Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Que meneliti kertas berwarna biru lembut ditangannya. Setiap ayat yang tertaip di atasnya dibaca dengan perasaan berdebar-debar dan perasaan tak percaya. Hampir-hampir sahaja dia pitam membaca ayat terakhir di dalam kertas itu.
Sudilah kiranya awak menerima huluran slm p’knln dri saya. Suatu hari nnti, kte akan b’temu jua. Jgn khuatir, sy ikhlas.
Yg meminatimu dri jauh, Mystery woman….
Semput nafas Que jadinya. Terbelalak biji mata Am, Juan, Dan, Keyol dan Poji yang turut membaca surat misteri itu. Entah daripada siapa mereka sendiri pun tak dapat menekanya. Sedar-sedar surat itu dah pun ada, terselit di dalam buku Add Math Que. Nak tergelak pun ada. Tak pernah terjangkau dek akal waras mereka, orang seperti Que mempunyai secret admirer. Dahlah kaki bawak masalah kat sekolah, tapi…senakal-nakal Que pun, dia pernah mengharumkan nama sekolah apabila muncul sebagai Juara Pidato Kebangsaan. Hebat tak hebat mamat ni? Hehehe…
Dan menumbuk kuat bahu Que. Que mengaduh kecil. Tajam anak matanya menikam seraut wajah Dan yang mengukir senyum kambing.
"Apa perasaan kau sekarang?"
Que diam. Tak berkutik. Anak matanya kembali ditalakan pada isi surat tersebut. Beberapa kali matanya digenyeh-genyeh. Cuba mengusir kewujudan kertas berserta ayat di dalamnya tapi…argh! Batinnya menjerit. Firasatnya dapat merasakan seolah-olah ada orang yang cuba mempermainkannya tapi, siapa? Syah? Argh! Si stonecold tu…takkanlah dia. Tapi, ada kemungkinan jugakkan?
"Que…hello. Takkanlah kau happy sampai takde respons kot?" tegur Juan dengan senyuman mengejek. Que meraup mukanya dengan kedua-dua telapak tangannya. Mimpi kot…tapi, kalau mimpi takkanlah rasa sakit bila Dan tumbuk aku tadi.
"Que…"
"Aku rasa…"
Kelima-lima mereka terdiam. Anak mata mereka terpaku pada seraut wajah Que yang iras-iras Ashraf Muslim dalam versi evil. Menantikan kata-kata yang bakal keluar dari mulut Que. Que mengeluh.
"Aku rasa ada orang saja nak kenakan aku." Terluah juga apa yang difikirkannya sedari tadi. Que menggeleng dengan wajah serius.
Meledak tawa mereka berlima mendengarkan kata-kata Que. Namun, melihatkan raut wajah Que yang serius, terus tawa mereka mati. Tak berani mereka hendak menyambung gelak mereka melihatkan wajah Que tika itu. Memang sengaja menempah bala kalau mereka terus-terusan gelak macam kena histeria.
"Dah puas gelak?" tajam nada Que menyindir. Keyol dan Juan tayang gigi. Poji, Dan dan Am menelan air liur mereka satu persatu. Kecut perut mereka mendengarkan nada suara Que waktu itu. Aiyok…Que the Devil dah bangkit dari tidurnya. CABUT!
"Sorrylah Que. Kitorang…erm…kitorang…"
"Korang seronokkan ketawakan aku? Fine! Gelaklah puas-puas sampai tercabut anak tekak korang tu." Hambur Que dengan nada yang cuba dikawal. Kalau melengking kat dalam kelas, alamatnya, tersebar luaslah berita tentang surat ‘cinta’ ni. Lagilah masalah! Spoil betul!
"Que, sorrylah. Kitorang bukan gelakkan kau. Kitorang cuma…"
"Dahlah. Aku nak buat Add Math. Takde mood nak layan korang." Pintas Que laju sebelum sempat Keyol menghabiskan ayatnya. Masing-masing mengeluh hampa. Inilah padahnya kalau Que dah marah. Korang cakaplah sampai nak tercabut anak tekak sekalipun jangan harap dia nak layan. Korang baru nak cakap dua ayat je, sure dia potong. Macam tadilah. Masalah. Tu nasib baik sempat cakap berpatah-patah ayat.
"Que…"
"Kan aku dah cakap tadi. Aku takde mood. Korang sambunglah gelak korang tadi." Bentak Que dengan matanya tajam menikam wajah setiap kawan-kawannya. Kelima-lima mereka menundukkan wajah. Tak berani nak bertentangan mata dengan Que saat ini. Macam menerima hukuman gantung mandatori kalau berlawan mata dengan dia time Que the Devil bangkit dari tidur.
Que menyandar malas pada kerusinya. Buku teks Add Math serta buku tulis dikeluarkan dari laci meja dan diletakkan di atas permukaan meja. Tangannya mencapai pensel mekanikal kesayangannya, hadiah daripada Qis, adik bongsunya sewaktu hari lahirnya yang ke-15. Tangannya lincah melakarkan sesuatu di atas kertas A4 sebelum tangannya mencapai pula pen berwarna biru dan dia terus tenggelam menyelesaikan latihan Add Math yang diberikan oleh Encik Nazar.
"ERM…Que." Que tersentak. Jalan penyelesaian Add Math mati separuh jalan. Kepalanya segera diangkat mencari tuan empunya suara.
"Yes?" balas Que. Langsung tiada senyuman yang terukir pada sepasang bibirnya.
"Could you help me with this question? I can’t solve it" ujar Syakirin Afifah, pelajar yang erm…boleh dikatakan cantik dalam kelasnya. Kalau nak diikutkan, Syakirin taklah cantik mana tapi, wajahnya sejuk mata memandang. Ala-ala cute gitu. Tak terlampau cantik, tak terlampau hodoh. Hehehe…jahatnya!
"Soalan yang mana?" tanya Que sambil anak matanya meneliti soalan Add Math dihadapannya. Jari telunjuk Syakirin menunjukkan soalan yang tak dapat diselesaikan. Que mengangguk kecil lantas sebuah senyuman terukir di bibirnya.
"Kacang! Come…let me show how to solve it."
Syakirin merapatkan tubuhnya. Anak matanya jatuh pada tangan Que yang rancak menyelesaikan soalan di hadapannya tanpa sebarang kesulitan. Hebatnya! Puji Syakirin. Setiap butir bicara yang keluar dari mulut Que didengar dengan teliti. Penerangan yang cukup ringkas dan mudah difahami. Taklah berbelit. Syakirin tersenyum lebar.
"Thanks Que. I owe you one."
"Naa…small matter. Kalau ada masalah, tanya jelah. Aku tak makan orang." Seloroh Que. Syakirin tergelak kecil.
"Oklah. Catch you later. Thanks again." Ujar Syakirin dan terus berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih berkali-kali pada Que. Que hanya menyambut ucapan itu dengan senyuman. Ala, takat tolong soalan macam tu…apalah sangat. Tak payahlah nak berterima kasih sampai macam tu. Tapi, alhamdulillah. At least, ada jugak perempuan berani nak tegur aku. Hahaha…kalau tak, sampai kucing bertanduklah aku kena tunggu. Teruk sangat ke aku ni sampai orang tak berani nak tegur? Argh…lantaklah. Aku kisah apa? Aku still ada diorang. Segera wajahnya ditalakan ke arah kawan-kawannya yang sedang rancak berborak tanpa menyedari mereka diperhatikan.
DARI mejanya, Syah memerhatikan setiap gerak geri Que. Hampir-hampir sahaja dia menghamburkan tawanya melihatkan wajah Que yang tampak tak keruan sebaik selesai membaca surat yang diselitnya di dalam buku Add Math Que. Syah mengukir senyuman puas. Akalnya ligat merencanakan satu lagi plan jahat untuk mengenakan Que. Heh! Ingat dia sorang je boleh kenakan orang? Aku pun bolehlah, Syed Ashraf Naqiuddin. Just wait and see…
"Hoi…" sergah Sofea dari belakang. Syah tersentak. Habis hilang semua angan-angan dan plan jahatnya tadi. Ish…minah ni. Kacau daun betul.
"Haa…tengok apa tu? Tengok Que eh?" sakat Sofea dengan keningnya sengaja dijungkitkan. Syah mencebir.
"Buat apa? Baik aku tengok pokok-pokok tu. Sejuk mata memandang…"
"Eleh…sejuk mata memandang konon. Cakap jelah yang kau dah tangkap cintan kat mamat tu. Nak sorok-sorok pulak." Sindir Sofea sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Syah. Syah tergelak. Buat lawak apa? Aku? Tangkap cintan? Dengan dia? Selisih malaikat empat puluh empat. Tak hingin aku!
"Ya…berapa ribu kali aku nak cakap yang aku tak berkenan dengan mamat yang perangai…"
"Macam nak kena humban dalam lori DBKL. Ok…aku dah lengkapkan ayat kau. Syah, ayat kau aku dah hafal." Sofea menyengih sambil menepuk lembut bahu Syah.
"Dah tahu saja buat-buat tak tahu." tukas Syah dengan wajah mencuka. Sofea tersenyum kelat. Hailah kawan aku sorang ni…
"Syah ooo Syah. Bukannya aku buat-buat tak tahu tapi, kau tak pernah terfikir ke pasal kemungkinan yang mungkin terjadi? I mean…both of you fall in love?"
"What? Are you nuts? Ya, karutlah semua tu. Jangan percayalah. Banyak sangat baca novellah kau ni. Cuba jadi macam aku. Baca komik. Lagi bagus!" Syah tayang gigi. Sofea menepuk dahinya. Penat mulutnya memberikan segala macam kemungkinan. Namun, semuanya ditolak mentah-mentah oleh Syah. Tapi, benda tu tak mustahil berlaku. Betul tak? Ego tinggi!
"Suka hati kaulah Syah. Wei…kau dah siap kerja Add Math? Ajarkan aku…" rayu Sofea dengan wajah sekupangnya. Syah tergelak kecil. Ya…Ya…tak sudah-sudah dengan muka sekupang dia tu.
"Kau ambik buku aku jelah. Malas aku nak ajar."
"Tak nak! Nanti aku bengap. Kau ajarkanlah…"
"Malaslah."
"Syah…please…"
"Malas."
"Syah…"
"Suruh Que ajar." Laju ayat itu meniti di bibirnya. Sofea tersedak.
"Suruh siapa?"
"Que." Ringkas Syah membalas tanpa menyedari sepasang mata milik Sofea sedang galak melihatnya atas bawah. Syah terdiam sejenak. Wait a sec! What did I just said before? Ya ALLAH…
Syah segera mengalihkan pandangannya ke arah Sofea. Sofea yang seakan-akan memahami apa yang sedang bermain di fikiran Syah hanya menganggukkan kepalanya. Syah menepuk dahinya. Macam manalah aku boleh tersasul sebut nama dia?
"Kau biar betul, Syah. Bukan ke nama dia pun kau allergic nak sebut?"
"Aduh, apasallah dengan kepala aku hari ni? Sah! Nak kena pergi hantar servis."
"See…I’ve told you. Korang gaduh hari-hari sampaikan nama pun tersebut-sebut." Sinis Sofea menyindir. Anak matanya masih lagi melekat pada seraut wajah Syah yang sedang tersenyum kelat. Menggelabahlah tu.
"Dahlah. I keep it as a secret. Between us. Aku takkan bagitahu sesiapa." Ujar Sofea meredakan gelora hati Syah. Bersinar-sinar anak mata Syah mendengarkannya.
"Oh, Ya. Thank you so much. You are the best!"
"I know." Sofea membalas selamba. Syah tergelak kecil. Pinggang Sofea lantas dicubit geram. Sofea meraung kecil dan kemudian, meletus tawa kecil dari celah bibir mereka berdua.
best ler...cpt2 smbg ek.. nnti blh wat cite br.. tp nak comment skt naper dlm blog u.u guna warna kuning dia punya ward,, x dpt nak baca dgn elok..keep working....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Best giler!!!
sambung secepat yg mungkin tau....