BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Jun 17, 2008
Cerpen : Siti & Shukri
Pemuja Rahsia a.k.a INA SUBIR
melvina_teh@yahoo.com

Kalendar di laptop Toshiba pemberian sepupuku, Abang Azim menunjukkan tarikh 7 Jun. Sudah hampir genap lapan tahun aku tidak bersua dengan seseorang yang pernah membahagiakan hatiku, seseorang yang pernah memberikan warna indah dalam perjalanan hidupku. Aku bangun lalu menuju ke tepi jendela. Di tingkat ke-16, aku lihat kenderaan berpusu-pusu keluar dari Kuala Lumpur. Cuaca yang mendung menyebabkan langit terasa begitu gelap. Aku tidak memasang lampu. Biarlah aku terkurung dalam kegelapan.

Kakiku melangkah ke sofa di hadapan mejaku. Jawatanku sebagai Admin Manager di Warisan Holdings melayakkan aku menghuni bilik yang cukup besar dan selesa ini. Aku mencapai majalah yang berada di hadapanku. Muka utama majalah itu membuat hatiku sedikit tersentuh. Melihat wajah lelaki berusia 29 tahun yang kini menjadi salah seorang usahawan muda yang berjaya itu membuat hatiku terasa kosong dan sepi. Jemariku mengusap gambar jejaka yang bernama Shukri itu. Bibirku mengukir senyum.

Aku mengambil PDA O2 milikku yang sedang berbunyi di atas meja. Nama Abang Sayang tertera di skrin itu. Aku menekan butang silence dan membiarkan panggilan itu tidak berjawab. Seketika kemudian telefon bimbitku berbunyi lagi. Aku membiarkan panggilan itu. Hatiku yang sedang bergelora membuat hatiku tawar untuk melayani kerenah Abang Azim. Aku duduk kembali di sofa.

Hubunganku dan Abang Azim tidak ubah seperti adik-beradik. Aku mengenalinya sejak kecil lagi. Abang Azim tidak sengaja telah menolakku jatuh dari basikal sehingga lututku berdarah. Dengan bersusah payah Abang Azim menuntun basikalku sambil mendukungku di belakangnya sehingga kami tiba di rumah. Rupanya Abang Azim adalah sepupuku yang baru berpindah ke kampung. Sejak hari itu Abang Azimlah yang bermain denganku sehinggalah Abang Azim melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Pejabatku terasa sunyi. Pasti semua pekerja sudah pulang. Pukul 5 petang tadi, Dina, pembantuku awal-awal lagi sudah mengucapkan selamat tinggal. Wanita berbadan gempal yang berusia 32 tahun itu mahu segera pulang untuk menjemput anaknya di pusat asuhan. Aku menatap majalah itu sekali lagi. Wajah Shukri yang sedang senyum itu kelihatan kekok sekali. Seingatku, Shukri tidak senyum sebegitu. Senyuman Shukri manis sekali.

"Tak join program PMI lagi?" Tegur Shukri yang sedang berada di sisiku. Suasana di makmal komputer agak hingar-bingar. Maklumlah, hari ini hari pra-pendaftaran untuk subjek pada semester akan datang. Sebenarnya aku agak terkejut kerana dia menegurku. Aku sangkakan dia tidak mengenaliku. Tambahan pula kami cuma berkenalan sewaktu kami sama-sama menyertai Kem Ibadat anjuran Persatuan Mahasiswa Islam di Janda Baik, Pahang. Itu pun perkenalan secara tidak rasmi. Dia memperkenalkan diri sewaktu pembentangan perancangan Pulau Impian.

Walaupun Shukri tidak begitu petah berbicara ketika membuat pembentangan, aku cukup tertarik dengan gaya kepimpinannya yang ditonjolkannya. Apabila tiba giliranku untuk membentangkan Pulau Impian kumpulanku, aku dan Shukri saling berbahas kerana dia kurang bersetuju dengan perancangan Pulau Impian kami. Hanya begitu kisah perkenalanku dengannya. Sejak hari itu aku sering ternampak Shukri walau di mana pun aku berada.

"Hari tu saya ada datang dengar ceramah di surau." Jawabku. Aku sebenarnya agak kurang berminat untuk menyertai program yang dianjurkan oleh PMI kerana aku kurang bersetuju dengan pendekatan yang digunakan oleh ahli PMI. Hanya sesekali apabila teman baikku, Raudah mengajakku ke program PMI. Minggu lalu aku ternampak banner PMI di belakang blok E di kampus. Shukri dilantik sebagai Exco Sukan persatuan itu.

Sejak peristiwa Shukri menegurku, bermulalah kisah antara aku dan Shukri. Kami sering terserempak di perpustakaan. Shukri tidak pernah bersendirian ketika di kampus. Pasti ada kawan lelaki yang bersamanya. Aku juga sering bersama dengan teman-temanku. Setiap kali kami bersua, kami berlagak seolah-olah tidak mengenali antara satu sama lain. Jauh sekali untuk saling menegur. Pernah aku cuba untuk menguntum senyuman namun lirikan matanya seakan memberi tanda supaya kami tidak saling bertegur. Tetapi setiap kali kami bersendirian, dia pasti akan menegurku.

Shukri seakan mengelak daripada dilihat berduaan denganku. Aku tidak tahu mengapa sehinggalah pada suatu hari beberapa pelajar perempuan bertudung labuh datang ke bilikku. Aku ditegur supaya menjaga pergaulanku. Pada awalnya aku tidak mengerti. Aku tidak kisah untuk diberikan teguran namun riak wajah mereka sewaktu menegurku menunjukkan seolah-olah aku melakukan kesalahan yang besar. Aku terasa hairan mengapa aku ditegur sedangkan seingatku aku tidak pernah berduaan dengan pelajar lelaki. Jarang sekali aku akan bercakap dengan pelajar lelaki melainkan berkaitan hal pelajaran.

"Hang ada rapat dengan budak lelaki PMI ke?" Raudah bertanya seawaktu aku menyatakan rasa tidak puas hatiku. Aku teringatkan Shukri. Raudah tahu tentang aku dan Shukri. Dia tidak pernah menegurku.

"Hang kan tau PMI tekankan isu couple. Sebab tu depe mai tegur hang. Depe takut nanti buruk la nama PMI sebab ahli persatuan sendiri couple." Raudah yang baru sudah mandi galak bercerita. Aku menganggukkan kepala. Pasti mereka ternampak aku dan Shukri duduk berhadapan di Dataran Ilmu tiga hari lalu. Kebetulan waktu itu aku sedang menunggu Raudah yang berada di Kiosk untuk membeli sarapan pagi. Entah dari mana Shukri datang pun aku tak tahu. Dia terus duduk berhadapan denganku namun kami tidak berbual panjang kerana Raudah datang lima minit kemudian.

Sejak hari itu aku menjauhkan diri dari Shukri. Aku tidak mahu lagi ditegur oleh pelajar perempuan yang merupakan seniorku. Sekiranya Shukri datang menegurku, aku segera memberikan alasan untuk pergi. Hatiku terseksa setiap kali aku melarikan diri dari Shukri. Senyumannya yang manis akan hilang apabila aku mengatakan aku harus pergi. Maafkan aku, Shukri. Bukan aku tidak mengerti perasaan hatinya namun aku terpaksa menjaga nama baik kami berdua. Shukri memegang jawatan dalam persatuan itu. Kata Raudah, setiap kali ada mesyuarat, pasti isu couple dibangkitkan dan mereka semua menuduh Shukri. Merah padam wajah Shukri, cerita Raudah.

Setiap kali aku ternampak Shukri, hatiku terasa sayu. Aku benar-benar ingin mengenali Shukri dan entah mengapa, aku yakin Shukri ingin mendekatiku namun ada halangan antara kami. Hampir sebulan kami tidak bertegur sehinggalah satu hari, sewaktu study week, kami bertemu di perpustakaan. Berdegup kencang jantungku apabila tidak sengaja tersentuh tangannya sewaktu mencapai buku di rak. Aku menundukkan wajah dan terus beredar. Shukri memanggil namaku. Di celahan rak itu Shukri meminta maaf.

"Shukri minta maaf kalau ada orang datang tegur Siti. Err … PMI memang macam tu." Aku berusaha untuk tidak memandang ke arah Shukri. Aku hanya menganggukkan kepala.

"Hmm … tak apa. Saya faham." Aku tunduk memandang lantai.

"Siti boleh bagi nombor phone?" Pantas aku mengangkat wajah.

"Nak buat apa?" Tanyaku.

"Shukri suka Siti … err … Shukri nak kenal Siti dengan lebih mendalam."

Aku dan Shukri menjadi semakin rapat walaupun kami hanya berhubung melalui telefon. Setiap hari pasti dia akan menghantar message dan setiap malam dia akan menghubungiku. Perbualan kami tidak lama. Hanya sekadar untuk bertanya khabar atau mengucapkan selamat malam. Aku tidak pernah berasa sebahagia ketika bersama Shukri. Tutur bicaranya begitu lemah lembut dan dia tidak pernah lupa memberikan nasihat. Yang paling aku kagum pada Shukri adalah dia banyak membimbingku. Setiap kali masuk azan, dia tidak lupa mengingatkanku mengerjakan suruhan ALLAH.

Pernahkah Shukri meluahkan perasaannya padaku? Pernah. Bukan melalui kata-kata tetapi melalui sekeping kad yang diselitkan di dalam sebuah kotak sederhana besar yang diberikannya padaku sewaktu kali pertama kami keluar bersama. Hari itu hari pertama kuliah. Kami bertemu di KLCC. Shukri menghadiahkanku sepasang baju kurung batik berwarna merah jambu dan sehelai tudung berwarna putih yang dipadankan dengan warna putih bunga baju kurung itu.

Langkah Shukri mati sewaktu ternampakku memakai baju kurung yang dihadiahkannya. Beberapa minit kemudian aku menerima message dari Shukri. "Hari ni Shukri nampak seorang bidadari memakai baju pink yang Shukri hadiahkan. Cantik betul. Shukri harap bidadari tu akan selalu di sisi Shukri sampai bila-bila." Hatiku melonjak keriangan. Sejak hari itu Shukri sering memanggilku dengan panggilan bidadari. Bahagianya aku hanya ALLAH yang tahu.

Hubungan kami mula bergelora apabila Abang Azim pulang ke tanah air. Abang Azim sering mengajakku keluar menemaninya dan entah bagaimana, ketika aku dan Abang Azim sedang menunggu untuk menonton wayang di KLCC, Shukri berada di hadapanku. Dia tidak menuturkan sepatah kata. Dia hanya memandangku dan melangkah pergi di sisiku. Mungkin salahku kerana tidak berterus terang tentang Abang Azim.

Aku dan Abang Azim terlalu rapat. Dengan Abang Azim aku tidak segan silu untuk memukulnya di hadapan orang ramai. Kerana bagiku dia seorang abang! Malah pernah pada satu ketika, aku menaruh perasaan pada Abang Azim. Kini aku sedar bahawa perasaanku saat itu adalah kerana aku cemburu Abang Azim sudah mempunyai teman wanita. Sewaktu Abang Azim menangis kerana teman wanitanya meninggal dunia, akulah tempat Abang Azim mengadu. Tidak lama kemudian Abang Azim terus pergi ke Jepun.

Sejak peristiwa itu, Shukri menjauhkan diri. Message dariku tidak lagi berbalas. Panggilanku semuanya dibiarkan sepi. Berkali-kali aku menjelaskan hubunganku dengan Abang Azim namun Shukri tidak membalas. Selama dua minggu aku langsung tidak bertemu Shukri. Akhirnya satu hari Raudah datang membawa satu berita. Shukri telah menamatkan pelajarannya. Dia berhenti belajar di pertengahan semester terakhir kami. Raudahlah yang menjadi saksi gugurnya air mataku.

Aku cuba menghubungi Shukri namun dia tidak mengaktifkan handphone. Aku tidak tahu Shukri di mana. Setelah sekian lama barulah aku sedar selama ini aku tidak pernah tahu di mana Shukri tinggal. Yang aku tahu dia berasal dari Kelantan. Tapi di mana di Kelantan? Kota Bharu? Machang? Aku merayu pada Raudah untuk bertanya pada teman-teman Shukri di mana Shukri tinggal. Hampa. Kata teman baik Shukri, Shukri sudah berpindah.

Disebabkan patah hati, keputusanku pada semester akhir jatuh merundum namun aku masih berjaya graduate diploma kelas pertama. Aku menangis sepanjang peperiksaan akhir. Setiap kali aku ke perpustakaan, aku tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran. Aku pasti terbayang pertemuanku dengan Shukri. Mengapa dia pergi? Adakah dia terlalu marah akanku sehingga begitu sekali keputusan yang diambilnya? Mengapa dia tidak marah padaku saja? Mengapa perlu menamatkan pengajian?

Aku bangun menuju ke meja. Aku memasang lampu meja. Bilikku gelap sekali meskipun tingkap bilikku tidak berlangsir. Jam sudah menunjukkan angka 7. Aku duduk di kerusi dan menarik laci. Sekeping kad berwarna putih aku ambil keluar. Di hadapan kad itu ada gambar hati berwarna ungu, warna kesukaanku.

"Shukri tak pandai bermain dengan kata. Shukri juga tak pandai meluahkan rasa melalui tulisan. Tapi Shukri tahu perasaan Shukri saat pertama kali Shukri mengenali Siti adalah tulus dan ikhlas. Shukri ingin memiliki hati Siti sehingga ke akhir hayat Shukri, jika diizinkan ALLAH. Siti beritahulah perasaan Siti terhadap Shukri. Shukri tunggu."

Bibirku mengukir senyum. Itulah kad yang diberikannya kepadaku. Itulah luahan hatinya padaku. Seingatku, kali terakhir kami bertemu adalah ketika dia ternampakku dengan Abang Azim. Aku masih tidak lupa riak wajah Shukri yang tidak berperasaan ketika berlalu melintasiku. Tiada senyuman manis dari bibirnya. Air mataku berlinang. Aku pandang lagi majalah di tanganku. Kau telah berjaya, kekasihku. Adakah kau masih ingat akanku? Adakah kau sudah maafkanku?

Pintu bilikku diketuk. Lamunanku terhenti. Aku menghampiri pintu dan membukanya. Abang Azim berdiri tegak di hadapanku. Jejaka tinggi berkulit cerah itu kelihatan penat. Mungkin terus ke pejabatku selepas habis bekerja.

"Kenapa bergelap ni?" Tanyanya lalu terus masuk ke dalam bilikku. "Kenapa abang call Siti tak angkat?" Tanyanya lagi apabila aku menutup pintu.

"Abang call ke? Sorry, Siti tak sedar." Bohongku. Abang Azim menggelengkan kepala lalu duduk di kerusi di hadapanku.

"Siti ada kerja lagi ke?" Abang Azim bertanya.

"Tak ada. Abang tunggu kat bawah dulu boleh? Siti nak kemas barang kejap." Abang Azim mengangguk lalu keluar. Dia sempat berpesan supaya tidak terlalu lama kerana dia sudah lapar. Aku ketawa lalu menyuruhnya menunggu selama dua jam.

"Kalau Siti lambat sangat nanti abang dukung Siti keluar dari office." Aku berpura-pura mahu mengejarnya. Abang Azim ketawa lalu menutup pintu. Suasana kembali sunyi aku rasakan. Aku menarik laci dan menatap kad dari Shukri itu sekali lagi sebelum menguncinya.

--------------------------------------

"Assalamualaikum, saya Siti Amina. Saya mewakili kumpulan 9 akan membentangkan Pulau Impian kumpulan kami." Suara gemersik itu membuatku segera berpaling ke arah pentas. Seorang gadis berbaju kurung berwarna biru sedang petah membentangkan aktiviti kami malam itu. Apabila sesi pertanyaan dibuka, aku terus mengangkat tangan, bertanya tentang rancangan kumpulannya. Siti menerangkan tetapi aku tidak berpuas hati. Aku mengangkat tangan sekali lagi untuk bertanya. Hampir sahaja kami berbahas di situ sehingga pengerusi majlis terpaksa menghentikan soalan dariku.

Itulah pertemuan dan perkenalan pertama kali aku dan gadis manis itu. Sepanjang kem ibadat berjalan, aku memerhatikan Siti. Aku yakin hatiku sudah terpikat sewaktu mataku memandangnya. Apabila kembali ke kampus, aku pasti akan mencarinya. Aku sering ternampak dirinya. Aku ingin menghampirinya namun dia sering dikelilingi teman-temannya. Siti seperti seorang puteri yang dikelilingi oleh dayang-dayangnya. Dalam ratusan pelajar perempuan, Sitilah yang paling menawan.

Akhirnya peluang itu ada di depanku pada satu hari. Makmal komputer agak sesak hari itu. Ketika sedang mencari komputer yang tidak digunakan, aku terpandangkan gadis yang mencuri hatiku itu. Aku terus melabuhkan punggung di sisinya. Aku cuba untuk menegurnya namun aku terasa terlalu segan. Selama ini aku tidak pernah menegur pelajar perempuan. Siti seakan tidak sedar kehadiranku di sisinya.

"Tak join program PMI lagi?" Tegurku. Ayat itu meluncur laju dari bibirku. Siti memandangku. Dia kelihatan terkejut. Usahlah begitu, gadisku. Aku sendiri tidak sangka aku akan menegurmu. Hari ini dia memakai baju kurung Kedah berwarna ungu dipadankan dengan tudung berwarna ungu lembut. Ayu sekali.

"Hari tu saya ada datang dengar ceramah di surau." Jawab Siti. Suaranya merdu sekali. Aku senyum. Siti kelihatan kurang senang. Dia sering mengelak dari memandang ke mataku.

Itulah permulaan hubunganku dengan Siti. Agak pelik kisah antara kami kerana aku hanya menegurnya sekiranya kami bersendirian. Aku tidak tahu sama ada Siti berkecil hati dengan tindakanku yang berlagak seakan tidak mengenalinya apabila dia berada dengan temannya. Mungkin aku kejam namun jawatanku dalam Persatuan Mahasiswa Islam membataskan hubunganku dengannya. Pada mulanya aku sangkakan tiada sesiapa akan mempersoalkan kisah peribadiku namun setelah dihentam habis-habisan dalam mesyuarat, aku mula mengelakkan diri darinya.

"Saya harap kita semua dapat menjaga nama baik persatuan ini. Sebelum kita menegur orang lain yang duduk berduaan, ada baiknya kita saling muhasabah diri masing-masing terlebih dahulu." Suara Abang Faizudin kedengaran begitu tegas. "Saya agak kecewa apabila ternampak salah seorang sahabat kita duduk berduaan dengan seorang muslimah di Dataran Ilmu minggu lepas. Memang betul ramai orang di Dataran waktu itu tetapi tetap tidak manis dipandang orang lain." Aku terus memandang ke arah Abang Faizudin. Minggu lalu aku memang ada bersama Siti di Dataran Ilmu!

"Sebagai senior, saya ingin tegaskan bahawa kita harus menjaga nama baik persatuan. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga." Suara Kak Nani yang agak tinggi menarik perhatian semua ahli Majlis Tertinggi persatuan. "Kami tidak akan teragak-agak untuk bertemu dengan mana-mana Muslimah yang kami sering lihat berdua-duaan bukan sahaja dengan ahli PMI sendiri tetapi dengan mana-mana Muslim yang lain. Saya harap semua orang ambil perhatian. Kita memperjuangkan isu no couple. Sebagai ahli PMI, kita sendiri harus mengelak dari terjerumus dalam kancah percintaan sebelum menasihati orang lain."

Aku dapat lihat jelingan mata Kak Nani beberapa singgah padaku. Abang Faizudin dan beberapa senior yang hadir juga memandang ke arahku. Telingaku terasa panas. Hatiku berbara. Aku mendiamkan diri. Inilah kali pertama dalam hidupku aku dihentam oleh orang lain. Aku yakin mereka sedang berkata tentang aku dan Siti.

Aku berdiri di tepi jendela, memandang ke arah padang bola sepak di hadapan Blok B. Pandanganku beralih ke arah Blok A. Aku tertanya yang mana satukah bilik Siti. Adakah berhadapan dengan bilikku. Tingkat berapa Siti tinggal? Apa yang sering dilakukannya pada waktu petang sebegini? Inilah kali kedua aku memikirkan tentang seorang gadis. Aku menyukai Siti tetapi mengapa perlu ada halangan sebegini? Benarkah bercinta itu haram sedangkan cinta adalah fitrah manusia?

Sudah beberapa kali aku mendengar ceramah yang diberikan oleh beberapa orang Ustaz. Tiada seorang pun yang mengatakan couple itu hukumnya haram namun alangkah indahnya jika hubungan hati itu terus dibawa ke alam rumah tangga. Tidak perlu untuk bercinta terlalu lama. Aku mengerti PMI menekankan isu no couple atas sebab yang munasabah tetapi aku tidak bersetuju mereka meletakkan hukum sebegitu. Kini apa yang aku rasakan adalah ingin memiliki Siti. Aku ingin memiliki hatinya, menjaga dirinya selama aku hidup.

Aku juga sedar akhir-akhir ini Siti sering menjauhkan diri. Apabila kami bertemu, Siti akan segera meminta diri, memberikan seribu satu alasan untuk tidak ada dekat denganku. Aku teringat amaran Kak Nani pada mesyuarat minggu lalu. Adakah Kak Nani datang bertemu dengan Siti? Aku mengetuk kepala. Pasti Kak Nani bertemu dengan Siti! Hatiku mula terbakar dengan api kemarahan. Mengapa Siti yang menjadi mangsa?

Degupan jantungku seakan terhenti apabila jariku tersentuh dengan jari seseorang. Waktu itu aku berada di perpustakaan. Gadis di hadapanku laju menarik tangannya. Mata kami bertentang. Siti! Siti menuturkan maaf lalu terus berpaling. Aku memanggil namanya.

"Shukri minta maaf kalau ada orang datang tegur Siti. Err … PMI memang macam tu." Tuturku lambat-lambat. Siti tidak memandang ke mataku. Lama kemudian barulah dia memberi respon dengan menganggukkan kepala. Aku terasa ingin melihat senyuman manisnya.

"Hmm … tak apa. Saya faham." Siti tunduk memandang lantai. Jika diikutkan hati, mahu saja aku menyentuh dagunya, mengangkat wajahnya supaya aku dapat melihat matanya yang seakan bersinar-sinar setiap kali aku merenung matanya.

"Siti boleh bagi nombor phone?" Aku tidak percaya permintaan itu laju meluncur keluar dari bibirku. Siti pantas memandang ke arahku seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Nak buat apa?" Tanyanya. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Apa alasan yang harus aku berikan? Aku memandang Siti, lama. Entah apa jawapannya sekiranya aku meluahkan perasaanku. Siti yang aku kenal tidak pernah berbual dengan lelaki. Tidak pernah sekali pun aku ternampak Siti dengan mana-mana pelajar lelaki. Dia hanya dikelilingi pelajar perempuan dan kerana itulah setiap kali dia berada dengan teman-temannya, aku langsung tidak menegurnya.

Aku masih tidak lupa riak wajah Siti setiap kali dia mengelak dari bersua denganku. Jauh di sudut hatiku aku yakin dia terpaksa melakukannya. Mungkin aku perasan tapi aku benar-benar yakin yang antara aku dan Siti, ada sesuatu yang istimewa. Aku paling rindu saat dapat bertegur dengannya. Senyuman manisnya seakan ada di mana aku berada. Kami seakan saling memahami walaupun tiada sepatah kata terbit dari bibir kami.

"Shukri suka Siti … err … Shukri nak kenal Siti dengan lebih mendalam." Oh Tuhan! Jantungku seakan ditarik keluar dari tubuhku saat aku meluahkan perasaanku. Kulit cerah Siti bertukar merah padam. Kami saling mengelak untuk bertentang mata. Lama kami berdiri di situ tanpa berbicara. Seketika kemudian barulah Siti memberitahu nombor telefonnya.

Detik yang berlalu selepas itu adalah detik yang paling membahagiakanku. Setiap hari aku tidak akan terlepas dari menghantar message kepadanya. Malah sebaik saja aku mendapat nombor telefon Siti, aku terus memasukkan nombor itu dalam senarai activ5. Aku turut memberanikan diri untuk menghubunginya sekadar untuk mengucapkan selamat malam. Semakin hari berlalu aku semakin berani menghubungi Siti.

Kerana itu jugalah aku memberanikan diri untuk meluahkan perasaanku yang sebenarnya. Aku mahukan kepastian dari Siti tentang hubungan kami berdua. Selepas bercuti sebulan sebelum menyambung pengajian di semester keempat, aku menghubungi Siti dan mengajaknya bertemu di KLCC. Sewaktu bercuti di kampung aku meminta emak untuk memilih baju kurung untuk Siti. Emak jugalah yang memilih tudung berwarna putih untuk Siti. Aku banyak bercerita tentang Siti kepada emak dan emak meminta aku membawa Siti bertemu dengannya.

Aku menyertakan sekeping kad yang aku pilih. Berhari-hari aku mengarang ayat namun beberapa kali jugalah aku mengoyak kertas. Maklumlah, aku tidak berbakat dalam menulis. Dadaku berdebar kuat sewaktu meletakkan kotak di hadapan Siti ketika kami berada di KFC. Bahagia sekali aku rasakan saat itu. Beberapa hari kemudiannya aku lihat Siti memakai baju kurung berwarna pink itu.

Langkahku terhenti apabila ternampak Siti sedang berjalan di Dataran Ilmu. Mataku tidak berkedip memandangnya sehingga temanku menepuk bahuku. Aku tersenyum sendiri. Aku menoleh ke arah Siti dan aku lihat Siti juga sedang menoleh ke arahku. Bibir merah pucat Siti menguntum senyum. Aku jatuh hati dengan senyumannya. Aku mengeluarkan handphone lalu menghantar message kepadanya.

"Hari ni Shukri nampak seorang bidadari memakai baju pink yang Shukri hadiahkan. Cantik betul. Shukri harap bidadari tu akan selalu di sisi Shukri sampai bila-bila." Mungkin di mata lelaki lain, Siti tidak cantik. Namun ada sesuatu pada Siti yang memikat hatiku. Panggilan bidadari melekat di hatiku sehingga aku menukar namanya di handphone ku. Bidadariku …

Satu hari mengubah segalanya. Ketika aku di KLCC menemani temanku, aku menerima panggilan dari emak. Ayah kemalangan. Ketika aku bergegas mahu keluar, aku seakan ternampak Siti dan Siti tidak bersendirian. Aku memberanikan diri menghampiri Siti dan benarlah, bidadari hatiku sedang berbual riang dengan seorang lelaki yang agak segak di sisinya. Hancur hatiku. Fikiranku kalut. Tanpa menegur Siti, aku terus berlalu. Malam itu aku terus menunggang motosikal pulang ke Kelantan.

Adik pertamaku, Rani terus memelukku sebaik aku tiba di rumah awal pagi itu. Keadaan ayah teruk. Ayah terpaksa dimasukkan ke ICU setelah berlanggar dengan lori balak sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah. Kata Rani, tulang belakang ayah patah kerana dihempap kayu balak. Aku beristighfar panjang. Aku tidur ditemani enam orang adikku yang masih kecil. Kata Rani sewaktu menyediakan makanan untukku, emak menemani ayah di hospital.

Keadaan ayah tidak berubah. Ayah dipindahkan ke wad biasa selepas seminggu namun ayah tetap tidak sedar. Aku tidak kembali ke kampus kerana sebagai anak sulung dan satu-satunya anak lelaki, sudah menjadi tanggungjawabku untuk menjaga keluargaku. Dalam masa seminggu itu aku langsung tidak memikirkan Siti. Di fikiranku hanyalah keluargaku. Selama ini ayah yang menanggung keluarga. Kini dengan keadaan ayah yang tenat, apa yang harus aku lakukan?

Berhari-hari aku duduk di tepi pantai, memikirkan nasib keluargaku. Setiap kali aku lihat wajah enam orang adikku yang dirundung kesedihan, fikiranku jadi tak menentu. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Hanya tinggal dua bulan sebelum peperiksaan akhir semester. Jika aku kembali ke kolej, menjalani hidup sebagai pelajar, siapa yang akan menjaga keluargaku? Setiap petang air mataku berlinang di pipi. Besarnya dugaanMu, ya ALLAH.

Setiap hari juga aku menerima message dan panggilan dari Siti. Siti berterus terang tentang lelaki yang bersamanya di KLCC. Aku tidak tahu bagaimana aku harus membalas message Siti. Hendak kata aku marah padanya, memang aku sedikit terkilan. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Biarlah. Buat masa ini satu-satunya yang aku inginkan adalah masa dan ruang untukku menyelesaikan masalah keluargaku.

Setelah hampir dua minggu, selepas berlakunya satu peristiwa, aku tekad untuk melepaskan pengajianku. Malam itu ribut melanda. Adik bongsuku, Fatihah menangis kuat kerana terkejut. Adikku yang lain juga menangis. Waktu itu emak berada di hospital menemani ayah. Rani yang selama ini kelihatan tabah juga tidak mampu mengawal perasaannya. Semua adikku menangis memelukku. Air mataku tumpah lagi. Tanpa ayah, akulah yang harus memikul tanggungjawab.

Message dari Siti tetap aku terima. Entah dari mana Siti tahu tentang aku menamatkan pengajian, aku tidak tahu. Siti bersungguh-sungguh memohon maaf andai dia menjadi sebab aku menamatkan pengajian. Aku menarik nafas dalam-dalam. Berkali-kali aku menaip message untuk dihantar kepadanya namun niatku terbantut. Mungkin lebih baik aku terus menyepi dan melupakan kisah antara kami. Yang penting sekarang adalah keluargaku.

Tujuh tahun aku berusaha untuk mengubah nasib keluargaku selepas ayah disahkan lumpuh. Dua minggu lalu wajahku terpampang di sebuah majalah. Aku dikatakan seorang ahli perniagaan muda yang berjaya. Aku duduk di atas kerusi empuk di pejabatku sendiri. Aku melayangkan pandangan ke arah beberapa pingat dan sijil tahniah yang aku pamerkan di almari kaca di sisi pejabatku. Aku bangun dan mengalihkan pandangan ke arah bulan purnama. Nama Siti tiba-tiba melintasi mindaku.

Aku membuka briefcase hitam di hadapanku. Sebuah kotak baldu merah aku capai. Di dalamnya ada sebuah cincin. Cincin itu telah aku simpan selama hampir lapan tahun dengan harapan aku dapat menyarungkannya di jari manis bidadari hatiku. Tapi belum sempat aku menunaikan hasratku, semuanya telah berakhir. Entah apa khabar bidadari hatiku. Adakah dia masih ingat akan diriku seperti aku? Aku mengucup cincin itu. Air mataku bertakung. Mengapa hatiku ini masih terasa kosong walaupun aku sudah memiliki segalanya?

-------------------------------

Siti memasuki lif. Jemarinya pantas menekan butang 16. Di dalam lif itu dia tidak henti-henti membelek jam di pergelangan tangannya. Pagi tadi dia terlewat bangun. Kerana terlalu mengantuk, dia terlena kembali selepas menunaikan solat subuh sedangkan pagi ini dia ada mesyuarat untuk membentangkan perkembangan terbaru syarikat pada sesi pertama tahun 2008. Butang nombor 4 menyala. "Argh!" Siti meraung kecil. Siapa pula yang mahu menaiki tingkat atas pada waktu sebegini?

Shukri menanti pintu lif itu terbuka. Jam di pergelangan tangannya hampir menunjukkan angka 10. Hari ini dia akan bertemu janji dengan salah seorang klien syarikatnya. Sebaik pintu lif terbuka, Shukri ternampak seorang gadis berbaju kurung berwarna ungu sedang berdiri di pelusuk lif. Bibirnya mengukir senyuman. Siti paling meminati warna ungu.

Di tingkat 16, Shukri terdengar bunyi tapak kasut gadis itu menghampiri pintu lif. Shukri menundukkan kepala sehinggalah pintu lif itu terbuka. Dia mendongakkan wajah memandang gadis itu. Waktu itu Shukri rasakan masa seakan terhenti. Dia rasakan tubuhnya tidak dapat bergerak. Sewaktu pintu lif mula tertutup barulah tangannya mampu bergerak. Shukri menangkap lengan gadis itu. Gadis itu berpaling pantas.

Siti rasakan seolah tubuhnya terkena renjatan elektrik apabila lengannya diraih dari belakang. Wajah lelaki yang menarik tangannya membuatkan jantungnya seakan berhenti berdegup. Wajah itulah yang dilihatnya dua minggu lalu di majalah di pejabatnya. Majalah itu tidak pernah dikeluarkannya dari begnya. Siti mahu melihat wajah itu ke mana saja dia pergi. Siti seakan tidak mahu percaya apa yang ada di depan matanya.

Shukri melangkah keluar dari lif. Dia masih tidak melepaskan tangannya dari lengan baju Siti. Nafasnya menderu laju. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia membelai pipi gadis itu. Dia mahu memeluk gadis itu namun akalnya menghalang. Dia masih ingat akan batasan agama. Dia tidak mahu melepaskan lengan baju kurung itu. Dia takut semua ini hanyalah mimpi dan dia akan terbangun dari mimpi indah ini. Shukri menarik tangan Siti dan terus menekan butang ke bawah.

Shukri dan Siti duduk berhadapan di restoran masakan Thai itu. Mereka memesan makanan seakan tiada apa yang berlaku antara mereka. Mereka diam membisu dan melayangkan pandangan ke arah luar bangunan. Mereka berdua hanyut dalam dunia mereka sendiri.

Shukri menatap wajah gadis di hadapannya yang sedang memandang ke arah luar. Dia tahu fikiran gadis di hadapannya sudah merewang jauh. Entah apa di fikirannya, Shukri tidak tahu. Saat ini dia tiba-tiba berharap dia mampu membaca fikiran orang lain terutamanya insan yang paling dirinduinya. Mungkin pelik tetapi meskipun gadis itu kini duduk di hadapannya, dia masih merasakan perasaan rindu itu. Rindunya masih bersisa untuk Siti.

"Siti apa khabar?" Perlahan Shukri bersuara. Ct tersentak dari lamunan. Dia memandang ke arah Shukri di hadapannya. Lidahnya kelu. Suaranya seakan tersekat di kerongkong.

"Khabar baik. Shukri sihat?" Shukri mengukir senyum. Suara Siti tak ubah seperti dalam mimpi-mimpinya, walaupun suara Siti kedengaran sedikit teragak-agak.

"Alhamdulillah sihat." Tiba-tiba Siti tersenyum. Dia teringat akan kenangan indah semasa di universiti. Shukri memanggilnya Siti dan dia memanggilnya Shukri. Air mata Siti bertakung. Dia rindukan masa yang telah berlalu itu …

Mereka kembali membisu. Mereka saling terfikir mengapa begitu sukar mengungkapkan kata. Siti menarik nafas dalam-dalam. Sejak tadi dia menahan kolam air matanya. Dia mengusap air mata itu dari pipinya. Shukri terpaku melihat air mata Siti.

"Kenapa Siti menangis?" Tanyanya. Siti menggelengkan kepala, sebagai tanda tiada apa-apa. Semua itu satu pembohongan. Mana mungkin tiada apa-apa? Kehadiran Shukri dalam hidupnya telah membuatkan dia merasa sangat bahagia. Itulah kali pertama dia merasakan nikmat kasih sayang yang tidak terhingga. Walaupun hanya sekali dua mereka keluar bersama, bagi Siti itu lebih dari cukup. Tapi mengapa kasih yang dirasainya itu hanya seketika? Mengapa Shukri pergi tanpa pesan? Tanpa kata?

"Siti?" Shukri memanggil lagi. Dia resah melihat bidadari hatinya menangis. Dia mahu mengusap air mata itu dari pipi Siti tapi agama membataskan. Hatinya terkilan tidak dapat berbuat apa-apa apabila bidadari hatinya menangis. Kini dia sendiri terasa mahu menangis.

Hidangan yang mereka pesan tiba di meja mereka. Perut mereka langsung tidak terasa lapar. Makanan itu mereka pandang. Dengan rasa terpaksa, Shukri mengangkat sudu dan menyuap nasi goreng di hadapannya. Tekaknya terasa kelat, menolak nasi yang dikunyah. Shukri meletakkan semula sudunya dan membuang pandangan ke arah luar. Di hadapannya, mata Siti masih lagi berair. Dia menghembus nafas perlahan-lahan.

"Shukri rindukan Siti …" Bisiknya perlahan. Dia sudah tidak mahu lagi menanggung pedih hatinya. Selama ini, kerinduan itulah yang mengajarnya untuk menjadi kuat dan tabah. Dia redha apa yang telah berlaku tapi kini apabila bertemu dengan gadis yang membahagiakan hatinya suatu ketika dulu, dia tak mampu berlagak seakan tiada apa yang berlaku. Doanya selama ini sudah termakbul. Dia kembali dipertemukan dengan Siti.

Siti tidak percaya apa didengarnya. Shukri meluahkan rindu. Hatinya terasa pedih sekali lagi. Dia tidak sangka rindunya selama ini berbalas. Tangisnya kini mula kedengaran. Dia tidak mampu menyembunyikan perasaan lagi.

"Siti rindukan Shukri jugak …" Dalam tangisan dia meluahkan perasaan. Senyuman Shukri melebar. Barulah rindunya dapat dilepaskan jauh dari hatinya. Sesungguhnya dia bahagia. Kali ini, dia tidak akan melepaskan Siti. Biarlah apa yang akan terjadi, dia tidak akan pergi tanpa kata lagi. Shukri mencapai briefcase miliknya. Jarinya mencari kotak kecil.

"Siti …" Dia memanggil. Air mata Siti tidak lagi mengalir. Jantung Shukri berdegup kuat. Bagaimana harus dia mengkhabarkan perasaannya?

"Izinkan Shukri menjaga Siti sampai bila-bila." Shukri membuka kotak cincin itu dan meletakkannya di hadapan Siti. Siti nyata terkejut. Dia menekup bibirnya dengan tangan kanan. Air matanya mengalir lagi. Siti ketawa dalam tangisan. Shukri juga terasa ingin ketawa.

"Shukri beli cincin ni masa kita study dulu. Tapi tak sempat nak bagi …" Shukri memberitahu dalam tawanya sendiri. Siti mengambil cincin itu. Dia ketawa kecil dengan linangan air mata. Dibeleknya cincin itu, lama.

"Siti … Kita kahwin." Akhirnya dia meluahkan niat sucinya. Siti ketawa lagi. Riak wajah Shukri berubah. Dia tertanya mengapa Siti ketawa. Dulu Siti tidak begini. Jarang dia mendengar Siti ketawa sebegini. Siti ketawa dalam cara yang cukup sopan. Siti selalu malu-malu berhadapan dengannya. Siti sudah berubahkah?

"Shukri pernah dengar tak kata-kata ni? Perpisahan antara dua insan sebenarnya mungkin memberi ruang untuk mereka saling memahami dan memaafkan. Tapi mungkin juga memberi ruang untuk mereka saling melupakan." Bicara Siti mati di situ. Shukri menanti Siti meneruskan kata-katanya. Siti menghela nafas panjang sebelum bersuara. "Siti tak pernah lupakan Shukri walaupun dah terlalu lama kita terpisah. Siti selalu impikan kita berdua seperti sekarang." Air mata Siti merembes lagi. Suaranya seakan tersekat di kerongkong. "Siti masih sayangkan Shukri seperti dulu. Perasaan Siti tak berubah."

Shukri senyum manis. Di kejauhan, dia seakan dapat merasakan sinar kebahagiaan. Tapi Siti di hadapannya masih dalam air mata.

"Siti dah kahwin, Shukri …" Pantas Shukri menundukkan wajah. Dia mengetap bibir menahan sakit hatinya yang terluka. Siti juga tunduk. Dia tidak mampu memandang Shukri. Perkahwinannya dengan Abang Azim dirancang oleh keluarganya. Berkali-kali dia menolak namun penolakannya tidak diendahkan.

Siti bingkas bangun. Dia tidak mampu menghadapi saat ini lagi. Cincin yang diberikan oleh Shukri disarungkan ke jarinya. Cincin pernikahannya diletakkan ke dalam bekas cincin Shukri. Inilah satu-satunya tanda masih ada cinta di hatinya.

"Shukri tetap miliki hati Siti … sampai bila-bila. Assalamualaikum." Siti melangkah meninggalkan Shukri yang masih tunduk. Dia tidak berpaling sewaktu menuruni eskalator.

Saat Shukri mengangkat wajah, Siti sudah pun hilang dari pandangan. Dia tunduk lagi. Hatinya terkapar mati.
posted by BLOGGER @ 5:16 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
15 Comments:
  • At 17/6/08 8:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita yg best..
    tp kalo realiti,x elok kot wat mcm 2..
    nnt suami dia tau,,xt'kilan ke?
    huhu...pe2 pn,gud luck=)

     

  • At 17/6/08 8:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    emm..cite yang bagus..
    xsemestinya percintaan berakhir dgn perkahwinan kan..
    well done..bleh dikmbgkn lg...

     

  • At 17/6/08 8:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nama aku disemadikan dalam cerpen ni..bestnye...hihi8!!

     

  • At 17/6/08 10:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kapel haram ke x dlm islam?
    camni la ...
    cinta x dpt dielakkn sbb ia fitrah...
    tp x patut dilayan sbb mnjurus ke arah zina~~
    zina plak bkn yg atas katel tu je...
    ade zina mulut, zina mata,
    yg paling nk dielakkn ialah zina hati~
    zina hati tu bila 2 lovers start missing each other~
    mula byg ape die buat skrg...pnjg ke rambut die...~~
    tp ISLAM pon fitrah jgk...
    jdk bila ckp soal cinta bbalek la pd ISLAM...
    ade ke istilah kapel dlm syarak??
    wutever it is...pikir sndiri la~~
    x tau tnye cikgu~~

     

  • At 18/6/08 3:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    couple itu adalah haram di sisi Islam. walaupun x buat apa2, just nasihat menasihati,hukumnya masih haram.kalau nak berkasih better kahwin terus. apapun tahniah kepada jln cerita yg menarik dan unik

     

  • At 18/6/08 3:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    maaf la .. tp cite ni karya sy .. pemuja rahsia .. tp xtau la cmne leh silap name writer 2 .. (bkn nk glamour tp its my story, i've got the right)
    ttg komen psl couple 2 haram .. sy sndri dgr dr ustaz sy di kampus sy. die x kuarkn hukum haram. sy bknnya nk kate couple 2 boleh .. cm yg sy tulis dlm cte ni, alangkah baiknya hubungan hati 2 dibawa ke alam perkahwinan .. pe pun sy hormati pndgn sume org ..
    thx so much!

     

  • At 18/6/08 4:09 PTG, Blogger BLOGGER said…

    Mintak maaf pemuja rahsia.. saya tersilap letak nama.. saya dah perbetulkan.. saya mintak maaf banyak2.. kalau ada kesilapan.. saya harap penulis.. sila email saya.. Bercinta dengan niat untuk ke arah mendirikan rumahtangga, niat Kerana Allah. Tidak salah dan tidak haram.

     

  • At 18/6/08 10:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cinta 2 xsalah,cinta lahir dari hati,nak kawin pun kenela ade rase cinta,xkn nk main redah je,kapel untuk kenali hati budi xsalah,tapi pandai2la jaga diri,kawal dri sendri,

     

  • At 19/6/08 11:46 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    penulisan yang agak bagus dan boleh di kembangkan.
    Lebih suka ambik dari sudut positif. Bagaimana siti dan shukri menjaga adap dan pergaulan dan menjaga batas dalam persahabatan.
    kalau pasal itu PMI tu saya rasa harus check dulu sebelum buat tindakan. sekadar bertegur tak salah.

     

  • At 27/6/08 9:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    entahla....
    yg saye belajar kat kuliah kapel tu haram...:)

     

  • At 5/7/08 7:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kapel ni haram kalau salah cara dia..
    kalau niat baik and berlandaskan syarak, means x melakukan apa-apa yang islam larang, x salah kan..
    kalau kawin terus, kita tak kenal hati budi, macam mana kalau pilihan yang salah??

    kita tak dapat nak judge orang dari luaran..
    and manusia sekarang bukan semua boleh dipercaya baik lelaki mahupun perempuan..

    so, benda ni semua berbalik kepada individu..

    ini hanya pendapat.. luahan rasa....
    jangan marah... :)

     

  • At 25/7/08 2:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    perasaan cinta tu tak salah tp kapel tu yang salah..
    napa kapel tu slah???sbbnya dia boleh menjurus ke zina hati althoungh kononnya pasangan tu tak wat pa2 pn yg salah di sisi agama..
    hope faham..
    islam is addin(islam adalah cara hidupku)

     

  • At 14/8/08 3:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Best cite ni.. sy suke..

     

  • At 21/9/08 2:42 PTG, Blogger Unknown said…

    ade ke cerita cinta biasa..
    kalau biasa..sape nak baca lak..
    adesh..!!

     

  • At 30/6/11 9:17 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cdey glewwww laaaaa....m`leleh aq bce . .aq hope hubgn aq dgn alep akn kkal cmpai ble2 . .xmo jd cm ctew nie...t`skse mak . .waaaaaaa......NANA SAYANG ALEP<33

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group