BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Jun 18, 2008
Cerpen : Setulus Kasih Ayahanda Bonda
AGF 1359 / Bintang hati
aufa_fy06@yahoo.com

Aku melihat ayah yang tersandar di sofa. Wajah yang kian dimamah usia. Kelihatan letih benar wajah itu. Barangkali sudah letih dengan masa yang dilalui. Berkorban tenaga, masa, jiwa untuk anak-anak tercinta. Menyara keluarga demi kehidupan yang terbaik dan sejahtera. Bekerja tidak tentu masa dan ketika asalkan memenuhi keperluan keluarga. Sudah berpuluh tahun ayah bekerja keras tanpa memikirkan dirinya. Dalam diri hanya mengingati anak-anak dan isteri yang tercinta.

Mungkin sudah sampai waktunya ayah berehat untuk menikmati segala penat lelahnya selama ini. Ayah tidak kuat seperti dulu lagi. Wajah yang muda dulu sudah berkerut dan kendur kini. Rambut dan janggut yang hitam dulu sudah bertukar menjadi putih. Sebaris gigi ayah hanya tinggal beberapa batang saja lagi. Senyuman yang menawan dulu tidak lagi seindah itu. Tangan ayah sudah tidak mampu lagi mengangkat barang-barang yang berat. Sengal di sendi, sakit di sana sini. Aku sayu memikirkan tentang ayah yang kian meningkat usia, yang kian uzur menikmati hari-harinya.

Ibu datang melangkah mendapatkan ayah. Duduk disebelah ayah yang tidak pernah jemu berada disampingnya. Senyuman tetap diberikan pada suami yang tercinta walau senyuman itu bukan lagi senyuman yang menggugurkan jiwa. Cinta mereka masih utuh walau seribu perkara yang datang melanda dan menguji jiwa. Wajah ibu yang cantik menawan dulu tidak lagi setegang dan selicin zaman muda remaja. Berkerut seribu, namun tetap menjadi jantung hati ayah yang abadi. Aku tersenyum melihat kemesraan ayah dan ibu.

Ayah dan ibu..Berganding seiringan dalam membesarkan anak-anak. Anak-anak yang sudah dewasa sudah beristeri dan beranak. Ayah dan ibu juga sudah mempunyai cucu-cucu. Namun kini, dimana mereka? Di mana mereka untuk mewarnai gelak tawa dan kegembiraan ayah dan ibu? Di mana mereka untuk mengubati penat lelah ayah dan ibu? Di mana mereka untuk menolong ayah dan ibu yang sudah tidak mampu melakukan kerja-kerja seharian.

Kini, hanya tinggal ayah dan ibu di rumah hasil titik peluh ayah. Rumah yang besar namun sepi. Sunyi. Sesepi dan sesunyi hati ayah dan ibu tanpa anak-anak disisi.

"Abang..kita sudah semakin tua", ibu berkata pada ayah. Tangannya tak lepas mengurut dada yang lelah. Sesekali memicit-micit kakinya yang kebas. Sesekali beralih kepada kepalanya yang pening dan berdenyut-denyut. Orang tua, sakit tidak menentu. Sakit menjadi teman selalu. Apa boleh buat, sakit itu sudah pasti menemani. Sudah berbotol minyak disapu, sudah berbotol ubat ditelan, namun badan terasa alah bisa tegal biasa.

"Ya la, kita dah tua. Tak sedar masa berlalu", ayah menyambut kata-kata ibu dengan sayu. Memandang seraut wajah ibu yang setia disisinya saban hari, saban waktu. Dalam suka, dalam duka, dialah yang tercinta.

Wajah anak-anak terbayang dimata. Sudah besar anak-anaknya kini. Sudah berkerjaya, sudah berkereta, sudah berpangkat sudah ada segalanya.

Seandainya anak-anak ada disisi bolehlah menumpang kasih dan manja.

"Along, tolong picit kaki ayah. Angah, tolong ambilkan ayah kopi. Acik, tolong bacakan surat khabar untuk ayah. Alang tolong ambilkan ayah ubat", teringin sekali mengeluarkan kata-kata itu. Namun anak-anak itu jauh beribu batu. Terasa ingin dipeluk bila rindu, terasa ingin disayang bila pilu.

" Kita ni dah tua abang..hidup hanya menyusahkan anak-anak saja. Anak-anak pun kian jauh dari kita. Barangkali kita sudah tidak bermakna buat mereka",ada sebak pada suara ibu. Barangkali cukup terasa dengan ketiadaan anak-anak disisi. Jarang sekali menjenguk mereka, jarang sekali bertanyakan khabar, jarang sekali mengucapkan kata sayang dan rindu. Adakah orang tua ini sudah tidak bermakna buat mereka? Ayat itu berlegar-legar di fikiran ayah dan ibu saban waktu.

"Biasala, dah tua ni tiada siapa yang suka. Dah tak cantik. Ibarat barang lama..", ayah menyokong kata-kata ibu. Dari dulu lagi pepatah telah mengatakan sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ayah dan ibu. Kini ayah dan ibu semakin mengerti maksud dan makna kata-kata itu.

"Saya rindukan anak-anak abang..", ibu memeluk erat lengan ayah. Kepalanya disandarkan pada bahu yang sudah tidak setegap dulu. Namun dialah lelaki yang tidak pernah disesali menjadi putera hidupnya. Merentasi kesusahan, melangkaui kegembiraan, dialah yang terbaik untuknya.

"Mereka sibuk mana ada masa nak tengok kita", ayah cuba memujuk ibu. Tangannya yang lemah masih mampu mengusap lembut kepala ibu. Memujuk, persis teruna memujuk dara. Sayang benar ayah pada ibu. Masakan tidak sayang, isteri yang berkorban segala untuk dirinya dan anak-anak. Seandainya tanpa isteri itu manakan mungkin semangatnya seteguh ini walau usia kian mengenjak pergi.

"Tak kan sampai macam tu?", ibu masih belum berpuas hati. Rindu ibu pada anak-anak tidak pernah berhenti, walau anak-anak sudah memiliki dan dimiliki buat insan bergelar suami dan isteri. Status anak dan ibu akan tetap kekal walau waktu semakin berlalu.

Ibu terasa ingin kembali bagai waktu dulu. Kembali saat anak-anak masih berada dalam dakapannya. Masih berada dalam tanggungjawabnya, dibelai dan dimanja. Walau dugaan datang melanda hatinya tetap tulus gembira menghulurkan kasih dan sayang buat anak-anak yang tersayang.

"Sayang..anak-anak ini ibarat burung. Waktu kecil, ibu ayah yang beri makan. Bila sudah besar, ibu ayah ajar bertatih, berjalan dan berlari. Bila sudah besar mereka mampu terbang sendiri, jadi apa lagi maknanya ibu dan ayah yang sudah uzur dan tua ini..", ayah masih sempat berfalsafah walau hati ibu sudah kian diselubungi sendu dan pilu.

"Abang..walau apa pun, mereka tetap anak-anak kita. Baik ke, buruk ke, mereka tetap darah daging kita. Mereka lahir dan memebesar atas cinta kita yang suci", ibu meluahkan rasa dihati. Sampai bila pun ikatan anak dan ibu tidak akan terputus.

"Ya sayang..kita tunggulah mereka pulang. Pasti mereka akan pulang ke pangkuan kita", lembut nada itu penuh pengharapan. Airmata yang mengalir dikelopak mata ibu dikesat oleh jari-jemari ayah. Tangan ibu digenggam erat. Airmata ayah juga terasa ingin mengalir, namun ayah mesti menahan airmatanya. Tidak ingin ibu melihat airmata itu. Ibu juga pasti tidak sanggup melihat airmata ayah mengalir kerana rindukan anak-anak.

"Walau apa pun yang terjadi, abang akan ada disisi awak, sayang. Biar anak-anak tak ingat pada kita, tetapi abang akan tetap ada sampai bila-bila", ayah mengucup dahi ibu penuh syahdu. Janji setia bersama dulu tetap dalam hati, tetap dalam jiwa. Akan dikotakan selagi bernafas, akan dikotakan hingga akhir waktu. Biarlah cinta mereka tidak menjadi sia-sia dan kekal buat selamanya.

Disaat-saat usia semakin senja, hanya mereka berdua yang mengerti. Hanya mereka berdua yang memahami.

Aku mengatur tapak demi tapak, melangkah perlahan mendapatkan ayah dan ibu. Tergambar wajah Along, Angah, Alang dan Acik. Seandainya mereka mampu berada di sisi ayah dan ibu pasti tidak tergambar kegembiraan dan kebahagiaan ayah dan ibu. Seakan-akan terdengar butir bicara Along pada aku pagi tadi. Masih terngiang-ngiang suara Angah yang menolak permintaanku. Alang dan Acik juga turut menghampakan aku.

"Maafla adik, Along sibuk sangat tak dapat nak balik pada hari lahir ayah nanti".
"Angah betul-betul tak da masa nak balik kampung. Bertimbun-timbun lagi kerja yang ada".
"Alang kena pergi luar negara. Ada mesyuarat kat sana".
"Acik ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Adik kan ada teman ibu dan ayah".

Ku raup wajahku beberapa kali. Mencari kekuatan untuk berhadapan dengan ayah dan ibu. Apa harus ku kata. Adakah begini " Ayah, ibu, anak-anak ayah dan ibu tak dapat balik, mereka semua sibuk". Tidak sanggup rasanya mengeluarkan kata yang akan menghampakan hati ayah dan ibu yang saban hari mengharapkan kepulangan anak-anak. Anak-anak yang disayang, anak-anak yang dibanggakan.

Sayu hatiku melihat ayah dan ibu yang sudah tua, yang masih risaukan anak-anak. Akan ku jaga ayah dan ibu semampu dan sedaya kudrat ku. Ayah dan ibu mesti mendapatkan kasih sayang ku. Ayah dan ibu mesti mendapat penjagaan yang terbaik dari ku. Aku ingin ayah dan ibu berbangga punya aku sebagai anak mereka. Kasih sayang ini ku tumpahkan buat ayah dan ibu. Rindu ku ini ku taburkan buat ayah dan ibu. Cintaku ini hanyalah milik ayah dan ibu.

"Ayah, ibu..", ku rapati tubuhku dekat dengan ayah dan ibu. Ku genggam tangan ayah, ku gengam tangan ibu. Ku kucup tangan ayah, ku kucup tangan ibu dengan penuh syahdu. Tangan itu yang membesarkan aku dari sebesar tiga jari hinggalah aku menjadi seorang yang berguna kini. Tidak mampu ku hidup tanpa ayah dan ibu. Tidak mampu ku bergembira tanpa ayah dan ibu. Walau sehebat mana pun apa yang ku ada tidak tertanding permata hatiku yang tiada gantinya. Biarlah aku kehilangan kegembiraan asalkan aku ada ayah dan ibu yang tidak pernah jemu mendidikku, yang tidak pernah jemu mendoakan kebahagiaanku. Mana mungkin ku pentingkan perkara lain selain ayah dan ibu yang menjadi jantung dan nyawaku.

Senyuman ayah dan ibu mendamaikan hati ku. Biarlah aku saja yang menjadi penawar dimata penyejuk dihati ayah dan ibu. Asalkan aku mampu memberikan sedikit bahagia pada ayah dan ibu yang semakin dihenjak usia, aku sudah menjadi insan yang paling berbahagia di dunia ini. Tiada tandingan kasih ayah dan ibu dalam hatiku. Walau cinta datang menggoda, walau kasih datang bertimpa, tidak tertanding cinta kasih ayah dan ibu yang tidak pernah berhenti buatku.

"Ayah..ibu..jangan bimbang, adik kan ada. Adik akan jaga ayah dan ibu. Adik akan dengar cakap ayah dan ibu", aku memujuk hati ayah dan ibu. Dengan harapan wajah suram kedua orang yang kucintai akan kembali bersinar seperti mentari. Akan tetap bercahaya seperti bintang walau dalam malam yang kelam.

Ayah dan ibu masih tersenyum melihat aku. Seolah-olah melihat cahaya yang tiba-tiba hadir dalam hidup mereka. Wajah yang suram tadi bertukar ceria. Wajah yang sunggul tadi bertukar bahagia.

"Ya, ayah dan ibu masih ada adik yang tak pernah tinggalkan ayah dan ibu", ayah mengusap lembut kepalaku yang masih duduk disisi ayah dan ibu. Kucupan hangat ibu terasa di ubun-ubunku.

"Apa saja yang ayah mahu, katakan saja pada adik. Apa saja yang ibu mahu, katakan juga pada adik. Adik kan ada", ku ukirkan senyuman mesra buat ayah dan ibu, walau gelodak perasaanku masih melindungi kekecewaan yang ditaburkan oleh adik beradikku. Mahu saja aku memarahi mereka, namun aku hanyalah adik. Adik tidak selalu menang, adik tidak selalu betul. Adik sentiasa kecil. Apa saja kata adik bukanlah penting. Bagai dihiris perasaanku. Andai aku sebagai adik berasa begini, pasti ayah dan ibu lebih dari itu.

"Syurga itu dibawah tapak kaki ibu". Seandainya masa boleh terhenti, biarkan saja aku begini buat selamanya. Berada disisi ayah dan ibu adalah waktu yang terindah dalam hidupku. Wajah ayah yang berkedut seribu tetap kacak dipandanganku. Wajah ibu yang kendur tetap cantik dalam hatiku. Rambut dan janggut ayah yang putih tetap adalah yang terindah buatku. Segalanya tentang ayah dan ibu adalah yang teristimewa buatku.

"Ayah ibu..adik tidak sebijak Along yang menjadi penguam. Adik tidak sehebat Angah yang menjadi jurutera. Adik tidak selincah Acik yang menjadi wakil rakyat. Adik tidak sepintar Alang yang menjadi pensyarah. Adik hanya penganggur yang ada tulang empat kerat mengerjakan tanah milik ayah dan ibu. Hanya itu yang adik mampu. Namun adik akan tetap jaga ayah dan ibu lebih baik dari seorang penguam yang ada, lebih baik dari seorang jurutera, lebih baik dari wakil rakyat dan lebih sempurna dari seorang pensyarah..", ada sebak pada suara aku.

Aku akui, aku tidak sebijak Along, Angah, Acik dan Alang. Kalau aku sebijak mereka, siapalah yang akan menjaga ayah dan ibu. Barangkali masaku juga sepadat masa mereka yang tidak sempat menjenguk ayah dan ibu pun.

"Terima kasih adik. Ayah bangga punya anak sebaik adik. Walau adik bukan peguam, walau adik bukan jurutera, walau adik bukan wakil rakyat, walau adik bukan pensyarah, adik tetap anak ayah yang ayah banggakan", pertama kali ayah memuji aku. Pertama kali terasa bagai cahaya yang menyuluh kehidupanku. Selalu bukan namaku yang menghiasi bibir itu. Nama anak-anak yang dibanggakan. Nama anak-anak yang penuh dengan kemahsyuran.

"Ibu pun bangga punya anak sebaik adik. Ibu tak harapkan harta berjuta. Ibu tidak harapkan balasan atas segala kasih sayang ibu. Yang ibu perlukan hanyalah kasih sayang dan perhatian dari anak-anak yang ibu sayang", ikhlas kata-kata ibu pada aku. Aku faham maksud kata-kata ibu.
Ibu yang sejati tidak mengharapkan apa-apa dari anak-anak, cukuplah kasih sayang dan rasa hormat yang tidak berbelah bahagi.

Aku mengangguk perlahan, memahami setiap butir bicara ayah dan ibu. Jauh di sudut hati aku sedar, ayah dan ibu benar-benar rindukan anak-anaknya yang lain. Akan ku khabarkan berita kerinduan ini buat mereka, agar segera mereka menjenguk ayah dan ibu yang menggunung rindunya.

Ayah dan ibu masing-masing menganggukkan kepala. Sebaris senyuman yang terukir cukup buat aku rasa gembira dan bahagia walau aku tahu hati mereka tidak setenang itu.

Pintu rumahku yang terbuka luas ku tutup. Hari sudah semakin senja. Sekejap lagi azan maghrib akan berkumandang. Semoga esok membawa sinar yang lebih bahagia buat ayah dan ibuku. Ya..untuk ayah dan ibuku yang tersayang..
posted by BLOGGER @ 5:17 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:
  • At 18/6/08 10:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    terharu btul cite nih..tp bgos!

     

  • At 19/6/08 11:56 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Inilah lumrah kehidupan... semakin kita berjaya semakin kita lupa tanggungjawab terhadap ibu bapa..
    Semakin kita kaya semakin kita lupa jasa ibu bapa terhadap kita..
    Kita tidak seharusnya membiarkan ibu bapa yang semakin di mamah usia.. Kerana mereka memerlukan kasih sayang dan belaian dari anak2nya bukan duit yg mereka perlukan...

     

  • At 19/6/08 9:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    10 org anak blm tentu dpt menjaga kedua org tua nya..hmmmm...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group