Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kreng..krenggggg…… bunyi jam menghentikan buaian mimpiku.Aku bingkas bangun menutup bunyi alarm dan lantas menuju ke bilik air.Setelah mandi dan menunaikan solat Subuh,aku mengejutkan suamiku yang masih lagi nyenyak tidur. "Abang, bangun solat subuh, waktu dah panjang, jap lagi cerah lah tu." Sementara abang di bilik air, aku bingkas bersiap-siap untuk menyediakan sarapan pagi dan kemudiannya kami akan berpisah untuk pergi ke pejabat yang berlainan.
Begitulah rutin kami suami isteri.Rumah ini begitu sunyi sepi tanpa kehadiran cahayamata. Tahun ni, kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 5, walaupun bahagia zahirnya namun sedikit sebanyak kami dahagakan hilai tawa anak-anak yang dapat memecahkan kesunyian rumah dua tingkat ini.
Abang juga saban hari semakin sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pengurus projek di sebuah syarikat pembekal komponen automobil. Dalam setahun ini, banyak masanya dihabiskan dengan traveling ke Jepun,Thailand dan Korea untuk joint test di syarikat pengeluar kenderaan yang terkemuka seperti Daihatsu dan Toyota. Kadang-kadang abang pergi 2-3 minggu lamanya, berulang-alik dari Jepun ke Korea,Korea ke Jepun dan Jepun ke Thailand dan akhirnya barulah pulang ke Malaysia. Sepanjang ketiadaannya, hidupku begitu sunyi sepi.
Kerjayaku sebagai akauntan di sebuah syarikat di pusat bandar Kuala Lumpur juga memerlukan komitmen yang tinggi dan kesibukan kami inilah juga barangkali menjadi puncanya. Aku juga kadangkala perlu travel ke syarikat subsidiari di Thailand dan Indonesia untuk melihat prestasi kewangan anak-anak syarikat itu. Sebelum ini kami pernah menetap di Thailand selama 2 tahun sebagai expatriate yang perlu gigih berusaha melatih kakitangan-kakitangan tempatan untuk mencapai standard kualiti kerja yang telah ditetapkan oleh ibu pejabat.
Kami berdua amat inginkan zuriat, penyambung generasi kami di masa akan datang. Tak kisahlah, lelaki ke perempuan, asalkan ada.. Aku dan suami datang dari keluarga yang besar, suamiku anak bongsu dari 8 adik-beradik, aku pula anak sulung dari 8 adik-beradik, seperti satu kebetulan, tapi itulah hakikatnya. Tapi entah di mana silapnya, atau masih belum diizinkan Allah s.w.t untuk kami menimang cahayamata, aku pun tak pasti. "Dah berapa orang anak? Dah lama kahwin,kan? Adik-adik dah ada anak, awak bila lagi, plan ke? Jangan tunggu lama-lama,nanti menyesal! Kamu ni ada masalah ke sampai tak mengandung? Suami kamu problem ke? Kamu berdua ni tak pandai lagi buat projek ni!!" begitulah antara persoalan dan tohmahan yang menjamah telinga ku setiap kali bertemu teman-teman dan saudara-mara di kampung.Kadang-kadang aku jadi malas nak balik kampung dan raya pun malas nak berjalan-jalan ke rumah teman-teman. Setiap kali ditanya, hatiku pasti merintih pilu. Mujurlah suamiku, Fareez begitu bersabar dan tidak pernah sekalipun perihal anak menjadi isu pertelingkahan kami. Wajahnya sentiasa tenang dan sabar, walaupun aku tahu hatinya juga berkeinginan untuk menimang cahayamata sendiri.
"Abang, kak Syikin dah ambil anak angkat,apa kata kita pula ambil anak angkat, takde la sunyi sangat rumah kita ni. Saya sunyi la bila abang takde at least ada la benda nak buat"ujarku.
"Takyah la sayang, nak buat apa ambil anak angkat.Macamanapun, anak angkat tetap anak orang, bukan anak kita, darah daging kita.Penat-penat kita jaga, dia tetap anak orang.Abang tak setuju."
"Habis tu, kalau sampai bila-bila kita takde anak,macammana? Kan bagus kalau kita ambil anak angkat, bila dah besar esok boleh buat kawan."
"Tak baik cakap macam tu, kita ni kan muda lagi. Kita masih boleh berusaha dan berdoa.Dan kalaulah dah ditakdirkan kita takde zuriat, kita redha, tapi abang tetap tak nak ambil anak angkat."
Semenjak itu aku tidak berani mengungkit perihal anak angkat kerana aku tahu benar perangai Fareez, kalau dia tak nak, sampai bila-bila pun jawapannya tetap sama.
------------------------------
"Macammana doktor? Ada masalah ke?"
"Laporan dari makmal ni menunjukkan dalam darah kamu berdua ni, kandungan hormon adalah normal dan kami dah check sperm count En Fareez juga normal. Begitu juga dengan Puan Ika, masa scan ultrasound saya nampak kedudukan rahim normal dan begitu juga dengan kitaran haid dan ovulation juga normal.Jadi, saya berpendapat yang anda berdua memang normal dan memang belum rezeki lagi namanya. Saya harap En. Fareez dan Puan Ika jangan berputus-asa ya."
Jawapan dari Dr Fauziah, pakar Puan di Hospital Perubatan Pantai ini meyakinkan lagi kami untuk terus berusaha selain memanjatkan doa dari Allah s.w.t. Aku diberi makan pil subur,clomid semasa period hari kedua hingga hari ketujuh. Menurut doktor, clomid membantu menambahkan lagi jumlah pengeluaran telur semasa ovulasi.Dan pada hari ke 14 dan 15,kami perlu bersama supaya berlaku proses persenyawaan secara natural. Kami melakukannya mengikut prosedur yang telah diatur oleh doktor. Namun, tiba hari ke 28, aku didatangi haid seperti biasa. "Abang, ada bad news lah, saya period" "Hmm, takpelah kita try lagi yer". Kali kedua, aku diberi clomid dosnya dua kali ganda, pada hari ke 14, doktor membuat scan ultrasound untuk melihat size telur semasa ovulasi. "Ok,kali ni kita buat in lab,yer. En Fareez, we need your sperm and we’ll do sperm washing in lab. After that we’ll inject your sperms into Pn Ika’s eggs. This process we called IUI .Is that ok?" ujar doktor Fauziah. Aku merenung suamiku yang kemudiannya bersetuju dengan saranan doktor.
"Abang, saya harap kali ni kita berjaya ya bang"
"InsyaAllah, dengan izin Allah sayang"
"Ok, are you ready Puan Ika, this is En Fareez washed sperms and I’ll be injecting them into your uterus through your vagina"
"Sakit tak doktor?" "Tak sakit, Cuma nyilu je sikit. En. Fareez, you may hold your wife. I takut nanti dia terkejut bila I put spatula ni"
"Arghh.. bang.. sakit.."memang tak terbayang dengan kata-kata bila doktor memasukkan tiub menerusi vagina ku.
"Sabarlah sayang, sikit jer tu"ujar Fareez. Mujurlah abang ada sepanjang treatment IUI ini.
"Ok, dah siap. Puan Ika, you kena lay down for half and hour to ensure that the sperm will swim inside and reach the ovum. InsyaAllah, kita hanya berusaha, selebihnya tawakkal kepada Allah s.w.t"
Fareez menggenggam erat jari jemariku dengan harapan yang tinggi. Kami telah membelanjakan lebih kurang RM500 untuk treatment IUI ini, duit dah keluar, effort pun dah buat sudah tentu kami meletakkan harapan yang tinggi agar proses ini berjaya.
Namun, Allah telah mengatur segala-galanya perjalanan hidup makhluk ciptaanNya. Hari ini period ku telah lewat dua minggu, kami berdua berjumpa doktor dan melalui urine test aku disahkan negative, bermakna aku tidak mengandung. Doktor membuat ujian ultrasound, di skrin malangnya hanya terpapar dinding rahim yang menebal yang terhasil dari hormon estrogen dan sekiranya tidak berlaku persenyawaan, dinding rahim yang menebal itu akan keluar dalam bentuk haid.
"I’m sorry Puan Ika, memang negative. I think you ni tension, maybe you should go for holiday and relax"
"Doktor, lepas ni nak buat treatment apa lagi?"
"Macam ni lah Puan Ika, I don’t want to make endoscorpic on you. Endoscorpic ni usually kita tebuk sikit kat perut and masukkan camera, tengok apa yang berlaku kat dalam uterus you. Tapi nanti susah nak jaga. Selalunya lepas IUI, people will go for IVF, tapi memang costly, and I memang ada kawan doktor yang memang pakar dalam bidang ni kalau you berminat"
"Mahal ke doktor? Selalunya dalam berapa ribu?"
"At least RM20,000. Itu kalau private. Tapi kalau you nak murah sikit, you kena register dengan LPPKN , tapi que memang panjang. Kalau you ada kenal pengarah or pegawai LPPKN maybe easier"
"Mahalnya, bang" Fareez hanya diam membisu sambil tangannya menggenggam jari jemariku.
"Puan Ika, it’s better you berehat dulu, maybe you tension dan letih, maklumlah dah hampir setahun you buat treatment. Kadang-kadang tension pun tak bagus juga. I ada ramai patient macam you. You balik la rehat yer, banyakkan bersabar dan jangan putus asa. You berdua masih muda" --------------
Ramadhan datang lagi. Seperti tahun-tahun sebelum ni, aku berazam untuk mendapatkan ganjaran pahala yang melimpah ruah di bulan yang penuh rahmat ini. Perihal anak aku ketepikan dahulu kerana aku yakin dengan qada’ dan qadar Allah s.w.t. Walaupun kita berusaha bersungguh-sungguh tapi tanpa keredhaan Allah, kita takkan mendapatnya.
Setiap malam, aku dan Fareez akan ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawikh berjemaah. Di tengah-tengah malam pula, aku akan bangun mengerjakan qiamullail yang didahului dengan solat sunat taubat, solat sunat syukur dan solat sunat hajat dan solat sunat witir sebagi penutup. Waktu-waktu lapang disiang hari pula diisi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Setiap tahun,aku dan Fareez berlumba-lumba untuk khatam Quran 30 juzuk.
"Ya Allah, dibulan penuh rahmat ini kau ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua-dua ibubapaku dan dosa-dosa suamiku…..ya Allah, kurniakanlah aku dan suamiku anak-anak sebagai penyeri rumahtangga kami… wahai Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani"
----------------
Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Ramadhan berlalu, Syawal juga berlalu. Kehidupan ku masih seperti biasa.
"Sayang, abang rasa bulan ni sayang lambat je period"
"Takdelah abang, saya rasa macam biasa aja" ujarku tanpa mengendahkan kata-kata suamiku kerana aku malas nak fikirkannya.
"Check lah mana tahu kot-kot ada" seloroh suamiku nakal.
"Malaslah bang,saya dah jemu dah. Selalu kalau lambat, bila check nanti result negatif. Esok-esok periodlah tu "
"Abang cakap jer, marah pulak"
"Saya tak marah, abang nak sangat anak ke? Kalau susah sangat, abang kahwin lain lah. Buang masa je abang tunggu saya" ujarku acuh tak acuh.
Fareez diam berkerut lalu dia memalingkan tubuhnya membelakangiku di atas katil kami. Kenapalah aku ni? Tak pasal-pasal je nak hot. Kesian Fareez.
"Abang, sorry yer"
Namun tiada jawapan, yang ada hanyalah bunyi dengkuran kecil. Aku tahu abang marah dengan isu berkahwin lain. --------------------------
Hari ini aku menghabiskan hujung minggu di rumah mama. Fareez terpaksa menghadiri kursus di Bangkok,Thailand selama 2 minggu dan aku pulang bersendirian kali ini.
"Ika, kamu ni makan nenas banyak-banyak ni tak takut ke?" kata mama yang dari tadi asyik memerhatikan aku yang asyik menikmati buah nenas kiriman mak ngah dari Segamat. Entah kenapa nenas ni rasanya lemak manis tidak seperti biasa.
"Nak takut apa mak, Ika bukannya mengandung. Ika period pun dah delay ni, kalau makan nenas orang kata tajam, cepat sikit period nanti"
"Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni?Kamu dah check belum? "
"Saya dah malas nak check lah mak, asal check je negatif, saya malas nak letak harapan lagi dah"
"Ishh kamu ni , tak baik cakap macam tu, cubalah kamu check, mana tahu kalau-kalau dah ada. Dah berapa lama aku tak period?"
Aku tersentak. Sungguh lama betul aku tak monitor period ku. Aku mencapai handbad lalu mengambil kalendar kecil di dalam beg duit, memang calendar kecil ni selalunya digunakan untuk mencatit hari pertama kedatangan haid. Last sekali aku tandakan 15 April, sekarang dah bulan Jun, punyalah aku tak kisah.
Dalam perjalanan pulang dari rumah mama balik ke rumah ku, aku mengalihkan perjalanan ku ke sebuah farmasi dan membeli alat ujian kehamilan. "Argh, beli satu dah la, selalunya negatif gak" Setibanya di rumah, aku terus membuat ujian kehamilan dan tiba-tiba kertas ujian menunjukkan dua garisan. Aku tengok semula panduan bacaan dibelakang kotak yang dibeli, dua garisan menunjukkan tanda positif atau dalam kata lainnya, pregnant! Perasaan berdebar-debar mula terasa seakan-akan tidak percaya dengan keputusan itu. Perlukah aku bagitahu Fareez? Tapi macamana pula kalau tiba-tiba ujian ni tak betul?
Keesokan harinya, aku bertemu doktor di klinik panel untuk mendapatkan kesahihan ujian kehamilan dan hasilnya juga positif. "Tahniah, Puan Ika bakal menjadi ibu!" Bagaikan guruh yang berdentum. Aku baru je makan nanas,banyak pulak tu. Menyesal pulak rasanya.
Dari klinik panel, aku terus menetapkan tarikh temujanji bersama doktor Fauziah, doktor yang pernah membuat pregnancy treatment ke atas aku tahun lalu.
"Puan Ika, confirm, you pregnant ni, dah 8 weeks. You tengok ni, anak you dalam scan ultra sound dan ini bunyi jantung dia" ujar doktor Fauziah sambil menguatkan speaker. MasyaAllah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Pemurah dan Maha Mengasihani hambaNya. Air mata kesyukuran mengalir deras membasahi pipiku. Dr Fauziah hanya tersenyum memerhatikan aku.
"Waalaikumsalam, dah lama abang sampai, sorry la Ika terlelap tadi tak sedar abang balik"bingkas duduk di katil,tangan suamiku kusalam dan kucium penuh hormat.
Fareez masih lagi merenungku sambil jari-jemarinya mengoles lembut pipiku. "Baru je sampai, abang rindu isteri abang ni" sambil merangkulku erat.Aku membalas pelukannya dengan lebih erat lagi dan tiba-tiba saja air mataku mengalir,aku cuba menyeka air mataku namun dapat dirasai kehangatannya oleh Fareez.
"Sayang,kenapa menangis. Ada apa-apa yang tak kena ke masa abang takde?"
"Takdelah abang. Saya rindu sangat kat abang, dan tak sabar-sabar nak bagitahu abang"
"Bagitahu apa?"
"Abang tak lama lagi nak jadi abah, saya disahkan mengandung 8 minggu"ujarku tersenyum
"Betul ke?"
"Ya, ini baby kita…"sambil menghulurkan gambar scan ultrasound…
"Syukur Alhamdulillah,akhirnya Allah perkenankan doa kita selama ni Sayang" sambil memelukku erat. Aku menerima ciuman yang bertalu-talu dari Fareez.
Malam itu kami suami isteri mengadakan solat syukur dan berdoa agar anak dalam kandungan ku ini dapat dilahirkan dalam keadaan yang selamat dan sihat hendaknya.
------------------
27 January 2007, jam 8.30 malam aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram melalui pembedahan caesarian. Aku mengalami komplikasi ketika bersalin, setelah 24 jam bertarung nyawa di labor room, Dr Fauziah akhirnya memutuskan untuk membuat pembedahan caesarian kerana ditakuti air ketuban kering dan baby perlu diselamatkan. Fareez sentiasa menemaniku dari awal sehinggalah aku selamat melahirkan anak kami.
Setengah jam selepas tamatnya operasi pembedahan caesarian, aku tersedar dari tidurku dan kelihatan seorang nurse sedang duduk memerhatikan suhu badan dan tekanan darahku.
"Nurse, husband saya mana?"
"Husband Puan sedang mengazankan baby di Nursery"
"Baby saya boy ke girl?"
"Girl, Puan. "
"Baby saya sihat ke?"
"InsyaAllah sihat, dia nangis kuat, Puan"
"Alhamdulillah"
Dari jauh aku nampak kelibat Fareez datang menuju ke arahku.
"Abang"
"Ya, Sayang" sambil mencium lembut dahiku
"Macammana anak kita, abang dah tengok?"
"Dah. Anak kita sihat, comel macam mamanya.Sayang jangan risau yer?"
"Alhamdulillah"
Aku ditolak masuk ke Wad Bersalin. Mama dan abah sudah menunggu dari Maghrib tadi sebaik sahaja Fareez menelefon mereka.
"Tahniah Ika, mama dan abah dah tengok cucu kami. Macam Ika jugak!"
"Terima kasih mama, abah"
"Uwaaa…uwaa…." Kedengaran tangisan bayi memasuki perkarangan bilik wad yang aku menginap.
"Ika, ni anak kita" hulur Fareez ke arahku. Aku memegang bayiku lalu memeluknya. Bayi yang menangis tadi terus diam sambil memerhatikan mamanya.
"Anak kita, bang… saya dah jadi mama"
"Ya, sayang..inilah anak kita"
"Alhamdulillah" hanya itu yang mampu kulafazkan.
"Ya Allah, aku berjanji kepadaMu, anak ini akan ku didiknya menjadi seorang insan yang beriman dan bertakwa kepadaMu ya Allah. Insya,Allah. Itu janjiku padaMu!!
best, kalau bukan pengalaman sendiri pun maknanya penulis ada wat research pasal kaedah nak dapat anak melalui perubatan moden. tekanan yang dialami wanita berkerjaya perkara biasa dalam dunia hari ini. tahniah sekali lagi. saya minat menulis tapi karya kreatif belum lagi. senang cerita lebih baik dari beli di kedai.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hmm,best gak cerpen nie.......