Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
'Aku seperti kamu. Dalam hidupku aku temui ramai bidadari. Takut aku hendak menghampiri mereka, khuatir diriku sendiri yang akan membawa luka kepada mereka yang menyayangi aku.' Itu kata-kata Laith. Berulang-ulang kali aku sebut dalam hatiku. Terlalu besar keinginanku untuk memahaminya. Tapi hanya Tuhan tahu apa maksudnya… hanya Tuhan mengetahui perasaannya, sebagaimana Dia sahaja yang mengetahui perasaanku. Laith tahu. Dia tahu rancangannya sendiri. Dia tahu dia, mahupun aku, kami berdua takkan ke mana jika kami terus bersama. Dari dulu lagi dia tak ada sebab untuk percaya yang aku akan setia dengannya. Mungkin kerana dia sendiri tak pernah setia. Aku masih muda katanya. Ramai lagi orang yang bakal aku temui sepanjang hidupku. Kini aku rasakan itu benar. Jurang perbezaan dan umur antara kami tak mampu dirapatkan. Aku masih terlalu muda, dan seperti itu jugalah aku akan kekal pada dia sampai bila-bila. Terlalu muda dan tak sematang dia. Dia takkan mahu menunggu suatu yang tak pasti akan berlaku. Kalau aku, mungkin akupun akan begitu.Mungkin aku dan dia telah terpisah lama sebelum pertemuan kami lagi.
Dia dah pun bernikah, dengan perempuan yang tak berhak dilukai, oleh dia sendiri dengan kisah silamnya, mahupun oleh aku yang terlebih dulu mengenali dan mencintai dia… lebih-lebih lagi lah aku. Dusta lah namanya kalau aku katakan aku tak cemburu pada perempuan yang bergelar isterinya itu. Tapi mungkin aku patut bersyukur, kerana wanita itu aku lepas daripada banyak kesilapan. Silap yang mungkin lebih dari sekadar silap. Terlepas . Kerana wanita itu… kerana pilihan Laith sendiri. Mungkin aku bertuah kerana dia tak memilih aku. Entah benar atau tidak, mungkin aku takkan tahu… samaada cinta dia pernah bersama aku. Tak mungkin dia dapat mereka-reka perasaan sedalam itu jika langsung tidak pernah dirasainya biarpun sedikit cinta kepada aku.Tapi soalan itu rela aku tinggalkan seadanya. Biar luput sekali dengan harapan aku, harapan yang memang rasanya sudah terlalu sedikit untuk diakui wujud lagi dalam fikiranku. Keadaan tak lah seteruk mana. Lebih teruk jika dia tinggalkan aku untuk bersama perempuan lain yang akan ditinggalkannya juga suatu hari nanti. Jika itulah yang terjadi, memang hatiku takkan mampu lagi mencari sebab untuk mempertahankan dia. Sepertimana yang aku lakukan selama ini. Cuba mencari alasan untuk meyakinkan diriku bahawa dia lelaki yang baik. Lebih teruk lagi jika dia sudah bergelar suami pada ketika dia bersama aku, mengikrar sayang dan setianya padaku sedangkan sayangnya itu sepatutnya diberi kepada orang lain, hak milik orang lain. Tapi jika dia tinggalkan aku sebagai usahanya untuk membina cinta sebenar, aku relakan. Mungkin aku hanya seorang yang entah bagaimana tersesat dalam pencarian dia, dan dia tersesat dalam pencarianku. Hakikatnya dia telah berkahwin. Jadi tanggungjawabku adalah untuk memastikan aku tidak terus menjadi pihak ketiga dalam cerita mereka berdua. Tanpa ku sedari,mungkin itu lah kedudukanku selama aku bersamanya…sebagai pihak ketiga. Dari awal sampai akhir, meskipun aku terlebih dahulu mencintai Laith. Dan dengan doa ikhlasku agar mereka bahagia, aku tarik diriku jauh. Laith pernah katakan pada ku dulu, takkan dia biarkan apapun halang cinta kami. Dan jika dia tak pernah memaksudkan katanya itu padaku, biarlah dia ungkapkan pada isterinya sekarang kata itu sebagai janji.
Tuhan tolong aku alihkankan hidupku menuju arah yang baru. Tuhan yakinkan aku, aku tak tercicir cinta pada apa yang dah berlalu. Kadang-kala pada masa aku seorang dan perlukan sokongan, yang terlintas di fikiranku adalah nama dia. Laith… masih lagi Laith. Nama itu seperti terlalu nyata dalam mindaku, tak dapat aku sembunyikan. Tuhan maafkanlah aku jika mengungkapkan nama Laith dalam hati ini suatu dosa. Tamparan itu tak pernah tersipi. Yang mengenai aku itu bukanlah tempiasnya, Takkan senang aku gagahi, melepasi semua kesukaran ini. Tapi moga Tuhan permudahkan buat aku. Sesungguhnya Laith ditakdirkan untuk kekal diluar gapaian hidupku. Dia bukan untukku.
Aku masih melalui jalan-jalan yang kami lalui bersama dulu. Aku masih terpaksa hadapi pemandangan yang sama selagi aku ada disini. Masih lagi langit tanpa awan yang sama, angin laut hangat yang sama. Aku bagai masih tak terkeluar dari mimpi lama. Dunia ini, hidup ini terlalu indah… walaupun tanpa dia. Aku tak perlu tinggalkan semua ini hanya untuk tinggalkan kenangan pada tempatnya. Waktu-waktu itu akan terlucut sendiri dari jam tanganku. Tarikh-tarikh itu akan luput juga, tertanam dalam tulisan tangan ku sendiri dalam diari. Biar terbuku dengan kiriman ingatan sekali-sekala. Biar aku terus dalam mimpi ini, asalkan aku tak lena semula. Biar aku dan aku sendiri. Aku percaya sesetengah perkara terlalu rumit untuk dimengerti. Tapi biarlah… kadang-kala jauh lebih baik begitu. Ada kebenaran yang tak perlu dibongkar. Apa gunanya lepaskan fikiran merayau liar dalam kemungkinan yang tak berpenghujung?
Kelu lidahku katakan sayang jika tiada maknanya pada orang lain. Biarlah, tak usah aku ungkapkan lagi dalam masa terdekat ini. Jangan sampai aku belajar untuk merasa walau sedikit benci pada perkataan itu. Sesungguhnya sayang itu amat dalam. Biar aku fahami setiap inci kedalaman itu dahulu sebelum aku ucapkannya lagi bila ketika itu tiba nanti. Tunggu aku pasti caranya untuk kekal di tebing sayang yang diucapkan kepadaku oleh orang yang tidak tahu kedalaman sayangnya sendiri. Antara banyak-banyak orang, aku belajar dari Laith… jangan terlalu mudah memberi apabila yang diberi itu cinta. Kini cintaku sendiri sudah tiada pada aku. Laith tak pernah pulangkan apa yang diambilnya daripadaku. Baik benda itu konkrit, ataupun perasaan… semuanya menjadi milik dia untuk dibuang. Aku tak harus ambil kisah… aku mampu bina semula perasaan yang telah hilang, aku mampu cari sejahteraku sendiri, dan aku mampu buat semua itu tanpa mana-mana lelaki, apa tah lagi dia. Kami tak berhutang apa antara kami. Tiada apa untuk dilangsaikan. Cerita kami… sudah lama tamat, itupun kalau ia pernah wujud.
Aku menanti masa depan yang cerah. Banyak yang perlu aku usahakan. Biar itu jadi tumpuanku sekarang. Aku dah tak punya alasan untuk kekal tak berganjak. Aku bebas untuk membawa diriku ke hujung dunia, jika itu yang perlu. Tak ada sekatan, tak ada hati lain yang perlu aku risaukan. Yang ada cuma impianku sendiri. Impian yang wujud lama sebelum aku mengenali Laith. Ya, dialah yang memperkukuhkan impianku, dia merapatkan jurang antara aku dan kejayaan itu. Tapi dia bukan separuh kekuatanku. Dulu ada orang yang selalu ingatkan aku, yakinkan aku. Aku boleh mengadu, merengek meminta dibebaskan dari keraguan, dari kerisauan yang sungguh merimaskan. Dialah yang selalunya menyelesakan aku. Aku jumpa rasa selamat dalam setiap kata-kata Laith. Dia bagaikan sudah lebih yakin dari diriku sendiri, yang aku boleh mengharungi halangan-halangan yang menantiku. Mungkin kerana itu juga lah dia sanggup tinggalkan aku. Dia tahu aku takkan apa-apa. Dia tahu aku boleh hidup tanpa dia. Kini aku hanya ada diriku sendiri. Aku bergantung pada diriku sendiri.Dan aku mampu. Entah aku mampu samaada kerana terpaksa, atau memang itu yang sepatutnya. Jikalah suatu hari nanti aku bertemu dengan Laith semula, aku takkan berkata apa. Biar dia lihat sendiri sejauh mana aku boleh bawa diriku. Aku kira dia juga takkan terkata apa. Pada masa itu, aku akan berada pada kedudukan diluar bayangan dia. Cukuplah jika aku dapat buktikan diriku, dengan hanya sekadar senyuman. Aku pasti dia akan mengerti, cukup untuk menyedari kemampuanku. Tak perlu lebih dari itu. Aku tahu hakikat masa laluku, begitu juga dia. Biarlah hakikat itu kekal hanya dalam pengetahuan kami masing-masing.
kalau ssuatu tu bkn milik kta, baik lepaskan dan jgn mharap lg..nnt sendiri yg sedih n susah hati..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
boringnye....x best lah