Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Lama sudah aku di sini,menanti dan terus menanti akan kedatangannya.Aku masih belum pernah merasa bosan kerana keinginan hati ini untuk berjumpa dengannya masih kukuh.Janji pertama kami tersemat rapi di dada.Aku percaya dengan kesabaran ini aku akan pasti jua bersua muka dengannya.Biarpun aku sendiri mengakui penantian adalah satu penyiksaan namun apa lagi yang mampu aku lakukan selain menanamkan sedikit ketabahan dan mengasah kesabaran. Selama tiga tahun yang telah pun berlalu aku merasai penderitaan penantian ini, mungkin dengan menunggu sedikit masa lagi dia akan hadir jua.Tidak mungkin aku akan berputus asa saat ini.Masa yang aku habiskan untuk penantian ini akan jadi sia-sia jika aku mengalah.Setidak-tidaknya aku akan memperolehi sesuatu yang berharga dari kerja ini.Selalunya kita akan berputus asa sedangkan kita sudah hampir benar dengan garis penamat.Kerana itulah aku tetap setia menanti kerana hati ini percaya yang dia akan ku temui tidak lama lagi.
Senja yang berlalu,malam pula menjelma kemudian pagi mengucapkan selamat pada setiap penghuni dunia dan kitaran ini berterusan selanjutnya,aku lalui dengan penuh kerinduan padanya.Wajahnya dikenang dalam sedar mahupun tidak.Bagaimana dapat aku lupakan dia yang sentiasa bertakhta di hati dalam sanubari berjiwa tulus ini.Tidak mungkin,hanya itu jawapan yang aku temui setiap kali ada yang menyoal ataupun si hati cuba menerima cinta yang lain.Apakah aku si pujangga setia yang sentiasa takkan jemu dengan si gadis murni?Segala macam persoalan cuba ku urai satu persatu kerana bagiku tanpa cinta,dunia sendiri akan sunyi. Bagaimana diri yang perlukan hiburan,cinta akan datang selepasnya.Namun sebenarnya cinta itu bertiangkan komitmen mereka yang menaungi ia.
Bintang dan bulan sentiasa berteman,sentiasa bersama,biarpun kadangkala tidak dinampak oleh mata tetapi tetap ada.Si bintang yang ceria dan si bulan yang damai takkan terpisah oleh masa cuma tak dapat dilihat oleh suasana atau keadaan bagi mereka yang memandang di datar bumi dalam gelapnya malam yang menghuni.Apa tidaknya,kerana setiap malam yang datang sentiasa berbeza.Adakalanya langit gelap gelita tak terhias oleh satupun cahaya disebabkan awan yang mendung dan tebal.Si bulan pula akan sentiasa berubah dengan kitaran fasanya mengikut masa. Hanya si bintang yang setia dan ceria dengan sinarnya,ada terang dan ada yang tidak.Berkelip-kelip dengan makna.Jauh mendiami dari bumi terletak di cekerawala Maha Pencipta.
Aku ialah Bintang.Kisah asalnya namaku ini,apabila ibu melahirkan aku di tepi denai sebelum sempat ayah membawa ibu ke rumah sakit terdekat.Malam itu,cerita ibu waktu aku masih lagi kanak-kanak,langit penuh dihiasi bintang-bintang yang bertaburan membentuk buruj-buruj yang pernah aku belajar di sekolah dulu.Ibu terpegun seketika melihat keindahan malam waktu itu setelah melahirkan aku.Bertemankan perasaan gembira dan bersyukur,ibu lantas memberitahu ayah akan nama yang ibu ingin berikan kepada anak sulung mereka.Kata ibu,malam kelahiranku adalah malam yang bertuah namun pada waktu itu kata ibu lagi,bulan tidak mempamerkan wajahnya.Aku tidak lahir di malam bulan purnama,bukan jua di waktu bulan separa atau di bawah bulan yang masih sabit.Namun dikala bulan tidak kelihatan bersama bintang.Tetapi aku tetap rasa bertuah kerana ibu berkata begitu dan membuatkan aku percaya.
Hidup sebagai anak kampung memang seronok.Kenakalan setiap anak kampung tidak boleh dinafikan.Pelbagai permainan dicuba dari gasing hinggalah ke layang-layang, mencecah batas-batas sawah hinggalah ke paya,di gigit nyamuk hinggalah dihinggap lintah.Semua ceruk kampung sudah dirayau tetapi tempat yang selalu dikunjungi untuk bermain hanyalah denai penyambut kehadiranku ke muka bumi.Dan yang membuatkan aku lebih suka untuk bermain di situ ialah kerana ibu dan ayah tidak akan pernah marah biarpun selewat mana aku pulang ke rumah selepas bermain.Biarpun badan dibasahi peluh atau pakaian disaluti lumpur.Cukuplah sekadar ayah melihat aku berada di denai itu dari jauh dan dia akan pulang ke rumah tanpa kebimbangan.Telah aku namakan denai itu dengan namaku, denai Bintang. Bulan,si gadis kecil yang mula-mula aku lihat 15 tahun dahulu berumah di tepi sawah. Dengan hanya berdiri di tepi denai Bintang aku akan dapat melihat rumahnya.Di waktu umur tujuh tahun itu,aku sudah menyukai Bulan biarpun dia tidak berkawan denganku mahupun bermain bersama-sama.Ayahnya seorang pembuat wau dan di kampung kami, ayahnya jugalah yang terhandal bermain wau.Mungkin kerana itulah Bulan mendapat namanya dari wau bulan.Ramai kanak-kanak sebayaku berpendapat Bulan seorang yang sombong kerana langsung tidak mahu bermain dengan kami.Mereka semua tidak sukakan Bulan,tetapi aku tidak percaya.Aku tetap sukakannya. Dan hingga saat ini,aku setia menanti Bulan.Sang pujangga merindui bulan.
Apabila aku berumur 13 tahun,barulah pertama kali kami bertegur sapa.Di bawah satu bumbung sekolah yang sama,Bulan yang setahun muda dariku menumpang motokar ayah untuk berulang-alik dari sekolah.Dengan itu setiap hari adalah hari yang mengandungi peluang untuk aku menatap wajah Bulan.Senyumannya juga.Bulan masih malu-malu denganku,dia tidak akan bersuara selagi aku tidak mula bertanya.Dan selalunya dia hanya akan tersenyum dengan pertanyaan yang aku ajukan.Tetapi lama kelamaan dia semakin pandai berbual namun sifatnya yang pemalu tetap tidak terhakis dengan arus kedewasaan.Ayah seolah-olah mengetahui perasaan yang aku sembunyikan dari Bulan waktu itu. Dengan pernyataannya yang tidak mengandungi unsur halangan,ayah menasihati aku supaya meluahkannya di saat aku merasakan sudah sampai waktunya berbuat demikian untuk seorang anak gadis selayaknya tuan puteri. 'Bulan,mari kita pulang bersama.Ayah menyuruh saya pulang sendiri kerana ada hal katanya.'Aku memandang bebola mata Bulan tepat. 'Betul ke?Saya pulang sendirianlah.'Bulan mula melangkah menjauhi. 'Tak boleh!Kita mesti pulang bersama.'Langkah Bulan yang kedua terhenti. 'Kenapa?' 'Bahaya.Tentu ayah akan marah saya kalau tinggalkan Bulan sendirian.' 'Baiklah tapi awak jalan belakang saya saja.' Perjalanan pulang yang aku rasakan indah biarpun tanpa suara,desir angin yang hanya kedengaran dan suara mereka yang berdekatan.Batang tubuh Bulan sentiasa di hadapan tidak terlepas dari pandangan.Sampai sahaja di denai Bintang,aku memanggil Bulan. 'Saya ada sesuatu ingin dikatakan tetapi bukan sekarang.' 'Awak jangan main-mainlah Bintang.Kalau nak cakap,cakaplah sekarang.Saya nak cepat ni,nanti bapak marah.' 'Tentu saya akan cakap pada awak kelak.Awak ada menyukai seseorang tak?' 'Mungkin.Saya pulang dulu.'Kali ini langkah Bulan tidak lagi cuba aku hentikan.
Bintang di langit kelip engkau disana,memberi cahayanya di setiap insan Malam yang dingin kuharap engkau datang,memberikan kerinduan Mekar sendiri ditengah gelap malam,hanya untuk mencuri cetus sinaran Dan terasa sewaktu melewati hidupnya,hanya pagi menjelang berganti malam Oh bintang tetaplah pastikan cahayanya sinari langkahku setiap saat Bintangkan tersenyum,berikan kucupan segetirnya
Bait-bait kata indah yang diberikan Bulan padaku masih dalam ingatan,yang ditujukan sebelum perpisahan ketika aku meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di bandar.Tahulah aku kala itu bahawa akulah yang disukainya. Pernah aku membenci diri sendiri kerana tidak mampu mencuri hati Bulan dan menganggap Bulan dimiliki hatinya oleh orang lain,tetapi ternyata akulah satu-satunya bintang yang yang bersinar di hatinya.Waktu perpisahan itu,aku telah meluahkan isi hatiku sedalamnya pada Bulan yang kelihatan bergenang air mata suci di kelopak matanya.Terpalit sebuah janji agar kami ketemu semula di denai Bintang apabila aku telah berjaya,untuk membina mahligai bahagia kami selepasnya.Kerana itulah segala penantian selama ini masih lagi sebuah penantian.Bulan masih belum muncul di denai Bintang. Dalam surat Bulan yang terakhir padaku empat tahun dulu,dia dengan sedihnya memberitahu yang ibu bapanya ingin mengahwinkannya dengan seorang anak kampung kami yang kononnya telah berjaya di bandar.Aku segera pulang ke kampung untuk bertemu Bulan namun Bulan telah melarikan diri entah kemana kerana enggan berkahwin.Sekali lagi aku gagal menghentikan langkahnya.Pernah aku dipersalahkan, dituduh sebagai punca Bulan menghilangkan diri dan yang lebih pedih lagi ada yang mengatakan aku menyembunyikan Bulan.Aku terpaksa menelan pahit segala tuduhan kesalahan yang bukan langsung dari diri ini.Jika cinta yang tersemat di hati kami satu kesalahan,mungkin benar aku bersalah. Aku pulang ke kampung sekali lagi dengan hasrat hati agar Bulan akan aku temui. Denai Bintang aku kunjungi buat entah ke berapa kali.Selepas solat Isyak di masjid,aku berjalan kaki melalui denai untuk pulang ke rumah.Sengaja aku berhenti seketika memandang langit yang gelap pekat.Kelihatan gugusan bintang yang meriah bertaburan tetapi wajah bulan belum kelihatan, mungkin terlindung oleh awan kerana malam ini adalah bulan purnama.Bunyi geseran jejak kaki dengan tanah hinggap di deria telinga.Aku memandang ke arah bunyi terhasil,mencari-cari gerak tubuh manusia.Langkah yang semakin hampir akhirnya berhenti,berdiri sebatang tubuh sejauh satu meter dari aku.Tubuh yang pernah ku ekori dan di nanti selama ini.Bulan akhirnya menjelma dari gelap malam yang hanya berdiri Bintang yang sedang menanti setia.Penantian telah berakhir.Penyiksaan yang berkumpul terurai.Angin segetirnya bertiup kencang,segera tangan ini memeluk tubuh yang kedinginan.Bulan purnama melihatkan sinarnya setelah awan gelap terusir oleh angin tadi.Langit bertambah indah,Bintang bertemankan Bulan. 'Mahligai bahagia kita akan terbina Bulan,Bintang dan Bulan tak kan berpisah lagi.' 'Bulan dan Bintang sentiasa bersama tapi hanya akan hidup di hati.Bulan tak kan dapat berganding dengan Bintang di mahligai bahagia.' 'Kenapa Bulan cakap macam tu.Apa Bulan kembali ini bukan untuk kita bersatu?' 'Bulan hanya indah pada luaran,di pandangan mata saja.Tapi hakikatnya tidak.Bulan tak layak untuk Bintang.'Air mata Bulan bergenang,menunggu masa untuk jatuh. 'Apa maksudnya kata-kata Bulan ni?Pada Bintang,Bulan sentiasa cantik,sentiasa suci.' 'Bulan bukan gadis suci yang Bintang kenali.Bagaimana boleh Bulan layak bersama Bintang.'Melihat air mata Bulan yang jatuh,perasaan ku tersentuh hiba. 'Bulan,tahu berapa lama Bintang setia menunggu untuk Bulan agar dapat kita bersatu?Bintang tak nak kehilangan Bulan lagi.Bulan tetap suci pada Bintang.' 'Bulan penuh noda.'Hujan air mata Bulan makin lebat. Aku menghampiri Bulan,merenung wajahnya dalam-dalam dan matanya yang bundar.Pipi gebu Bulan yang telah dibasahi hujan kesedihan itu,aku sentuh damai.Aku tetap ingin bersamamu Bulan.Bintang tetap akan menerima Bulan.Terdengar hembusan halus nafas Bulan,mungkin untuk melepaskan kesedihan.Ku sentuh jemari Bulan yang halus dan digenggam erat,Bulan berada hampir dengan Bintang dan tidak ingin berjauhan lagi.Denai Bintang disusuri Bulan dan Bintang,berpegangan tangan dengan menuju matlamat yang satu,mahligai bahagia.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bersasteranya!!