Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Surat berwarna biru itu dibuka sekali lagi. Ada sedikit keharuman yang menyentuh hatinya. Haruman itulah yang selama ini dia rindukan. Fazran mengambil posisi dibirai katilnya. Entah kenapa sejak dari tempat kerjanya tadi dia asyik teringatkan surat yang dia terima sebulan yang lalu. Sebelum ini hanya sekali sahaja dia membaca surat tersebut itupun ketika mula-mula dia mendapat surat tersebut dari Syazryana, teman baik Damiyazhana. Waktu itu dia hanya membaca sekali imbas itupun tidak sampai habis dia telah menyimpan surat tersebut sehinggalah pagi tadi tiba-tiba dia teringatkan surat tersebut.
-----------
2 March Tarikh ni merupakan tarikh keramat kita kenal. Abang tahu, sewaktu kali pertama mya menerima msej dari abang untuk berkenalan, mya rasa hati mya lain sangat. Mya sendiri tidak tahu kenapa. Kala abang nak tahu, masa tu selain dari abang, ada juga beberapa kenalan lelaki yang Mya. Abang antara yang terakhir Mya kenal. Mya tak tahu kenapa antara ramai-ramai tu abang yang menjadi perhatian Mya. Setiap kali mya terima mesej dari bang, hati Mya rasa bergetar. Malu rasanya bila Mya ceritakan pada abang. Tapi masa tu entah macam mana perasaan abang pada Mya kan? Abang tahu, mya anggap masa tu abang ni terlalu istimewa. Ada tarikan yang membuatkan Mya ingin mengenali abang dengan lebih dekat. Yamg membuatkan Mya gembira, setiap hari abang tak pernah lupa nak bagi mesej pada Mya. Abang pun rajin call Mya pada tengah malam sebab masa tu abang baru habis kerja. Kadang-kadang, Mya tak tidur selagi tak dapat panggilan dari abang. Abang nak tahu, masa first Mya dengar suara abang, Mya rasa dekat sangat dengan abang. Suara abang membuatkan tidur malam Mya tak pernah lena.Hehehehe….. Hampir sebulan kita kenal hanya melalui telefon. Bukan tak pernah kita merancang untuk berjumpa, tapi tiap kali kita nak berjumpa, ada sahaja yang menghalangnya. Tapi kita still lagi bersabar. Sampailah satu malam tu abang panggil Mya dengan panggilan yang manja. Masa tu Mya rasa happy sangat. Yelah, hampir dua tahun mya tak merasakan detik bercinta. Selepas mya ptus cinta dulu, hati Mya tak terbuka pun untuk mana-mana lelaki. Mya hanya menerima mereka sebagai kawan sahaja. Kehadiran abanglah yang telah membuka hati Mya. Waktu abang katakana abang menyanyangi Mya, hati Mya rasa bahagi sangat. Pelikkan kita leh jadi macam tu sedangkan kita tak pernah berjumpa. Bila kita dah semakin rapat akhirnya kita ambil keputusan untuk berjumpa. Masa tu kita dah saling berjanji akan menerima seadanya diri masing-masing. Masa tu Mya tidak fikir siapa pun diri abang, Mya tetap akan terima. Cuma ada satu buat Mya terasa terkilan. Masa abang terus erang dengan Mya tentang kisah abang dengan bekas kekasih abang, Mya rasa sedih. Mya tidak tahu kenapa. Mungkin sebab kemesraan abang dengan sidia. Tapi Mya anggap itu dari sudt positif dan Mya anggap itu kisah silam abang, jadi Mya biarkan sahaj ia berlalu…..
30 March Dup dap dup dap….entah abang ingat ke tak tarikh ni kan?? Masa nil ah kita jumpa pertama kali. Kalau abang nak tahu masa ni hati Mya rasa cam nak tercabut. Waktu ni Mya keluar dengan family abang ipar Mya. Sepanjang nak tunggu kehadiran abang tu, Mya rasa tak senang sangat. Kat kepala Mya asyik terfikir saja macam manalah diri abang, rupa abang. Macam-macam yang bermain dalam kepala Mya. Sampailah masa kita oran berehat dekat Masjid Negara. Masa tu hati Mya rasa berdebar snagat. Tak tahu kenapa. Sewaktu Mya keluar tandas tu Mya Nampak seseorangsedang berbual dengan Abang Zam. Mya dah dapat agak ttu abang. Tapi masa tu Mya buat tak tahu je. Mya tahu abang perhatikan Mya kan? Masa tu Mya tak pandang pun muka abang. Mya Cuma tengok sekali imbas. Mya terus lepak dengan keluarga abang Zam. Dari jauh Mya lihat abang. Kelakar je rasa. Masa tu Mya Tanya dengan hati mya sendiri. Betul ke ni pakwe aku? Bagi Mya pertemuan pertama kita tu terlalu indah buat Mya. Mya tengok abang pun still macam yang Mya kenal dalam telefon. Kita macam dah lama kenal. Abang nak tahu, masa tu Mya hanya fikir Mya akan jadi milik abang. Tapi rupanya panas yang mya harapkan, tak panas ke petang. Sejak kita berjumpa abang dah berubah. Abang tak macam Mya kenal sebelum ni. Hari=hari Mya tunggu panggilan atau mesej dari abang tapi abang tak pernah balas. Mya tertanya sendiri. Lama abang macam tu. Myaa mula rasakan abang tak nak dengan Mya. Hampir seminggu abang macam tu, akhirnya mya tekad untuk telefon abang. Abang tahu, masa dengar suara abang tu tiba-tiba hati Mya jad nak marah je. Mya tanyakan pada abang kenapa buat Mya macam tunggul tapi abang bagi alas an abang sibuk dnegan kerja. Abang banyak masalah. Abang tak bagi Mya fkir yang bukan-bukan. Bila dengar segala penjelasan aang tu, hati Mya mula sejuk. Cepatkan hati Mya cair dengan ata-kata abang. Mya sangka lepas malam tu abang akan jadi abang yang Myak kenal dulu tapi abang tateap sama macam tu. Bengkak lagi hati Mya. Mya sedih sangat. Last-last, Mya mintak abang lepaskan Mya tapi abang tak nak. Abang cakap tak ada alas an abang nak lepaskan Mya. Kalau tak ada alas an kenapa buat Mya macam tunggul? Menangis Mya masa tu tapi abang tak tahu. Akhirnya Mya ambil keputusan untuk senyapkan diri. Mya dah malas nak harapkan pada abang lagi.
Semakin lama Mya diamkan diri, semakin lama abang diamkan diri. Masa tu Mya memang dah putus asa dengan abang. Hari-hari yang Mya lalui lepas tu penuh dengan rasa hampa kat hati tapi Mya kawal segala perasaan tu sebab Mya tak nak kerja Mya terganggu dengan perasaan bodoh macam tu. Masa Mya dah mula lupakan diri abang tiba-tiba abang datang balik dalam hidup Mya. Waktu tu abang tahu apa perasan Mya? Mya gembira. Tapi tidak segembira dulu. Sekurang-kurang masa tu Mya rasa Mya menang sebab akhirnya abang cari Mya. Lepaas dari tu, kita kembali pada hubungan yang dulu Cuma bezanya Mya tak nak abang panggil Mya dengan nama yang manja. Mya sendiri tidak tahu kenapa. Mya rasa pedih dengan panggilan tu.
18 April Mya sangka abang dah berubah tapi abang semakin menyakitkan hati Mya. Mya terima mesej dari abang, tapi mesej tu bukan untuk Mya tapi untuk perempuan lain. Waktu My abaca mesej tu, Mya menangis. Mya tak tahu abang sengaja atau tak bagi mesej tu pada Mya. Mya sekadar diamkan diri. Dua hari abang tak mesej Mya, tiba malam tu abang bagi mesej kat Mya, abang kata abang bukan terbaik untuk Mya. Huh masa tu macam nak tercabut jantung ni bila abang kata macam tu. Bila mya paksa abang terus terang, abang cakap abang tak yakin dengan hubungan kita. Masa tu Mya rasa nak menerit kat telinga abang. Kenapa baru sekarang abang rasa tak yakin? Setelah abang perdayakan mya dengan kata-kata manis abang. Waktu jugalah Mya baru sedar, abang bukan seorang yang setia. Ya Allah macam mana Mya boleh jatuh cinta dengan seorang playboy?? Macam mana Mya boleh buta menilai abang dari awal? Salah Mya ke bila semua ini terjadi?? Mya kecundang dengan perasaan Mya sekali lagi. Memag pedih hati ni. Mya rasakan hati Mya dihiris dengan sembilu yang tajam. Yang menyakitkan.
Kekecewaan Mya, mya rawat sendiri. Mya tahu masa tu abang sikit pun tak terfikirkan siapa mya dalam diri abang. Betul kan? Tak dinafikan, terlalu berat Mya nak lalui hari-hari Mya. Abang buat Mya mengis sekali lagi kerana lelaki..
Abang tiba-tiba muncul kembali dalam hidup Mya. Mya rasa terkejutjuga tiba-tiba abang cari mya. Tapi jujur mya katakana, masa tu Mya tak rasa apa pun dengan kehadiran abang. Mya tetap layan panggilan abang. Cuma mya terkejut sangatn bila abang ajak Mya balik ke kampong abang. Masa tu Mya letakkan syarat Mya ikut sebagai seorang teman sahaja dan abang pun tak banyak Tanya. Mya tak tahu kenapa Mya mudah nak ikut abang. Mya seolah-olahh lupa dengan apa yang abang dah buat pada Mya. Sehinggakan akak Mya juga rasa pelik dengan Mya. Mungkin kat hati ni, Mya masih sayangkan abang…….
10 & 11 Mei Dua hari bersama abang amat membahagiakan Mya. Abang tahu, masa tu Mya betul-betul lupa dengan apa yang dah berlaku antara kita sebelum ni. Abang berterus terang dengan Mya tentang apa yang terjadi. Dan dengan senang hati Mya terima alas an abang tu. Bodohkan Mya? Cepat terpedaya. Memang Mya akui hati Mya lemah bila berdepan dengan orang yang Mya sayang. Abang tahu, masa tengok muka abang, Mya rasa rindu sangat kat abang. Tapi Mya buat tak faham dengan hati Mya. Takkan Mya nak luahkan segalanya pada abang sedangkan Mya dah janji dengan diri Mya yang kita berjumpa kali atas dasar seorang teman. Jadi Mya membataskan segala perasaan Mya. Sengaja Mya layan abang dengan kasar. Sebab Mya tak nak kecundang dalampermainan abang lagi.
Tapi jauh kat sudut hati Mya, mya tak nak hari tu berlalu. Mya nak lama dengan abang. Tapi Mya sorokkan kata hati Mya. Entah kenapa, mya tengok abang layan Mya masa tu lain sangat. Memang hati Mya rasa sedikit cair sehinggalah abang minta peluang kat Mya untuk abang berubah. Masa tu Mya terfikir sama ada abang main-main atau sebaliknya. Abang seperti fahan apa yang bermain dlaam fikiran Mya. Abang cakap abang benar-benar nak berubah. Mya bagi peluang tu pada abang tapi hati Mya tak sepenuhnya menerima kehadiran abang masa tu. Kejam ker Mya masa tu?
Waktu kita nak balik dari kampung abang, kita singgah di Putrajaya. Menyaksikan keindahan malam. Abang tahu, sepanjan perjalanan tu, hati Mya menangis. Mya tak nak semua keindahan bersama abang berakhir. Mya seolah-olah takut perkara yang dulu berulang kembali. Tapi yakinkan Mya tu semua takkan terjadi lagi. Masa kat Putrajaya tu, abang meluahkan kejujuran abang terhadap Mya. Abang nak tahu, sewaktu abang ceritakan segala-galanya pada Mya, Mya menangis. Meraung hati ni. Tapi diwajah Mya sekadar memberi senyuman pada abang. Waktu tu, sedikit demi sedikit Mya hilang perasaan pada abang. Mya tak tahu kenapa mungkin Mya rasa Mya tak boleh terima apa yang telah abang luahkan pada Mya. Hati Mya rasa sedih,sakit,pedih,sengsara. Kenapa semua ini yang Mya terima dari abang? Dari orang yang benar-benar Mya sayang? Sepanjang perjalanan abang menghantar Mya, Mya menangis saat tu. Tapi Mya tak tunjuk pada abang. Genggaman tangan abang pun Mya tak balas. Mya rasa abang pun perasan tu semua kan?
Sejak kita jumpa tu, Mya sentiasa fikir tentang apa yang abang bagitahu pada Mya. Mya sekadar diamkan diri sahaja. Mya malas nak bersoal jawab dengan abang tentang kisah silam abang. Mujurlah lepas jumpa tu abang sentiasa menghubungi Mya. Sekurang-kurangnya Mya boleh meyakinkan hati mya yang abang benar-benar dah berubah. Meman Mya gembira tapi kan kenapa hati Mya tidak mengatakan tu semua akan kekal? Mya masih rasa yang abang akan tinggalakan Mya sekali lagi. Bila Mya cakap paada abang, abang kata Mya tak percaya pada abang. Last-last, Mya percayakan pada hati. Mya mula rasa bahagia dengan abang..
23 Jun Bagai nak gugur jantung ni bila tiba-tiba abang minta putus dari Mya. Abang tahu masa tu Mya rasa benci sangat pada abang. Nak tahu kenapa Mya jadi benci pada abang? Sebab baru semalalm abang janji abang takkan tinggalkan Mya sebab abang sayangkan Mya tapi sekarang? Abang cakap abang tak sayang pada Mya? Apa maksud abang sebenarnya? Siapa Mya di mata abang? Seharian Mya menangis. Kecewa sangat dengan abang. Rupanya apa yang Mya sangka sebelum ni ternyata benar. Apalah permainan yang cuba abang aturkan dalam hidup abang? Saat Mya mula percayakan abang, saat itu abang hilangkan kembali kepercayaan tu semula. .
Sampai sekarang Mya masih tak faham dengan segala-galanya. Abang tahu, sakit apa yang Mya rasakan sekarang. Mya rasa terseksa. Semakin Mya ingin melupakan abang, ingin membenci abang, saat tu lah sayang pada abang dating menebal dalam hati Mya. Mya sengsara. Mya sedih sangat. Kalau Mya tahu kisah kita jadi macam ni Mya akan haling perasaan Mya untuk terus menyanyangi abang. Untuk terus cintakan abang. Orang tak tahu macam mana hati ni menjerit nama abang. Orang tak tahu macam mana meronta jiwa ni nakkan abang disisi Mya. Orang takkan tahu sedalam mana perasaan Mya terhadap abang.Mya tewas dengan perasaan Mya sendiri. Tiap malam Mya ingat pada abang, nak lelap mata Mya terbayang kenangan dengan abang. Suara abang jelas di telinga MYa.tidur Mya selalu terganggu dengan kehadiran abang. Abanglah yang selalu jadi mainan tidur Mya yang mendatangkan kerinduan pada abang. Tapi pada siapa Mya akna luahkan segalanya? Mya tahu disana abang tak sedikit pun terfikir tentang Mya kan? Abang lupa siapa mya, abang terlupa yang abang telah lukakan hati seseorang. Abang tak sedar tu semua kan? Zatu yang abang takkan tahu, sebesar mana perasaan Mya pada abang.dari awal kenal, sehingga sekarang dan mungkin untuk selamanya. Sayang tu takkan hilang. Abang sedar, sejauh mana abang abaikan Mya, sekuat mana abang persendakan mya,sehebat mana abang mainkan hati Mya,mya tetap seperti dulu yang menyintai abang.seburuk mana diri abang, mya masih cintakan abang. Mungkin mya bodoh,buta, mya silap dalam menilai dan mengenal cinta tapi Mya tak mampu nak akur pada kehadiran cinta dalam diri Mya.
Untuk abang, sekarang Mya jadi buntu. Mya tak tahu apakah patut untuk Mya terus menyanyangi abang? Atau memafkan abang sekali lagi? Atau membiarkan hati ini terus derita? Biarlah masa yang berlalu ini tentukan segalanya…
DAMYAZHANA Malam sepi…
------------
Fazran mengesat airmatanya. Dia tidak menyangka sejauh ini dia melukakan hati seseorang yang menyintai dirinya. bukan dia sengaja untuk mengecewakan Damyazhana, tapi dia tidak yakin sejauh mana dia akan membahagiakan Damyazhana. Dia tahu dia bersalah. Dia berdosa. Tapi apa mungkin kemaafannya akan diterima. Hampir lima bulan dia cuba menjejaki Mya tapi tak pernah dia mendapat jawapan di mana Mya. Kali terakhir dia tahu tentang Mya pun saat dia terima surat tersebut dari Yana. Itupun Yana sekadar bagitahu Mya pergi jauh dari dirinya. Fazran tidak menyangka kerana dia Mya pergi membawa diri sejauh itu.
Keputusan ujian pemeriksaanya yang dia ketahui dari Dr. Mukhriz sebentar tadi semakin membuatkan jiwanya dihimpit keresahan. Apakah mungkin disaat hidupnya akan lalui hari-hari terakhir, dia dapat memohon kemaafan dari Mya? Apakah mungkin dia dapat menatap wajah Mya untuk terakhir kalinya? Hatinya mula ditemani airmata. Rasa ingin bertemu dengan Mya semakin menebal. Pelbagai cara dia lakukan untuk bertemu Mya namun segalanya hanya sia-sia.
------------
Kad kecil ditangannya dibuka. Ada sekeping gambar antara dia dan Fazran. Mya tersenyum kelat. Matanya tertumpu pada nota ringkas yang ditinggalkan untuknya.
" Mya, abang tahu abang salah selama ini. Mya berhak menghukum abang. Disaat akhir abang meminta putus dari Mya, saat itu abang baru tahu hidup abang hanya tinggal lagi beberapa bulan. Abang tak nak Mya sedih merasai kehilangan abang. Abang tak mampu nak membahagiakan Mya seperti yang Mya impikan selama ini. Abang tak mampu. Sekarang, Mya tahu punca segalanya terjadi. Maafkan abang. Biarlah abang pergi dengan jiwa yang tenang. Sesungguhnya abang jua turut menyintai Mya. Selamanya Mya insan yang mulia abang pernah jumpa. Semoga Mya akan bertemu dengan insan yang benar-benar mampu membahagiakan Mya hingga ke akhirnya. Doa abang sentiasa disisi Mya.."
----------
" Mya segala yang terjadi antara kau dan dia semuanya sudah tertulis. Kau harus terima dengan redha. Percayalah kemaafan dari kau sudah mampu membuatkan dia bahagia disana. Lap lah tangisan kau tu. Tu takkan mengembalikan segalanya." Yana cuba menenangkan jiwa Mya. Dia tahu Mya rasa sedikt kesal dengan apa yang terjadi.
Damyazhana hanya tersenyum. Jauh dihatinya dia berdoa aga Fazran senang di alam sana. "Abang, kemaafan tu dah lama lahir untuk abang. Selamanya Mya tetap menyintai abang…."
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
alamak sowi ea...byk slh taip da. huahuahua...jnji u'll fhm bler bc.tenkiu.