Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Malam itu, Pak Tam kembali kepada fitrah. Segalanya telah berakhir. Semua kejelikitan hitam-likat sebuah kejahatan telah ditinggalkan di belakang, disimpan di ingatan tidak sedar, paling bawah. Namun suasana malam gelap seperti mengingatkannya pada hitamnya masa silamnya. Seperti layar perak, gambaran demi gambaran datang menerjah kesejukan malam, wajah Tina, bekas isterinya, wajah Ana dan Iema juga isterinya, jika dikira-kira hubungan dengan dua perempuan ini masih sah. Pak Tam menahan kesejukan, tanpa selimut, dia hanya mampu mengerekotkan badannya, seperti udang galah yang dipanggang, menu kesukaannya suatu ketika dulu.
Pak Tam cuba memejamkan rapat-rapat matanya, lidahnya basah dengan ayat-ayat Allah. Ayat Qursi. Itu sahaja yang diingat di akhir sisa-sisa hidupnya. "Aaaaaayahhhh!" Jeritan Moha mengganggu matanya yang baru lelap. Astagfirullah...
Pak Tam tersentak, bayangan masa lalu kembali lagi, "Moha..." Nama itu tenngelam-timbul di halqumnya. "Aku tak patut bunuh kau, bukan salah kau, walaupun kau anak luar nikah.." Kata-kata itu keluar dari bibrnya bersama linangan air mata.
Sayup-sayup laungan Azan Subuh, masuk ke rongga telinganya, dan masuk ke dalam sanubarinya. "Ya Allah.. sudah lama aku tidak menjejakan kaki ke rumah-Mu...adakah pintu taubat masih terbuka untukku.." Pak Tam mangatur langkah,perlahan. Bukan tidak mahu melangkah laju,lebih-lebih lagi di waktu Subuh begini. Embun Subuh terasa menggigit hingga ke tulang belulang, kaki kanannya yang tempang masih terasa bisanya, kudratnya tidak mampu. Ini semua balasan dan harga yang perlu dibayar demi menebus sebuah dosa yang maha besar. -------------------------- Baaaaaang! Sekelip mata sebuah kereta Toyota Vios melanggar batang tubuhnya. Telinganya masih belum pekak, mendengar tulang kakinya mengertup, patah! "Hahaha...sape nak tolong kau?" "Tiada siapa yang akan tolong kau..!." "Patut... kau mati aje!" Telinganya belum pekak mendengar suara yang penuh dengan dendam kesumat. Satu kampung tahu, malah mukim-mukim berdekatan jua tahu, anak kepada si polan ini, berbadan dua, , kerana dikerjakan oleh Pak Tam beberapa tahun lalu. Malah bukan anak si polan ini sahaja, malah ramai lagi anak dara sunti yang menjadi menjadi mangsa nafsu buas Pak Tam. Renggukan suara Pak Tam dibiarkan oleh orang lalu-lalang tanpa sekelumit pun belas kasihan, apatah lagi sebuah pertolongan.
Langkah Pak Tam terhenti, di tengah-tengah jalan yang lengang, "Aku redha Ya Allah, kalau ini dapat mengkifarahkan dosa-dosa aku yang dulu..." Suara Pak Tam syahdu. Pak Tam terus melangkah, masjid berwarna biru sudah tersergam gah, tapi dirinya yang kerdil, merasakan lambat sekali untuk sampai ke rumah Allah itu.
------------------
Bang! Tina masih dalam pantang...jangan tinnggalkan Tina Bang...sape nak jaga Tina? Eh perempuan Jalang!!! Peempuan tak sedar diri! Tk sedar dek untung, kalau tak kerana aku kutip kau, dah lama kau mati! Suara Pak tam bagai kerasukan, melampiaskan amarahnya. Anak sape Mamat ni? Jantan Mana??? Suara Pak Tam kali ni lebih melngking, dapt didengar oleh kejiranannya. Mamat Anak kita bang...lirih suara Tina. Memang benar, Pak Tam betul-betul kerasukan..dengan rakus Pak Tam merampas Mamat yang sedang nyenyak tidur di sisi ibunya...jangan bang...! jangan apa-apakan Mamat...! tangisan Mamat semakin jauh dari pendengarannya.
Pak Tam terus berjalan, semakin jauh dengan teratak usangnya, yang menjadi teduh dari panas hujan dia bersama Tina semenjak tiga bulan yang lalu. Tangisan Moha semakin menjadi-jadi. "Kau diam! Anak haram!" Lengkingan itu sedikit pun tidak difahami oleh tubuh mungil itu. Pang! Tamparan yang kuat mendarat di muka putih suci itu. Tiada lagi tangisan Moha, darah berjejeran mengiringi langkah Pak Tam, sekujur tubuh mungil yang tidak berdosa terkulai, lembik!
----------------
Kaki Pak Tam sudah mencecah anak tangga Masjid As-syafie..masjid Mukim Kampung Sri Alam. Setiik air mata syukur gugur dan mengenai lantai masjid. Dirinya terasa sangat kerdil. Pak Tam berteleku di belakang makmum. Hatinya syahdu mendengar suara Pak Imam, Imam Saudi membaca zikir, malangnya otaknya gagal memberi isyarat dan menterjemahkan kalimah demi kalimah yang dituturkan oleh jemaah lain bersama imam. Hatinya gerimis.
Pak Tam terpinga-pinga melihat makmum yang lain,menadah tangan ke langit sambil merafakkan kesyukuran mereka. Imam Saudi juga begitu. Pak Tam hanya menurut. Pak Tam takut kehadirannya disedari jemaah, dia pasti kehadirannya tidak akan disenangi. Pak Tam terus terpaku pada kalimah-kalimah lembut yang terlontar dari bibir Pak Imam.
"Sebagai hamba yang serba kekurangan, jangan kufur nikmat! Nikmat yang paling besar..nikmat Islam! Sebesar manapun dosa kita, jauh manapun kita tersasar, ingatlah..Allah Maha Pengampun dosa hambanya..
Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Telah berfirman Allah Ta\'ala:
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.
Tanpa segan silu, Pak Tam menangis, hatinya luluh dengan kasih dan sayang serta rahmat Allah kepada hambanya, walaupun hamba yang su\'.
-----------------
"Eh! Keluar! Eiiih... jijik!" "Tengoklah badan kau yang kotor! Berkurap! Najis! Kau tak layak duduk di rumah Allah!" Pak Tam hanya mendiamkan diri. Pak Tam dapat meraskan tubuh tuanya ditolak kasar, sehingga ke tangga masjid. Pak Tam hanya membiarkan. "Jangan kau datang lagi!!!" Pak Tam menundukkan muka, tiada lagi kekuatan dalam jasad tuanya.
Mata sepet Pak Tam melorot ke arah jemaah yang meninggalkan masjid. Matanya menghantar pandangan yang sayu ke arah batang tubuh seorang manusia yang berlaku kasar padanya tadi. "Astagfirullah....Pak Tam cuba membina benteng kesabaran dalam diri. Mulutnya kumat-kamit memuji-muji Allah.
Pak Imam duduk bersebelahan dengan Pak Tam, Pak Tam mengengsot sedikit, menjauhkan diri.. "jangan Pak Tam.." "Aku banyak dosa Imam..." "Seorang anak adam adalah sama darjatnya disisi Allah, hanya takwa dapat membezakan seorang manusia." "Aku ni dah tak ade nilai takwanya, bukan seorang manusia..." Jangan cakap macam tu, kita tetap hamba Allah..pintu taubat masih tebuka kepada setiap hambanya yang mahu beryukur." "Tidak terlambatkah imam? "
Tuk imam hanya mangeleng. "Sudah..yang lalu, jangan dikenang...biar aku bimbing engkau.." "Aku malu denga orang kampung." "Jangan malu dengan orang kampung, tapi malu dengan Allah. "
Tuk imam mengelus lembut belakang pak Tam , terasa damai. "Miaaaauuuu!" Tuk imam, tersenyum sambil melangkah. Pak tam mengikut langkah Pak Imam.
Seorang insan, seekor kucing, terus berjalan beriringan..
salam... patutnya cfite yg menginsafkn... x payah buat lawak kuceng tu pon crite nih dah okay... mcm saket ati plak ... mesej agama org buat main2~ x rase lawak lansung!
tu le pasal....aku pon sokong si ikan goreng... lg mau buat lawak sengal... tak baik tau orang dah beriye2 baca tp penulis seperti memainkan perasaan pembaca plak..... tak kena nak insafkan orang dengan cara cam ini. agak2 ler kalau nk berkarya tue.... tak kelakar pon tp sakit ati plak
logik lar sikit kalo nk menulis pon.... jangan main pakai hentam jerk.... kucing leh tau baca ayat Qursi ker? kucing boleh bercakap ker? pikir sebelum berkarya.bengong!!!!
Binatang pun ada perasaan ar...tapi korang tak tahu apa yang mereka PK...sbb korang bukan kucing...apa korang ingat kucing tak patuh pada Tuhannya ker?? pengarang citer nie cuma menceritakan nasib kucing 2...buatnyer dalam dunia nie ada kucing mengaji @ bercakap maunyer terbeliak mata korang...
citer ni best pd awalnye..sbb rse insaf sgt sbg manusia kite slalu alpha.tp ble da bab kucing tu rse cam xbole blah la plak.rsenye kalau xd kucing tu lg ok kot.citer da best da.slalu kite ni malu pd manusia tp xmalu pd yg MENCIPTA kite ni.gewd job!
Aku rs diz is one of tha outstanding piece of work yg aku bacer kt blog ney..msej2 yg menginsafkn though ending dier slamber jer wat reader bengang..hehe..way to go!!
alahai... ni la ending yg aku tcari-cari slama ni.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
grrrr.....sabar je la aku baca citer nie....wakenabeb!!!