Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
DI LUAR hujan masih turun mencurah-curah. Begitulah halnya dua tiga hari ini. Cuaca muram dan mendung. Rumput-rumput yang dulunya kekuningan terkena panas mentari kini hijau basah. Kambing abah hanya berada di dalam kandang. Ayam-ayam peliharaan ibu jarang benar keluar mencari makan di halaman. Banyak masa dihabiskan dengan mengepuk dan bertenggek di bawah rumah. Abah pula lebih kerap bersila di beranda bersama secawan kopi dan sepinggan kuih. Letaklah kuih apa sahaja di waktu begini, pasti habis dimakan abah. Adik bongsu kalau bukan di depan televisyen pasti lebih senang berdengkur di dalam selimut. Hanya ibu sahaja yang ke sana sini. Sekejab mengalih baju di ampaian bila hujan. Sekejab-sekejab pula meletakkan kembali baju-baju lembap di ampaian jika hujan berhenti. Mengharap-harap agar pakaian kering dan dapat dipakai selesa ahli keluarga. Ah, hujan! Dengar kata orang tua -tua, hujan ini pembawa berkat. Harap benarlah tepatan mereka. Tetapi jika sebaliknya, pasti rumah abah ini kembali di landa musibah jika keadaan hujan ini berterusan turunnya.
Hujan ini kalau bukan pagi turunnya, pasti sahaja menjelangnya tengahari. Atau paling tidak pun apabila menjelangnya Buletin Utama di TV3. Saat itulah, volume televisyen akan mencapai baris ke sembilan atau ke sepuluh. Gema suara pembaca berita pasti akan saling berlawanan dengan suara keras hujan yang menimpa atap rumah. Apabila hujan beransur berhenti, volume tv kembali diletakkan di baris tiga atau tempat. Rumah abah rumah kampung. Rumah papan. Bukan rumah batu. Rumah abah kalau memasang radio pun hanya setakat volume dua tiga sahaja, sudah boleh didengar seluruh rumah. Malah terkadang mampu didengar jiran tetangga juga. Tiada penebat gema bagai rumah batu segala.
Begitulah perihalnya keluarga kecil ini apabila menjelangnya musim hujan. Masa banyak terbuang di atas rumah sahaja. Maklum sahaja, tanah lembab, lencun. Di luar, di lorong-lorong jalan, lopak sana-sini. Hendak ke sana sini, terasa segan dan malas. Hujan turun tidak berhenti-henti. Walau bukan hujan lebat, namun terkadang cukup juga untuk membasahkan pakaian. Untung saja, adik cuti sekolahnya lama sehingga datangnya tahun baru. Sekurang-kurangnya adik tidaklah liat sewaktu bangun pagi ke sekolah setiap hari. Abah juga sudah dua tahun pencen, tidaklah tersangkut hujan di waktu pagi kerana ingin ke tempat kerja. Tetapi kesian abang, tetap juga bermasalah. Pagi-pagi mengeluh kerana keseganan dan kebosanan meredah hujan. Ah, hujan! Dalam keberkatan ada kerimasan!
Hujan kalau berterusan begini turunnya. Pagi petang, tidak mengira siang atau malam, pasti sahaja rumah abah, rumah jiran-jiran tetangga menjadi korban banjir lagi tahun ini. Manakan tidak, alur di belakang rumah sudah menampakkan kelimpahan air kotornya melepasi tebing. Alur itu, meskipun kecil, sekurang-kurangnya masih menjadi penakung yang baik untuk melancarkan aliran air hujan supaya tidak bertakung di halaman rumah. Masih juga dapat dianggap sebagai satu saluran semulajadi yang sempurna bagi membawa air hujan ini terus ke sungai kecil di hujung kampung.
Tapi, kalau dua tiga hari lagi hujan tetap begini lagaknya, turunnya tidak berhenti-henti. Mahu sahaja peranan alur yang sekecil itu pun di batasi oleh bencana yang bakal datang. Kami sekali lagi akan berkampung di tingkat tiga sekolah menengah kampung ini. Selalunya begitulah. Hanya disebabkan hujan sahajalah, terkadang bahananya mampu mengundang bala yang maha besar dan menakutkan. Manakan tidak, setiap kali datangnya musim hujan, pasti perkampungan kecil ini akan tenggelam dek banjir. Saat itu, pasti banyak harta benda yang rosak. Malahan lebih malang lagi apabila ada di antara ahli warga kampung ini yang meninggal dunia kerana lemas banjir.
Hujan ini diwaktu turunnya, tenang dan mendamaikan. Malah terkadang hanya gerimis sahaja. Menyejukkan mata dan mampu menyuramkan suasana. Tiada ribut kencang ataupun sebarang petanda mala petaka besar yang akan bertandang. Tetapi tanpa disedari, air sungai di hujung kampung melimpah jua. Memuntahkan segala macam isi perutnya ke daratan. Menarik tunggul-tunggul kayu, dan segala khazanah ringan di daratan yang kemudiannya saling bergelumang dengan isi perutnya yang sedia ada membanjiri kampung kecil kami. Itu sejarah tahun-tahun lalu. Yang akhirnya memaksa kami berpindah bagi menyelamatkan nyawa dan meneruskan kesinambungan sebuah kehidupan.
Tapi kali ini, harapnya petaka itu janganlah terjadi. Sepanjang dua minggu ini, walaupun hujan turun tidak berhenti-henti namun tidak menampakkan tanda-tanda akan berlakunya petaka banjir seperti tahun-tahun yang lalu. Cukuplah kalau hujan ini turunnya hanya sampai hari ini. Tiada lagi esok, lusa dan hari-hari seterusnya. Sudah cukup rasanya berkurung di dalam rumah. Masih banyak lagi agenda tahun ini yang belum diselesaikan. Adik juga, lagi seminggu sudah sampai tarikhnya untuk memasuki persekolahan sesi 2008. Hanya empat lima hari lagi tahun baru bakal menjelma. Tahun baru yang harapnya akan membawa sinar bahagia yang lebih baik daripada tahun ini.
Tetapi benarlah kata bidalan. Tidak semua harapan mampu menjadi kenyataan. Selewat petang itu, di dada langit awan masih hitam pekat. Hujan masih begitu juga. Tetap turun mencurah-curah. Malah lebih lebat daripada biasa. Halaman rumah makin banyak lopaknya. Air bertakung di sana sini. Burung-burung yang selalunya berkawanan terbang pulang ke sarang di waktu-waktu begitu, hanya dua tiga ekor menampakkan diri. Di dalam kandang, kambing abah sesekali mengembek bising. Ayam-ayam ibu, dua tiga ekor bertenggek di atas pangkin. Kata abah, Air sungai di hujung kampung mula naik melepasi penanda aras bahaya. Meski tiada angin ribut, namun keadaan hujan yang tidak berhenti-henti menyebabkan air alur di belakang rumah juga turut melimpah, kini semakin menghampiri dapur.
Subuh esoknya, Air mula mencapai anak tangga pertama di dapur. Beralun bersama sampah sarap yang terapung di permukaan. Ibu mula gusar. Abah mula cergas. Adik dari semalam sudah bersedia dengan pelampung kepunyaannya. Tengahari itu, abah mula mengemas barang-barang penting. Banyak barang-barang abah letakkan di atas para. Motor abang, abah parkirkan di atas rumah. "Ayuh, semua. Kita berpindah sekarang!" Petang itu, abah mengharung air kuning berkelodak di paras punggung sambil menjunjung beg besar di atas kepala. Ibu mengekori dari belakang bersama sebuah lagi beg kecil. Terkial-kial. Abang memegang tangan adik kemas-kemas. Langkah diatur perlahan-lahan dan berat. Tanpa selipar, kaki terasa melekit-lekit apabila terpijak tanah. Hujung baju yang dipakai terbuai-buai di bawa arus air. Sesekali bila tangan terlucut dari pegangan abang, adik hanyut bersama pelampungnya jauh-jauh. Abang mengharung kejar, menarik pelampung dan kembali mengekori langkah ibu. Di luar masih juga hujan. Air kotor kekuningan di dapur mula menghampiri anak tangga teratas. Abah terus mengharung ke hadapan. Adik tiba-tiba melepaskan pegangan tangan abang, mengharung ke hadapan mendapatkan ibu. Abang di belakang mula merasa bebas, sesekali menyelam dan berenang senang. Nun di jalan utama, beberapa warga kampung turut mengharung bersama beg-beg kecil yang terjunjung di atas kepala. Destinasi mereka sama, semuanya menuju ke sekolah menengah kampung ini lagi untuk kesekian kalinya….
aku suka cerpen ni..tak suka cintan cintun...baca cerpen aku..huhu
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cedih nyer..fobia bler dgar bnjir nie..yuhuu..teringat nek boat dgn abg2 askar dulu..keh3..pape pun..nice story..