BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Mei 18, 2008
Cerpen : Semoga cinta itu abadi
alyamikan
alya_mikan@yahoo.com

Shaza menyingsing lengan bajunya sehingga menampakkan sebahagian daripada lengannya yang putih gebu. Di berlari dengan pantas tanpa memperdulikan orang ramai yang lalu lalang. Sesekali dia menilik jam tangan di pergelangan tangannya. Apabila tiba di hadapan sebuah bangunan tinggi, Shaza mempercepatkan lariannya memasuki bangunan tersebut. Raut wajahnya jelas menunjukkan perasaannya yang cemas.
"Sempat lagi ke ni?" Syaza bercakap dengan dirinya sendiri.
Shaza menunggu ketibaan lif dengan perasaan cemas. Sekali lagi dia menilik jam tangan berwarna biru yang terlekat di tangan kirinya. Setelah hampir dua minit menunggu, Syaza semakin resah. Mujurlah lif tiba seminit kemudian. Syaza segera menaiki lif tersebut. Jikalau tidak, pasti dia akan nekad menaiki tangga sahaja ke tingkat 10!
Apabila pintu lif terbuka, Syaza lekas berlari keluar. Dia sudah tidak peduli dengan tudungnya yang tidak terurus dan bajunya yang tidak kemas. Yang pasti, dia sudah lambat pada hari pertama kerjanya!
Syaza terus berlari sehingga bila di hadapan seorang wanita yang kelihatan berumur hampir 30-an, Syaza berhenti. Tercungap-cungap dia seketika. Soalan yang ingin ditanya kepada wanita tersebut tersekat di kerongkong.
"Adik ni Syaza Hawani Abdul Ghani ke?" tanya wanita tersebut. Syaza yang tidak dapat bersuara kerana masih tercungap-cungap hanya mampu mengangguk. Wanita tersebut tersenyum apabila melihat anggukan Syaza.
"Dah lama kak tunggu Syaza. Nama kak Harina. Adik akan ganti tempat kak sebagai setiausaha pengurus," ujar wanita tersebut lagi. Syaza berasa bersalah. Bukan sengaja dia mahu datang lambat. Apatah lagi pada hari pertama kerjanya tapi….ini semuanya salah adiknya! Dia terpaksa mencari folio sejarah adiknya, Aiman yang hilang di bawah timbunan sampah, pakaian, buku-buku dan entah-entah apa-apa lagilah! Mencari folio sejarah di bilik adiknya yang tidak ubah seperti sarang ular itu betul-betul mencuri masanya.
"Maaf. Saya ada masalah tadi. Saya dah cuba sampai tepat pada masanya," Syaza memberi penjelasan.
"Kak tahu. Boleh tengok berdasarkan cara pemakaian Syaza," kata Kak Harina sambil tersenyum. Syaza malu sendiri. Nampaknya penampilannya memang hancur!
"Pergilah betulkan pakaian dan tudung tu dulu. Encik Nazrin tak suka stafnya berpakaian tidak kemas," arah Kak harina. Syaza menurut sahaja.

"Ini bilik bos. Mari kita masuk," ujar Kak Harina sambil menolak daun pintu. Syaza sempat mencuri tengok nama yang tertera di hadapan pintu iaitu Tengku Nazrin Syahmi sebelum masuk ke dalam bilik yang besar itu. Otaknya berfikir seketika. Tengku Nazrin Syahmi, macam pernah dengar je. Tapi kat mana eh? Ee, mengarut jelah! Takkan orang yang aku kenal jadi pengurus kat syarikat sebesar ini. Tak mungkin! Syaza segera membuang fikirannya jauh-jauh.
"Encik Nazrin, ini Cik Syaza yang akan menggantikan tempat saya sebagai setiausaha encik nanti," Kak Harina memperkenalkan Syaza kepada seorang lelaki yang Syaza tidak dapat mengecam wajahnya kerana dia sedang menundukkan kepalanya untuk mencari sesuatu.
"Nampaknya awak dah lambat untuk hari pertama awak bekerja. Awak ada ciri pekerja yang baik," sinis suara yang keluar dari mulut bosnya itu. Syaza terpukul dengan sindiran itu. Boleh tahan juga bisanya! Syaza menundukkan wajahnya.
Keadaan tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Syaza menjadi bingung. Diangkatnya wajahnya. Serta-merta wajahnya bertukar pucat, bibirnya kelu untuk berkata-kata. Kenapa kebetulan ini berlaku?
"Harina, awak boleh keluar sekarang. Saya mahu cakap sedikit dengan setiausaha baru saya ni" arah Encik Nazrin. Syaza memandang Kak Harina melangkah keluar tanpa boleh melakukan apa-apa. Kalau boleh, dia mahu turut keluar. Terseksa batinnya berdua dengan bos barunya itu.
"Tak sangka setiauasaha baru saya ialah Cik Syaza Hawani. Hmm, nampaknya jodoh awak dengan saya memang kuat," kata Encik Nazrin sambil merenung tepat wajah Syaza. Syaza melarikan matanya. Tidak sanggup bertentang mata dengan orang yang sangat dibencinya. ‘Kenapalah malang sangat nasib aku jumpa balik dengan makhluk ni. Ingatkan tak payah jumpa dah. Tengok-tengok jadi bos aku. Mampus aku!’ kata Syaza dalam hati.
"Bila masa pulak saya ada jodoh dengan awak, Nazrin?! Awak je yang perasan lebih," sindir Syaza. Melihat raut wajah Nazrin saja sudah cukup untuk membuatnya rasa meluat yang amat sangat. Apatah lagi setelah Nazrin berkata yang dia ada jodoh dengannya. Eee, minta simpang!
"Maaf Cik Syaza. Saya ni bos awak. Jadi, awak harus panggil saya Encik Nazrin. Bukan Nazrin saja," kata Nazrin dengan lagak macho. Syaza menyampah melihatnya.
"Malang betul nasib aku jumpa balik dengan setan ni. Ingatkan dah mampus. Rupanya hidup lagi. Dahlah berlagak macho macam dialah orang paling handsome kat dunia ni. Menyampah aku!" rungut Syaza perlahan. Mukanya jelas menunjukkan rasa benci.
"Tak baik kutuk orang dibelakang, Cik Syaza!" kedengaran suara Nazrin. Syaza terpaku. Alamak! Dia dengarlah apa aku kutuk tadi. Eleh, nak nasihat orang. Ingat dia tu baik sangat ke?!
"Maaf Encik Nazrin. Saya cuma terkejut jumpa kawan lama. Dah lama kita tak jumpa, kan?" kata Syaza berbasa-basi. Dia berpura-pura tersenyum manis sedangkan hatinya mengutuk Nazrin.
"Ya. Dah lama. Macam mana dengan awak sekarang? Tabiat suka mengadu tu dah buang ke?" tanya Nazrin dengan nada menyindir. Berasap telinga Syaza mendengarnya. Apasal dengan mamat ni? Asyik nak buat orang marah je!
"Saya memang tak pernah ada tabiat tu pun dulu. Orang lain yang salah faham," kata Syaza dengan senyuman berpura-pura lagi. ‘Syaza, dia ni bos kau. Kau tak boleh cari gaduh ngan dia. Kalau tak, kau yang susah. Jadi, senyum…senyum’ Syaza menenangkan hatinya.
"Itu bukan salah faham. Tabiat awak tu dah menyusahkan saya," kata Nazrin lagi. kali ini dengan senyum sinis. Terbakar Syaza mendengarnya.
"Apa salahnya awak lupakan perkara itu! Perkara tu pun dah lama berlalu. Lagipun itu bukan salah saya! Saya ulang sekali lagi, itu bukan salah saya!," kata Syaza sedikit lantang. Kesabarannya mula hilang.
"Saya tak akan berhenti membenci awak!" balas Nazrin juga sedikit kuat.
"Sebab perkara kecil tu pun awak nak benci saya sampai sekarang?Awak ni kecil hati betullah!" kata Syaza geram.
"Aku bukan benci awak sebab itu aje. Aku hanya benci, meluat, menyampah dengan kau! Aku akan pastikan kau terseksa bekerja di bawah aku. Tengoklah nanti!" kata Nazrin kasar sambil mengangkat kening. Syaza terpaku. Dah lama tak dengar Nazrin bercakap kasar begitu. Rasanya seperti kembali ke zaman persekolahannya.
"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya mahu mengambil izin untuk keluar. Assalamualaikum," ucap Syaza lalu segera keluar. Dia tidak mahu terus bersama dengan Nazrin. Takut dirinya akan hilang sabar. Teruk nanti jadinya.

"Mampus saya, Rina! Kenapalah malang sangat nasib saya? Kalau jumpa saje, saya boleh tahan tapi dia jadi bos aku! Hari-hari dia seksa saya. Dia tak puas hati selagi saya tak berpeluh dan berkejar ke sana-sini. Apa saya nak buat?!" adu Syaza di telefon. Dipandangnya Nazrin di dalam pejabat melalui dinding kaca dengan renungan tajam. Bosnya itu kelihatan senang hati. Entah apa yang gembira sangat. ‘Mana adil! Kau gembira aku pula terseksa,"rungut Syaza dalam hati. Dipandangnya fail-fail yang bertimbun di atas mejanya. Syaza mengeluh.
"Apa susah. Berhenti jelah," cadang Rina.
"Awak ingat senang ke? Nak dapat kerja ni pun tiga bulan saya keliling KL hadir temuduga. Kalau saya berhenti, entah bila saya boleh dapat kerja baru. Lagipun saya kesempitan duit sekarang. Duit sewa rumah, belanja makan minum dan wang belanja sekolah Aiman banyak. Mana saya nak cari?" Syaza menolak cadangan Rina.
"Berat masalah awak ni. Saya pun tak ada idea. Dari cerita awak saya tahu Nazrin tu memang tak berubah langsung. Asyik nak menyusahkan awak je. Orang lain tak lah kena macam awak. Heran saya! Saya ingat lagi, sampai nangis awak dikenakan dia. Saya jugak yang kena pujuk awak. Tak pasal-pasal saya terlibat sekali," bebel Rina. Syaza mengeluh lagi.
Kawan baiknya itu memang selalu menenangkannya setiap dikenakan Nazrin semasa sekolah menengah. Paling Syaza tak tahan sehingga membuatnya menangis di hadapan Rina ialah tindakan Nazrin meletakkan gam di kerusi sekolahnya. Habis kotor dan koyak baju sekolah barunya. Mujur pada waktu itu semua pelajar sudah pulang. Kalau tidak, sumpah dia akan memaki hamun Nazrin habis habisan.
Bukan itu saja, dia pernah disiram dengan sebaldi air di hadapan para pelajar oleh Nazrin. Menggigil dia menahan sejuk dan marah. Nazrin pula berpura-pura meminta maaf dan memberi alasan yang tangannya licin. Sempat lagi dia berlakon dengan menghulurkan sapu tangan kepada Syaza. Semua orang mempercayai Nazrin dan memujinya gentleman.
"Dahlah cerdik, anak orang berada, berwajah kacak dan bersopan santun. Siapa lagi yang sebaik dia?" meluat Syaza mendengarnya apabila kawan-kawan perempuannya memuji Nazrin. Mereka tidak tahu perkara sebenar. Kalau mereka di tempatnya, mati hidup semula pun mereka tidak akan memujinya begitu!
"Saya betul-betul tertekan sekarang. Depan saya berlonggok fail-fail yang kena hantar esok. Ini baru sebulan. Lama-lama macam ni boleh naik gila saya,"kata Syaza lemah. Badannya betul-betul keletihan akibat tidak cukup tidur semalam dan nampaknya hari ni pun dia terpaksa berjaga malam.
"Kenapa tak mengadu aje pada bos besar? Kan senang," cadang Rina lagi.
"Mengadu? Sah tak akan ada orang percaya cakap saya. Saya berguling atas lantai merayu diorang percaya pun sah diaorang tetap tak percaya. Taktiknya macam dulu jugak. Depan orang, pijak semut pun tak mati. Belakang orang, garang macam saya baru je bunuh mak dia! Kalau dulu masalah boleh selesai dengan mengadu, dah lama saya buat. Tapi, masalahnya pasti tak jadi! Lagi teruk, tindakan saya tu macam mengiayakan tabiat suka mengadu yang dia tuduh tu," suara Syaza sedikit kuat.
"Saya tak faham betullah dengan dia tu. Ada ke patut dia tuduh awak mengadu kat Cikgu Khalid yang dia pergi kelab malam dengan perempuan dan minum arak sampai mabuk. Kalau dia terserempak dangan awak dalam keadaan mabuk tak semestinya awak pergi mengadu. Salah dia jugak! Padan muka kena gantung sekolah seminggu! Kalau takut ada orang mengadu kat Cikgu Khalid, janganlah buat hal. Lagi teruk, orang lain yang mengadu kat cikgu, awak yang kena dengan dia. Tak pasal-pasal dia benci awak sampai sekarang….," Rina membebel lagi. Syaza mengeluh. Rina sahaja yang mengetahui betapa terseksanya dia dengan kelakuan Nazrin. Dialah tempat Syaza meluahkan perasaanya.
Dia tidak boleh melawan Nazrin. Kalau di mengadu kepada cikgu, pasti cikgu pun tak percaya. Atalah lagi satu-satunya guru yang berani menghukum Nazrin iaitu Cikgu Khalid telah bertukar ke Pahang. Cikgu Khalid ialah guru disiplin dan dia adalah satu-satunya guru yang tidak gentar dengan pangkat Tan Sri dan Tengku yang terletak di pangkal nama bapa Nazrin. Malah, dia juga tidak terpedaya dengan lakonan Nazrin yang berlagak baik. Jadi, Nazrin agak berhati-hati dengan guru itu. Namun selepas Cikgu Khalid berpindah, Nazrin mula menunjukkan wajahnya yang sebenar kepada Syaza.
"…Dahlah kecil hati betul. Sebab perkara kecik pun nak membenci. Dah hampir sembilan tahun perkara tu berlalu. Tak logik tu. Syaza…entah-entah dia sukakan awak kot!" tiba-tiba Rina berkata begitu. Syaza yang sedang meneguk air tersedak. Hampir tersembur air minerel yang diminumnya.
"Awak dah gila atau dah hilang akal? Tak mungkin dia sukakan saya. Kan saya dah cerita tadi yang betapa dia bencikan saya separuh mati. Kalau dia tak bencikan saya pun, dia tak mungkin suka kat saya. Berlambak lagi perempuan cantik, kaya dan sama taraf dengan dia. Fikirlah sikit!," Syaza membalas. Apa yang dikatakan Rina tadi langsung tak masuk akal.
"Awak yang kena fikir sebenarnya! Takkan dia nak penatkan diri dia nak menyusahkan awak sebab perkara tu aje. Tentu ada perkara lain. Aku rasa, dia nak tarik perhatian awaklah," kata Rina lagi tidak putus asa.
"Ah, itulah perkara paling mengarut sekali saya pernah dengar. Dahlah. Saya kena siapkan kerja. Nanti tak pasal-pasal dia mengamuk lagi. Bye!" Syaza meletakkan ganggang telefon sedikat kuat. Geram dengan kata-kata Rina tadi.
"Ehem!"kedengaran bunyi berdehem di belakang. Syaza terlopong. Alamak! Bila masa pulak makhluk ni ada kat belakang aku? Syaza berpaling ke belakang perlahan-lahan. Nazrin memandangnya dengan pandangan tajam. Kecut Syaza melihatnya.
"Encik Nazrin. Kenapa encik kat sini? Ada kerja untuk saya ke? Kalau ada, kenapa tak panggil saya je?" tanya Syaza. Hatinya berdebar menunggu Nazrin berkata-kata.
"Macam mana nak panggil kalau asyik kat bergayut telefon?! Kerja tak siap lagi tapi asyik merungut aku bagi kerja banyak sangat. Macam mana nak siap kalau asyik kutuk orang je?" sindir Nazrin sambil menjeling Syaza. Syaza terpaku. Alamak! Alamak! Alamak! Dia dengarlah aku kutuk dia! Macama mana ni?!
"Maafkan saya, encik. Saya akan siapkan kerja cepat," kata Syaza lalu berpaling ke depan semula. Dia mencapai sebuah fail lalu memulakan kerja. Ada kutukan untuk Nazrin di hatinya.
"Malam ini ikut aku pergi parti Datuk Hisyam,"kata Nazrin tiba-tiba. Syaza mengurut dada. Terkejut. Sangkanya Nazrin sudah berlalu ke pejabatnya.
"Err, apa yang encik kata tadi? Rasanya saya salah dengar," tanya Syaza.
"Kau ni pekak ke? Kan aku dah kata tadi. Aku tak nak ulang lagi. Pandai-pandai kaulah. Yang penting, kau kena siap sebelum pukul 8.30. Aku akan jemput kau kat pejabat. Faham?!" kata Nazrin sebelum berlalu pergi. Meninggalkan Syaza terkulat-kulat sendiri.

"Baju apa yang kau pakai ni?" tanya Nazrin sinis sambil membelek Syaza dengan matanya.
"Apa yang tak kena dengan baju saya?" tanya Syaza geram. Di benci melihat senyum sinis di wajah Nazrin. Dia juga tidak suka Nazrin merenungnya .
"Banyak yang tak kena! Takkan kau nak pergi parti Datuk Hisyam dengan pakai baju kurung? Tak pernah lagi aku tengok orang pergi parti pakai baju kurung. Kau orang pertama!" jawab Nazrin sambil ketawa. Syaza terasa terpukul. Dia memandang tubuhnya yang dibaluti sepasang baju kurung bewarna biru. Cantik! Jadi, apa yang tak kena?
"Suka hati enciklah. Saya nak balik," kata Syaza lalu melangkah meninggalkan Nazrin. Di dalam hati berbakul sumpah seranahnya untuk Nazrin. Aku susah payah pilih baju, kau kata kolot. Dahlah tiba-tiba je arah aku ikut dia pergi parti. Dia ingat aku ni apa? Anak patung?!
Tiba-tiba sebuah kereta mewah meluncur laju dan berhenti di sebalah Syaza. Bunyi hon dibunyikan. Nyaring! Terkejut Syaza dibuatnya. Hampir-hampir dia terjatuh akibat terlalu terkejut. Syaza memandang tajam Nazrin yang selamba turun dari kereta mewah tanpa rasa bersalah.
"Encik ni memang nak saya mati ke?" sindir Syaza tajam. Dia memandang wajah Nazrin yang tegang. Kecut perut Syaza melihat raut tegang di wajah tampan itu. Terus mati kata-katanya.
"Kau, ikut aku!" kata Nazrin lalu menarik kasar tangan Syaza. Syaza terjerit kecil akibat kesakitan tetapi Nazrin langsung tidak mengendahkannya. Nazrin terus menarik kasar tangan Syaza dan menuju ke kereta mewahnya. Dia membuka pintu kereta dan menghempas Syaza ke dalam kereta. Syaza terjerit lagi. Di hatinya menyumpah Nazrin.
"Encik nak bawa saya ke mana ni?" tanya Syaza walaupun dia tahu Nazrin mahu membawanya ke parti Datuk Hisyam. Nazrin yang memandu kereta hanya diam tanpa kata. Wajahnya yang tadinya tegang sudah berubah tenang. Syaza berasap melihat wajah tenang itu. ‘Selamba rock je dia ni. Tak minta maaf langsung. Dia ingat aku ni patung McDonald ke boleh campak-campak sesuka hati?!’ marah Syaza dalam hati.
"Encik, turunkan saya di sini. Saya tak nak pergi parti tu," kata Syaza geram. Dia mengawal rasa marahnya dan cuba untuk tidak menuturkan kata-kata yang kasar kepada bosnya itu. Kalau tidak, yang susahnya dia juga.
"Aku ni bos kau. Kau kena ikut cakap aku," kata Nazrin selamba. Syaza berang.
"Minta maaf Tengku Nazrin Syahmi Tan Sri Tengku Ridzuan, saya ni memang pekerja encik tetapi sekarang bukan waktu bekerja. Jadi, encik tak ada hak nak perintah-perintah saya!" marah Syaza. Berangnya sudah memuncak. Merah padam mukanya menahan marah.
"Datuk Hisyam tu klien syarikat kita. Untuk mengambil hatinya, kita mestilah hadir ke majlis yang dijemput. Kau ni, bodoh ke bengap? Takkan tu pun aku nak ajar," kata Nazrin pedas dengan selamba. Syaza berapi. ‘Sabarkanlah hati, dia ni bos kau’ kata Syaza dalam hati menenangkan diri sendiri. Berlama-lama dengan Nazrin boleh menaikkan tekanan darahnya! ‘Tak pasal-pasal aku boleh masuk hospital. Tak rela aku’
"Datuk Hisyam kan jemput encik sorang je. Jadi, kenapa heret saya jugak? Pergilah ajak girlfriend-girlfriend encik yang cantik-cantik dan bergaya tu?!" tanya Syaza sedikit lantang. ‘Menyusahkan aje dia ni’kutuk Syaza dalam hati.
"Suka hati akulah. Kenapa? Kau cemburu ke?" tanya Nazrin tanpa memandang Syaza. Syaza tersentak.
"Saya? Cemburu? Simpang malaikat 44!" jawab Syaza lalu memalingkan mukanya. Dia memandang cahaya-cahaya lampu yang menyinari bandaraya Kuala Lumpur. Mengharapkan geramnya terhadap Nazrin berkurangan apabila melihat pemandangan yang cantik itu. Entah kenapa, hatinya tercuit dengan kata-kata Nazrin tadi.
Memang diakui Nazrin memang sempurna. Dengan wajah yang kacak, kekayaan keluarga yang akan diwarisinya, kepintaran dan ketinggian budi bahasanya di hadapan orang ramai menjadikan dia jejaka idaman gadis sejak zaman sekolah lagi. Apatah lagi Nazrin tidak sombong langsung. Syaza selalu mendengar desas-desus tentang dia ni minat kat Nazrinlah, perempuan ni menyintai Nazrinlah, budak cantik tu meluahkan perasaanya kepada Nazrinlah, macam-macamlah! Syaza mengeluh. Tiba-tiba Syaza teringat pertemuan kali pertama antara dia dengan orang yang dia cintai. Kenangan itu takkan dilupakan seumur hidupnya…

Syaza duduk di sudut perhentian bas itu dengan memeluk lututnya. Dia tidak memperdulikan keadaan perhentian bas itu yang sunyi dan hari yang hampir senja. Syaza menahan air matanya daripada tumpah ke pipi tetapi tidak berjaya. Air matanya mengalir deras. Terhinju-hinjut bahunya menahan tangis daripada terus mengalir.
"Ma, pa, kenapa tinggalkan Sya?" rintih Syaza dalam sendu. Dirinya ibarat dipanah petir apabila mendengar berita kematian ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya petang tadi. Terasa kelam dunianya. Dia tiada lagi ibu bapa!
Air mata Syaza semakin mengalir. Dia betu-betul pilu. Apatah lagi mengenangkan dia masih bersekolah dan Aiman masih kecil tetapi sudah kehilangan ibu bapa. Dia baru berumur 15 tahun dan Aiman baru 4 tahun. Tidak adil! Dalam sendunya, tiba-tiba ada sehelai sapu tangan dihulur kepadanya. Syaza mendongak. Ingin mengetahui gerangan siapakah yang menghulurkan sapu tangannya kepadanya. Terpaku Syaza seketika.
"Awak tak nak lap air mata awak ke? Ambillah. Tangan saya dah lenguh ni," kata lelaki tersebut sambil tersenyum. Syaza malu sendiri. Sedar dirinya terlalu lama merenung wajah lelaki tersebut. Dia segera menyambut sapu tangan bewarna biru itu dan menunduk kepala. Dia berasa malu dengan kelakuannya tadi. Dia juga malu apabila lelaki tersebut melihat wajahnya ketika menangis. Dia pasti, wajahnya pasti kelihatan hodoh sekarang. Ah, malunya!
"Kenapa tunduk? Tak nak tengok muka saya ke? Saya tahu saya tak handsome. Tapi, tak baik tau tak pandang muka orang apabila bercakap," seloroh lelaki tersebut di sebelah Syaza. Syaza tersentak. ‘Bila masa pulak mamat ni duduk sebelah aku?’ tanya Syaza dalam hati sahaja. Tidak terluah di bibirnya.
"Terima kasih," ucap Syaza. Dia mula mengangkat wajah. Dia memandang wajah lelaki di sebelahnya itu. Dia bagai tidak percaya yang lelaki itu disebelahnya. Lelaki itu adalah seniornya dan dari golongan elit di sekolahnya. Malah, dia adalah seorang pengawas dan mendapat keputusan yang cemerlang setiap kali peperiksaan. Ramai gadis di sekolahnya mencuba untuk mendekatinya. Terutamanya yang sedarjat dan sesempurna dia.
Syaza dan rakan-rakannya hanya mampu memandang dari jauh sahaja. Dia hanya dari keluarga yang sederhana. Jadi, memang logik kalau dia tidak pernah bercakap dengan lelaki itu. Malah, kalau bertembung pun dari jauh sahaja. Lelaki itu pula selalu bersama dengan golongan-golongan elit.
Lucu juga bila teringatkan Izzah yang mati-mati sukakan lelaki ini. Setiap kali bertembung dengan lelaki ini, pasti Izzah akan menjerit keriangan dan tersenyum sepanjang hari. Katanya, lelaki ini sangat sempurna. Sesuai untuk dijadikan calon suami! Dia pun selalu diheret sekali merenung lelaki tersebut setiap kali ternampak kelibatnya. Tapi, sudah semestinya lelaki ini tidak pernah perasankan kehadiran Izzah dan dia yang selalu memerhatikannya.
"Kenapa awak menangis sorang-sorang kat sini? Senja pulak tu. Tak takut kena culik ke?" tanya lelaki itu sambil berseloroh apabila melihat Syaza hanya diam. Syaza yang mendengar semakin pilu. Air matanya kembali mengalir. Dia teringatkan ibu bapanya kembali. Tidak dihiraukan lelaki itu di sebelahnya
"Awak boleh luahkan masalah kepada saya. Sekurang-kurangnya awak tak pendam dalam hati dan menangis keseorangan. Sangat sunyi, menangis keseorangan," kata lelaki itu lembut. Entah kenapa, Syaza merasa ada getar pada suara lembut lelaki itu. Kedengaran seperti dia juga menahan pilu di hatinya.
"Awak pun jangan pendam dalam hati, masalah awak. Awak kata sangat sunyi pendamkan masalah keseorangan. Jadi, luahkan sahaja,"giliran Syaza pula menasihati. Lelaki itu tersentak. Mungkin terkejut dengan andaian Syaza. Namun, wajah terkejutnya berubah keruh selepas itu. Dia mengeluh lalu berkata.
"Saya tertekan sangat sekarang. Semua orang menyangka saya sempurna. Semua orang menaruh harapan pada saya. Tapi, saya tak sempurna.."wajah lelaki itu semakin keruh. Menunjukkan yang kepedihan itu telah disimpan sekan lama "..Saya juga mahu hidup seperti remaja biasa. Keterlaluan sangat ke, permintaan saya itu? Saya tak hidup saya diatur. Saya tak mahu jadi boneka mereka. Mungkin, mereka gembira tapi saya, saya yang menderita! Saya juga manusia biasa. Saya mahu bebas seperti remaja lain. Tapi, kenapa dari kecil lagi saya berbeza? Kenapa?" lirih sekali suara lelaki itu. Syaza kehilangan kata-kata. Dia tidak pernah menyangka yang lelaki yang dilihat sempurna oleh semua orang mempunyai masalah sebegitu. Ini juga kali pertama Syaza melihat raut keruh di wajah tampan itu.
"Mereka melakukan begitu untuk kebaikan awak. Mereka mahu awak berjaya dan dipandang tinggi. Hasilnya sudah boleh dilihat sekarang. Awak menjadi perhatian ramai dan mendapat keputusan yang cemerlang," kata Syaza selepas berfikir seketika. Lelaki itu tersenyum sinis mendengar kata-kata Syaza.
"Kebaikan saya? Adakah saya bahagia begini?" tanya lelaki itu lagi. Bibirnya masih terlukis senyum sinis. Sekali lagi Syaza terkedu.
"Awak boleh cuba bercakap dengan mereka. Mereka pasti memahami. Lagipun, mereka ibu bapa awak. Ibu bapa mana yang mahu melihat anak-anaknya menderita," kata Syaza lagi. Lelaki itu tersenyum sinis lagi. Syaza pelik.
"Awak percaye ke cerita saya? Yalah, kita baru jumpa tapi saya dah cerita awak masalah saya. Tak pelik ke? Mungkin saya menipu awak hanya untuk mengenakan awak," kata lelaki itu. Syaza terpempan. Betul juga apa yang dikatakan lelaki itu. Tapi, kenapa dia merasakan yang dia tidak menipu?
"Awak tak menipu," kata Syaza perlahan. Lelaki itu tersentak. Kemudian di tersenyum sinis lagi.
"Macam mana awak tahu? Awak ni ahli nujum ke?" tanya lelaki itu sambil ketawa.
"Masalah awak itu sudah jelas di wajah awak. Tak guna awak sembunyikan dengan tawa," kata-kata Syaza menghentikan ketawa lelaki itu. "Sekurang-kurangnya awak masih ada ibu bapa. Tak seperti saya. Saya dah tak ada. Awak masih ada mereka walaupun mereka mereka memaksa awak tapi saya tak bernasib baik seperti awak. Hargailah mereka sementara mereka masih boleh bersama awak," Syaza berkata lagi. Lelaki itu terdiam. Mungkin memikirkan kata-kata Syaza.
"Jadi, sebab itulah awak menangis tadi?" tanya lelaki itu. Saya mengangguk. Dadanya berasa sebak. Lelaki itu juga diam. Tiba-tiba Syaza bangun.
"Sudahlah. Tak guna bersedih. Hidup harus diteruskan," kata Syaza. Lelaki itu juga bangun.
"Lebih baik saya perkenalkan diri dulu sebelum balik. Saya Syaza Hawani," kata Syaza. Syaza menghulurkan tangan. Lelaki itu menyambut huluran itu lalu berkata.
"Saya Tengku Nazrin Syahmi…"

"Woi! Kenapa tak keluar lagi dari kereta tu? Kau ingat kau ni puteri ke nak kena bukakan pintu?" kata-kata kasar Nazrin menghapuskan lamunan Syaza. Syaza tersentak. Baru dia sedar dia sudah mengelamun terlalu jauh. Dia segera keluar dari kereta dan menuruti langkah Nazrin. Sambil itu fikirannya melayang.
Memang, Syaza akui dia sudah jatuh cinta kepada Nazrin sejak dulu lagi. Sikap Nazrin yang baik menambat hatinya. Namun, sikap Nazrin berubah 100% selepas tragedi tersebut. Syaza berasa sakit setiap kali dikenakan dan dimarahi Nazrin. Terluka hatinya apabila dilakukan begitu terhadap orang tersayang. Setiap kali dia dikenakan Nazrin, dia akan mengutip sisa-sisa sabar yang berterabur. Hatinya yang hancur juga cuba dicantum kembali. Namun dia tidak dapat bertahan. Oleh sebab itulah, kerap dia mengalirkan air mata.
Dia tinggal di rumah ibu saudaranya tetapi ibu saudaranya mahu berpindah ke Pahang. Jadi, apabila ibu saudaranya mengajaknya tinggal di Pahang, Syaza tidak menolak. Dia tidak mahu terus terluka akibat perbuatan Nazrin. Dia juga tidak mahu Nazrin semakin benci kepadanya. Lima tahun berlalu, Syaza fikir cintanya terhadap Nazrin sudah pudar. Namun, sangkaanya meleset. Dia masih mencintai Nazrin. Dia merasa sakit yang amat sangat di hatinya setiap kali Nazrin mesra dengan teman-teman wanitanya di hadapannya. Syaza benci dirinya yang masih mencintai Nazrin walaupun dia teruk dilukai. Jika dia diberi pilihan, dia tidak mahu mencintai Nazrin. Mencintai Nazrin, seperti merobek-robek hatinya sendiri.
"Awak bawa saya ke mana ni?" tanya Syaza sambil memerhatikan ruang mewah yang dipenuhi dengan baju-baju yang cantik dan elegan.
"Butik pakaian. Takkan aku nak bawa kau pergi parti pakai baju kurung tu je. Jatuh nama aku," kata Nazrin kasar tetapi perlahan. Syaza berkecil hati. Nazrin tidak habis-habis menghina penampilanya.
"Tolong carikan baju yang sesui dengan dia untuk ke parti. Kalau boleh, solekkan dia sekali," kata Nazrin lembut kepada seorang wanita. Wanita itu mengangguk dan tersenyum. Syaza mengetap bibir. Kenapa dia tidak boleh bercakap lembut begitu denganku?
"Cik, ikut saya," kata wanita tersebut lalu berjalan meninggalkan Nazrin. Syaza memandang sekilas Nazrin lalu menuruti langkah wanita tersebut.

Syaza berjalan dengan berhati-hati ke arah Nazrin yang membelakanginya. Takut tersandung gaunnya yang labuh itu. Berdebar-debar hatinya apabila memikirkan reaksi Nazrin nanti. Entah apa komen Nazrin nanti terhadap penampilannya.
Keadaannya sekarang seperti babak dalam drama Korea. Heroin yang sudah disolek cantik-cantik akan berjalan dengan lemah lembut ke arah hero yang sudah menunggu. Hero akan terpegun dengan kecantikan heroin dan akan memujinya cantik. Syaza tersenyum nakal apabila memikirkan itu. Alangkah bahagianya jikalau Nazrin adalah hero dan dia adalah heroin dalam drama. Pasti dia akan bahagia dengan Nazrin sebab hero akan bersama dengan heroin akhirnya!
"Encik,"panggil Syaza perlahan apabila sudah berada di belakang Nazrin. Nazrin memalingkan wajahnya. Dia memandang Syaza. Lama. Syaza malu ditenung begitu. Pipi yang sudah merah dengan pemerah pipi semakin merah. Dia juga tidak sabar mendengar komen dari Nazrin tentang penampilannya. Dalam malu itu dia sempat juga menilik penampilan Nazrin. Wow! Dengan gaya yang yang santai tetapi bergaya menjadikan ketampanan wajahnya semakin menyerlah. Warna kemejanya yang sedondon dengan gaun Syaza menyebabkan Syaza merasakan yang dia dan Nazrin seperti pasangan kekasih.
"Hmm, ok. Kita pergi sekarang. Dah lambat ni," kata Nazrin selamba lalu meninggalkan Syaza terkulat-kulat seorang diri. Syaza terkedu. Itu je? Itu je ke komen dia? Aku pakai cantik-cantik, bersolek cantik-cantik, dia kata itu aje?!
Syaza memandang badannya di dalam cermin di sudut kedai itu dengan hati yang geram. Gaun bewarna hitam mengikut bentuk badan menutupi badannya yang ramping. Kain jarang hitam yang dihiasi labuci dan manik yang berkilauan menghiasi sikunya hingga ke hujung lengannya. Baju bewarna gelap menyerlahkan warna kulitnya yang cerah. Syaza memandang pula tudung yang dililit cantik sekeliling lehernya menampakkan bentuk lehernya yang jinjang. Dia juga turut merenung solekan di wajahnya. Natural dan lembut. Ini kali pertama dia berhias secantik itu tetapi adakah dia tidak cukup cantik? Kalau tidak, mengapa Nazrin tidak langsung memujinya? Hendak dikatakan malu, Nazrin langsung tidak tahu malu!
"Hei! Tak puas lagi ke tilik muka dalam cermin?" kedengaran suara sinis Nazrin mnyebabkan Syaza tersentak. Dia memandang geram Nazrin yang sudah menuju ke kereta. Syaza mengutuk Nazrin dalam hati. ‘Menyesal aku puji dia tadi!’

Syaza duduk di atas kerusi dengan wajah yang bosan. Dia merenung gelagat orang ramai sambil meneguk minumannya. Dia langsung tidak kenal mereka semua. Namun, dari segi pemakaian dan percakapan, Syaza pasti mereka semua bukan calang-calang orang. Terasa kerdil dirinya berada di situ.
Syaza memandang pula Nazri yang berada tidak jauh dari situ. Dia sedang rancak berbual dengan dikelilingi dengan gadis-gadis. Syaza geram melihatnya. Geram kerana dia ditinggalakan terpinga-pinga seorang diri sejak sampai ke parti Datuk Hisyam. Nazrin pula sibuk mengurat!
Sekali sekala Syaza menangkap senyuman yang dilemparkan Nazrin kepada gadis-gadis tersebut. Syaza merasa pilu pula melihat senyuman itu. Nazrin tidak lagi senyum kepadanya setelah peristiwa itu. Yang ada hanyalah senyum sinis yang boleh membuat darah Syaza menggelegak.
Syaza berasa cemburu juga melihat Nazrin boleh tersenyum sebegitu manis dengan perempuan lain tetapi tidak dirinya. Dalam hati dia mengutuk orang yang mengadu kepada Cikgu Khalid perihal Nazrin. Aduan itu telah merubah layanan Nazrin terhadapnya. Nazrin juga menjadi kaki perempuan. Namun, ada baikknya juga aduan itu. Sekurang-kurangnya Nazrin mendapat hukuman di atas perbuatannya.
Syaza meneguk semula minumannya. Terasa menyesal pula dia mengikut Nazrin. Sepatutnya dia berkeras tidak mahu datang ke parti ini. Parti ini tidak sesuai dengan dirinya. Muzik yang mendayu semakin membuatnya mengantuk. Dia berpaling melihat sekumpulan gadis di sebelah kolam renang yang asyik ketawa dari tadi. Gaun malam mereka kebanyakannya mendedahkan badan terutamanya di bahagian bahu. Syaza menggeleng melihat mereka. Tidak sepatutnya mereka mendedahkan tubuh mereka sesuka hati.
Syaza kembali meminum minumannya namun sudah tiada apa yang keluar. Rupanya gelasnya sedah kosong. Syaza mengeluh. Dia mahu pulang. Dia sudah tidak betah lagi tinggal di situ. Malah, apa tujuan majlis ini diadakan pun dia tidak tahu! Syaza mencari-cari Nazrin namun tidak berjumpa. Sekali lagi dia mengeluh. Macam mana dia nak balik tanpa Nazrin? ‘Argghh!’ jerit Syaza dalam hati.
"Hai," sapa satu suara. Syaza berpaling. Seorang lelaki tampan berdiri di hadapannya dengan dua gelas di tangan. Dia kemudiannya duduk di sebelah Syaza tanpa meminta kebenaran. Syaza terpana. ‘Apa kena ngan mamat ni?’
"Ni untuk awak," kata lelaki itu lalu menghulurkan gelas berisi minuman ke arahnya. Beberapa gadis memerhati perbuatan lelaki itu. Di wajah mereka jelas perasaan cemburu. Syaza tidak selesa dengan renungan para gadis tersebut. Dia teragak-agak untuk mengambil gelas tersebut namun diambilnya juga. Tidak sopan rasanya jika dia tidak mengambilnya.
"Awak ni Syaza Hawani, kan?" tanya lelaki itu . Syaza pantas berpaling merenung wajah tampan itu. Wajah itu macam pernah dilihatnya, tapi di mana ya?
"Macam mana awak tahu nama saya?" tanya Syaza kehairanan. Mindanya tercari-cari di manakah dia pernah berjumpa dengan lelaki itu tetapi tidak berjaya.
"Kita sama sekolah menengah dulu. Nama saya Shahrul Faisal," kata lelaki itu dengan senyuman. Syaza terlopong. Baru dia teringat siapakah jejaka ini. Rasa tak percaya menyelubunginya. Tapi, lelaki ini masih mengingati namanya walaupun mereka hanya bercakap beberapa kali sahaja.
"Maaf, saya baru teringat," kata Syaza.
"Tak apa. Lagipun saya kan pindah sekolah lain pula. Hmm, saya dengar awak pun pindah sekolah juga,"kata Faisal lagi. Syaza makin bingung.
"Macam mana awak tahu? Waktu tu awak kan dah pindah sekolah," tanya Syaza lagi. ‘Aku ni bukannya popular pun kat sekolah sampai berita aku pindah boleh sampai kat dia’kata Syaza dalam hati.
"Adalah,"kata Faisal sambil mengangkat sebelah keningnya. Syaza terpana. ‘Hensemnya dia ni. Walaupun tak sehensem Nazrin tapi macam ni pun ok gak ’puji Syaza nakal dalam hati.
"Awak datang dengan siapa?" tanya Faisal. Syaza mendengus geram.
"Bos saya. Dia yang suruh saya datang sini," kata Syaza mengawal geram. Dia betul-betul geram dengan sikap Nazrin yang meninggalkannya seorang diri. Terkapai-kapai seperti orang bodoh.
"Oh, kat mana bos awak sekarang? Kenapa awak sorang-sorang je?" Faisal bertanya hairan.
"Saya pun tak tahu. Tadi ada, sekarang dah lesap," jawab Syaza bosan. Sudah malas memikirkan Nazrin. Tak kuasa hatinya untuk membenci. Dirinya sudah cukup penat sekarang. Tak perlu ditambah rasa bencinya kepada Nazrin. Nanti dirinya sendiri yang menderita.
"Tak patut dia tinggalkan awak sorang-sorang. Apatah lagi yang secantik dan semanis awak," Faisal memuji dengan senyuman. Syaza ketawa mendengarnya.
"Yalah tu. Saya percaya sangat apa yang awak cakapkan itu,"kata Syaza setelah menghentikan tawanya. Dia tidak mudah melatah dengan pujian lelaki itu. Baginya lelaki hanya bermulut manis tetapi tidak hatinya. Kisah-kisah pencintaan yang memilukan sering mengajarnya agar tidak mudah terpedaya dengan kata-kata manis lelaki.
"Saya tidak bergurau, Syaza," kata Faisal sedikit tegas. Syaza hanya mengangguk. Tidak mahu bergaduh dengan lelaki itu.
"Kenapa awak tak pergi berbual dengan perempuan-perempuan tu? Mereka lebih cantik dan seksi," tanya Syaza sambil memandang sekumpulan gadis yang asyik memandang dia dan Faisal sejak tadi.
Faisal turut memandang sekumpulan gadis itu. Gadis-gadis tersebut berbisik sesama sendiri apabila menyedari Faisal memandang mereka. Masing-masing melemparkan senyuman dan ada yang melambai tangan kepada Faisal. Faisal membalas senyuman dan lambaian tangan mereka. Selepas itu dia kembali memandang Syaza. Syaza turut mengalihkan pandangannya.
"Hmm, boleh tahan. Tapi saya prefer awak lagi," kata Faisal. Syaza terkejut tetapi rasa terkejutnya mati apabila melihat Faisal ketawa. Dia pun turut ketawa. Dia berasa mesra dengan lelaki ini.
"Apa yang lucu sangat tu?" kedengaran satu suara dari belakang mereka. Syaza segera berpaling. Sah, Nazrin.
"Lucu sangat ke sampai ketawa kuat begitu?" sindir Nazrin pedas. Muka Syaza merah menahan merah. ‘Suka hati oranglah nak ketawa. Takkan kena mintak kebenaran kot!’marah Syaza dalam hati.
"Hai, Nazrin. Lama tak jumpa," sapa Faisal sambil tersenyum. Nazrin berpaling ke arah Faisal. Wajahnya mengambarkan rasa terkejut tetapi segera bertukar dengan senyuman sinis.
"Ya. Lama tak jumpa, kawan lama,"kata Nazrin. Dia sengaja menekankan perktaan kawan lama. Lama Nazrin dan Faisal saling berpandangan. Syaza cemas melihatnya. Sejak sekolah lagi mereka berdua memang terkenal. Terkenal dengan pemusuhan yang hebat. Mereka berdua sering bersaing dari segi pelajaran mahu juga dari korikulum. Setiap orang di sekolah tahu tentang permusuhan mereka. Malah, tiada siapa berani mencelah setiap kali mereka berbalas pandang.
Kecut perut jadinya melihat renungan tajam seperti ada leser diantara mata mereka. Permusuhan mereka juga tidak pernah padam sehingga Faisal berpindah ke sekolah lain mengikut ibu bapanya. Namun, dari renungan tajam dan kata-kata sinis antara mereka membolehkan Syaza membuat andaian yang permusuhan mereka masih tidak terlerai.
"Err. Encik. Saya nak balik sekarang," kata Syaza mencelah menyebabkan perlawnan mata itu terlerai.
"Kenapa?" tanya Nazrin. Dia menukar arah pandangan tajam dari Faisal ke arah Syaza. Kecut perut Syaza jadinya. ‘Kau nak marah ke Faisal, janganlah marah aku sekali,’ rungut Syaza dalam hati. Faisal hanya berdiam diri mendengar perbualan mereka berdua.
"Err, sa..saya tak selesalah kat sini. Parti ni tak sesuai untuk saya," jawab Syaza gugup. Sedaya upaya dia berusaha untuk tidak bercakap terketar-ketar. Renungan Nazrin betul-betul membuatnya cemas.
"Tak selesa? Ketawa pun diketogorikan sebagai tak selesa? Penyakit baru, ke?" sindir Nazrin lebih pedas. Berasap Syaza mendengarnya.
"En..,"kata-kata Syaza berhenti apabila terdengar terdengar pengumumuman menjemput para tetamu berkumpul di tepi kolam renang. Dia segera menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dia tidak mahu bergaduh dengan Nazrin. Nanti dia juga yang terpaksa menahan rasa.
"Kenapa? Marah ke?" tanya Nazrin sinis. Syaza semakin berasap. Dia juga malu disindir begitu di hadapan Faisal.
"Kau jangan melampau, Nazrin," Faisal mencelah. Mungkin menyedari yang raut wajah Syaza sudah bertukar merah. "Jom, kita pergi ke kolam renang. Ramai yang dah berkumpul," ajak Faisal. Syaza hanya mengangguk. Dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan Nazrin.
"Hei! Siapa kau nak ajak dia sesuka hati? Dia ni pasangan aku. Jadi, dia patut ikut aku!" jerit Nazrin sedikit lantang lalu menarik kuat tangan Syaza mengikutinya. Syaza terjerit kecil akibat kesakitan. Beberapa orang tetamu berpaling melihat perlakuan Nazrin. Beberapa orang gadis juga mencebik bibir kerana cemburu.
"Lepaslah!" marah Syaza apabila sudah sampai di tepi kolam renang. Nazrin melepaskan tangannya tetapi langsung tidak memohon maaf. Syaza mendegus geram.
"Selamat datang kepada tetamu semua. Saya berterima kasih kerana anda semua sudi datang ke sambutan hari jadi satu-satunya anak saya," kedengaran suara seorang lelaki bertubuh gempal memberi ucapan. Dari lagaknya Syaza sudah tahu yang lelaki itu dalah Datuk Hisyam walaupun Syaza tidak pernah berjumpanya. Kedengaran bongkak dari nada suaranya
"Saya amat gembira kerana kawan baik saya dan keluarganya sanggup datang ke majlis ini. Kami berkawan sejak dulu lagi," kata Datuk Hisyam lalu menjemput dua seorang lelaki dan seorang wanita naik ke atas pentas. Mereka juga seperti Datuk Hisyam, sangat bergaya dan berjenama sekali penampilannya. Syaza semakin
"Tentu anda semua tertunggu-tunggu kehadiran anak saya, kan? Jangan risau, dia sudah siap berhias. Jadi, saya mempersilakan puteri saya naik ke pentas," serentak dengan kata-kata itu seorang gadis bergaun merah yang seksi naik ke pentas. Dia hanya memakai gaun setakat lutut dan leher gaunnya itu juga luas menampakkan sebahagia ddnya. Semua tetamu meberi tepukan. Syaza memerhati gadis tersebut. Macam pernah dilihatnya. Tetapi di mana ya?
"Inilah satu-satunya anak dan puteri saya, Emilia Syarina!" tepukan sekali lagi bergema. Gadis bernama Emilia Syarina tersebut tersenyum megah. Mungkin bangga kerana menjadi perhatian ramai.
Namun, Syaza tidak begitu. Terasa dirinya disambar petir mendengar nama tersebut. Emilia Syarina adalah nama Rina, kawan baikknya! Syaza berpaling semula ke arah gadis tersebut. Sah, memang Rina. Syaza memang tahu dia adalah anak orang berada tetapi, kenapa dia berpakaian seseksi itu? Setahunya, Rina tidak begitu. Walalaupun tidak bertudung, Rina amat menjaga kesopanan pakaiannya. Tapi, di hadapannya ini adalah yang amat berbeza denga Rina, kawan baikknya.
"Ada dua sebenarnya tujuan majlis ini dianjurkan. Pertama adalah untuk menyambut hari kelahiran puteri saya dan yang kedua adalah untuk mengumumkan pertunangannya dengan anak kawan baik saya ini iaitu Tengku Nazrin Syahmi. Bakal menantu saya ini dipersilakan untuk naik ke atas pentas," kata-kata Datuk Hisyam menghancurluruhkan seluruh organ dalamannya. Syaza memandang Nazrin di sebelah. Tenang. Dia hanya mampu melihat Nazrin selamba naik ke atas pentas dan berdiri di sebelah Rina tanpa berbuat apa-apa. Dia begitu terkejut.
Syaza memandang semula Nazrin dan Rina di atas pentas. Mereka kelihatan sepadan. Sepadan dari segi darjat dan paras rupa. Ramai yang memuji-muji Rina dan Nazrin. Syaza menunduk wajah. Dia keliru. Keliru kerana sebab inikah Nazrin membawanya ke parti ini? Untuk menunjukkan yang dia bakal bertunang? Keliru kerana Rina tidak memberitahunya apa-apa yang dia bakal bertunang dengan Nazrin sedangkan baru siang tadi dia menelefon Rina untuk mengadu perihal Nazrin. Tidak mungkin Rina baru tahu hanya sebentar tadi. Hendak dikatakan dipaksa, wajah Rina kelihatan bahagia.
Syaza teringat tentang persahabatannya dengan Rina. Dia berkenalan dengan Rina setelah dicaci oleh Nazrin. Tersedu-sedu dia menangis. Rina yang melihat semua kejadian itu memujuknya. Dia juga menasihatinya untuk bersabar. Sejak itu, dia berkawan dengan Rina tetapi dalam rahsia.
Rina adalah anak orang berada. Kata Rina, ramai yang akan cemburu dengan persahabatan mereka lalu cuba untuk memutuskannya. Jadi Rina memberi cadangan untuk mereka berkawan secara rahsia. Pada mulanya Syaza pelik tetapi dia akhirnya mengalah. Dia tidak sanggup kehilangan Rina. Tidak ramai yang tahu dia berkawan rapat dengan Rina. Hanya dua tiga orang sahaja.
Syaza memandang Rina kembali. Secara kebetulan pandangan Syaza dan Rina bertemu. Senyuman di wajah Rina menjadi hambar serta-merta. Syaza menyedarinya. Dia mengharapkan perjelasan dari Rina. Sekarang juga!
"Tuan dan puan boleh kembali menjamu selera. Diharap anda semua berpuas hati dengan layanan kami. Terima kasih," serentak dengan itu para tetamu bersurai tetapi Syaza masih tidak berganjak dari tempatnya. Dia mengharapkan perjelasan dari Rina. Rina yang mengerti mara ke arah Syaza meninggalkan Nazrin dan keluarganya.
"Syaza.." Rina memulakan kata dengan nada serba salah.
"Apa ni, Rina? Saya tak faham. Kenapa awak tak bagitau saya tadi?" tanya Syaza bertalu-talu.
"Saya minta maaf. Ini permintaan papa saya. Awak kan boleh tengok betapa gembiranya saya akan bertunang dengan anak kawan baiknya itu. Lagipun, saya dah jatuh hati pada dia," kata Rina sedih tapi entah kenapa, Syaza tidak dapat melihat raut keikhlasan di wajah cantik itu.
"Kenapa awak tak beritahu saya? Kan tadi awak ada peluang?" tanya Syaza curiga.
"Saya tahu awak bermusuh dengan Nazrin. Jadi, saya tak tahu cara nak beritahu awak. Kawan baik awak bakal bertunang dengan musuh awak. Saya tak tahu apakah reaksi awak nanti," kata Rina sayu. Syaza terdiam. Rasa ragu-ragu masih bertapak di hatinya tetapi Syaza cuba mengikis rasa itu. Dia tahu, dia cemburu dengan Rina. Rina dapat bertunang dengan Nazrin, orang yang Syaza cintai. Tentulah dia cemburu.
Syaza menunduk wajah. Dia betul-betul harus melupakan Nazrin sekarang. Nazrin akan bertunang dengan kawan baikknya. Dia tidak boleh menaruh perasaan pada bakal tunang kawan baiknya itu. Dia juga yang akan merana.
"Awak datang sini dengan siapa? Nazrin?" tanya Rina.
"Ya. Hm, tahniah atas pertunangan awak," ucap Syaza ikhlas. Dia tidak mungkin lagi akan mencintai Nazrin. Itu tekadnya.
"Terima kasih," kata Rina lalu memeluk Syaza. Syaza membalas pelukan Rina.’ Ini memang takdirku. Aku tiada jodoh dengan Nazrin’ rintih Syaza dalam hati. Tiada siapa yang tahu.

"Syaza, awak mahu pergi mana tu?" tanya Nazrin menghampiri Syaza dan Rina. Syaza yang sudah melangkah untuk pulang berhenti.
"Saya nak pulang, encik. Saya dah letih ni," kata Syaza. Dia tidak berani merenung mata Nazrin. Takut perasaannya tidak dapat dikawal.
"Awalnya. Kenapa nak balik awal sangat?" tanya Nazrin lagi. Syaza terdiam. Panggilan aku kau sudah bertukar saya awak. Nazrin memang pandai berlakon tapi dia perasan wajah Rina sudah berubah. Cemburu barangkali. Tapi, memang hak Rina untuk cemburu. Nazrin adalah bakal tunangnya.
"Saya tak berapa sihat ni. Saya pergi dulu," kata Syaza lalu mula melangkah namun langkahnya terhenti apabila Nazrin memegang kejap tanganya. Syaza cemas.
"Awak tak sihat? Biar saya hantar awak balik?" kata Nazrin tanpa melepaskan tangan Syaza. Syaza memandang Rina. Sekarang wajah Rina betul-betul berubah. ‘Kan kau benci aku, kenapa nak ambil berat? Tolong jangan berlakon lagi!’ marah Syaza dalam hati.
"Tak payah. Saya boleh balik sendiri,encik"
"Mana boleh. Awak tak boleh balik seorang, Syaza. Bahaya,"
"Tak payah risau. Aku yang akan hantar Syaza. Kau tak payah risau," Faisal mencelah. Dia merentap tangan Syaza dari tangan Nazrin. Mereka bertentang mata. Tajam. Syaza dapat merasakan aura yang tidak baik.
"Err, ya. Kami pergi dulu," kata Syaza lalu melangkah.
"Syaza, nanti dulu!" Syaza mendengar suara Nazrin betul-betul dibelakangnya tetapi dia tidak peduli. Dia terus melangkah. Tiba-tiba Syaza merasakan ada tangan yang menolak tubuhnya. Syaza hilang kawalan. Syaza merasakan tubuhnya melayang lalu terjatuh ke dalam kolam renang. Syaza terkapai-kapai. Dia tidak pandai berenang. Badannya kesejukan dan mata Syaza berbalam-balam. Akhirnya pandangannya gelap…

Syaza membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat. Apabila membuka matanya, wajah Rina muncul di hadapannya.
"Syukurlah, awak dah selamat. Terkejut saya bila awak tiba-tiba jatuh ke dalam kolam renang," kata Rina sambil menggenggam tangan Syaza. Syaza hanya diam. Dia merenung keadaan sekeliling. Ia berada di atas katil di dalam bilik yang mewah. Dia mengagak ini kamar tetemu di rumah Datuk Hisyam. Dia memandang pula tubuhnya yng sudah bertukar pakaiannya. Siapa yang menukar pakainnya? Tentu Rina.
Dia cuba pula mengingati kejadian itu. Tangan itu! Ada tangan yng menolaknya. Tapi siapa? Siapa yang sanggup menolaknya? ‘Nazrin! Nazrin sahaja yang berani menolaknya. Dendam Nazrin tidak pernah padam. Kenapa? Kenapa?!’jerit Syaza dalam hati.
"Biar saya ambilkan sup ayam. Tentu awak sejuk, kan? Tunggu saya," kata Rina lalu menghilang di balik pintu. Syaza menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Menangisi nasibnya yang dibenci oleh orang yang dicintai. Sampai hati kau Nazrin!
"Macam mana keadaan kau? Dah baik?" suara Nazrin kedengaran. Syaza tersentak. Serentak itu dia bangun dari katil dan menyarungkan tudung. Terhuyung-hayang badannya akibat badannya yang masih lemah. Nazrin segera menyambut Syaza.
"Lepaslah," kata Syaza lalu menjauhkan dirinya daripada Nazrin. Dia benci Nazrin! Benci!
"Saya tahu encik yang tolak saya ke dalam kolam, kan? Kenapa encikbenci sangat kat saya?!" jerit Syaza sedikit lantang. Air mata yang sejak tadi ditahan menitis dipipinya.
"Apa maksud kau ni? Aku tak faham," kata Nazrin kehairanan. Syaza mencebik. Nampaknya panggilan aku kau sudah kembali bila tiada orang di sisi.
"Jangan berlakon lagi. Biasanya encik berlakon di depan semua orang tetapi tidak saya. Encik memang nak saya mati ke? Saya tak sangka encik sanggup buat begini kat saya," kata Syaza. Tangisannya sudah kering. Dia memukul-mukul bahu Nazrin. Dia betul-betul sakit hati dan sudah tidak mampu lagi menahan semuanya. Dia mahu melepaskan semuanya hari ini.
"Apa maksud kau ada orang tolak kau dalam kolam? Kau jatuh sendirilah," kata Nazrin sambil mencengkam kedua-dua tangan Syaza. Rimas dia melihat tangan halus itu bergerak-gerak.
"Saya boleh rasa. Ada orang yang tolak saya dengan sengaja dan orang itu pasti encik. Encik ada dibelakang saya waktu itu. Encik juga bencikan saya!" jerit Syaza lagi. Sopan santunnya sudah terbang ke mana.
"Kenapa dengan kau ni? Lepas jatuh dalam kolam terus jadi tak betul?!" Nazrin mula membahang.
"Kenapa encik benci sangat ngan saya? Kan saya dah kata bukan saya yang adu kat Cikgu Khalid pasal encik mabuk dan pergi ke kelab malam. Memang saya ada terserempak encik dalam keadaan mabuk tapi itu tak bemakna saya yang mengadu. Encik ni kan cerdik. Tentu encik boleh fikir. Tapi encik tak fikir! Encik tuduh saya, encik seksa saya. Dulu saya dah cukup terseksa, encik tak puas lagi ke?" kata-kata Syaza semakin kasar.
"Sepatutnya aku yang patut tanya kau macam tu. Aku yang terseksa disebabkan kau. Aku cuma nak kau rasa, apa yang aku rasa. Kau yang minta semua itu!"Nazrin menengking. Syaza kecut perut tetapi amarah lebih menguasainya.
"Apa yang saya dah buat sampai encik buat saya macam ni? Encik tak ada hak untuk menyesa saya di atas sesuatu yang tidak saya lakukan! Encik ego!" Syaza membalas tengkingan Nazrin.
"Kau yang ego. Dulu aku sedar, walaupun kau bersalah tapi aku keterlaluan dengan kau. Aku berhenti, malah minta maaf lagi. Tapi kau, kau tak serik-seri! Kau sebarkan pulak gambar aku masa mabuk kat sekolah. Budak-budak sekolah semua tahu. Habis reputasi aku! Lepas tu kau selamba je blah pergi sekolah lain!" tengking Nazrin. Syaza terpana. Dia terdiam seketika. Lepas itu marahnya kembali marak.
"Bila masa encik mintak maaf dengan saya? Encik kata, encik berhenti kenakan saya tetapi itu semua tipu! Seminggu sebelum saya pindah, semakin menjadi-jadi encik kenakan saya. Letak gam kat kerusilah. Habis koyak baju sekolah baru saya. Encik tahu tak, lama dah saya tunggu nak baju sekolah baru tapi encik dah rosakkannya. Mungkin bagi encik baju tu tak bernilai tapi bagi saya, baju itu bernilai. Saya tak kaya macam encik! Bukan itu aje, encik koyak buku saya, sembunyikan kasut saya, simbah cat kat beg sekolah saya, surat yang mencaci saya dan macam-macam lagi. Jadi, itu maksud encik, yang encik dah sedar?!" Syaza menolak Nazrin. Hampir terjatuh Nazrin dibuatnya.
"Bukan akulah yang buat semua tu! Aku tak kejam macam kau!" jerit Nazrin sambil mencengkam bahu Syaza.
"Kan saya dah kata, bukan saya! Kenapa encik tak faham-faham? Sakitlah!" Syaza cuba melepaskan cengkaman Nazrin di bahunya tetapi tidak berjaya.
"Tidak! Kau memang patut diajar!" marah Nazrin menguatkan cengkaman. Syaza terjerit kecil.
"Lepaskan Syaza. Betul apa yang dia kata tu. Bukan dia yang adu kat Cikgu Khalid pasal kau," Faisal tiba-tiba muncul dan menolak Nazrin. Nazrin terduduk di atas lantai.
"Hei, siapa kau nak tolak dan marah aku?! Kau tak tahu apa-apa!" Nazrin bangun dan berdepan dengan Faisal. Mukanya merah padam.
"Aku tahu siapa yang adu pada Cikgu Khalid waktu itu. Aku juga tahu siapa yang sebarkan gambar waktu kau sedang mabuk. Orang itu yang pastinya bukan Syaza," kata Faisal tenang. Terkejut Syaza.
"Awak..awak tahu, siapa sebenarnya orang itu? Siapa?" tanya Syaza tidak sabar.
"Jangan berlagak tahu! Kau sebenarnya tak tahu apa-apa!" tengking Nazrin. Mujur bilik tetamu ini terpencil sedikit. Jikalau tidak, pasti semua orang sudah boleh mendengar pertengkaran mereka.
"Kau sebenarnya yang tak tahu apa-apa. Kau dah kena tipu hidup-hidup!" suara Faisal mula meninggi.
"Berani kau!" kata Nazrin lalu meluru ke arah Faisal. Mahu ditumbuknya wajah tampan Faisal tetapi langkahnya berhenti apabila Syaza menghalang dengan tubuhnya.
"Sabar, encik. Jangan diturutkan hati. Saya memang tidak bersalah. Jadi, saya nak dengar penjelasan Faisal. Boleh, kan?" tanya Syaza lembut. Dia harus berbuat begitu untuk menenangkan Nazrin. Nazrin yang mendengar meraup mukanya.
"Baiklah. Cepatlah cerita!" kata Nazrin lalu duduk di atas sofa yang memang sedia ada di dalam bilik tetamu yang mewah itu. Syaza dan Faisal juga turut melabuhkan duduk di sofa.
"Begini. Waktu itu, aku mahu berjumpa dengan pengetua," kata Faisal memulakan bicara.
"Kenapa kau nak jumpa dengan pengetua?" tanya Nazrin bosan. Dia seperti tidak berminat untuk mendengar cerita Faisal. Dia hanya ingin bermain-main. Faisal yang bercerita menjeling tajam.
"Boleh tak kau biarkan aku habiskan cerita, dulu?!" tanya Faisal geram. Nazrin hanya tersenyum sinis.
"Aku mahu jumpa dengan pengetua sebab aku mahu serahkan borang pindah sekolah. Tapi waktu itu sudah petang dan semua pelajar sudah balik. Pengetua pun sudah balik. Jadi aku pergi ke bilik guru. Manalah tahu masih ada guru yang tinggal. Nasib aku baik, Cikgu Khalid tak balik lagi. Tapi sewaktu aku mahu berjumpa dengan Cikgu Khalid, ada seorang budak perempuan ini lebih dulu berjumpa dengan dia," cerita Faisal. Nazrin mengangkat kening. Mula menunjukkan minat.
"Secara tidak langsung aku terdengar perbualan diorang. Yalah, waktu itu tiada orang lain di bilik guru. Budak perempuan itu cerita kat Cikgu Khalid pasal kau suka pergi kelab malam dan minum arak sampai mabuk. Kau juga suka berfoya-foya dengan perempuan kat kelab malam. Pada mulanya Cikgu Khalid tak percaya, tetapi dia akhirnya percaya bila budak perempuan itu tunjukkan gambar sebagai bukti. Terus dia meradang tetapi budak perempuan itu minta Cikgu Khalid rahsiakan dari semua orang termasuk pengetua. Katanya, Nazrin dan papanya pasti akan cari siapa pengadunya. Jadi, Cikgu Khalid berjanji. Lepas itu, budak perempuan itu pergi," kata Faisal mengakhiri ceritanya.
"Siapa budak perampuan itu?" tanya Syaza tidak sabar.
"Kalau aku beritahu, pasti korang tidak percaya. Budak perempuan itu adalah…Emilia Syarina, merangkap bakal tunang kau, Nazrin dan kawan baik Syaza!" kata-kata Faisal bagaikan halilintar membelah tubuhnya. Dia tidak percaya!
"Kau jangan nak main-mainkan aku, Faisal. Tidak mungkin Emilia dalangnya!" tengking Nazrin.
"Ya. Rina kawan baik saya. Dia yang selalu pujuk saya bila Nazrin kenakan saya. Tidak mungkin dia lakukan begitu. Apa motifnya?" marah Syaza pula.
"Kau kawan baik Emilia? Tapi aku tak pernah nampak pun kau bersama dengan dia," tanya Nazrin kehairanan.
"Encik tak pernah nampak sebab kami berdua sebab kami bersama lepas sekolah. Kat sekolah kita pun ada dua tiga orang je yang tahu kami kawan baik," jawab Syaza.
"Sebenarnya aku tak tahu apa motif dia mengadu kat Cikgu Khalid tapi sekarang aku dah tahu lepas dengar perbualan kau dan Syaza. Pendapat aku, dia mahu kau dan Syaza saling membenci," Faisal membuat andaian. Nazrin bingkas bangun.
"Kau jangan nak mengarut!" marah Nazrin. Syaza terdiam. Dia tidak mahu percaya, tetapi kenapa dia berasa ragu-ragu? Adakah dia tidak mempercayai kawan baikknya sendiri, Rina?
"Kalau kau dan Syaza tak nak percaya, tanya sendiri pada dia. Dengar apa jawapannya," cadang Faisal.
"Baik. Aku akan tanya Emilia sendiri," kata Nazrin lalu mula melangkah untuk keluar. Syaza menghalang.
"Lebih baik saya dan Faisal yang tanya dia. Encik sembunyi di tepi almari itu dan dengar saje perbualan kami,"
"Kenapa pula?!" marah Nazrin.
"Tolong, sekali ini je, ikut cadangan saya. Lepas ini Rina akan sampai ke sini. Saya tak mahu dia nampak encik ada di sini," rayu Syaza. Nazrin mendengus kasar lalu menyembunyikan tubuhnya di sebalik almari yang besar. Syaza mengeluh.

"Syaza, ni sup ayamnya," kata Rina sambil meletakkan mangkuk berisi sup ayam di atas meja. Dia berpaling mengadap ke arah Syaza yang sedang duduk di atas katil. Faisal pula sedang duduk di sisi Syaza.
"Faisal pun ada kat sini? Kamu berdua ni ada apa-apa ke?’ tanya Rina sambil tersenyum manis. Syaza terdiam. Tidak mungkin kawan baiknya ini penyebab deritanya. Tak mungkin!
"Rina, boleh saya tanya sesuatu?" tanya Syaza. Dia memandang Faisal untuk mendapat sedikit kekuatan. Faisal hanya mengangguk.
"Ya. Ada apa?" tanya Rina sambil mengangkat sebelah kening.
"Err, awak..awak ke yang mengadu pada Cikgu Khalid pasal Nazrin mabuk dan pergi ke kelab malam?" tanya Syaza tergagap-gagap. Raut wajah Rina kelihatan terkejut.
"Siapa yang beritahu awak, Syaza?"
"Saya yang beritahu dia. Saya nampak awak berjumpa dengan Cikgu Khalid lepas waktu persekolahan. Awak minta Cikgu Khalid jangan beritahu awak yang adu pasal Nazrin," celah Faisal. Wajah Rina berubah pucat.
"Syaza, awak percayakan saya, kan? Awak percaya kan, bukan saya yang mengadu pada Cikgu Khalid? Awak kan kawan baik saya," kata Rina. Syaza hanya berdiam diri. Tidak tahu siapa yang harus dia percayai. Otaknya terasa tepu.
"Awak tak percaya, kan?" wajah Rina berubah. Kemudian dia ketawa kuat. Syaza cemas. Apa kena dengan Rina?
"Kau bodoh, Syaza! Sekarang baru kau sedar akulah dalangnya? Selepas sembilan tahun, baru kau sedar?" tanya Rina sinis sambil ketawa kuat. Syaza terpaku. Kali pertama Rina berkau aku dengan Syaza.
"Jadi, betullah awak yang mengadu pada Cikgu Khalid? Kenapa?" tanya Syaza. Rasa terkejutnya masih tidak hilang.
"Kenapa? Kau tanya kau kenapa? Sebabnya senang. Aku benci kau selalu dapat perhatian daripada lelaki. Aku benci kau rapat dengan Nazrin. Aku benci!" jerit Rina. Syaza tergaman.
"Untuk pengetahuan kau, sewaktu Nazrin dan kau pertama kali berbual, aku ada waktu itu. Aku dengar semua perbualan kau dengan Nazrin. Kau tahu kenapa Nazrin sedih je waktu itu? Jawapannya adalah dia baru tahu yang kami akan dijodohkan oleh ibu bapa kami. Dia tak suka kat aku. Dia tolak mentah-mentah cadangan tu. Tapi aku, kau suka kat dia! Jadi, bila kau nampak korang berbual mesra, aku sakit hati. Terutamanya hubungan korang semakin hari semakin mesra. Hancur hati aku,"
"Mungkin Tuhan nak tolong aku, aku terserempak pula dengan kau sewaktu kau terserempak dengan Nazrin dalam keadaan mabuk. Aku jumpa cara untuk membuatkan kamu berdua saling membenci. Jadi, aku ambik gambar Nazrin sewaktu dia mabuk dan aku bagi kat Cikgu Khalid. Nazrin pula percaya kau yang mengadu. Aku kenal Nazrin. Dalam lembut, ada juga ganasnya. Aku tahu dia akan balas dendam. Sebab itu aku dekati kau. Kita jadi kawan baik, tapi aku suruh kau rahsiakan. Kenapa? Aku tak nak Nazrin curiga. Aku mahu dia jadi milik aku,"
" Untuk pengetahuan kau lagi, sebenarnya Nazrin taklah teruk sangat kenakan kau. Aku yang sengaja tambah. Contoh, sewaktu kau kena siram dengan air, aku yang tolak tangan Nazrin biar baldi air itu jatuh di atas kau. Kau sangka Nazrin sengaja, tetapi sebenarnya aku yang tolak. Tapi, aku ingat rancangan aku dah cukup baik. Rupanya tidak. Nazrin menyesal kenakan kau begitu. Dia tidak tahan. Kenapa? Sebab dia sukakan kau! Jiwa aku sakit, tau! Dia ada letak surat minta maaf dalam buku kau. Aku terjumpa dan aku ambik,"
"Aku tukar surat itu dengan surat yang mengandungi caci maki. Aku tahu kau akan berpindah ke Pahang, jadi aku kenakan kau dengan teruk lagi. aku letak gam kat kerusi, aku sembunyikan kasut kau, aku simbah cat kat beg kau dan banyak lagi. Nazrin langsung tidak buat itu semua. Aku mahu kau pahatkan kebencian dalam diri kau sebelum kau pindah ke Pahang. Perkara sama aku lakukan dengan Nazrin. Aku sebarkan gambar mabuk dia di seluruh sekolah. Jadi, dia semakin membenci kau!" jerit Rina. Syaza dan Faisal tergaman. Nazrin yang bersembunyi juga tergaman.
"Kenapa? Kenapa kau sanggup buat begini? Kita kan kawan," tanya Syaza. Air matanya sudah merembes keluar.
"Kawan? Aku tak pernah anggap kau kawan. Hei, sedar diri sikit. Kau tu miskin, mana sesuai berkawan dengan aku. Aku masih berhubung dengan kau selepas kau pindah pun sebab aku nak pastikan kau tidak berjumpa dan rapat semula dengan Nazrin. Andaian aku betul. Kau berjumpa semula dengan Nazrin. Jadi setiausaha dia lagi. Silap aku, aku lupa nak beritahu kau di mana Nazrin bekerja. Dia tidak kerja kat syarikat papa dia. Nak timba pengalaman, konon," kata Rina sambil mencebikkan bibir.
"Awak tak takut Nazrin tahu yang sebenar?" tanya Syaza menguji. Dia tahu Nazrin sedang mendengar.
"Dia takkan percaya cakap kau. Dia bencikan kau dengan sepenuh jiwa dia. Aku yang nasihatkan dia bila dia ingat kau mengkhianati dia. Usaha aku tidak sia-sia. Nazrin setuju menerima perjodohan kami. Dia akhirnya jadi milik aku. Tapi, kau muncul semula. Malah, dia bawa kau pula datang parti ni. Aku geram. Apa yang aku kata kata telefon tadi betul. Dia sukakan kau dan masih sukakan kau. Namun, dia lebih sukakan aku. Dia tinggalkan kau sorang dan naik atas pentas. Ini menunjukkan yang dia hak mutlak aku. Kau tiada langsung dalam hatinya kini," kata Rina bongkak. Syaza menggeleng tidak percaya. Faisal juga begitu. Tidak disangka Rina begitu licik.
"Hmm, satu lagi. kau nak tahu kenapa Nazrin dan Faisal bermusuh sampai hari ni?
Pada mulanya disebabkan perkara kecil seperti bersaing dalam pelajaran tapi bila Faisal turut jatuh hati dengan kau, mereka menjadi seperti musuh ketat," kata-kata Rina itu menyebabkan Syaza dan Faisal terkejut. Merah muka Faisal dan Syaza menyambutnya dengan senyuman. Takkanlah Faisal boleh jatuh hati dengan aku. Kitaorang berbual dua tiga kali sahaja.
"Kau tak percaya? Suka hati kaulah. Tapi, aku nak ingatkan kau. Jangan sesekali dekati Nazrin. Aku benci. Lagipun dia bakal tunang aku. Kalau kau pernah anggap aku sebagai kawan kau sebelum ini, jangan jumpa dia lagi. Berhenti kerja dan kerja kat tempat lain. Kalau susah, biar aku tolong carikan kerja untuk kau," Rina berkata sambil memeluk tubuh. Dia langsung tidak memandang Syaza.
"Awak tak perlu risau. Kan tadi awak beritahu yang Nazrin bencikan saya dan dia sukakan awak. Jadi, tak ada perlunya saya berhenti kerja," bantah Syaza. Dia tidak mahu menurut perintah kawan yang mengkhianatinya.
"Memang dia bencikan kau tapi rasa sayang tu ada lagi. Aku boleh nampak dari cara dia pandang kau. Sebab tu aku tolak kau ke dalam kolam renang. Aku nak malukan kau, aku nak kau sangka Nazrin yang tolak kau, tapi aku silap. Aku lupa kau tak tahu berenang. Jadi, Nazrin dan Faisal berlagak hero dengan terjun ke dalam kolam dan selamatkan kau. Semakin aku bencikan kau! Jadi, keluar dari hidup aku dan Nazrin. Jangan ganggu kami lagi!" jerit Rina. Syaza terkejut. Rina yang menolaknya? Faisal dan Nazrin pula yang menyelamatkannya? Barulah dia sedar yang Nazrin dan Faisal sudah bertukar pakaian sepertinya. Syaza mengurut dada. Rasa sebak menguasainya.‘Sampai hati kau, Rina. Rupanya kau tak ikhlas berkawan dengan aku selama ini’rintih Syaza.
"Rupanya kau yang tolak Syaza. Kau tak takut, ke kalau Syaza lemas? Hal ini boleh jadi kes polis!" Faisal yang dari tadi ayik mendiamkan diri bagi memberi peluang untuk Syaza dan Rina berbicara mula mencelah. Baginya, Rina dah melampau!
"Suka hati akulah. Lagipun dia tak mati, kan? Aku benci kat kau juga. So, berambus dari rumah ni. Bawak sekali perempuan tak guna tu!" tempik Rina.
"Kau sebenarnya permpuan tak guna Emilia, bukan Syaza ," kata Nazrin tenang lalu keluar dari tempat persembunyiannya. Wajah Rina bertukar pucat.
"Sejak..sejak bila you ada kat situ?" tanya Rina tergagap-gagap.
"Aku tak sangka betul kau sebenarnya dalangnya. Kau buat aku membenci Syaza selama sembilan tahun walaupun dia tak bersalah. Sembilan tahun aku terseksa jiwa aku sebab aku membenci orang yang aku cintai. Selama sembilan tahun ini, aku menjadi plastik, berpura-pura menyukai kau," kata Nazrin lemah sambil meraup mukanya. Tiada lagi suara lantangnya menghamburkan kata. Dia betul-betul kesal. Syaza dan Faisal hanya berdiri tanpa suara. Mendengar perbualan Nazrin dan Rina.
"Nazrin, dengan dulu perjelasan I. Apa yang you dengar tadi tak benar," rayu Rina. Air matanya mula mengalir. Nazrin mengeleng kepalanya.
"Sudah cukup apa yang aku dengar tadi. Baguslah. Aku dah tahu cerita sebenar. Dulu, aku pernah ragu tapi ego dan marah menguasai diri. Aku melakukan kesalahan besar dengan menerima perjodohan kita. Aku tak sangka langsung hari ini kau, papa kau dan mama papa aku berpakat nak mengumumkan pertunangan kita. Aku langsung tidak dapat mengelak,"
"Cerdik kau, kau tahu aku takkan malukan papa mama kau dengan tidak naik ke atas pentas. Kau tahu, apa sebabnya aku bawa Syaza ke parti ini? Jawapannya aku mahu cuba berdamai dengan dia. Tapi, lepas Syaza tuduh aku tolak dia ke dalam kolam, aku jadi marah. Jerat kau hampir mengena sekali lagi, tapi mujur Faisal cerita yang kaulah dalangnya. Kalau tidak, entah bila kami akan terus membenci," kata Nazrin lagi. raut wajahnya keruh.
"I minta maaf, Nazrin. I buat ni semua sebab I cintakan you!" Rina menggenggam erat tangan Nazrin. Nazrin langsung tidak membalas genggamannya.
"Cinta? Adakah ini dinamakan cinta? Menipu?!" suara Nazrin meninggi.
"Hei, apa yang hebat sangat perempuan tu? Apa kurangnya I? Perempuan dahlah miskin, tak ada ibu bapa pulak tu. I jauh lebih kaya dan hebat dari dia! Jadi, kenapa you lebih membela dia dari I? I ni tunang you!" jerit Rina pula. Dia tidak suka ditengking.
"Correction, bakal tunang. Bukan tunang lagi. Kau ingat aku akan teruskan pertunangan ini selepas tahu semua ini? Sebelum ini pun aku terpakasa terima kau atas permintaan papa mama aku," kata-kata Nazrin menyebabkan Rina terduduk. Hancur semuanya. Hancur!
"Syaza, jom balik," Nazrin menarik tangan Syaza lalu beredar dari bilik itu.
"Faisal, kan kau sukakan Syaza. Mari kita bergabung tenaga. Tentu kita dapat pisahkan mereka berdua. Kau dapat Syaza, aku dapat Nazrin," Rina memberi cadangan. Dia berdiri dan memegang tangan Faisal. Faisal menolak keras tangannya.
"Aku mengaku aku sukakan Syaza dari dulu lagi. Walaupun kami hanya berbual beberapa kali, aku jatuh hati dengan kebaikan dan keikhlasan hatinya. Bila Nazrin tahu, semakin dia bencikan aku sebab dia pun sukakan Syaza. Aku berjanji akan merampas Syaza dari tangannya tapi takdir tidak menyebelahi aku. Aku terpaksa berpindah. Namun, lepas sembilan tahu rasa cinta itu masih ada,"
"Aku gembira boleh berjumpa semula dengan Syaza tapi lepas mengetahui pengalaman yang dilalui oleh mereka berdua akibat kau, aku rela mengalah. Aku tak sanggup nak pisahkan mereka lagi. Lagipun aku tahu Syaza amat cintakan Nazrin walaupun dia fikir Nazrin yang menyeksanya selama ini. Aku tak fikir Syaza akan cintakan aku melebihi cintanya kepada Nazrin. Maaf, aku tak boleh tolong kau. Aku tak mahu gunakan cara kotor macam kau!" Faisal turut keluar dari bilk itu meninggalkan rina seorang diri. Rina terduduk lagi. Kekalahan menjadi miliknya kini..

"Syaza," Nazrin bersuara apabila menghentikan kereta mewahnya di sebuah taman. Syaza tidak bersuara.
"Maafkan saya. Saya tidak percayakan awak. Selama ini saya ditipu," lirih suara Nazrin. Begitu licik rancagan Emilia sampai dirinya boleh terpedaya.
"Maafkan saya juga. Kita sama-sama tertipu dan terpedaya. Dan ianya datang dari orang yang paling kita tak sangka. Saya kesal, Nazrin. Sembilan tahun saya berkawan dengannya. Saya anggap dia kawan sejati saya. Rupanya dia tidak ikhlas berkawan dengan saya lagi. Selama ini, dia yang pujuk saya bila saya fikir saya dikenakan awak. Tetapi rupanya dia yang lakukan semuanya, Nazrin. Saya tak sangka langsung! Kenapa semua ini boleh jadi begini? Kenapa?" air mata mula mengalir dari mata Syaza. Rasa sebak, kesal, marah, geram dan gembira semuanya bercampur-aduk.
"Semuanya sudah berlalu. Kita mulakan kehidupan baru. Kita lupakan kenangan lama. Sudahlah menangis. Buruk benar saya tengok," dalam situasi itu sempat lagi Nazrin mengusik. Syaza mencebik. Selepas itu Nazrin ketawa. Syaza terpaku. Kemudian dia menangis lagi.
"Kenapa menangis lagi ni?" tanya Nazrin cemas. Kali pertama dia melihat air mata Syaza tumpah sebanyak ini.
"Kali pertama saya tengok awak ketawa tanpa sinis selepas kejadian itu. saya bersyukur semua ini dah berakhir," kata Syaza dalam sendu. Nazrin mengeluh. Nampaknya dia dah banyak lukakan hati wanita kesayangannya itu. Wanita kesayangan? Ya, sekarang baru dia berani mengaku wanita itulah wanita kesayangannya. Egonya sudah dibuang jauh-jauh. Ego itulah punca semua sengsaranya dan Syaza.
"Saya betul-betul minta maaf. Saya dah banyak menyakiti awak," kata Nazrin kesal. Syaza menggeleng.
"Ini bukan salah awak seratus peratus. Kita terpedaya. Jadi, jangan salahkan diri. Saya dah cukup bersyukur sebab kebenaran dan terungkap," kata Syaza pantas. Dia tahu, dia juga bersalah menuduh Nazrin yang menyeksanya. Sedangkan itu perbuatan Rina.
"Mungkin saya terburu-buru tetapi sudah banyak masa yang disia-siakan dulu. Syaza, sudikah awak menjadi suri di hati saya, anak kepada mama papa saya, dan ibu kepada anak-anak saya nanti?" tanya Nazrin tiba-tiba. Syaza tersentak.
"Saya tak sesuai dengan awak, Nazrin. Betul kata Rina tadi. Saya miskin dan tiada ibu bapa, manalah sesuai dengan awak. Lagipun, pasti ibu bapa awak membantah. Mereka lebih sukakan Rina sebagai menantu mereka,’ Syaza menolak walaupun dia sangat mencinta Nazrin.
"Saya tidak mungkin akan kembali kepada Emilia. Pasal ibu bapa saya, saya akan cuba berbincang dengan mereka. Pada pertama kali kita bercakap, kan awak suruh saya berbincang baik-baik dengan mereka. Sekarang saya nak cuba. Awak harus percayakan saya," Nazrin memandang Syaza penuh harap. Syaza membalas renungan mata Nazrin. Terharu kerana Nazrin masih mengingati cadangannya walaupun sudah sembilan tahun berlalu.
"Saya..saya tak tahu mahu cakap apa, Nazrin," air mata Syaza kembali mengalir.
"Awak setuju?’ tanya Nazrin tidak sabar.
"Ya. Saya setuju," akhirnya Syaza mengalah pada perasaannya. Nazrin terenyum gembira.
"Saya berjanji saya tidak akan lukakan awak lagi. Saya berjanji,"
"Saya percaya pada janji awak itu," kata Syaza sambil mengelap air matanya dengan sehelai sapu tangan bewarna biru.
"Ni sapu tangan yang saya berikan pada awak sembilan tahun lalu, kan? Awak masih simpan lagi?" tanya Nazrin sambil memandang sapu tangan tu dengan mata yang bulat. Dia tidak percaya.
"Mestilah. Awak yang bagi. Tapi masa tu perangai awak baik lagi," usik Syaza. Nazrin hanya tersenyum.
"Saya bersyukur semua kekusutan dah terurai. Sama-sama kita lupakan kenangan pahit dan mulakan kehidupan baru. I love you," Nazrin mencapai sapu tangan itu dan mengelap air mata Syaza.
"I love you too, Nazrin," kata-kata itu terucap bersama sebuah kesyukuran dan doa. Semoga kebahagian milik mereka selamanya. Amin..
posted by BLOGGER @ 6:24 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
15 Comments:
  • At 18/5/08 5:21 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hmm...best gak... dlm hidup byk terjd bende2 yg x dijangke......

     

  • At 18/5/08 5:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    so sweet cite nieh... happy ending...keep it up!!!

     

  • At 18/5/08 8:27 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mcm novel "saat cinta bersemi" jer...yg damya hanna tules :p

     

  • At 18/5/08 8:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lain sket kot...buat parody eh?

     

  • At 18/5/08 8:37 PTG, Blogger Mawar Berduri said…

    wow....
    bestnyer citer nie....
    sungguh menyayat hati sye.....
    sampi hmpr2 sye mhu ngis...
    ending yang baik.....
    keep it up....
    thumbs up 4 u.....

     

  • At 19/5/08 10:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    syoknyaaa....emm.best giler...

     

  • At 19/5/08 1:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    saya suka cite ni. happy ending. sweet!!

     

  • At 19/5/08 2:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita mcm ni bgikan khayalan x tercapai.

     

  • At 19/5/08 7:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best juga la cite ni. x bosan bace.

     

  • At 28/5/08 1:19 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    too good to be true

     

  • At 29/5/08 3:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mmm, bole la layan..

    tp kan cam lebration trlmpau pnjng laa..

    lamenye nk smp satu point tuuu....

    boring nk tunggu...

    anyway, bole la......
    good try..

     

  • At 29/5/08 3:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mmm, bole la layan..

    tp kan cam elebration trlmpau pnjng laa..

    lamenye nk smp satu point tuuu....

    boring nk tunggu...

    anyway, bole la......
    good try..

     

  • At 4/7/08 10:37 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    i'm touched!

     

  • At 14/10/08 12:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best nye..tp kalu buat novel mesti lg best..=)..well done..

     

  • At 12/12/08 8:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bpk pnjg r..
    ish3x..
    agk lm la nk bc..
    ermm...
    p best..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group