Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sedih, pilu, resah...memikirkankan diri ini yang hanya di ibaratkan menghitung hari saja...memang hidup mati di tangan tuhan tapi alangkah sedihnya bila kita mengetahui ajal kita hampir tiba. Apalah nasibku ini, baru saja ingin meniti saat bahagia akhirnya akan berakhir dengan pemergian yang tidak akan kembali. Mungkin inilah hadiah hari lahirku yang paling bermakna dalam hidupku. Huhuhuhuhu....ajalku hampir tiba. Menangis air mata darah pun aku tetap akan menemui ajal yang telah di tetapkan olehNya. Pagi yang ceria bertukar menjadi kelam bagiku apabila menerima panggilan telefon yang tidak dijangka-jangka.
'Assalamualaikum, Cik Nia. Saya doctor Azrai, boleh awak datang ke hospital sekarang tak?'
Tetiba je hatiku berdebar-debar, takut untuk aku mengetahui keputusannya nanti. Walaupun hampir 2 minggu aku menunggu keputusan itu, tapi hatiku sentiasa resah kerana hanya dua berita yang akan aku terima iaitu berita baik atau buruk. Klu berita baik, ini bermakna aku akan dapat merealisasikan impianku, tapi...klu berita buruk, bermakna hancur semua impianku...Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini. Ku tahu, Engkau tidak akan menguji umatMu jika ia tidak dapat memikulnya. Hari ini aku hanya berserah padaMu. CRV hitam ku pandu perlahan-lahan, membelah kesibukkan kota pagi. Kata-kata doctor Azrai tadi masih tergia-ia di telingaku.
'Saya harap awak tabah, keputusan test ari tu....menunjukkan awak ada kanser'.
Arghhhhh....hatiku memberontak. Lemah longlai seluruh tubuhku. Aku ibarat layang-layang yang terputus tali, tidak tahu ke mana arah yang harus aku singgah. Mengapa aku yang dipilihNya. Di saat aku ingin meniti impianku, aku akan jatuh tersungkur..rebah mencium bumiMu yang indah ini. Belum sempat aku menghayati dan mengecapi keindahan ciptaanMu, tiba-tiba aku akan dipanggilMu kembali. Di saat kutempuhi lorong yang berliku dalam mencari sinar yang akan menerangi kegelapanku, kegelapan juga yang akan kutempuhi dalam liku kehidupanku. Mengapa aku Ya Allah???
'Kanser awak dah merebak ke seluruh sel, awak hanya ada 3 bulan saja.'
Lidahku kelu tak terkata. Apakah sudah suratan usiaku 27 tahun saja tersurat olehNya untuk aku wujud di muka bumi ini. Di duniaMu, dunia yang penuh pancaroba kehidupan yang perlu di tempuhi setiap mahklukMu.
'Baik awak jalani kimoterapi....'
Buat apa nak jalani kimoterapi. Sedangkan aku hanya ada 3 bulan saja untuk hidup. Ya, Allah..aku hanya berserah padaMu. Kau tabahkanlah hatiku ini. Begitu perit dan beratnya cubaanMu ke atasku. Aku terus memandu, memandu..memandu, entah ke mana destinasi harus ku tuju. Hanya airmata yang menjadi temanku disaat ini. Ya, hanya itu saja yang aku tahu...menangis, menangis dan terus menangis. Waktu ini ingin sekali aku memecut laju selajunya..biar aku tamatkan saja riwayatku.
Ish!! apa kau merepek ni, sepatutnya kau terima tentuan ini..bisik satu suara halus dari dalam.
Astagfirullahaazi!! Ape yang telah aku fikirkan ni..nauzubillah..
Petang semakin melewati senja. aku memakirkan kenderaanku. Longlai aku mengatur langkah menuju ke persisiran pantai. Diriku ibarat tidak berpijak dibumi yang nyata, terasa diri ini di awangan melayang-layang bersama fikiran yang buntu. Aku melabuhkan diriku di atas seketul batu. Ku lemparkan pandangan jauh nun di lautan yang luas. Dulu akulah penunggu setia laut, bila ada masalah je aku datang meluahkan kepadamu, bagiku lautlah tempatku untuk mengadu. Kerna laut tak pernah menipu, laut menjadi pendengar yang setia..aku luahkan segalanya, dan laut membawa pergi luahanku bersama ombak yang memukul badai. Tapi peristiwa aku hampir lemas, 15 tahun lalu menyebabkan aku fobia pada laut, kerna sikapku yang suka merajuk akhirnya aku hampir lemas sewaktu usiaku 12 tahun. Nasib baik sepasang suami isteri berbangsa India ternampak aku. Klu tidak, aku dah mati lemas. Waktu tu aku betul-betul panic, tak tau nak buat apa. Pelampun yang ku guna pun tak dapat menyelamatkanku bila ombak besar menerpa ke arahku. Tapi Allah tu maha berkuasa, aku dapat diselamatkan. Sejak itu aku benci laut, selalunya laut menjadi pendengar setiaku, membawa pergi masalahku tapi hari itu aku yang akan di bawanya. Hari ini, aku kembali...kembali menjejakimu semula kerna aku tidak tahu ke mana harus aku melabuhkan diri. Airmataku mengalir membasahi pipi, segala-galanya masih bermain di kotak fikiranku. Nun jauh di sana senja akan melabuhkan tirainya...sungguh indah permandangan di waktu senja. Tetapi semua ini hanyalah keindahan sementara bagi insan di dunia ini, termasuklah aku. Alam yang membalut mimpi, dulu melukis nyanyian dihati hanya tinggal kenangan sahaja. Belum sempat aku meneruskan pelayaran, aku akan karam jua di tengah-tengah lautan. Selamat tinggal segala-galanya itu aje yang dapatku luahkan.
Kubentangkan tikar sejadah, pagi yang sunyi ini aku ingin bermunajat mengabdikan diri kepadaNya kerna ketenangan diri datang bila kita mengingatiNya. Usai solat, aku menadah tangan memohon kepadaNya.
'Ya Allah, disepertiga malam ini aku mengabdikan diriku padaMu. Ku tahu aku hanyalah insan kerdil di sisiMu. Kupasrah dengan qada dan qadar' yang Engkau tentukan padaku. Kumohon ketenangan diri dariMu kerna ujianMu kepadaku begitu berat untuk aku jalani. Di saat ini hanya padaMu tempat ku mengadu. . Ku akui kelemahan diri, ku insafi kejahilan diri ini kerna ku tahu, aku hambaMu yang ihlaf, yang banyak dosa tapi berilah kesempatan dalam hidupku ini untuk aku merasai bahagia di dunia ciptaanMu dan dalam dunia ciptaanku sendiri. Aku mohon padaMu, ampunilah segala dosaku. Kau lindungilah insan-insan (keluarga dan sahabatku) kusayangi yang hadir menceriakanku dan menyinari hidupku, dan semoga sisa-sisa hidupku yang singkat ini dapatku abadikan bersama-sama kenangan. Amin...'
Aku memandang lesu ke luar jendela, hujan renyai-renyai membasahi bumi mulai berhenti. Suasana selepas hujan sungguh menyegarkan. Tumbuh-tumbuhan bagaikan tersenyum riang. Angin dinihari sepoi-sepoi bahasa meniup, sejuknya hingga menusuk ke tulangku. Selama ini aku yang sentiasa menjadi pendengar untuk menyelesaikan masalah orang lain. Tapi, masalah aku sendiri tak dapat aku selesaikan dan hanya padaNya aku berserah. Laptop di atas katil, ku pandang lesu. Masih sempatkah untuk aku menyiapkan novel yang akan menjadi novel terakhir ku ini? soalku sendirian. 3 bulan tidaklah lama bagi aku yang menghitung hari. Pejam celik, pejam celik masa akan berlalu…begitu juga diriku yang akan lena buat selama-lamanya. Aku mesti siapkannya sebagai kenangan untukku tinggalkan dalam bidang penulisan. Itu nekadku!!
Mentari pagi menjelma menyinari alam. Aku bersiap-siap untuk ke pejabat. Surat perletakkan jawatan ku renung. Hari ini aku nekad untuk meletakkan jawatanku dan membawa diri suatu tempat yang ku rasakan sudah sampai masanya untuk aku menjejaki kaki ke rumahNya. Sebelum sampai ajalku, ingin ku dambakan kasihMu, kasih yang menjanjikan seribu ketenangan dan inginku titipkan segala kenangan di sana dan semoga Engkau menerima kehadiranku ini di sisiMu. Hampir 3 minggu aku menjadi penghuni rumah Allah. Terasa diri ini begitu dekat denganNya dan begitu tenang sekali. Alhamdulillah, dalam keadaan aku yang kurang bermaya dapat juga aku mengerjakan umrah. Namun hari ini, aku akan meninggalkan tanah suci Mekah. Terasa berat kaki ini ingin melangkah pergi. Tapi aku harus pergi jua, pergi membawa diri yang sepi ini.
'Nati aku nak pegi Beijing' spotan je jawapanku bila Aifa menanyakan impianku. 'Nape ko nak pegi sana? kan jauh, membazir duit je'. Laung Aifa dari bawah. 'Ada la...rahsia.' balasku selamba. Aku mula mengarang angan-angan Mat Jenin, sambil tangan ku ligat memetik buah rambutan. Begini la rutinku setiap hari sehingga la result STPM kuar. Panjat memanjat memang hobi aku, aku ni kira ganas gak la…
'Beijing...masih sempat ke, aku nak ke sana?'
Perjalanan aku masih jauh lagi, tapi perjalanan hidupku makin hampir. Mungkinkah Beijing adalah destinasiku yang terakhir? Andainya aku sampai di sana, biarlah Tembok Besar China menjadi saksi segala-galnya. Aku ingin bebas seperti burung yang berterbangan sebelum hembusan terakhir nafasku. Biarpun makin hari, makin banyak rambutku gugur..namun ku gagahi diri ini untuk berdiri walaupun hanya untuk sementara waktu. Kepada sahabat-sahabatku semua, walaupun singkat pertemuan ini aku redha kerna ia begitu bermakna dalam hidupku. Akan aku abadikan segala kenangan kita semua hingga ke nafas terakhirku. Izinkan aku mengundur diri membawa hati yang lara. Aku ingin mencari kedamaian yang hanya sedikit saje yang dapat aku kecapi. Maafkan daku...semua ini telah tersurat untukku! Suratan illahi yang perlu kuterima. Selamat tinggal semua kenangan, selamat tinggal dunia penulisan dan selamat tinggal dunia ciptaanku sendiri. Aku akan berpijak di bumi yang nyata dan kembali kepadaNya. Andainya aku punyai waktu, masih ku ingin mengulangi semula saat indah bersama kamu semua.tapi sayang aku tidak berkesempatan. Abadikan saja salam ku di ingatan, salam terakhir ku hulurkan semoga kita semua berjiran di syurga Allah..InsyaAllah.
-Aku menulis bukan kerna nama- (OsHiNiezA EgikO) April 2008
p/s : Adapsi dari diari yang dititipkan untukku. Kenangan sahabatku ini akan aku abadikan.
salam, sedihnyer citer nie... wlaupun citernyer pendek tapi maknanya panjang.... thumbs up 4 u....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam,
sedihnyer citer nie...
wlaupun citernyer pendek tapi maknanya panjang....
thumbs up 4 u....