Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Perkenalan pertama kali itu sering aku kenang. Dan setiap kali detik pertemuan pertama itu bermain di mindaku, setiap kali itulah airku mengalir menangisinya. Hanya pernah sekali aku menangisi perpisahan aku dengannya. Aku cuba untuk tabah namun aku gagal. Meski sudah terpisah lama, kisah antara aku dan dia tidak pernah aku lupakan. Sesekali aku duduk di tepi jendela merenung hujan yang membasahi bumi, aku pasti teringat dirinya yang entah di mana. Beritanya tidak pernah aku dengari.
Aku mengenalinya saat dia memperkenalkan diri dalam kelas. Namanya Nubhan. Orangnya tinggi, berkulit cerah, bermata agak sepet. Gayanya sederhana dengan kemeja lengan panjang yang dilipat di lengan dan tali leher hitam yang nampak begitu sesuai dengannya. Pada awalnya aku benci akan dirinya. Di hadapan teman-temanku, aku sering mengutuknya. Namun aku tahu itu adalah caranya untukku menyembunyikan perasaan sebenarku. Aku sangat tertarik padanya namun aku tidak mahu mengakuinya.
Sesekali aku menyesali ketakutanku. Takut untuk mendekatinya, takut untuk menegurnya. Aku sekadar memandang dan mengharapkan dirinya dari jauh. Sepanjang tiga tahun aku bersamanya, terlalu sedikit kenangan antara kami berdua. Hanya detik yang berlalu di dalam kelas itulah memoriku tentangnya. Setiap hari di kelas, aku pasti mengambil tempat duduk di belakang supaya aku dapat memerhatikannya dari belakang. Apabila aku kurang memahami apa yang diajar di dalam kelas, mataku akan mencarinya untuk mendapat inspirasi. Dan aku pasti akan bersemangat kembali. Gilakah aku?
"In tak suka ke dengan Hariz?" Maya, setiausaha Datuk Ubaidillah mengganggu lamunanku. Aku mengurut dada kerana terkejut. Aku bangun dari tempat dudukku lalu menuju ke pantry. Air teh aku siapkan. Nubhan paling suka minum air teh. Aku tahu kerana dia pernah memberitahunya sewaktu pertandingan yang diadakan semasa malam perpisahan kelas kami. Malam yang paling bermakna untukku …
Malam itu berkali-kali aku berkata pada diriku untuk mengambil peluang bergambar berdua dengannya. Setiap kali terpandangkan Nubhan, aku jadi tidak keruan. Jantungku pasti berdegup kuat dan aku akan cepat-cepat berpaling, takut dia akan memandang ke arahku. Malam itu aku dan beberapa orang teman sekelasku termasuk Nubhan diumumkan untuk menyertai pertandingan yang telah ditetapkan pesertanya. Setiap peserta akan diminta untuk menjawab soalan mengenai salah seorang pelajar kelas kami. Tidak disangka aku dan Nubhan ke peringkat akhir. Sewaktu pertandingan menentukan pemenang, Nubhan banyak mengusikku supaya menyerah kalah. Sungguh, aku tidak tahu bagaimana untuk membalas usikan Nubhan. Pasti dia menganggapku sebagai seorang yang boring …
Dengan lirikan mata aku meminta teman baikku, Fara untuk mengambil gambar kami berdua. Gambar itulah yang aku tatap sebelum aku melelapkan mata. Kadangkala gambar itulah yang aku akan tekup ke dadaku setiap kali aku menangis merinduinya. Sudah lima tahun aku tidak bertemu dengannya sejak di UTMKL. Aku pernah berfikir untuk mencarinya di rumahnya namun aku tiada keberanian itu.
"Tak adalah. Hariz baik, siapa yang tak suka dia?" Jawabku. Aku memandang ke arah Hariz yang sedang berkata sesuatu dengan Wan dan Jerry. Dia nampaknya begitu serius. Mungkin mereka berbincang tentang projek pembinaan yang sedang mereka kendalikan di Wangsa Maju.
"Tapi In asyik tak layan dia je. Dia ajak In keluar, In tak nak." Maya menuduh.
"Mana ada. Hari tu In ikut apa?" Aku cuba menafikan.
"Itu keluar ramai-ramai." Maya membetulkan. Aku senyum lalu mengangkat bahu. No comment, cara terbaik untuk melarikan diri daripada soalan berbaur peribadi.
Kata Maya ada benarnya. Waktu itu kami keluar beramai-ramai dengan rakan sekerja yang lain bermain bowling. Sewaktu bermain, mereka mencadangkan untuk mengadakan pertandingan dan mereka memilihku dan Hariz sebagai salah satu couple untuk pertandingan itu. Semasa bertanding, Hariz cuba menghampiriku.
Hariz memang baik. Lebih-lebih denganku. Satu pejabat sudah dapat menghidu tingkahlaku Hariz yang sering melebihkanku. Awalnya bagiku Hariz sekadar mengusik. Namun sejak aku menerima sejambak bunga di hari lahirku dua minggu lalu, segalanya sudah pasti. Hariz menginginkan sesuatu yang istimewa dariku. Hariz mahukan lebih daripada persahabatan. Semua itu Hariz luahkan dalam kad yang mengiringi mawar merah darah untukku itu. Merah padam wajahku. Tiada sesiapa yang tahu mengenai bunga itu dari Hariz. Semua orang berkata Hariz yang menghantarnya namun Hariz menafikan. Mungkin dia segan dan tidak mahu orang lain tahu.
Sudah dua minggu aku tidak bercakap dengan Hariz. Dia juga tidak menghubungiku. Kebiasaannya Hariz akan menghantar message untuk bertanya khabar namun tiada lagi message darinya. Namun kata Maya, dia sering ternampak Hariz merenungku. Aku mahu membuktikan yang Maya hanya berbohong. Pernah sekali aku menjeling ke arahnya dan aku lihat dia sedang merenungku tajam. Lantas aku menunduk, malu. Aku tidak berani lagi untuk memandangnya.
Aku sedang mengemas meja sewaktu Hariz menghampiri mejaku.
"In dah nak balik?" tanya Hariz. Aku memberanikan diri untuk membalas renungan matanya namun aku dengan pantas aku menunduk. Aku menganggukkan kepala.
"In tunggu saya kejap, boleh? Nanti saya hantar In balik rumah." Hariz meminta keizinan. Aku memandang ke arah meja teman sekerja yang lain. Mereka sudah lama pulang.
"Tak apalah, Iz. In boleh balik sendiri." Ucapku.
"Err … saya nak ajak Ina makan. Saya ada perkara nak cakap. Boleh tak?" Tanyanya. Aku mula jadi kalut. Keluar makan dengannya? Berdua? Bagaimana jika teman sepejabat yang lain ternampak kami? Aku mengunci mulut, tidak tahu apa jawapan yang harus aku berikan. Apabila Hariz merayu, aku terus mengangguk kepala, lemah.
Hariz membawaku ke Dave’s Deli. Dia memilih tempat yang agak terlindung dari orang ramai. Lebih private, katanya. Sepanjang perjalanan tadi aku banyak mendiamkan diri. Hariz banyak bertanya soalan padaku namun aku hanya menjawab sepatah. Aku memang tidak akan bercakap banyak dengan orang yang tidak rapat denganku.
"In dah baca kad yang saya bagi masa birthday In?" Hariz bertanya sewaktu kami menikmati hidangan ayam panggang. Aku menganggukkan kepala.
"Apa jawapan In?" Hariz bertanya lagi. Aku memandang Hariz yang sedang merenungku.
"Saya tak fikir lagi, Iz." Jawabku, pendek. Sejujurnya memang aku tidak pernah memikirkan tentang perasaan Hariz. Aku sering mengelak untuk berfikir tentang Hariz. Mungkin kerana aku masih dibayangi kenangan lama. Mungkin kerana hatiku masih ada pada Nubhan yang entah apa khabarnya. Aku tidak tahu mengapa aku tidak mahu berfikir tentang Hariz.
"Saya serius tentang perasaan saya. Saya harap In tak akan hampakan saya." Hariz merenungku sebelum menyuap salad ke dalam mulutnya. Hariz memang mempunyai daya penarik yang tersendiri. Gayanya simple namun sangat menarik perhatian. Sewaktu Hari Keluarga syarikat yang diadakan pertengahan tahun lalu, Hariz memenangi pertandingan Mr Stylo. Memang dia layak memenanginya. Namun pintu hatiku tidak pernah terbuka walau sedikit untuknya.
"Atau In dah dipunyai sebenarnya?" Tiba-tiba Hariz bertanya.
Aku ketawa kecil. Dipunyai? Hariz adalah lelaki pertama yang pernah menyimpan perasaan padaku sepanjang 26 tahun aku hidup di dunia ini. Bukan aku tidak menghargainya tetapi hatiku sudah dimiliki Nubhan meski dia tidak pernah menyerahkan hatinya kepadaku. Sukar sekali untukku menerima kehadiran Hariz.
Bukan aku tidak pernah cuba untuk melupakan Nubhan. Selepas graduation day di Skudai, aku pernah berjanji untuk melupakan Nubhan. Namun bayangannya semakin kuat menghantuiku. Tiap hari aku merindukannya. Air mataku mengalir kerana aku tiada kekuatan untuk meluahkan perasaanku. Berkali-kali aku menjerit pada diri sendiri untuk tidak merindui seseorang yang tidak pernah mengingatiku namun aku gagal. Aku degil. Aku benar-benar mencintai Nubhan!
"In nampak lawa sangat bila ketawa macam tu." Pujian Hariz membuatkan aku terdiam. Hariz ketawa melihat aku terkedu. Dalam hatiku berbisik, alangkah indahnya jika Nubhan yang memujiku sebegitu. Air mataku mula bertakung dan hampir menitis. Aku benar-benar merindui Nubhan!
"In tau tak In ni pendiam sangat? Kadang-kadang orang lain jadi takut nak cakap dengan In." Aku ketawa lagi mendengar tutur Hariz.
"In tau." Jawabku lalu ketawa.
"Kalau dah tau kenapa tak berubah? Haa … kan lawa kalau ketawa, senyum macam tu …" Hariz memujiku lagi. Aku sekadar mengangkat bahu. Bukan aku tidak cuba untuk berubah tapi sukar sekali. Jika aku duduk bersama teman-temanku, aku lebih banyak mendengar dan sesekali mencelah. Bukan bersama temanku sahaja. Jika aku berada di rumah aku banyak duduk di dalam bilik daripada berbual dengan adik-beradikku yang lain.
Hariz menghantarku pulang.
Aku jadi tidak senang duduk. Banyak kali aku salah menaip sehingga hampir membuatku membaling fail di tanganku. Aku bangun ke pantry namun apabila terpandangkan teh uncang, niatku untuk minum air mati. Aku ke tandas, membasuh muka dan kembali ke meja. Sebaik sahaja duduk, aku mengerling ke arah bilik Datuk Ubaidillah. Sudah tiga puluh minit berlalu sejak Nubhan masuk ke dalam bilik itu. Ya, Nubhan!
Sewaktu dia melangkah masuk diiringi Maya, nafasku terasa sesak. Aku tidak percaya dengan apa yang aku lihat sehinggalah dia berjalan ke arahku dan menegurku. Dia masih ingat akanku! Tergagap aku membalas tegurannya. Kemudian dia berjanji akan bertemu denganku selepas berbincang dengan Datuk Ubaidillah. Oh Tuhan, syukur aku bertemu dengannya!
Sebaik keluar dari bilik majikanku, Nubhan berlari anak menuju ke arahku. Gayanya yang bersahaja hampir membuatku ketawa. Dia mengajakku keluar makan bersamanya. Dengan cepat aku menyambar beg tangan dan berjalan beriringan dengannya ke luar.
"Tak sangka kau akan jadi salah satu office mate aku, In!" Aku memandang Nubhan, tidak percaya.
"Kau kerja kat office aku ke nanti?" Tanyaku.
"Yep. Boss kau tu uncle aku. Dia yang jaga aku selama ni." Aku menganggukkan kepala sambil menyedut air teh ais di hadapanku. Aku memerhatikan Nubhan makan. Nubhan … Mungkinkah ini tandanya antara kita ada jodoh? Aku ketawa kecil dengan idea itu.
Hari yang berlalu membuatkan aku menjadi lebih bersemangat dan gembira. Aku menjadi lebih ‘peramah.’ Sejak kehadiran Nubhan, pejabatku bertambah riuh rendah terutamanya apabila Nubhan mula melangkah masuk. Dia akan membuat lawak yang tidak kelakar tetapi semua orang akan ketawa. Aku hanya senyum dan tunduk berpura-pura tidak menyedari kedatangannya. Dan yang paling menggembirakanku, mejaku adalah meja pertama yang akan dihampirinya. Setiap pagi dia pasti akan mengusikku dan kini aku sudah mampu membalas usikannya.
Aku rasakan aku sudah berubah!
"Hai si manis. Buatkan air teh yang manis macam si manis, boleh?" Usiknya.
"Boleh. Esok aku buatkan. And thanks, aku memang manis." Aku ketawa. Wajah Nubhan terus masam mencuka seperti kanak-kanak yang tidak dibelikan mainan yang diingininya.
"Alaa si manis ni … Kalau macam tu lepas ni si manis jadi si masam la." Guraunya. Dia ketawa lalu menuju ke mejanya. Nubhan dilantik menjadi salah seorang jurutera di pejabatku. Dan aku adalah pembantunya!
"Minuman manis tak baik untuk kesihatan. Amaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia." Ucapku apabila meletakkan air teh di hadapannya. Dia ketawa besar lalu terus menghirup air di hadapannya.
"Sedapnya. Tak manis, tak tawar … Lepas ni mesti hari-hari nak minum air teh yang si manis buat." Dia senyum manis ke arahku. Aku melarikan pandangan. Senyumannya yang manis membuatku hampir lupa tentang apa yang berlaku di sekeliling. Hati, tabahlah!
Tiba di meja, aku terlihat satu message di handphoneku.
- buat air utk nubhan je ke? Iz nk jgk -
Hariz! Aku memandang ke arahnya. Dia senyum mengharap. Aku berlalu ke pantry menyediakan air teh untuk Hariz. Dia mengucapkan terima kasih dan terus minum air yang dibuatku.
Sedar tidak sedar sudah hampir setahun Nubhan bekerja di pejabatku. Sepanjang hari ada saja kenanganku bersamanya. Selepas waktu pejabat dia sering mengajakku keluar makan malam bersamanya dan aku pantas bersetuju. Aku mengikut sahaja ke mana dia membawaku. Ke warung di tepi jalan, ke restoran terkemuka … Aku langsung tidak membantah.
Pernah dia menghubungiku sebelum aku tidur. Semalaman aku tidak dapat tidur kerana terbayangkan dirinya. Esok paginya aku menguap lama. Hariz menghantar message menegurku supaya membasuh muka. Nubhan tidak habis-habis mengusikku setelah mendapati aku tidak dapat tidur semalaman. Aku membaling pen ke arahnya dan terkena kepalanya. Pada mulanya aku benar-benar takut apabila riak wajah Nubhan berubah. Tetapi kemudian dia mengetawakanku.
Nubhan juga mengetahui salah satu impianku. Aku mahu membina rumah idamanku sendiri. Aku mahukan sebuah rumah banglo dua tingkat yang mempunyai halaman yang luas, cukup luas untuk mempunyai dusun kecil di bahagian belakang rumah. Di rumah itu akan ada taman bunga, ruang untuk berehat dan buaian untuk keluargaku. Rumah itu akan dikelilingi oleh tembok batu. Nubhan mengetawakan impianku. Namun aku tidak berkecil hati. Impianku itu memang kedengaran agak mustahil untuk dicapai.
"Hari Keluarga Ubaidillah Construction tahun ini akan diadakan di Cameron Highlands." Pengumuman oleh Maya selaku setiausaha Datuk Ubaidillah menggembirakan semua orang. Sudah hampir empat tahun aku bekerja di syarikat pembinaan ini, Hari Keluarga pasti diadakan di kawasan pantai. Kali ini pasti ada perbezaannya.
Tidak aku sangka, hari pertama Hari Keluarga menyesakkan dadaku. Nubhan hadir bersama seorang gadis berambut panjang berwarna perang yang diperkenalkannya sebagai seorang teman istimewa. Luluh hatiku sewaktu memandang ke arah Nubhan dan teman wanitanya. Moodku yang ceria sewaktu tiba di pejabat terus mati. Aku sangkakan Hari Keluarga yang akan berlangsung empat hari ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidupku. Rupanya satu mimpi buruk!
Aku dan Maya ditempatkan di dalam bilik yang sama. Aku menangis sepuas hati. Terlalu banyak perasaan yang bersarang di hatiku saat itu. Sedih? Terluka? Tertipu? Kecewa? Selama ini Nubhan tidak pernah memberitahu yang hatinya sudah dimiliki oleh orang lain. Saat itu aku tersedar. Selama ini aku tidak pernah memikirkan yang ada gadis lain sudah membahagiakannya. Segala yang aku lalui bersamanya membuatkan aku lupa akan realiti. Oh Tuhan, aku terlalu sayangkan dirinya!
Selama ini, kemesraan yang ditunjukkan hanyalah pura-pura! Dan aku terlalu bodoh untuk mempercayainya. Yang paling menyakitkan hatiku adalah betapa aku berharap adanya sesuatu antara kami. Sesuatu yang istimewa … Rupanya aku hanya bermimpi siang!
Malam ketiga Hari Keluarga diadakan, aku dan Maya mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan teka filem. Sekiranya jawapan yang diberikan salah, kami terpaksa mencabut undi untuk melakukan denda yang sudah disediakan. Tiba-tiba Nubhan menghampiriku dan menarik tanganku ke pentas.
"Kita mesti menang!" Nubhan berbisik. Aku memandang ke arahnya. Dia senyum gembira dan memandang ke arah teman wanitanya. Teman wanitanya merengus dan meninggalkan dewan. Reaksi wajah Nubhan berubah namun dia terus berada di sisiku dan kami memenangi pertandingan itu. Dua buah pemain DVD Samsung menanti kami. Sebaik diberitahu kami memenangi pertandingan itu, Nubhan terus melangkah meninggalkan dewan. Aku terkesima dengan tindakannya. Hatiku tercalar.
Aku tidak pulang ke bilik malam itu. Aku duduk di luar Hotel Equitorial dan melangkah. Hari ini indah sekali dengan Nubhan di sisiku dan pertandingan tadi merupakan memori terindah dalam hidupku. Aku terbayang wajah Nubhan ketawa apabila kami terpaksa melakonkan watak dalam filem P. Ramlee. Air mataku bertakung. Nubhan ketawa bahagia … bukan kerana aku ada di sisinya. Sehelai jaket diletakkan di bahuku. Aku berpaling dan melihat Hariz sedang senyum manis. Dia membetulkan jaketnya di bahuku. Aku tidak sedar cuaca begitu sejuk sehingga Hariz meletakkan jaketnya. Kehangatan mula aku rasakan.
"Dah lama In suka dia?" Pertanyaan Hariz membuat aku tersentak. Terlalu ketarakah aku menyukainya? Bila difikirkan semula, mungkin ya. Kehadiran Nubhan banyak mengubah diriku.
Aku menganggukkan kepala. "Dari dulu lagi, waktu kami di universiti." Aku mula bercerita tentang Nubhan. Tentang apa yang aku lakukan untuk memikat hatinya. Tentang perasaanku terhadapnya. Sesekali air mataku menitis. Hariz mendengar luahan hatiku tanpa sebarang suara. Hanya ketika aku menekupkan wajah di kedua tanganku, Hariz menepuk bahuku. Sesungguhnya aku benar-benar berterima kasih kerana dia ada di sisiku.
- tadi iz t’ingin sgt nk pluk in, nk pujuk in tp iz ingt lg siapa in, siapa iz … iz sedih tgk in sedih. In jgn nangis lg tau … iz x sggup nk tgk. Iz nk tgk in bhgia sll .. -
Message dari Hariz itu membuatkan air mataku mengalir lebih laju. Mengapa bukan Nubhan yang ada di sisiku? Mengapa message itu bukan dari Nubhan?
Berlalunya Hari Keluarga seakan petanda berlalunya kemesraan antara aku dan Nubhan. Tiada lagi gurauan dan usikan darinya. Dia tidak lagi merengek meminta air teh dan tidak membebaniku dengan ajakannya untuk keluar bersama. Aku sudah berjanji untuk tidak lagi mendekatinya. Biarlah, dia sudah punya pilihan sendiri untuk membahagiakan dirinya sendiri. Aku ini hanya teman untuk menghilangkan bosannya … Untuk menemani hari-harinya …
Aku bahagia … Tapi … Mengapa pedih sekali aku rasakan?
Surat tawaran yang aku terima petang semalam membuat hariku begitu runsing seharian. Sepanjang hari aku mendiamkan diri di pejabat. Beberapa kali Hariz menghantar message bertanya akan keadaanku namun aku tidak membalas. Aku tidak mahu Hariz tahu. Kali ini biarlah aku lalui hari-hari ini bersendirian.
Beberapa hari aku memohon cuti untuk menguruskan tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah di Perancis. Sudah lama aku berniat untuk menyambung pengajian selepas diploma namun kerana aku sudah biasa bekerja, tawaran dari UTM Skudai itu aku tolak. Kini aku tidak lagi gembira bekerja. Setelah berfikiran semalaman, aku mengambil keputusan untuk pergi. Banyak yang aku fikirkan. Sampai bila aku harus bekerja sebagai pembantu? Dengan lulusan diploma, berapa jauh aku boleh pergi dalam bidang ini? Bila lagi peluang sebegini akan aku dapat?
Aku meletakkan jawatan sebulan sebelum aku berangkat ke Perancis. Tiada sesiapa yang tahu kecuali Maya sehinggalah dua hari terakhir aku berada di pejabat. Datuk Ubaidillah mengumumkan perletakan jawatanku itu. Maya memelukku. Hariz terus keluar dari pejabat apabila diberitahu. Aku langsung tidak memandang ke arah Nubhan. Entahlah, aku tidak mahu melihat reaksinya. Aku takut perasaanku akan terluka.
Sepanjang sebulan aku berada di rumah, beberapa kali Hariz datang menemuiku. Hariz marah benar akanku. Katanya aku langsung tidak memikirkan dirinya, perasaannya. Aku hanya mendiamkan diri. Benarkah aku tidak memikirkan perasaannya? Aku sebenarnya takut aku akan melukakan perasaannya. Sekiranya aku memberitahunya sendiri, pasti dia mengatakan Nubhan merupakan sebab utama aku meninggalkan syarikat. Aku tak mahu mengakuinya. Hanya ALLAH yang tahu betapa malunya aku untuk berhadapan dengannya selepas dia mengetahui tentang perasaanku terhadap Nubhan. Dan aku kejam terhadap Hariz … Bukan aku tidak tahu perasaannya terhadapku …
Tidak sekali pun Nubhan menghubungiku. Aku pernah berfikir untuk meluahkan perasaanku namun aku terlalu takut. Aku yakin, selepas Nubhan tahu perasaanku, segalanya akan berubah. Nubhan tidak mungkin akan seperti dulu. Pasti dia akan menjarakkan dirinya. Aku tidak sanggup untuk kehilangannya, walaupun sebagai teman. Aku tak sanggup kehilangan Nubhan!
Suasana hingar bingar di lapangan terbang membuatku terasa kosong. Aku pandang satu persatu wajah ahli keluargaku yang menghantarku ke lapangan terbang. Dalam masa empat tahun aku tidak akan bertemu mereka. Air mataku terasa ingin menitis. Aku mengambil telefon bimbit dan menghantar message kepada Hariz. Semalaman Hariz memujukku apabila aku enggan membenarkan dia datang pagi ini. Aku tidak sanggup melihat wajah Hariz. Aku takut aku akan berubah fikiran … Dalam titisan air mata aku ketawa apabila menghantar message kepadanya.
- iz, in kat airport ni. In mntk maaf x bg iz dtg. In x sggup nk tgk iz .. in takut in b’ubah fikiran. Iz jaga diri baik2 bila in x ada kat sini. In akn ingat iz sll, tp iz x pyh la ingt kt in, buang mse je, hehe. Jgn nakal2 tau! -
Panggilan untuk penerbangan ke Perancis sudah diumumkan. Aku menarik beg ke Balai Berlepas. Ibu memelukku erat seakan enggan melepaskanku pergi. Aku mencium tangan ibu. Empat tahun aku tidak akan melihat wajah insan paling berjasa dalam hidupku.
"In! In!" Aku memandang ke arah suara yang memanggilku.
Nubhan?
Lidahku kelu berhadapan dengan Nubhan. Tiada sepatah kata yang mampu aku katakan. Panggilan kedua penerbanganku diumumkan. Aku memandang ke arah Nubhan yang sedang menarik nafas dalam-dalam. Berlarikah dia ke sini? Mengapa dia ke sini?
"Semput ke?" Tanyaku. Nubhan ketawa namun dia masih tidak mampu berkata-kata.
"Dah lama tak exercise." Dia menjawab lalu ketawa.
"In … err … aku kena pergi." Ucapku. Nubhan menganggukkan kepala lalu membuat gerak tangan menyuruhku pergi. Aku tidak tahu apa yang harus aku rasakan. Haruskah aku gembira kerana sempat melihat dirinya? Haruskah aku bersedih kerana walaupun dia berada di hadapanku, namun tiada sepatah kata darinya?
Aku menganggukkan kepala. Kakiku melangkah dengan takungan air mata. Aku menyerahkan passport kepada pegawai lelaki yang ada di situ. Tiba-tiba tanganku diraih dari belakang.
"Tunggu aku … Dalam masa empat tahun ni, boleh kau … boleh In tunggu An?" Aku memandang Nubhan, tidak percaya, tidak mengerti …
"Tunggu An? Maksudnya? In tak faham." Tanyaku.
"In pergilah …" Nubhan membuat gerak tangan menyuruhku pergi. Dengan pelbagai persoalan di kepala, aku tetap melangkah pergi.
---------------------------------------
"Macam mana France?" Aku memandang Hariz yang sedang memandu. Empat tahun tidak bertemu dengannya membuatkan dia nampak lain sekali. Kini dia nampak lebih segak dan bergaya. Dalam emailnya yang terakhir, dia memberitahu yang dia sudah dinaikkan pangkat. Hariz masih tetap setia dengan Ubaidillah Construction. Jika aku tidak menyambung pelajaran pasti aku juga tidak akan meninggalkan syarikat pembinaan itu. Kami tidak pernah berhenti berhubung. Hampir setiap hari pasti ada email darinya. Dia banyak bercerita tentang hidupnya setelah aku pergi. Hariz jugalah tempat aku bercerita mengenai hidup baruku.
"Macam tu lah. Tak ada apa yang berubah." Hariz ketawa mendengar jawapanku.
"Graduan mana boleh jawab macam tu. Siapa nak bagi kerja kalau macam tu?" Gurau Hariz. Aku ketawa. Kata Hariz itu ada benarnya.
"Ada kerja kosong tak kat office?" Tanyaku. Aku mula memikirkan perjalanan hidupku selepas ini. Aku harus mencari kerja untuk menampung hidup.
"Tak adalah, In. Tapi Iz ada kerja kosong."
"Kat mana?" Tanyaku.
"Kat rumah Iz. Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai isteri Iz." Aku mencubit lengan Hariz. Aku sangkakan dia serius …
"In tunggu Nubhan lagi?" Soalnya setelah kami mendiamkan diri seketika. Aku membiarkan soalan itu tidak berjawap. Aku mula teringat akan Nubhan, akan permintaannya sewaktu di lapangan terbang. Aku tidak tahu apa ertinya … Dia mahu aku menunggu dirinya namun tiada sebarang khabar darinya. Aku juga tidak menghubunginya. Hariz juga tidak pernah bercerita tentang Nubhan. Sewaktu aku di Perancis, Nubhan hilang bagaikan ditelan bumi.
Bukan sekali dua aku menangis kerana rindukan Nubhan. Aku cuba untuk memberanikan diri menghubungi Nubhan namun tidak pernah berjaya. Setiap kali aku mengangkat gagang untuk menghubungi Nubhan, aku akan terus mematikan niatku. Sudahlah, biarlah aku berserah pada takdir. Andai dia milikku, ke mana pun aku pergi, sejauh mana pun kami terpisah, dia akan datang kepadaku. Tapi jika dia tidak datang, aku terima yang dia bukan untukku.
Hariz menghentikan kereta di hadapan sebuah rumah. Rumah itu pastinya besar kerana tembok batu yang mengelilingi rumah itu cukup besar. Hariz memandangku.
"Kita kat mana ni?" Tanyaku.
"In … Janji dengan Iz yang In akan bahagia." Suara Hariz kedengaran begitu sayu di cuping telingaku. Aku membalas renungannya. Air mata Hariz bertakung.
"Iz … Kenapa ni?" Tanyaku, resah.
"Janji dengan Iz, In …" Hariz menggenggam tanganku. Aku menariknya dengan pantas. Hariz meminta maaf.
"Walaupun In tak tau kenapa Iz minta macam tu, In janji In akan bahagia. Hantar In balik rumah." Pintaku. Hariz senyum, namun bukan kerana dia gembira. Dia keluar dari kereta, membuka boot kereta dan mengeluarkan begku. Hariz membuka pintu di tempat dudukku.
"Inilah rumah In." Mataku hampir terbeliak mendengar kata-kata Hariz. Aku memandang ke arah rumah besar di hadapanku.
"No, it’s not. Iz jangan la main-main. Kalau Iz tak nak hantar In balik, biar In balik naik teksi je." Hariz menarik begku dan menekan loceng. Seorang wanita berusia keluar dari rumah itu dan tersenyum memandang Hariz, seakan sudah lama mengenalinya. Hariz memanggilku.
"In dah janji dengan Iz tau …" Suaranya begitu sayu. Hariz menolakku masuk ke dalam rumah besar itu.
Aku tidak mengerti. Apa semua ini? Aku memandang ke kiri, ke kanan. Ada satu jalan kecil untuk kereta melaluinya. Rumah banglo dua setengah tingkat itu dikelilingi rumput yang menghijau. Ada kerusi dan meja kayu jati yang dikelilingi oleh kolam ikan dan taman bunga. Wanita berusia di hadapanku membuka pintu rumah itu untukku. Aku melangkah masuk.
Hiasan dalaman rumah itu cukup eksklusif dengan gaya moden. Rumah ini ada segalanya. Aku memandang sekeliling rumah. Apa maksud Hariz, ini rumahku?
"In suka rumah kita?" Suara lelaki itu membuat nafasku sesak. Perlahan aku berpaling ke belakang. Benarlah, suara dari dialah yang aku dengar tadi.
"Kat belakang rumah tu ada pokok durian, mangga, rambutan … Nanti kita tanam pokok dokong pulak." Dia begitu ceria bercerita sedangkan aku tidak mengerti apa-apa dan aku mahukan penjelasan!
"Apa maksudnya semua ni?" Tanyaku.
Nubhan menggenggam tanganku.
"An buat semua ni untuk In." bisiknya.
"Tapi kenapa?" Aku cuba meleraikan genggaman tangannya namun semakin erat dan kemas genggamannya.
"An nak hidup dengan In. An nak In jadi ibu kepada anak-anak An. An nak … In jadi wanita yang akan temani hidup An sampai bila-bila." Nubhan menguntum senyuman manis. Matanya tajam merenungku. Aku melarikan pandangan, tidak mampu untuk melawan renungannya. Nafasku terasa sesak. Semua ini bagaikan mimpi.
"Hariz yang beritahu An tentang perasaan In …" Bisikan Nubhan membuatkan jantungku hampir terhenti. Air mataku bertakung. Barulah aku tahu mengapa dia memintaku berjanji … Mengapa Hariz terlalu baik padaku?
"An dah siapkan semuanya untuk majlis perkahwinan kita. An dah pilih warna purple yang In suka untuk majlis nanti. Semuanya dah siap. Cuma tinggal In je … In, kita kahwin ya … " Aku memberanikan diri merenung matanya, mencari keikhlasan dan ketulusan hatinya.
"Kalau … Kalau In tak nak?" Wajah Nubhan berubah.
"An takkan kahwin sampai bila-bila. An nak In seorang je." Wajah Nubhan mencuka. Bibirnya muncung seperti anak kecil yang sedang merajuk. Aku ketawa. Betapa rindunya aku melihat tingkahnya.
"Kenapa suka? Tau la kite tak hensem, mana sesuai dengan dia …" Nubhan merajuk. Aku ketawa lagi. Oh Tuhan, benarkah ini bukan mimpi?
"Eee benci la dengan In …" Dia melepaskan genggaman tangannya.
"Tapi In sayang An …" Bisikku perlahan. Nubhan pasti mendengar bisikanku itu kerana dia terus memandangku. Matanya seakan ada sinar bahagia. Bibirnya menguntum senyuman manis. Senyuman yang sama seperti kali pertama aku bertemu dengannya … Dan kali ini senyuman itu untukku seorang … Syukur, ya TUHAN …
ye ke citer ni camtu? tipulah... i mean cam tak realistik... mana gi awek nubhan yang dulu. dah boleh agak dah ending dia camane... cam citer cinderella kan?? akhirnya dapat yang diidamkan... tapi olahan ayat awak bagus...at least boleh la baca sampai habis
tp sy x sker dgn watak in tu...dye cam xmenghargai je hariz...xpelar hariz perempuan cam in tu xseswai dgn awk...mgkin awk akan dpt perempuan yang lebih baik dan lebih menhargai awk dr si in tu...huhu...
best, tapi kenapa watak Hariz dibiar berkorban,.. endingnya dah boleh diagak. Nubhan anak saudara orangkaya, watak putih dan akhirnya dapat apa yang diingini. klise lah, tapi saya sanggup baca sampai habis, Tahniah,...
not bad la..but y hariz was so kind? and y dun u tell me more abt wat happen 2 hariz after she got nubhan?i dun think dat kind of person exist in dis wolrd.haha ur story is so funny...
Hey guys .. sory cte ni x smpi expectation sume org .. sy nk try wt cte hepy tp nmpknye x jd .. agknye sbb sy sndri x tau cmne prsaan hepy .. n sy tgh gle ngn nubhan af6 sbb 2 sy gne nme die, wawawawa .. nway thx 4 ur comments .. i wont giv up. sy akn wt cerpen lg. thx so much!
huhuhu..... best tp mcm x real lh..... mcm dream jerk...... huhuhu..... but anyway gud job.... :)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ye ke citer ni camtu?
tipulah... i mean cam tak realistik...
mana gi awek nubhan yang dulu.
dah boleh agak dah ending dia camane...
cam citer cinderella kan??
akhirnya dapat yang diidamkan...
tapi olahan ayat awak bagus...at least boleh la baca sampai habis