Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ligat sungguh peristiwa itu bermain di fikiranku. Entah kenapa walaupun hal itu sudah hampir 5 tahun berlalu namun aku masih tidak dapat melupakannya. Bukannya kami tidak pernah bertemu selepas tempoh itu, namun penerimaannya padaku cukup dingin. Setiap kali bertandang ke rumahnya, pasti ada saja alasan diberikan dengan tujuan untuk mengelak dari berbual denganku. Balas dendamkah dia? Adakah kerana sambutan dingin waktu dia bertandang ke rumahku dulu menjadi satu penyebab kukuh untuk dia buat tidak kisah padaku kini?
Angin sepoi-sepo bahasa menyapa pipi. Dingin terasa. Suara emak memanggil adik bingit kedengaran. Aku hanya tersenyum. Pandanganku tepat ke arah susuk tubuh lelaki yang sedang asyik menyapu sampah. Sesekali matanya mencuri pandang. Kami hanya tersenyum bila pandangan bertaut. Alangkah bahagianya bila dapat merasa kasih dan perhatian seorang "abang". Naz hanya sepupuku. Usia kami sama namun sikap ambil beratnya cukup menarik perhatianku. Ayah dan ibuku adik-beradik. Jadi tidak hairanlah jika kami akrab.
Perjalanan selama sejam dari Kuala Lumpur cukup memenatkan. Udara panas dari laut benar-benar membuatkan aku jadi rimas. Kebetulan aku memang tidak tahan dengan cuaca panas. Bukanlah bermakna aku ini puteri lilin tapi sejak kecil lagi aku memang alah pada cuaca panas. Namun kerana tujuan tertentu aku nekad juga memandu bersendirian. Dia menghulurkan aku sekotak air oren. Aku hirup perlahan menyejukkan tekak yang kering.
"Kenapa bersusah-payah datang ke PD?" "Saja, nak jumpa abang Naz. Tak suka ke?" Dia tersenyum. "Tentulah suka tapi abang rasa macam mimpi. Yerlah dulu Nora tak ada masa langsung untuk abang. Pandang abang pun tak ingin..", aku tergelak kecil. Masih mengungkit lagi rupanya dia. "Sori..Nora mengaku salah. Tapi kedatangan Nora ni cuma nak bertanya, betul ke abang dah nak bertunang?"
Dia kelihatan gelisah. Sekejap tersenyum sekejap serius. Aku jadi bingung dibuatnya. Macamlah pertanyaanku tadi satu isu yang besar untuknya.
"Kalau ya.. kenapa?", dia kembali menjawab. Aku terdiam. Tiba-tiba hati kecil menjadi sayu. Aku memandang ke laut yang luas. Pandangan jadi sempit. "Bila?" "Bulan depan. Nanti Nora datang tau ke rumah mak. Nora kan sepupu abang yang paling baik. Hari bersejarah abang, Nora kena ada sama. Pelik! Macam mana Nora tau ni?", tanyanya lagi. "Nora pergi jumpa mak long, dia yang cakap...".
Ya Allah. Kalaulah dia tahu apa yang bersarang di hati pasti dia tidak tergamak untuk berbicara begitu. Aku kini merasa penyesalan yang teramat sangat. Kenapalah waktu dia beria-ia ingin masuk meminang, aku menolak hasratnya mentah-mentah? Hendak dikatakan dia tidak ada rupa, ada. Hendak dikatakan dia tidak berjawatan tinggi, tidak juga. Pangkatnya kini sudah cukup untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Tak mungkin dapat aku lupa bagaimana beria-ianya Mira menyatakan rombongan pinangan akan dihantar untuk meminangku. Terngiang-ngiang lagi bagaimana mesranya Mak Long, ibu saudaraku untuk bermenantukan aku. Namun saat itu apakan daya, hati aku telah diisi. Dan aku tidak boleh berbohong pada sesiapa.
Penolakan aku rupa-rupanya mendatangkan satu suasana yang tidak baik dalam hubungan kekeluargaan selama ini. Seluruh sepupu seolah-olah membenciku. Padahal bunga bukan sekuntum. Masih ramai lagi anak dara di luar sana yang boleh digandingkan dengan abang Naz namun semua itu ditolak mentah-mentah. Aku jadi bingung. Perit rasanya bila semua sepupu mengelak dari bertemu denganku. Nasib bertimpa-timpa bila hubunganku dengan Khushairi ditentang keluarga. Padahal kami tinggal sekampung. Abah orang pertama menentang dengan alasan tidak sebulu dengan bakal bisan. Aduh! Aku menjadi mangsa keadaan.
"Nora!", suara abah menjerit dari depan muka pintu. Aku dan adik tergamam. Kami segera meluru keluar. Kelihatan wajah abah menjadi garang. Aku terkedu. "Kenapa abah?" "Tadi siapa yang datang ke rumah?", suaranya semakin keras kedengaran. "Abang Khushairi. Kenapa ayah?", adik memberanikan diri bersuara. "Pantang dalam keturunan aku, anak si Farouk tu datang ke rumah ni..", bentaknya lagi. Aku jadi hairan. "Kenapa pulak ni abah...?", aku cuba berlembut. "Aku tidak suka pada Khushairi. Jangan harap dia boleh jadi menantu aku..", kata-kata abah berbau amaran. Terasa sebak di hati. Namun semakin lama aku berlembut, abah semakin berkeras. Bimbangkan penyakit darah tinggi abah berulang, aku mengalah.
Dari saat itulah segala hasrat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati berkecai. Aku merantau ke ibu kota. Berbekalkan sijil SPM aku mencari kerja dan alhamdulillah rezekiku murah di kota besar. Saat itu aku mula mencari semula abang Naz yang hilang entah ke mana. Namun khabar akhir yang aku terima, dia telah berpindah ke Sabah. Khidmatnya selama 3 tahun diperlukan di sana. Jadilah aku seperti orang kebingungan. Berkali-kali bertandang ke rumah abang Naz namun tiada seorang pun ingin memberikan nombor telefonnya. Berkali-kali kunjunganku hampa. Alasan yang diberikan dia tidak mahu diganggu. Bukan niatku untuk merayu kasih cuma ingin menjalin semula hubungan kekeluargaan yang kian jauh.
"Asyik menung je la kau ni...", tegur Lina. Secawan kopi dihulurkan padaku. "Entahlah Lina. Naik serabut fikiran aku ni ". "Dah jumpa ke si Naz tu?" Aku mengangguk. "Kau dah mengaku ke?" "Gila! Takkanlah aku nak suruh dia meminang kali kedua. Ini kerja gila tau. Dah le dulu aku menolak pinangannya, tup tup kali ini nak suruh dia datang lagi...", aku menggeleng-gelengkan kepala. "Kenapa tidak? Bukankah kau sayang pada dia? Tak gitu wahai Nora?", Lina tertawa kecil. "Memang la aku sayang tapi masalahnya dia dah nak bertunang pun. Calon pun dah ada. Tak nak la aku berterus-terang...malu" "Biar malu asal tak melepas....", Lina kembali berpesan seperti peringatan terakhir. Terdetik dalam hati ada kebenaran di sebalik kata-katanya tadi.
Aku menantinya penuh sabar. Kunjungan kerap ku ke rumah keluarga abang Naz akhirnya membuahkan hasil. Kelihatan mereka semakin akrab dan melayaniku dengan baik. Aku sedar peristiwa lama telah membuatkan mereka berkecil hati. Aku harus menebus semula kesilapan lalu selagi mampu. Ikan sembilang masak tempoyak, ikan goreng, ulam pucuk ubi dan sambal aku masak sendiri untuk mereka. Kebetulan tanpa dirancang abang Naz akan sampai bila-bila masa saja. Gembiranya hati bila dapat bertemunya nanti. Biarlah kegembiraan ini aku simpan rapi. Cuma yang merungsingkan aku bila Mira, adik bongsu abang Naz mengatakan kemungkinan bakal kakak ipar turut serta. Serta-merta air mukaku berubah. Sedih bercampur kesal. Namun nasi sudah menjadi bubur.
Kedengaran suara abang Naz di muka pintu. Mak Long menyambut mesra sambil memberitahu aku ada di dapur. Dia menjengah sekejap sambil menghulurkan sebungkus plastik. "Udang sambal petai, kegemaran Nora kan?" Hati menjadi sebak. Dia masih mengingati lauk kegemaranku.
"Dah lama sampai?, tegurnya mesra. "Pukul 10 tadi." "Nora masak semua ni ke?", aku mengangguk. Dia tersenyum. "Abang dah lapar ni, jom kita makan sama-sama", aku mengangguk. "Oh ya, sekejap lagi abang perkenalkan dengan bakal isteri abang ye. Dia ada kat depan dengan mak tu.". Mendengarkan kata-kata itu, hati aku terasa seperti dirobek dengan pisau. Pedih. Sakit hati. Cemburu. Semua bercampur-baur.
Benar seperi yang diperkatakan sebelum ini. Abang Naz pulang dengan seorang perempuan. Mungkin itulah bakal tunangnya. Aku meneka tanpa jawapan tepat. Kelihatan seorang perempuan manis berbaju kurung di ruang tamu. Aku mengintai dari jauh. Bukan main mesra lagi mak long melayannya. Tiba-tiba hati jadi pilu. Makin kurang la nampaknya saham aku. Aku menyiapkan seluruh hidangan tengahari di meja makan. Terasa payah betul untuk berhadapan dengan mereka sekeluarga. Perlahan-lahan aku keluar ikut pintu belakang dan terus pulang ke rumah. Nasib baik semua orang tidak perasan. Selamat.
"Awalnya balik. Tadi kata nak jumpa buah hati", usik Lina sebaik tiba di rumah. "Arghhh.. malas la aku..." "Pulak. Ni mesti ada yang tak kena ni. Cuba la cita kat aku...", pujuk Lina berkali-kali.
Beberapa jam selepas itu kepala mula terasa berat. Aku demam tiba-tiba. Lina panik bila badanku menjadi terlalu panas. Aku menghalang Lina dari memberitahu sesiapa pun. Semalamam Lina menjagaku. Kesian dia. Keesokan paginya badan masih lagi panas. Berkali-kali nama Lina aku panggil namun tiada jawapan. Pada fikiranku dia mungkin ke pasar seperti biasa. Aku mengagahkan diri untuk ke dapur. Baru beberapa langkah, tiba-tiba kepalaku menjadi semakin berat. Pandanganku kelam.
"Nora! Nora!", terdengar suara memanggil berkali-kali. Mataku buka. Kelibatnya masih samar-samar. "Nora pitam tadi..", sambungnya lagi.
Tersedar dari tidur jam sudah menunjukkan ke angka 4 petang. Kepala terasa berat. Aku melihat sekeliling. Sepi. Tiada sesiapa. Kelibat Lina pun tidak kelihatan. Aku mengagahkan diri untuk bangun. Pintu bilik dibuka dari luar. Terpacul wajah abang Naz dan Lina. Aku tergamam.
"Abang!" "Yer Nora. Kenapa boleh demam ni?", dia tersenyum. "Dah nak demam, nak buat macam mana..", aku menjawab seringkas mungkin. "Mesti ada sebab demam. Kenapa ekkk?", dia tersenyum lagi. "Dia terkejut bila tengok buah hati abang hari tu...", sampuk Lina bersahaja. Aku tergamam untuk kali kedua. Terdengar abang Naz dan Lina ketawa. "Kalau demam, macam mana nak hadiri pertunangan abang hujung minggu ni?" "Minggu ni? Kata bulan depan?" "Abang Naz dah tak sabar le.. ", usik Lina lagi. Aku semakin jadi tidak keruan. Terasa sedih sangat hati ini. Makin panas badan jadinya. "Tapi Nora kena cepat sembuh tau?" "Kenapa pulak?", tanya ku lagi. "Nanti tak meriah la majlis tu... Nora kena ada sama...", ucapnya beria-ia. Aku pelik. "Ala..Nora tak ada pun tak apakan?" "Kalau Nora tak ada, cincin tu nak disarung kat mana pulak?", kata-katanya membuatkan aku menjadi semakin pelik. "La..perempuan hari tu kan ke ????? ", kedengaran Lina dan abang Naz ketawa besar. "Bukan la Nora, itu kawan dia je. Saja je tu mereka pakat nak kenakan kau...", jawapan Lina merungkai segala persoalan. "Sayang gak rupanya Nora kat abang yer...", usik abang Naz yang membuatkan aku rasa seperti hendak pitam untuk kali kedua.
Aku mengurut dada berulang-kali. Syukur pada Tuhan bila kata hati ini diberkati. Amin.
cerita yg menarik..ada feel.mcm pengalamn sebenr je..cuma agk keliru dgn plot2 tempat n keadaan cerita..tapi masih bolh difahami perasaan penulis..teruskan usaha saudari...ada sinar dlam kegelapan malam..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
em..bagus juga awak punya cerpen..best..