Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sampai bila aku harus begini? Mencari dan terus mencari. Apakah kehendak diri yang sebenarnya? Mengharapkan pada sesuatu yang belum pasti menjadi milik diri. Seringkali aku takut untuk menghadapi realiti. Tetapi haruskah aku terus berada di alam fantasi. Yang pasti aku akan terus menanti. Sampai bila aku sendiri tidak pasti. Bagiku kehendak ibu adalah penting. Bagaimana dengan kehendak diri sendiri. Selama ini bagiku keredhaan seorang ibu adalah yang paling penting. Tetapi bagaimana pula dalam soal masa depan?
"alia?." Oh! Aku harus berada di alam yang sebenarnya. "alia?". Aku mesti menghadapi segala kemungkinan yang akan terjadi.
"Parah la kawan aku ni. Alia!!" "Ha.." "Kau ni kuat mengelamun la sejak dua menjak ni. Apehal? Kau ada masalah ke?" Erin semakin bengang dengan sikap alia yang tidak mengendahkan panggilannya.
"Yeke? Aku tak dengar pun. Kau panggil aku heh? Pehal?" Termangu-mangu Erin dengan sikap Alia yang tidak mengendahkan panggilannya. "erm.. aku Tanya kau nak makan apa tengah hari ni? Aku nak pergi beli lauk kat kedai depan ni. Malas nak suruh kau masak. Nanti berapa kati garam pula kau masukkan. Hehe.."
"Erm..ok jugak tu. Aku pun rasa macam malas nak masak je hari ni." Kata alia sambil bangun untuk mengambil duit dan dihulurkan kepada Erin. "E'eh..alia nanti kejap. Sejak kau balik dari kampung ni aku tengok kau asyik termenung je kenapa?" Erin menarik tangan alia yang bersedia untuk ke bilik air.
"Nanti la aku cerita. Sekarang pun dah pukul 11. baik kau pegi beli lauk tu dulu. Jap lagi orang kat bangunan depan tu keluar nak makan habis pulak lauk kat Mak Yam tu. Aku tolong kau masak nasi ok. Erm..lagi satu, kau beli je la lauk ape pun. Hari ni aku ikut selera kau aje." Alia melangkah malas kea rah bilik air.
"Aku dah masak pun nasi. Tunggu kau masak jawabnya gastrik aku datang dulu la. Ok lah. Aku nak pergi kedai jap. Ada apa-apa lagi kau nak pesan ke?" Tanya Erin sambil melangkah keluar. "Takde apa lah. Kau kunci gray pintu tu sekali ye. Aku nak naik atas jap. Nanti kau balik panggil aku kat bilik ok." Sementara menunggu Erin balik dari kedai, Alia mengemas meja makan. Semenjak Ida teman serumah mereka berpindah seminggu yang lalu banyak kerja rumah yang tergendala. Hanya mereka berdua yang kini mendiami rumah sewa tersebut. Seminggu enam hari bekerja membuatkan mereka tiada masa untuk mengemas rumah. Hanya hari minggu begini sahaja lah mereka dapat merehatkan diri.
Sambil berehat di dalam bilik, Alia memikirkan permintaan ibunya. Kepulangannya ke kampong pada minggu lepas telah membuatkan hatinya sentiasa berbelah bahagi. Adakah patut diturutkan kehendak ibunya. Bagaimana nanti pandangan sahabat-sahabat terhadap dirinya. Permintaan ibu tidak lah berat tetapi bagaimana dengan kehendak diriku sendiri. Sejak mula bekerja di sini 5 bulan yang lalu dia tidak pernah menghadapi masalah untuk sentiasa pulang ke kampong melawat ibunya. Baginya, ibu adalah segala-galanya. Dia tidak pernah mengenali siapakah ayahnya. Hidupnya dari kecil hanya bersama ibu dan abang Aizat. Kini abang Aizat telah bekerja di utara tanah air. Entah berapa kali sahaja abang Aizat pulang ke kampong melawat ibu setiap tahun. Tapi, abang Aizat tetap anak lelaki ibu dan juga anak sulung. Mengapa tidak kepada abang Aizat sahaja ibu membuat permintaan itu. Adakah kerana selama ini aku tidak pernah membantah cakap ibu, maka ibu menyuarakan hasratnya kepadaku.
Bunyi ketukan di pintu bilik menyedarkan Alia dari lamunannya. Lantas dia bangun dari pembaringannya dan membuka pintu. Tersembul muka Erin di pintu bilik. "Kau nak makan terus ke? Aku dah lapar ni." Tanya Erin. "Erm..jom lah." Alia menjawab sambil melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke meja makan.
"Aku tengok kau ni macam ada masalah je. Cerita la kat aku. Mana la tau kot aku boleh tolong." Erin cuba mengcungkil rahsia disebalik kemurungan sahabatnya itu. Alia merenung lama kearah Erin. "Tenung aku mengalahkan kau tenung Amran. Cerita la. Kau ada masalah dengan Am ke?" Sekali lagi Erin mencuba nasib.
"Erm..susah aku nak cakap la. Tapi bukan masalah aku dengan Am. Mak aku." Alia mula membuka cerita. "Kenapa dengan mak kau? Dia sakit ke? Nape baru sekarang kau bagitahu aku?" Tanpa sempat Alia menjawab Erin terus bertanya. "Kau ni..Boleh bagi aku jawab satu-satu tak? Mak aku sihat. Kan aku dah bagitahu kau tempoh hari. Siap kirim makanan lagi dah tak ingat ke?" Alia menjeling kearah Erin sahabat yang dikenalinya semenjak di universiti. "Mak aku suruh aku kahwin." Tanpa sempat Alia meneruskan cerita Alia sekali lagi mencelah. "La..bagus la tu. Kau dah bagitahu Am ke? Ingat masalah ape tadi. Bukan ke memang tu yang kau tunggu selama ni? Lampu hijau dari mak kau?"
"Tapi..Mak aku dah tetapkan calon. Anak Pak Long aku. Aku pun tak kenal sebab tak pernah jumpa dari kecil. Kau tau la selama ni pun aku hidup dengan mak dan abang aku je. Tetiba pulak mak aku bagitahu pasal pak long dan pasal kahwin ni. Mau tak pening kepala aku di buatnya. Am yang aku suka selama ni cam mana? Am pun sejak aku balik dari kampong ni menyepi je. Entah apa masalah pulak aku tak tau. Kau boleh ke tolong aku settle kan masalah ni?" Alia menatap wajah Erin dengan penuh pengharapan. Biarpun dia tahu amat mustahil untuk Erin menolongnya.
"Erm..Aku rasa masalah kau ni tak de la rumit sangat pun. Kau dengan Am pun selama ni tak pernah ada kata putus kan? So.. Kau terima je la anak pak long kau tu. Bagi aku kalau betul Am tu nak kat kau dia akan cakap. Kita kenal dia pun bukan baru sebulan dua tapi sejak mula masuk UM dulu kan." Muzik lagu ku tetap merindu nyanyian Ella dan Shah yang berbunyi di telefon bimbit Alia mematikan perbualan mereka.
"Am nak jumpa aku la petang ni. Kau ikut ye?" Alia bangun dan menuju ke singki untuk membersihkan pinggan yang telah digunakan. Sudah menjadi kemestian baginya apabila keluar bersama Amran, Erin menjadi penemannya. Baginya tiada apa yang perlu dirahsiakan dengan sahabatnya itu. Tidak mustahillah jika Erin juga sering membuat keputusan untuk dirinya. Sekarang pula dalam soal memilih teman hidup. Alia tidak pasti adakah patut Erin membuat keputusan untuk dirinya. Erin tidak membantah kerana dia sendiri sedar tidak elok melepaskan Alia seorang keluar bersama lelaki yang bukan muhrim mereka.
-----------------------
"Kenapa awak senyap je dua tiga hari ni Am? Saya mesej awak tak balas pun. Tetiba hari ni ajak saya keluar pulak." Alia melepaskan persoalan yang berlegar di fikirannya kepada Amran sebaik sahaja masuk ke dalam kereta Amran. "Erm..Susah saya nak terangkan kat awak Lia. Mungkin awak tak tau apa yang tersemat di hati saya selama ni. Takpe lah. Kejap lagi saya ceritakan kat awak. Dan awak jadi saksi ye Erin?" Amran meninggalkan persoalan di kotak fikiran Alia dan Erin. Erin hanya menganggukkan kepala. Dia sendiri tidak dapat menangkap maksud di sebalik kata-kata yang diucapkan oleh Amran.
Amran memberhentikan keretanya di hadapan restoran KFC. Sementara menanti Amran membeli makanan Erin cuba meminta kepastian daripada Alia. "Aku pun tak tau la Erin. Cam mana aku nak terangkan kat kau kalau aku sendiri tak jelas dengan maksud kata-kata Am tadi." Beberapa minit kemudian Amran datang dengan menatang dulang.
"Ape cerita balik kampong hari tu?" Amran memulakan perbualan. "Erm..menarik. Hehe.." Erin menyampuk. "Diam lah Erin. Am tak tanya kau la." Alia memintas sebelum sempat Erin meneruskan kata-katanya. "Aik..Sejak bila pulak aku kena mintak izin sebelum menyampuk ni. Ok lah aku diam." Erin berpura-pura merajuk dengan kata-kata Alia. "Haha..tak eloknya la rupa orang tua merajuk. Yela, kalau ye pun tunggu lah aku buka cerita dulu. Pas tu kau boleh sampuk ok?" Alia membetulkan keadaan yang sedikit suram. "Cerita lah. Saya pun nak tau juga cerita menarik tu." Sampuk Amran sambil tersenyum melihat gelagat dua sahabatnya itu.
"Sebelum tu boleh tak awak sambung apa yang awak nak cakap dalam kereta tadi?" Alia tidak pasti cara bagaimana harus digunakan untuk menerangkan cerita yang sebenarnya. "Pandai ye nak ubah cerita. Erm..ok lah. Erin, selama kita berkawan awak dapat agak tak apa yang ada dalam hati saya?" Erin terkejut dengan soalan yang tiba-tiba tertuju kepadanya. "Kenapa awak tanya saya? Bagi saya awak seorang kawan yang cukup baik. Dah lama la kita kenal dan saya rasa saya tau apa yang ada dalam hati awak. Awak ada simpan hati kat Lia kan?" Mak ai..berterus terang betul kawan aku ni. Alia terkejut dengan jawapan yang diberiakan Erin.
"Pandai lah awak Erin. Alia, memang betul apa yang Erin cakap tu. Tapi saya minta maaf sebab tak dapat nak berterus terang dengan awak sebab arwah ayah saya dah tinggalkan wasiat untuk saya." Sambil memandang gadis dihadapannya dengan yakin Amran meluahkan apa yang tersimpan rapi di hatinya. Tiada siapa yang tahu selama ini dalam diam dia tertarik dengan gadis bernama Alia Maisara. Tapi kini dia berani untuk meluahkan setelah yakin dengan apa yang dicari selama ini. Siapa sangka gadis di hadapannya kini adalah orang yang di cari selama ini.
"Kenapa baru sekarang awak meluahkan isi hati awak Am? Lia rasa dah terlambat untuk Lia menerima Am dalam hidup Lia." Alia meluahkan perasaannya dengan berat hati. Tiada apa lagi yang perlu diharapkan pada kemungkinan yang selama ini diharapkan. Kerana dia telah bertekad untuk mengikut segala kemahuan ibunya. Biarpun dia tidak mengenali sepupunya sendiri. Baginya keredhaan daripada ibunya adalah yang paling penting dalam hidupnya selama ini. Maka tidak salah rasanya untuk dia terus mengikut kehendak ibunya.
"Maksud Lia? Lia terima lamaran dari keluarga pak long Lia?" Amran bertanya tanpa memikirkan lagi tanggapan Alia terhadap dirinya. "Apa maksud Am? Mana awak tau keluarga pak long saya melamar saya Am?" Alia terkejut dengan pengakuan Amran. Segalanya bukan lagi menjadi rahsia. Bagi Amran cukuplah selama ini dia melihat kejujuran Alia dalam perhubungan mereka sebagai sahabat.
-----------------
"Sayalah sepupu awak Alia. Anak kepada arwah pak long awak." Terngiang-ngiang kata-kata pengakuan Amran petang tadi di telinga Alia.
Apa lagi yang harusku cari? Semuanya telah ditentukan Ilahi. Hanya keredhaanNya yang masih ku harapkan untuk aku terus menghadapi realiti kehidupan ini.
ha la..bnyk sngt ending die mcm ni..dh mcm xde idea lain..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cite ni da agk endingnye msti cm2...da byk cerpen kisah cam ni..anyway tahniah..