Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku cukup sedih hari itu. Pelbagai perasaan menerjah lubuk hati ini. Malu, marah, kecewa dan hiba. Rasa bahagia dan gembira yang sepatutnya mewarnai pelangi kehidupanku pada hari itu nyata sirna. Lenyap. Sebaliknya, aku terluka, sengsara, rasa terhina dan menderita. Tidak kusangka orang yang aku sayangi dan percayai sepenuh hati telah bertindak mempermain da memperbodohkan aku. Segala-galanya menjadi sungguh kabur dan gelap pada ketika itu. Sehingga kini, aku masih dapat membayangkan kekecewaan abah apabila beliau terpaksa menerima kenyataan pahit itu. Sungguh aku tak dapat membantu menghapuskan garis duka di wajah orang tuaku itu tatkala abah menelan liur yang ternyata tiada sebarang rasa. Entah bagaimana perasaan abah apabila terpaksa memohon maaf kepada tok kadi, dan semua warga yang telah hadir bagi memeriahkan majlisku. Sungguh, aku pasti akan menitiskan air mata apabila mengingatkan kembali perasaan abah apabila anaknya ini ditinggalkan oleh bakal suaminya sendiri pada hari bahagianya sendiri!
Perasaanku semakin berbaur tika melihat perubahan diri abah sejak itu. Abaha semakin kerap termenung dan berdiam diri. Aku pasti, abah sedang merindui arwah ibu. Kulihat abah sering bersendirian di bilik bacaan sejak akhir-akhir ini. Sudah banyak kali aku melihat abah mengesat air matanya sambil menatap gambar arwah ibu. Aku tahu, abah tidak mahu menunjukkan kekecewaannya dan seboleh mungkin dia menyembunyikan perasaannya daripada pengetahuanku. Namun, hati tuanya tersentuh jua apabila anak gadisnya ini ditimpa dugaan yang berat itu. Lantas, aku menguatkan semangat untuk meneruskan hidup kerana aku sudah tidak betah membiarkan abah terus berduka.
Maka, aku menguatkan hati dan membulatkan tekad untuk meninggalkan bumi Malaysia buat seketika waktu bagi memulihkan hati dan membina kembali kekuatan diri. Hanya gambaran kota besar London terbayang dalam kotak fikiranku saat itu. Abah hanya mampu bersetuju memandangkan dia tahu aku perlu masa untuk menenangkan diri. Berbekalkan restu abah dan torehan luka di jiwa, aku meninggalkan bandaraya Johor Baru bagi membuka lembaran baru hidupku. Tidak putus kupanjatkan doa agar kutemui hujan emas di bumi orang berbanding hujan batu yang telah dan tidak sanggup kutempuhi lagi di bumi Malaysia ini.
Segalanya memang sukar! Aku terpaksa menggagahkan diri mengenangkan janji yang telah kumeterai dengan diriku sendiri. Aku mendapat pekerjaan di sebuah syarikat komputer atas bantuan sahabat abah, Mr. Douglas. Nasibku agak baik kerana aku sempat menamatkan pengajianku di sebuah universiti tempatan dan memperoleh segulung ijazah dalam bidang tersebut, sebelum hari penuh duka itu tiba. Jika tidak, mungkin pertolongan beliau akan dipersoalkan andai aku tiada sebarang dokumen atau kelayakan untuk meyakinkan yang lain.
Aku menetap di sebuah apartment murah di bandar besar itu, bersama Celia dan Sandra. Aku mengenali mereka berdua yang kebetulan pulang bercuti dari Malaysia di dalam penerbangan yang akhirnya menjalinkan persahabatan antara kami bertiga. Perbezaan agama dan bangsa tidak pernah menghalang mereka untuk terus melayaniku dengan baik. Malah, mereka turut mengutuk tindakan Amran yang meninggalkan aku tanpa sebarang sebab. Tak kunafikan, hampir saban malam merka terpaksa menenangkan aku dan mendengar esakanku. Nyata, hanya zahirku sahaja yang meninggalkan tanahair, memoriku tatap di sana. Celai dan Sandra tabah menghadapi kerenahku. Mereka sering membawaku menelilingi kota besar ini untuk merawat perasaanku. Peluang melawat Houses of Parliament dan Westminster Abbey mampu menggembirakan hatiku.
Setelah hampir lima tahun berada di Bumi asing ini, aku mula menunjukkan tanda-tanda pemuliuhan. Aku sudah tidak menangisi peristiwa lepasku lagi. Aku telah bersedia menerima peristiwa buruk itu sebagai satu pengalaman. Perkenalanku dengan Sufian kembali membungakan kebahagiaan. Lelaki ini tinggi orangya, berkulit sawo matang. Air mukanya sentiasa tenang. Cukup sukar untuk memancing kemarahannya. Sikapnya yang bersahaja sering membuatkan aku tertawa. Kami berdua sering menghabiskan masa dengan bersiar-siar di sekitar taman-taman indah di kota besar ini. Kunjungan ke Hyde Park, Kensington Park dan Green Park selalu mendamaikan perasaanku. Dari situ aku tahu, sinar hidupku telah kembali. Bintang hidupku mula bersinar. Meskipun demikian, aku aku tetap berwaspada agar tragedi itu tidak berulang. Tarikh 4 Ogos 2002 mula kulupakan dan kucampak jauh dari ufuk pemikiranku.
Perkenalan kami berdua dimulakan dengan pertengkaran. Ketika itu, aku dan Celia sedang mebeli-belah di sebuah pasaraya. Tiba-tiba, seorang lelaki terlanggar aku, namun tiada kata-kata maaf yang keluar dari mulutnya. Melihatkan keadaannya yang agak tergesa-gesa, aku mengambil keputusan untuk memaafkannya sahaja. Tidak lama kemudian, seorang lelaki telah tersinggung bahuku dengan agak kasar. Aku hampir tersungkur, namun sempat berpaut pada lengan Celia. Aku mengaduh kesakitan. Bahuku terasa sengal. Kemudian, aku menoleh kerana menyedari orang yang telah merempuhku itu tidak berkata apa-apa, malah terus melangkah menuju ke destinasinya yang tidak kuketahui. Api kemarahanku mula menyala. Kesabaranku mula tercabar. Segera kupanggil jejaka itu. Aku dan Celia terperanjat dan tergamam seketika kerana menyedari dialah orang yang sama yang telah melanggarku tadi! Tanpa berfikir panjang, aku terus menghamburkan kata- kata yang agak kesat bagi melepaskan kemarahanku. Setelah menyedari kesilapannya, lelaki itu pun memohon maaf dan cuba menjelaskan keadaannya yang kononya sedang mengejar masa. Biarpun demikian, aku menganggapnya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan berbau sengaja lalu bertindak menamparnya! Dia tampak terkejut. Celia yang tidak menyangka akan tindakanku segera memohon maaf kepadanya dan menarikku pulang. Apatah lagi bila melihatkan orang ramai mula bergerak ke arah kami. Tinggallah lelaki itu terpinga-pinga. Bingung.
Setelah tiba di rumah dan kemarahanku telah reda, aku mula didatangi perasaan lain. Perasaan bersalah. Ya, perbuatanku terhadapnya agak keterlaluan. Apatah lagi dia telah memohon maaf. Aku akui, aku teremosi kerana kejadian itu mengingatkanku pada Amran. Sebagai impaknya, tamparan yang sepatutnya hinggap di pipi Amran, kuhadiahkan buat lelaki itu. Celia dan Sandra juga menyalahkanku kera bersikap tidak rasional dan terburu-buru. Aku hanya membatukan diri menyedari sikapku yang mudah terbawa-bawa dan tidak berkifir panjang itu.
Sesudah peristiwa itu, aku mula mengubah fiilku. Buku-buka dan kaset ceramah agama mula menjadi perhatianku. Nasihat-nasihat abah yang selalunya hinggap di telinga sahaja, kini melekat di hati dan menjadi santapan rohaniku. Kata-kata abah sering membuatku mengalirkan air mata. Semuanya cukup bermakan bagi diri ini walau Cuma sepatah kata. Ungkapan yang satu ini sering terngiang-ngiang di cuping pendengaranku, “Ina, walau dunia ini bergoncang, walau apa pun yang memaksa kamu berubah, kekalkan seperkara dalam diri. Sabar. Nescaya segalanya dapat kamu atasi.” Itulah nasihat abah setelah Amran meninggalkanku. Aku menangis lagi. Menyesal. Mengapa sebelum ini fikiranku begitu sempit untuk dimuatkan mutiara berharga ini? Tidak matang sungguh aku ini! Membiarkan perasaan menguasai akal! Merelakan syaitan merajai hati! Ya, abah! Aku akan berubah mulai detik ini!
Khamis, 4 Oktober 2007. Aku terserempak dengan lelaki itu di sebuah restoran berdekatan National Gallery. Ketika itu dia sedang makan tengahari seorang diri. Aku segera melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengannya dan memulakan bicara. Kata-kata maaf kulafazkan berulang kali. Aku mula resah apabila dia hanya berdiam diri mendengar kata-kataku. Perasaan tidak senangku luntur bila dia menguntum senyumnya sejurus aku menamatkan bicara. Mujurlah dia tidak ambil pusing dengan perlakuanku tempoh hari. Kemudian, kami sama-sama tertawa mengingatkan peristiwa itu setelah diam seketika. Dia kemudiannya memperkenalkan diri sebagai Sufian. Syukri Ahmad Sufian bin Mohd Zainal. Aku menarik nafas lega kerana dia menganggap tamparanku sebagai slam perkenalan kami berdua. Tak pernah kuduga, tamparan itu tidak hanya hinggap di pipi, tetapi turut berbekas di hatinya!
Setelah hampir dua tahun kami mengatur bicara dan mengikat janji, Sufian melamarku. Aku menerimanya setelah memohon restu dan pendapat abah. Tidak dapat kulupakan tangisan syahdu abah apabil mengetahui berita itu yang melambangkan perubahan anaknya menuju bahagia. Kami pulang ke Malaysia untuk melangsungkan pertunangan dan seterusnya mengikat janji perkahwinan. Kami juga telah memutuskan untuk menetap di tanahair setelah berumahtangga nanti. Di sini, aku mengenali keluarganya dengan lebih rapat. Alhamduliilah, mereka menyambut baik kedatanganku. Sufian juga memaklumkan tentang keluarga angkatnya yang juga menetap di Johor Baru. Katanya, abang angkatnya Syed Mohd akan menjadi pengapitnya pada hari persandingan kami nanti. Banyak juga cerita tentang lelaki itu meniti dari bibirnya. Saudara tanpa pertalian darah itu sering menjadi sahabat baiknya. Mereka cukup sukar untuk direnggangkan memandangkan sudah terlalu banyak perkara yang dikongsi bersama. Syed Mohd sering menghubunginya dan menjadi penghubung kasihnya dengan keluarga Encik Farith. Aku hanya tersenyum mendengar ceritanya. Gembira memiirkan yang aku akan melangkah ke alam baru tidak lama lagi. Namun, dalam masa yang sama aku tidak putus berdoa agar peristiwa lama tidak berulang kembali.
Hari pernikahanku tiba hari ini. Debaran di dada sungguh mengetuk hati. Aku resah menantikan ketibaan rombongannya. Keresahanku hilang tatkala mendengar paluan kompang. Menitis jua air mataku. Abah, anakmu tidak ditinggalkan lagi! Aku terharu mendengar Sufian melafazkan ijabnya untuk menikahiku pada abah yang menjadi waliku. Air mataku tumpah lagi melihat sinar kegembiraan dan kebahagiaan terukir di wajah abah. Hari ini aku melihat senyuman abah berseri semula. Kini, aku telah sah menjadi isterinya. Syukur, igauan ngeriku tidak berulang. Majlis persandingan kami akan dilangsungkan petang nanti. Setelah penat bergambar, kami berdua melarikan diri seketika untuk merehatkan diri di dalam bilik, selain meloloskan diri dari usikan nakal para tetamu yang hadir, sebelum bersedia untuk majlis seterusnya. Aku sempat bertanya mengenai abang angkatnya itu. Sufian memaklumkan yang abangnya hanya akan hadir untuk majlis petang nanti. Aku mengangguk dan mendiamkan diri. Letih bercampur gembira. Setelah siap menukar pakaian, kami bersedia untuk majlis seterusnya. Kemudia, pintu diketuk bertalu-talu. Sufian membukanya dan aku dapat mendengar sapaan mesra seorang lelaki. “Ah, mungkin Syed Mohd.” Sufian kemudian keluar sektika, agak jauh dari muka pintu tetapi masih jelas pada penglihatanku. Seketika kemudian, Sufian mendekatiku dan memperkenalkan abangnya itu padaku. Aku menoleh dan hampir rebah ketika melihat wajahnya. Dia turut terpana. Namun, kugagahkan jua perasaan ini. Mengapa? Mengapa aku terlupa akan Syed Mohd Amran yang pernah hadir dalam hidupku? Ya Allah! Inikah TakdirMu?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerita tergantung..