Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Oren melangkah girang menuju ke arah basikalnya yang diletak dibawah pokok. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke rumah. Mama dan papa sudah berjanji ingin mengadakan majlis hari lahirnya malam ini. Basikal dikayuh perlahan sementara mindanya menerawang memikirkan majlis yang sudah pastinya meriah.
" Aduh!" tiba tiba seseorang membaling tin minuman kearahnya. Oren serta merta hilang kawalan pada basikalnya dan akhirnya tak pasal dia mencium tembok bata di tepi sekolah. Terasa air hangat mengalir dari hidungnya. ‘ argh..hidung berdarah, pipi pun rasa tebal semacam’. Oren menjeling kearah budak lelaki yang dikenalinya di perhentian bas berhampiran. Dengan geramnya dia membaling tin minuman itu kearah Kaoru.
Daripada insiden itu, suatu persahabatan bertukar musuh. Serta merta Kaoru dan Oren menjadi orang asing. Bagi Oren.. dia tidak mungkin dapat melupakan yang dia terpaksa meraikan hari lahirnya yang ke-12 dalam keadaan pipi yang lebam dan sakit.
--------------------
Empat tahun sudah berlalu..Oren seperti tidak percaya bagaimana dia masih mampu bertahan disini. ‘Frootie academy’ sebuah tempat yang paling dibencinya. Semua kerana kebolehan semula jadi yang dimilikinya.
Dua tahun lepas.. dia dipaksa untuk masuk ke dalam akedemi ini oleh mama dan papanya selepas menyedari dia mempunyai kebolehan mengawal unsur.. Oren mampu mengawal dan mengubah persekitaran. Dia tergolong dalam Virya iaitu golongan istimewa di Negara ini. Yang paling dibencinya di akademi ini dia perlu berhadapan dengan musuh utamanya iaitu kaoru. Kaoru merupakan senior kepada Oren dan kuasa kawalan mindanya melebihi dua tahap dari Oren.
---------------------
Oren melangkah menuju kearah pohon rendang di atas bukit belakang akademi sebaik sahaja waktu rehat.Walaupun ini merupakan kawasan larangan bagi pelajar tahap 1 dan 2 seperti Oren namun tempat ini sering menjadi pilihannya untuk menenangkan fikiran. Kelas Cikgu Neijifly sebentar tadi benar benar membuatkan Oren mengantuk. Mata pelajaran komunji yang diajar amat membosankan…mengapa perlu belajar menyembunyikan kuasa.
Oren bersandar pada pohon itu dan buku yang dipegang dari tadi diletakkan sebelah. Dia menghalakan jarinya kehadapan.. batu batu putih muncul secara tersusun mengelilinginya, tumbuh bunga bunga yang juga berwarna putih disekitar pohon tersebut dan akhir sekali, Oren menghalakan pula jarinya keatas, serta merta menitis air dari hujung daun dan makin lama mejadi seperti air terjun di satu sudut berhampirannya.
Setelah berpuas hati oren mencapai kembali buku disebelahnya. Tiba tiba dia terdengar suatu suara. " Hoi budak pelik ! kau tak ada kawan ke?" soalnya seperti menyindir. Oren tahu siapa pemilik suara itu. " kau peduli apa! Keluar dari minda aku sekarang la psiko." Ujar Oren. ‘Kacau betul si kaoru ni, tak boleh tengok aku senang. Bukannya aku tak ada kawan tapi..ops! tak boleh cakap sebab kaoru masih mengawal mindaku.’
Oren menyambung kembali menyambung bacaannya setelah pasti kaoru sudah tidak berada di dalam mindanya. Tiba tiba persekitaran mula berubah.. dari tempat yang tenang kini semuanya menjadi kosong.. suatu tempat yang tiada sebarang tumbuhan, air mahupun tanah. Oren mula rasa gelisah, dia kini sedang terapung di suatu kawasan yang tiada permulaan dan penghujung. Dia yakin ini adalah permainan minda. Tapi kenapa sunyi..
" Kaoru ! kau nak kenakan aku ke?"
" Kaoru ! aku tahu kau sedang mengawal minda aku." ujar Oren bila masih tiada jawapan. Suasana masih lagi sepi namun Oren dapat menangkap satu susuk tubuh yang memakai jubah merah semakin menghampirinya. Cahaya yang datang darinya membuatkan mata Oren terasa pedih.
Oren tidak ingat apa yang jadi selepas itu, yang dia tahu kini dia berada disuatu kawasan yang sangat gelap. Tangan terasa seperti diikat. Cahaya itu muncul lagi tetapi kali ini tidak seterang tadi.
" selamat datang ! kali ini aku takkan membiarkan kau terlepas lagi"
"Conveeto?" ujar Oren. Dia mula teringat sebelum dia memasuki Frootie Academy..dia pernah cuba diculik. Nasib baik ketika itu Grapie ada bersamanya.Grapie merupakan bapa saudara Oren yang juga guru di Frootie Academy.
Oren cuba mencari sebarang unsur yang boleh dimanipulasikannya supaya dapat menyerang Conveeto, namun hanya sia sia kerana di dalam medan permainan minda Conveeto tiada sebarang unsur.
Conveeto menghampiri Oren. Kedengaran suara tawa Conveeto memenuhi ruang.
" Sebelum kau lenyap buat selamanya..Aku ingin ucapkan terima kasih kerana dengan apa yang aku bakal dapat dari kau merupakan pelengkap kuasa aku.." ujar Conveeto dan dengan serta merta Oren terasa dadanya begitu sakit dan tubuhnya tidak dapat digerakkan. Conveeto menganggkat tangannya ingin mencapai kepala Oren tetapi sebelum sempat dia bertindak, tubuh Oren tiba tercampak ke tepi.
"Bodoh ! kenapa kau pandang matanya" satu suara yang cukup Oren kenali membuatkan Oren berpaling untuk memastikan orangnya.
" Siapa suruh kau datang tolong aku!" ujar Oren walaupun dia sebenarnya begitu bersyukur dengan kehadiran kaoru.
" Kau ingat aku buat ni sebab kau? Huh. walaupun aku benci kau, tapi aku taklah kejam untuk biarkan kau mati begini, tapi aku harap kau tak salah faham dan ingat aku ingin berbaik dengan kau." Ujar Kaoru. Suasana sekitar mula berubah bila Kaoru cuba menentang Conveeto. Oren hanya memerhati dari tepi. Kedua duanya mempunyai kuasa yang sama namun tidak mungkin Kaoru dapat menentang Conveeto Kerana perbezaan tahap mereka.Pertarungan semakin lama menjadi semakin sengit. Oren berlari kearah Kaoru bila melihat Kaoru hampir terjatuh kedalam gaung ciptaan minda Conveeto. Serangan yang hendak dilontarkan kepada Kaoru terkena pada Oren.
" Oren!" Kaoru berlari lantas menyambut tubuh Oren yang hampir jatuh. Oren memegang kepalanya..pandangannya semakin kabur.
" Oren! Kenapalah kau selalu buat benda bodoh macam ni?"
" Oren! Jangan pejam mata kau..tolonglah..Aku tarik balik kata kata aku, Aku tak bencikan kau! Malah.." Suara Kaoru semakin kabur di pendengaran Oren.
------------------
Sebulan telah berlalu.. Kaoru masih setia menanti Oren kembali sedar..Setiap Hari Kaoru tidak jemu menatap wajah Oren. Semenjak pertarungan yang lepas, Oren hanya terlantar disini..Menurut Mr Heal, kemungkinan Oren kembali sedar adalah begitu tipis malah jika dia sedar pun dengan memori yang kosong. Namun Kaoru tidak peduli, banyak perkara yang ingin diceritakan , banyak benda yang perlu dijelaskan.
Setelah habis kelas, seperti biasa Kaoru menjadi peneman setia Oren. Kaouru mengambil tempat disisi katil, tangan Oren diraih dan digenggam.. Air matanya bergenang bila menyedari hakikat yang dia gagal melindungi Oren. Nasib baiklah..Mr Grapie muncul tepat pada waktunya ketika itu.
" Sebelum ni..aku selalu kata kau bodoh..tetapi aku yang sebenarnya bodoh kan?" ujar Kaoru sambil tangan Oren masih didalam genggamannya.
" Aku bodoh kerana, sedangkan aku boleh menerangkan yang bukan aku menyebabkan kau cedera 4 tahun lepas namun aku memilih untuk berdiam.."
" Aku bodoh kerana, Aku menganggap dengan cara membuli kau aku dapat berada hampir dengan kau.."
" Aku bodoh kerana, Aku mengatakan yang aku bencikan kau sedangkan aku sangat sayangkan kau.."
" Kalaulah kau tahu betapa bimbangnya aku ketika kawalan minda pada kau hari itu hilang tiba tiba, dari situ lah aku dapat rasakan kau didalam bahaya. Kau benar buatkan jantung aku seperti terhenti"
Air mata Kaoru menitis. Dia benar berharap Oren dapat sedar semula. Dia tak kisah sekiranya selepas ini Oren tidak mengenalinya kerana sememangnya dia tidak ingin membiarkan Oren mengingati semua kenangan yang lepas. Diantara mereka sebelum ini tiada kenangan yang boleh disimpan..Kaoru hanya berharap jika dia diberikan satu peluang lagi, Dia pasti tidak akan mencacatkan memori tentang dirinya dalam ingatan Oren.
- cerita ni diadaptasi dari novel yg juga karya orentalez tetapi sudah di ubah dan di fantasikan mengikut imaginasi orentalez yang agak melampau"
kaki manga je gayannya, hehehe.ptut la laju semacan citenya,adaptasi novel rupanya,. tp bila da laju cmni jd xbest plak.(p/s: kalu dlm bntuk manga musti best cite ni)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hallo oren...........bila lah nak sambung novel "bila" dah penat tunggu ni..........