Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Saya faham,Tuan.Saya tahu.Anak Tuan Said tak suka dan bencikan saya.Maklum sahajalah…….,' 'Tidak Zarul.Zarul okay.Cuma Zarul kena dengar nasihat saya.Saya akan beri lagi ubat pada Zarul.Saya nak Zarul makan ubat 'ni,' Zarul menyambut pil itu dari tangan Tuan Said.Tidak sampai seminit,pil itu sudah larut ditelannya.Tuan Said memandang sahaja anak muda itu. 'Kalau sihat budaknya,dah lama aku ajak dia jadi menantu aku.Sesuai benar dia dengan Kymie.Tapi,anak dara aku 'tu bukan boleh pilih sebarangan.Erm…..,ganjil bunyinya kalau Akhqmie terus terima.Ramai anak-anak kawan aku dah tanya.Tapi,semua dia tolak mentah-mentah.Konon tak sesuailah.Tak matanglah.Macam-macam,'kata hati Tuan Said.Sementara dia mengelamun,Zarul sedang membelek rak buku di bilik bacaan itu. 'Ini manuskrip Norita Hashim?' 'Iya,'sahut Tuan Said apabila tersedar dari lamunan. 'Arwah memang pandai menulis.Saya sukakan semua karya dia,' Tuan Said sengih apabila Allahyarham isterinya dipuji.Kalaulah isterinya masih hidup tentu lebar senyumnya kerana dipuji begitu.Zarul membaca manuskrip itu.Tuan Said tidak mahu mengganggunya.Biarlah dia hanyut sekejap dalam dunia yang ditulis oleh Allahyarham isterinya. 'Tuan Said,rupa arwah Norita Hashim serupa dengan Akhqmie.Mereka sama-sama cantik.Dulu,saya selalu bayangkan seorang penulis itu mesti gayanya seperti seorang profesor.Pakai cermin mata tebal.Selekeh.Tapi,arwah tak seperti yang saya gambarkan.Dia jelita dan penuh ciri kewanitaan,' 'Walauapa pun dia wanita yang paling saya cinta,'kata Tuan Said.Dia sedikit cemburu apabila ada orang memuji isterinya berlebihan.Nyata,wanita itu bukan sahaja ratu di hatinya tetapi di hati insan lain. 'Ada orang sayangkan dia lebih dari aku rupanya,'keluh Tuan Said.Zarul senyum. 'Tuan Said,saya tahu perasaan tuan.Tuan cintakan dia bukan?Jadi,saya harap tuan pun faham keadaan saya.Saya cintakan Aisyah,' Tuan Said sedikit terkejut.Dia tidak sangka Zarul akan bangkitkan soal itu. 'Tuan,walaupun isteri tuan dah meninggal tuan masih cintakan dia bukan?Tuan masih cemburu apabila ada orang memuji arwah lebih-lebih,' 'Apa maksud awak?'soal Tuan Said dengan nada keras.Dia rasa tercabar dengan kata-kata Zarul. 'Tuan faham tetapi tuan sengaja buat-buat tak faham.Tuan,saya tahu tuan hendak suruh saya lupakan Aisyah tetapi Aisyah tetap akan ada di mana-mana.Mana sahaja saya pergi dia akan ada,' Zarul keluar dari bilik tersebut.Tuan Said geleng.Dia mula resah.Bolehkah Zarul sembuh?Persoalan itu bermain di kotak fikirannya.
'Kau sumber inspirasiku, Oh,Jelitaku,aku selalu bayangkan kau, bersama denganku di atas para cinta di mana kita sama-sama duduk di atasnya, Aku rindukan senyuman dari bibir Yang suka lahirkan perasaan cinta……..,'
Melihat tiada tindak balas dari Akhqmie,Henry memberhentikan bacaannya.Dia melihat gadis ayu itu termenung jauh.Dagunya ditongkat dengan tangan.Manakala sikunya beralaskan betis.Henry menghampiri wajah gadis pujaannya sejak sekian lama.Henry memetik jarinya.Gadis itu sedikit tersentak.Melihat Henry sengih,dia rasa bersalah.Selalunya dia akan ketawa atau mengkritik sedikit sajak ciptaan Henry. 'For the first time I see Nor Akhqmie tidak fokuskan perhatian terhadap apa yang saya baca.Jadi,karya I sudah dikira berjayalah.Sebab dia pernah kata,sajak yang indah biasanya membuatkan orang yang mendengarnya mengelamun,' 'Menggelabahlah kau.Sajak macam kapal tak siap,ada hati nak kata sajak dia indah,'ejek Akhqmie.Serta-merta Henry ketawa besar. 'Jangan marah.I tak ada niat nak ejek you begitu.Cuma…..,entahlah,' Akhqmie mengangkat begnya lalu bangkit dari bangku batu itu.Persekitaran Pantai Teluk Kemang,Port Dickson pada hari itu tidak begitu sesak.Maklum sahajalah bukan hari cuti.Henry yang sedikit terkejut mengejar Akhqmie dari belakang.Akhqmie berjalan menuju ke arah pantai berpasir coklat itu.Akhqmie teringat,suatu ketika dahulu dia pernah menjalani projek kajian luar Geografi semasa di tingkatan 6 atas dahulu.Dia ingat lagi sehingga dua kilometer dia berjalan.Tetapi,segalanya banyak berubah di sini.Pantai sudah tidak sebersih dahulu.Warna hitam secara terang kelihatan di permukaan ombak yang membawa buih ke pantai. 'Erm…..,you marah ke I ajak you ke sini?' Akhqmie diam sahaja.Dia tidak dengar langsung apa-apa yang dikatakan oleh Henry sebentar tadi.Henry geleng.Dia harap gadis itu akan senyum.Tetapi harapannya meleset kerana gadis itu masih dengan wajah muramnya. 'Henry,may you help me?'
'Berlakon sebagai kekasih you?'soal Henry kaget.Dia memang suka dan cintakan Akhqmie serta mahu menjadi kekasih gadis itu tetapi untuk berlakon dia mula dicengkam rasa buntu.Apa motif Akhqmie?Adakah Akhqmie mahu membuatkan seseorang cemburu?Terasa sakit di dadanya.Dia amat cintakan Akhqmie tetapi gadis itu seolah mahu mempergunakannya. 'I nak you sakitkan hati seseorang,' 'Hati seseorang?' Henry mula disimbah pertanyaan.Hati siapa yang akan Akhqmie remukkan.Kasihan sungguh orang itu. 'Siapa?Boleh I tahu?' 'I hope you understand.Papa I bawa seseorang balik rumah.I takut apa-apa jadi.Dia 'tu pesakit jiwa.Jadi, I nak elakkan sesuatu berlaku.Kalau dia tahu I ada kekasih,tentu dia tidak berani usik I ,' Henry terdiam.Tidak dia sangka,dia akan terjebak dalam perkara demikian.Alangkah bahagianya kalau itu realiti bukan suatu lakonan. 'Baiklah.Tapi,kalau plan kita jadi,you mesti janji belanja I makan seafood,'kata Henry bersetuju.Akhqmie senyum lapang.Dia bangga dapat rakan seperti Henry.Dia akan perkenalkan Henry pada papa.
PESAKIT MENTAL PERLU SOKONGAN Skizofrenia diterjemahkan dalam bahasa mudah sebagai kekeliruan mental. Penjelasan lebih saintifik, skizofrenia adalah penyakit mental yang disebabkan gangguan persepsi pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Penyakit ini boleh menyebabkan kemerosotan personaliti dalam jangka masa panjang. Ia biasanya bermula secara perlahan-lahan dan kerap kali dikesan sewaktu remaja atau muda.
Daripada kes kematian yang tersimpan dalam sejarah dan tanda-tanda penyakit yang gagal disedari, apa yang paling ironik, individu ini memiliki kecenderungan untuk tidak mengetahui masalah yang dialaminya. Ia adalah ketidakupayaan untuk mengelakkan daripada gangguan mental seperti terdengar-dengar suara dan menggugat hubungannya dengan masyarakat sekeliling. Individu mungkin mengalami ketegangan manakala daya tumpuan dan pergaulan sosialnya terganggu.
Pesakit mental ini merasakan dirinya sering menjadi fokus perbincangan orang lain. Dia akan berprasangka, merasakan setiap orang berniat untuk menganiaya dan menghina, malah ingin membunuhnya. Halusinasi paling biasa ialah mendengar suara yang boleh memberi arahan kepada pesakit. Halusinasi penglihatan pula berlaku apabila pesakit dapat melihat benda yang sebenarnya tiada.
Pesakit skizofrenia memang melakukan jenayah dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, masalah itu hanya tampak serius dan menarik perhatian umum apabila media massa memberi liputan meluas rentetan pelbagai peristiwa amuk berlaku sejak kebelakangan
ANTARA KES PESAKIT SKIZOFRENIA YANG TERBABIT DALAM JENAYAH MEMBUNUH
1. Seorang pekerja ladang berusia 21 tahun membunuh ibunya di Simpang Tiga, Batu 9, Teluk Intan pada 11 Mei 1997. Penyerang seperti mendengar suara menyuruh dia membunuh ibunya. 2. Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mati disembelih bapa saudaranya menggunakan sebilah pisau di Kpg. Titian Bintangor,Rembau,N.Sembilan. 3. Seorang lelaki menetak hingga mati empat orang dan mencederakan sebilangan lain dalam satu kejadian amuk di Pasir Mas, Kelantan. 4. Seorang lelaki berusia 32 tahun membunuh bapanya berusia 62 tahun di Seberang Prai Selatan selepas bertengkar. 5. Seorang ibu berusia 35 tahun membunuh anak lelakinya berusia lapan tahun di Sentul.
TANDA AWAL SKIZOFRENIA
o Tidak boleh tidur kerana tidak dapat membezakan antara siang dan malam. o Gemar memencilkan diri serta kerap mengomel dan senyum bersendirian. o Mendengar suara atau mengaku nampak objek yang tidak wujud. o Cakap berlebihan. Pertuturan tidak munasabah serta tidak masuk akal. o Mudah marah tanpa sebab, mencarut, bertindak agresif dan ganas. o Menangis atau ketawa tanpa sebab munasabah. o Merayau tanpa arah tujuan. o Salah guna alkohol atau dadah. o Sering curiga ada orang cuba mencederakannya. o Berkelakuan pelik. o Terlalu taksub dengan kegiatan rohaniah dan keagamaan. o Berpakaian ganjil. o Gagal menumpukan perhatian. Pada dasarnya, kesediaan seseorang mengakui dia mengalami skizofrenia adalah langkah pertama ke arah memulihkan diri. Mereka perlu dipujuk secara baik bagi mendapatkan perubatan kerana ia membabitkan soal perasaan. Setiap pesakit perlu menjalani pemulihan psikososial bagi membiasakan diri dengan masyarakat setempat di samping bantuan kaunseling daripada anggota keluarga.
Di Malaysia, Hospital Universiti ada menyediakan khidmat pusat jagaan pesakit skizofrenia di bawah Jabatan Psikiatri. Latihan kemahiran sosial adalah pendekatan pendidikan yang berkesan dalam membantu pesakit berdikari. Mereka dilatih untuk kembali kepada masyarakat dan memfokuskan kembali pemikiran yang terganggu. Apa yang boleh disimpulkan, setiap penyakit ada penawarnya. Penawar paling utama adalah sokongan keluarga dan ahli masyarakat. Usah pinggirkan mereka! Namun, sikap sentiasa berwaspada perlu ada agar tiada kejadian tidak diingini berlaku tanpa diduga. Sumber:www.nstp.com.my Sumber-sumber lain : www.psychiatrist.com
Akhqmie telah selesai membaca artikel yang dicetak daripada internet itu.Akhqmie hairan keadaan papanya menguruskan kes seperti itu.Pesakit skizofrenia merupakan seorang yang merbahaya.Akhqmie ingat lagi malam ketika mama sedang menulis novel 'Semalam Hariku'.
'Mama!'dia menjerit.Mamanya terkejut.Mamanya yang ketika itu berada di dalam bilik bacaan tersentak.Pantas mama bangkit dari kerusi yang beroda lima itu.Mama berlari ke biliknya.Kilat di luar sabung-menyabung.Akhqmie mendapatkan mama sebaik wanita itu membuka pintu.Mama mendukungnya ke arah katil. 'Mama,kilatlah,'rengeknya.Mama senyum.Dia tahu akan kelemahan anak kecilnya.Manakan tidak.Dia yang lahirkan anak itu.Setiap kedukaan Akhqmie dianggap kedukaannya juga. 'Mama,mama tak tidur lagi?'soal Akhqmie apabila melihat cermin mata bulat masih bersarung di wajah jelita mama. 'Iya.Mama tengah menulis.Kymie tidurlah ya,'pujuk mama. 'Tapi,mama.Esok Sabtu.Kymie tak sekolah.Boleh tak Kymie temankan mama menulis malam 'ni?' Wajah mama berubah.Dia tidak mahu anaknya berjaga malam bersama-sama dengannya serta melihat dia menulis.Dia bimbang ilham yang diperolehinya akan melayang begitu sahaja. 'Kymie janji tak akan kacau mama,' Sekali lagi wajah mama berubah.Mama cuba maniskan mukanya.Akhqmie masih kecil hendak memahami kepayahan kerjanya sebagai penulis.Tetapi,apabila difikirkan perasaan anak kecil itu,dia angguk juga.
Dia menaip sahaja.Novel 'Semalam Hariku' sudah masuk bab ke-10.Jika tiada aral,siaplah karyanya yang ke-17 minggu hadapan.Akhqmie bermain anak patung Barbie kegemarannya.Sedikitpun dia tidak menganggu ibunya.Norita menanggalkan cermin matanya.Dia melihat anaknya sedang seronok bermain.Anaknya itu tidak sunyikah?Pernah sekali dia cuba berbincang dengan Said untuk menambah jumlah anak mereka.Tetapi,setakat ini tiada rezeki lagi buat mereka.Dia cuba juga minta nasihat Doktor Pakar tetapi masih belum menampakkan hasil.Lama-kelamaan Said putus asa.Dia juga tidak kuasa untuk memujuk Said supaya berusaha lagi. 'Mama,'dia tersentak.Akhqmie memeluk mamanya.Dada mamanya dijadikan tempat bersandar. 'Bila papa nak balik?Kymie rindulah,' Sekali lagi Norita senyum.Dia tahu,sejak Said pergi ke London kerana urusan perniagaannya,Akhqmie seolah berasa suatu 'kehilangan'. 'Sayang,papakan sibuk.Kalau papa tak sibuk,dia baliklah,' Norita geleng.Dia faham keadaan Said yang merupakan Ahli Perniagaan tetapi dalam masa yang sama seorang Psikologi Klinikal.Dia tahu,suaminya terpengaruh dengan ajakan Azizi yang membawa suaminya berani masuk ke dalam dunia perniagaan.Walaupun begitu,Said tidak pernah mengabaikan kerjaya sebagai seorang Pakar Psikologi. 'Mama tulis apa kali 'ni?'soal Akhqmie. 'Erm…,tulis ceritalah,' 'Cerita apa?'soal Akhqmie. 'Erm….,Semalam Hariku,' 'Macamana cerita dia?' 'Nah,Kymie bacalah Manuskrip 'ni,'mama menghulurkan padanya. 'Tak naklah.Kymie tak suka baca cerita panjang-panjang,'Akhqmie menolaknya mentah-mentah. Norita menyambung menulis kembli.
Akhqmie membelek manuskrip 'Semalam Hariku'.Sejak kecil,dia memang tidak gemar membaca novel tetapi berminat untuk menulis.Dia mula membaca hasil karya mama.Baginya,mama merupakan penulis novel yang hebat pernah dia temui.Dia memulakan langkah pertama dengan membuka muka surat pertama.
Khas buat dua insan istimewa….., Mohd.Said Bin Abdullah dan Nur Akhqmie Binti Said. Tanpa kalian berdua,tidak mungkin aku berdaya mengangkat pena untuk terus mencoret buat pembaca.Buat Kymie yang tidak suka membaca,mama persembahkan ini buatmu. Moga terbuka jua mindamu untuk membaca suatu hari nanti.
Akhqmie senyum.Mama ingat juga padanya.Tebal sungguh kasih mama padanya.Mungkin sebab itu,papa dan nenek sayang pada mama.Mama baik dan setia.Bukan sahaja pada manusia bahkan pada Allah.Mama tidak pernah lupa solat.Setiapkali selepas solat,mama membaca Al-Quran.Dia pun diajak bersama dengan mama untuk melakukan ibadat.Mama kata,hanya dirinya aset mama paling berharga.Hanya dia mampu menggembirakan hati mama sekiranya mama sudah berada di alam barzakh sana.Akhqmie membelek lagi.
BAB 1
Zaki merengus.Walauapa pun,Aisyah mesti dia miliki.Dia marah betul kerana pinangannya ditolak.Tangannya menggengam erat langsir yang digantung di tepi tingkap itu.Pak Sako tahu,anaknya kecewa tetapi lelaki yang berusia separuh abad itu hanya mampu menyedut asap rokok daun sambil memerhatikan anaknya yang berdarah panas menumbuk kasar pintu tingkap itu. 'Apa kurangnya kita?Hina sangat ke kita?Dasar keluarga sial.Hanya pentingkan duniawi saja,' 'Tak elok kau caci orang begitu,Zaki.Diorang kata Aisyah yang tak nak.Lagipun,ramai lagi anak dara kat kampung 'ni.Kau pilihlah yang mana satu,'sampuk Mak Temah sambil menatang dulang berisi kuih dan air kopi. 'Mak,saya tak nak orang lain.Saya nak juga si Aisyah 'tu,' 'Buang tabiat agaknya budak 'ni.Orang dah tak nak.Orang dah tak nak,faham!' Pak Sako hanya geleng sahaja melihat kedua-dua beranak itu bergaduh dan bertengkar.Dia sendiri pun tidak faham dengan perangai Zaki.Punya ramai gadis di kampung itu,anak Dr.Karim itu juga yang digilainya.Dr.Karim seorang yang tidak tamakkan harta tetapi anak perempuannya itu sendiri sudah ada pilihan lain. 'Pak,saya nak keluar,'pinta Zaki.Pak Sako hanya memerhati sahaja langkah anak lelakinya.Mak Temah menggeleng.Geram dengan telatah anak bujangnya yang tidak mahu terima hakikat. 'Hmm…,itulah anak awak.Kepala angin.Cepat naik darah.Orang dah tak nak.Lagipun,masih ramai anak dara kat kampung kita 'ni yang boleh dibuat bini.Anak doktor 'tu juga yang dia nak,' 'Hati dia.Bukan hati awak,'Pak Sako seolah mengeluh.Tangan kasar itu mencapai cawan berisi air kopi hitam pekat.Dia menghirup air kopi itu perlahan-lahan.Mak Temah pun hairan dengan sikap Pak Sako yang acuh tidak acuh.Bukan reti nak pujuk budak jantan 'tu. Zaiton masih di hadapan cermin.Dia mengenakan sanggul di kepalanya.Zaki pasti tertawan melihat kecantikannya.Dia memang sukakan anak lelaki Mak Temah itu sejak dulu lagi.Anak lelaki Mak Temah itu kelihatan segak dengan mengenakan kemeja dan berseluar bell-bottom .Dengan gaya rambut yang disikat rapi itu,Zaki menjadi kegilaan di Kampung Jeram Betik itu.Ramai gadis di kampung itu akan tersipu malu apabila melihat atau bertembung dengan Zaki yang sering berbasikal di kampung itu.Dengan basikalnya,Zaki akan mengusik gadis-gadis yang berjalan anggun di kampung itu. 'Ton!'panggil seseorang.Zaiton menjengah ke arah tingkap yang menganga luas itu. 'Oh,kau Edah.Jemputlah naik,'pelawa Zaiton. 'Tak apalah.Aku datang nak ambik kau 'je.Kan kita nak pergi kedai Pak Akob.Cepatlah,nanti bising mak aku.Lagipun sekarang dah pukul berapa,' 'Iyalah,cik Edah oi,' Zaiton mencapai selendangnya dan mengikatnya di kepala.Dia keluar dari bilik tidurnya.Ketika itulah,ibunya memekik dari dapur. 'Kau nak pergi mana,Ton?'soal ibunya sambil mengupas bawang merah. 'Ke Kedai Pak Akob.Ada nak beli barang sikit,'balas Zaiton. 'Kau pergi dengan siapa?' 'Dengan Edah,mak,' 'Pergilah.Jaga diri kau baik-baik.Jangan layan jantan-jantan yang nak mengusik.Ingat,korang 'tu anak dara.Apa-apa jadi nanti,susah,' 'pesan Mak Suminah 'Jangan lupa belikan mak,belacan sekali,tambahnya lagi. Zaiton melangkah keluar dari rumah itu.Nasihat ibunya umpama sekadar di angin yang berlalu.Dia sudah biasa dengan pesan ibunya itu sehingga tidak kuasa dia hendak dengarnya lagi.Baginya,dia sudah dewasa tahulah dia jaga dirinya sendiri.
'Kau 'ni beria-ia nak pergi kedai bukan sebab nak temankan aku tapi sebab jalan ke kedai Pak Akob 'tu kena lalu kat kedai kopi.Dekat kedai kopi mesti si Zaki ada,' Zaiton mengukir senyuman menggodanya. 'Kau 'ni sebijik macam perigi cari timba.Si Zaki 'tu sebelah mata pun tak pandang kau.Kau 'je yang gila-gilakan dia,'kata Saedah supaya Zaiton sedar diri sedikit. 'Perigi cari timba?' 'Iyalah.Kau tahu,siapa yang dia gila?' Kepala Zaiton mula mendidih panas.Siapa perempuan yang bertuah itu?Di dalam kampung itu,tiada pemuda yang memandangnya biasa.Semuanya melayan dia bagai seorang ratu. 'Aku dengar daripada bapak aku.Zaki,kan sepupu aku.Jadi,bapak aku disuruh ikut rombongan meminang si Aisyah,anak Dr.Karim 'tu,' 'Apa?' Terbayang wajah Aisyah gadis yang tidak sampai setahun berada di kampung itu.Dr.Karim merupakan doktor yang baru membuka klinik di kampung itu.Aisyah dengar khabarnya baru pulang dari London setelah tamat belajar. 'Jadi,budak 'tu terima tak?'soal Zaiton.Rasa panas hatinya bagai hendak meletup.Kalau Aisyah ada di hadapannya ketika itu sudah tentu dia akan tarik rambut wanita itu sampai botak. 'Dengar khabarnya tak.Sebab cerita bapak aku,Aisyah 'tu dah ada orang punya,' 'Iya ke?' Riang sungguh hati Zaiton.Jika tidak,sudah tentu melepas dia hendak bersuamikan lelaki tampan yang menjadi idaman gadis kampung itu. 'Iyalah.Eh,itu macam Zaki 'je,'tunjuk Saedah dengan kepada Zaiton.Zaiton pantas membetulkan sedikit selendangnya.Zaki dengan wajah muram menunggang perlahan basikal yang menjadi teman setianya. 'Nak ke mana,Zaki?'sapa Saedah.Zaki memberhentikan basikalnya.Dia sedikit pun tidak menunjukkan minat pada kecantikan Zaiton.Hal ini amat mengecewakan Zaiton. 'Jalan-jalan.Hilangkan bosan,'balas Zaki dengan nada malas. 'Zaki,kalau kau bosan.Aku boleh temankan kau.Kita pergi dekat tebing sungai sana.Kita berbuallah,'Zaiton mula mencelah. 'Tak payah,' 'Amboi,sombongnya.Kita cakap elok-elok,' 'Maaflah,Ton.AKu bukannya nak menyombong.Tapi,kau 'tu kan anak Mak Suminah.Mak Suminahkan tak suka dengan mak aku.Karang lain cerita pulak,'Zaki cuba memujuk hati Zaiton. 'Hmmm….,kau memang bencikan aku,kan?Kau 'tu sebenarnya buta.Orang yang gilakan kau,kau tak pandang.Orang yang benci dan menyampah tengok kau,kau gilakan.Cubalah kau ukur baju kau dulu sebelum pinang anak dara doktor 'tu,'Zaiton membalas pujukan Zaki itu dengan sindiran. 'Hei,itu aku punya urusan.Aku pinang dia,dia tolak.Itu bukan urusan kau.Janji aku dah tanya dia.Kau 'tu bukan tak cantik.Berlambak jantan nakkan kau.Si Usop 'tu misalnya,' 'Si Usop 'tu?SRP pun tak lepas,'cemik Zaiton. 'Hmm…,kalau cengih macam 'tu tak hairanlah kalau suatu hari nanti,Usop 'tu pun berubah hati,' 'Zaki,setakat jantan macam Usop 'tu berlambaklah aku boleh cari,' 'Angkuh betul kau.Cuba kau ikut perangai si Aisyah 'tu.Walaupun kaya tapi tak menyombong macam kau,'banding Zaki. 'Oh,Aisyah sajalah baik,' Saedah menarik tangan Zaiton. 'Dahlah,jomlah kita pergi.Karang tutup pulak kedai Pak Akob 'tu,'lerai Saedah.Dia menarik lengan Zaiton dan mahu mengajak Zaiton pergi dari situ.Dia tidak mahu apa-apa hal terjadi di situ. 'Zaki,kami berdua pergi dulu,ya,'pinta Saedah.Zaiton mahu terus berbalah tetapi Saedah segera menarik tangannya pergi dari situ. Akhqmie menguap.Dia mahu meneruskan bacaan tetapi ternyata tidak mampu.Dia meletakkan manuskrip itu di tepi katilnya.Dia mula memejamkan sedikit matanya.Fikirannya mula mengelamun ke dunia kenangan.Sekali lagi kenangan bersama mama datang menjengah.
Sepasang tangan mengusap rambut yang masih segar itu.Anak kecil yang sedang tidur itu berasa terganggu lalu membuka matanya.Dia riang melihat mama sedang duduk di birai katil. 'Mama dengar anak mama merajuk semalam,' Akhqmie tersipu malu mendengar kata-kata mama.Mama mengeluarkan sesuatu daripada beg kertas yang dibawa sejak pulang tadi. 'Mama tahu Kymie marah sebab tak sambut hari jadi Kymie.Kymie,mama pergi ke Kedah.Kymie tahu,budak 'tu suka baca novel mama.Mama tak boleh hampakan dia.Dia nak sangat jumpa mama.Mama pergilah ke rumah dia,' Akhqmie menarik wajah mencuka.Mama tahu,dia cemburu sedikit. 'Kymie,dia peminat mama.Kymie anak mama.Kymie jauh lebih berharga,' 'Apa mama bawa untuk Kymie?' Mama hampir terlupa soal itu.Mama menghulurkan sebuah kotak padanya.Tangannya rakus mengoyakkan bungkusan hadiah. 'Wow,pen!' Pipi mama dicium bertalu-talu. 'Kymie minat nak jadi macam papa,kan?Kalau Kymie nak jadi Pakar Psikologi,Kymie tak boleh merajuk.Anak mama 'ni baikkan?' 'Baik.Kymie nak jadi baik.Kymie nak jadi orang yang paling sayangkan mama dan papa,' Mama mendakapnya sekuat hati.
Air matanya mengalir laju.Dia rindukan setiap sentuhan dan belaian mama.Ciuman mama masih hangat dia rasa.Walaupun mama sudah beralih ke alam lain,jiwa dan kasih sayang mama tetap dirasa.Kadang-kadang dia berasa masanya bersama mama terlalu singkat.Paling dia kasihankan ialah papa.Papa,tidak pernahkah terlintas di hati untuk mencari pengganti?Walaupun dia tidak suka ada ibu tiri,tidak sanggup dia lihat papa menangis menatap foto wajah mama.Akhqmie mengesat air matanya apabila pintu biliknya diketuk.Pantas dia berlari ke arah pintu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan