Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
kekusutan demi kekusutan yang ku alami, sampai bila aku harus menempuhi badai yang amat bisa ini. tatkala menerima surat dari mahkamah mengenai hak penjagaan anak sepenuhnya dari bekas suamiku. Kemungkinan aku tidak dapat berjumpa dengan anak-anakku seperti mana aku lakukan sebelum ini, membawa mereka pulang seminggu sekali di rumah dengan kelulusan mahkamah, kerana aku tahu bila hak penjagaan sepenuhnya berpihak pada suamiku, pasti mertuaku tidak akan membiarkan aku membawa pulang anak-anakku ke rumah.Mengapa suami yang aku cintai, jua yang sangat menyintai diri ini dahulunya, menjadi sekejam ini.sedangkan dia tahu hanya ini sahaja harta di dunia ini yang aku ada setelah kehilangan dia.tatkala cinta yang sedang kita layari di taburi dengan kaca dan duri yang entah dari mana datangnya. Kenapa kau yang ku harapkan untuk membelaku, melindungiku, kini ibarat musuh dan ancaman yang bakal memusnahkan hidupku. kenapa,mengapa ini harus terjadi pada kita?.Tidak...kau bukan lagi suami ku, kau telah melafazkan talak didepan ibubapamu, adik-adik mu,mereka yang kau kasihi sejak dari dulu, kata-kata mereka yang kau lebih percayai, jadi mana letaknya diri ini yang benar-benar kau kasihi yang dahulunya kau lafazkan kata sayang dan cinta.
"YA ALLAH kuatkan semangatku untuk menghadapi dugaanMU ini...sesungguhnya aku hambaMU yang sangat lemah". hanya keluhan dan doa yang mampu menenangkan hati ini. . Bagaimana anak-anak tanpa aku, sedangkan selama ini aku yang banyak menghabiskan masa dengan mereka, pergi balik kerja ku sendiri, ambil anak dan segala urusan rumahtangga aku yang uruskan sendiri. suamiku? memang jarang sekali bersama kami anak beranak, semua ini semenjak dia bertukar kerja. Kerja yang lebih banyak keluar negeri. Sejak dari itulah sikapnya mula dingin dengan ku, macam-macam kesalahan aku yang di carinya. Tak cukup dengan itu setiap hari aku di hambur dengan kata-kata kesat yang tak pernah di luahkan dari mulutnya sejak aku bergelar isterinya.Semua ini gara-gara sikap ibu mertuaku yang sering masuk campur urusan rumah tanggaku. Entah dari mana fitnah yang di dengarnya, disampaikan pula ke telinga suamiku.
"assalamualaikum kak!" salam ku sewaktu tiba di perkarangan rumah kak Tina yang menjaga kedua anak-anakku sewaktu aku berkerja. "eh,Miya mak mertua kau dah ambil anak-anak kau tadi, dia tak bagitau kau ke?" kata Kak Tina terkejut tatkala melihat aku datang, fikirnya aku sudah mengetahui yang anak-anak sudah di ambil ibu mertua. Padahal aku langsung tak di beritahu mengenai ini.Berderau jantungku mendengar kata-kata Kak Tina, sebelum ini tidak pernah sekali keluarga mertuaku nak ambil tahu tentang cucunya, apatah lagi pula untuk mengambil mereka tanpa pengetahuanku. Hatiku mula gelisah, apa lagi yang mereka nak cuba buat?, kata hatiku mula berfikir yang bukan-bukan. setibanya aku di perkarangan rumah mertuaku, kelihatan kereta suamiku di garaj meletak kereta, dia balik dari kerjanya di JB tanpa pengetahuanku.Bertambah kencang dengupan jantungku seperti ada sesuatu yang akan berlaku. Aku meletakkan kereta di hadapan rumah banglo yang tersergam indah, di tambah dengan taman mini yang berlatarkan air terjun, benar-benar memikat pandanganku, sambil meninjau-ninjau kalau-kalau suamiku ada di luar rumah. Tapi keadaan rumah bagai tak berpenghuni, sunyi sepi. Mungkin kerana keadaan rumah yang besar dan hanya ibu dan bapa mertua sahaja yang tinggal di sini, semua keempat-empat anak-anak lelakinya dah membuat haluan masing-masing dan ada yang dah berkeluarga, tapi hari ini kelihatan juga kereta adik ipar perempuan ku yang satu-satunya dalam keluarga ini,yang masih belajar tapi tinggal di asrama kolejnya.Seraya aku menuju ke muka pintu, kelihatan mereka semua, kecuali anak-anakku di ruang tamu seakan menunggu seseorang, tapi masing-masing dengan wajah yang aku tidak hairan sama sekali, sememangnya tidak pernah sekali mereka melemparkan senyuman yang mesra padaku selama aku menjadi salah seorang ahli keluarga mereka, hanya senyum sinis, jelingan tajam tatkala bersua dengan mereka. Aku pun tak pasti kenapa, mungkin aku bukan menantu pilihan. Namun aku redha, aku percaya pada jodoh. "assalamualaikum" pantas aku menuju pada mereka, sambil menghulur tangan untuk bersalaman dengan bapa mertuaku. Apa yang aku perolehi bukan sambutan tangannya, tapi palingan muka ke arah lain ibarat jijik melihat ke wajahku, tapi aku cuba gagahkan diri dan terus ke arah ibu mertuaku yang sah-sah dari tadi tidak memandang ke arahku, namun belum sempat aku mendekatinya, aku di tengkingnya. "hei jangan kau dekat dengan aku! perempuan kotor, memang aku dah agak dari dulu kau memang perempuan yang tak baik!" bagai di panah petir tatkala kata-kata itu yang keluar dari mulut insan yang aku benar-benar hormati.Aku memandang tepat wajah suamiku, tapi tanpa balasan.Aku bagai hilang arah, mengapa suamiku hanya mendiamkan diri? mengapa dia membiarkan ibunya mencemuh aku sebegitu rupa, sedangkan aku tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya, kenapa anakku di ambil tanpa pengetahuanku, suamiku pulang tak diberitahu, aku benar-benar binggung."abang, kenapa ni abang? apa yang Miya dah buat?" bila abang balik?,kenapa tak bagitahu Miya.Bergenang air mataku melihat kelakuan suamiku, aku bagaikan tunggul, bagai tak wujud di depannya. aku melulut di depannya, menangis tanpa aku hiraukan mereka di sekelilingku."kenapa abang, apa dah jadi? apa Miya dah buat?" "ah..." suamiku bersuara lantas menolakku jauh darinya, menyebabkan aku tersungkur mengena bucu meja di belakangku. Aku tergamam tanpa kata-kata, lantas terasa panas di dahiku, darah mula mengalir, pandangan ku mula kabur, namun ku gagahkan juga untuk tidak rebah. Aku ingin tahu kenapa aku di caci dan diperlakukan begitu oleh suami yang ku kasihi. kata-kata kesat mula keluar dari bibirnya, sekeping sampul di keluarkan dari poketnya, di campaknya pada aku yang terduduk sambil memegang kepalaku yang sakit akibat hentakan tadi, aku gagah untuk melihat apa di dalam sampul tadi. Tidak...tidak sama sekali! gambar aku di peluk dan di dukung Jazlan itu tidak benar!!! aku tak sedar ketika itu abang!, Jazlan yang membantu aku sewaktu aku tiba-tiba pengsan selepas makan tengahari dengan kawan-kawan yang lain. tapi kenapa gambar aku berdua sahaja di sini, mana kawan-kawan yang lain, aku tak tahu apa-apa abang!!!tolong la . Tak terkeluar kata-kata itu, tanpa sempat aku menjelaskan apa-apa, aku di heret tanpa belas kasihan dari suamiku keluar dari rumah mertuaku."abang! abang dengar dulu jangan buat Miya macam ni abang" rayuku dengan teriakan tangisan, benar-benar tidak memakan hati suamiku, aku ibarat bukan sesiapa baginya. Hanya dengan sekeping gambar ini, yang belum jelas nyata kesahihan hubungan aku dengan lelaki itu ,talak yang aku terima dari suamiku. kenapa dengan mudah kau melafazkannya...
"kau takde hak ke atas anak-anak aku...!!! kau isteri curang aku ceraikan kau!!!!" "abanggggggggggggg!!!!!!" teriakku sambil melutut padanya agar mendengarkan penjelasan ku. Namun tak di pedulikannya, berlalu dia dan yang lain meninggalkan aku menangis, teriak memanggil anak-anakku. Hujan mulai turun, aku di luar pagar, dengan kepala berdarah,ku biarkan tubuhku di basahi hujan yang turun semakin lebat. aku menjadi bodoh memerluk pagar rumah yang besar itu... aku mahukan anak-anakku... mana anak-anakku, apa dosa mereka hingga di pisahkan dengan ibunya.
Mahkamah sudah menetapkan hak penjagaan sepenuhnya pada Azrul bekas suamiku, aku hanya di benarkan berjumpa dengan anakku di rumah mertuaku, tidak di benarkan sama sekali membawa balik ke rumah. Aku hampir pengsan mendengar arahan dari pihak mahkamah.Semua ini!! semua ini berpunca dari ibu mertuaku yang jahat, benar-benar jahat dan kejam. dihasutnya Azrul untuk mengetengahkan mengapa aku tidak layak bersama anak-anak! semua kerana gambar itu!!! gambar itu menunjukkan bukti aku seorang ibu yang tidak baik tauladannya. Lia yang bersamaku cuba menenangkan aku yang menangis teresak-esak mengenangkan nasib anak-anakku tanpa aku di sisi. Mahkamah bersurai, semua yang hadir ke mahkamah mulai bersurai, aku dengan langkah yang lemah, bagai tak bernyawa untuk hadapi semua ini. Seraya perjalananku dengan Lia menuju ke tempat letak kereta, terserempak dengan mertua yang masing-masing sedang mendukung anak-anakku. Kami tergamam sesama sendiri, Azrul tepat memandangku dengan mata yang agak berkaca, kenapa? masih ada rasa simpatikah kau padaku?, adakah semua ini bukan kerelaanmu? " ibuu...." tersentap pandanganku tatkala anak-anakku Malia berusia 4 tahun dan adiknya hakim 2 tahun memanggil aku dari jauh sambil menangis minta di dukung ibu...aku menyambut tangan, minta mereka di lepaskan berlari ke arahku, tolonglah lepaskan mereka walau sesaat untuk datang ke arahku...tolong la abang. hanya mata yang mampu berkata-kata rayu pada bekas suamiku agar membenarkan mereka ke pangkuan ku untuk sekejap waktu.tolonglah....rayu hati sayuku tidak kedengaran, hanya linangan air mata yang mengiringi. Azrul hanya terus berdiri memandang tanpa mampu bertindak apa-apa. Seorang lelaki yang aku lihat di mata kini bukan Azrul yang ku kenal dulu,dia seperti hilang arah, setiap pergerakannya di arah ibunya.Pandangan bayangan anak-anakku mula hilang yang kedengaran hanya suara memanggil "ibu....ibu.... ibu..kakak nak ibu" sayunya tak terkata aku mejerit memanggil mereka, aku rindukan mereka...rindu!!!! Azrul!!! matamu berkaca kenapa? kalau kau kasihani aku kenapa kau pisahkan kami?!.tiada jawapan di situ, memang sejak aku di halaunya, dia langsung tidak mahu berjumpa denganku untuk mendengar cerita dari mulutku sendiri. Kereta mercedes milik keluarga Azrul berlalu meninggalkan perkarangan mahkamah tanpa hiraukan teriakanku memanggil anakku.
"kita kena jumpa dengan Azrul, Jaz!" kata Lia dengan nada marah, dia kawanku satu-satunya yang mengerti penderitaanku, dia ingin membela aku. Aku sungul mendengar kata-katanya, bagiku semua ini dah tak berguna lagi, Azrul lebih percaya kata-kata ibunya. Aku siapa nak di percayainya. " aku memang dari dulu nak jumpa Azrul tu , tapi tu". kata Jazlan sambil memuncung ke arah ku. "tuan badan yang tak nak membela diri". sambung Jazlan, dia lah yang paling rasa bersalah kerana kamilah mangsa fitnah itu. Hari demi hari kulalui hidup bagai tiada erti lagi, aku bagai mayat hidup yang memaksa diri untuk terus hidup. Satu hari, aku menerima sekeping kad yang diposkan ke pejabat tempat aku bekerja.Sampulnya ku buka. Jemputan perkahwinan?"Azrul dan Julia."! Bagai panahan petir yang menyambar ke jantungku,Bayanganku tiba-tiba menjadi kabur, makin lama kelam dan... aku tak sedarkan diri.
Sedar-sedar aku di atas katil hospital yang di hadapanku.... 'suamiku'! bukan...! Azrul bekas suamiku. dengan mata berkaca, sambil memegang tanganku. Tergetar-getar suaranya."maafkan abang Miya abang berdosa dengan Miya! abang menyesal!" tanpa disedar airmata seorang lelaki mengalir laju, tanda penyesalan benar-benar terpancar di wajahnya. Aku masih keliru, kenapa tiba-tiba dia merasa kesal setelah apa yang berlaku, bayang aku sendiri tak ingin dilihatnya inikan pula untuk bersemuka.Tapi kenapa hari ini? Belum sempat aku bersuara, semakin deras deraian airmatanya, terasa sebak aku melihat keadaannya. "abang tak sangka mak sekejam ini, sanggup dia buat macam ni pada kita" aku tersenyum dengan genangan air mata walau dengan keadaan yang lemah, kerana aku tahu dia pasti akan kembali mencari cinta sejatinya. Aku membiarkan dia berkata-kata, aku mahu mendengar segala penjelasannya. Rupanya Jazlan tak sanggup berselindung lagi, dia menjelaskan segalanya pada Azrul perkara yang sebenar, dan dalang utamanya ibu kandungnya sendiri.Memang pada mulanya Azrul tidak mempercayai sama sekali cerita-cerita yang melibatkan ibunya, tapi itu lah hakikat yang harus di terimanya, kehancuran rumahtangga yang ibu mertuaku inginkan kerana aku bukan menantu pilihan,Julia sahaja yang dapat menawan hati orang tua ini. Sejak dari dulu, Julia lah menantu pilihannya, tapi perasaan dan hatinya Azrul hanya padaku walau di tentang hebat ibunya. Namun, hari demi hari hati Azrul mula berbelah bahagi dek tekanan ibunya yang sering memburuk-burukkan aku, dan yang sangat dikesali Azrul apabila dia mengetahui yang aku menghidap penyakit barah hati.Sudah lama aku merahsiakannya, aku tidak mahu dia runsing, aku mahu kelihatan hebat di matanya.Menjelang esok Azrul nekad untuk bersemuka dengan ibunya, kali ini untuk membawa aku bersama. Dia nekad sama sekali untuk bersatu semula, walaupun tarikh perkahwinannya dengan gadis pilihan ibunya sudah hampir tiba. Waktu melawat hampir tiba, hati ini benar-benar berdebar mengingati kata-kata Azrul semalam. tubuh ku yang agak lemah ini ku gagahkan jua untuk bangun mengemas barang-barangku untuk pulang. Azrul tiba, dengan semangat yang baru, menarik tanganku lembut, "Miya dah bersedia?, abang nak bawak Miya jumpa anak-anak, mereka rindukan Miya" kata-katanya memberi semangat baru padaku, aku mengangguk tanda setuju.
Sampai di perkarangan rumah yang tersergam indah ini benar-benar membuat hati ini tak keruan, namun hajat sekian lama menanggung kerinduan, segala keruan cuba kutepis.Azrul memimpin aku keluar dari kereta, tanganku di genggam bagai tak mahu di lepaskannya.Pintu di buka, tiada sesiapa yang kelihatan di ruang tamu, Azrul mula memanggil anak-anakku. "Malia... Hakim.. mari sini sayang papa ada ibu ini" mendengarkan suara papanya, kedengaran suara riang anak-anak yang aku rindui berlari menuju ke arah kami yang sedang menanti, namun larian mereka terhenti tatkala jeritan kuat suara neneknya melarang dari terus menuju kearahku, Hakim di dukungnya dengan kasar, Malia terus berlari mendakapi ku tanpa menghirau jeritan neneknya .
“kenapa kau bawa perempuan ni masuk rumah ni!”herdik mertuaku pada Azrul sambil menunding jari ke arahku. “sudahlah mak saya dah buat keputusan!” lantang suara Azrul bersuara. “ saya akan rujuk semula dengan Miya!” jelas dan tegas kata-kata Azrul. terkejut tak terkata ibu mertuaku tatkala mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Azlan, di jegilkan matanya tepat pada ku dengan amarah yang membuak-buak tanpa dia sedar, melepaskan anakku yang baru berusia dua tahun dari pangkuannya, menyebabkan anakku hampir jatuh. Pantas Azrul berlari menyambut anak lelakiku dari jatuh ke lantai, aku yang sedang memerluk erat anak gadisku begitu berdebar dengan apa yang berlaku. "mak jangan macam ni mak, saya tahu mak yang rancang semua ni, mak yang mahukan saya bercerai dengan Miyakan...!"semakin keras nada suaranya, sebaik menyambut anaknya dari terlepas di pangkuan ibu mertuaku. "yelah Jamiah, biarkanlah mereka hidup bahagia, sampai bila kamu nak mereka hidup menderita macam ni." sayu suara bapa mertuaku, yang datang dari tingkat atas setelah mendengar pertengkaran anak beranak dari tadinya. aku tahu dia tak pernah sekali bersetuju dengan apa yang isterinya lakukan padaku,Azlan dan cucu-cucunya. sudah puas di nasihatinya, namun apa yang tak diingini terjadi juga. selama aku di benarkan melihat anak-anakku hanya di luar pagar, bapa mertua aku lah yang sering memberi pendorong dan semangat agar aku lebih tabah untuk meghadapi semua dugaanNYA, beberapa kali juga dia cuba menasihati Azrul, namun hasutan ibunya lebih mempengaruhinya,dia juga mengakui pernah termakan kata-kata isterinya. Namun dengan berlandaskan fikiran yang betul, bapa mertuaku mulai sedar. Kini semuanya sudah nyata,Azrul sedar akan kesilapannya dan kini dia mahu menebus semua kesalahannya.
"terima kasih ayah, saya menyesal tak mendengar nasihat ayah dulu, sekarang saya nak tebus segala kesalahan saya." terpancar keikhlasannya sepertimana pertama kali dia melamarku dahulu. Tanpa menghiraukan ibunya yang bagai terpaku tak bernyawa tatkala Azrul meminta diri untuk membawa aku dan anak-anakku pulang ke mahligai yang telah kami bina bersama-sama dulu. Ibunya bagai hilang arah, lantas. " aku doakan hidup kamu semua tak selamat! macammana jemputan yang mak dah buat tu, kau nak malu kan aku lagi!!!" "apa yang kamu cakap ni Jamiah, kamu menyumpah darah daging kamu sendiri!, walaupun Miya tu bekas isteri Azrul,dia tetap menantu kamu sampai mati!" tegas dan lantang suaminya bersuara bagi menyedarkan isterinya yang bagai orang yang hilang perdoman. "peduli apa aku, keluarlah kau dari rumah ni, memang kau tak akan selamat Azrul, kau memang anak derhaka!" 'pang' bagai panahan petir yang hinggap ke pipi ibu mertuaku, tatkala kata-kata seorang ibu yang terhambur sumpahan pada darah dagingnya sendiri. Bapa mertuaku sendiri tidak dapat menerima hakikat sebegini rupa hati isterinya setelah sekian lama di kenalinya. Namun dengan keaadaan marah, airmata seorang bapa tidak dapat bertahan lagi. "pergilah nak, biarkan ibu kau...jangan di peduli kata-kata dia,semoga TUHAN melindungi anak-anak dan cucu-cucu ayah ni," begitu kasihnya seorang bapa, kucupan mesra di berikan pada dua cucunya, tatkala kami mula beredar. Kami berlalu sambil memandang ke arah wanita yang bergelar ibu yang masih termanggu dengan tamparan dari suaminya. Aku kesal dengan apa yang berlaku, aku tahu dendam masih berbuku dia hati wanita itu, namun aku redha seandainya aku tidak di terimanya hingga akhir hayat.
Akhirnya aku jalani hidup sebagai seorang isteri yang sah kepada lelaki yang sangat aku cintai sejak dari dulu lagi, kami menjalani kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna dari sebelum ini. anak-anakku kelihatan lebih sihat dan ceria sejak di pisahkan dariku sebelum ini. Setiap hari aku bersujud padaNYA dengan rasa syukur dan keinsafan dengan apa yang ku perolehi kini. Kumohon semoga keluargaku sentiasa di lindungi TUHAN.
Namun ku sngkakan hujan rupanya panas di tengah hari, khabar berita dari pihak polis dan juga pihak hospital mengatakan suamiku,Azrul di timpa kemalangan benar-benar membuatkan dunia ini bagaikan terhenti mendengarkan kematian suamiku akibat kecederaan teruk dan tidak dapat di selamatkan. Hancur lulur hati ini, dengan siapa lagi aku akan berkasih sayang, bagaimana dengan anak-anak yang masih kecil?.. airmatalah yang mengiringi tanpa henti, esakan demi esakan mengiringi tatkala jenazah suamiku di usung untuk diperlihat ahli keluarga. Kelihatan keluarga yang lain hadir meratapi kematiannya, yang paling menyesali permergiannya, pasti ibunya yang sejak dari tadi meraung memanggil nama anaknya yang kini tak bernyawa lagi.Apa gunanya lagi, sewaktu hayatnya, penderitaan kami yang dia mahu. melihatkab keadaannya, aku cuba gagahkan diri untuk mendekatinya di ikuti anak-anakku yang ku dukung ke dua-duanya. Meraka tidak faham, sama sekali tidak mengerti kenapa kami semua menangis, mereka terlalu muda untuk memahami. Sabarlah sayang ini semua dugaan. "tak perlu lah mak meratapi terus, Abang Azrul tak dengar pun teriakan mak tu, berilah dia peluang untuk berehat, dia dah penat melayan kerenah mak!" tersekat-sekat namun tegas kata-kataku, dengan esakan yang cuba ku tahan. Terhenti esakan wanita yang ku sapa itu, di tolehnya kebelakang.... di lihat menantu yang sangat di bencinya, cucu-cucu yang bagai tak layak dalam keluarganya menambahkan lagi esakan wanita itu sambil memohon maaf padaku. Bagiku semunya tak berguna lagi, maaf itu hanya layak pada insan yang benar-benar ingin memaafkan. "sudahlah mak, Abang Azrul dah takde lagi, jadi saya tidak bersamanya lagi, kami berada di alam yang berlainan, bukan ke itu yang mak nak?!" sambil berlalu aku membawa anak-anak meninggalkan keluarga mertuaku yang lain, mereka hanya mampu memandang dengan renungan yang sayu.
'Abang..., walaupun kita tidak bersatu di alam yang sama namun cinta kita tetap bersatu walau dimana pun kita berada. Namun masih adakah sinar kan menyinari tatkala tanpamu di sisi...Miya akan cuba lawan penyakit yang Miya alami kini, Miya tak nak anak-anak keseorangan di dunia ini. Miya akan kuat demi cinta kita.' Semoga rohmu dicucuri rahmat, hanya doa mampu ku berikan agar kau tenang di sana.'
sedihnya...nangis aku baca citer ni, napa laki tu mcm dungu sgt, dgr ckp mak dia ... astaga. ada gak manusia kejam mcm ni.." apa pun tahniah kpd penulis..
hrmm... satu cerita yg penuh p'gajaran. syabas penulis.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedihnya cerpen ni.. tahniah best la cite ni.. mcm real jer cite ni.. sedih xsanggup la suami mati.. bialah aku yg mati dulu..huhu