Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Malam masih muda,namun hujan yang lebat menyebabkan malam itu menjadi sunyi sekali.Siti masih lagi termenung di tepi katil,mengenang janji Hussien,teman lelakinya.Sudah seminggu Hussien tidak menghubunginya,malah panggilannya sentiasa dijawab oleh suara lembut sang operator.'mana kau Hussien,'Siti merintih dalam hati.Kalau di turut hati lukanya,mahu saja dia meraung,biar seluruh kampung dengar,biar semua orang tahu,Hussien mungkir janji!"Siti,"Siti membatu,dia membiarkan panggilan emaknya itu tidak terjawab."Siti,"Panggilan emaknya berserta ketukan lembut di pintu bilik menyebabkan Siti menjawab juga.Perlahan pintu bilik di buka."Ye mak,"Lembut pandangan emaknya,pandangan yang penuh dengan kasih sayang."Mari makan,Hussien datang,"Bulat matanya merenung wajah emak tatkala nama Hussien di sebut.'Hussien datang?Untuk apa?Ke mana dia pergi selama seminggu ini?Kau tak tahu ke Hussien,aku rindukan kau.Rindu pada sikap ambil berat kau,rindu pada senyum lembut kau,rindu kasih sayang kau."Mari Siti,menung apa lagi,"Akur pada emak,Siti membuntuti emaknya ke dapur.
Seakan hilang rindunya tatkala terpandang akan Hussien yang berbaju melayu hijau sedang memerhatikannya itu.Sedikit basah baju Hussien,mungkin terkena tempias hujan.Seakan mahu saja dia bertanya pada Hussien,ke mana kekasihnya itu menghilang selama seminggu ini.Sudah bertemu dengan perempuan lainkah?Lebih manis darinya mungkin."Duduk Siti,dari pagi lagi kamu tak makan.Buah hati sudah depan mata,mungkin berselera sikit,"Senyuman Ayahnya membuatkan Siti jadi malu.Di usik begitu di hadapan Hussien menjadikan dia serba tidak kena.Pipi putihnya juga sudah mula merona merah."Saya ke Kuala Lumpur baru-baru ni Pak Ngah,menghantarkan ibu ke rumah Kak Long,"Tanpa di soal Hussien memberitahu.Untuk menghilangkan persoalan yang bermain di benak Siti barangkali.Dia pasti kekasih hatinya itu mesti tertanya-tanya ke mana dia menghilang selama seminggu ini.Sudah tentu Siti marahkannya.Merajuk sudah pasti,tapi harapannya janganlah Siti memutuskan perhubungan kasih sayang mereka.Dia terlalu sayangkan Siti,Hasrat di hati ingin memperisterikan Siti menggunung tinggi.”Kenapa Sain,Kak Long kamu sudah bersalin ke?”Perlahan Hussien mengangguk,mengiyakan soalan bakal mertuanya yang di panggil Pak Ngah itu.Seraya Siti tunduk.Dia masih tidak puas hati dengan tindakan Hussien yang mendiamkan diri selama seminggu di Kuala Lumpur.Barangkali dia terhibur dengan keseronokan berada di kota besar itu sehingga melupakannya.Sakit hatinya bila memikirkan begitu.”Apa anaknya Sain?” Bergerak-gerak misai putih Pak Ngah mengunyah ketulan nasi,di pandang wajah bersih Hussien.Hussien adalah pemuda contoh di kampung itu,malah dia berasa bangga kerana Hussien menaruh hati pada Siti.Ramai orang kampung yang cemburukannya,mengatakan dia bertuah kerana bakal bermenantukan Hussien.Budi pekerti yang baik,sikapnya yang penuh dengan santun,bahasa pertuturannya dengan orang yang lebih tua juga amat sopan.Penuh dengan sikap hormat.”Lelaki Pak Ngah,”Senyum terukir di bibir Hussien,gembira dengan kelahiran anak saudaranya yang pertama.Matanya melirik pada Siti,’senyum ada makna’ dipamerkan pada buah hatinya.’kita juga akan menempuhi saat manis itu Siti’Hussein berkata dalam hati seakan Siti memahami apa yang terdetik di benaknya.”Ibu kamu masih di Kuala Lumpur ke Sain?”Soal emak Siti,tidak mahu ketinggalan didalam rancak perbualan di antara suaminya dan Hussein.”Ye mak ngah.Ibu mahu tunggu Kak long sampai habis pantang.Mertua Kak Long pun ada di sana,”Siti terus tunduk merenung butiran nasi di dalam pinggan putih bercorak bunga ros warna biru.Jari tirusnya menguis nasi,sekadar menguis,tiada suapan ke mulut.Tiada selera,tiada nafsu untuk menyuap nasi ke mulut,tekaknya juga tidak berdaya menolak nasi jatuh ke perut.’Sampai hati kau Hussien,langsung tidak memberitahu aku walau sepatah perkataan pun.Aku bukan siapa-siapakah bagimu?Pak Ngah memandang tingkah anak gadisnya yang sekadar menguis nasi di pinggan,belum sesuap pun masuk ke perut.Duduknya pun tunduk sahaja sedari tadi.Mahu menegur bimbang anak gadisnya itu serba salah.Dibiarkan sahaja Siti melayan perasaan.”Tambah lagi nasinya tu Sain.Ikan kering saja lauknya,lain kali bagitau mak ngah dulu sebelum ke mari,boleh mak ngah masak lauk yang Sain suka,”Hussein sekadar mempamer senyum.”Ini pun saya suka Mak Ngah.Apa pun masakan mak ngah,semuanya sedap dimakan”Mak ngah menggeleng dalam senyum.”Saya dah kenyang mak Sitinya.Saya nak ke depan,tengok berita,”Seraya Pak Ngah mencuit lutut isterinya dan bangun menuju ke ruang depan.Faham akan tindakan sang suami,Mak ngah pun turut sama mengikut suaminya.Tujuan sebenar Pak Ngah berbuat demikian adalah ingin membiarkan Siti dan Hussien menyelesaikan masalah di antara mereka.”Siti,kau marahkan aku?”Perlahan Hussein memulakan bicara.Siti sekadar diam.”Aku cuma ke Kuala Lumpur,bukan lari meninggalkan kau Siti,”Siti mengangkat kepala,memandang wajah Hussein.Hatinya bagai di ramas-ramas pabila mendengar patah perkataan yang keluar dari mulut Hussein.”Susahkah untuk kau beritahu aku yang kau nak ke Kuala Lumpur?Takkah kau rasa bersalah kerana membiarkan aku bersedih?”Mata Siti mula bergenang.Menakung air pada tubir matanya.”Jangan menangis Siti,kau tahu kan yang aku sayangkan kau.Tak mungkin aku berubah hati,”Ucap Hussien bersungguh-sungguh.”Hati tidak berotak untuk memastikan kau tetap kasih pada aku sebagaimana yang mulut kau ucapkan.Pergi balik Hussien,hati aku,mata aku,perasaan aku tak sanggup lagi untuk terus melihat kau di sini,mendengar setiap patah perkataan yang kau ucapkan,”Hussien terdiam.Tidak pernah Siti sekasar ini sebelum ini.Siti seorang yang lembut,yang sentiasa menjaga tutur katanya.Malah ibunya sendiri tidak menghalang perhubungannya dengan Siti.Ibunya turut berkenan dengan sikap dan tingkah laku Siti yang selayaknya sebagai seorang perempuan yang masih bergelar anak dara.”Siti,aku harap kau takkan putuskan perhubungan kita.Aku rela kau terus memarahi aku,asalkan aku tetap di hati kau.Jangan buang aku dari hati kau Siti,”Hussien seakan mahu menangis.Dia menjadi begitu lemah bila berhadapan dengan keadaan Siti sebagaimana sekarang.Siti adalah cinta pertamanya,tak mungkin boleh di gantikan dengan seseorang yang lain.”Tengoklah,aku tak janji,”Bersahaja Siti berkata.Hussien terkedu.”Siti,aku berjanji.Apa jua permasalahan yang aku hadapi,apa jua tindakan yang akan aku buat,kau orang pertama yang akan tahu,”Siti sekadar tersenyum sinis melihat kesungguhan Hussien.”Aku benci mendengar kau berjanji Hussien,”Hussien diam,tunduk merenung alas meja bercorak kotak-kotak yang sudah agak lusuh warnanya.Perit hatinya tatkala mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Siti.’Siti,aku sayangkan kau,maafkan aku andai perbuatan ku melukakan’.”Pergi balik Hussien,”Perlahan Siti menutur kata.’Aku sakit hati Hussien,terlalu sakit hati.Tapi janganlah kau bimbang,kau masih di hati aku,seperti dulu’.
Gagahnya pancaran sinaran mentari memaksa peluh berjejeran di dahi Siti.Penat setelah mengemas pelepah daun pisang yang kering,Siti bersandar pada dinding pondok yang di bina ayahnya di tengah-tengah kebun pisang mereka,Selalunya Hussien datang menolongnya mengemas kebun pisang,namun selepas peristiwa malam itu,tiada lagi kelibat Hussien datang menjengah.Merenung liuk lentok dedaun pisang yang menari-nari di tiup angin panas tengahari,Siti terkenangkan Hussien.Selepas peristiwa malam itu,Hussien tidak lagi mahu berjumpanya.Terbit juga sedikit kesal di hati Siti memikirkan tindakannya memarahi Hussein.Kini dia rindu,rindu akan Hussien.Rindu usikannya,rindu ucapan cinta puitisnya.Siti cuma boleh berharap,Hussien berpegang pada janji yang di tuturkannya pada malam itu.”Siti,”Emaknya sudah datang,bersama bakul bekalan.”Ayah mana mak?”Siti menyoal seraya bangun,menyambut bekalan yang di bawa emaknya.”Ayah kau ke rumah Hussein,menghantar pisang,”Siti terdiam tatkala mendengar nama Hussien di sebut.”Ibunya Hussien baru sampai subuh tadi.Petang nanti mak nak ke rumah Hussien,kau mahu ikut Siti?”Wajah Siti yang merah di bakar mentari di tenung lama.Dia tahu ada masalah di antara Siti dan Hussien.Tapi suaminya menghalang dia mencampuri permasalahan mereka.Dia takut kalau-kalau sampai keduanya terputus hubungan.Dia cukup berkenan pada Hussien,di harap Hussienlah yang dapat menjaga Siti apabila dia dan suaminya tiada kelak.”Siti,”Perlahan paha Siti di pegang.”Tak mengapalah mak,mak sajalah yang pergi.Siti tak mahu ikut.Sampaikan salam Siti pada Mak Long Piah ye mak,”Keluhan halus terbit jua dari mulut Mak Ngah.Nantilah,akan ditanya pada Long Piah tentang perhubungan Hussien dan anak daranya.Apa kata Long Piah agaknya.”Mari makan mak,”Suara lunak Siti mematikan lamunan singkat Mak Ngah.”Kau pun makan samalah Siti,”Siti menggeleng perlahan.”Makanlah mak,Siti tak lapar,”Siti menolak ajakan emaknya.Membiarkan emaknya menghadap juadah seorang diri.Dia terus merenung dedaunan pisang yang menghijau.Hussien tetap muncul di layar mindanya.Tidak mampu rasanya dia meneruskan hari-harinya yang kosong tanpa perhatian Hussien.’Hussien,sampai bila kita akan terus begini.Aku dah tak sanggup Hussien,aku sayangkan kau,aku rindukan kau.Tolonglah aku Hussien..’Mak ngah merenung Siti.Kasihan dia melihat akan anak gadisnya itu.Di harap,kasih antara anaknya dengan Hussein akan berpanjangan,berkekalan.Moga begitulah hendaknya.Kalau di ikutkan hati tuanya,mahu saja dia bertanya pada Siti,tapi bila mengenangkan arahan suaminya yang melarang dia mencampuri urusan cinta kasih anaknya itu,dia terpaksa mendiamkan diri.Membiarkan anak gadisnya itu menyelesaikan masalahnya sendiri.”Siti,marilah ikut mak ke rumah Hussien petang nanti,”Mak ngah seakan merayu.Siti sekadar menundukkan kepala.Berat hatinya untuk menuruti permintaan emaknya itu.”Siti,ikut mak ye,”Siti sekadar membatukan diri.Dia membiarkan permintaan emaknya sepi tanpa sebarang jawapan.”Siti,”Mak ngah terus merenung wajah manis Siti.Sepi mengisi ruang kosong di antara dua beranak itu.Mak ngah sekadar membiarkan Siti memintal mintal hujung selendang ungu yang di pakai dengan jari tirusnya.Membiarkan Siti terus berperang dengan perasaannya.”Ye lah mak,Siti ikut,”Senang hati Mak Ngah mendengar kata putus Siti. Sebaik saja hujan berhenti,Mak Ngah dan Siti melangkah menuju ke rumah mak long Piah.Panas tengahari tadi tidak sampai ke petang rupanya,Cuma memberi peluang kepada suri rumah mengeringkan pakaian memandangkan sekarang sudah musim tengkujuh.Mujurlah kawasan kampung itu tidak dinaiki air.Siti mengangkat sedikit kainnya supaya tidak terkena becak jalan selepas hujan.Hatinya berdebar-debar,seakan mahu sahaja dia berlari pulang ke rumah.Ada sedikit rasa kesal bertandang kerana persetujuannya untuk mengikut mak ke rumah Mak long Piah. Dari kejauhan kelihatan Mak Long Piah bersila di serambi rumah sambil menganyam tikar mengkuang,sudah lama juga Siti tidak ke rumah Mak Long Piah,menolongnya menganyam tikar.Selalunya,bila waktu petang Siti akan ke rumah Mak Long Piah untuk menganyam tikar mengkuang.Dulu niatnya Cuma mahu belajar,kini sudah menjadi rutin pula.Namun,sudah hampir sebulan Siti tidak ke rumah Mak Long Piah kerana sekarang musim hujan,jadi tidak ada mengkuang untuk di anyam.”Datang juga kamu ye,Mah,Siti,Naiklah,”Senyum menghiasi wajah tua Mak Long,menyambut kedatangan Siti dan juga maknya.Penuh sopan Siti menghulur tangannya bersalaman dengan Mak Long Piah.Tertib Siti bersimpuh sambil jemarinya mengusik-usik mengkuang yang dianyam Mak Long Piah.Lama dia meneliti anyaman Mak Long Piah hingga sorotan mata Mak Long Piah yang asyik merenungnya tidak di sedari.”Siti,”Segera Siti mengangkat kepala.”Pergilah ke dapur,tengok abang Hussien kau,”Siti mengerutkan dahinya,wajah mulusnya menggambarkan kehairanan.Kenapa dengan abang Hussein?”Kenapa Hussien Piah?”Mak Ngah menyoal tidak sabar.Sebuah keluhan kecil terbit dari mulut Mak Long Piah.”Kenapa Abang Sain Mak Long?”Siti turut menyoal pabila tiada jawapan bagi soalan yang maknya utarakan.”Dia demam teruk lepas balik dari rumah kamu malam tu.Selalu jugak dia kena hujan,tapi tak pernah pulak dia demam teruk macam tu.Pergilah Siti,Abang Husin kamu kat dapur tu aje,”Perlahan Siti bangun menuju ke dapur.Rasa bimbang bergayut di hati.Sungguhpun dia marahkan Hussien,tetapi kasihnya tetap seperti dulu.Tidak luak sedikit pun.Demi sahaja terpandang Hussien berbungkus seperti nagka di balut,hati Siti di pagut rasa sayu.Kau sakit Hussien,maafkan aku kerana bertindak keterlaluan malam itu.Namun kata itu Cuma di benak,tidak terluah oleh mulut.Perlahan Siti bersimpuh di sebelah Hussien.Mata sayu Siti menyapu seluruh wajah pucat Hussien. “Hussien,”Lembut suara Siti cuba menyedarkan Hussien akan kehadirannya.Perlahan Hussien mengangkat kelopak mata,segaris senyum di ukir demi sahaja terpandang wajah kekasih hatinya.”Maafkan aku Siti,membiarkan kau susah hati tanpa memberitahu keadaan aku.Aku sakit Siti,”Luruh air mata Siti mendengarkan kata yang terluah dari mulut Hussien,begitu lemah suaranya.”Aku yang seharusnya di maafkan Hussien.Aku terlalu menurut kata hatiku yang terlalu rindu dan cemburu padamu.Aku takut kau tinggalkan aku,”Berkaca mata Hussien tatkala mendengar rintihan hati seorang kekasih,kekasih kesayangannya.”Siti,ibu aku cakap dia akan melamar kau untuk aku.Aku Cuma beritahu ibu yang aku mahu terus nikah.Bolehkan Siti?”Soalan Hussien Cuma di jawab dengan lirikan malu-malu.Sayangnya pada Hussien makin bercambah.Hussien tidak pernah menduakannya atau membelakangkannya,tidak sekali-kali.Hussien seorang lelaki yang penuh dengan rasa sabar.Percayalah dia,janji Hussien bukanlah dusta.
saya suka jika anda memberikan komen anda dalam karya saya yang akan datang....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
elemen cinta yang bersahaja, bagis.gaya penceritaan yang unik,plot yang lebih baik daripada cinta biasa-biasa di blog ini.
lebih baik, kalau diperenggankan dengan lebih banyak lagi, mengikut gaya penceritaan, penat mata membaca dengan perenggan yang panjang..
teruskan menulis..
sisnorafuad..cinta untuk gadisku..
www.norafuad.blogspot.com