Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku merenung jauh ke halaman. Luluh jiwaku. Hancur berkecai hatiku. Terbang semua harapanku. Hilang semua semangatku. Punah segala impian yang aku lakarkan bersamanya. Aku mengambil Alieff dari tangan Adik lalu kupeluknya erat-erat. Aku memeluk Alieff seeratnya. Aku mencari kekuatan daripadanya. Dia senyap sahaja, mungkin masih keliru. Masih termangu. Air mataku tumpah lagi. Sebak di dada tidak dapat aku tahan lagi. Aku malu pada Tuhan. Aku malu pada diriku. Aku malu pada papa dan mama. Aku malu pada Along. Aku malu pada Adik. Dan aku malu pada anakku. Suasana hiba masih lagi menyelubungi kami.Aku orang pertama mencium dahi dan kedua pipi mulusnya.Alieff masih dalam pelukanku.Belum cukup semangat yang aku peroleh dari dirinya.Bacaan Yaasin berkumandang.Hatiku menjadi sayu.Aku genggam tangan Alieff seeratnya.
1
Cemburu?Hm...memanglah aku cemburu.Namun aku hanya mengakui dalam hati. "Eh,mana ada!Saja buat gimik tadi.Tak adalah nak cemburu sebenarnya.,"pantas aku cuba membela diri. "Okey,kalau macam tu. Ira dah nak balik ni. Jumpa lain kali. Assalamualaikum."Aku menjawab salamnya dalam hati. Melihat wajahnya,terus padam marah dan cemburuku yang berapi-rapi tadi.Entahlah. Aku pun tak tahu. Pantang benar jikalau aku terserempak dengannya sedang berjalan beriringan dan apa saja dengan lelaki lain. Alamatnya,meluap-luaplah cemburu dan marahku. Tapi aku tahu,Ira jujur dan setia. Pulang sahaja ke rumah,terus aku memberitahu mama apa yang aku rasakan. Mama cuma tersenyum dan mengatakan mustahil. Agaknya mama fikir aku bergurau. Entahlah mama ni,kalau aku bergurau,dia percaya. Kalau aku serius,tidak pula mama percaya. "Mama,Angah serius ni.Bulan Mei nanti kita buat ya,mama.Duit Angah dah cukup.Ira pun kata dia setuju.Lagipun..mama yang kata bertunang lama-lama tak elok."Aku terus-terusan mememujuk mama. "Yelah,Angah.Nanti mama bincang dengan papa.Takkanlah terdesak sangat kot."Mama mengusikku.Ah,pedulikan apa tanggapan mama.Apa yang penting,Ira menjadi milikku.Cukuplah Ira menjadi mangsa cemburuku.Tapi kini masih boleh terkawal. Pagi-pagi lagi,aku sudah bersiap.Hari ini aku perlu mengambil Ira dan menghantarnya ke pejabat.Semalam lagi dia mengingatkan aku supaya tidak perlu bersusah-payah menjemputnya.Tapi aku yang takut.Jadi hari ini aku sudah membuat strategi.Aku menjemput Ira ke pejabat awal pagi, menjemputnya untuk makan tengahari bersamaku,dan juga menghantarnya pulang ke rumah semula.Bijakkan aku!Hm...syok sendiri! "La...kenapa Ris datang awal sangat hari ni?Baru pukul berapa ni?6.45 awal sangat,cik abang!"Begitulah suara Ira ketika aku memintanya segera turun. Terkejut juga aku.Awal sangat rupanya aku. Aku mengambil keputusan untuk menunggnya di dalam kereta.Jam 7.32 barulah Ira turun.Mulanya aku rasa nak marah.Tapi apabila aku lihat wajahnya,senyumanku kembali ada.Terus sahaja aku memecut keretaku menuju ke Restoren Sri Selera.Kami akan bersarapan di situ.
Jam 1 tengahari,aku menerima panggilan daripada Ira.Katanya ada mensyuarat tergempar.Jadi?Dia membatalkan ideaku untuk makan tengahari bersamanya.Aku cuma senyap.Membiarkan dia terus memujuk dan memberikan aku alasan yang munasabah. "Ris,kenapa ni?Janganlah buat Ira macam ni...."Aduh!Tak tahan aku mendengar suaranya yang lirih begitu.Simpatiku menggunung.Egoku runtuh. "Tak apalah.Nanti Ris makan sorang-sorang.Take care.Nanti petang,jangan sibuk nak cari bas.Ris ambik nanti.Tunggu je dalam pejabat."Aku memberikan arahan.Kini aku mendengar kembali tawanya. Ira mengatakan aku begitu mengawalnya sejak kebelakangan ini.Katanya aku sebenarnya cemburu.Seperti biasa,aku menidakkan. Tengahari itu,aku makan seorang diri.Tengah asyik aku menikmati makanan,aku ditegur oleh seseorang. Lily? "Hai...dah tak ingat I lagi?Amboi...dah dapat yang lebih baik,yang lama terus lupa.Orang kata,dapat gading bertuah,tanduk tidak berguna lagi.Kan?Anyway,I’m Lily.Lily Kristina.Still remember me?" Masakan tidak!Untuk apa dia datang? "Oh...of course!Sila duduk..."Aku mempersilakan dirinya.Aku gelisah. "Anyway Aris,macam mana dengan si dia tu?Lebih mencabar dari I ke?"tanyanya sinis. "Lily...apa yang I nampak dalam dirinya,kejujuran dan tiada pun kepura-puraan.Oh,yang you pula macam mana?Dah berpunya ke?" Aku cuba mengelak daripada bersentuhan dengan peha Lily yang cuba digandingkan di sebelahku.Ira berbeza daripada Lily.Ira manis bertudung litup manakala Lily pula menggoda dengan pakaian ‘tidak cukup kain’nya itu. "Oh...I biasalah.Malas nak rapat dengan mana-mana lelaki.Kalau I nak setia,I nakkan lelaki macam you..." Aku makin tidak selesa.Tiba-tiba aku mendapat satu idea.Hah.... "Aduh.....:"Aku lihat Lily kelam-kabut.Tangannya memegang bajuku. "Kenapa Aris?You okey ke tak?" "I sakit perutlah.I nak ke toilet...you tunggu sebentar ya..."Cepat-cepat aku bangun.Bukan ke toilet sebaliknya terus ke kaunter membayar makanan dan terus aku cabut.Aku tahu taktik Lily.Aku takut terpedaya.Aku takut tertipu.Aku tak sanggup mengecewakan Ira.
2
Tepat jam 5 petang,aku sudah berada di hadapan Menara Sutera Holding.Menunggu siapa lagi kalau bukan Ira. Melihat Ira turun membawa beg bimbit yang kuagak berat,segera aku keluar dari kereta dan membantunya. Tiada sepatah pun perkataan yang diucapkan olehnya.Kenapa? Masuk sahaja ke dalam kereta,pun tiada yang diucapkan kepada aku.Mengapa?Aku ada berbuat salah? Akhirnya aku berhenti di sebuah taman permainan kanak-kanak.Aku tahu,jika dia sunyi begini,pasti ada yang dirajukkannya itu. "Kenapa Ira ni?Sepatah pun tak cakap dengan Aris ni?Aris...ada buat salah?" "Memang pun!"Keras sahaja suaranya. "La....bila masa?" "Buat salah pun tak tahu bila!Aris ni kan,eee.....menyakitkan hati aje." "Ira tak nak bagitahu apa?Cakaplah..." "Tengahari tadi,Ira terserempak dengan Aris.Lunch dengan sorang perempuan ni...amboi...bukan main!Duduk dahle sebelah-menyebelah,dah tu..."Suaranya berubah nada..Aku dapat mengagak sesuatu. "Ha...Ira cemburukan?"Ha ha ha... ‘Tak adalah!Mana ada!"Aku gelak kuat-kuat.Muka Ira sudah merah padam.Kasihan cik adikku. "Hah!Masa Ris telefon,Ira kata Ira ada mesyuarat.Habis,macam mana pulak boleh ada kat restoran tu?Hah...ada something yang Ris tak tahu ke?" Cepat-cepat Ira menggeleng.Saja aku mahu menguji Ira. "Tak adalah.Sebenarnya....Ira pergi jumpa klien tadi.Lepas mensyuarat tadilah.Ris jangan fikir yang bukan-bukan pulak."Aku dapat mengesan resah di wajah Ira.Aku tahu dia menyembunyikan sesuatu,namun kali ini aku membiarkan sahaja dia dengan rahsianya. "Okey.Forget about that girl.Ira,Ris dah cakap pada mama.Mama pun tak kisah.So...jadi!"Aku menyatakan pada Ira dengan gembira.Tapi gadis pujaanku ini cuma senyap sunyi.Entah apa yang tidak kena,aku pun tidak tahu. "Jadi apa?" "Jadilah kita nikah Mei ni!"Tapi dia masih membisu. "Kenapa diam?Tak happy pun?" Ira menundukkan wajahnya.Dan di situ aku lihat ada air yang menitik.Aku mengangkat wajahnya perlahan-lahan.Aku tidak faham.Aku tidak mengerti.Air mata gembira atau air mata sedih itu? "Ira...Ira..."Tersekat-sekat suaranya.Aku dapat mengesan mendung pada hatinya. "Kenapa?" "Umi tak ada nak sambut hari perkahwinan kita."Terluah jua kata-kata daripada gadis pujaanku ini. Aku faham.Setahun lalu,ibu Iralah yang paling gembira apabila kami ditunangkan.Tetapi,baru beberapa bulan lepas,umi Ira kembali ke rahmatullah.Sebulan Ira menyepikan diri daripadaku.Puas aku memujuknya.Barulah Ira kembali berbual denganku.Ayah Ira pula sudah berkahwin lain.Ira kini tinggal bersendirian dan tempat dia menumpang harap hanyalah pada keluarga ibu saudaranya,adik uminya. "Sudahlah Ira.Umi tentu bahagia kalau Ira bahagia.Dah jadi tanggungjawab Ris jaga Ira.Janganlah nangis lagi.Dah banyak air mata Ira keluar sejak umi pergi."Aku memujuk Ira.Dia menyeka air matanya.Simpatiku menggunung tinggi. "Nantikan Ris...masa kita nikah nanti,kita kena cari ayahkan?"Aku tersentak.Aku tahu Ira terluka dengan ayahnya.Lama baru aku mengangguk. "Apapun...ayah Ira tetap wali pada Ira.Kita tak boleh ketepikan dia.Mungkin dia bersalah di masa silam.Siapa tahu,kalau dia teringin sangat nak minta maaf.Kalau ayah Ira pinta maaf daripada Ira,Ris minta Ira lupakan semua yang dia buat pada umi dan Ira dan maafkan dia.Darah dalam badan Ira tetap darah dia juga." Ira mengangguk. "Ris,jomlah kita balik.Dah nak senja."Aku menurut.Agak lewat kami sampai ke rumah kerana kami singgah sebentar ke masjid dan menikmati makan malam.Selepas itu barulah aku menghantar Ira pulang. Jauh dalam hatiku,aku bersimpati pada Ira.Seorang wanita yang tenang,cekal,suka tersenyum rupa-rupanya menyimpan luka yang amat menyakitkan.
Hari berganti hari dan bulan berganti bulan.Kini sampailah sudah masanya kami dijabkabulkan.Aku teramatlah gembira.Kalau dahulu aku lansung tidak kisah soal kebersihan rumah,kini akulah orang yang paling rajin.Aku sudah tidak menyimpan syak pada Ira lagi.Tidak cepat marah dan cemburu.Malam pernikahan kami,dadaku bergetar hebat.Disebabkan rasa tidak keruan itu,lebih kurang enam kali aku perlu melafazkan akad. Ira kulihat mengalirkan air mata.Bukan air mata gembira ataupun syahdu,Sebaliknya,air mata kerana sudah sakit perut menggelakkan aku. Aku tidak marah.Sekurang-kurangnya Ira tidak menangis lagi.Kalaupun menangis,bukanlah kerana kelukaan.Ketika kami menjemput ayahnya,kulihat Ira tidak bercakap sepatah.Dan aku juga lihat ayah memohan kemaafan daripada Ira.Ayah mengakui dia bersalah pada Ira dan arwah umi.Ira juga sudah memaafkannya. Padaku,ayah meminta aku supaya Ira kujaga sebaik mungkin.Dia akan berhijrah ke Indonesia untuk ikut serta pulang semula ke kampung isterinya.Aku cuma mampu mengangguk.Boleh atau tidak,akan kuusahakan. Mama dan papa begitu gembira.Along pulang dari Kanada untuk sama-sama menyambut hari perkahwinanku.Adik pula sanggup bersengkang mata demi untuk menyiapkan bilik pengantinku.Sambutan sebelah keluarga Ira hanya dilakukan secara sederhana.Itu permintaan Ira.Katanya dia bukan orang senang seperti aku.Dan pastilah aku tidak menggemari apabila dia berkata begitu. Dan untuk menggembirakan Ira,mama dan papa sudah merancang untuk menyambut perkahwinanku dengan meriah.Semuanya sebagai penghargaan dan menunjukkan betapa gembiranya mama dan papa menyambut Ira sebagai menantu. Dan ketika itulah kulihat air mata Ira mengalir lagi.
3
Buat seketika aku aman daripada gangguan Lily.Syukurlah.Sekurang-kurangnya aku hanya perlu tumpukan perhatianku kepada Ira seorang.Aku sayangkan Ira dan aku sudah tentu tidak mahu melihat Ira kecewa.Sebulan pertama perkahwinan kami,kami begitu bahagia. Kini sudah masuk enam bulan kami berumahtangga.Aku sudah meminta izin papa dan mama untuk memiliki rumah sendiri.Atas persetujuan Ira,kami mendiami rumah semi-D dua tingkat di pinggir bandaraya Kuala Lumpur.Bukan aku tidak mampu untuk membeli rumah yang lebih selesa,namun Ira yang meminta begitu.Halaman depan dan belakang rumah ini aku telah ubah lanskapnya.Bahagian dalaman rumah pun aku ubah. Master bedroom aku besarkan,dapur aku besarkan,ruang tamu aku besarkan,mini library kami pun aku besarkan.Pendek kata,semua ceruk di rumah ini aku besarkan.Kata Ira,aku sudah membazir terlalu banyak.Aku tidak mahu komen apa-apa.Mujurlah rumah kami terletak di hujung sekali dan banyak juga kawasan halaman yang kami ambil.Apa yang penting,aku ingin memastikan rumah ini syurga aku dan Ira. "Ris tak rasa membazir ke buat semua ni?Kita ni tinggal dua orang aje,tapi rumah besar sangat ni.Ira tak biasalah.Hui...penat ni kalau Ira nak menyapu,mengemop rumah ni."Aku ketawa mendengar komennya. "Alahai...sikit aje ni.Yang ni semua,untuk Ira.Just to thank you for being the best wife for me.Aha...lagi satu.Kalau Ira tak larat nak menyapu,mengemop rumah ni,kita boleh minta cleaner datang bersihkan hujung minggu." "Eh,tak payahlah.Ira gurau aje.Ira dah biasa semua ni.Ris tak payah risau.Ira nak mintak izin Ris ni.Ira nak ke rumah Mak Su,dah lama tak lawat Mak Su.Ris nak ikut sekali?"Aku cuma menggeleng. "Tak apalah.Ris izinkan.Ris tak dapat pergi sebab ada benda nak buat.Drive elok-elok ya.Jangan balik lewat sangat.Before nine ya?"Ira mengangguk.Aku perhatikan dia sehingga kelibatnya hilang daripada pandanganku. Kemudian aku ke rumah mama.Papa tiada di rumah.Entah ke mana dia pergi. "Papa ke mana mama?"soalku sambil menghirup jus oren yang mama sediakan. "Entah.Main golf agaknya.Kenapa Ira tak ikut sekali?" "Dia melawat Mak Su.Adik tak balik,ma?" "Minggu lepas dia dah balik.Ni Ris,Ira tu tak ada apa-apa berita ke?"Dahiku berkerut. "Berita apa pulak mama?Okey aje Ira tu Ris tengok?" "Adui...mama maksudkan,Ira tu.Perutnya tak berisi lagi ke?" Oh...barulah aku faham.Mama ni,kan senang cakap straight to the point! "Tak ada rezeki lagilah mama.Lagipun tak sampai setahun lagi kami kahwin,mama dah sibuk mintak cucu.Nantilah mama..."Itu sajalah yang mampu aku ucapkan.Sebenarnya aku takut Ira tidak bersetuju.Dengan kata lain,masih tidak bersedia. Semasa aku sekolah menengah dulu,ketika aku berada di Tingkatan Dua,aku ada menonton sebuah video yang memaparkan bagaimana seseorang wanita itu bersalin sama ada secara normal ataupun pembedahan.Cukup ngeri buatku. Melihat sahaja nafas yang sudah habis dan bayi yang masih tidak keluar,sudah membuatkan aku takut.Melihat cara orang bersalin melalui pembedahan lagi menakutkan.Digunting sikit,selebihnya dikoyakkan begitu sahaja.Berpeluh-peluh aku sewaktu menonton video itu.Aku pernah mendengar sebuah hadis mengatakan bahawa sakit bersalin itu adalah sakit kedua selepas mati.Patutlah kita perlu mendengar kata ibu sebelum bapa kerana seorang ibu itu berada di antara hidup dan mati ketika melahirkan. Hampir malam,barulah aku pulang ke rumah.Selepas makan malam di rumah mama.Tiba di rumah,kulihat kereta Ira masih tiada di garaj.Dia masih belum pulang Aku menyiapkan kerja yang masih ada.Selepas itu aku berbaring di katil.Aku cuma terjaga apabila terdengar pintu dikuak orang. Aku bangun dan kulihat Ira melangkah masuk dengan wajah bersalahnya.Hah.... "Kenapa balik lambat ni?Orang cakap sebelum pukul sembilan,tengok dah pukul berapa?Sebelas setengah baru nak balik?Kan baik tidur terus rumah Mak Su!"Sengaja aku mengeraskan suaraku sedikit. Ira agak terkejut.Aku mahu ketawa,namun sengaja aku berbuat air muka yang serius. Ira merapatiku.Perlahan-lahan tanganku dicapai dan diciumnya.Saat itu,hatiku terasa sayu.Terasa terharu. "Ira minta maaf.Tadi Ira memang nak balik awal,tapi sebab Mak Su dah masakkan makan malam,kenalah Ira makan sekali.Sebenarnya Ira nak telefon Aris,tapi tak dapat.Aris masih marah ke?" Terusik hatiku.Hakikatnya,sifat lemah-lembut Ira memang mampu mencairkan amarahku.Namun,akukan lelaki.Saja mahu mempamerkan ego. "Ris...Ira mintak maaf ni.Betul-betul tak sengaja.Ira...."Aku bingkas bangun.Sengaja mahu menguji Ira.Aku terus ke perpustakaan mini.Membuat beberapa kerja pejabat seketika sebelum aku kembali semula ke bilik.Aku melihat jam sudah pun 12.36 pagi. Di situ aku lihat Ira tiada.Di dalam bilik air pun tiada.Aku jadi risau.Ke mana Ira? Aku ke dapur pula.Tiada juga.Di stor,bilik tamu,dan semua ruang di rumah ini aku cari Ira.Tiada juga.Dan destinasi terakhirku ialah ruang tamu.Oh.... "La..Ira!Ira...kenapa tidur kat sini ni?Meh masuk tidur dalam bilik."Aku pantas mengejutkan Ira yang sudah terlena di sofa.Ira bangun dengan mata yang terpisat-pisat. "Aris....Aris..."Dia seperti mahu menuturkan sesuatu namun tersekat.Aku masih menanti. "Aris tak...tak marahkan Ira lagi?" La....itu yang difikirkannya.Aku ingatkan apa benda tadi. "Tak adalah.Jom masuk tidur dalam bilik.Kot ya pun nak merajuk...."Aku tersenyum.Ira memalingkan wajahnya apabila mataku beralih ke wajahnya. "Mana ada Ira merajuk.Ira cuma tertidur aja di sofa tu.Ris jangan memandai nak buat tuduhan yek...."Aku tahu itu cuma alasan Ira sahaja. Apapun,aku tak mahu hubunganku dengan Ira menjadi dingin hanya kerana perangaiku yang suka menguji ini.
Tengahari itu aku tidak makan bersama Ira.Kata Ira dia di tapak projek ketika itu.Jadi aku hanya makan bersendirian tengahari itu.Habis makan tengahari,aku berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut.Aku terpandangkan kedai coklat,terus sahaja ringan kakiku melangkah masuk.Aku membeli sekotak coklat yang digubah cantik. Aku mengambil dan membayarnya.Kemudian aku pulang ke pejabat.Aku terserempak dengan papa yang baru sahaja ingin keluar dari biliknya.Mata papa terus sahaja terpandangkan coklat di tanganku. "Hah...untuk siapa tu?"Aku cuma tersenyum.Pasti papa tahu coklat itu untuk siapa. "Untuk siapa lagi?Menantu papalah...."Aku ketawa.Komen papa,aku romantik.Suka hati papalah.Apa yang aku buat ini semuanya untuk Ira.Lebih-lebih lagi malam kelmarin.Kasihan Ira. Tapi mujurlah dia tidak mengambil hati dengan apa yang aku lakukan.Aku memanggil Kamal,office boy pejabat ini dan mengarahkannya supaya menghantar bungkusan coklat itu kepada Ira.Kamal pun turut mengusikku.Hampir sama dengan komen papa. Aku keluar sebentar untuk bertemu dengan wakil syarikat Pertama Sdn.Bhd.Lebih kurang setengah jam sahaja.Kemudian aku pulang semula ke pejabat.Ketika itu baru aku tahu ada yang sedang menungguku. Aku terkejut.Juga tergamam.Kenapa dia ada di sini? "Oh,satu kejutan di tengahari yang terik?"Sinis kedengaran suaraku.Wajahnya hanya berubah sementara.Aku tidak tahu apa yang dimahukan dariku oleh seorang perempuan bernama Lily ini. Aku masuk ke dalam bilik.Lily pun mengekori walau aku tidak mengajaknya. "Silakan duduk.So,apa hajat ke mari?"Aku malas untuk berlama-lama dengannya. "I nak minta tolong you,Aris.Actually,I ada masalah kewangan.Butik I tu.....perlukan lebih kurang RM 1 50,000.So I datang ni ingat nak pinjam daripada you." Aku menarik nafas. "Kenapa tak pinjam dari bank saja?Apa,you ingat Fitrah Holdings ni...tempat pinjam duit?Come on...kenapa tak mintak pada boyfriend you saja?"Aku mula meluat dengan perangai Lily.Entah bagaimana dulu aku boleh berpacaran dengannya. "You ni....nak bagi ke tak nak?Kalau tak bagi,it’s okay..."Lily sudah bangun.Aku serba-salah.Meskipun aku bukan kekasihnya,namun mungkin tidak salah aku menolongnya atas nama kawan. "Okey....I pinjamkan.But...as a friend.Remember that...."Pantas aku mencapai buku cek.Aku menulis jumlah wang yang dikehendaki.Lily tersenyum puas. "Jangan lupa bayar kalau duit you dah cukup..."Lily cuma mengangkat bahu.Kemudian,dia terus meninggalkanku. Aku termangu di sofa di pejabatku seketika sebelum telefon bimbitku berbunyi nyaring.Melihat nombor yang tertera,hatiku berbunga riang. "Hai?Dah dapat?" "Assalamualaikum.Dah...dapat dah.Cantik gubahan...gubah sendiri ke?" "Ha...ha...ha...tak adalah.Ekspres punya.Oh ya,waalaikumsalam."Aku masih ketawa. "Petang ni jangan lambat tau.I also have something special for you..."ujar Ira. "Oh ya?Apa bendanya?"Aku tidak sabar pula menunggu petang. "Secret!Tunggu balik nanti.Ira ada kerja ni,assalamualaikum."Aku memutuskan talian selepas salamnya kujawab. Seboleh mungkin aku ingin mengambil Ira cepat dari pejabat.Tapi disebabkan kesesakan jalan raya yang teruk,hampir jam 7 baru aku sampai di hadapan menara Sutera.Muka Ira sudah kelat.Seboleh mungkin aku tidak mahu merosakkan mood Ira.Tapi... "Sorry...."Ira tidak memberi respon. "Ira?" "Hm..." "Kan Aris cakap sorry tadi.Jammed teruk.Oh ya,apa benda yang Ira nak bagi tu?"Ira nampak seperti tidak berminat. Aku tidak menunggu lama.Aku terus memecut kereta pulang ke rumah.Seboleh mungkin aku mahu memastikan aku masih sempat untuk pulang bersolat di rumah. Selepas aku bersolat,Ira pula yang bersolat.Mukanya masih tidak berubah.Sepatah perkataan pun tiada diucapkan buatku.Kenapa Ira begini?Berat sekalikah kesalahanku? "Ira,I am sorry.Bukan sengaja Ris nak...."Belum sempat aku menghabiskan kata,Ira memelukku erat.Aku hairan Pelik bercampur sekali. Tadi bukan main merajuk dengan aku.La ni,kenapa pulak? "Kenapa tiba-tiba?" Ira tersenyum.Itu yang suka aku tengok.Wajahnya ayu.Kiranya rajuk Ira sudah habis. "Kenapa ambil lambat tadi.Kan elok kalau Ris ambil cepat." "Tadi jammed.Bukannya sengaja.Selalu kalau ambil lambat boleh pulak,kenapa hari ni tak boleh?"Aku pun ingin tahu juga. "Aris tak ingat hari ni hari apa?" "Hari apa?Tak ada yang special pun tentang hari ni."Aku cuba mengingat seandainya hari ini ada yang istimewa. "Hari ni kan hari lahir Aris.Boleh pulak tak ingat?" Ha’ah!Tak teringat pula aku. "Ha?Ya ke?So...,tak ada hadiah untuk Aris?"Senyuman Ira bertambah lebar. "Ada.Nak tahu apa?"Aku mengangguk pantas.Ira mengambil beg tangannya dan sebuah kotak sederhana besar berbalut cantik diserahkan kepadaku. "Boleh buka sekarang?" Ira mengangguk.Aku pantas membuka balutan itu.Kukoyakkan sahaja pembalutnya. Sebuah jam tangan berjenama Rolex berwarna perak kini dalam genggamanku.Baru aku ingin mengucapkan terima kasih,Ira sudah mengambil jam tersebut dari tanganku. "Eh,jam tu bukan untuk Aris ke?"Aku bertanya hairan.Ira kulihat menggeleng. "Tak adalah.Saja je nak tunjuk kat Aris.Cantikkan?"Aku menarik muncung.Hatiku terusik.Kufikirkan itu adalah hadiah sempena hari lahirku hari ini.Tiba-tiba aku mendengar ketawa Ira. Ira mengambil tangan kiriku lalu digenggam perlahan.Jam tangan tadi dipakaikan pada pergelangan tanganku.Ira senyum padaku. "Saja gurau tadi.Macam perempuan,nak merajuk.Jam ni Ira beli minggu lepas.Mahal ni.Jaga elok-elok tau.Calar...siap Aris.Selamat hari lahir..."Satu ciuman di pipi dihadiahkan buatku.Aku rasa bahagia. "Terima kasih.Ira lapar tak?Tadi nak ajak makan,sebab ada orang tu tengah merajuk,kenalah balik cepat-cepat.Kalau lapar,jom kita makan dekat luar?" "Aris lapar?Kesian...tunggu kejap.Ira siap,lepas tu kita makan kat luar."Aku menurut.Aku mandi kemudian mengenakan sepasang baju kemeja berwarna biru bercorak di tepi dengan seluar slack berwarna hitam.Ira pula mengenakan sepasang kurung sutera berwarna biru muda. Aku memilih untuk makan malam di sebuah restoren yang ekslusif.Ira kata dia ingin belanja aku malam ini.Tapi aku menolak.Akukan lelaki,takkan Ira pula yang harus membelanja aku. Pada Ira kukatakan,tidak perlu.Aku yang akan membelanja dia malam ini sebagai tanda maaf kerana merosakkan moodnya dengan mengambilnya lewat di pejabat.
4
Sebulan berlalu.Hujung minggu itu,mama dan papa menjemput aku dan Ira supaya makan malam di rumah mama dan papa.Kata mama,Along dan Adik pulang hari itu.Kebetulan aku sudah lama tidak berjumpa dengan mereka,aku pun bersetuju.Ira pun begitu. Malam Sabtu itu,kami hanya mengenakan persalinan yang cukup ringkas.Hampir jam 8,kami sampai di rumah mama dan papa.Ketika itu,Along sedang membaca akhbar di halaman.Papa pula sedang leka meneliti pokok-pokok bunganya.Aku mengagak mama dan Adik sedang menyiapkan makan malam kami. "Assalamualaikum!"Papa dan Along menjawab salamku serentak.Aku menyalami papa kemudian Along.Ira turut berbuat demikian. "Along tengok Ira ni makin lawa?Ada rahsia ke?"Ira cuma tersenyum.Aku turut rasa bangga.Papa menggamit kami semua masuk.Seketika,gamat rumah itu apabila Adik dengan manja memeluk aku dan Ira.Mulut becok Adik tidak henti-henti bercerita tentang makanan yang dimasaknya malam ini.Sewaktu mama mencium pipi Ira,mama mengatakan bahawa Ira sudah tembam sedikit. "Ira ni mama tengok dah tembam sikit.Ada apa-apa ke ni?"Ira tersenyum. "Mana ada apa-apa mama.Ira okey je.Memang kebelakangan ni Ira tembam sikit,sebab Aris ni bagi Ira makan banyak-banyak."Aku tersipu. "Dahlah,mama.Tengok muka Angah tu,hui...dah merah.Kak Ira ni...tembam pun makin comel."Itulah komen selamba Adik. Mama mengajak kami makan.Aku mengambil tempat di sebelah Ira,berhadapan dengan mama.Aku sedar,mama tidak putus-putus merenung Ira.Entah apa yang ada di fikiran mama,aku pun tidak tahu. "As,kenapa asyik tenung Ira ni?"tegur papa.Ira memandang mama sebelum memandang aku.Mengharapkan jawapan.Aku cuma mengangkat bahu.Mama pula tersipu-sipu apabila ditegur begitu oleh papa. "Ala papa,macamlah papa tak tahu mama tu.Adik tahu apa yang mama fikirkan. Sebenarnya, mama tu tengah survey Kak Ira untuk mencari tanda-tanda yang Kak Ira tu...."Adik tidak menghabiskan ayatnya.Kami ternanti-nanti.Lebih-lebih lagi Ira. Aku terpandangkan mama yang memberikan amaran supaya Adik senyap. "Kenapa Adik?Cakaplah...mama tenung Kak Ira tadi tu kenapa?"Papa pula mendesak.Semua mata terarah kepada Adik.Adik mula serba-salah. "Tak ada apalah."Adik cuma menyambung kembali suapannya.Tapi Along pula mendesaknya. "Arisa!Cakap cepat..."Nak tak nak terpaksa Adik memberitahu. "Mama tenung Kak Ira tu sebab nak cari tanda-tanda yang Kak Ira tu...Kak Ira...Kak Ira...pregnant ke tidak."Bulat mata mama memandang Adik.Papa pula ketawa.Begitu juga Along.Aku cuma tersengih.Tapi Ira cuma senyap.Tidak berkuit. Aku tersedar.Aku menggenggam tangan Ira di bawah meja.Ira mengalihkan pandangan ke arahku.Ada air mata yang bertakung.Mujurlah mereka semua tidak perasan.Aku menyuruh Ira menghabiskan nasinya cepat-cepat. "Em...papa pun rasa tak sabar.Nantilah.Kalau ada rezeki tu,tak ke mana."Ujar papa.Aduhai...dapat aku rasakan getar pada tangan Ira. Apabila nasi di pinggan Ira sudah habis,aku mengikut Ira ke sinki.Ira berkelakuan seperti biasa.Selepas mencuci pinggan aku dan pinggannya,barulah aku menyuruh Ira menghadap aku.Ira sedikitpun tidak mengangkat wajahnya. Tiba-tiba Ira menangis.Aku jadi panik.Cepat-cepat aku memeluk Ira,cuba menenangkan perasaannya.Barulah aku tahu kini,soal anak sangat sentitif untuk dibicarakan.Habis basah bahuku dengan air mata Ira. "Sudahlah tu.Mama tak sengaja tadi.Adik pun,lancang mulutnya tu bukan boleh dikawal.Ira janganlah ambil hati.It’s okay.Kita kahwin pun tak sampai setahun lagi.Dahlah,jangan nangis lagi."Aku memujuk Ira.Tapi tangisannya tidak juga berhenti. Apabila aku mengangkat wajahnya,merah muka dan matanya.Aku pun tidak tahu kenapa Ira menjadi sangat sensitif seperti ini.Kamikan baru berkahwin.Apa yang nak dikisahkan soal anak?Tapi akukan lelaki...hati lelaki tidak sesensitif wanita. Ira sudah tersedu-sedu.Aku mengelap wajah dan matanya. "Okeylah.Jom kita balik.Dahlah tu sayang,jangan menangis lagi."Cepat-cepat Ira menggeleng. "Tak payahlah.Tak manis kalau kita balik macam tu aje.It’s okay.Sikit aje,ni." Tiba-tiba Ira bagai tergamam.Matanya tidak lepas memandang ke arah muka dapur yang memisahkan dapur basah dengan kering.Aku pun turut menoleh.Di situ,mama,papa,Along dan Adik sedang merenung kami dengan senyuman penuh makna tersirat. Ira tertunduk.Aku tahu dia rasa segan.Aku pun begitu juga.Rasa segan.Sudah tentu ahli keluargaku melihat drama kami tadi. "Ira...mama minta maaf.Mama tak tahu yang...."Mama turut menangis.Mama memeluk Ira,sambil itu meminta maaf.Ira sudah tidak menangis lagi.Cuma tersenyum sayu.Adik pula dari tadi asyik tersenyum-senyum sahaja. Dalam diam,aku turut mengharapkan hubungan kami diserikan dengan kehadiran anak-anak.Tapi....
Aku sudah bersedia untuk ke pejabat.Air Nescafe panas itu segera aku habiskan.Namun,Ira masih tidak keluar dari bilik air.Aku masuk ke bilik dan mengetuk pintu bilik air.Namun tiada jawapan. "Ira?"Suaraku agak lantang. "Y...ya."Suara Ira agak susah untuk menyahut panggilanku. "Keluarlah cepat!Dah lambat ni."Aku lantang bersuara.Meskipun aku bekerja di syarikat papa,namun pantang pada papa jikalau aku terlewat.Baginya,aku perlu menunjukkan contoh yang baik kepada pekerja lain. Lima belas minit aku menunggu,namun Ira masih tidak keluar.Aku cuba menahan marahku.Pintu bilik air kuketuk kasar. "Ira,bukak pintu ni sekarang!Kenapa lama sangat dalam bilik air?"Aku sudah tidak dapat bersabar.Jam sudah hampir 8.35.Pintu bilik air masih tertutup rapat.Aku mengetuk lagi.Aku memang tidak dapat bersabar. Ira tidak menyahut.Tiada apa-apa bunyi dapat kudengar dari dalam bilik air.Ketika aku berkira-kira mahu menendang sahaja pintu bilik air,Ira membuka pintu perlahan-lahan. Merah padam mukaku menahan marah.Aku terus menolak pintu dan hampir sahaja dia terjatuh kerana aku menolak pintu bilik air itu dengan penuh kasar. Mataku menentang wajah Ira yang nampak pucat.Sedikitpun tidak terdetik rasa simpati di hatiku.Dia masih berbaju tidur sedangkan jam sudah menunjukkan pukul berapa. Tiba-tiba,Ira berlari ke sinki.Dan di sinki itu,dia memuntahkan segala isi perutnya.Aku agak risau tetapi oleh kerana marahku yang masih membakar,aku membiarkan sahaja Ira mengeluarkan segala yang mungkin dimakannya malam tadi. Agak lama Ira begitu.Dan tiba-tiba,Ira rebah!Aku jadi panik! Aku segera merapati Ira.Kutepuk-tepuk pipi mulus Ira perlahan-lahan.Namun,Ira tidak juga sedar. "Ira?Ira?"Apabila tiada respon,segera aku mencempung tubuhnya dan kubawa ke katil.Dalam kekalutan itu,aku segera mendail doktor peribadi keluargaku,Dr.Shafiqah.Kata doktor itu,dia akan sampai lebih kurang setengah jam lagi.Seminit pun kurasakan lama.Inikan pula setengah jam! Menyesal pula aku berbuat begitu pada Ira.Entah apa yang tidak kena pada dirinya.Mukanya sangat pucat.Sudahlah kulitnya cerah,ditambah pula dengan kepucatan.Memang nampak seperti Ira sudah tiada bernyawa! Apabila aku mendengar pintu diketuk,segera aku berlari ke bawah.Segera aku menjemput Dr.Shafiqah naik.Dr.Shafiqah memeriksa denyutan nadi Ira,memeriksa suhu badannya dan banyak lagi.Dan akhirnya Dr.Shafiqah tersenyum padaku. "Encik Aris usah risau.Puan Hazira cuma keletihan dan dia sedikit tertekan.Lepas berehat ni,sembuhlah dia."Dr.Shafiqah memberikan aku senarai ubat dan menyuruh aku ke kliniknya untuk mengambil ubatan tersebut.Sepuluh minit setelah Dr.Shafiqah pulang,Ira mula sedarkan diri.Apabila terlihat wajahku,dia tidak berkata apa-apa. Aku tidak jadi ke pejabat hari ini.Hari merangkak ke tengahari.Ira yang terlena sebentar tadi sudahpun terjaga.Tapi tiada sepatah pun perkataan diucapkan kepadaku.Tapi tiba-tiba Ira bingkas bangun dari katil.Dia berlari ke bilik air,tanpa sempat pun pintu bilik air dikunci,dimuntahkan sekali lagi apa yang ada dalam perutnya.Lebih kurang lima minit dia berkeadaan seperti itu.Aku merapati Ira dan kugosok belakangnya. Ira sudah menangis.Baru dia berkumur,kemudian dia muntah lagi.Bukan sisa makanan yang keluar, sebaliknya Ira muntah air.Tangisan Ira makin kuat.Aku sendiri tidak tahu kenapa Ira berkeadaan sebegini. Lega seketika,kemdian dia muntah lagi.Aku tidak berhenti menggosok belakang Ira. "Dah sudah?"Aku bertanya lembut.Bukan seperti suaraku yang lantang sebentar tadi.Ira tidak mampu bercakap.Cuma menggelengkan kepalanya.Selepas itu dia muntah lagi. Ketika dia berasa lega,aku mengambil keputusan untuk membawa Ira ke klinik.Tidak tahan rasanya aku melihat dia sebegitu.Begitu perit dia menanggung siksa. Aku menyalinkan pakaian tidurnya kepada seluar jeans dan t-shirt berlengan panjang. Kemudian aku menyarungkan tudung.Ira sudah tidak larat berjalan,lalu kudukungnya ke dalam kereta.Aku menyediakan sebuah beg plastik.Dan Ira muntah-muntah di dalam kereta dan beg plastik itulah yang digunakan untuk membuang muntah.Sesekali aku menggosok-gosok belakangnya. Apa yang menyebabkan Ira begini?Salah makan?Demam?Rasa tidak sihat?Aku tidak tahu apa jawapan untuk soalan itu. Mujurlah tidak ramai orang ketika kami sampai di klinik.Kata doktor,Ira cuma tertekan.Emosinya tidak stabil.Entah,aku pun tidak faham istilah yang doktor tu katakan.Aku cuma mengangguk-angguk sahaja.Dia lebih faham.Selepas mengambil ubat,kami berlalu. Riak wajah Ira sedikit berubah apabila aku mnegerling Ira di sebelah.Dia masih tidak berkata sepatahpun padaku.Pasti dia masih berkecil hati.Alahai.... "Nak makan tak?" "Tak."Aku meneruskan pemanduan.Ketika sampai di sebuah restoren di tepi sebuah taman perumahan aku membeli dua bungkus nasi campur.
5
Pagi tadi mama menelefonku.Dia bertanyakan keadaan kesihatan Ira.Aku pun tidak tahu bagaimana mama boleh mengetahui keadaan Ira.Ira kulihat semakin okey.Cuma satu sahaja masalahnya.Dia tidak mahu bercakap denganku.Teruk sangatkah aku memarahinya? Tengahari itu aku menghantar notis cuti kepada syarikat tempat Ira bekerja.Sudah masuk tiga hari Ira tidak ke pejabat.Begitu jua aku.Tengahari itu aku ke dapur.Aku menyelongkar peti ais.Aku bercadang mahu memasakkan Ira sup sayur. Jam menunjukkan 1 tengahari.Aku pun sudah selesai memasak.Aku menyedukkan sup itu ke dalam mangkuk dan kubawa ke dalam bilik.Pada Ira,aku tersenyum. Aku menyuapkan sedikit isi sup itu ke dalam mulut Ira.Belum pun sempat dia,menelan,dia segera berlari ke bilik air.Memuntahkan semula isi sup yang aku masak tadi.Aku cuma senyap.Aku cuba menyuapnya kembali. Tapi Ira menolak. "Ira kena makan.Nanti sakit perut pulak!"Suaraku agak tegas.Tanganku cuba menyuapkan sup itu ke dalam mulutnya.Ira tetap menolak. "Tak naklah!Orang kata tak nak,tak naklah!Masin sangatlah sup ni.Ira tak nak makan!"Segera aku mencicipkan sedikit kuah sup yang aku masak tadi.Biasa saja.Mana ada masin. "Bohong eh?Aris rasa tak masin pun?Makan cepat." "Ira tak nak!Masin!"Aku cuba bersabar.Muka Ira masam mencuka.Aku rasa mahu ketawa. "Makan sikit.Nanti pengsan pulak tak ada benda yang dimakan."Ira tetap menggeleng.Aku semakin pelik dengan perangai Ira. Akhirnya aku membeli sebungkus nasi tomato untuk Ira.Aku cuba menyuapnya. "Ira tak nak nasi ni!Siapa yang masak ni?Garam dia tumpah ke?"Aku tersentak.Sakit-sakit begini pun,mulut tu masih berbisa.Akhirnya aku yang menghabiskan nasi itu.Hari merangkak ke petang,barulah Ira kata dia mahu makan. Laju pula dia makan sup yang aku masak tadi.Tiada rasa masin ataupun apa-apa.Aku tersenyum.Ira..Ira.... Malam itu aku berehat di bilik bersama Ira sambil menonton televisyen.Bukan sepenuhnya tumpuanku pada cerita yang sedang ditayangkan,sebaliknya pada perangai Ira hari ini. "Ira,esok kita jumpa doktor." "Kenapa?Ira bukannya sakit!"Pantas Ira membantah. "Kalau tak sakit,kenapa tak nak makan?Esok mesti jumpa doktor.Tak ada tapi-tapi lagi.10 pagi sharp!"Aku memberi arahan.Ira terdiam.Ada riak protes pada wajahnya. "Ira tak nak pergilah,Ris."Masih berdegil.Aku mengalihkan pandanganku pada wajahnya.Degil betul dia. "Irakan sakit?Kenalah jumpa doktor.Okey,kalau tak nak,tak apa.Esok mesti makan.Tak makan sarapan dan lunch,petang nanti kita jumpa doktor."Kemudian aku terus keluar dari bilik.Aku semakin tidak faham dengan perangai Ira. Apa yang tidak kena dengan dirinya?Tiba-tiba,aku dikejutkan dengan sebuah panggilan yang lansung tidak kuduga. "Lily,kenapa?"Ada rasa tidak senang pada suaraku. "Hai Aris!How are you?"Dia bertanya ramah.Untuk apa dia menelefonku lagi? "Hai.You nak apa?I penatlah Lily,boleh bagi I rehat tak?" "You ke mana?I cari di pejabat,tak ada.Outstation ke?"Soalannya tidak kujawab. "You nak apa ni?Cakap cepat.I tak ada banyak masa ni."Kalau boleh,aku mahu menamatkan perbualan ini secepat mungkin.Aku bosan. "Esok kita jumpa,boleh?I nak bayar balik duit you yang I pinjam tu." "Hm...okey.KFC Jusco.Bye."Terus aku memutuskan talian.Aku bangun dan terus menghayun langkah menuju ke bilik.Aku ingin tidur. Masuk sahaja bilik,terus sahaja aku rebahkan diri ke katil.Aku tidak peduli dengan Ira lagi.Aku hanya mahu berehat.
Awal pagi lagi aku sudah bersiap.Aku membelikan sarapan untuk kami.Ketika aku sedang menyiapkan beg bimbitku,Ira sudah terjaga. "Aris nak ke mana?"Aku tidak menjawab. "Aris,Ira tanya ni..."Ada rasa jauh hati dalam suara Ira.Segera aku berpaling. "Aris nak pejabat.Jangan lupa makan sarapan.Tengahari nanti Aris balik.Mungkin lewat sikit.Jangan lupa makan,okey.Aris kena pergi ni.Nanti lambat."Aku mendekati Ira.Satu senyuman dan kucupan pada dahinya aku hadiahkan.Kemudian aku bergegas pergi. Sampai di pejabat,setiausahaku sibuk bertanyakan aku ke mana aku menghilang.Aku sekadar tersenyum sambil menjawab ‘puteri’ku tidak sihat.Aisyah faham dan tidak bertanya lagi.Aku masuk ke dalam bilikku,dan di situ,Lily menunggu. "Apa you buat di sini?"Tidak sempat lagi aku melabuhkan punggung,aku sudah bertanya ada Lily. "I nak bayar balik duit you.Ini ceknya.I ada hal.I pergi dulu,Ris.Thank you,darling!Bye."Lily berlalu.Aku mengambil cek yang ditinggalkan di atas meja.Seketika aku di situ,aku terdengar pintu diketuk.Aku mengarahkan masuk. "Eh,papa!"Aku menyalami tangan papa.Kemudian aku menjemput papa duduk. "Welcome back!Ira macam mana?" "Okeylah.Papa macam mana?" "Papa,alhamdulillah.Mama kirim salam.Petang ni mama ajak Angah dengan Ira ke rumah.Mama nak jamu kamu berdua makanan yang istimewa.Jangan lupa,datang."Aku cuma mengangguk. "Insya-ALLAH,papa."Setelah papa berlalu,aku menyemak semua dokumen yang perlu aku semak sepanjang lima hari aku tiada di pejabat.Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Tanganku pantas mencapai gagang telefon dan nombor telefon rumah kudail.Agak lama aku menunggu,barulah panggilanku dijawab. "Helo?"Suara Ira kedengaran agak lemah.Hampir-hampir tidak kedengaran. "Ira!Ira okey tak?"Tiba-tiba,di talian sebelah sana,terdengar esakan kecil daripada Ira.Aku jadi tidak keruan. "Aris,tolong balik sekarang.Ira tak tahan." "Okey.Okey!Tunggu situ,kejap lagi Aris sampai."Aku tidak berlengah lagi.Apa yang terjadi pada Ira?Aku memecut keretaku pulang.Sampai di rumah,keadaan begitu sunyi dan sepi.Hatiku diterjah kebimbangan. Aku membuka pintu menggunakan kunci pendua.Aku mencari Ira di ruang tamu,namun tiada.Di dapur juga tiada.Dan hatiku tergerak untuk ke bilik.Di situ aku lihat Ira sedang menangis di tepi katil.Gagang telefon juga tidak diletakkan di tempat asal. Aku menerpa ke arah Ira.Aku menariknya ke dalam pelukanku.Apa yang membuatnya begitu hiba? "Kenapa dengan Ira?Apa yang tak kena?"Ira masih lagi menangis.Aku merungkaikan pelukanku.Aku mencari tangan Ira dan kulihat tangan itu sedang menekan-nekan di perut. "Ira sakit perut ke?Ira makan tak sarapan tadi?"Ira tidak menjawab.Aku mengajak Ira ke klinik.Kali ini dia menurut tanpa protes.Aku ke hospital swasta berdekatan dengan taman perumahan ini. Penerangan Dr.Azam tadi benar-benar mengejutkan aku.Ira kupandang sepenuh kasih.Wayar-wayar berisi air disalukan ke dalam badan Ira.Ira tidak sedarkan diri. "Isteri encik ni kekurangan air dalam badan.Kami terpaksa tahan dia sementara waktu.Keadaan ini berbahaya kepadanya.Dia kehilangan banyak air."Aku tidak faham. "Tapi kenapa doktor?Apa masalah dia sebenarnya?Keadaan cuaca ke yang menyebabkan dia begini?" "Oh...tidak.Kehilangan air biasa bagi wanita hamil.Kadangkala emosi mereka tidak stabil.Orang tua-tua kata pembawa budak.Biasalah,isteri saya pun begini juga Encik Aris.Masa inilah banyak mengidam.Nak itu,nak ini... kadang-kadang tak masuk akal lansung." Aku tergamam.Patutlah perangai Ira pelik semacam. "Lama ke isteri saya kena tahan di wad nanti,doktor?" "Bergantung pada keadaanlah.Mungkin dua tiga hari ni.Lagi satu Encik Aris,tenaga yang dihasilkan oleh badan isteri encik amat sedikit.Kerana itulah,badannya terlalu lemah.Mungkin kurang pengambilan diet yang seimbang.Lepas keluar wad ni,tolong pantau pengambilan makanan dia ni.Berbahaya kalau dibiarkan berterusan begini.Saya pergi dulu."Aku cuma mengangguk faham.Dr.Azam berlalu meninggalkan aku sendirian bersama Ira di bilik itu. Aku menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Ira.Aku teringatkan mama.Aku keluar dari wad dan aku mendail nombor telefon mama.Aku segera mengkhabarkan erita gembira itu kepada mama.Mama mengucap syukur berkali-kali.Kata mama,sebentar lagi dia akan datang bersama papa.Mungkin bersama Adik juga. Aku kembali ke katil Ira.Tangan Ira sejuk ketika tanganku menggenggam tangannya.Aku ingin bangun,namun tanganku terasa digenggam.Kelopak mata Ira bergerak-gerak.Aku membatalkan hasratku untuk bangun.Aku menanti Ira membuka mata.Akhirnya... "Hai!"sapaku riang.Tiada segaris senyuman pun untukku dari ulas bibir yang pucat itu.Pipiku terasa panas.Aku pejam mata dan aku dapat rasakan ada sentuhan lembut pada pipiku.Aku mencelikkan semula mataku. "Kenapa Aris nangis?Ira tak apa-apa.Ira...cuma rasa penat.Aris...."Tangan Ira kugenggam.Aku menanti apa yang ingin dicakapnya. "Ya?"Kali ini Ira tersenyum.Sejuk mataku memandang. "Ira nak makan sushi.Tolong beli kejap.Ira nak sangat makan.Ira tak nak nasi tomato,tak nak sup sayur.Makanan tu rasa masin."Kali ini aku ketawa.Ira cuma tersenyum.Aku mengangguk dan ganggaman Ira kulepaskan. "Kalau ada apa-apa,tolong panggil doktor,okey."Aku berlalu.Aku membeli sushi di sebuah kedai sushi berhampiran dengan hospital tersebut.Ketika aku kembali ke wad Ira,semua ahli keluargaku sudah berada di situ. Aku menyalami tangan papa dan mama.Mama sibuk bertanyakan tentang kesihatan Ira kepadaku.Ketika Ira kulihat memandangku penuh mengharap,barulah aku teringat sushi yang berada di tangan. Ira makan dengan berselera.Sikit pun tidak mempelawa aku dan ahli keluarga kami yang lain.Ketika Ira tersedar renungan kami semua,barulah mukanya merona merah.Aku tahu Ira malu. "Tak apa.Ira makanlah,Aris tahu Ira lapar sangat."Separuh sushi itu dihabiskan dengan nak tak nak sahaja.Hari sudah merangkak malam,keluargaku meminta diri untuk pulang. "Ira jaga kesihatan tau.Kalau dah keluar nanti,jangan lupa beri tahu mama. Mama nak buat kenduri kesyukuran.Mama nak balik dulu,Angah jaga Ira elok-elok."Mama,papa,dan Adik berlalu.Kini tinggal aku berdua sahaja dengan Ira. Ketika aku pandang wajah Ira,barulah aku tersedar kerutan di dahi Ira. "Ira?"Dia mengelamun. "Ira?"Aku memanggil lagi. "Ira?"Kali ini suaraku agak nyaring.Barulah wajahnya memandang diriku. "Ada apa?" "Kenapa banyak sangat kerut di dahi tu?Sakit ke?"Ira menggeleng. "Habis tu,kenapa berkerut dahi tu?" "Kenapa mama nak buat kenduri kesyukuran?Kenapa mesti tunggu Ira keluar dulu?"Baru aku teringat. "Lepas keluar wad ni,Aris akan pastikan Ira makan makanan yang seimbang.Sarapan,makan tengahari,dan juga makan malam.Jangan buat kerja berat-berat.Jangan fikir banyak-banyak.Just relax yourself!"Aku memberikan nasihat.Dan seperti yang kujangka,dahi Ira masih berkerut.Aku tersenyum. "Kenapa?Ira bukannya biasa makan malam-malam.Tak naklah.Jangan paksa Ira.Ira tak nak."Pantas aku menggeleng.Memikirkan sikapnya,aku kesal.Degil betul! "Tak boleh nak pentingkan diri awak tu aje!Perut tu dah berisi,kalau awak seorang aje yang berlapar,tak apa.Make sure,do not miss your meals!"Kali ini suaraku agak tinggi.Bukan tidak sabar dengan kerenahnya,cuma geram melihat perangai degilnya yang tidak berubah. "Ah,Aris tipulah!Kenapa gurau benda macam ni,Ira tak sukalah...."Ada nada rajuk pada suaranya. "Eh,mana pulak tipu!Orang cakap betul-betul ni,mana ada tipu!You’re pregnant right now!Remember that,sayang!Aris letak harapan yang tinggi pada Ira!Jangan hampakan Aris,please...."Aku merayunya.Kali ini dia tergamam.Masih tidak percaya dengan kataku? "Aris betul-betul tak tipu ni?" "Betul,tak tipu.Sebab tulah mama nak buat kenduri kesyukuran.Oh ya,doktor kata Ira mungkin boleh keluar tak lama lagi.Jangan banyak buat perangai,nanti kena duduk lama-lama kat sini.Aris tak larat nak temankan Ira kat sini,mata ni pun dah mengantuk.Katil kat rumah tu lagi empuk,hidung pun tak tersumbat dengan bau ubat ni.Sakit hidung tahu tak?"Aku menggosok sedikit hidungku.Ira mencemik. "Mengarut aje!Ira nak tidurlah,kalau Aris nak tidur,katil tak muat.Tidur kat kerusilah nampaknya,ya abang?Selamat malam!"Sambil tersenyum,Ira mencapai tangan kananku lalu diciumnya. Aku masih terpinga.Entah mengapa,terusik hatiku tatkala Ira membahasakan diriku ‘abang’.Aku mengalihkan pandanganku ke arah Ira yang sudah mula lena.Aku pandang sekeliling.Entah di mana aku perlu tidur.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidur di atas kerusi sahaja.Dan lama-kelamaan,aku terlelap jua.
Aku terjaga tatkala ada satu usapan lembut pada pipiku.Aku mencelikkan mata.Dan kulihat raut wajah yang sering aku mimpikan.Begitu mendamaikan.Lewat tengahari itu aku menerima kucupan di pipi dari bibir merah jambu asli yang comel. "Lambatnya bangun?Dah nak masuk Zohor dah.Jomlah,Ira tak sabar nak balik ni!"Ira menarik tanganku,mengarahkan aku supaya bangun dari baringan.Aku menggeliat seketika.Menegangkan kembali urat-uratku yang sudah lembik. "Mana boleh balik lagi.Ha,siapa pulak yang tanggalkan wayar dekat tangan Ira tu?"Aku bertanya tatkala pandanganku jatuh pada wayar yang berisi air untuk disalurkan ke dalam badan Ira dibiarkan di atas katil.Aku mengalihkan pandangan ke arah Ira.Tersengih-sengih dia.Dan aku dapat mengagak. "Ira cabut sendiri ya?"Aku lihat dia tersenyum.Aku genggam lengannya dan aku tarik ke katil. "Mana boleh macam ni?Nakal betul budak kecik ni!Bak sini tangan tu,biar Aris aje yang pasangkan balik!"Ira cuba mengelak tapi genggaman aku pada lengannya kejap.Aku capai wayar yang dicabutnya tadi dan cuba menyambung kembali pada pergelangan tangannya. "Tak naklah!Ira nak baik rumah,tak nak duduk dalam wad lagi!Ira nak balik!"Ira meronta apabila aku berkeras mahu pasangkan semula wayar yang dicabutnya tadi. "Jangan macam ni!Ira hilang banyak air,tak cukup air dalam badan nanti pitam!"Tapi bukannya dia peduli.Sehinggalah satu cubitan hinggap pada pipinya.Ira menjeling aku tajam.Mulalah tu!Aku faham benar. "Tepi sikit!"Suaranya perlahan tapi tegas.Ada nada merajuk.Tapi aku buat tidak peduli.Ira bingkas dari katil dan keluar dari wad itu.Aku tidak sempat menghalang namun aku ekori langkahnya dari belakang. Dia ke kaunter.Entah apa yang dikatakan pada jururawat di sana,aku tidak tahu.Tapi kemudian dia berjumpa dengan Dr.Azam.Aku cuba mendengar perbualan mereka. "Doktor,bolehlah saya discharge hari ni!Saya okeylah doktor,lagipun suami saya kan ada!Saya janji,saya takkan ponteng waktu makan!Bolehlah doktor!"Ira merayu.Dr.Azam sekadar mengukir senyuman. "Tak boleh,puan!Badan puan pun masih lemah.Kalau jadi apa-apa nanti,saya jugak yang kena saman!"Dr. Azam tergelak tapi wajah Ira masam mengalahkan cuka. "Peduli apa saya doktor bagi saya keluar ke tak.Saya tetap akan keluar!"Ira nampaknya benar-benar nekad.Ini baru bulan pertama,bagaimana pula lapan bulan seterusnya?Makin okey atau makin K.O? "Eh,jangan macam ni puan.Saya akan pantau kesihatan puan dalam lima jam pertama,kalau keadaan mengizinkan,saya akan benarkan puan pulang,"pujuk Dr.Azam lembut.Terukir juga senyuman pada bibir comelnya. "Janji tau doktor!"Dr Azam mengangguk untuk memberi Ira keyakinan.Dan akhirnya Ira kembali semula ke wad.Seorang jururawat muda keluar dan melemparkan senyuman kepadaku.Aku membalasnya.Aku berpura-pura tidak tahu apa-apa ketika aku kembali semula ke dalam wad. "Aris pergi mana?"Aku sekadar memandang wajahnya.Kubiarkan dia dengan persoalannya.Wayar yang dicabutnya tadi sudah terpasang kembali.Kali ini dia nampak lebih releks. "Aris nak keluar kejap.Jangan buat macam tadi tu.Kalau nak keluar cepat..."Aku hanya mengugutnya.Juga mengusiknya.Ira tidak berkata apa dan aku terus berlalu.Aku ke farmasi di tingkat bawah untuk membeli sedikit makanan.
6
Petang itu Ira dibenarkan keluar.Tidak lekang senyuman dari bibirnya.Tiga hari di sini,agak memenatkan aku.Sepatutnya semalam Ira sudah boleh keluar,tetapi disebabkan semalam dia buat hal,terpaksa Dr.Azam menyuntiknya ubat penenang. Awal pagi lagi,dia sudah mengemaskan baju-bajunya.Aku ingin membantu tapi dia melarang. "Ira nak balik rumah,nak rehat puas-puas.Lepas ni,Aris kena tolong masak,kemas rumah,sidai baju,basuh baju.Semua kena buat!Kerja-kerja tu tergolong dalam kerja-kerja berat dan Ira tak boleh buat!"Selamba sahaja dia berkata begitu kepada aku. "Apa-apalah sayang!"Kami sudah bersedia untuk pulang.Dan ketika itulah ada seorang tetamu yang tidak diundang muncul di muka pintu.Ira terkejut dan aku lebihlah lagi. "Hai!Eh,you dah boleh discharge hari ni ke?Oh...am I interrupting?" Ira cuma berkerut dahi.Aku pula kehilangan kata-kata. "Er...Lily,meet my wife,Ain Hazira."Aku sedar suaraku bergetar.Dua wanita yang membahagiakan dan melukakan hatiku.Kedua-duanya pernah menjadi ratu hatiku.Aku kerling wajah Ira.Meskipun dia nampak ceria,namun aku tidak tahu apa sebenarnya dalam hatinya.Mungkin dia mengesyaki sesuatu? "Hi,I’m Lily.Nice to meet you!Well Aris,what a beutiful wife you have!"Lily memuji.Aku sedar tiada keikhlasan di situ.Aku sekadar tersenyum hambar. "You dari mana Lily?"Aku sekadar berbasa-basi. "Dari ofis.I dapat tahu isteri you masuk wad.Yalah,I kan salah seorang client you,so when I know your wife admitted,I pun lawatlah.Aisyah yang beritahu." Lily menoleh ke arah Ira pula. "Anyway,oh...what should I call you?" "Panggil Hazira."Ira tersenyum walau aku tahu dia keliru dengan ‘lakonan’ yang sedang dimainkan Lily.Aku pun keliru sebenarnya. "Anyway Hazira,ini ada sedikit buah tangan.I got to go now,see you later.Bye!"Lily menghulurkan sebungkus anggur hijau kepada tangan Ira. "Lily,thanks for this!"Ira menguntum senyum.Lily kemudiannya berlalu.Aku masih terkulat-kulat hingga tidak sedar isteriku itu sedang memandangku lama. "Kenapa?"tanya Ira kehairanan.Aku menggeleng pantas. "Jom balik.Sebelum balik kita singgah rumah Mak Su dulu.Lepas tu singgah rumah mama.Atau Ira nak terus balik rumah?"Aku tanyakan pendapatnya. "Tak nak.Ira nak jalan-jalan dekat Suria.Bosan!" "Tapi Irakan tak sihat?Kita singgahlah kejap rumah Mak Su,kemudian ke rumah mama?Mak Su tak tahukan Ira masuk wad?"Aku cuba memujuknya. "Tak pelah.Kita pergi rumah Mak Su.Jomlah,Ira tak sabar nak balik!"Aku segera mengangkat beg bajunya dan kami beriringan menjelaskan bil hospital dan seterusnya ke rumah Mak Su.
Sampai di rumah Mak Su,ibu saudara Ira itu menyambut kami dengan penuh riang.Apabila aku mengkhabarkan kepadanya berita kehamilan Ira,gembira sungguh dia.Pak Su yang baru pulang dari warung kopi turut sama menyatakan rasa syukurnya. "Aris dengan Ain makan sinilah ya.Pak Su ada bawa balik ikan keli.Mak Su ingat nak masak lemak cili api kejap.Makan sinilah,ya?"Begitu berharap orang tua itu. Walaupun hari sudah petang,aku akhirnya bersetuju kerana sememangnya perutku lapar.Lebih-lebih lagi apabila Ira memujukku supaya bersetuju untuk makan malam di sini.Mak Su berlalu ke dapur manakala Pak Su pula ke kebun untuk mengutip pucuk ubi untuk dimasak bersama kuah lemak nanti.Selesai aku menunaikan solat fardhu Asar,aku mengajak Ira duduk di bawah pohon rambutan di belakang rumah.Walaupun pohon itu terletak kira-kira 70 meter dari dapur rumah Mak Su,aku tidak kisah.Sememangnya tanah halaman rumah Mak Su ini luas. Aku meminpin tangan Ira dan kami berjalan perlahan lalu duduk di atas para yang terletak di bawah pohon rambutan itu. "Aris,dulukan masa Ira kecil-kecil,Ira suka main bawah pokok rambutan ni.Ira main lumba panjat dengan Abang Man.Lepas tu kitaorang mandi sama-sama dekat sungai tu!"Ira bercerita sambil tangannya menunjukkan sebatang sungai yang terletak tidak jauh daripada rumah Mak Su. "Ira tak jatuh ke?" Aku bertanya. "Pernah sekali tu,Ira jatuh dari dahan yang teratas.Masa tu Ira 7 tahun,Abang Man 10 tahun.Lepas jatuh tu,Ira dah tak boleh nak cakap.Suara tak keluar lansung!Pak Su marah Abang Man,lepas tu terus Abang Man tak bagi Ira nak panjat pokok."Ira tersenyum.Sepupunya,Razman,anak tunggal kepada Pak Su dan Mak Su kini sedang menuntut di Australia dalam berusaha mendapatkan segulung ijazah doktor falsafah(Ph.D). Aku mengusap perlahan rambut panjang Ira. "Hm...sifat nakal Ira tu terbawa-bawa sampai ke besar!Pokok ni dah berbunga.Tak lama lagi berbuahlah.Ira tak nak bawa Aris jalan-jalan ke kat kampung Ira ni?"Aku pandang pokok rambutan yang berbunga lebat ini. "Dah petanglah.Nanti lain kalilah.Masa kecik-kecik dulu,Ira dengan Abang Man main congkak kat sini.Batu seremban.Buat kerja sekolah sama-sama kat sini."Ira masih lagi rancak bercerita.Perlahan-lahan aku merebahkan diri ke atas ribanya. "Aris,nak tengok matahari terbenam tak?Jom pergi tepi pantai.Tak jauh.Ira tahu banyak jalan pintas,dalam sepuluh minit aje berjalan.Matahari terbenam cantik.Dulupun selalu Ira pergi dengan Abang Man!"Beria-ia Ira mengajakku. "Oh...dating ya?"Sengaja aku mengusiknya.Ira tersenyum lembut. "Tak adalah.Masa tu Abang Man dah ada girlfriend pun!Isteri dialah sekarang!Jomlah pergi.Lama sangat Ira tak tengok pemandangan tu!Kali ni Ira dating dengan Aris pulak!Jom!" Aku bangun dari baringan.Aku menyarungkan selipar dan langkah Ira kuekori dengan penuh ceria.Jam sudah menunjukkan jam 6.45 ketika kami sampai di tepi pantai.Meskipun agak lewat,namun kami masih belum terlambat.Menurut Ira selalunya matahari terbenam dalam pukul 7.15 malam. Aku menarik lembut tangan Ira menuju ke sebuah bongkah batu besar.Sesekali rambut Ira terkena pada wajahku tatkala bayu senja bertiup.Aku leka bermain dengan rambutnya hinggakan tidak sedar jam sudah hampir 7.15. "Aris,cepatlah tengok!Lawa kan?"puji Ira sambil dia memandang ke arahku.Wajahnya sungguh gembira sekali.Dia memandang ke arah laut semula. Aku turut memandang.Aku mengeluarkan telefon bimbitku dari kocek seluar lalu kurakam pemandangan ciptaan Ya Rabb yang begitu indah itu.Subhanallah,Maha Suci Allah!Kemudian aku merakam gambar Ira pula.Wajahnya yang comel kujadikan screen saver telefon bimbitku. Seketika kami menikmati pemandangan yang indah itu.Hinggakan tidak menyedari senja sudah merangkak ke penghujung. "Aris,jom kita balik.Dah lewat sangat ni!"Suara Ira mengejutkan aku dari lamunan.Aku tersenyum kemudian turun perlahan-lahan dari bongkah batu itu.Aku menghulur tangan dan membantu Ira turun pula. Kami berlari pulang kerana bimbang aku terlepas waktu solat Maghrib.Dan pasti Mak Su dan Pak Su sedang risaukan kami.Sampai di rumah,aku terus ke bilik air untuk mengambil wudhuk.Sempat aku berjemaah bersama Pak Su. Usai kami berwirid panjang,Ira duduk bersimpuh di tepiku. "Aris,ajak Pak Su makan.Aris makan sekali."Ira berlalu.Aku bangun melipat sejadah dan Pak Su juga berbuat demikian. Kami menuju ke dapur.Apabila Pak Su mengambil tempat,aku pun berbuat begitu juga.Ira mengambil tempat di sebelahku.Dia berdiri semula sambil menyendukkan nasi untukku dan kemudian untuk bapa dan ibu saudaranya.Dia duduk semula.Di pinggannya kosong. "Kenapa tak ambil nasi?"tanya Pak Su.Aku memandang ke arah Ira.Begitu juga dengan Mak Su. "Ain tak lapar."Ringkas jawapannya. "Ira..."Aku memandangnya penuh makna.Aku lihat Ira mengetap bibir.Aku memandangnya dengan pandangan bermakna. "Ira ingat pesan Dr.Azam tak?Jangan skip meal!Ambil nasi cepat!"Aku mendesaknya secara berbisik.Dengan berat hati,aku tahu Ira terpaksa menelan setiap suapannya.Pak Su dan Mak Su sudah lama habis makan,kini tinggal aku dan Ira sahaja di dapur. "Aris,I really can’t finish it!"Aku sekadar memandangnya.Nasiku juga sudah lama habis.Ira mengambil sedikit sahaja nasi,namun setelah beberapa lama,baru setengah yang tertelan. "Habiskan.Bukannya banyak sangat nasi dalam pinggan tu.Habiskanlah."Aku cuba memujuknya. "Ira tak boleh.I really can’t!"Dan aku lihat ada air jernih terbit dari tubir matanya. "Habiskan sesuap aje lagi.Lepas ni tak payah lagi,okey?"Hendak atau tidak,terpaksa juga Ira menghabiskan sesuap.Selebihnya,aku yang menghabiskan nasinya. Selepas itu,kami kembali ke ruang tamu.Berbual seketika dengan Pak Su dan Mak Su.Kemudian,aku meminta diri untuk pulang memandangkan jam sudahpun menganjak ke pukul 10 malam. Di dalam kereta,Ira tidak bersuara.Hanya lagu dari kaset sahaja yang kedengaran. "Aris,berhenti sekejap!"Spontan aku membelok kereta ke sisi jalan dan memberhentikan kereta di situ. Ira segera membuka pintu dan akhirnya dia meluahkan semua isi perutnya.Aku mencapai botol mineral di tempat duduk belakang dan kuunjukkan kepada Ira. "Dah lega?" Ira mengangguk perlahan.Aku meneruskan pemanduan. "Balik ni,terus tidur.Tak apa,esok Aris ambil cuti."
7
Awal pagi lagi aku sudah mendapat arahan untuk ke tapak projek di Johor Bharu.Aku cuba menelefon papa untuk meminta pengecualian,namun aku gagal menghubungi papa.Ketika aku menelefon Aisyah,setiausahaku itu memberitahu bahawa papa telah ke Brunei untuk menjayakan usahasama dengan syarikat di sana.Patutlah aku gagal menghubungi papa. Ira masih lena ketika aku sudah bersedia dengan beg bajuku untuk ke Johor Bharu.Kata Aisyah,mungkin paling kurang aku perlu berada di sana selama tiga hari. "Ira...Ira..."Aku mengejutkannya.Ira terjaga dan terus bingkas sebaik sahaja terlihat aku membimbit beg baju sederhana besar. "Aris nak ke mana?"Riak wajahnya cemas.Penuh resah dan gelisah. "Aris kena pergi Johor Bharu pagi ni.Baru aje dapat tahu tadi.Ira okey tak kalau Aris kena tinggalkan Ira ni?"Ira tidak menjawab.Namun wajahnya nampak sayu.Pandangan yang dilemparkan kepadaku juga mengundang simpati. "Kalau tak pergi...tak boleh?"Suaranya perlahan.Aku duduk di sebelahnya.Sambil mengusap pipi mulusnya,aku mengharapkan dia mengerti apa yang ingin aku sampaikan. "Tak boleh.Projek di JB ada masalah.Papa dah ke Brunei.Aris pergi tak lama.Nanti Aris suruh Adik temankan Ira di rumah,okey?" Ira nampak berat hati.Perlahan-lahan tanganku dicapai dan dicium lama.Aku menghadiahkan ciuman di dahi dan kedua pipinya. "Take care!"Dengan berat langkah,ake berlalu.Hampir 2 petang barulah aku tiba di bandar Johor Bharu.Selesai urusan penginapan,aku terus ke tapak projek.Pening betul kepala hinggakan hendak makan pun tidak sempat. Sudah dua hari aku di Johor.Jadualku terlalu padat.Aku tiada masa.Tiba-tiba aku teringatkan Ira.Entah bagaimana agaknya dia.Dan aku sudah dua hari tidak menghubunginya.Ketika aku selesai menunaikan solat Isyak,terus aku mencapai telefon bimbitku. "Ira!Aris ni..." Aku terus jadi kalut sebaik sahaja terdengar tangisan daripada talian sebelah sana.Aku tahu salahku.Dua hari tanpa khabar berita daripadaku,pasti Ira risau. "Kenapa baru sekarang baru teringat nak call?Dahlah tu,orang call pun tak berangkat.Aris tahu tak,Ira dekat sini dah macam nak mati!"Aku terkejut mendengarkan kata-katanya. "Kenapa marah-marah ni?Aris kan dah telefon ni.Apa yang tak kena?"Aku cuba berlembut.Ira tidak menjawab cuma tangisannya sahaja yang kedengaran. "Ira tak boleh nak makan apa pun!Kalau makan,lepas tu,muntah!Ira tak tahanlah,Aris."Dia menangis lagi.Buat seketika,aku terdiam. "Adik tak datang temankan Ira ke?"Aku bertanya perlahan.Aku cuma berharap dia tidak marah-marah lagi. "Sekali aje.Dia pun sibuk dengan kelas,mana nak terkejar ke kolej lagi.Ira tak perlukan Adik,tapi Aris!Dua hari dah dekat JB tu,baliklah KL.Tekak ni tak boleh nak telan nasi pun,boleh minum air je.Aris tahu tak,dah dua hari nasi tak masuk perut ni?Baliklah..."Dia terus merayu.Simpatiku meruntun-runtun dan terasa ingin sahaja aku mententeramkannya sekarang. "Ira,Ira jangan nangis lagi.Insya-Allah,malam nanti Aris sampai.Tapi tak boleh janji.Aris minta mama temankan,okey?" "Tak nak!"Bingit telingaku mendengar jeritan Ira.Segera aku menjauhkan sedikit telefon bimbitku dari telingaku.Boleh pekak Aris macam ni,adik oi!Bisik hatiku. Yakin dia sudah tidak menjerit lagi,aku mendekatkan kembali telefon bimbitku ke telinga. "Ira tak nak mama.Mamakan dah ke Brunei!Tak peduli,Aris balik jugak!" Kali ini aku buntu.Bagaimana untuk aku memujuk Ira lagi? "Yalah...yalah!Malam nanti Aris sampai.Cuba makan roti,ya sayang?Jangan biar perut tu kosong.Kalau muntah,lain cerita." "Aris cakap senanglah!Bukan Aris yang kena!Penat tau tak?Balik jugak malam ni!"Tangisannya masih terdengar.Aku pun naik bingung. "Okeylah,Aris nak siap ni.Nanti tak sempat pulak.Jangan menangis lagi,ya?Jaga diri tau!"Aku mematikan talian.Terus aku mencapai beg baju dan berkemas apa yang patut.Sambil itu aku menghubungi pengendali projek ini kerana aku perlu pulang ke Kulala Lumpur malam ini juga.Sekadar memaklumkannya tentang kepulangan aku ke Kuala Lumpur semula. Lima minit kemudian,aku ke lobi untuk urusan pendaftaran keluar.Malam itu juga,aku meninggalkan bandaraya Johor Bharu.Aku mengambil laluan lebuhraya,sekurangnya aku mampu menjimatkan masa. 120 km/j,itulah kelajuan aku aku bawa sepanjang aku melalui lebuhraya Utara-Selatan itu.Aku ingin cepat sampai.Jam di dashboard menunjukkan pukul 2.30 pagi.Aku baru sampai di Bangi. Lebuhraya memang lengang.Hampir jam pukul 4 pagi,barulah aku sampai di rumah.Rumah nampak sunyi. Aku masuk menggunakan kunci pendua.Ruang tamu gelap sahaja.Mungkin Ira sudah lama terlena.Aku memanjat tangga menuju ke bilik.Dari celahan pintu aku dapat melihat yang lampu masih terbuka.Aku memulas tombol pintu perlahan,tidak mahu mengejutkan Ira yang mungkin sedang lena. Memang benar sangkaanku.Ira sedang lena di atas katil.Aku meletakkan beg baju di sisi katil dan perlahan-lahan aku duduk di tepi Ira. Ketika aku melemparkan pandangan ke sekitar bilik,aku tersedar yang Ira sudah terjaga.Aku mengalihkan pandangan ke arahnya lalu aku tersenyum.Ira cuma memandangku tanpa reaksi.Aku hairan. "Ira,Aris dah balik.How are you?"Aku mendekatkan diriku.Ira cuma memandangku terkebil-kebil sebelum memelukku erat-erat.Aku semakin hairan. "Kenapa lambat sangat?"Kali ini dia tersenyum.Aku turut tersenyum.Soalannya tidak aku tahu apa jawapan yang paling sesuai. "Ira dah makan tak?"Aku bertanya.Sekadar memastikan perutnya terisi. "Makan roti bolehlah.Tak larat nak makan nasi.Kalau makan nasi,baru masuk sikit dah muntahkan balik."Dia masih tidak melepaskan pelukannya.Aku mengusap perlahan belakangnya sebelum perlahan-lahan aku merungkaikan pelukannya. "Nanti Aris masakkan bubur nasi okey?Ira kena makan,sikit pun tak apa.Tekak masih rasa loya ke?"Dia cuma mengangguk.
8
Kini kandungan Ira memasuki bulan ketujuh.Aku rasa berdebar tiap kali menghitung hari menanti kelahiran bayi sulungku.Ira semakin sihat dan aku sudah kembali bekerja seperti biasa di pejabat.Ira juga sudah kembali ke pejabat dan aku memintanya supaya bercuti sebulan sebelum bersalin. Hari itu aku memang sibuk.Aku leka menyiapkan kerja-kerjaku hinggakan tidak sedar waktu makan tengahari sudah lama tamat. Ketika aku leka menyiapkan kerja pejabat,telefon bimbitku berdering.Agak lama aku membiarkan,senyap. Kemudian berdering lagi. "Aris?Dekat mana ni?Dah pukul berapa ni,cakap nak lunch sama?Batang hidung pun tak nampak!"Tanpa kata ucapan,aku terdengar suara Ira. Terdengar suara Ira menghamburkan rasa marahnya kepadaku.Aku terdiam buat seketika.Kemudian aku mengerling ke arah jam di dinding pejabatku.Hampir 2.30 petang. "Ira,I’m sorry.Aris leka buat kerja,terlupa tentang Ira!Actually,I still in my office.Ira...dah makan ke belum?" "Aris!How could you!Orang tunggu macam apa dekat sini,Aris masih di pejabat?Tadi Aris jugak yang janji!"Ira terus-terusan melepaskan marahnya kepadaku.Aku tahu aku bersalah,tapi aku tidak sengaja. "Ira,I’m really sorry.Aris terlupa pasal janji tadi.Ira..."Aku cuba menarik perhatiannya kala talian di sebelah sana senyap sunyi. "Ira,janganlah macam ni.Aris tak sengaja.Memang betul-betul Aris terlupa tadi.I’m really sorry!"Tapi Ira senyap sahaja. "Petang nanti Aris ambik Ira dekat ofis.5 pm sharp!Malam nanti kita makan di luar,ya?Aris belanja."Aku cuba memujuknya. "Tak pelah.Just continue your work.Kerja tu lagi penting dari janji kita,kan?It’s okay,continue your work.Jangan lupa makan."Aku cuma mendengar itu sebelum talian diputuskan.Aku termangu.Aku sibuk sehingg mungkir pada janji.Aku meraup wajahku beberapa kali.Hilang semangatku untuk menyiapkan kerja-kerja yang berlambak di atas mejaku ini. Agak lama aku dalam keadaan begitu,barulah aku kembali menyambung kembali kerja-kerjaku.Jam 4 petang,aku meninggalkan pejabat.Aku ke menara Sutera walaupun hari masih awal.Aku resah.Lambat-lambat,aku masuk juga ke dalam Sutera Holding. "Eh,Aris!Lama tak jumpa.Apa khabar?"Aku disapa oleh Nazrin,Pengarah Urusan Sutera Holding. "Baik,alhamdulillah.Kau dari mana?"Tangan kami berjabat mesra. "Oh,baru balik dari tapak projek.Di Banting.Ada apa ke sini?" "Jumpa dengan Hazira.Ada hal sikit."Aku lihat Nazrin mengerutkan dahinya. "Ain Hazira?Kenapa?Projek dia handle..."Dia tidak menghabiskan ayatnya.Sebaliknya aku nampak dia seperti sedang memikirkan sesuatu. "Hazira ada di atas?"Aku bertanya.Cepat-cepat Nazrin melemparkan senyuman. "I’m not sure.But I wonder why you want to see her?"Aku tergelak kecil.Dan dahi Nazrin berkerut. Mungkin menanti jawapan daripadaku. "Actually,Hazira is my girlfriend.Saje je nak jumpa."Aku mengusik.Ternyata,reaksi Nazrin seperti yang kujangka.Dia terkejut.Dia memandangku dengan pandangan yang tidak percaya.
"Eh,hari tu I dapat tahu Hazira tu pregnant?Yeah,she’s pregnant."Begitu yakin sekali kata-katanya. "Kau boyfriend dia?Betul ke?"Kemudian dia menyambung lagi."Aku fikir dia dah kahwin?Belum ya?You must be joking!Hazira is a good girl,how come she..."Dia biarkan ayatnya mati di situ.Aku cuma tersenyum. "She’s my girlfriend!Really,Nazrin!I’m not joking.Kenapa,kau tak percaya ya?"Aku tertawa.Namun tidaklah kuat.Dan Nazrin dengan wajah peliknya. "Susah aku nak percaya,tapi...mungkin.It’s okay...aku akan siasat!"ucapnya perlahan.Namun penuh keazaman. "Eh,aku dah lambatlah.Anyway,it’s hard for me to believe it,but..."Dia berjabat denganku.Kemudian dia berlalu.Aku cuma menggelengkan kepalaku. Aku tidak jadi untuk bertemu dengan Ira.Lagipun jam hampir pukul 5.Jadi aku kembali semula ke kereta dan menunggu sahaja Ira di situ.Pukul 5.10 minit,Ira muncul dengan wajah yang muram.Sebaik sahaja pintu ditutup,terus sahaja aku memecut pulang. "Ira...masih marah ke pasal janji tadi?" Dia tidak berkuit.Akhirnya aku juga mendiamkan diri.Sampai di rumah,aku terus sahaja mencapai tuala dan masuk ke bilik air.Selepas mandi,aku menunaikan solat Asar dan kemudian menunggu waktu Maghrib masuk.Sementara menunggu waktu Maghrib,aku mengaji dan berwirid panjang. Sedang aku memejamkan mata sambil berwirid,aku terasa ada sentuhan pada tangan kananku.Aku berhenti dan membuka mataku perlahan-lahan.Aku pandang ke sisi.Kelihatan Ira sedang bersimpuh di sisiku dengan wajah yang bersalah. "Aris,Ira nak minta maaf.Ira tak tahu kenapa Ira jerit pada Aris tengahari tadi..Ira minta maaf sebab kurang ajar dengan Aris."Ira mencapai tanganku lalu dicium lama.Aku menarik tanganku perlahan-lahan apabila terasa ada air hangat membasahi tangan kananku. Aku tersenyum.Tangan kananku letakkan di atas kepala Ira dan kepalanya kugosok perlahan dan selepas itu tangan kananku mengelap air mata yang sudah membasahi wajahnya. "Aris tak marah pun.Aris tahu Aris yang salah sebab mungkir janji.Kesian Ira,mesti tunggu Aris lama sangat.Dahlah tu,jangan menangis lagi.Habis tu,Ira pergi makan tak?" Ira menggeleng lambat-lambat.Aku melepaskan keluhan. "Kenapa tak makan?Dah lambat dah ni,satu apa pun tak masuk perut tu lagi?" "Aris pun tak makan lagi,kan?Tak pelah,kita sama-sama tak makan."Dia tersenyum. "Macam tu pulak?Aris tak apelah kalau tak makan,tapi Irakan kena makan untuk dua orang.Kesian anak kita ni,kalau Ira asyik tak makan aje.Lain kali jangan merajuk sampai tak makan tau.Lapar tak?"Aku senyum sambil tanganku merasa perut Ira yang tidak terlalu ketara bentuknya. "Laparlah.Ambil roti bakar aje pagi tadi.Aris tak lapar ke?Aris penat tak?Meh sini,Ira picitkan belakang."Ira sudah mengambil tempat di belakangku tanpa sempat aku menyatakan persetujuan. Perlahan-lahan aku memejamkan mata,menikmati picitan daripadanya. "Sedaplah.Esok malam,Ira picit lagi,ya?"Aku meminta lembut.Aku tahu Ira tidak membantah.Perlahan-lahan aku tarik tangannya dan kugenggam erat-erat.Aku berpaling dan pandangan kami bersua seketika. "Siaplah.Lepas solat nanti,kita pergi singgah rumah mama.Mama telefon,dia dah lama tak jumpa dengan Ira.Nak jumpa Ira aje,tak nak pun jumpa dengan Aris.Sayang betul mama pada Ira,kalah sayang pada Aris."Aku mengusik.Ira tersipu sebelum memukul lembut lenganku. Senja itu kami berjemaah bersama-sama sebelum ke rumah mama..Kini senyuman terukir pada bibirnya.Aku jadi senang hati.
Tidak henti-henti mama mengeluarkan petua.Aku cuma mendengar dan pastinya Ira yang perlu praktikkan.Aku tersenyum.Adik juga nampak seperti sudah bosan. "Lagi satu Ira,mama pesan ni,jangan duduk kat luar senja-senja.Tak elok.Ha...Angah,jangan biarkan Ira duduk seorang di luar senja-senja.Masa hamil ni,memang banyak kena jaga.Mama dulu masa mengandungkan Angah tu,lagilah ketat.Bukan mak mama yang jaga,tapi opah mama yang jaga.Itu tak boleh,ini tak boleh.Masa mengandungkan Along tak sangat,tapi masa mengandungkan Angah ni yang banyak sangat pantang-larangnya.Masa Angah kecik-kecik,selalu sangat alah. Tak boleh bawa keluar malam,cepat selesema.Tak boleh lama-lama kat luar kalau panas,nanti demam panaslah.Susah betul."Mama mula bercerita pasalku.Ira sesekali memandangku dan tersenyum memerli. "Adik baikkan,mama?Tak sensitif macam Angah ni!"Adik pula yang menyampuk. "Adik tu lagilah teruk.Asyik nak kena pegang aje,papa pun naik lenguh tangan!"komen papa.Adik menarik muka masam dan kali ini aku gelakkan Adik kuat-kuat. "Aris,sudahlah tu.Tengok muka Adik tu,dah masam dah.Jangan sakat dia lagilah."Aku berhenti apabila Ira menegurku. Adik tersenyum apabila Ira menyebelahinya. "Hah,padan muka Angah!Kan Kak Ira dah marah1Habislah..."usik Adik.Ira cuma tertawa kecil manakala papa dan mama pula cuma menggeleng kepala.Aku pantas menepuk belakang Adik dan Adik cepat-cepat menyorok belakang Ira. "Aris..."Aku berhenti.Apabila terlihat senyuman pada bibir Ira,aku tidak jadi untuk terus bergurau dengan Adik.Adik pula tersenyum puas dan mengejekku kerana dia di ‘lindungi’oleh Ira. "Sudahlah tu,Adik.Tak baik buat Angah macam tu,"tegur mama apabila terlihat Adik terus-terusan mengejekku. "Eh,dah pukul 11.Mama,papa Angah balik dululah.Dah lewat ni.Patutlah mata Ira tu dah tak boleh bukak lagi!"Sempat aku menyakat Ira.Dia cuma tersipu dan kami bersalaman dengan papa dan mama sebelum ke keretaku di garaj. "Angah,bawak kereta tu elok-elok.Jangan bawa laju sangat!"Aku angguk ketika mama menyampaikan pesan.Aku dan Ira meninggalkan perkarangan rumah papa dan mama sebaik sahaja Adik menyalami tangan Ira. "Aris,tutup aircond tu.Sejuklah."Aku menurut. "Ira,kita singgah Putrajaya sekejap.Ambil angin malam,nak tak?"Aku meminta persetujuannya. "Boleh.Tapi jangan lama sangat tau!"Dan lima minit kemudian,kami sudahpun sampai di tempat meletak kereta di Putrajaya.Kami beriringan ke bawah pohon yang sederhana besar di hadapan Masjid Putrajaya. Orang masih ramai namun tidaklah sesak kawasan itu.Aku membuka jaket yang kupakai lalu kusarungkan pada badan Ira.Aku tahu dia alah pada kesejukan. "Ira,kita pergi tasik ya.Sana romantik sikit!"Aku bergurau dalam berbisik.Ira cuma tersenyum namun langkahku diikuti juga. Aku melepaskan nafas perlahan-lahan.Dingin udara di situ.Aku melemparkan pandangan ke arah tasik yang gelap.Nampak sedikit sahaja kilauan airnya apabila disimbah dengan cahaya. Ira bersandar pada badanku.Dia memeluk tubuh.Mungkin masih merasa sejuk. "Ira,esok kita pergi sini lagi eh?Cantik dekat sini,sejuk pulak tu.Suasana pun damai aje.Esok kita ke sini lagi,okey?" Ira tidak memberikan reaksi.Aku terus membiarkan dia menyandarkan kepalanya di tepi leherku dan haruman rambutnya masih dapat kuhidu walau dilitupi dengan tudung.Tangannya kugenggam perlahan-lahan dan aku merasakan telapak tangannya sejuk. "Kenapa diam?Tak suka ke sini ke?Tak pelah,hujung tahun nanti kita pergi tempat peranginan yang best dari ni,okey?"Aku memberikan cadangan.Namun dia masih diam. Aku mencuri-curi memandang ke arah wajahnya.Dan aku lihat matanya tertutup. "Dah tidur ke?Hm...penat Aris cakap sorang-sorang!"Aku menggumam perlahan.Nampaknya dia benar-benar lena.Aku membiarkan dia begitu.Aku memandang ke arah jam dan hampir pukul 1 pagi.Sudah lewat benar.Hampir dua jam kami di sini. "Ira,jom balik.Dah lewat ni."Aku berbisik pada telinganya.Ira mencelikkan mata namun aku aku tahu itu amat payah.Aku terpaksa memimpinnya ke kereta kerana matanya tidak mampu untuk dibuka.Sepanjang perjalanan pulang,hanya aku yang terjaga.Ira pula lena di sebelahku. Sampai di rumah,aku mengejutkan Ira.Dia terlalu mengantuk dan terpaksalah aku mengangkatnya masuk ke bilik.Ira sudah lama lena di bilik sedangkan aku masih sibuk mengira bintang di langit.Dan masih tidak menemukan bilangan yang tepat. Hampir 3 pagi barulah aku naik ke bilik setelah aku selesai mengunci tingkap dan pintu.Apabila aku membaringkan diri diri di sebelah Ira,terus mataku terlelap.
9
Petang itu,jam 4.30 aku sudah sampai di ruang legar menara Sutera.Aku terserempak dengan Nazrin,itupun cuma seketika.Katanya,dia perlu pergi segera.Ada hal penting.Jam 5.00 petang,aku nampak Ira keluar dari lif. Aku tersenyum ceria sebaik sahaja Ira mendapatkanku.Kami beriringan ke kereta Di dalam kereta,dia cuma senyap sahaja. "Kenapa senyap aje?"Aku teruskan pemanduan sambil mengerling ke arahnya. "Apa yang Aris cakap pada Encik Nazrin?"Suaranya kedengaran keras pada pendengaranku. Cara pertanyaannya juga janggal pada telingaku. "Cakap apa?Tak ada pun?"Aku pelik dan aku sedar sepasang mata bundarnya menjeling kepadaku. " Kalau tak cakap apa-apa,takkan dia soal Ira macam Ira ni buat salah!"Intonasi suaranya tetap sama. Aku semakin pelik.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti di bahu jalan.Kebetulan jalan itu lengang dan kedudukannya strategik serta berada di atas bukit. Aku mengarahkan Ira turun dan kami sama-sama bersandar di hadapan keretaku. "Dia soal apa pada Ira?"Aku juga ingin tahu.Agak lama untuk Ira menjawab. "Dia kata...dia kata kenapa Aris tak kahwin aje dengan Ira?Eee...geram betul!Ira pelik kenapa dia tanya macam tu?And he knows that I’m pregnant!Dia fikir Ira ni mengandung anak...hisy!"Ira memeluk tubuh. Aku tersentak.Tapi lama-kelamaan,ada senyuman terukir pada bibirku.Aku merapati Ira. "Oh..pasal tu ke?"Aku teringat perbualanku tempoh hari dengan Nazrin. "What?Amboi,senangnya cakap!Aris tahu tak,time tu Ira tak tahu nak letak muka ni kat mana!Who he think I am?Perempuan murahan ke?"Suara Ira berubah nada.Semakin keras.Dan lebih senang aku katakan,dia sedang menjerit padaku.Meluahkan marah yang terbuku. Aku diam.Terus membiarkan Ira menyambung kembali ceritanya. "Dia dengan selamba cakap pada Ira,takkan sampai dah lahir baby ni baru nak menikah?Sakit hati tahu tak!Masa tu,nak aje Ira jerit pada dia yang Aris tu suami Ira!Kita dah bernikah tahun lepas lagi!Nasib baik,Ira still boleh control marah ni!Kalau tak,dah koma agaknya Encik Nazrin tu! Bila Ira tanya mana dia dapat cerita ni,dia kata dia terserempak dengan Aris hari tu.Aris kata Ira ni girlfriend Aris.How could you?Sampai hati betul!Semua ni Aris punya pasal!Kalau staf lain tahu,mana Ira nak letak muka ni?Can’t you think?"Gerun aku melihat amarah Ira.Perlahan-lahan aku menariknya dalam pelukanku.Aku cuba mententeramkan hatinya yang sedang panas. Ira menagis dalam pelukanku.Aku membiarkan dan kini dia tersedu.Aku merungkaikan pelukanku dan wajahnya sudah lencun dengan air mata. "Kenapa Aris cakap macam tu pada Encik Nazrin?Ira ada maruah tahu tak?"Suara Ira kini semakin tenang.Tiada lagi jeritannya.Aku cuma mengangguk-angguk kepala sahaja. "I’m so sorry.Esok,Aris terangkan pada Nazrin.Look...I’m so sorry,okay?"Aku cuba memujuknya.Tangisan Ira sudah berhenti. "Jom,kita balik rumah."Aku mengajak Ira pulang.Mukanya masih merah.Matanya masih ada kesan air mata.Aku diam.Semuanya salahku.Nazrin pun satu! Sepanjang perjalanan pulang,aku tidak bercakap sepatah pun.Aku memikirkan kembali kata-kata Nazrin yang diluahkan oleh Ira tadi.Memang pedas dan berbisa.Patutlah terhiris benar hati isteriku.
"Ira!Aris nak keluar sekejap,jangan pergi mana-mana okey?Sekejap aje.Sebelum pukul sepuluh nanti,Aris balik.Ada hal sekejap!"Aku terus berlalu tanpa sempat aku menunggu reaksi daripada isteriku itu. Aku sudah berjanji untuk bertemu dengan Nazrin di hadapan Alamanda.Segalanya perlu ditamatkan.Aku memecut laju.Seperti selalu,pasaraya membeli-belah itu sesak dengan orang.Lima minit menunggu,aku ternampak kelibat Nazrin. "Nazrin!"Aku melaung dan Nazrin menoleh ke arahku.Kami bersama-sama duduk berhampiran dengan sebuah kolam buatan di hadapan pasaraya ini. "Kau sihat.Ris?"Aku cuma mengangguk. "Kau tanya apa pada Hazira?"Aku malas mahu berkias-kias lagi.Dahi Nazrin berkerut sebelum sebuah senyuman terukir padaku. "Mana ada aku tanya dia apa-apa.Aku cuma beri sedikit nasihat aje.Alang-alang kau dah jumpa aku ni,aku nak bagi kau nasihat jugak.Eloklah kalau kau ambil Hazira tu jadi isteri kau.Aku pasti dia tengah pregnant anak kau sekarang ni.Kenapa kau buat di macam tu?Yelah,aku tahu kau tu banyak girlfriend masa di universiti dulu.Tapi jangan pulak jadikan Hazira tu ‘mangsa’ kau,kesian dia." Patutlah Ira sakit hati.Aku yang sedang mendengar pun sudah bengkak hati,inikan pula Ira yang sangat sensitif itu.Alahai Nazrin... "Kau cakap dengan Hazira macam ni?Memang patutlah dia mengamuk dekat rumah!Kau ni,cakap tu tapis-tapislah sikit.Dia dah kecik hati dengan aku." Tapi kata-kataku itu seperti menambahkan rasa tidak percaya dalam diri Nazrin. "What?Hazira mengamuk dekat rumah?Kau...kau tinggal serumah dengan dia?" Aku menarik nafas.Aku tahu kini tahu bahawa Nazrin sudah salah faham. "Nazrin,memanglah aku serumah dengan dia.Hazirakan isteri aku,kalau bukan isteri,takkan aku nak serumah dengan dia pulak!"bidasku geram.Aku mengetap bibir dan memandang Nazrin tajam.Nazrin terkebil-kebil sebelum memandang aku bagaikan meminta penjelasan. "Hari tu kau kata dia tu kekasih kau.Sekarang isteri pulak?Yang mana satu betul ni?" "Dia isteri aku,merangkap...kekasih akulah jugak!Dahlah,lama-lama kat sini,risau nanti dia. Kau pun satu!Nak nasihat orang pun,tengok keadaanlah."Aku bangun.Nazrin kulihat seperti serba-salah. "Sorry,Ris.Aku tak tahu Hazira isteri kau.Tolong cakap pada Hazira,aku minta maaf.Betul-betul minta maaf.Kau pun,jangan cakap belit-belit.Aku ni mana nak faham!Okeylah Ris,aku pun ada hal kejap lagi.Kau kahwin tak jemput aku pun!Aku ucapkan,selamat menimang cahayamata! Assalamualaikum!" Nazrin berlalu.Aku menjawab salamnya dalam hati.Aku tersenyum sendiri tatkala mengenang kembali apa yang telah aku katakan pada Narin. Dan ketika itulah,aku tersedar beberapa pasang mata memandang ke arahku.Mungkin sebab nampak aku tersenyum seorang diri.Dan aku terus berlalu dan tidak sabar untuk aku pulang bertemu dengan Ira dan menjelaskan segala-galanya.
Aku melangkah masuk ke dalam rumah.Sunyi sahaja.Aku terus melangkah ke bilik.Aku memulas tombol pintu setelah pasti Ira ada di dalam.Aku melangkah menghampirinya penuh teratur dan dia seperti tidak sudi untuk menoleh ke arahku.Dia masih berada di tembok balkoni menghadap jalanraya itu tanpa sedikitpun kepalanya menoleh ke arahku. "Ira?Kenapa ni?"Aku bertanya sambil mataku mencuri-curi memandang ke arah wajahnya.Tapi dia berpaling ke katil pula. "Cakaplah.Kenapa dengan Ira ni?"Aku memegang erat pergelangan tangannya supaya dia menjelaskan segalanya kepadaku.Sekurang-kurangnya untuk meredakan hatiku yang risau. "Tak ada apalah!"Ira cuba melepaskan tangannya.Tapi aku dapat mengesan sebak pada suaranya.Aku memegang dagunya,memaksanya supaya memandangku. Nah,air mata itu jatuh lagi.Aku menghembuskan nafas. "Kenapa menangis ni?"Aku bertanya lagi. Kami sudahpun bersila di lantai.Aku cuba mententeramkan perasaannya. "Cakap dengan Aris,kenapa?"Ira cuma menggeleng. "Pasal Nazrin,ya?Emm...Nazrin minta maaf.Aris dah terangkan pada dia,kita dah kahwin!Jangan risau lagi.Dah tak ada apa-apa."Aku cuba memujuknya.Tapi dia terus menangis. "Jangan nangis lagilah.Aris kan dah kata,tak ada apa-apa!" Agak lama aku membiarkan dia,barulah tangisannya berhenti.Itupun sudah tersedu-sedu.Matanya merah,hidungnya merah,dan mukanya juga merah. "Tengok dekat cermin tu!" Ira memandang ke arah cermin.Aku tersenyum apabila dia memandangku semula,meminta aku menjelaskan mengapa aku memintanya berbuat demikian. "Muka dah merah.Mata pun merah.Hidung tu,macam baru kena panggang!" Aku cuba menahan tawa.Dan,satu cubitan pada perutku.Dia sudah mampu tersenyum walau dia cuba menyembunyikan senyumannya daripada pandanganku. "Jangan buat macam tu,lagi!Sedih tahu tak!" Ira memintaku berjanji.Dan aku cuma tersenyum.
10
Aku menelefon Ira di rumah.Risau pula kalau terjadi apa-apa padanya.Memang Ira sudah sarat.Cuma mengira hari sahaja.Mengikut doktor,Ira akan melahirkan pada Ahad ini.Sepatutnya aku berada di rumah menemani Ira,tapi aku perlu menyiapkan kertas kerja ini sebelum aku bercuti agak lama bermula esok.Mama sudah mula bising.Prihatin betul mama pada Ira. "Helo..." Suara Ira mengejutkan aku dari lamunan.Serta-merta sebuah senyuman terukir pada bibirku. "Ira okey tak hari ni?"Aku bersuara ceria.Terdengar ketawa halus dari bibirnya. "Okey!Aris bila nak balik ni?Bosanlah duduk dekat rumah sorang-sorang.Balik cepatlah.Hari ni,Ira penat sangat.Tapi Ira masakkan lauk kegemaran Aris tau!Hari ni,baby ada gerak!Dia rindu pada Aris tak?" Ira ketawa ceria.Aku juga merasa senang hati.Sekurang-kurangnya tiada apa yang perlu aku risaukan. "Yelah kot!Ira jaga diri baik-baik,tengahari ni Aris tak boleh nak balik.Petang nanti,tapi lewat sikit.Pakai selipar masa di bilik air.Hati-hati,bilik air tu licin,nanti jatuh.Jaga diri,ya!"Aku meninggalkan pesanan buatnya. "Yelah.Ira dengar.Kerja elok-elok.Assalamualaikum!" "Waalaikumsalam."Aku menanti Ira meletakkan gagang telefon dahulu kemudian barulah aku letak.
Jam 5.30 petang.Disebabkan terlalu leka,aku tidak sedar masa berlalu.Perutku pun masih kenyang.Tapi aku perlu segera pulang ke rumah.Kasihan membuatkan Ira ternanti-nanti kepulanganku. Pintu yang ditolak kasar membuatkan tanganku yang sedang mengemas meja kerjaku terhenti.Lily kupandang penuh persolan.Pada bibirnya,terukir senyuman paling sinis.Dia mencampakkan sekeping sampul surat sederhana besar di hadapanku.Beberapa keping gambar terkeluar sama. Jantungku bagaikan terhenti.Aku tergeleng-geleng perlahan.Dapat kurasakan getar ketika aku mengambil sekeping gambar itu untuk memastikan mataku tidak menipu. Gambar sebanyak sepuluh keping itu aku pandang penuh kecewa.Hati lelakiku menjerit kecewa! "Aris,macam manalah you boleh tak tahu aktiviti isteri you di luar?"Suara sinis itu kembali kedengaran pada telingaku. "You jangan cuba nak persoalkan tanggungjawab I!Jangan fitnah pada Ira!I yakin dia setia!Ini cuma sekadar salah faham!Gambar ni sekadar tipu-helah you aje!" Bagai halilintar suaraku.Ruang pejabat kini menjadi medan pertikaman lidah paling dingin.Lily masih dengan senyuman sinisnya membuatkan aku semakin berang. "You dah tengok dalam gambar tu,mereka begitu mesra Aris.Dan...untuk pengetahuan you,Hasif ialah bekas teman lelaki Hazira.Manalah tahu,dalam ucap sayang pada you,Hazira masih terkenangkan Hasif.Hasifkan kacak,anak jutawan pula tu!Takkanlah Hazira boleh lupakan dia begitu sahaja,walaupun dia sekarang isteri you,Aris! Tak sangkakan,lelaki segagah you rupa-rupanya dayus?Hey,mana pride you sebagai lelaki?Seorang isteri bermain asmara dengan bekas teman lelaki,suami sendiri tak perasan?Entah-entah,kandungannya tu..." "Shut up!You cakap lagi Lily,I tak akan teragak-agak untuk tampar you!" Aku menjerit kuat.Antara percaya dengan tidak mendengar cerita daripada Lily. "Aris...I ni kesian tengok you!Hazira bukanlah seperti yang you sangka!I tak sangka lelaki seperti you ni,lelaki dayus!Dayus!!!" Lily berlalu sedangkan aku sudah terduduk di sofa dalam bilikku.Aku meraup rambutku ke belakang dengan kasar.Aku raup wajahku berkali-kali. Tanpa sedar ada air mata yang menitik pada pipiku.Aku pejam mata.Tapi marahku masih membara. ‘Lelaki dayus!Membiarkan isteri sendiri bermain asmara dengan lelaki lain!Dayus!Kandungan Ira...’ Suara itu bagaikan belati yang bukan sahaja menghiris malah menikam hatiku.Aku bingkas dan sampul surat berisi aku capai dan kuhayun langkahku kasar keluar dari pejabat. Sampai sahaja di kereta,aku menghidupkan enjin dan terus kupecut pulang ke rumah.Aku ingin meminta penjelasan daripadanya.Cemburuku tidak dapat ditahan lagi. Tanpa salam,aku terus melangkah masuk.Sampul surat itu kemas dalam genggamanku.Aku mencari kelibatnya. "Aris!Bila balik?Tak dengar pun bagi salam?"Suara Ira menyapa di belakangku.Begitu lembut seperti biasa.Tapi tidak mampu menyejukkan amarahku yang sedang marak ini.Aku pantas berpusing dan aku genggam pergelangan tangannya. "Aris,kenapa ni?"Dahinya berkerut. Aku tidak peduli.Aku tarik dirinya ke bilik kami.Aku mendudukkan dirinya di atas katil dengan kasar.Genggamanku masih kejap pada tangannya. "Aris,lepas.Sakitlah!"Dia menarik tangannya.Aku lepaskan tangannya dan gambar dalam sampul surat itu kucampak di atas katil.Ira terkejut namun aku diam. "Jelaskan!Siapa lelaki ni,dan kenapa Ira nampak sangat bahagia dengan dia?" Aku bersuara kuat.Ira tersentak.Wajahnya sudah basah dengan air mata.Badanku juga menggigil menahan marah.Dapat aku rasakan urat leherku tegang. "Ira tak ada apa-apa dengan Hasif.Hari tu,cuma temankan dia shopping.Tolong dia pilih hantaran untuk tunang dia."Ira bersuara takut-takut. "Bohong!Hasif ni bekas teman lelaki Ira,kan?" Ira diam.Cuma bahunya sahaja yang terhinjut-hinjut menahan tangis. "Apa,tak cukup kasih yang Aris beri selama ni?Tak cukup?Tak cukup mewah kehidupan kita selama ni?Kalau Ira masih sayangkan Hasif,kenapa pilih Aris sebagai suami?Cakap kenapa?"Aku bersuara lagi.Ira masih diam. "Kenapa?Entah-entah,anak yang dalam kandungan Ira tu bukan anak Aris!" Aku bersuara lantang. "Aris!!"Baru kali ini Ira bersuara.Senada denganku.Wajahnya merah.Barangkali menahan marah dan hiba. "Sampai hati cakap macam tu!"Aku diam. "Cukup sampai sini aje hubungan kita!Aris tak boleh terima hakikat isteri sendiri ada lelaki lain."Aku menarik nafas. "Keluarlah.Keluar dari rumah ni!"Suaraku perlahan namun tegas.Sedikitpun tidak kupandang wajah Ira ketika itu. "Halalkan semua permintaan dan makan minum Ira!"Sebaik sahaja Ira pergi,aku terduduk di birai katil.Bantal di atas katil kucampak ke dinding.Telefon bimbitku kucampak ke katil.Dan gambar itu,kukoyakkan menjadi cebis-cebis umpama hatiku yang tinggal cebis-cebisan kecil sahaja ketika ini. Setengah jam aku cuba meredakan marahku.Berombak dadaku.Dan tiba-tiba aku terfikirkan mengenai Ira.Aku berlari turun.Benarkah dia benar-benar meninggalkan rumah kami? Aku menjejaki Ira di sekeliling rumah.Memang benar.Ira sudah pergi.Ke mana dia membawa diri?Dalam diam,aku mengutuk diriku.Kerana cemburu,aku sanggup menghalau isteriku yang sedang sarat mengandung. Mengandung? Ah,aku baru teringat.Marahkan Ira kerana cmburuku,tidak sedikitpun aku kasihankan dirinya yang sedang sarat.Ke mana tanggungjawabku? Aku berlari ke ruang tamu.Aku menjenguk ke halaman.Sememangnya Ira benar-benar meninggalkanku.Kereta Kembaranya tidak berada garaj.Aku bagai tersedar dari lamunan. Aku segera mengunci pintu rumah.Kemudian aku kembali ke Perdana Executiveku,sekurang-kurangnya aku cuba mencari Ira semula.Dia tidak boleh memandu sendirian.Jam sudah 8 malam. Hatiku meronta-ronta risau.Jantungku berdegup pantas.Setiapkali terserempak dengan kereta Kembara,hatiku meronta-ronta. Satu jam setengah aku berlegar di kawasan perumahan kami,namun hampa.Aku memandu lagi.Mencari-cari mungkin Ira berada di sekitar itu.Jam 11 malam.Aku masih gagal menjejaki Ira.Ke mana dia? Akhirnya aku ke Putrajaya.Sewaktu itu,aku berselisih dengan sebuah kereta Kembara.Cuma aku tiada hati untuk melihat pemandu itu.Penat aku mencari Ira.Di bangku yang sama pernah Ira terlena tatkala aku mengajaknya kembali berehat di situ,air mata lelakiku tumpah.Sepuas-puasnya. "Aris." Aku pantas berpaling.Air mata yang bersisa kuseka. "Hasif."Lelaki tampan itu memperkenalkan dirinya.Aku masih ingat.Diakan bekas kekasih Ira.Tiba-tiba,rasa marah dan cemburuku datang lagi. "Saya cuma datang untuk menjelaskan apa yang salah pada pandangan awak.Hazira ada bercerita pada saya.Memang saya yang mengajaknya memilih hantaran untuk tunang saya hari tu.Awak jangan salah faham.Kami cuma kawan baik sekarang.Dan....tak sepatutnya awak ragu pasal kandungan Hazira.Dia benar-benar sayangkan awak.Percayalah.Baru sebentar tadi dia pulang,meminta saya menjelaskan perkara ini kepada awak. Tolong jangan kecewakan dia.Hakikatnya dia tidak bersalah dalam hal ini.Ini sekadar salah faham." Aku menarik nafas.Aku cemburu membuta tuli.Hampir menerima penumbukku si Hasif ini.Aku bersalah.Selepas memberikan kata-kata semangat kepadaku,Hasif berlalu.Aku tidak terus pulang.Fikiranku kacau.Air mataku mengalir. Aku mengerling jam tangan.Hampir jam 2.Lama benar aku di situ.Akhirnya aku bangun meninggalkan bangku itu.Aku memecut pulang,dan yakin Ira menantiku di rumah. Maafkan Aris!
11
Pemanduanku terganggu apabila sebuah kemalangan kira-kira 500 meter di hadapanku.Kesesakan berlaku.Mungkin sudah lama.Sewaktu melewati tempat kemalangan itu,hatiku tiba-tiba menjadi sayu.Teruk juga kemalangan itu.Sebuah pacuan empat roda mungkin dengan sebuah Proton Wira. Hanya tinggal pihak polis di situ.Mungkin mangsa sudahpun dibawa ke hospital.Aku memang maklum,di simpang tiga itu sememangnya tempat kemalangan sering berlaku. Aku sampai di rumah,tapi perasaanku hampa.Kembara Ira tiada di garaj.Aku melangkah masuk dengan langkah yang longlai.Aku menyandarkan tubuhku di sofa.
Alunan deringan Seroja mengejutkan aku dari lamunan.Baru aku teringat,aku tidak bawa bersama telefon bimbitku.Aku berlari ke tingkat atas.Mencari telefon bimbit yang kucampakkan di atas katil.Sebaik sahaja aku mendapatkan telefon itu,deringan itu sudah berhenti. Aku terkejut tatkala mataku memandang pada skrin telefon bimbitku. 35 panggilan tidak dijawab.Aku termangu-mangu dan tanganku pantas melihat senarai.Daripada Adik,papa,mama,dan juga Along.Bila Along balik?Kenapa semuanya dari keluargaku?Apa yang terjadi? Aku mendail semula nombor telefon Adik. "Helo Dik!Kenapa call Angah ni?Papa sakit ke?" "Angah!Angah,cepat pergi Hospital Serdang sekarang!Cepat Angah!"Talian terus mati.Aku memandang skrin telefon.Sudah gelap. Ah,masa nilah nak habis bateri!Aku menggumam sendiri.Aku berlari semula ke kereta dan kali ini aku memandu laju.Setengah jam berlalu,aku kini berada di kaunter pertanyaan menanyakan sama ada dia kenal dengan Datuk Ahmad Yasin.Petugas kaunter itu memberitahuku keluargaku kini berada di tingkat 3,Unit Kecemasan.Aku cemas.Bagaikan tidak sabar menunggu lif ini terbuka dan aku sebaik sahaja lif terbuka,terus aku menekan butang lif di nombor tiga meskipun aku dapat melihat ada seorang lelaki yang baru ingin memasuki lif. Aku mencari kelibat keluargaku.Di sudut wad,aku melihat Adik menangis.Along juga berada di situ.Mama tersandar lemah di kerusi di hadapan Unit Rawatan Rapi itu.Aku berlari mendapatkan mereka. "Angah!"Adik terus memelukku.Aku tertanya-tanya di mana papa.Mungkinkah papa yang berada di dalam sana? "Siapa yang sakit,Adik?Siapa mama?Along,papa mana?" Aku memandang wajah mereka satu persatu.Mereka semua diam.Aku tidak dapat bersabar lagi. "Adik,cakap dengan Angah!Apa semua ni?"Aku melepaskan pelukan Adik perlahan-lahan. "Kak Ira!Kak Ira accident di simpang tiga dekat dengan taman perumahan rumah Angah tu!Dah nak dekat dua jam kat dalam tu,tapi tak ada berita lagi.Macam mana ni?"Adik masih menangis. Aku tersentap.Pacuan empat roda yang kemalangan di simpang tiga itu.... Aku longlai.Badanyang kusandarkan pada dinding perlahan-lahan melorot.Mataku kupejam rapat-rapat. "Angah!Angah kena sabar.Jangan cepat putus asa.Papa tengah solat hajat di surau hospital. Angah doa banyak-banyak.Sabar."Kata pujukan Along itu tidak aku ambil peduli.Rasa bersalah dan berdosa menyelubungi diriku. Jam 3 pagi.Papa baru pulang dari surau,mungkin.Adik dan mama sudah terlena.Along pula sedang memencilkan diri,menghadap tingkap.Memandang ke luar hospital. Aku pula masih bersandar di dinding.Masih seperti tadi.Papa menghampiriku. "Angah..."Papa memanggilku apabila aku seperti berkhayal.Sememangnya aku berkhayal.Aku toleh ke arah papa. "Angah jangan hilang semangat.Insya-ALLAH,Ira tak apa-apa.Doa banyak-banyak.Sabar Angah." Papa genggam tanganku. Kemudian papa mengusap rambutku.Tapi pandanganku pada papa masih kosong. Semua orang tak faham!Aku yang menyebabkan Ira kemalangan!Aku yang bersalah!Hatiku membentak tiba-tiba.Aku pejam mata.Kalau boleh,apabila aku bangun nanti,semuanya hanyalah mimpi. Allahuakbar!Allahuakbar! Aku terjaga.Laungan azan mengejutkan aku dari lena.Setiap kalimah pujian terhadap-Nya aku hayati.Aku membaca doa sebaik sahaja azan selesai dialunkan. Aku bangun perlahan-lahan.Pintu bilik itu masih tidak terbuka.Aku hayunkan langkah perlahan-lahan menuju ke surau hospital.Sejuk air di dinihari itu menyegarkan diriku.Saat itu,takbir kuangkat penuh harapan.Sujud terakhirku lama.Tanpa sedar,air mataku menitis,memohon Ya Rabb memakbulkan doaku yang satu.Selamatkanlah Ain Hazira.Aku ingin ucapkan kata maaf buatnya,menebus dosa dan keterlanjuran kata-kata serta tuduhanku.Aku ingin dia seperti dulu. Salam kuberi.Setitik air mata jatuh menitik pada telapak tanganku sewaktu aku berdoa.Aku mengaminkan doa dan terasa bahuku disentuh lembut. Papa dengan pandangan yang mengharapkan aku bersabar.Tubuh tua itu kupeluk penuh erat.Aku minta sedikit kekuatan daripada diri papa. Kami kembali kepada mama dan Adik.Tatkala aku sampai di hadapan pintu wad itu,doktor yang memakai sarung tangan dan jubah seperti kanvas berwarna hijau itu baru keluar.Sambil membuka penutup mulut dan hidungnya,pandangannya kepada kami cukup menyayukan. "Suami Puan Hazira ada di sini?"Dia bertanya perlahan.Aku mara dan memandangnya, mengharapkan dia menjelaskan segera.Walaupun ketika itu,aku bagaikan tidak sanggup mendengar apa jua yang ingin keluar dari bibir doktor muda ini. "Encik,pembedahan ini selamat.Cuma isteri encik sahaja yang masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.Anak encik pula dilahirkan dalam terpaksa.Insya-Allah,isteri encik tidak ada apa-apa,cuma anak encik terpaksa kami tahan di wad buat sementara waktu untuk pemerhatian lanjut."Jelas doktor itu lagi. Aku melepaskan nafas lega.Mama dan Adik menitiskan air mata syukur.Seketika kemudian,Ira ditolak keluar untuk dipindahkan ke wad biasa.Dan anak kami,di bawa ke wad kanak-kanak.
12
Aku genggam erat tangan Ira.Sejuk.Tidak seperti hari-hari lain.Termasuk hari ini,sudah tiga hari Ira masih tidak sedarkan diri.Sedikitpun tidak terasa hangat pada jemarinya.Kukucup perlahan tangannya.Kemudian tubuhnya kupeluk erat walau aku tahu tiada balasan daripadanya seperti selalu. "Ira,bangunlah.Aris minta maaf pasal hari tu.Ira maafkan,kan?Ira boleh balik rumah kita.Kita jaga anak kita sama-sama,okey?" Aku berkata penuh harapan.Tapi mata gadis pujaanku masih tertutup rapat. "Aris akan layan Ira macam puteri.Aris takkan ambil Ira lewat dekat pejabat lagi.Aris tak akan cemburu membuta tuli lagi.Kita hidup bahagia lepas ni,ya."Aku terus berkata. Tangan Ira masih sejuk.Entah mengapa,aku rasa lain macam.Nadinya kucari namun tidak jumpa.Aku melihat dadanya.Hatiku bergetar hebat.Tidak berombak seperti dulu.Tiada beralun seperti hari-hari semalam! Aku menekan suis kecemasan di tepi katil.Seketika kemudian,seorang doktor berlari masuk dan segera memeriksa Ira. "Innalillahirajiun...." Kalau tidak doktor itu menyambut tubuhku,pastinya aku sudah terjelopok jatuh.Doktor yang kelihatan sebaya denganku mengusap tubuhku perlahan.Cuba menyabarkan hatiku. "Sabarlah,Encik Aris.Kita doakan rohnya dirahmati Allah." Aku cuma diam.Tiada tenaga walau sekelumit untuk membiarkan aku bercakap.Doktor itu berlalu dan hatiku semakin pilu.Aku kiamkan kedua belah tangan isteriku dan dahinya kukucup penuh syahdu.Dan aku terpandangkan,setitis air jernih mengalir dari mata bundar sebelah kanannya yang tidak mungkin akan terbuka lagi.
Sayu dan pilu... bermain di jiwaku hilangmu kini tiada pengganti hanya namamu tersemat di kalbuku menjadi satu kenangan yang abadi...
Dan lagu Luhur nyanyian kumpulan Kamikaze bagaikan terdengar di benakku.Aku menekup mukaku seketika sebelum perlahan-lahan surah Yassin kucapai dan kubaca dengan hiba dan sayu.
EPILOG
"Aris..."Panggilan itu mematikan lamunanku.Aku membetulkan dukungan Alieff. "Ada apa Pak Su?"Aku bertanya secara berdiri menghadap Pak Su. "Man baru sampai dari Australia.Ada dekat depan tu."Aku berlalu.Kemudian,aku ternampak Razman,sepupu Ira.Tangan lelaki yang tiga tahun lebih tua dariku itu kujabat mesra.Cuma senyuman hambar sahaja yang dapat aku lemparkan. "Aris okey?"Aku tidak menjawab apa-apa.Sekadar mengangguk. "Entahlah,bang.Dah tak ada semangat." "Eh,jangan macam tu.Kau masih ada Alieff,amanah dari Ain.Jangan hampakan arwah."Itu kata peransang dari Abang Man buat diriku. Aku menyerahkan Alieff kepada Adik ketika kami bersedia untuk berangkat ke tanah perkuburan setelah selesai sembahyang jenazah. "Aris,kamulah yang turunkan jenazah."pinta Pak Su.Aku menurut.Aku turun ke liang lahad dan perlahan-lahan kuturunkan jenazah isteriku.Dan ketika itu juga,aku terdengar tangisan Alieff.Aku berasa sayu namun cuba kutabahkan hati ini. Tanah dikambus perlahan-lahan.Tangisan Alieff juga sudah berhenti.Selesai membaca talkin,penduduk kampung pulang.Keluargaku dan keluarga Mak Su turut pulang.Kini tinggal diriku dan Alieff di sisi pusara yang masih merah tanahnya. "Aris akan jaga anak kita elok-elok.Aris redha pada Ira,dan dengan rahmat-Nya,tempat Ira di syurga sana.Insya-Allah.Selepas ini,Aris akan teruskan hidup bersama Alieff.Aris tak akan cari pengganti sebab diri Ira sememangnya tiada pengganti."Dan pipi mulus anakkku kucium.Alieff tidak mengerti cuma sesekali tanggannya memegang pusara mamanya.Air mataku jatuh lagi.
Pergi yang tak mungkin kembali. Untuk selama-lamanya Kusingkap namamu di hatiku. Bersemadilah engkau aman di pusara. Sinar cahaya murni ke rahmatmu...
Aku bangun perlahan-lahan.Kupeluk Alieff perlahan-lahan.Kuhayun langkahku perlahan,meninggalkan pusara Ain Hazira yang masih merah demi meneruskan hidupku dengan Mohd.Alieff Hakimi bin Mohd Aris. Dan saat itu,setitis demi setitis hujan membasahi tubuhku dan tubuh Alieff.Aku mempercepatkan langkah walau terasa diri ini masih ingin menemaninya di situ.
Iktibar yang saya dapat dari cerita ini supaya jangan cepat marah disebabkan nafsu cemburu terutama yang sudah berumahtangga. Fikirlah dahulu sebelum bertindak kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa badan. Ucapan seorang suami kepada isteri tersangat pedih umpama bercerai badan dan nyawa. Sesungguhnya wanita itu rapuh dan perlu bimbingan. sekian
weyh..aku rasa cam x logik sket arh citer ni...ada ke patut..yelah..ain tu koma lepas lahirkan anak dier..pastu lepas 3 hari dia meninggal...lepas diaorang kebumikan jenazah dia,aris tu kata yang alieff sesekali pegang pusara mak dia...pelik tol lah..ada ke baby baru bape hari je aktif macam tu...haiya...kata lahir x normal...patutnya lemah lagi ler...pepown all da best to the writer...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mula2 agak bosan sket... but the end... bagus la....