak lagi perempuan baik kat luar sana tu. U pilih je mana U suka then buat isteri. I dah tak larat nak jadi ur wife." Yana menekan pedal minyak laju meninggalkan suaminya sendirian.
Tanpa berlengah Hasyim turut berkereta mengejar isterinya. Dia tahu Yana dalam emosi yang tidak stabil, dia takut sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, manalah tahu isterinya itu boleh mengambil tindakan yang bukan-bukan, syaitan tentunya menguasai kala begini. Dia tidak mahu sebarang kejadian buruk menimpa isteri kesayangannya itu. Walauapapun yang telah berlaku Yana tetap disayanginya, dia tetap ingin hidup bersama isterinya itu, impiannya biarlah hanya maut memisahkan mereka.
Dari jauh dia melihat kereta Yana yang dipandu laju. Namun selang beberapa minit saja…di depan matanya, di satu selekoh tajam Yana sudah hilang kawalan. Hanya laungan "Yanaaa…!!!" bergema kuat di peti suaranya. Kereta isterinya itu berpusing beberapa kali sebelum akhirnya tersadai di cerun bukit. Hasyim kaget melihat keadaan yang sungguh mendebarkan jiwanya. Dia hampir pitam.
Nasibnya baik apabila ada pemandu kenderaan lain yang turut membantu. Dia sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi, di fikirannya hanyalah gambaran kemungkinan jasad Yana makin menjauh…jiwanya luluh…akhirnya air mata lelakinya gugur…Kelibat orang ramai mula mengerumuni kawasan itu…
Saban waktu dia terus memanggil nama isterinya tanpa jemu, dia mahu isterinya sedar dan tahu bahawa dia akan sentiasa setia di sisi isterinya itu hingga ke akhir hayatnya.
"Yana, bangun sayang…Abang tetap sayangkan Yana walau apapun yang terjadi. Abang tahu Yana pun sayangkan abang kan? Abang mengaku selama ni Abang banyak buat silap pada Yana…maafkan Abang…Kita akan bina hidup baru selepas ini. Kita akan bahagia, Abang janji takkan sia-siakan hidup Yana lagi…" bisikan lembut sering diulang-ulang di telinga isterinya. Rambut isterinya dibelai perlahan sambil dia memaut erat jemari isterinya. Tangan itu terus dikucupnya berulangkali tanpa rasa jemu.
Walaupun sudah seminggu isterinya koma dia tetap berharap ada sinar yang akan ditemuinya. Dia mahu melihat isterinya membuka mata dan tersenyum memandang wajahnya yang sentiasa menemani saat getir sebegini.
"Yana tahukan Abang benar-benar sayangkan Yana…Abang maafkan segala salah silap Yana selama ni…Abang pun mengaku Abang ada lakukan kesilapan terhadap Yana, maafkan Abang, sayang…Abang rindu saat-saat bahagia kita bersama…Kita akan bina hidup baru selepas ini. Abang masih perlukan Yana di sisi…setiap saat Abang perlukan Yana…Abang janji akan jaga Yana lebih baik…Abang janji, sayang! Bukalah matamu, sayang…" Hasyim tidak pernah jemu berbicara indah disisi isterinya.
Biarlah berapa lama dia terpaksa berulang-alik ke hospital ini, dia tetap sanggup melakukannya. Walaupun tiada jaminan yang baik untuknya namun dia tekad untuk tidak mudah berserah. "Abang akan sentiasa ada di sisi Yana…" Kadang-kadang ada sebak mengundang air mata lelakinya.
"Berilah kami peluang sekali lagi untuk mengecap bahagia, Ya Allah! Panjangkanlah umur isteriku, Ya Allah…Aku masih memerlukan dia, Ya Allah…Berikanlah aku kekuatan untuk melalui hari-hari yang getir ini, Ya Allah…" Tiada hitungan lagi rintihannya kepada Yang Maha Kuasa.
Kita hambanya berhak memohon apa saja, namun perancangan Allah itulah yang terhebat. DIA mampu segala-galanya! Hampir sebulan terlantar koma tanpa sedar di katil hospital, di suatu dinihari yang bening akhirnya Yana mampu membuka matanya, di sisi suami tercinta. Itulah keajaiban tuhan yang Maha Esa! Tiada kata yang mampu mereka berdua lafazkan, hanya tautan kasih yang mampu meresapi ke seluruh saraf nadi mereka.
"Terima kasih, Ya Allah!"
----------------------------------------------
Sudah tiga tahun kenangan itu berlalu. Walaupun bertahun-tahun ditinggalkan, memori itu tetap akan berbekas di ingatan. Tidak mungkin keindahan itu berkubur. Kepahitan itu akhirnya membuahkan kemanisan di dalam hidupnya. Syukur, Alhamdulillah. Tuhan mahu mengujinya, sejauh mana dia layak menjadi seorang isteri yang taat kepada suaminya. Hingga saat ini rasa bahagia bergelar isteri masih utuh di jiwa.
Kehidupan ini banyak mengajarnya erti sebuah kasih sayang. Ketaatan kepada suami itu penting selagi tidak melanggar syariat Allah, itulah pengajarannya kepada Yana. Dia benar-benar bertuah pernah memiliki seorang suami yang begitu penyabar. Segala ujian dan dugaan mampu mereka tempuhi walaupun perit. Namun, itulah kenangan! Kini dia kembali keseorangan, suami tercinta telah kembali ke Rahmatullah seminggu yang lalu…
Suamiku sayang,…damailah engkau di sana…isterimu ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu, moga-moga perjalananmu di sana dipermudahkan urusannya…isterimu ini akan sentiasa mengenangkanmu kerana engkaulah satu-satunya lelaki yang terhebat pernah aku miliki…
"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku, ampunkanlah juga segala dosa-dosa suamiku, suamiku juga pernah mengampunkan segala salah silapku dan pernah meredhai perjalanan hidupku, maka kupohon kepadaMu Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku, Engkau redhailah perjalanan hidupku kerana keredhaanMu kepadaku adalah selepas redhanya suamiku keatasku. Ya Allah, Engkau tempatkanlah suamiku di kalangan orang-orang yang Engkau kasihi, cucurilah rahmatMu ke atas suamiku…Aaamiin…" Tidak pernah dia lupa untuk memanjatkan doa kepada suami tercinta pada setiap masa.
Perpisahan ini sungguh pedih bisanya. Siapa tahu hanya beberapa jam selepas suaminya mengadu sakit dada, akhirnya di ribaan sendiri suaminya menghembuskan nafas terakhir. Doktor mengesahkan itu adalah serangan jantung, pembunuh senyap yang tidak mengenal siapa mangsanya.
Wah!! Beshh cite ni.. Aku chuke tp ending dia x besh la suami dia dh x ada.. Cian c istri.. Aku x nk idop aku brakhir mcm ni (Tp redha dgn ketentuan-NYA)
ape la..cter ni..isteri x patut wt mcm tu,,berdosa..t x ape la..cter ni best..nsib bek dpat suami..baik..law jaat.dah kne penampa n terajang..hheheeheh..
knp sad ending.. waaaaaa..... tak bestla mati2 nie.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
so touching la crite ni..huhu..