BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, Jun 07, 2008
Cerpen : Along Sayang
Babyme Farra
babyme_farra@yahoo.com

Sudah hampir satu jam aku duduk berteleku di muka jendela. Termenung sambil menikmati panorama senja di Taman Chendana, kawasan kediamanku sejak sepuluh tahun yang dulu. Sesekali aku bingkas mengubah pandangan. Namun anak mataku masih tidak lepas daripada memandang ke arah matahari yang sedang tenggelam di kaki langit. Aku mengelamun jauh. Tanpa disedari, air mata mula menitis di pipi. Hati aku berkecamuk. Tidak pasti sama ada aku mampu untuk memaafkan Along, satu-satunya abang kandung yang aku ada. Aku masih lagi mengingati peristiwa yang berlaku antara aku dan Along pada dua minggu yang lepas. Peristiwa malang yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Kerana peristiwa itulah aku dan Along tidak bertegur sapa sehingga sekarang.

------------------------------------------

"Daniel, adik kesayangan you dah balik. " Seorang wanita muda berkata tatkala aku melangkah masuk ke dalam banglo tiga tingkat kepunyaan keluargaku. Sinis sekali nada kata-kata wanita itu. Huh! Benci sungguh aku melihatnya. Kerana dialah Along tidak seperti Along aku yang dulu. Kerana dialah Along kini telah banyak berubah. Berubah sama sekali. Dialah Kak Tina, teman sekuliah yang Along kenali sewaktu di kampus.
Dulu, sebelum Kak Tina hadir dalam hidup Along, Along banyak meluangkan masanya bersama aku. Segala kemahuan aku dipenuhi. Alonglah tempat aku bermanja siang dan malam. Tapi kini, semuanya tinggal kenangan. Masa Along kini banyak dipenuhi dengan kehadiran Kak Tina, ratu hidupnya sejak lima bulan yang dulu. Kemahuan Kak Tina juga setiap satunya dituruti. Siang dan malam bersama Kak Tina. Sedangkan aku, dibiarkan keseorangan di rumah sepanjang waktu. Hanya bertemankan dinding batu yang tidak boleh berbicara dan berkawan dengan perabot kayu yang tegak seperti tunggul. Mama dan papa pula sentiasa sibuk dengan kerja mereka. ‘Out station’ sampai berhari-hari. Hendak berbicara dengan pembantu rumah dan pemandu keluargaku, apalah yang mereka boleh bualkan sangat. Alih-alih, bab zaman Jepun jugak yang Mak Ani dan Pak Daud ceritakan. Telinga aku dah lali dengan itu semua. Aku kini cuma rindukan Along. Aku rindukan belaian, gurauan, senyuman dan tawanya. Ya Tuhan! Aku rindukan semua itu.
" Q tahu jam dah pukul berapa sekarang ni?!" Suara Along keras. Langkahan aku terhenti. Belum pernah dalam seumur hidup aku, Along menyoal dengan nada suara yang sebegitu rupa. Kak Tina, kau sudah berjaya.
Aku berpaling, segera melihat jam di dinding.
" Pukul lima." Jawap aku bena tak bena.
" Tahu pun. Sekolah tamat pukul dua tadi. Q ke mana selepas tu?" Kak Tina pula menyampuk. Aku menjeling tajam ke arahnya. Dia memang sengaja mahu mengundang kemarahanku.
" Kak Tina jangan nak menyibuk. Ini soal Along dan Q. Kak Tina tiada kena-mengena dengan hal ini!!" Jerkah aku kepada Kak Tina.

Pangg…!!!

Tangan sasa Along hinggap di pipi kiriku. Aku tersungkur. Pipi aku kebas. Terasa sakit yang teramat sangat. Kepala aku menjadi pening. Bibirku, ahh! Darah mula keluar setitis dua. Memang benar kata orang, tamparan daripada seorang lelaki adalah amat berbisa. Aku berani mengatakannya kerana aku telah merasainya buat pertama kali dalam hidup aku.

" Kenapa Along? Kenapa? Apa salah Q? Along yang dah berjanji nak jemput Q pulang dari sekolah hari ni. Dua jam Q tunggu Along. Along ke mana? Mesti bersama Kak Tina kan? Kalau Q tahu dari awal lagi yang semua ini akan terjadi, lebih baik Pak Daud saja yang hantar dan jemput Q seperti biasa. Sudah berkali-kali Along memungkiri janji. Q dah tak tahan lagi. Along yang bersalah. Q kesal Along sebab Along lebihkan Kak Tina daripada Q, adik Along sendiri." Aku bersuara lantang. Entah dari mana datangnya kekuatan untuk aku bersuara sebegitu. Tapi aku puas kerana gelodak dalam jiwa aku sudah disuarakan. Along mengeluh. Dia terduduk di atas sofa, memandang ke lantai dengan pandangan kosong.
" Maafkan Along, Q." Along bersuara seraya cuba mengangkat tubuh kecilku. Aku menepis tangan Along lantas menolaknya sekuat yang termampu. Giliran Along pula tersungkur. Aku cuba sedaya-upaya menguatkan tenaga untuk berdiri. Aku memandang Kak Tina. Dia tersenyum sinis. Ternyata dia gembira melihat aku diperlakukan begitu. Lantas pandanganku beralih kepada Along. Ada satu sinar kekesalan yang wujud di anak matanya. Raut wajahnya pula, seakan memohon simpati agar dimaafkan. Ahh, tak mungkin!
" Q benci Along!!!" Jerit aku sekuat hati sambil bergegas meninggalkan Along dan Kak Tina di ruang tamu.

" Qiwhardhanie, mari makan sayang." Suara Mak Ani menghentikan lamunanku. Tangan aku cepat-cepat mengesat air mata yang mengalir. Cepat sungguh malam berlabuh. Rasanya baru sebentar tadi mataku menjamah sinar senja yang sudah pun hilang dibalik cahaya rembulan yang hebat menerangi. Dedaun jendela pantas aku rapatkan. Sudah tiba masanya untuk aku makan malam. Pasti akan bertentang mata dengan Along ketika makan nanti. Ahh! Bencinya aku.
Sewaktu menuruni tangga, aku lihat hanya mama dan papa sahaja yang ada di meja makan. Ermm… Pelik… Selalunya Along pasti sudah tercegat di meja makan pada waktu begini, mencedok nasi bersama gulai ke dalam pinggan dan terus disuapkan ke dalam mulutnya. Berlainan pula rasanya untuk malam ini.
" Along ke mana?" Soal aku, sengaja memberanikan diri bertanyakan soalan maut itu kepada mama dan papa. Mereka berpandangan sesama sendiri. Mungkin tidak menyangka aku akan bertanya tentang Along, sedangkan mereka sendiri tahu betapa renggangnya hubungan antara kami dua beradik.
" Entahlah… Katanya mahu ke kedai sekejap tadi. Tapi dah berjam-jam dia pergi, masih tak pulang-pulang lagi." Balas mama kepada pertanyaanku. Sambil itu ekor mataku sempat lagi mengerling ke arah jam yang menghiasi ruang makan. Awal lagi, baru pukul 8 malam! Desis hati kecilku.
" Ada hal agaknya tu." Papa pula berkata. Aku menganggukkan kepala lantas tanganku mula mencedok nasi ke dalam pinggan.

Ring…!!! Bunyi deringan telefon berkali-kali mengganggu konsentrasi. Memang membingitkan telinga.

" Tuan, panggilan untuk tuan ." Mak Ani bersuara tidak lama selepas menjawap panggilan itu.
Papa pantas berlari mendapatkannya. Setelah beberapa ketika, aku terkejut melihat ganggang telefon yang tiba-tiba terlepas daripada genggaman papa. Belum pun sesuap nasi mama telan, dia bergegas mendapatkan papa yang terduduk kaku. Aku pelik melihat keadaan mama yang kemudiannya jadi tidak tentu arah. Apa yang tak kena?
"Q, kita pergi ke hospital sekarang juga. Along accident." Papa bersuara secara tiba-tiba. Aku tersentak. Along!

-------------------------------

Aku berdiri tegak di tepi dinding wad. Hati aku sebak. Aku sedih melihat keadaan Along. Berbalut di kepala dan bertampal di sana sini. Tapi Along masih lagi bertuah kerana wajah kacaknya tidak tercalar walau sedikit pun. Mujurlah Along masih lagi dalam keadaan sedar.
" Q, mari sini sayang…" Mama memanggil nama aku lembut sambil berdiri. Dia bagaikan mahu memberi ruang untuk aku dan Along berbicara berdua. Mama kemudiannya berjalan keluar bersama papa. Sewaktu melintasi diriku, mama mengangguk perlahan sambil matanya dilirik ke arah Along. Aku tersenyum tipis tanda mengerti dengan isyarat yang mama berikan. Perlahan-lahan langkah kaki ku orak ke arah Along. Segera aku duduk di atas kerusi yang tersedia.
" Maafkan Along, Q." Ujar Along perlahan.
" It’s okay. Q dah lupakan pun. And Q bersalah juga pada Along. So, no need to say sorry." Aku mula bercakap dengan Along setelah 2 minggu tidak bertegur sapa.
" Along tak sangka hubungan kita boleh jadi seteruk itu. Sebab perempuan tu, kita adik-beradik jadi musuh. "
" Sounds like Along ada problem dengan Kak Tina."
" Dia pasang lelaki lain. Dah lama dah. But baru tadi Along ternampak dia berkepit dengan sorang mamat tu waktu dalam perjalanan pulang. Tak guna punya perempuan. Sebab dialah Along accident."
" Dahlah tu. Along jangan fikir pasal tu lagi. Just take care of your health okay. Get enough rest."
" Thanks. Along sayang Q."
" Sayang Along juga." Balas aku manja.

Tangan kanan Along lantas mengusap pipiku yang pernah menjadi habuan tangannya dulu. Aku rindukan belaian itu. Sudah lama Along tidak membelai diriku. Aku bingkas menggenggam erat tangannya. Along membuka genggaman tangan kirinya pula. Loket berlian dihiasi buah berbentuk hati diletakkan di atas tapak tanganku. Cantik, biarpun telah bersalut darah. Aku lantas pakaikannya di leher. Walau hanyir berbau darah, aku tidak peduli. Kerana darah itu adalah darah Along. Darah Along yang turut mengalir dalam tubuhku. Satu-satunya Along yang aku ada dan satu-satunya Along yang aku sayang. Aku tersenyum tipis. Along membalasnya tetapi keadaan Along tiba-tiba berubah.

" Along, kenapa ni? Tolong jangan tinggalkan Q. Q masih perlukan Along. Q sayang Along." Aku bersuara dalam esakan tatkala melihat dada Along yang mula berombak kencang. Dahi Along pula berkerut-kerut bagaikan sedang menahan kesakitan yang teramat sangat. Sebelum tangannya dilepaskan, aku kucup lembut jari-jemarinya. Berat rasanya untuk melangkah pergi dan meninggalkan Along keseorangan.
" Mama, papa, Abang Thaqif, tolong…!" Aku menjerit sambil berlari keluar. Semua orang memandang aku. Semuanya terpinga-pinga. Ahh! Aku tidak peduli dengan mereka semua. Dengan segera aku menuju ke arah kaunter jururawat yang terletak di penjuru kanan wad Along ditempatkan. Tercungap-cungap aku memberitahu kepada dua orang jururawat yang ada di situ tentang keadaan Along. Cekap mereka menjalankan tugas. Dengan sepantas kilat Abang Thaqif sudah ada di depan mata. Dan aku diminta memanggil mama dan papa seberapa segera di kafeteria hospital.

----------------------------------

" Uncle, auntie, kami telah mencuba sedaya upaya kami. Daniel masih mampu bertahan. Tapi siapa tahu esok lusa, mungkin dia akan meninggalkan kita. Soal hidup dan mati ini, adalah di luar bidang kuasa kami. Kita hanya perlu berserah kepada Tuhan." Doktor Thaqif iaitu doktor keluargaku berkata sebaik sahaja aku, mama dan papa tiba di biliknya. Tersandar aku di tepi dinding tatkala mendengar kata-kata doktor muda itu. Lutut aku terasa lemah yang teramat sangat. Jantung aku bagaikan mahu gugur. Sampai begini sekali aku diuji? Ya Allah, berikanlah hambamu ini kekuatan untuk menempuhinya…
" Maafkan abang, Q. Abang rasa lebih baik kalau Q pergi jumpa Along sekarang." Doktor Thaqif bersuara sayu sambil membelai lembut rambutku. Aku mengangguk perlahan. Tanpa menoleh ke belakang, aku pantas berlari menuju ke wad Along ditempatkan. Doktor Thaqif aku tinggalkan sendirian. Larianku terhenti di pintu wad bernombor 1009. Aku berdiri kaku di hadapan pintu wad berwarna biru itu. Disebalik kejernihan cermin dari luar, dapat aku lihat Along terbaring diatas katil dan mama di sisi meratap sambil menggenggam erat tangannya. Papa pula asyik mundar-mandir di tepi jendela, tak ubah gayanya seperti seorang Perdana Menteri yang sedang asyik memikirkan masalah negara. Kepiluan menyelebungi diri aku tatkala menyaksikan semua itu. Tabah! Itu yang perlu aku lakukan sekarang. Aku perlu tabah untuk menyaksikan dan melalui itu semua. Dengan perlahan dedaun pintu aku kuak.
Sebaik sahaja melangkah masuk, setitis air mata aku gugur. Bagaikan tidak dapat ditahan, titisan yang kedua pula menyusul. Kemudian tiga, empat dan akhirnya berhamburan keluar menuruni lekuk pipiku. Along sudah tidak sedarkan diri. Keadaannya menjadi semakin kritikal. Dia terpaksa bernafas dengan berbekalkan alat bantuan pernafasan. Jiwa aku sudah tidak keruan. Di dalam hatiku sempat bertanya. Sampai bilakah keadaan Along akan berterusan begini?
Ya Tuhan, andai ini hukuman yang terpaksa dibayarnya kerana berkasar dengan aku tempohari, aku turut rela dihukum kerana aku jua bersalah. Bersalah kerana tidak bertegur sapa dengannya untuk satu tempoh yang agak lama. Bersalah kerana tidak bersimpati walau sedikit pun untuk memaafkan dirinya biarpun telah berkali-kali dia merayu. Rela aku yang sengsara daripada melihat dia menanggung derita. Ya Tuhan!

--------------------------

Fikiran aku mula melayang. Jauh. Detik di waktu Along memohon maaf kepada aku dua hari selepas pergaduhan itu, menerjah ke ruang fikiran.
" Q, maafkan Along sayang." Along berkata kepada aku sambil menahan aku daripada terus masuk ke dalam bilik selepas makan malam.
" Tepilah, Q nak masuk." Tempelak aku lantas menolak tubuh Along ke tepi. Namun aku hanya seorang perempuan. Ternyata khudrat aku tidak setanding khudrat Along yang berkali ganda kuatnya berbanding aku. Dia masih lagi gagah berdiri menghalang aku daripada membolosi pintu bilik.
" Q, jangan buat Along macam ni. Jangan seksa Along sampai begini sekali." Along merintih pilu. Berkali-kali dia mengulangi ayat yang sama, namun aku hanya diam membisu. Cuma mampu mengetap bibir menahan marah.
" Along tahu Along bersalah. Along tak patut buat Q macam tu. Along merayu, Q. Maafkanlah Along." Along lantas memegang erat kedua-dua belah lenganku.
Aku terkesima. Terasa sakit lengan aku akibat digenggam kuat. Pantas aku cuba meleraikan genggaman itu. Menyedari perbuatannya itu hanya menyakitkan aku, lalu tanganku segera dilepaskan.
" Kebisuan Q sudah menerangkan segala-galanya. Along memang tak layak dimaafkan. Jika Q merasa gembira dengan berbuat begini, Along redha. Along turut bahagia asalkan Q gembira. Tetapi untuk kali terakhir, andainya masih ada ruang bagi abangmu ini mendiami hatimu dik, maafkanlah." Along beralah. Dia mula mengalirkan air mata. Along, stop it! Mahu sahaja ayat itu aku luahkan. Namun aku tidak berdaya. Keegoan masih lagi menebal dalam diri ini.
Along kemudiannya berlalu meninggalkan aku yang turut menitiskan mutiara jernih sama sepertinya. Kata-katanya benar-benar membuatkan aku menjadi sebak. Tapi tidak tahu mengapa jiwa aku masih lagi terlalu keras untuk memaafkan Along.

------------------------------------

Sudah tiga hari Along tidak sedarkan diri. Sudah tiga hari juga aku menjadi peneman setianya. Berbual-bual dengannya, bergurau senda, bergelak ketawa, tidak ubah seperti waktu dulu, waktu sebelum kehadiran Kak Tina. Walaupun aku tahu Along tidak akan membalas setiap perbuatan dan perkataanku, tapi aku pasti dia mendengarnya. Selama tiga hari aku di hospital, selama itulah air mata aku tidak henti keluar. Aku sanggup tidak hadir ke sekolah demi Along walaupun peperiksaan percubaan SPM akan berlangsung tidak lama lagi. Mungkin aku sudah ketinggalan banyak matapelajaran. Namun demi Along, aku rela.
Loket berlian yang mungkin akan menjadi pemberian terakhir Along aku tatap. Buah berbentuk hati yang menghiasi loket itu lantas aku bukakan. Gambar aku dan Along terpahat di dalamnya. Bingkas aku kucupi gambar Along. Sedih berbaur pilu. Itu yang aku rasakan sekarang. Mutiara jernih mula membasahi pipiku. Tangan Along kugenggam erat. Jarang sekali aku lepaskan genggaman itu. Sedang aku asyik melayan perasaan, tiba-tiba sesuatu yang tidak disangka terjadi. Along mula menggerakkan jari-jemarinya. Dengan perlahan dia membuka mata.

"Q…" Along bersuara lembut menyebut namaku.
Aku tersenyum lantas menadah tangan, bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana masih memberi peluang untuk aku dan Along bersama.

--------------------------

Along menunjukkan perubahan demi perubahan setelah satu minggu sedarkan diri. Aku mula berkeyakinan bahawa Along akan sembuh sepenuhnya tidak lama lagi. Tapi Abang Thaqif melarang aku daripada terus menaruh harapan. Dia takut kiranya keyakinan aku akan punah kerana Along masih lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Ahh, kalut! Itu cuma mainan perasaan Abang Thaqif sahaja.
Aku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Setelah satu minggu Along menunjukkan tanda akan pulih, keadaannya mula berubah. Along sering kali mengalami sesak nafas dan muntah-muntah. Kepalanya juga sering sakit. Kerana itulah Along masih lagi tidak dibenarkan pulang ke rumah. Kata-kata Abang Thaqif mula bermain di benak hatiku. Apakah kata-katanya itu akan menjadi kenyataan?
------------------------------------------

" Good night." Ucap aku seperti malam-malam yang sebelumnya sambil mengucup dahi Along. Along sudah pun memejamkan matanya namun aku sedikit pun tidak rasa mengantuk. Angin malam yang masuk menerusi jendela wad yang terbuka, membuatkan aku rasa nyaman. Lantas kakiku bagaikan ditarik supaya melangkah ke arahnya. Tenangnya aku rasakan pada waktu ini. Bintang-bintang yang bertaburan di langit menyerlahkan lagi keindahan malam. Betapa aku mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan.
" Q… Q…" Kedengaran suara Along sayup-sayup memanggil namaku kala sedang leka menghirup udara malam. Aku bergegas ke arah Along. Dia lantas menggenggam erat tanganku. Aku terkejut. Keadaan Along menjadi seperti dulu. Dadanya berombak kencang. Nafasnya turun naik dan dahinya juga berkerut-kerut. Semuanya tidak ubah seperti sebelum dia tidak sedar diri dahulu.
" Sabar Along. Q panggilkan Abang Thaqif. Along tunggu ya." Aku cuba menenangkan Along. Genggaman tangannya cuba aku lepaskan. Tapi aku tak berdaya.
" Jangan pergi, Q. Jangan tinggalkan Along." Antara dengar dan tidak aku mendengar Along bersuara seakan-akan tidak merelakan permergian aku untuk mendapatkan bantuan. Dia semakin erat menggenggam tanganku. Ya Allah, mungkinkah masa untuk Along ‘pergi’ telah tiba? Hanya tinggal aku seorang di dalam wad berwarna biru ini. Mama dan papa tiada di sini. Apa yang perlu aku lakukan?
" Mengucap Along..." Ucap aku lagi sambil melafazkan dua kalimah syahadat ke telinga kanannya. Along bingkas menanggalkan alat yang selama ini membantunya bernafas. Dalam kesamaran dek air mata yang berhamburan keluar, dapat aku lihat Along sedang menggerakkan bibirnya perlahan. Naluri hatiku bersuara bahawa ada sesuatu yang ingin Along katakan. Lantas aku dekatkan telingaku ke bibirnya.
" Along sayang Q." Hanya ayat itu yang dapat aku dengari. Along tiba-tiba diam kaku. Dadanya sudah tidak berombak kencang lagi. Kelopak matanya kini tertutup rapat. Mungkinkah…?
" Abang Thaqif…!!!"
---------------------------------------------

" Oh Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kepada-Mu aku bersujud memohon keampunan. Kepada-Mu aku menyerah diri. Berilah aku kebahagiaan, berilah aku kekuatan, berilah aku ketabahan dan berilah aku penawar segala kesakitan. Maha Suci Engkau, aku pohon keredhaan-Mu yang hakiki."
Ketenangan menyelinap sebentar selepas menunaikan solat fardhu Isyak. Aku lantas duduk bersandar di tepi birai katil. Potret arwah Along yang menghiasi sudut sebelah kanan katil, aku pandang sayu. Along pergi jua meninggalkan aku buat selama-lamanya. Gegaran otak yang berpunca daripada kemalangan itu telah ‘merampas’ Along daripada aku. Patutlah abang Thaqif melarang aku daripada menaruh harapan terlalu tinggi, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Dia terlebih dahulu telah berpakat dengan Along untuk menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan semua. Kini abang Thaqif masih lagi menjadi doktor keluargaku dan mula mengambil alih tugas Along sebagai abang kepadaku.
Tangan aku lantas mencapai potret yang saban hari aku tatapi. Potret itu aku usap dengan penuh rasa kasih dan sayang. Aku peluk dan cium potret itu berkali-kali. Rasa rindu aku kepada Along bagaikan terungkai begitu saja. Aku pasrah. Pasrah terhadap takdir yang telah menimpa diriku. Takdir yang telah meragut nyawa insan kesayanganku.
Hanya satu yang mampu aku katakan. Along, Q doakan kesejahteraan dan ketenteraman Along di sana. Moga Along ditempatkan bersama-sama dengan golongan yang bertaqwa. Maafkan segala kesalahan Q. Q sayang Along…

-END-
posted by BLOGGER @ 6:50 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 7/6/08 8:00 PTG, Blogger .*. said…

    sedehnye cite ni..
    name q sedap oh..
    tapi name along tu cam tak seswai ngan name daniel.

    he deserve name yang lebih menarik.

    hahahhaha.
    (gle tak suke name daniel act)

    al fatihah kpd along

     

  • At 7/6/08 11:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite nie ok... not bad lah... tapi nama q tu mcm over sgtlah... tp ada moral of d story... gud luck... satu lg nak komen, kata muka x de apa2 cacat cela lps accident tp mcm x logik lah pulak.. be more realistic next time... -ady-

     

  • At 8/6/08 1:26 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhuh..nama aper tu?ader maskud ker?kalu nama lain mesti lg bst..ni nak nyebut pun susah..huhuhu..

    ccongrat 2 u

     

  • At 8/6/08 5:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cdey siot...!!!
    air mate nak sebesen nih...
    waa.....waa.....
    cite ni kisah bnr....
    waa.......!!!

     

  • At 15/7/08 3:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cdey lorrrr.... :"(
    tahniah...wat la lg citer cdey2 cm nie....br ader feel bc...huhuhuhuhuhu =)
    keep it up...

     

  • At 18/6/11 8:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waaaa cdih nye cite ni
    meleleh air mata aku...
    seyez sdih gilerrr

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group