Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku tidak pernah mengalah mahu pun berputus asa dalam mengejar cintanya dan memiliki permata cinta dia. Walaupun setelah tujuh tahun aku mencuba, namun hati kami masih belum bersatu di alam nyata. Selama tujuh tahun itu juga aku mengimpikan sebuah cinta yang tulus dan sempurna. Cinta yang mampu membuatkan aku rasa lebih menyenangkan berbanding mimpi indah di alam fantasi. Aku semakin lelah ketika berlari mengejar cinta Bulan. Nama yang bersinar dalam hati ku selama tujuh tahun ini. Nama yang membuai mimpi-mimpi ku di malam hari. Nama yang tidak pernah hilang apabila orang memperkatakan Malam.
Bagaimana begitu nekadnya Malam untuk bersama Bulan, itulah aku yang begitu mencintai dia dan ingin sekali disatukan hati kami walau hanya sekerdip bintang. Bagaimana Malam yang sayu dan muram tanpa Bulan, begitulah aku yang sentiasa ingin ditemani dia. Dan bagaimana hebatnya Malam kerana cahaya Bulan, seumpama itulah aku di sisinya. Namun hati kami tidak akan nyata jadi satu kalau hanya Malam yang mengimpikan Bulan, namun Bulan dipagari Bintang.
Kerana hati Bulan, aku sanggup mengorbankan hati yang menyimpan cinta Malam untuk Bulan. Aku lelah, aku lemah kerana cinta yang melimpah. Cinta Malam untuk Bulan hanya sekadar di dengar oleh unggas dan di bawa oleh bayu, dan telah dikaburi oleh kabus. Sehinggakan Bulan gagal melihat, gagal merasai cinta hakiki Malam. Bulan telah terpengun dengan sinar Bintang lalu hanya untuk Bintang seluruh malam Bulan. Seperti cerita cinta tiga segi, aku masih lagi buntu.
Aku ialah Malam. Malam yang muram, Malam yang suram tanpa sinar. Tanpa cahaya bulan. Kerana Bulan dipagari Bintang. Mungkin sukar untuk kamu memahami antara Malam, Bulan dan Bintang. Namun begitu juga aku yang masih sukar memahami kesuraman Malam tanpa Bulan. Dia Bulan. Bulan yang indah dengan sinarnya, Bulan yang sempurna ketika purnama. Dan Bintang yang hadir setelah pertemuan Malam dan Bulan telah memagari Bulan dari bersama Malam.
Saat inilah yang ku nanti hari-hari. Selesai dari makan bersama kawan-kawan di kantin, aku segera melangkah pantas menuju ke laluan utama pelajar berdekatan bilik komputer dan dewan serbaguna. Di situ aku akan dapat melihat wajah Bulan yang berbual mesra bersama rakan-rakannya. Di situ jugalah tempat mereka menghabiskan masa rehat sesingkat tiga puluh minit yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Aku menggunakan kesempatan itu untuk melihat sinar cahaya Bulan yang sentiasa menyinari hari-hari ku di sekolah. Namun kini ia hanya memori saat aku remaja bersama Bulan.
Di kolej, sekali lagi aku bertemu Bulan. Perasaan yang terpendam sejak zaman remaja melonjak lebih ghairah untuk memiliki sinar cinta Bulan. Setiap kali melihat Bulan walau dari jauh membuat aku kaku. Malam menyapa Bulan ketika bulan di langit malam masih separa. Isi hati Malam masih tersembunyi dalam awan tebal senja. Hanya menunggu kabus di langit menghilang dan hati ini lebih nyata dengan cinta, saat itulah aku akan melafazkan kata-kata cinta pada Bulan.
Segalanya berlalu pantas. Kini sudah tujuh tahun aku mencintai Bulan. Telah ku lafazkan nada dan kata-kata cinta berhati-hati di hadapannya. Telah ku lakukan segala-galanya untuk mendapat cinta Bulan. Aku buntu. Malam semakin sayu. Bulan semakin menghilang dalam gelap malam. Bulan telah dipagari Bintang. Bintang yang mempunyai sinar gemerlapan mengikat cinta Bulan untuknya.
Aku masih berkira-kira sama ada untuk terus mengejar cinta Bulan walaupun dalam lelah atau menyerah kalah dan akur akan cinta Bulan hanya untuk Bintang. Bulan tidak mencintai Malam. Malam gelap dan suram tanpa sinar Bulan. Kata-kata Bulan yang masih segar dalam neuron benak ini apabila Bulan mengatakan dia tidak akan gembira apabila berdamping Malam. Malam semakin sayu dan suram, seolah-olah hujan akan menimpa. Kegembiraan Bulan adalah tujuan Malam. Biar Malam korbankan sesingkat hayat agar dapat melihat cahaya dan sinar Bulan.
Bila bulan muncul di langit Ingin aku menyentuhnya Seperti aku ingin menyentuh wajahmu Bersinar…berseri…
Bulan di langit biru pagi Jarang sekali dijumpai Seperti tidak mahu meninggalkan langit Yang setia menemani sepanjang malam
Bulan di langit malam yang suram Tetap bersinar menyinari langit malam Akan aku renung tanpa jemu Membayangkan mu…
Kau bulan yang bersinar Dalam langit hatiku yang suram Menemani malam-malam Menyinari mimpi-mimpiku Sehingga pagi…tak mahu berpisah denganmu
Jadilah bulan…dalam hatiku Menemani suram langit hatiku Tidak aku mahu melepaskanmu Walaupun pagi menjengah bersama suria Yang lebih gah sinarnya Aku tetap enggan melepaskanmu Sinarilah hatiku yang suram Tanpa cintamu… Walau Bulan telah dipagari Bintang.
fuct!!!..lu mmg besh..lame da aku nak tulis cgitu..p jadiknye cume 2,3 perenggan n x de ksinambungan..uh oh..ko da mncapai sesuatu sesaat kt depan aku..tabikkk!!!
ni cerpen ke.......ayat2 romantik nih?????power giler ayat!!!!!!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bahasa tinngi betol.
kalau bace tak pakai otak mmg tak bole paham.
sasterawan berjaya nih!!
:)