Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kerana cinta,dia percaya pada segalanya.Namun,takdir lebih tahu segalanya.Dia tidak mampu menolaknya.Semuanya kerana egonya.
Akhqmie
Egonya lebih dari segalanya.Demi mempertahankan keegoannya sebagai wanita dia rela sehidup semati dengan seorang yang tidak dia cintai daripada kembali dan memaafkan seorang yang bernama Zarul.
Zarul
Lelaki yang hidup di dalam khayalan lebih daripada 10 tahun.Dia memburu cintanya di dunia yang nyata setelah dikejutkan oleh Akhqmie.Namun,dia masih gagal mendapatkan cintanya.Egonya membuntukan segala.Kejayaannya bersuara.Namun,dia tidak dapat menipu dirinya sendiri.Dia tidak pernah bahagia.
Henry Redzuan Abdullah
Kenal Islam melalui Tuan Said,ayah Akhqmie.Seorang lelaki yang tulus dalam mencari sesuatu bernama cinta.Cinta kepada Islam lebih bermakna di saat sinar bahagia masuk ke dalam hidupnya.Akhqmie berjaya dimiliki jua.Namun,dia terpaksa menanti cinta wanita itu menjadi miliknya.
Tn.Said
Hatinya kosong sejak Norita Jenny Abdullah menghadap Ilahi.Sejak itu,kesunyian datang bertalu-talu.Hatinya bertambah kosong apabila Akhqmie mula mencintai Zarul.Berasa dirinya sedikit tersisih daripada perhatian Akhqmie,dia mula menagih cinta dari Suriani yang 20 tahun lebih muda darinya.
Suriana
Balu muda yang mempunyai seorang anak teruna berusia 10 tahun.Dia ketandusan cinta ketika suami tersayang diragut di dalam kemalangan jalan raya.Setiapkali,dia menyuarakan hasrat ingin bahagia,anak kesayangan seolah menjadi gari yang menghalang.
Pn.Sarina
Pemerhati setia.Sejak dari mula lagi,dia hanya jadi pemerhati kehidupan Said.Masuk campur dalam urusan hidup anak tunggalnya bukanlah prinsipnya.Akhqmie,cucu kesayangan yang ditatang bagai minyak yang penuh.Sehingga hembusan nafasnya yang terakhir pun,Said dan Akhqmie tidak lekang daripada pemerhatiannya.Kasihnya tidak pernah surut ditelan dek usia.
Dato' Azizi
Hatinya busuk mengalahkan bangkai.Hasad dengki sentiasa merajai.Mempergunakan Zarul sebagai alat membalas dendam.Namun,kasihnya pada Zarul tidak pernah berubah malah semakin kukuh.Sengaja dia peralatkan Zarul dengan niat menuntut bela bagi pihak Kamariah.
Kamariah
Jiwanya kosong dan amat kosong.Dia tidak mengerti apa-apa.Satu wajah dia bayangkan dari dulu hingga kini.Dia tidak akan lupakan wajah itu sampai bila-bila.Zarul anak kandungnya sendiri pun langsung tidak dikenalinya.Dendam kesumatnya bersarang meskipun dia tidak lagi waras seperti dahulu.
INTRO
'Boleh jual ke novel macam 'ni?'soal Rahimi Salleh.Rahimi memakai cermin matanya.Dia memandang gadis bertudung di hadapannya.Dia mengeluh.Jika karya ini ditolak bererti manuskrip ini yang keenam belas menjadi mangsa. 'Encik,saya percaya boleh jual punya.Sebab cerita ini ada kena mengena dengan seseorang yang rapat dengan saya,'balas gadis itu cuba menyakinkan.Rahimi menggeleng.Gadis di hadapannya tidak pernah kenal erti jemu agaknya.Sudah enam belas kali karya ditolak masih enggan mengalah. 'Ada baiknya awak balik dan simpan sahaja kertas 'ni,' Dia dah bosan melihat wajah sama sahaja menghadap mejanya meminta belas supaya bakatnya dinilai semula.Gadis ini kecewa. 'Encik,cubalah baca dulu,' Rahimi mengoyangkan tangannya sebagai isyarat.Gadis ini kecewa.Dia bangkit dari kerusinya.Tetapi….., 'Nanti dulu,' Gadis itu berpaling semula.Editor yang berpengalaman lebih dari sepuluh tahun itu bangkit dari kerusinya lalu menghampiri gadis itu. 'Biar saya baca dulu manuskrip awak,' Gadis itu menghulurkan padanya semula. 'Erm…..,Percaya Pada Cinta?' 'Kisah cinta antara Akhmie dan Zahrul,'katanya spontan.Rahimi senyum lebar.Perlahan-lahan dia membuka manuskrip itu. 'Kisah tentang apa?' 'Kisah seorang pesakit skizofernia,' 'Oh,saya nak baca dulu,'
Rahimi Salleh membelek manuskrip itu.Dia menyalakan api rokok.Berkepul-kepul asap keluar dari mulutnya.Dia menyarungkan cermin mata.Dia membaca satu persatu bait ayat di atas kertas berwarna putih bersih itu.
PERCAYA PADA CINTA………
'Akhirnya impian mereka menjadi suatu kenyataan.Hari yang mereka nantikan itu tiba juga.Akhirnya sepasang kekasih itu berjaya diijab kabulkan dan mereka berbahagia sehingga berjaya melahirkan seorang anak perempuan yang comel,' 'Itu saja?'soal budak perempuan itu dengan muka sememeh.Ibu muda itu tahu setiap malam dia akan bercerita benda yang sama pada anak gadisnya. 'Mama,ceritalah benda lain pula.Bukan ke mama penulis novel terkenal?'soal anak perempuannya.Si ibu diam.Memang benar kata anak itu.Dia tidak tahu bagaimana hendak jelaskan.Sejak kebelakangan ini dia kurang mendapat ilham.Sehingga dia mengalah untuk menulis lagi. 'Mama,saya dah bosan baca buku yang mama tulis.Saya lagi suka mama bercerita dengan saya,' 'Sudah,sayang.Pergi tidur,'pujuk si ibu.Si anak kecewa.Dia seolah merajuk.Dia menarik selimutnya.Si ibu mengeluh.Dia menutup suis lampu bilik tidur anaknya.
----------------------- 16 MAC 1994
Hari ini aku bercerita perkara yang sama kepada anakku.Aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak jelaskan kepada Kymie yang aku kekurangan ilham.Pena aku seakan tumpul seolah-olah membayangkan masa hadapanku bersama bidang penulisan.Minda aku kini tidak berdaya untuk memikirkan apa yang harus aku karang pada karya yang seterusnya.Hari ini aku berjumpa Dr.Shahrul lagi.Dia suruh aku jalani pembedahan secepat mungkin.Sebabnya,penyakit barah otak aku sudah sampai ke tahap kritikal.Kalau bukan disebabkan Kymie,sudah tentu aku sudah tidak mampu berdiri lagi.Nyawa aku seolah telur di hujung tanduk.Ketumbuhan di otak aku semakin membesar.Mungkin itulah penyumbang besar kepada kegagalan aku untuk terus berkarya. Kymie,mama minta maaf banyak-banyak sebab tidak dapat melihat Kymie menjadi dewasa.Maafkan mama,Kymie.Kalau mama dah tak ada,Kymie jagalah diri baik-baik.Jadi insan berguna.Dengar cakap papa. Said,I minta maaf sebab tak mungkin dapat temani you sehingga ke akhir hayat seperti mana yang pernah kita janjikan. Air matanya tumpah.Ibu muda itu menutup diarinya.Dia memandang ke arah tingkap.Masih dapatkah dia melihat bulan dan bintang esok?Bagaimana kalau ditakdirkan sekarang dia juga dia dipanggil Allah?Wajah Akhqmie anak kesayangannya terbayang.Wajah Said muncul.Suami yang kini berada di Kota London kerana urusan kerja pasti sedih kerana berita ini
'Doktor,kenapa menantu saya,doktor?'soal Puan Sarina..Dr. Shahrul geleng.Dia memegang dahi menantu Puan Sarina.Panas.Sah,dia hidap demam panas.Sebelum ini sudah berkali dia pesan kepada wanita itu supaya jalani pembedahan.Dalam keadaan sayu itu,seorang lelaki yang berpakaian segak masuk bersama Akhqmie di tangannya.Akhqmie yang dirangkulnya tidak dilepas.Dia mendekati ibu,tiga orang adik perempuannya dan Dr.Shahrul yang mengelilingi isterinya. 'Macamana keadaan dia,Shahrul?'soal Said ingin sangat tahu.Dr.Shahrul masih diam.Dia mengajak Said keluar dari bilik tersebut.Said melepaskan Akhqmie dari rangkulannya.Akqmie mendapatkan ibunya yang sedang tenat di atas katil itu.
'Kritikal.Ini dah peringkat akhir,Said.Aku tak boleh buat apa-apa.Minta maaf banyak-banyak.Aku dah beritahu Ita perkara ini awal-awal lagi.Tapi,sayang.Dia tak nak jalani pembedahan,' Said mengeluh.Tidak disangka kepulangannya dari Sweden disambut dengan berita buruk tentang kesihatan isterinya. 'Lagi berapa lama dia boleh bertahan?'soalnya perlahan. 'Aku tak tahu.Betul-betul tak tahu.Tapi,penyakit Ita dah sampai kemuncaknya.Dia mungkin koma untuk beberapa ketika.Selepas itu,kita lihatlah bagaimana keadaannya,' 'Sabarlah,Said.Aku akan usahakan apa yang mampu.Buat masa sekarang 'ni,kita doa sajalah.Kau pun tahukan,apa yang aku uasahakan hanyalah berdasarkan kemampuan aku sahaja.Inilah yang terbaik untuk aku usahakan.Selebihnya,biarlah Allah yang tentukan,'pujuk Dr.Shahrul.Said tunduk.
'Maafkan aku,Said.Kami dah cuba tapi Allah lebih sayangkan dia,'beritahu Dr.Shahrul.Said tidak dapat menahan sebak di hatinya.Dia memandang pada ibu dan Akhqmie.Akhqmie menghampirinya. 'Papa,mama…..,' 'Kymie…..,mama kamu….,'Puan Sarina tidak dapat meneruskan kata-katanya. 'Sayang,mama dah tak ada.Kymie,sabarlah,'pujuk Said sambil mengusap rambut anaknya. 'Mama tinggalkan Kymie?' 'Tak,mama ada.Dia akan terus hidup dalam hati kita semua.Badan mama saja yang pergi.Tapi,sayang dia pada Kymie tetap ada.Dia tetap sayangkan Kymie walau apa pun,'pujuk Said lagi.Akhqmie memeluk erat tubuh papanya.Akhqmie seorang kanak-kanak yang tabah.Dia tidak menitis air matanya.Mama kata,orang yang meratap kalau ada sesiapa mati orang yang tak ada iman.Sebab itu dia hanya diam sahaja.Mama tentu tidak suka kalau dia menangis.
'Said,dah lebih seminggu mama kat sini.Mama ingat nak balik ke Sarawak semula.Rumah kat sana 'tu terbiar begitu saja,' Said menggeleng perlahan.Dia memang perlukan teman buat masa ini.Lebih-lebih lagi sokongan mama. 'Tapi,Pak Abon,Mak Cik Lia,kan ada?Mereka boleh tolong jagakan rumah 'tu,' 'Mama bukan apa.Mama risaulah.Lagipun,itulah rumah yang banyak tinggalkan kenangan bersama abah kamu.Mama nak habiskan sisa hidup mama di situ,'kata Puan Sarina.Said mengeluh.Tiada apa lagi yang boleh dikatakan. 'Said,mama bukanlah galakkan sangat.Tapi,kalau rasa perlu,carilah pengganti,' 'Tak,mama.Buat masa 'ni Said tak nak fikirkan semua 'tu.Tapi,kalau ada jodoh,tengoklah nanti macamana?' 'Iyalah.Lagipun,perasaan Kymie kena fikir jugak.Oh ya,mama nak tengok Kymie dulu,ya,' 'Tengoklah,mama.Dia ada kat atas 'tu.Buat apa agaknya?' 'Mama naik dululah ya?'pintanya. 'Bila penerbangan mama?'soal Said ingin tahu. 'Esok.Pukul 8.30 pagi.Mama suruh Fitri saja hantar.Kamu duduk saja rumah jaga Kymie,' 'Tapi,mama.Kan Said anak mama.Biar Said saja hantarkan mama,'Said menawarkan diri.Puan Sarina senyum akur. 'Iyalah.Mama naik dulu ya?'
-------------------- 10 tahun kemudian,
'Papa,papa!'panggilnya.Dia cuba mencari sekelilingnya.Mana dia?Gadis cantik bertudung ini terus mencari.Rumah banglo tiga tingkat ini puas dia jelajah.Keluar ke?Persoalan itu muncul di benak minda.Tidak mungkin,sebab pintu utama rumahnya tidak berkunci.Dia bosan lantas duduk di atas sofa yang berusia lebih lima tahun itu.Seperti biasa,dia akan capai gambar mama di atas almari di hadapan cermin itu.Gambar mama ditatap.Bagaimana mama 'di sana'?Mama sedang memerhatinya ke?Mungkin juga.Tetapi,alam mama sudah berbeza.Mama tidak mungkin kembali lagi.Perjalanan mama sudah lebih ke hadapan berbandingnya dan papa. 'Tuan Said keluar,'satu suara menghentikan lamunannya.Dia menoleh.Lelaki yang menjadi sasaran pandangan matanya itu seperti seorang yang lurus bendul. 'Hei,apa awak buat kat sini?'soalnya kasar.Bimbang dia jika lelaki ini cuba mengapa-apakannya.Maklum sahajalah.Mereka berdua sahaja di dalam rumah itu. 'Tuan Said keluar.Dia suruh saya jaga rumah ini,' Dia kaget.Dia cuba tinjau-tinjau lagi dengan anak matanya.Dia toleh kiri dan kanan sekelilingnya. 'Awak Akhqmie,kan?Anak Tuan Said,' Bertambah terkejut dia apabila pemuda itu mengenali dirinya.Siapa ini?Papa pun satu kenapa biarkan orang yang tidak tentu asal-usulnya menjaga rumah ini. 'Papa pergi mana?'soalnya ingin tahu.Dia masih ragu dengan pemuda ini. 'Dia keluar beli makanan.Saya tak pandai masak.Sebab itu dia keluar cari lauk.Dia dah masak nasi.Ada kat dapur.Dia kata,selalunya awak yang masak tapi hari 'ni awak balik lambat.Jadi…..,' 'Berhenti sekejap.Boleh saya tahu siapa awak?'dia memintas kata-kata pemuda itu.Akhqmie bosan dengan celoteh pemuda yang berkulit coklat itu. 'Oh,saya Zarul.Awak Akhqmie,kan?' 'Iya,' Zarul menghulurkan tangannya tetapi Akhqmie hanya memandang wajahnya tanpa berkedip. 'Maaf,saya ada wudhuk,'katanya membuat helah.Dia amat menjaga batasannya sebagai seorang Muslimah.Dia melihat jam pada tangannya.Pukul 3 petang.Akhqmie teringat Dia belum menunaikan solat Zohor lagi. 'Saya nak solat.Awak dah solat?'soalnya.Pemuda itu tersipu. 'Saya dah solat dengan Tuan Said tadi.Kami jemaah,' Akhqmie sedikit tertarik dengan kesantunan pemuda itu.Tetapi hatinya masih ragu dengan kejujuran pemuda itu.Dia mula melangkah untuk menaiki tangga. 'Cik Akhqmie,'panggil pemuda itu.Langkah cantiknya terhenti.Dia berpaling kea rah pemuda tampan itu. 'Ada apa?'soalnya malas.Dia rasa dia lebih banyak menyoal pada hari ini. 'Saya minat dengan hasil karya Allahyarham ibu Cik Akhqmie.Kalau boleh,saya nak baca semua hasil karya dia,' Akhqmie senyum.Tercetus rasa bangga apabila orang menghargai karya mama.Bangga dia menjadi anak tunggal mama tetapi sayang sekali.Bakat mama tidak tertumpah padanya.Pelajar jurusan Sains Sosial itu pernah cuba mengangkat pena.Tetapi,seminggu dia berkurung di dalam bilik tiada satu pun idea yang keluar.Akhirnya dia mengalah. 'Saya naik atas dulu ya?'pintanya.Pemuda itu senyum.Dia memerhati sahaja leggok Akhqmie mendaki tangga.
Zarul menatap wajah jelita di dalam foto itu.Anggun sungguh dia walau bertudung.Selama ini dia hanya mampu menyanjung karya wanita itu tetapi hari ini dia berpeluang menjejakkan kakinya ke rumah wanita itu. 'Hello,'sapa seseorang.Zarul menoleh ke arah suara itu.Gadis yag sering mucul tiba-tiba di sisiya itu tersengih manja. 'Oh,apa awak buat kat sini?'soal gadis itu manja.Bahunya jadi sasaran gadis itu berpaut. 'Oh,saya dihantar ke sini.Pak cik saya hantar.Awak?Apa yang awak buat kat sini?' Mereka berpimpin tangan dan duduk di atas sofa di ruang tamu itu. 'Saya tahulah.Susah juga saya cari awak tau,'beritahu gadis itu manja.Gadis itu melentokkan kepalanya di dada bidang Zarul.
Akhqmie baru selesai bersolat Zohor.Dia menuruni tangga untuk pergi ke dapur serta menyiapkan meja untuk santapan tengahari.Dia sedikit terpana apabila melihat Zarul sedang bercakap seorang diri.Bersungguh-sungguh pula.Kemudian dia melihat Zarul ketawa kecil.Akhqmie cuba menggosok matanya.Dia tidak mengantuk atau tersalah pandang. 'Dia cakap dengan siapa?'soal hati Akhqmie.Dia mahu menghampiri Zarul tetapi deruan enjin kereta dari luar sana menyebabkan perhatian Akhqmie sedikit teralih.
'Okay,saya pergi dulu.Lain kali kita sembang lagi,'kata gadis itu.Gadis itu mencium pipi Zarul.Zarul senang diperlakukan begitu.Gadis itu melambai dan Zarul membalas lambaian itu.Akhqmie bertambah hairan.Zarul masih senyum.Akhqmie sedikit cemas.Zarul orang gila ke?Itulah soalan yang bermain di mindanya.Suara orang memberi salam mengalihkan tumpuan Akhqmie.Sebolehnya dia mahu lupakan apa yang dia lihat tadi.Lelaki yang berusia 54 tahun itu senyum melihat anak gadisnya berdiri di belakang Zraul.Dia harap Akhqmie menjaga kelakuannya sebentar tadi.Dia sudah sedia maklum sikap cengih anaknya.Dia harap Zarul tidak ambil hati sekiranya ada yang tidak kena.Akhqmie mencium tangan papanya.Dia memimpin tangan lelaki itu masuk ke rumah. 'Anak papa baik tak hari 'ni?'soalan lazim itu disambut tawa oleh Akhqmie.Sejak dulu lagi soalan itu tidak pernah lekang dari bibir papa sekiranya lelaki itu baru pulang dari mana-mana setelah sehari suntuk tiada di rumah. 'Baik.Sentiasa baik.Papa tak payah risau.Kymie dah besar.Dah tahu jaga diri,' Tuan Said senyum.Pakar Psikologi itu menghampiri Zarul.Akhqmie meminta diri ke dapur.Siapa Zarul agaknya?Mungkin ke pesakit papa?Akhqmie tidak mahu fikirkan langsung.
'Dia datang lagi?'soal Tuan Said.Zarul senyum lebar.Tuan Said memahaminya.Dia memang seorang rakan yang baik.Orang lain semua sukar hendak mempercayai tentang kewujudan Aisyah.Tetapi Tuan Said kelihatan percaya. 'Dia bersembang dengan kamu?'soal Tuan Said ingin tahu. 'Iya.Dia bersusah payah cari saya di sini,' 'Boleh saya tahu latar belakang Aisyah?' 'Kenapa Tuan nak kenal dia?' 'Oh,tidak.Saya hendak kenal dia secara rapat manalah tahu saya juga boleh berkawan dengannya,'
Mahu sangat papa layan orang tak betul 'tu.Akhqmie geram.Papa sibuk melayan Zarul sehingga dirinya tidak dipeduli papa.Akhqmie telah selesai menghidangkan makanan di atas meja.Zarul dan papa masih berbual.Kes apa yang papa kendalikan kali agaknya?Akhqmie memang minat sangat dengan kerja-kerja papanya.Tetapi,dia jarang tunjukkan minatnya itu di hadapan pesakit papanya. 'Okay Zarul,saya akan berbual lagi dengan kamu.Mari,makanan pun dah siap Kymie hidangkan 'tu,'ajak Tuan Said.Akhqmie memandang kosong pada wajah papa dan Zarul.Tuan Said sengih kepada anak tunggalnya.Dia harap anak perempuannya faham situasi kali ini.Sambil makan,Tuan Said asyik berfikir.Tentu ada krisis nanti sekiranya anak perempuannya tahu Zarul akan tinggal di sini.Tuan Said mula berkira hendak mengambil pembantu rumah.Selepas kematian Ita,Tuan Said terpaksa memberhentikan pembantu rumahnya kerana bimbang pandangan saudara maranya.Maklum sahajalah tinggal serumah dengan bukan muhrim.Akhqmie pada waktu itu terlalu kecil.Jika apa-apa berlaku,dia juga yang susah nanti.Tambah lagi,dia kerap tiada di rumah dan ke luar negara.Pada waktu itu,Pn. Sarina akan ambil peranannya dan menjaga Akhqmie.Kali ini,dia terpaksa pertimbangkan semula untuk ambil pembantu rumah.Hanya untuk sementara waktu sahaja.Sebaik Zarul sembuh,dia akan fikir semula untuk kekalkan pembantu rumah atau tidak.
'Apa?Papa nak dia tinggal di sini?'soal Akhqmie.Tuan Said faham keadaan anaknya.Dia menyuruh anaknya memperlahankan suara. 'Kymie tak setuju,papa.Baik papa hantar dia kat hospital mana-mana,' 'Papa tak boleh buat macam 'tu,' 'Kenapa?'soal Akhqmie.Perbincangan di bilik bacaan itu sedikit tegang.Tuan Said tidak pasti dengan ayat mana yang sesuai untuk menerangkan keadaan Zarul kepada Akhqmie. 'Begini,sayang.Papa nak sayang tahu bahawa papa sayangkan anak papa.Tetapi,ini ada kaitan dengan masa hadapan pemuda itu.Dia pelajar cerdik.Dia graduan dari UK.Dia antara pelajar Malaysia yang cemerlang,' 'Jadi?' 'Dia gemar baca novel.Salah satu daripadanya ialah novel 'Semalam Hariku' karya mama kamu.Kamu ingat lagi tak?' 'Siapa tak ingat hasil karya mama 'tu,' 'Pandai pun,' Akhqmie masih tidak faham.Apa kena-mengena novel mama dengan penyakit Zarul?Akhqmie menggaru kepalanya. 'Kymie,Zarul menghidap penyakit skizofrenia.Dia sering membayangkan watak Aisyah itu wujud.Dia cuba bercinta dengan watak Aisyah di dalam novel 'tu,' 'Penyakit 'tu boleh sembuh ke?' 'Papa tak tahu.Tetapi,menurut Pak Cik dia,Dato' Azizi, Zarul sering bercakap seorang diri dan kadangkala dia cuba pergi ke tempat sunyi seperti hutan dengan alasan untuk berjumpa Aisyah,' 'Patutlah tadi cakap sorang-sorang.Orang sakit mental rupanya,'detik hati Akhqmie.Tengah sorang-sorang kat ruang tamu itu buat apa agaknya?Tengah bercekarama dengan Aisyahlah kot. 'Papa,Kymie tak tahu nak kata apa.Tapi,ada baiknya papa fikir balik tentang keputusan papa untuk bawa dia tinggal di sini,' Tuan Said mengeluh.Anak gadisnya terlalu mentah untuk kenal erti toleransi.Anak gadisnya bangkit dari kerusi dan keluar dari bilik bacaan itu.Dalam perjalanan dia menuruni tangga,dia bertembung Zarul.Senyuman yang dilempar Zarul disambut dingin oleh Akhqmie.Zarul sedikit kecil hati tetapi dia buat-buat tidak kisah.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan