Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Zulaikha, tahniah….! Zulaikha terkejut dengan serbuan kawan-kawannya. Dia baru sahaja sampai di perkarangan sekolah. "Kenapa 'wish'tahniah kat aku pulak,"ujar Zulaikha sedikit terkejut. "Kau dapat 9A." "Aku?! Ah… merepeklah….aku nak dapat 'top ten' dalam kelas pun tak merasa, inikan pulak 9A. Mengarut!." Zulaikha terus meninggalkan rakan-rakannya. Apabila keputusan itu berada di hadapan matanya, dia terkedu. Tak terkata apa-apa…. "9A….?! Ya Allah… Aku bersyukur…" bisik hati kecil Zulaikha. Setiap malam Zulaikha bangun untuk bersolat tahajjud dan solat sunat syukur kerana dia amat berterima kasih pada Yang Maha Esa. "Amboi, senyum sorang-sorang." Lamunan Zulaikha terhenti. Dia berpaling memandang seorang pemuda yang duduk di sebelahnya. Pemuda yang selalu menggganggu kebahagian hidupnya. Dia tidak mengerti mengapa pemuda itu terlalu membenci dirinya. Semenjak dia menjejakkan kakinya di Universiti Of Sheffield, United Kingdom ini, dirinya, agamanya sering diperkotak-katikkan. Cara dia berpakaian sering ditertawakan dan dianggap ketinggalan zaman. Zulaikha tidak kisah seandainya dirinya dicemuh, tetapi, dia hilang sabar jikalau agamanya dipersendakan. Namun, apalah daya seorang gadis muslim yang berada di perantauan di sebuah negara yang bebas. Dia terpaksa menanggung segala mehnah dan tribulasi dengan tabah. Hanya pada Rabbul Izzati, dia meminta kekuatan serta perlindungan supaya dia dihindarkan daripada terjebak dalam lembah kehinaan. Zulaikha masih ingat lagi bagaimana Ray menghadiahkan sehelai pakaian yang menjolok mata dan mengajak pergi ke pub. Zulaikha membakar pakaian itu dan memulangkan semula kepada Ray. Ray amat marah dengan tindakan Zulaikha. Bertambah-tambah lagilah kutukan dan cemuhan yang dilemparkan kepada Zulaikha.
--------------
Hari ketika itu mulai gelap. Dipermukaan laut hanya tinggal cahaya lembayung yang memanjang berlatar belakangkan cahaya kuning keemasan di ufuk ketika sang matahari sedang memancarkan sinarnya pada laut dan langit. Dalam remang-remang senja itu, hanya kedengaran ombak menghempas diri ke pantai, ditingkah oleh bunyi burung-burung yang terbang keriangan seolah-olah itulah ketikanya mereka dapat menikmati keindahan alam yang dinanti-nantikan. Imbauan Zulaikha pada kampung halaman mati di situ disebabkan kehadiran Ray secara tiba-tiba. Zulaikha kurang senang dengan kehadiran Ray di tempat yang sunyi itu. Zulaikha bingkas bangun dan hendak berlalu, tetapi tangannya dipegang oleh Ray. Zulaikha terkejut dengan perbuatan Ray itu lalu menyentak tangannya dengan rakus. "Kau jangan nak tunjuk baiklah, Zulaikha…. Bertahun aku tinggal di Malaysia. Remaja macam kita ni biasa jer bercumbu-cumbuan di khalayak ramai walaupun diorang pakai tudung. Suasana di Kuala Lumpur tu, lebih kurang sama sahaja dengan negara aku ni….! Jangan hipokritlah Zulaikha Hanum……!!" Zulaikha hilang sabar dengan kata-kata Ray itu. Tidak semena-mena, tangannya hinggap ke pipi Ray. Dia menggenggam erat tangannya yang baru mengenai pipi Ray. Zulaikha yang terkejut dengan tindakan refleksnya itu terus meninggalkan Ray yang kelihatan sangat marah. Naluri Zulaikha berbisik:
"Ya Allah, adakah aku menjadi mangsa tingkah laku belia di negaraku….? Ramai yang tersalah anggap pada Islam. Tolonglah aku, Ya Allah…"
-------------------
Desir angin malam yang nyaman menampar pendengaran Zulaikha. Gemersiknya seperti melodi indah apabila daun-daun pokok di sebelah rumah bergesel mesra di antara satu sama lain. Jendela dibilik Zulaikha masih terbuka. Semenjak peristiwa Zulaikha menampar Ray, Ray tidak kelihatan lagi. Zulaikha dibuai rasa serba salah. Zulaikha bukan takut dirinya dibenci tetapi dia takut Ray akan terus tersalah sangka pada Islam. Setelah seminggu berlalu, akhirnya kehilangan Ray terjawab melalui sekeping warkah.
Zulaikha, maafkan aku…. Aku tahu selama ini aku membuatkan dirimu terseksa. Sebenarnya, aku bukan membenci dirimu…Bukan jua aku membenci agamamu… Aku kagum terhadap agamamu. Namun, aku berada dalam dilema kekeliruan. Aku suka membaca buku mengenai Islam. Menarik sekali. Aku ingin mencari kebenaran… Apakah benar dengan apa yang aku baca tentang agamamu itu. Aku pernah ke Kuala Lumpur. Aku ingin melihat Islam di sana… kerana Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang aman dan maju. Walaupun berbilang kaum, Islam tetap bersinar di situ… Itulah yang diuar-uarkan di dalam akhbar. Apabila aku sampai di KLIA, aku memndang sekeliling. Hati kecilku berbisik, "Inikah Islam??" Aku melihat muda-mudi berpeleseran, bergaul bebas, lelaki dan perempuan. Aku teringat riwayat At-Tabrani dalam sebuah buku yang pernah aku baca satu ketika dahulu. Maksudnya:
"Seorang lelaki yang bergesel dengan seekor babi yang berlumpur adalah lebih baik daripada dia bergesel dengan mana-mana perempuan yang tidak halal baginya."
Dari segi berpakaian pula, memang tidak melambangka ciri-ciri seorang muslimah. Ah, pening kepalaku. Aku berharap, apabila aku datang ke sini, aku akan dapat melihat Islam yang sebenarnya sepertimana yang terdapat dalam buku. Namun, fikiran aku meleset. Pada waktu malam pula, aku mendapati golongan belia bertukar-tukar jarum…asyik dengan dunia khayalan. Pernah aku bertanya pada seorang gadis yang sedang merokok sambil tangannya memegang setin arak. Bila aku tanya dia beragama apa. Dengan bangganya dia menjawab, Islam. Islam??! Aku terkejut. Apabila dia melihat aku begitu, dia berkata, "Alah brader, kitorang moden. Tak mainlah ikut agama sangat…" Aku terkedu mendengar kata-kata dari mulut gadis itu. Aku tinggal di Malaysia selama beberapa tahun. Mata dan hatiku pedih melihat suasana di sana. Tak ada bezanya dengan negaraku. Aku bertekad untuk pulang. Aku benci dengan Malaysia! Maafkan aku , Zulaikha… Malaysia membuatkan aku kurang yakin dengan Islam. Kerana Islam, aku dihalau dari rumah…Aku hilang segala-galanya. Aku hilang kemewahan, kebebasan, keseronokan dan pengaruh. Aku ingatkan Islam boleh beri kebahagiaan tapi, kenapa orang yang dilahirkan sebagai Islam tidak mengamalkan ajaranya? Mereka lebih suka hidup bebas seperti di negaraku. Aku benar-benar pelik! Aku tertanya-tanya, kenapa banyak kuasa besar benci pada Islam? Jauh di sudut hatiku, aku tidak bersetuju dengan ayah. Ayah masih mempercayai aku kerana ayah masih tidak dapat menghidu pekerjaanku. Apabila ayah mendapat tahu aku keluarkan wang simpananku semata-mata untuk membantu Islam, aku terus dihalau dari rumah. Ayah tidak mengaku aku sebagai anaknya. Namun, setelah aku pulang dari Malaysia, aku berbakti pada ayah. Aku adalah satu-satunya anak lelaki tunggal ayah yang akan menggantikan tempatnya suatu hari kelak. Pada saat itulah aku kembali ke dunia lama yang penuh dengan kebebasan setelah aku kecewa dengan agamamu…Ayah terus membiyai pengajian aku di Universiti ini. Walau bagaimanapun, setelah kehadiranmu di sini, mengubah segala-galanya. Aku terkejut!! Kau dari Malaysia…. Negara yang pernah mengecewakan aku dahulu. Aku bukannya ingin mengganggu hidupmu, tapi aku Cuma ingin lihat siapa sebenarnya dirimu… Aku tak mahu jumpa orang hipokrit lagi. Setiap pergerakanmu aku perhatikan. Aku ingin melihat setakat mana dirimu mampu bertahan. Untuk pengetahuan, pada suatu mlam aku berniat untuk membalas dendam di atas penamparmu. Aku memecah masuk ke bilikmu. Pada ketika itu jam 3 pagi. Aku terdengar satu suara yang sedang merayu, menangis, dan meminta sesuatu… Masih terngiang-ngiang di cuping telingaku butir-butir bicara suara itu…. Suara itu betul-betul merasa hina dirinya apabila menghadap Tuhannya. Aku tahu itu suaramu, Zulaikha. Aku juga terkejut apabila engkau menyebut namaku dalam doamu. Aku mendengar luahan hatimu kepada Yang Maha Esa. Tanpa kusedari, air mataku membasahi pipiku… Jantungku berdegup kencang… Aku terus keluar dari apartmentmu… Aku berlari menuju kawasan yang amat luas. Aku lihat bulan, bintang yang mengerdip cantik serta langit yang cerah disirami sinaran bulan. Mengapa aku begitu angkuh? Sedangkan aku tahu sebenarnya siapa pencipta alam semesta ini… Oh Tuhan, masihkah ada peluang untukku berjalan di atas landasan yang benar yakni Islam? Aku kagum denganmu, Zalaikha… Walaupun di rantau orang, Negara yang mana bangsanya dengan kehidupan bebas, seks bebas, tapi kau masih beristiqomah dengan ajaran agamamu. Ini membuatkan aku yakin terhadap Islam semula… Maafkan aku… Kerana ketidakyakinan aku, kau dijadikan ujian… Maafkan aku… Aku akan pergi dari sini. Aku akan tinggalkan segala keseronokan, kemewahan… Bukan kerana aku takut dibunuh oleh bapaku, tetapi, aku ingin mencari cahaya Islam dan merasai kenikmatan, kesyahduan mencintai Ilahi…Aku akan turut serta berjuang untuk sama-sama mencapai impian indah itu… Suatu hari kelak, Islam akan kembali mentadbir bumi ini… Dan impian kita menjadi nyata… Aku berharap kau mendoakan pemergianku, Zulaikha… Terima kasih di atas segala-galanya…
Yang benar, -RAY-
Zulaikha memeluk warkah itu. Dia tidak menyangka lelaki yang selalu menganggu, mengutuk dirinya itu sebenarnya meminati Islam. Namun, kerana persekitaran dan sikap orang Islam yang dizahirkan membuatkan dia berubah hati. Zulaikha pula menjadi mangsa diatas kejahilan dan sikap buruk yang ditunjukkan oleh rakan-rakan yang mengaku diri mereka Islam tetapi tidak mengamalkannya. "Ika, kenapa menangis ni? Kau rindukan Ray?" Tanya Safiah. "Safiah, aku memang rindukan dia tapi aku lebih rindukan pemuda yang mempunyai semangat jihad sepertinya. Jarang sekali aku jumpa pemuda sepertinya di tanah airku. Kalaulah ramai pemuda sepertinya, Islam akan gemilang seluruh dunia. Cuba bayangkan, Turki ditukar oleh Kamal Artartuk menjadi negara sekular. Palestin diinjak-injak oleh Yahudi-Israel. Malah, Yugoslavia juga terpaksa tunduk di bawah cengkaman Rusia. Bulgari dan Albania pula jatuh ke tangan Komunis. Itulah padahnya sekiranya Islam menjadi simbol pemerintahan sahaja. Politik entah ke mana, ajaran agama tercicir jauh. Aku tak sanggup lagi tengok orang Islam dibunuh, dicincang…. serta dijadikan bahan uji kaji. Sakit hati aku, Safiah." Zulaikha meluahkan rasa tidak puas hatinya sambil mengesat air matanya. "Aku faham perasaan kau, Zulaikha…. Bersabarlah… mereka membenci saudara kita sebab mereka takut dengan kebangkitan Islam. Bak kata Arnold Toybee, seorang filosof sejarawan barat,:
'THE FUTURE WAVE OF THE WORLD IS ISLAM!! Gelombang dunia pada masa hadapan adalah Islam.'
"Kita sama-sama mendoakannya…..," kata Safiah. Menenangkan jiwa Zulaikha Hanum sambil memegang erat tangan sahabatnya itu.
Dear ilianr, Syabas dalam mengembangkan syiar Islam, penulisan merupakan cara terbaik dalam menyampaikan idea.. mata pena kan lebih tajam daripada mata pedang.. teruskan menulis..
cite cmni akn wt sy bfikir ttg diri sy n ape yg sy sumbgkn utk islam krn soaln ni akn ditnye di akhirat kelak .. thniah krn mhasilkn cte yg leh wt readers bfikir n tmenung sejenak.
emm . remaja skrg(sy pun rmaje jgak) dah ta dgr nasihat . doang bebas pelok , ciom n sbagainye . pnah sy nasihat slh 1 dr mreka, tpi doang kte sy ktingglan zaman . sedih .
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Dear ilianr,
Syabas dalam mengembangkan syiar Islam, penulisan merupakan cara terbaik dalam menyampaikan idea.. mata pena kan lebih tajam daripada mata pedang.. teruskan menulis..
sis nora fuad, doa untuk gadisku