Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
'Sudahlah! Aku betul-betul bosan dengan semua ini. Langsung tidak serius. Aku bukannya main-main. Semua perasaan aku bukannya lakonan. Takkan airmata aku pun dianggap sebagai lakonan? Kenapa dia berubah mendadak? Hati aku betul-betul diracuni. Telah banyak aku berkorban, aku biarkan diri aku merana demi kebahagiaan dia. Tapi... dia sudah berubahlah! Dulu dia macam sang pencinta yang begitu kukuh dengan semangat cinta yang luhur. Kini, menganggap cinta seperti pantai yang dipukul ombak. Gagal mempertahankan kesetiaan akhirnya berubah.' Zalia semakin resah dilanda dilema. Runsing memikirkan apa yang harus dilakukan. Entah mana jalan yang harus dipilih. Rizman benar-benar telah meranap seluruh perasaan cinta Zalia. Terpulanglah kepada takdir yang menentukan. Zalia mulai pasrah namun disebalik jiwa yang ranap dan hancur dilukai dan didera Rizman, hatinya begitu kecewa dan sedih bila difikirkan akan kehilangan Rizman seperti yang diduganya sendiri. Hubungan ini sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Zalia mula bersedia dengan senjata jiwa dan hati yang kuat untuk bertarung perang dengan perasaan yang begitu sukar diterima. Kehilangan yang tersayang dan lebih hebat lagi akan kehilangan sebuah cinta yang begitu diagungkannya selama ini. Sebuah kebahagiaan yang dimiliki dengan mengharungi pelbagai onak duri dugaan dan ujian dari Illahi akhirnya berpenghujungkan perpisahan yang begitu pahit dan mendera seluruh jiwanya. Mahu juga memberontak, meradang dan mengamuk kerana tekanan ini terlalu kuat! Terlalu sakit! Aku manusia, kaum hawa yang lemah. Kenapa begitu teruk aku diseksa? Sekuat mana jeritan batin hati Zalia, tiada siapa yang memahaminya kecuali Yang Maha Mengetahui. Inikah ujian yang harus aku harungi untuk menemui sebuah kehidupan baru? Mengapa begitu perit? Ya, Allah, kuatkanlah jiwa hambamu yang terlalu lemah ini. Doa Zalia bertubi-tubi menghentam jiwanya sendiri agar dapat dipujuk bagi menghindari dari terus dan terus memikirkan kisah cintanya bersama suami kesayangannya yang diagungkan semakin jauh dan semakin dalam musnahnya sebuah rumahtangga yang dibina genap setahun sudah. Seminggu telah berlalu semenjak pertengkaran mereka suami isteri. Rizman langsung tidak menjejaki kakinya ke rumah itu lagi. Unit apartment sederhana mewah didiami bersama semenjak perkahwinan mereka. Hadiah dari suami yang penyayang kepada isterinya. Rumah itu terlalu banyak menyimpan memori mereka berdua. Ruang tamu, tempat mereka bersantai menonton televisyen bersama. Ruang makan, sama-sama menikmati jamuan bersama. Ruang dapur, Rizman selalu membantunya memasak walaupun tidak mengerti memasak dan di hadapan sinki itulah pernah Zalia berpura-pura bahawa ikan yang berjaya ditangkap Rizman bersama teman dahulu masih hidup membuatkan Rizman cemas. Melihat keadaan Rizman yang cemas, Zalia ketawa terbahak-bahak mentertawakan suaminya. Dilihatnya pula sekitar ruang bilik, di situlah mereka membangkitkan cinta mereka yang begitu utuh dan kuat seakan-akan tiada siapa yang dapat menandingi cinta mereka. Meja solek itulah tempat mereka selalu berebut-rebut untuk menggunakannya. Zalia hendak bersolek dan Rizman hendak menyikatkan rambutnya sambil memakai sedikit krim pencerah muka sebelum pergi kerja. "Macam perempuan!" Usik Zalia apabila Rizman mula menyapu krim pencerah muka ke seluruh mukanya. "Muka ni mesti nampak berseri selalu. Kalau tak nanti mem pandang orang lain. Mana nak cari mem macam ni kat dunia ni?" balas Rizman dengan kata-kata yang menyentuh jiwa dan naluri hawa Zalia. Kata-kata itulah tak pernah lupakan Zalia lupakan. Mana nak cari mem macam ni kat dunia ni?' Benarkah kata-kata Rizman itu serius? Kalau ya, kenapa dia boleh beralih arah kepada perempuan lain? Puas matanya memandang meja solek itu, Zalia berpaling dan terpandang bilik mandi. Terbayang saat-saat mereka berdua juga berebut-rebut hendak mandi. "Bagilah Zal mandi dulu. Abang mengalahlah.." pinta Zalia manja. "Abang nak berak. Tak tahanlah." sambil ketawa Rizman berkata dan terus masuk ke dalam bilik mandi yang agak kecil layak berada di dalam apartment kecil dan sederhana mewahnya. Zalia masih berdiri di luar bilik mandi menatap wajahya sendiri di hadapan cermin muka yang agak besar dapat memuatkan pantulan imej separuh badannya. Dicapainya pembersih muka, lalu mencuci mukanya dengan urutan yang perlahan. Dari dalam bilik mandi Rizman memekik memanggil Zalia, "Zal!" Jemari Zalia berhenti mengurut wajahnya yang bersabun. "Tak payahlah nak menjerit. Orang ada kat luar ni laa.." balas Zalia. "Ada apa, sayang?" sambung Zalia lagi. "Jom, mandi sama," jawab Rizman. Zalia ketawa dan terus membalas kembali, "Tak naklah. Abang lepas berak. Busuk!" Dengan hati yang begitu sebak mengenangkan kembali kebahagiaan mereka berdua mengisi seluruh ruang rumah itu, airmata Zalia mula membasahi pipinya yang licin tanpa sebarang cela. 'Aku ingin kembalikan saat itu. Saat kami sama-sama tak lekang dari ketawa dan senyuman.' Saat kebahagiaan yang membuatkannya tidak mempedulikan dunia lain. Hanya meluangkan seluruh isi jiwanya kepada cinta. Menyerahkan dirinya kepada cinta. Fikiran Zalia buntu. Apa yang harus dibuat. Pulang ke kampung. Terlalu jauh. Bagaimana dengan rumah ini? Siapa hendak menjaganya? Tidak, Zalia menarik balik niatnya untuk pulang ke kampung. Dia hendak menunggu kepulangan pujangga cintanya. Masa berlalu semakin pantas. Bulan dan mentari hadir silih berganti. Zalia sendirian berjalan di kota. Menunggu akan harapan baru tiba. Meniti sebuah kota penuh drama, jiwa yang ranap masih lagi belum sembuh. Ke manakah Rizman pergi. Kenapa hatinya berubah mendadak? Apa salah laku yang Zalia telah lakukan? Persoalan demi persoalan. Zalia semakin bingung. Semakin gelisah. Semakin sedih. Semakin sebak. Semakin kecewa!! Zalia rebah! Rebah ke dalam kesibukan kota. Membawa hati yang luka. Gelap. Tiada bayangan. Perlahan-lahan setiap deru angin dan aliran darah ke tubuhnya tidak dirasai lagi. Kini tubuh itu bermandikan kegelapan. Setiap detik berlalu perlahan. Sesaat demi sesaat. Tidak pula terasa tiga jam telah berlalu. Zalia membuka mata perlahan-lahan. Sekelilingnya ramai orang. Orang pertama dilihatnya, Rizman! Zalia terkejut. Betulkah itu Rizman? Zalia tergamam dan membisu. Sudah begitu lama kehilangan Rizman diseru kembali ke pangkuan insan bernama isteri. Kembalinya kini saat Zalia rebah dek kesengsaraan. Sedikit pun tiada senyum rindu dari Rizman. Hanya senyum yang begitu hambar dipersembahkan kepadanya. Rizman tidak bersuara. Bertanya khabar pun tidak. Dua orang jururawat berada di sisinya menegur Zalia yang baru tersedar dan menyatakan Zalia pengsan kerana badannya begitu lemah tak bertenaga. Jururawat itu memesan kepadanya, agar makan pada waktu tertentu walaupun tidak lapar. Zalia tidak membalas kata-kata nasihat jururawat itu malah berpaling degil untuk mendengar nasihat itu. Jururawat itu hanya tersenyum kerana baginya sudah biasa dengan pelbagai karenah pesakit. Zalia sedar, sudah berapa lama dia tidak menyentuh nasi. Hanya beberapa gelas air diteguknya saat perutnya berbunyi kelaparan. Rizman memerhatinya seperti seorang bapa yang bengang dengan kedegilan anak kecil namun mulutnya masih bertutup rapat. Zalia berpaling menjeling ke arah Rizman. Mata mereka bertentang lama. Agaknya jadilah sebuah drama di hospital itu. Jadilah sebuah pertengkaran rumahtangga di situ. Tanggapan Zalia disebaliknya. Rizman berpaling pergi dari sisi katil Zalia. Lantas Zalia bersuara seraya menghentikan langkah Rizman, "Kenapa awak datang?" Rizman berpaling semula memandang ke arah Zalia yang masih terbaring di atas katil. "Pihak hospital yang telefon. Mereka jumpa nombor telefon saya yang bernama 'Husband' yang masih ada dalam telefon bimbit awak" jawab Rizman sedikit menyindir. "Mestilah masih ada dalam telefon bimbit saya. Apa awak ingat saya dah buang nombor telefon awak?" Zalia melawan dengan nada yang agak tinggi namun badannnya masih lemah. "Kalau masih ada, kenapa tak pernah telefon saya?" Zalia terdiam mendengar kata-kata Rizman. Kelu lidah bagai disumpah. Mata mereka bertentangan. Mata Rizman begitu tajam menusuk ke dalam sepasang anak mata Zalia. Kenapa pula Rizman yang begitu marah? Sepatutnya Zalia yang marah dan benci melihat Rizman yang curang memungkiri janji cinta mereka. Tak nak sia-siakan isteri tersayang konon. Cinta selama-lamanya konon. Akhirnya cinta terusik itu kalah dan layu dengan godaan entah dari mana. Zalia tak sanggup menatap wajah insan yang bertahta di hatinya begitu lama. Airmata mengalir lagi basah rebah ke bantal dan berpaling terus dari menatap wajah Rizman. Rizman mengeluh dan menghempas nafas yang ditariknya sedalam-dalam hati yang luka lantas berlalu pergi tanpa sebarang ucap salam. Zalia membiarkan dirinya rebah di atas katil bersama kedukaan yang masih mara di jiwanya. Rizman masih suaminya. Mereka hanya terpisah sahaja. Dia tak mahu rumahtangga yang retak ini teruk roboh dan lenyap dari dunianya. Hakikat hati, mahu mempertahankan keutuhan rumahtangga. Dan kalau boleh biarlah keretakan itu bisa diperbaiki. Tetapi, apabila mereka berhadapan, perasaan benci menguasai mereka masing-masing. Benci itu menepis segala kasih dari hati mereka. Namun, bila tiada di hadapan mata, rindu bertandang menagih pertemuan. Zalia benar-benar dalam dilema. Apatah lagi ketika Rizman mengajukan soalan tentang panggilan tak pernah dibuat Zalia semenjak dia keluar dari rumah itu. Benarkah Rizman menanti panggilan darinya? Adakah rasa rindu di hati Rizman? Bukan Zalia tidak mahu memanggil kembali tetapi egonya memaksa dia tidak berbuat demikian. Adakah Rizman akan pergi terus dan takkan kembali lagi? Tanggapan Zalia silap. Rizman datang kembali. Membawa sebungkus makanan dan sebotol air mineral. Rizman menyerahkannya kepada Zalia. Zalia berpaling. Sama ada Zalia menerimanya atau tidak, dia tetap memberi bungkusan itu dengan Zalia. Rizman sudah bosan dengan kedegilan isterinya. Bungkusan yang tidak disambut itu diletakkan di atas rak di sisi katil. "Petang nanti saya datang jemput awak balik. Saya minta kali ni awak jangan degil sangat," kata Rizman lalu duduk di sebelah Zalia atas katil. Zalia masih membelakanginya. Degillah tu! Zalia langsung tidak bersuara. Lebih kurang sepuluh minit mereka membisu. Rizman sudah bosan menanti Zalia bersuara. Lantas dia bangun dan mengatakan dia harus pulang ke pejabat dengan segera. Dia mesti berada di pejabat dalam masa lima belas minit lagi. Itu janji dengan bosnya untuk hal kecemasan seperti ini. Rizman beredar dan memberi ucap salam. Zalia menjawab dengan nada suara yang begitu halus. Rizman kurang mendengar suara Zalia yang lemah.
Masihkah ada cinta di hati Rizman? Adakah ikhlas dia bersama Zalia di hospital tempoh hari? Atau itu mungkin kerana arahan daripada doktor kepadanya? Zalia ingin mencari jawapan dari hati Rizman. Dia ingin cintanya kembali seperti dulu. Dia mahu Rizman mencintainya semula sepenuh hatinya. Dan Zalia ingin menjadi ratu cinta yang utama dalam hati Rizman seperti dahulu. Walaupun Rizman sudah pulang ke rumah semenjak peristiwa tempoh hari, hubungan mereka masih regang dan tiada kemesraan langsung diantara mereka sejak mula bercinta sehinggalah orang ketiga muncul menyelit dalam ruang cinta mereka. Pernah terlintas dalam hati Zalia untuk pergi jauh meninggalkan segalanya di sini. Zalia tidak sanggup lagi berada dalam keadaan begini. Bersama namun tiada lagi bibit cinta. Benar mereka masih bertegur sapa, tetapi saling tak tumpah seperti adik-beradik, kawan biasa dan paling pedih seperti tidak mengenali satu sama lain.
"Saya ingat nak bawa awak berbincang. Tapi sebelum tu saya harap awak dapat menerima kenyataan," Rizman membuka bicara setelah sekian lama tidak berbicara dan berbual rancak seperti dulu. Rizman menarik nafas sedalam-dalamnya. Zalia menatap penuh wajah suaminya dengan penuh harapan. Membisu menanti bicara seterusnya. "Saya akan berkahwin dengan Salwa." Berderau darah Zalia mendengarnya. Hati yang telah luka kini hancur dipanah petir. Tangisan tak tertahan lagi. Menangis bagaikan dunianya lenyap. Ya, dunianya kini gelap. Gelap mendadak dari api cinta. Nafasnya mula tersekat-sekat menahan hati yang marah, geram dan benci mendengar ucapan itu. Dengan sekelip mata sahaja surat khabar di hadapan mereka melayang menampar pipi Rizman. Mahu sahaja Zalia mengamuk namun dia masih dapat menahan amarah yang meletus bagai gunung berapi yang mengamuk memuntahkan larvanya. Kedua-duanya jemarinya digenggam kuat menampakkan satu penumbuk kiri dan kanan yang kecil mulus seorang wanita. Rizman tunduk dan perlahan-lahan cuba menatap wajah isterinya. Zalia menahan tangis dan amarah dalam satu masa. Ya, Allah! Pedihnya dugaan dan ujian yang Kau berikan, detik hati kecil Zalia. Bibirnya menggeletar, tangannya menggeletar dan tubuhnya terhenjut-henjut dek nafas yang kian sesak dan sendat. Zalia menguatkan semangatnya. Dia bangun dan tangannya pula dihayun untuk menampar muka suaminya. Tapi gagal. Tangan yang dihayun itu dihentak ke belakang. Lelaki itu masih suaminya. Derhaka kalau ditampar. Zalia berlari ke kamar beradu. Menangis semahunya. Menghempas semua kesengsaraan ini dari tangisan. Zalia meniarap dan menungkup mukanya ke bantal menjerit sekuat hatinya. Rizman mendekati Zalia. Duduk di sisi susuk tubuh isteri yang pernah membahagiakan dia. "Kenapa tak tampar saja muka abang?" soal Rizman perlahan dengan nada yang bersalah. Zalia terkedu mendengar bahasa diri yang digunakan Rizman. 'Abang' dan bukannya 'awak' lagi semenjak mereka bertikam lidah. Zalia bangun, duduk menghadap suaminya. Membisu seketika. "Zal masih sayangkan abang. Zal tak nak selepas Zal menampar abang, abang pergi terus tinggalkan Zal dan abang akan ceraikan Zal," balas Zalia dengan suara tersekat-sekat. Rizman tak membalas lagi. Rizman terus mendiamkan diri. Tak berani bersuara lagi. Tak mahu bertikam lidah lagi. Rizman bangun dan menuju ke pintu. Setibanya di pintu, Rizman berpaling memandang semula wajah redup Zalia yang dibasahi airmata luka. "Abang takkan ceraikan Zal," kata Rizman lalu mengeluarkan sehelai kertas nota berlipat dua dari poketnya. Rizman meletakkannya di atas meja solek di sebelahnya. Rizman sempat melemparkan senyuman sebelum pergi. Zalia tersungkur dalam dugaan yang begitu berat. Kasih yang diterima selama ini akan terbahagi. Cintanya juga turut terbahagi. Rizman tak mahu menceraikannya. Apakah benar Rizman masih mencinta Zalia? Tapi kenapa harus berpisah jauh dan begitu lama? Kenapa aku diseksa begini? Kenapa kau gantungkan cinta kita? Zalia tenggelam dalam lautan derita. Lautan kesedihan. Tenggelam jauh ke dalam. Jiwanya rebah di atas kesakitan jiwa dan emosi. Setelah lama Zalia menangisi derita ini, Zalia bangkit mencapai kertas yang ditinggalkan Rizman.
Maafkan abang. Abang dan Salwa sudah dijodohkan semasa remaja kami walaupun tiada cinta. Kami pernah bertunang sebelum kita bernikah. Abang larikan diri darinya semata-mata mahu memiliki Zalia. Abang kembali ke kampung semenjak kita bertengkar kerana kehadiran Salwa yang sering mendesak abang untuk pulang. Abang bukan lari tapi mahu menyudahkan masalah abang dengan Salwa di kampung. Maafkan abang sekali lagi jika abang katakan abang jatuh sayang pada Salwa selama abang tinggal di rumah ibu abang di kampung. Restukan perkahwinan kami, wahai isteriku...
Inikah kebenaran yang menikam diri Zalia? Tangisan terus menemaninya di saat Rizman meninggalkannya. Rupanya ada insan lain yang amat mencintai Rizman dan sedaya upayanya mahu Rizman kembali kepadanya. Wanita itu juga telah memenangi hati Rizman yang pernah meninggalkannya. Kedegilan Zalia selama ini telah memberi jalan untuk Rizman membuka hatinya bagi menerima kasih dari hati wanita lain. Ikatan mereka yang tergantung dulu kini diikat dengan ijab kabul. Bagaimana tergantungnya hubungan suami isteri ini? Bagaimana Zalia memujuk hatinya nanti? Zalia tak mampu keluar dari ruang perit ini. Zalia mula pasrah. Redha atas ketentuan takdir. Dirinya terperangkap dalam dilema. Rizman menghilangkan diri lagi. Kasih seorang suami juga pergi. Belaian seorang suami juga tiada lagi. Semuanya akan dimiliki madunya nanti. Zalia buntu akan pendiriannya sendiri. Kerana sayang, diturutkan. Kerana benci, ditinggalkan. Tak tahan akan kesakitan ini, Zalia pergi meninggalkan mahligai kebahagiaan mereka setelah keizinan perkahwinan Rizman dan Salwa dipersetujui. Langkah itu pergi menjauh. Jauh dari kenangan pahit manis bersama dan jauh dari bayangan insan yang membawanya ke alam bahagia sebuah cinta. Sejauh langkah kaki Zalia, sejauh itu cintanya akan di bawa pergi.
tahniah untuk cerita nie.... saya sedih sangat masa baca... satu pertanyaan saya pada lelaki seperti suami zalia ni... andaikan isteri awak terpaksa kembali kepada kekasih atau tunangannya dulu, kerana cita kembali berputik..bagaimana tindakan awak? sedih? biarkan sahaja? atau bagaimana?
kenapa lelaki boleh... kenapa perempuan tak... macam mana kalau zalia pilih untuk kembali pada kasih lama..? wahai lelaki.. fikirlah..... fahamilah hati seorang wanita..
kdg2 aku x faham la...knp ada mak bapak yg degil paksa anak lelaki mrk kawen dgn pilihan mrk even anaknya sudah kawen...yg laki nie pun 1, x reti2 nk tolak ke...ex tunang ke ex gf ke aper ke...perkara yg dh berlalu biarkan ler berlalu...
aqu benci lelki yg mcm 2 hrp2 kisah aq x kan penah tjdi camni .... pepun best wlopon tgantung
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
aku benci tol ar laki yg main berpoligami nie.nanti pentingkan istri baru.macam mak aku