Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku menghormati kak ju sebagaimana seorang anak menghormati ibunya. Kak ju banyak mempengaruhi kehidupanku dan dorongannya membawa aku hingga ke kedudukanku hari ini. Banyak kali juga aku melukai hatinya, dan acap kali aku tidak memohon maaf kerana aku tahu dia sentiasa memaafi adiknya ini. Seringkali apabila aku meningkat dewasa, hati kak ju cuba kujaga. Pernah sekali aku cukup tertekan dengan masalah yang melanda keluarga kami yang aku kira berpunca dari kak ju hingga aku meninggi suara padanya. Ternyata semakin meningkat usia aku semakin berani memberontak. Aku cukup menjaga perilaku agar kak ju tidak terluka lagi, namun entah bagaimana aku boleh jatuh hati dengan Rizwan, abang iparku.
Rizwan seusia dengan ku, kami belajar di fakulti yang sama namun tak pernah pula terserempak. Melalui kak ju aku mengenalinya sebagai seorang budak yang membantu kak ju membaiki komputernya. Rizwan sememangnya baik terhadap semua orang dan aku sendiri selesa dengan pembawaan dirinya. Tapi terus-terang, aku tak pernah bersetuju kak ju mangahwininya. Aku tak pernah menerima kehadiran rizwan dengan hati yang terbuka kerana wujudnya perbezaan usia antara mereka.
Kehidupanku setelah tamat belajar memang tidak menyeronokan. Kerjaya sebagai jurutera kimia umpama parasit yang menghisap waktu. Aku hampir tiada masa untuk diri sendiri, jiwaku tertekan. Saat itu aku amat mengharapkan kak ju menggenggam tanganku seperti dahulu, namun dia terlalu sibuk dengan Amar bin Rizwan. Perbualan kami sering diganggu oleh tangisan dan rengekan kecilnya, comel tapi mengundang luka di hatiku. Diriku dibiar terkapai sendirian, dan waktu itu Rizwan menghulurkan sokongan. Kebanyakan masa kami berbual tentang kerja. Aku cukup teruja dengan cara dia melahirkan ideanya, kata-katanya membuatkan aku lupa akan kegusaran jiwa. Tambahan pula, dia sebagai jurutera komputer amat memahami tekanan yang aku hadapi. Jangan banyak fikir katanya. "Perempuan memang beremosi jadi kau harus belajar untuk sehaluan dengan perasaan, bukannya menentang." "Bersasteranya ayat", balasku sewaktu kami berbual sehari sebelum aku berlepas ke Chad. " Apa maksudnya tu." Belum sempat berkata-kata Amar kedengaran menangis. Laju Rizwan menuju kearah anaknya. Kak ju sudah berminggu-minggu memulaukanku kerana aku menerima tawaran bekerja di luar negara. Marahnya bukan kepalang. Ibuku seperti biasa merestui setelah puas menangis. Ayah dan adik-beradik yang lain tidak menyokong dan tak pula membantah. Dari dulu hanya pandangan kak ju yang aku kisah, tapi diriku kini dah dibuang jauh.
"Kak ju kau tu tengah angin lagi sampai Amar pun tak dipedulikannya". Aku memandang Amar yang sedang dipangku babanya. "Aku masih tak faham kenapa kau nak pergi ke Chad. Tempat tu bukannya selamat sangat." "Aku pun tak harap kau faham, kalau kak ju tak dapat terima keputusan aku, orang lain apatah lagi.," sayu bunyinya. "Jangan la macam tu, keluarga kau sayangkan kau sebenarnya." "Sudahlah,aku tak nak fikir apa-apa sekarang. aku nak berlepas dengan tenang esok." "Restu aku bersama kau, tapi aku tak mampu tenangkan jiwa kau sepenuhnya. Pulanglah dan kucup tangan ibu dan abah serta peluk mereka. Biar mereka tahu kau mengharapkan sokongan mereka. Jumpa adik-beradik kau yang lain dan tanya apa yang mereka mahukan sebagai hadiah, biar mereka sedar kau mahu berkongsi semuanya dengan mereka, dan paling penting jumpa kak ju." Tuturnya begitu indah, aku sentiasa sukakannya.
Menurut setiap nasihatnya membuatkan aku tenang sepanjang perjalanan. Sejak itu agaknya aku mula jatuh hati dengan dia. Tapi jangan salahku diriku sepenuhnya. Rizwan sebenarnya yang mendekati aku. Setelah lahirnya Anizah, rumahtangga kak ju mula bergolak. Rizwan semakin sibuk dengan kerja dan dia mengharapkan kak ju sentiasa di rumah. Keengganan kak ju mencetuskan pergaduhan mereka yang pertama. Rizwan menghubungiku di setiap kesempatan, bercerita dan meluahkan perasaan. Tugasku sekadar mendengar dan kata Rizwan dia selesa dengan perananku itu. Agaknya kerana dia sudah bosan dengan kak ju yang sering membangkangnya.
Luahan rizwan pada 13 Mac cukup mengejutkan ku. "Aku dah bosan dangan kak ju kau tu," dia mendengus kasar, begitu geram nada ucapannya. Cukup geram hingga aku dapat merasakan getarannya walaupun kami terpisah beribu-ribu batu jaraknya. Dia manyuarakan niat untuk bercerai. Aku mengucap panjang, masa depan kak ju, Amar dan Anizah yang kelam menjelma di ruang IQ ku. Kepalaku ligat cuba mencari hujahan yang kuat untuk di lontarkan ke minda Rizwan namun tiada gunanya. Enam bulan hubungan mereka berpasang surut, Rizwan akhirnya melafazkan talak satu kapada kak ju. Air mata kak ju bercucuran, hati ibu hancur luluh, dan aku keguguran rambut memikirkan masalah mereka.
Aku terhutang budi pada kedua-dua mereka. aku sanggup mengambil cuti selama dua minggu dan pulang ke tanah air demi menyelamatkan hubungan mereka sebelum terlambat. Rizwan berpura-pura pekak setiap kali aku menemuinya. Kacau fikiran aku dibuatnya. Masing-masing berkeras, tak mahu mengalah. Buat kali pertamanya, apabila memerhatikan mereka bermasam muka terhadap satu sama lain, aku berlari keluar dan menangis, ketika itu kami berada di rumah abah. Aku memaksa Rizwan menemui kak ju kerana masa di sisi ku terlalu cepat berlalu. Aku harus pulang dalam tempoh dua hari. Aku menangis dan semua orang turut menyertaiku.
"Tak perlulah diusik barang yang lama, takut nanti habuk berterbangan masuk ke mata." Ujar Rizwan sebelum pulang. Aku menangis sepuas-puasnya dan pulang semula ke Chad. Misiku kali ini gagal dengan teruknya. Ibu menelefonnya beberapa hari selepas itu dan memaklumkan bahawa Rizwan akan ke London. Aku tahu dia sudah lama ingin keluar negara menimba pengalaman, teruja dengan cerita-cerita ku agaknya. Rizwan, huhhh…. aku mengeluh kala teringatkannya, pandai memberi nasihat tapi enggan menerima.
Setelah beberapa lama masalah rizwan dan kak ju tidak lagi mengundang air mata atau keluhan atau keguguran rambut. Hidupku seperti biasa dipenuhi dengan kerja. Aku kurang berminat untuk menceritakan apa-apa kerana aku sudah mula bosan dengan apa yang aku lakukan. Chad tidak lagi menggamit hatiku, matahari yang cukup terik pada petang hari dihiasi kepulan habuk-habuk merupakan rutin pandanganku. Hatiku mula mencari sesuatu yang baru. Aku telah menghantar permohonan ke ibu pejabat di Kuala Lumpur menyatakan hasratku untuk bertukar angin. Aku bernasib baik. Selepas itu aku di hantar ke Nigeria. Ibuku menangis lagi. Ayah dan adik-beradikku…….macam biasalah.
Aku pulang bercuti selama seminggu diantara pertukaran lokasi kerjaku. Hajat dihati ingin melepaskan kerinduan dengan tanah tempat aku melompat-lompat macam beruk pabila dirotan abah, juga tempat kami adik-beradik membakar satay pada hari raya. Banyak kenangan yang aku telah singkirkan kerana terlalu obses dengan kerja. Aku juga menatap gambar-gambar lama. Banyak betul yang aku korbankan demi mengejar cita-citaku. Anak-anak saudara ku semuanya asing bagiku.
Suatu hari kedengaran suara-suara sumbang , "Pandai, kaya, tapi jadi anak dara tua." "Hihihi", gelak mereka berdua. Geramnnya hatiku, tapi akhirnya aku menangis kerana kata-kata mereka itu betul.
Umurku tahun ini mencecah 34 tahun. Hari ini 1 March 2008. Aku mula merasai kekosongan di dalam hatiku. Seringkali aku mengharapkan seseorang menantiku pulang setiap hari. Seseorang yang memuji masakanku kerana sayang dan cintanya kepada ku, bukan kerana rasa zahir makanan itu sahaja. Seseorang yang membuatkan aku sentiasa bersedia menghadapi cabaran hidup di Nigeria. Aku sudah tidak semuda dulu, jiwaku tidak lagi berminat dengan masalah yang tak pernah berpenghujung, tak mahu lagi berhadapan dengan kehendak manusia yang sentiasa inginkan bekalan minyak yang mesra alam dan murah.
Hujan turun dengan lebatnya diluar sana. Pada waktu-waktu sebegini aku amat merindui masa-masa dulu, saat kehidupan kelihatan begitu bahagia kerana aku sudah lama tidak merasainya. Aku membayangkan wajah mak, bahagia. Wajah abah, bahagia juga, wajah Kamil, Azrina, kak ju, Amar, Anizah, bang Kassim, kak Ayu semuanya mengundang bahagia. Tersenyum aku dibuatnya. Tiba-tiba wajah Rizwan muncul, bersamanya datang juga bahagia.
Tit….tit……..telefon bimbitku berbunyi. "Assalamualaikum." "Wa’alaikumussalam." "Tengah buat apa tu?" "Borak dengan awaklah." "Hahahaha,"Rizwan gelak di hujung talian. "Nak keluar makan tak malam nanti? Kat tempat biasa." "Tak boleh la, malam ni kena siapkan laporan," aku beralasan sebenarnya. Jauh di sudut hati aku rasa bersalah.
Saat aku mengakui cinta yang wujud dalam hati Rizwan bukan lagi abang iparku, setahuku. Tiada halangan untuk kami bersama atau menjalin rasa sayang. Dia muncul pada suatu hari di depan pintu rumahku di Bandar Togo. "Aku dapat tahu dari ibu kau menetap di sini. Kau ni teruk betullah, tempat yang orang tak nak semua kau rembat," itulah kata-katanya yang pertama. "Aku pun pelik jugak sebab aku minta ditukarkan kesini,hahaha" Rizwan gelak mendengarkan lawaknya sendiri sementara aku masih terkejut dengan kedatanganya.
Hidupku yang tandus subur seketika. Tidak lama aku merasai cinta seorang lelaki aku dapat tahu bahawa Rizwan sebenarnya telah kembali bersama kak ju. Aku keliru. Dia melafazkan cinta kepadaku walaupun dia tahu cinta kami terlarang.
"Kenapa awak buat macam tu," aku menangis sepenuh hatiku. "Sebab saya sayang awak. Dari dulu lagi saya sedar cuma saya tak mampu nak luahkan". "Awak ada kak ju, kita tak boleh macam ni, berdosa tau tak." "Ju cuma ibu kepada anak-anak saya. Cinta kami dah mati. Saya kasihankan ibu yang sentiasa datang merayu, itu saja. Hati saya ni dah tak boleh diubah Shazni."
Hatiku juga sudah tak mampu diubah. Aku kesunyian dan kata-kata orang kampung masih ku ingat. Berseorang sebegini membuatkan jiwaku lemah, sehingga akhirnya aku menerima hujahan Rizwan.
"Shaz, boleh tak?" "Apa?" "Malam esok, kita makan."
Aku diam, terjahan wajah kak ju, ibu Amar dan Anizah silih berganti menyeksa jiwaku. Aku bingung. Cinta ini sudah lama ku nanti-nantikan dan aku tidak sanggup untuk meleraikanya, namun, dia ini abang iparku. Maafkan aku kak ju kerana malam ini seperti biasa, pujuk rayunya terlalu kuat untukku tepis.
hi... cerpen yang sangat baik dari segi penceritaannya, bahasa, penghayatannya.. teruskan menulis.. sudilah kiranya baca my blog.. perlukan kritikan...
properly can be friend.. sedang mencari kawan yang juga berbakat dalam penulisan...
kalo de kisah benar macam ni.. patut kite sepak dan terajang aje due-due manusia keparat tu! macam xde otak, laki kakak sendiri pun nak kebas..kalo x layan xdela ulat bulu naik daun
benda mcm ni jd sbb dah hilang cinta pd yg maha esa...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huhuhu....ni kes ptong jlan ni...
hubungan ni xkan kekal la beb...malas sy nak baca cerita cam ni...